pendidikan jasmani suaian

15
139 TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN OUM TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN PENGENALAN Menurut Mahmod Nazar, 2000, golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi menglakan pelajar terasa terpinggir pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghuraikan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian; 2. menghuraikan keperluan psikologi orang kurang upaya dan pengubahsuaian; dan 3. menghuraikan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian. PETA MINDA

Upload: mc-ya

Post on 16-Apr-2015

919 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: pendidikan jasmani suaian

139

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

PENGENALAN

Menurut Mahmod Nazar, 2000, golongan istimewa ditakrifkan sebagai pelajar yang mempunyai batas keupayaan fizikal dan mental. Kanak-kanak istimewa ini tidak seharusnya terpinggir dalam kurikulum sekolah. Bagi menglakan pelajar terasa terpinggir pelajar istimewa akan mengikuti kurikulum sekolah biasa yang diubahsuai bagi memenuhi keperluan khas.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani suaian;

2. menghuraikan keperluan psikologi orang kurang upaya dan pengubahsuaian; dan

3. menghuraikan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani suaian.

PETA MINDA

Page 2: pendidikan jasmani suaian

140

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

10.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT

Golongan istimiwa juga merupakan golongan yang berhak untuk mempelajari dan mengaplikasikan Pendidikan Jasmani dalam kehidupan. Kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja, malahan mereka juga wajar diberi pendidikan.

Memandangkan keupayan golongan ini yang agak terhad. dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani suaian di perkenalkan. Disebabkan ciri-ciri istimewa golongan ini, maka pendidikan yang diberi kepada mereka perlu disesuaikan mengikut batasan keperluan. Penyesuaian selalu dilakukan guru ialah menyediakan kemudahan, alatan, objektif dan aktiviti yang bersesuaian.

Apakah perasaan anda sekiranya anda tergolong dalam golongan orang istimewa?

10.1.1 Definisi Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani suaian adalah bidang khusus dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang menyediakan kurikulum serta keperluan bagi menyesuaikan bidang Pendidikan Jasmani dengan keperluan golongan istimewa. Pendidikan Jasmani suaian membenarkan pelajar istimewa mengikuti kelas dengan lancar tanpa ada sekatan atau batasan. Pendidikan Jasmani suaian didefinisikan sebagai pelaksanaan Pendidikan Jasmani yang diajar berdasarkan kurikulum Pendidikan Jasmani tetapi diubahsuai berdasarkan kekangan dan batasan pelajar yang mengikutinya.

10.1.2 Konsep Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani suaian sama seperti Pendidikan Jasmani yang diajar di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani disesuaikan daripada aktiviti Pendidikan Jasmani tradisional, bertujuan untuk menyediakan peluang kepada individu kurang upaya untuk mengikuti program Pendidikan Jasmani dengan selamat, berjaya serta mencapai kepuasan diri. Faktor utama yang perlu diambil kira dalam melaksanakan Pendidikan Jasmani suaian ialah potensi dan keupayaan individu untuk melakukan aktiviti tersebut.

10.1.3 Matlamat dan Tujuan

Bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Khas di Malaysia, iaitu:

“Memberi kesinambungan program yang bermutu bagi memenuhi keperluan dan kebolehan khusus kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam persekitaran (suasana) biasa. Selain daripada itu, usaha-usaha berkaitan dengan rancangan khas serta tanggungjawab untuk meningkatkan aspek perkembangan kanak-kanak dan semua usaha berkaitan dengan keperluan kanak-kanak khas dan tanggungjawabnya

Page 3: pendidikan jasmani suaian

141

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

adalah berlandaskan kepada matlamat dan objektif pendidikan biasa yang telah ditentukan oleh Kementerian Pendidikan dan sistem persekolahan.”

