pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional

17
BAGAIMANA PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAPAT MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL Aidil Yoges Kesavartheni Saranya

Upload: saranya-kaliappan

Post on 12-Dec-2015

12 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

integtrasi

TRANSCRIPT

Page 1: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

BAGAIMANA PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN DAPAT MEWUJUDKAN INTEGRASI NASIONAL

AidilYogesKesavartheniSaranya

Page 2: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

DEFINISI PENDEMOKRASIAN DALAM PENDIDIKAN

Penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan pendidikan

Konsep : menjamin keadilan untuk semua pihak untuk mendapatkan pendidikan yang sama dengan orang lain.

Merupakan salah satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara iaitu mendedahkan masyarakat kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan pada semua peringkat.

Page 3: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

DEFINISI INTEGRASI NASIONAL

Proses dinamik untuk merapatkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Page 4: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

USAHA PENDEMOKRASIAN DALAM PENDIDIKAN MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN

Menggunakan satu bahasa pengantar

“sistem pendidikan menggunakan satu bahasa pengantar paling berkesan bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. Melalui sekolah satu aliran, murid kaum lain masih berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing di samping membolehkan mereka memupuk dan mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional menerusi pendidikan”

Prof Datuk Dr Kamaruddin

Page 5: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

Melalui sekolah satu aliran, pendemokrasian bukan sahaja dapat dilihat dengan menggunakan satu bahasa pengantar sahaja, malah murid pelbagai kaum juga berhak mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

Pendemokrasian jelas dilihat melalui usaha KPM memberi hak kaum-kaum lain mempelajari bahasa ibunda masing-masing walaupun berada di sekolah satu aliran.

Page 6: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

PENDIDIKAN RENDAH

Kerajaan telah menyediakan peluang-peluang yang sama untuk semua orang mendapatkan pendidikan.

“Pendidikan percuma  telah diberikan kepada semua kanak-kanak  mulai tahun 1962.  Ini diikuti dengan had umur belajar percuma hingga ke 15 tahun  dan penamatan syarat lulus peperiksaan untuk memasuki  sekolah menengah” Akta Pelajaran 1961

Page 7: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

PENDIDIKAN MENENGAH

Peluang untuk mendapatkan pendidikan  telah diberikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kelas sosial, etnik, dan gender sekurang-kurang  sekurang-kurangnya hingga ke tingkatan tiga. 

Mulai 1999, peluang bagi semua  pelajar untuk memasuki tingkatan empat telah diperluaskan.  Mereka yang hanya lulus satu mata pelajaran sahaja layak untuk naik ke tingkatan empat.

Ini bagi memastikan setiap rakyat berpeluang mendapat pendidikan sehingga ke tingkatan lima.

Bagi pelajar yang tidak berminat lagi dalam akademik mereka boleh meneruskan persekolahan mereka di dalam bidang vokasional di tingkatan 4.

Page 8: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

SEKOLAH BERASRAMA

- Salah satu  bentuk bantuan ialah dengan penubuhan   sekolah-sekolah  berasrama yang memudahkan pelajar mendapatkan pendidikan tanpa perlu berulang-alik dari rumah ke sekolah setiap hari yang sudah tentu memerlukan kos yang banyak.  

- Selain dari itu, pembinaan sekolah-sekolah berasrama penuh juga telah banyak dibina bagi tujuan membuka peluang pendidikan .

Page 9: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

SEKOLAH BESTARI

Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar lemah atau kuat , kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.

Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan akses kendiri dan terarah kendiri, serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Page 10: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

PENDIDIKAN KHAS

Di samping pembangunan sekolah-sekolah berasrama, sekolah-sekolah harian rendah dan menengah banyak dibina di bandar-bandar ataupun di desa-desa. 

Kerajaan juga tidak menafikan peluang bagi golongan istimewa ataupun kanak-kanak cacat untuk mendapat hak atau peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Untuk tujuan tersebut kerajaan telah membangunkan sekolah-sekolah khas bagi memenuhi keperluan golongan tersebut mendapatkan pendidikan.

Page 11: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

BANTUAN DAN PERUNTUKAN

Pelajar-pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan  yang kebanyakannya datang dari luar bandar yang latar belakang ekonomi keluarganya rendah telah diberikan biasiswa kecil  atau bantuan kewangan bagi menampung urusan persekolahan mereka. 

Selain dari itu, skim bantuan buku teks juga diberikan kepada pelajar yang pendapatan ibu bapanya rendah.

Kemudahan–kemudahan yang disediakan ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat desa tetapi layanan yang sama diberikan kepada pelajar-pelajar miskin di bandar.

Contoh lain : RMT, Skim Baucar Tuisyen

Page 12: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

TENAGA PENGAJAR TERLATIH

Institut perguruan mengeluarkan guru-guru biasa, malahan menyediakan guru-guru pendidikan khas bagi mengisi keperluan sekolah-sekolah pendidikan khas. 

Setiap sekolah akan mendapat guru yang terdiri dari pelbagai opsyen yang akan memenuhi permintaan atau keperluan pelajar dalam mata pelajaran yang tertentu walaupun sekolah tersebut terletak di luar bandar atau kawasan pendalaman

Page 13: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

PENDIDIKAN TINGGI

Pewujudan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pengembangan skop penawaran pinjamannya meliputi pelajar-pelajar di institut tinggi awam(IPTA) dan institut tinggi swasta(IPTS) merupakan usaha yang sesuai bagi menggalakkan lagi pendemokrasian pendidikan dan peluang pendidikan hingga ke peringkat tinggi.

Page 14: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

DASAR LIBERALISASI PENDIDIKAN

Kerajaan juga menggalakkan program pengajian berkembar dengan institusi-institusi luar negara bagi kolej-kolej swasta

Akta-akta pendidikan tinggi 1996 telah memungkinkan perkembangan institusi-institusi pendidikan tinggi  yang mana kebenaran telah diberikan kepada pihak-pihak yang berkelayakan bagi menubuhkan institusi-institusi pengajian tinggi.

Page 15: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

“AKTIVITI BUDAYA SEKOLAH

Aktiviti budaya sekolah ini merangkumi aktiviti seperti menyanyikan lagu kebangsaan, lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama dalam perhimpunan sekolah, membaca ikrar dalam upacara rasmi seperti hari sukan, mengibarkan bendera kebangsaan pada setiap pagi hari persekolahan.

Pemupukan semangat patriotisme dan kenegaraan dalam kalangan para pelajar sekolah rendah mahu pun di sekolah menengah

Page 16: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

INTEGRASI MELALUI MATA PELAJARAN.

Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama.

Bagi mata pelajaran Sejarah yang terkandung dalam KBSM dan mata pelajaran Sivik Kewarganegaraan dalam KBSR, ia secara tidak langsung dapat mengukuhkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan kanak – kanak.

Page 17: Pendemokrasian Pendidikan Mewujudkan Integrasi Nasional

KESIMPULAN

Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari ini bagi mewujudkan integrasi di antara etnik.

Sekolah ialah sebuah organisasi berbentuk pendidikan yang kebanyakannya  semua kaum atau etnik  berada dalam satu bumbung yang sama. Dengan penerapan pendemokrasian pendidikan, diharap perpaduan antara kaum dapat dipertingkatkan.