gurubesar.my · web viewbagi mencapai matlamat ini, jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional...

44
1. PENDAHULUAN 1.1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat. 1.2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara di bawah Peraturan- Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah- masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan Negara. 1.3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dimantap dan diperkukuhkan

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1. PENDAHULUAN

1.1. Peristiwa rusuhan kaum/etnik pada 13 Mei 1969 telah mengganggu-gugat keamanan dan kestabilan Negara pada ketika itu dan tindakan serta merta telah diambil untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Negara. Dengan pengisytiharan tersebut, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan seterusnya Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan untuk mengembalikan keamanan, menegakkan semula undang-undang Negara serta memupuk suasana harmoni dan percaya mempercayai di kalangan rakyat.

1.2. Berikutan dengan peristiwa itu juga, MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara di bawah Peraturan-Peraturan Perlu Majlis Perundingan 1970 yang berfungsi untuk membincangkan serta meneliti isu-isu perpaduan nasional dan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah-masalah berkaitan dengan hubungan antara kaum. Melalui beberapa perbincangan dan mesyuarat, Majlis Perundingan Negara telah memutuskan bahawa Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum memerlukan satu ideologi Negara yang boleh diamalkan oleh seluruh rakyat ke arah membentuk sebuah Negara yang bersatu padu. Berdasarkan kepada keputusan tersebut, maka terbentuklah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970 yang menjadi pegangan, perpaduan dan amalan oleh seluruh rakyat Malaysia ke arah pemupukan dan pengukuhan semangat perpaduan, ketaatan dan kecintaan kepada bangsa dan Negara.

1.3. Dalam usaha menyuntik kesedaran dan penghayatan murid mengenai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, maka Kelab Rukun Negara yang telah diperkenalkan di sekolah-sekolah dan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan dimantap dan diperkukuhkan secara berterusan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Ogos 2004

2. LATAR BELAKANG PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) ini telah diilham dan disarankan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi (ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri) semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsan 2000 di Melaka. Malah sebelum itu, ketika merasmikan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau telah menyeru agar seluruh rakyat Malaysia sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran Negara terus berkekalan. Menerusi Kelab Rukun Negara ini, murid akan didedahkan mengenai prinsip-prinsip tersebut supaya meraka benar-benar dapat memahami serta menghayatinya agar dapat diamal dan dijadikan budaya hidup seharian.

2.2. Selaras dengan saranan tersebut, pihak Kementerian Pendidikan pada masa itu telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah- sekolah menengah seluruh Negara. Inisiatif ini dilaksanakan melalui Surat Pekeliling IKhtisas Bil. 17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-sekolah bertarikh 16 November 2000 ( sila rujuk Lampiran A) kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri. Walau bagaimanapun, sejak Kelab Rukun Negara ditubuhkan, tiada sebarang garis panduan yang terperinci dikeluarkan untuk dijadikan sebagai panduan pengurusan dan pengisian program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

2.3. Atas kesedaran untuk mengukuhkan perhubungan kaum dan meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPNIN, JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi tujuan tersebut (Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 11 Ogos 2004).

3. OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

3.1. Memperkenalkan prinsip-prinsip Rukun Negara;

3.2. Memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara;

3.3. Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran secara kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan;

3.4. Menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

4. MODUS OPERANDI KELAB RUKUN NEGARA

Peranan yang perlu dimainkan bagi mewujud dan memperkukuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah-sekolah adalah seperti berikut;

JABATAN

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN / PERLAKSANAAN

1. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

· Ketua Pengarah

· Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

· Garis Panduan

· Cadangan aktiviti

· Kepegawaian / Fasilitator

· Bahan cetak

· Promosi

· Kewangan

· Pemantauan

· Pelaporan

JABATAN

TANGGUNGJAWAB

TINDAKAN / PERLAKSANAAN

2. Kementerian Pelajaran Malaysia

· Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM)

· Pengarah Bahagian Sekolah

· Garis Panduan

· Cadangan aktiviti

· Kepegawaian / Fasilitator

· Bahan cetak

· Promosi

· Kewangan

· Pemantauan

· Pelaporan

3. Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri/Jabatan Pelajaran Negeri

· Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Nasional Negeri

· Pengarah Pelajaran Negeri

· Arahan

· Kewangan

· Cadangan dan pelaksanaan aktiviti

· Pemantauan

· Pelaporan

4. Pejabat Perpaduan Daerah /Bahagian/ Pejabat Pelajaran Daerah/ Bahagian

· Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

· Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

· Pelaporan

· Penyelarasan

5. Sekolah

· Pengetua/Guru Besar

· Guru Penasihat

· Penubuhan Kelab

· Pelaksanaan aktiviti

· Pemantauan

· Pelaporan

· Sumber Kewangan

5. PENGISIAN PROGRAM DAN AKTIVITI KELAB RUKUN NEGARA

5.1. Kelab Rukun Negara yang diwujudkan di sekolah-sekolah akan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berteraskan kepada pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4P) Rukun Negara di kalangan murid. Selain daripada matlamat untuk memperkenal dan menyedarkan murid tentang kepentingan Rukun Negara, kelab ini juga akan dijadikan sebagai salah satu strategi utama ke arah pengukuhan semangat perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid pelbagai kaum. Bagi mencapai matlamat ini, aktiviti Kelab Rukun Negara dirangka dan dilaksanakan berlandaskan kepada lima prinsip Rukun Negara:

· Kepercayaan Kepada Tuhan

· Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

· Keluhuran Perlembagaan

· Kedaulatan Undang-Undang

· Kesopanan dan Kesusilaan

5.2. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan melalui Kelab Rukun Negara ialah seperti di Lampiran B, manakala Cadangan Perancangan Tahunan Aktiviti Kelab Rukun Negara adalah seperti di Lampiran C.

5.3. Selain daripada aktiviti-aktiviti yang dicadangkan, dari semasa ke semasa jabatan ini juga akan terus merancang dan merangka pelbagai aktiviti lain yang difikirkan lebih berkesan, mantap dan relevan dengan situasi semasa. Selain itu, jawatankuasa Kelab Rukun Negara yang akan ditubuhkan di sekolah juga digalakkan untuk melaksanakan aktiviti yang menjurus kepada peningkatan penghayatan dan pengalaman nilai-nilai yang terkandung dalam Rukun Negara serta pengukuhan semangat patriotisme, perpaduan dan integrasi nasional di kalangan murid.

6. SUMBER KEWANGAN

6.1. Peruntukan daripada pihak pentadbiran sekolah (menggunakan peruntukan kokurikulum sedia ada);

6.2. Peruntukan daripada Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri;

6.3. Sumbangan daripada pihak PIBG sekolah;

6.4. Sumbangan daripada agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan swasta;

6.5. Perkongsian bijak dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan swasta; dan

6.6. Sumbangan individu dan lain-lain yang difikirkan sesuai.

7. KESIMPULAN

Bagi mencapai matlamat untuk membina bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan Negara, penubuhan Kelab Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negara ini. Justeru, peranan Kelab Rukun Negara dari semasa ke semasa akan diperkemas dan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengalaman (4P) terhadap falsafah Rukun Negara perlu dipertingkatkan terutamanya di kalangan murid untuk menjadikan mereka sebagai rakyat yang lebih bertanggungjawab dan prihatin dalam sebuah Negara majmuk. Bagi mencapai matlamat ini, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan mewujudkan kerjasama erat dan berterusan dengan Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERATURAN-PERATURAN KELAB RUKUN NEGARA

1. PENDAHULUAN

1.1. Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.17/2000: Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah iaitu semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Sekolah rendah juga digalakkan berbuat demikian.

1.2. Perlaksanaan kelab ini di sekolah rendah dan menengah akan dikendalikan oleh murid dengan bimbingan guru kelab/pihak sekolah.

1.3. Kelab yang ditubuhkan di sekolah akan dipantau oleh satu jawantankuasa yang dibentuk diperingkat kebangsaan dan negeri. Selain memantau, jawatankuasa ini juga bertanggungjawab kepada perancangan aktiviti, garis panduan, peraturan dan segala perkara yang berkaitan dengan Kelab Rukun Negara.

2. PROSEDUR PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA

2.1. Pengetua/Guru Besar hendaklah melantik jawatankuasa Penaja di peringkat sekolah masing-masing.

2.2. Jawatankuasa Penaja tersebut hendaklah mengemukakan satu permohonan penubuhan Kelab Rukun Negara di sekolah masing-masing.

2.3. Setelah menerima kelulusan daripada pendaftar, Pengetua/Guru Besar, jawatankuasa ini perlu memanggil satu mesyuarat agung untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara dan memilih ahli-ahli jawatankuasa.