Pendidikan Jasmani suaian mempunyai persamaan matlamat dan tujuan dengan Pendidikan Jasmani yang di perkenalkan di dalam kelas biasa. Pendidikan Jasmani suaian bermatlamat menyediakan keperluan Pendidikan Jasmani kepada pelajar istimewa.

Berdasarkan maklumat diatas objektif-objektif pengajaran bagi pelajar istimewa haruslah nyata, bermakna dan dirancang unruk jangka masa yang pendek. Objektif ini mempunyai dua komponen iaitu:

Tingkah laku yang dapat diperhatikan

Kriteria untuk kejayaan berlandaskan bilangan kali berdasarkan peratus gerakbalas.

Ciri-ciri objektif pengajaran yang dicadangkan bersesuaian dengan Pendidikan Jasmani suaian, ialah:

Khusus: Pelajar dapat memberi tumpuan selama 75 peratus ketika bermain bola

Pencapaian utama yang di inginkan: Pelajar akan dapat berjalan diatas palang

Tingkah laku yang dapat diperhatikan: Pelajar akan dapat berbaris menunggu giliran masing-masing

Kriteria pencapaian yang jelas contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat

Syarat-syarat yang sesuai contohnya tiga orang pelajar dapat membaling kearah gol dengan tepat dari jarak satu meter

Objektif haruslah berorentasi pelajar

Jangkamasa yang diperlukan untuk mencapai setiap objektif berbeza dari satu hari ke satu hari.

Selain daripada objektif pembelajaran, dalam program Pendidikan Jasmani suaian objektif psikomotor juga perlu diberi perhatian. Aspek yang menjadi tumpuan utama dalam program Pendidikan Jasmani suaian dari sudut psikomotor berkaitan fizikal, motor, kecergasan dan permainan.

(a) Fizikal

Pendidikan ini lebih memberi tumpuan kepada aspek struktur anotomi individu, Kawalan postur adalah merupakan asas yang perlu di bina bagi membolehkan individu mengalami perkembangan, pertumbuhan dan kematangan motor bersesuaian dengan umur. Kawalan postur juga menyediakan pelajar untuk mempelajari kemahiran motor yang lebih kompleks. Tumpuan utama dalam latihan fizikal ini ialah dua aspek iaitu postur statik dan juga postur yang dinamik.

Page 4: pendidikan jasmani suaian

142

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

(b) Motor

Aspek motor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakkan yang mampu dipamerkan. Motor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan. Dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan motor.

Aspek motor juga tertumpu kepada perihal kualiti pergerakkan individu dan perlakuan harus ke arah mencapai tahap berkemahiran. Faktor asas yang terlibat ialah:

Imej tubuh

Kawalan objek

Orientasi spatial (ruang)

Kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor

Perkembangan kemahiran

Kecergasan

(c) Permainan

Secara tradisinya aktiviti permainan ini melibatkan aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi. Permainan merupakan tempat untuk pelajar mengaplikasikan aspek fizikal, motor dan kecergasan. Aktiviti permainan memberi ruang kepada pelajar istimewa melibatkan diri dalam berkomunikasi dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Latihan 10.1

Berikan definisi Pendidikan Jasmani suaian?

10.2 KEPERLUAN PSIKOLOGI DAN PENGUBAHSUAIAN SIKAP ORANG KURANG UPAYA

Orang istimewa mempunyai keperluan hidup seperti manusia biasa. Seperti yang digambarkan mengikut Maslow (1970) keperluan hidup manusia tersusun mengikut hieraki iaitu keperluan hidup, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan ego dan penghormatan juga keperluan kendiri.

Page 5: pendidikan jasmani suaian

143

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

10.2.1 Konflik Pelajar Istimewa

Namun setelah mengetahui serta menyederi kekurangan yang ada pada diri sendiri. Pelajar istimewa ini akan cuba mengasingkan diri, merasa malu, rendah diri, kurang yakin serta bimbang terhadap masa depan yang serba kekurangan. Pandangan negatif masyarakat, ibubapa, keluaraga dan rakan-rakan menjadikan keadaan yang lebih buruk.