2.4. Jawatankuasa Penaja hendaklah dibubarkan setelah terbentuknya jawatankuasa Kelab Rukun Negara sekolah melalui mesyuarat agung.

2.5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakakn secara bertulis kepada Pengetua/Guru Besar dalam tempoh 14 hari laporan-laporan seperti berikut;-

a) Perlembagaan kelab;

b) Senarai Ahli Jawatankuasa dan minit mesyuarat agung;

c) Senarai aktiviti utama kelab;dan

d) Laporan Kewangan.

2.6. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara perlu mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun.

3. PERATURAN

Peraturan 1: Nama Pertubuhan

1.1. Kelab Rukun Negara ini boleh ditubuhkan sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

1.2. Nama pertubuhan ini ialah ‘Kelab Rukun Negara’ dan diikuti dengan nama sekolah masing-masing.

1.3. Alamat pertubuhan adalah alamat sekolah di mana kelab tersebut ditubuhkan.

Peratuan 2: Objektif

Kelab Rukun Negara ditubuhkan untuk:

2.1. Memperkenalkan Rukun Negara kepada murid supaya mereka dapat mengetahui dan memahami falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara;

2.2. Menyemai prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara di kalangan murid;

2.3. Mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman murid tentang kepentingan Rukun Negara kepada negara;

2.4. Mendidik murid supaya memahami, menghayati dan mengamalkan Rukun Negara;

2.5. Menyamai dan mempertingkatkan lagi semangat perpaduan di kalangan murid berasaskan sikap saling percaya-mempercayai, hormat-menghormati, toleransi dan kerjasama antara kaum;

2.6. Mempertingkatkan penghayatan agama yang dianuti;

2.7. Mempertingkatkan kefahaman dan menghormati budaya, adat resam dan patang larang kaum-kaum di Malaysia.

Peraturan 3: Keahlian

3.1. Semua murid sekolah rendah dan menengah adalah digalakkan menjadi ahli Kelab Rukun Negara. Justeru, mereka hendaklah terlibat secara aktif dengan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab ini.

3.2. Keahlian Kelab Rukun Negara mestilah terdiri daripada pelbagai kaum dan tidak boleh dipelopori oleh satu kaum sahaja kecuali bagi sekolah-sekolah yang muridnya terdiri daripada satu kaum sahaja.

3.3. Ahli kelab adalah tertakluk kepada peraturan kelab dan berjanji mentaati perkara-perkara berikut;

3.3.1. Saling hormat-menghormati antara satu kaum dengan kaum yang lain sama ada dalam kelab mahupun di mana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan.

3.3.2. Setiap ahli dihendaki melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh kelab;

3.3.3. Setiap ahli dilarang mempengaruhi ahli atau orang lain membuat propaganda yang boleh memecah-belahkan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum;

3.3.4. Setiap ahli dilarang mengamalkan diskriminasi antara kaum dan seterusnya memantau agar amalan tersebut tidak diamalkan.

3.3.5. Setiap ahli dilarang menyentuh atau membicarakan secara terbuka perkara yang sensitif bagi sesuatu kaum;

3.3.6. Berusaha ke arah memelihara semangat perpaduan sehingga menjadi satu budaya di kalangan rakyat Malaysia.

Peraturan 4 : Aktiviti

4.1. Kelab Rukun Negara yang ditubuhkan harus melaksanakan aktiviti-aktivivti berdasarkan kepada lima prinsip Rukun Negara seperti berikut:-

4.1.1. Kepercayaan Kepada Tuhan

· Program/aktiviti yang terbentuk keagamaan;

(rujuk halaman 26);

4.1.2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Program/aktiviti yang terbentuk patriotisme;

(rujuk halaman 29);

4.1.3. Keluhuran Perlembagaan

Program/aktiviti yang berdasarkan perlembagaan;

(rujuk halaman 32);

4.1.4. Kedaulatan Undang-Undang

· Program/aktiviti yang berkaitan dengan undang-undang;

(rujuk halaman 36); dan

4.1.5. Kesopanan Dan Kesusilaan

· Program/aktiviti yang terbentuk pemahaman mengenai tatasusila dan kebudayaan sesuatu kaum.

(rujuk halaman 38).

4.1.6. Program/aktiviti lain yang difikirkan sesuai seperti dalam Buku Perpaduan

Rukun Negara.

Peraturan 5 : Pentadbiran

5.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara – Peringkat Kebangsaan Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam menggubal dasar serta menentukan hala tuju Kelab Rukun Negara.