Di antara sikap negatif orang normal yang memburukkan lagi keadaan termasuklah:

Kegelisahan atau keraguan melayan orang yang kurang upaya dalam interaksi

Tidak menerima orang kurang upaya sebagai sebahagian daripada masyarakt serta mengasingkan mereka daripada masyarakat.

Mengambarkan orang kurang upaya sebagai orang yang terlalu tidak berupaya dan mengharapkan simpati daripada masyarakat.

Menafikan hak orang kurang upaya dalam masarakat contohnya menafikan hak mereka untuk mendapat pendidikan.

Mengejek, mencaci serta merendahkan nama baik orang kurang upaya

Sokongan daripada ibubapa, rakan-rakan, masyarakat dan institut pendidikan amat penting untuk mengembalikan sifat positif serta keyakinan diri kepada orang kurang upaya.

10.2.2 Pengubahsuaian Sikap Terhadap Situasi Ketidakupayaan

Keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan situasi ke tidak upayaan populasi khas melibatkan interaksi kompleks iaitu di antara pihak keluarga dan juga sekolah.

10.2.2.1 Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Keluarga

Keluarga merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan proses penyesuaian pelajar istimewa. Keluarga perlu menerima situasi atau batasan yang wujud apabila salah seorang daripada ahli keluarga mereka merupakan kalangan orang kurang upaya. Di antara faktor-faktor yang perlu dielakkan ialah:

Pengasingan mengasingkan orang kurang upaya dengan masyarakat.

Penolakkan yang dicerminkan oleh hasrat ibu bapa untuk menghantar orang kurang upaya ke asrama berasaskan dasar pengasingan.

Pelindungan yang terlampau, oleh kerana rasa takut terhadap kekurangan ahli keluaraga yang kurang upaya. Golongan orang kurang upaya tidak dibenarkan keluar dan bercampur dengan masyarakat.

Mengharapkan perubahan yang drastik dari slot pemulihan.

Sifat terlalu kasihan dan bersimpati sehingga tidak memberi ruang orang kurang upaya berdikari.

Page 6: pendidikan jasmani suaian

144

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

10.2.2.2 Pengubahsuaian Sikap di Peringkat Sekolah

Sekolah merupakan pembina masyarakat, guru merupakan faktor major bagi kejayaan proses penyesuaian di sekolah. Guru seharusnya menanam sikap menerima, memahami dan membantu dikalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya. Langkah utama yang guru perlu lakukan dengan melenyapkan rasa janggal, menyusahkan dan hina dikalangan pelajar normal terhadap pelajar kurang upaya.

Di antara faktor yang perlu dielakkan oleh pihak sekolah ialah dengan tidak melakukan perbandingan yang ketara antara pelajar kurang upaya dengan pelajar biasa. Langkah-langkah perlu bagi mewujudkan sifat positif dikalangan dua golongan pelajar ini ialah:

Tidak memokuskan keupayaan yang sedia ada pada populasi tertopikit.

Membuat keputusan yang tetap dalam pengurusan tingkah laku - Konsep ganjaran dan dendaan yang sama dengan populasi yang lain.

Memupuk kefahaman pemikiran mengenai kesamaan peluang dalam masyarakat.

10.2.3 Pengubahsuaian Kurikulum di Sekolah

Sistem pembelajaran seharusnya memberi peluang yang sama rata antara golongan pelajar. Kurikulum yang dirancang bagi setiap pelajar seharusnya sama bagi mengelak rasa tersisih di kalangan pelajar. Memandangkan keupayaan fizikal dan mental yang terhad, satu penyesuaian kurikulum perlu dirangka untuk membenarkan golongan kurang upaya ini dapat belajar seperti kanak-kanak biasa. Dalam Pendidikan Jasmani pengajaran yang di sesuaikan dengan golongan ini di kenali sebagai Pendidikan Jasmani suaian. Keupayaan pelajar kurang upaya menyertai sesatu aktiviti Pendidikan Jasmani atau sukan akan memberikan mereka motivasi atau semangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat.

Latihan 10.2

Nyatakan faktor-faktor yang perlu dielakkan oleh keluarga bila berhadapan dengan pelajar istimewa?

Page 7: pendidikan jasmani suaian

145

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

10.3 KATEGORI PELAJAR DALAM PELAKSANAAN PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

Jasma dan French (1994) telah memperkenalkan hireaki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar istimewa didalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajar iaitu:

Tahap Berasingan

Pada tahap berasingan pelajar ini dipisahkan dengan pelajar normal secara keseluruhan. Pengajaran pada tahap ini membolehkan guru memberi perhatian sepenuhnya kepada golongan pelajar istimewa ini.Tahap ini akan memudahkan guru merancang aktiviti yang bersesuaian bagi golongan pelajar.

Tahap berasingan di bahagikan kepada 3 kategori:

1. Institusi Khas Pelajar ini di kumpulkan dalam satu kelas dan juga satu sekolah yang mempunyai

ketidakupayaan yang sama. Contoh institusi ini ialah sekolah kanak-kanak buta.

2. Program Bersendirian Khas Dalam program ini pelajar akan berada di rumah, pakar atau guru akan datang

mengajar, melawat dan merawat pelajar ini. Pelajar akan dikawal oleh keluarga secara sepenuhnya.

3. Program Berasingan di Sekolah Khas Pelajar istimewa dari pelbagai kategori dalam satu daerah atau kawasan di

kumpulkan untuk belajar dalam satu sekolah. Contoh institusi ini ialah sekolah pendidikan khas.

Tahap Integrasi Persekitaran

Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan ke dalam sekolah atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar istimewa ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal. Integrasi ini memberi peluang kepada pelajar kurang upaya menikmati segala kemudahan dalam keadaan normal seperti pelajar biasa yang lain. Menurut Bariah (1995) pendidikan inkluksif akan dapat:

(a) Memberi kesedaran kepada pelajar normal tentang kehadiran kanak-kanak istimewa

(b) Memberi peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri seterusnya menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan

(c) Dapat meningkatkan konsep kendiri dan menyakinkan kanak-kanak istimewa bahawa mereka standing dengan kanak-kanak normal

Tahap integrasi boleh dibahagikan kepada 3:

1. Program Khas Sepenuh Masa Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi

semua matapelajaran.

Page 8: pendidikan jasmani suaian

146

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

2. Program Khas Sepenuh mMasa yang Diawasi Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi

semua matapelajaran tetapi di awasi oleh seorang guru.

3. Program Khas Separuh Masa Pelajar istimewa ini dimasukkan ke kelas biasa untuk mengikuti pelajaran biasa bagi

matapelajaran tertentu sahaja.

10.3.1 Perlaksanaan Program Pendidikan Jasmani Suaian

Selain daripada mengetahui kedudukan kategori pelajar. Dalam melaksanakan program Pendidikan Jasmani suaian guru juga perlu memilih pendekatan yang bersesuaian bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori.

10.3.1.1 Pendekatan Kategori

Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani ini menerusi kategori adalah berdasarkan pengkelasan keupayaan spesifik individu dalam populasi khas. Pendekatan kategori ini khusus dikelaskan kepada keupayaan spesifik yang sama. Pendekatan kategori ini amat berkesan dalam urusan pentadbiran dan tujuan pembiayaan program, selain daripada menumpukan kepada ketidak upayaan spesifik.

Berbagai jenis kategori yang boleh kita gunakan dalam mengkategori pelajar istimewa diantaranya ialah:

Kategori yang melibatkan ketidakupayaan berdasarkan fungsi yang terjejas dan dijelaskan dengan lebih umum. Contohnya cacat pendengaran sebagai satu kumpulan.