Jawatankuasa ini adalah separti berikut :

i. Penaung Bersama

- Menteri di Jabatan Perdana Menteri

- Menteri Pelajaran Malaysia

ii. Pengerusi Bersama- Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

- Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan

Integrasi Nasional

iii. Timbalan Pengerusi- Timbalan Ketua Pengarah

Jabatan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

iv. Setiausaha

- Pengarah Bahagian sekolah

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Pengarah Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan

Integrasi Negara

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

v. Ahli

- Bahagian Perpaduan Masyarakat Dan Integrasi Negara

- Bahagian Sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Bahagian Teknik dan Vakasional,

Kementerian Pelajaran Malaysia

- Jabatan Penerangan Malaysia

5.2. Jawatankuasa Pelaksana Kelab Rukun Negara – Peringkat Negeri

Jawatankuasa ini adalah bertanggungjawab dalam pelaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Negeri. Di samping itu, peranannya juga adalah dalam melaksanakan dan memantau pengendalian Kelab Rukun Negara di peringkat negeri dan di sekolah-sekolah.

Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

i. Penaung

- Exco Perpaduan

ii. Pengerusi Bersama- Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

(JPNIN) Negeri

iii. Setiausaha

- Penolong Pengarah JPNIN Negeri

- Ketua Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri

iv. Ahli

-Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan

Jabatan Pelajaran Negeri

- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

5.3. Jawatankuasa Peringkat Daerah/Bahagian

Jawatankuasa ini berperanan untuk memantau perancangan dan perlaksanaan aktiviti Kelab Rukun Negara di peringkat Daerah/Bahagian dan di sekolah-sekolah.

i. Penasihat

- Pengarah Pelajaran Negeri

- Pengarah JPNIN Negeri

ii. Pengerusi Bersama- Pegawai Pelajaran Daerah/Bahagian

- Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian

iii. Setiausaha

- Penyelia Kokurikulum

- Pembantu Pembangunan Masyarakat

iv. Ahli

- Pengetua/Guru Besar (yang dilantik)

- Jabatan Penerangan Daerah

5.4. Jawatankuasa Peringkat Sekolah

Keanggotaan Jawatankuasa Kelab Rukun Negara di peringkat sekolah adalah seperti berikut;

i. Penaung

- Pengetua/Guru Besar

ii. Penasihat

- Penolong Kanan Kokurikulum

iii. Penyelaras

- Guru Penasihat

iv. Pengerusi

- Seorang murid

v. Timbalan Pengerusi - Seorang murid

vi. Setiausaha

- Seorang murid

vii. Penolong Setiausaha- Seorang murid

viii. Bendahari

- Seorang murid

ix. Ahli Jawatankuasa- 10 orang murid

x. Juru Audit Dalam

- 2 orang (seorang guru dan seorang murid)

Jawatankuasa Pegerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Penolong Setiausaha dan Bendahari adalah Jawatankuasa Eksekutif yang dilantik melalui Mesyuarat Agung Tahunan yang perlu diadakan sebelum 13 Mac setiap tahun. Jawatan Juru Audit Dalam dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar.

Peraturan 6 : Tugas Jawatankuasa

Pegerusi

- Bertanggungjawab ke atas keseluruhan perjalanan Kelab.

- Mempengerusikan mesyuarat Kelab.

- Menyusun dan merangka aktiviti Kelab.

- Merapatkan hubungan dengan Kelab-kelab Rukun Negara

yang lain.

- Berhubung dengan Pejabat Perpaduan Negeri/Daerah

/Bahagian untuk mendapatkan bahan penerbitan dan

sebagainya.

- Lain-lain tugas pentadbiran.

Timbalan Pengerusi- Bertanggungjawab kepada Pengerusi.

- Membantu Pengerusi mentadbir kelab.

- Menpengerusikan kelab semasa ketiadaan Pengerusi.

- Membantu Pengerusi merancang aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengerusi.

Setiausaha

- Mencatat minit masyuarat.

- Menyediakan laporan kegiatan dan aktiviti.

- Menguruskan urusan surat-menyurat.

- Menyimpan dan merekodkan segala fai-fail kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan

Timbalan Pengerusi.

Penolong Setiausaha- Membantu Setiausaha menjalankan tugas-tugas

kesetiausahaan.

- Menjalankan tugas Setiausaha semasa ketiadaan Setiuausaha.