Kategori berdasarkan tahap fungsi psikomotor. Di mana ia melibatkan keupayaan motor dan ujian kemahiran.

Kategori melibatkan ketidakupayaan untuk menjalani perkembangan yang normal. Kategori ini melibatkan pencapaian individu dalam proses perkembangan motor.

Keadaan di mana kes kurang upaya digolongkan mengikut bagaimana sensori, integrasi dan respon motor terjejas. Individu yang terjejas fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi sensori (cacat Visual). Individu yang mengalami masalah pembelajaran (Learning Disability) digolongkan dalam ketidakupayaan integrasi (Rencat Mental). Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan respon motor (Kecacatan Neorologi).

10.3.1.2 Pendekatan Tanpa Kategori

Pendekatan ini tidak berdasarkan kategori ketidak upayaan spesifik. Pendekatan tanpa kategori lebih kepada tahap keupayaan motor dan pengkhususannya. Pendekatan ini lebih bersifat umum dan ini membolehkan interaksi yang lebih luas. Pendekatan ini juga dianggap berkesan di dalam bidang pendidikan kerana dapat menghindarkan tanggapan yang negatif terhadap golongan kurang upaya.

Page 9: pendidikan jasmani suaian

147

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

Pendekatan tanpa kategori juga bertujuan mengurangkan fokus terhadap kategori tradisional. Pendekatan tanpa kategori mengemukakan sistem kategori alternatif. Keadaan di mana kurangnya kes ketidakupayaan psikomotor digolongkan kepada tahap-tahap seperti ringan (mild), sederhana (moderate), serius (severe) dan teruk (profound).

Di antara ujian-ujian yang dijalankan ialah Ujian Bruniks - Oseretsky dan Ujian Motor Kasar Ulrich. Kanak-kanak istimewa dalam kes-kes yang ringan dilihat sebagai mempunyai keupayaan untuk berfungsi secara lebih baik berbanding kanak-kanak istimewa yang mempunyai kes yang serius dan teruk. Pendekatan seumpama ini adalah dianggap menggalakkan proses pembelajaran dan keupayaan untuk berfungsi, jika dilihat dari perspektif perkembagaan yang meliputi keseluruhan domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Sistem tanpa kategori ini memfokuskan kepada keupayaan individu (bukan label spesifik) untuk menjalani program pendidikan khas. Semua kes kurang upaya atau tidak upaya di golongkan sebagai ketidakupayaan perkembangan (development disability). Pendekatan tanpa kategori ini melibatkan penilaian seseorang individu berdasarkan tahap fungsi biologi atau motor. Sistem kategori ini tidak melibatkan ketidakupayaan yang spesifik.

10.3.2 Penilaian Keupayaan Motor

Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. Proses yang terlibat ialah:

Mengumpul data berdasarkan ujian dan rekod

Menginterpretasi data melalui proses analisis

Membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperolehi

Perlaksanaan proses penilaian keupayaan motor Pendidikan Jasmani suaian, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utama iaitu:

Penapisan dan rujukan (screening and refrence)

Diagnosis dan penempatan (dianogsis and replacement)

Pengajaran dan kemajuan pelajaran (instruction and student progres)

Klasifikasi sukan (ssport clasification)

(a) Penapisan dan Rujukan (Screening and Refrence)Proses ini juga digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani bagi program biasa. Proses penapisan dan rujukan akan menentukan mana-mana kumpulan pelajar yang memerlukan pengujian lanjut. Sewaktu proses penapisan, pilihan aktiviti mesti disesuaikan dengan matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Di antara aktiviti yang popular untuk proses ini adalah:

(i) Imbangan

(ii) Kemahiran mengawal bola (dribble)

(iii) Koordinasi bilateral

Page 10: pendidikan jasmani suaian

148

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

(iv) Kawalan motor visual

(v) Kemahiran berbasikal

(vi) Sukan dan permainan

(b) Diagnosis dan Penempatan (Diagnogsis and Placement)Proses penilaian ini adalah bersifat individu dan intensif, proses ini dikendalikan oleh mereka yang terlatih. Dalam program Pendidikan Jasmani suaian, penilaian diagnosis bertujuan untuk menentukan penempatan khas yang sesuai bagi membolehkan individu yang terlibat mengikuti program Pendidikan Jasmani yang dirangkakan. Untuk itu 2 model telah digunakan sebagai panduan untuk penilaian:

(i) Model IEP (Individual Educational Program)

(ii) Model REI (Regular Educational Initiative)

Pengajaran dan kemajuan pelajaran Proses penilaian ini dijalankan selepas selesai proses penempatan pelajar. Proses ini dipandu oleh matlamat falsafah pendidikan negara (JERI - Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang spesifik proses ini juga merupakan bentuk penilaian yang berterusan.

Klasifikasi sukan (Sport classification) Merupakan proses penilaian bagi membezakan dan menentukan sesuatu

klasifikasi keupayaan berdasarkan keadaan kesihatan (medical condition) serta keupayaan pelajar.

Bateri Ujian Fizikal

Penggunaan bateri ujian ini amat popular di dalam program Pendidikan Jasmani khas. Bateri ujian telah digunakan sejak tahun lima puluhan lagi.

50' an - Ujian Kecergasan Kraus - Weber

60' an - Ujian Kecergasan AAHPER

70' an - Ujian Kecekapan Motor Bruiniks - Oseretsky

80' an - Ujian Kemahiran Motor Ulrich (Kemahiran Motor Kasar) dan Inventori Kemahiran Motor Warden dan Bruniks

90' an - Sistem Pemprograman Penilaian dan pentafsiran Bricker

10.3.3 Konsep dalam Pendidikan Jasmani Suaian

Dalam Pendidikan Jasmani suaian terdapat 3 konsep yang digunakan iaitu:

Konsep Perkembangan

Konsep Individu (Indualization consept)

Konsep Fungsi (Fungsional Concept)

Page 11: pendidikan jasmani suaian

149

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

10.3.3.1 Konsep Perkembangan (Development Concept)

Manusia normal mengalami perkembangan fizikal yang seiring dengan umur kronologi. Masalah utama di dalam pengendalian populasi pelajar istimewa ialah perkembangan fizikal mereka tidak sama dengan Umur kronologi. Perkembangan fizikal pelajar istimewa bergantung kepada umur perkembangan. Contohnya ada pelajar yang mempunyai umur kronologi 12 tahun tetapi dilihat dari segi perkembanganya fizikalnya umur perkembanganya hanya 7 tahun. Pendekatan perkembangan ini memberi tumpuan kepada pengajaran kemahiran berdasarkan kematangan individu dan bukan pencapaian individu.

Kaedah Pendekatan Perkembangan

Terdapat satu keselanjaran pengembangan dalam mengkelasan kemahiran fizikal. Kemahiran fizikal boleh diperluaskan kepada bidang seperti kecergasan, kemahiran motor asas, akuatik serta aktiviti individu dan berkumpulan.

Perkembangan Kekuatan

Keselanjaran perkembangan bagi aspek kekuatan otot boleh di bina berdasarkan keupayaan menghadapi rintangan progresif seperti Rajah 10.1:

Rajah 10.1: Tahap perkembangan kekuatan individu mengikut De Lorrne & Watkins (1951)

Tahap Pasif

Pada tahap ini guru perlu menggerakkan pelajar mengikut julat pergerakan yang mampu dihasilkan. Pergerakan pelajar ini bergantung sepenuhnya kepada guru.

Tahap Bantuan

Pelajar yang berada pada tahap ini bergantung separa kepada bantuan guru. Pelajar ini berupaya menggerakkan beberapa sendi dengan sendiri tanpa bantuan guru.

Page 12: pendidikan jasmani suaian

150

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

Tahap Aktif

Pada tahap ini pelajar mampu mencapai julat pergerakan yang lengkap. Pelajar ini hanya bergantung sedikit saja pada bantuan guru. Pada tahap ini pelajar sudah mencapai kekuatan dan fleksibiliti yang sesuai dengan umur kronologi (UK).

Tahap Rintangan

Peringkat ini merupakan permulaan kemampuan bagi pelajar menipulasi daya isometrik dan isokinetik.

Perkembangan Motor

Perkembangan motor mengkaji perubahan-perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang hayat (lahir sehingga kematian) (Rajah 9.2).

Rajah 10.2: Perkembangan motor individu

Dalam Pendidikan Jasmani suaian, pengetahuan mengenai perkembangan motor amat perlu kerana:

Pengetahuan mengenai perkembangan motor menyediakan maklumat mengenai keadaan dan urutan perkembangan kemahiran motor asas yang normal. Perkembangan ini berkaitan dengan hasil kematangan biologi dan interaksi persekitaran.

Memberi "insight" mengenai kewujudan faktor-faktor perbezaan individu dari segi kadar perkembangan dan pembentukan kemahiran motor spesifik.

Pengetahuan mengenai perkembangan motor memberi idea terhadap perkembangan kemahiran normal bagi populasi individu berkeperluan istimewa.

Dari segi praktikal, pengetahuan mengenai perkembangan motor membolehkan:

Proses penilaian dan pengukuran normatif dalam membantu proses mengenalpasti. Contohnya kes-kes seperti kecacatan neurologi motor dan kes-kes bakat atau kebolehan luar biasa. Perkembangan motor membolehkan guru merancang kesediaan dan cabaran baru bagi pelajar(dalam konteks pengalaman pembelajaran)

Menonjolkan kepentingan praktikal dan latihan serta amalan aktiviti fizikal dalam proses perolehan dan pengekalan prestasi motor.

Page 13: pendidikan jasmani suaian

151

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

Aktiviti Individu dan Berkumpulan

Aktiviti individu dan kumpulan merupakan keperluan kanak-kanak untuk terlibat dalam aktiviti permainan. Kanak-kanak istimewa perlu dikenali keupayaannya. Setelah mengenali keupayaan pelajar, guru boleh merancang jenis serta tahap permainan yang diceburi.

10.3.3.2 Konsep Individu (Indualization Concept)

Konsep ini memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian (instruction). Konsep ini cukup terkenal dalam program Pendidikan Jasmani suaian di negara maju. Proses pendidikan adalah berteraskan penyampaian yang memberi penekanan kepada keperluan individu. Kemahiran penyampaian berlandaskan konsep individu adalah dipupuk menerusi aplikasi konsep-konsep perkembangan dan fungsi dalam perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian. Pada dasarnya, konsep pendidikan yang dikemukakan adalah berpusatkan kepada pelajar.

Secara amnya, aplikasi konsep ini melibatkan:

Penglibatan lebih daripada seorang guru dalam sesuatu pengajaran.

Penilaian melalui one - to me, kumpulan kecil atau kumpulan yang besar.

Isi pengajaran yang berbeza mengikut spesifik murid.

10.3.3.3 Konsep Fungsi (Fungsional Concept)

Strategi pengajaran ini diaplikasikan bagi pelajar di mana perkembangan motor individu berada pada tahap yang amat rendah berbanding pelajar biasa. Konsep ini hanya diambil kira sekiranya jurang di antara umur perkembangan dengan umur kronologi adalah terlalu jauh.

Aspek Penting dalam Mengaplikasikan Konsep Fungsi

Program yang hendak dijalankan adalah berasaskan komuniti:

Berfokuskan terhadap kemahiran-kemahiran motor yang kritikal dalam konteks interaksi sosial. Kemahiran-kemahiran motor ini membolehkan individu yang terlibat berinteraksi dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya berlari, berjalan dan melompat.Meminimumkan ketidakupayaan yang dialami oleh individu yang terlibat dalam program pembelajaran secara ansur maju.

Kesesuaian aktiviti yang perlu dijalankan bersesuaian dengan peringkat umur pengembangan individu.

Kebebasan untuk memilih, dalam konteks pembangunan kemahiran yang dirasakan perlu dikuasai.

Page 14: pendidikan jasmani suaian

152

TOPIK 9 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

Latihan 10.3

Dalam Pendidikan Jasmani suaian, pengetahuan mengenai perkembangan motor amat perlu. Bincangkan.

RUMUSAN

Topik sepuluh membincangkan mengenai Pendidikan Jasmani Suaian. Bagi membentuk pemahaman yang bermakna topik ini akan membincangkan konsep, definisi dan matlamat Pendidikan Jasmani Suaian. Topik ini juga akan membincangkan keperluan psikologi dan pengubahsuaian sikap orang kurang upaya yang terdiri daripada konflik pelajar istimewa, pengubahsuaian sikap terhadap situasi ketidakupayaan dan pengubahsuaian kurikulum di sekolah. Selain daripada itu topik ini turut membincangkan kategori pelajar dalam pelaksanaan Pendidikan Jasmani Suaian.

GLOSARI

Cacat Visual – Individu yang terjejas fungsi penglihatan atau pendengaran digolongkan dalam ketidakupayaan dari segi SENSORI.

Learning Disability – Individu yang mengalami masalah pembelajaran digolongkan dalam ketidakupayaan INTEGRASI.

Kecacatan Neorologi – Individu yang mengalami masalah fizikal dan neurologi pula digolongkan dalam ketidakupayaan respon MOTOR.

Umur Kronologi – Umur sebenar pelajar mengikut tahun.

Umur Perkembangan – Perkembangan fizikal pelajar istimewa dilihat dari sudut kematangan psikomotor.

Page 15: pendidikan jasmani suaian

153

TOPIK 10 PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN

OUM

UJIAN 1

1. Cirikan sifat objektif pembelajaran bagi pelajar isitimewa.

2. Jasma dan French (1994) telah memperkenalkan hireaki dalam menentukan kedudukan penempatan pelajar dalam kelas. Terdapat 2 tahap pelajar dalam hierarki. Cirikan?

3. Proses pelaksanaan penempatan program Pendidikan Jasmani suaian bagi pelajar pendidikan khas bergantung kepada proses penilaian keupayaan motor. Proses yang terlibat ialah?

4. Nyatakan hirarki dalam tahap penyampaian (dalam proses pengajaran) bagi konsep individu?

5. Perlaksanaan proses penilaian program keupayaan motor Pendidikan Jasmani suaian ini, seharusnya berlandaskan 4 tujuan spesifik yang utama iaitu?

UJIAN 2

1. Aspek yang menjadi tumpuan utama di dalam program Pendidikan Jasmani suaian ialah dari sudut psikomotor, cirikan tiga komponen dari aspek ini?

2. Cirikan sikap negatif orang normal yang memburukan lagi keadaan psikologi orang kurang upaya?

3. Maksud integrasi persekitaran ialah pelajar di integrasikan kedalam sekolah biasa atau bilik darjah biasa bagi memberi peluang pelajar ini menikmati kemudahan belajar dalam keadaan normal nyatakan kebaikan menggunakan kaedah ini.

4. Perlaksanaan program Pendidikan Jasmani suaian ini menggunakan 2 pendekatan yang utama iaitu pendekatan kategori dan pendekatan tanpa kategori cirikan pendekatan ini?

5. Nyatakan definisi umur kronologi dan umur pengembangan?

6. Huraikan pengkelasan pengembangan kekuatan otot dikalangan pelajar istimewa?