Bendahari

- Bertanggungjawab menguruskan urusan kewangan kelab.

- Menyimpan dan merekodkan segala urusan kewangan kelab.

- Mengusahakan sumber kewangan kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi dan Timbalan

Pengerusi.

AJK

- Bertanggungjawab sepenuhnya kepada Pengerusi/Timbalan

Pengerusi.

- Membantu Jawatankuasa Eksekutif menjalankan urusan

kelab.

- Menghadiri mesyuarat kelab apabila dipanggil.

- Membantu Pengerusi menambah keahlian kelab.

- membantu Pengerusi menjalankan aktiviti kelab.

- Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengerusi.

Juru Audit Dalam

- Memeriksa dan mengesahkan penyata perbelanjaan Kelab

Rukun Negara sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Peraturan 7 : Peraturan Pengurusan Kewangan Kelab Rukun Negara

7.1. Akaun bagi tiap-tiap kelab di sekolah hendaklah di bawah kawalan Pengetua/Guru Besar.

7.2. Pengetua/Guru Besar hendaklah menyimpan dan menyebabkan supaya disimpan sesuatu akaun yang sewajarnya dan hendaklah menyimpannya di bawah jagaannya bagi tempoh tidak kurang dari enam bulan setelah berakhir tiap-tiap tahun kewangan dan hendaklah sedia ada bagi pemeriksaan oleh pihak pentaftar.

7.3. Apa-apa tajaan atau kutipan derma bagi setiap kelab di sekolah hendaklah mendapat kelulusan Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 8 : Mesyuarat Agung

8.1. Setiap Kelab Rukun Negara hendaklah mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun.

8.2. Peranan Mesyuarat Agung

a) Memilih Jawatankuasa Kelab;

b) Membentangkan Laporan Tahunan Kelab;

c) Membentangkan Penyata Kewangan Kelab;

d) Menerima dan meluluskan usul dan resolusi;

e) Hal-hal lain.

Peraturan 9 :

2.1. Jawatankuasa Induk Kelab Rukun Negara berhak untuk membatal, meminda dan menambah mana-mana peraturan yang terkandung di dalam buku ini pada bila-bila masa dan tanpa terikat kepada mana-mana pihak.

LAMPIRAN A

SPI BIL. 17/2000:

PENUBUHAN

KELAB RUKUN NEGARA

DI SEKOLAH-SEKOLAH

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALYSIA

Office of the Director Generel of Education Malaysia

PARAS 7 BLOCK J PUSAT BANDAR DAMANSARA

Level 7 Block J Damansara Town Centre

Tel: 03-2586900

50604 KUALA LUMPUR

Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591 /Jld.XVl (17)

16 November 2000

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 17 / 2000:

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan bagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah Negara yang terbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setiap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

2. Sehubungan dengan itu, semua sekolah menengah diminta menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhan adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997. Antara kegiatan yang boleh dijalankan oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara adalah seperti berikut;

2.3. Menjamin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan;

2.3. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan bercorak integrasi dengan sekolah-sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama; dan

2.3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjuruskan kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

3. Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada sekolah menengah, sekolah rendah juga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya perkara-perkara seperti para 2.1, 2.2 dan 2.3 dapat dilaksanakan.

4. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri.

Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

Sekian. Terima Kasih.

“BERKHIMAT UNTUK NEGARA”

DATO SERI DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k.1. Y.B. Tan Sri Dato’ Musa Bin Mohamad

Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato’ Abdul Aziz Bin Shamsuddin

Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato’ Hon Choon Kim

Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd Khir

Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5.Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6.Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7.Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8.Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9.Ketua Nazir Sekolah

10.Pegawai Perhubungan Awam

LAMPIRAN B

AKTIVITI

KELAB RUKUN NEGARA

PRINSIP 1: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI

PELAKSANAAN

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAN RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara

- Arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. (KPM)

- Setiap Perhimpunan sekolah.

- Hari Kokurikulum.

- Majlis rasmi.

- Sambutan Bulan Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- Semua murid

- AJK Kelab Rukun Negara (RKN)

- Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

MEMPAMERKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa mengingati prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Di pintu masuk hadapan sekolah.

- Sudut khas dalam kelas dan pejabat.

- Mural di dinding.

- Papan kenyataan.

- Pengetua/Guru Besar.

- AJK KRN

3.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’ DAN NEGERI

- Menyamai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan Negara.

- Semasa majlis sekolah.

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

4.

FORUM – Memahami

kepelbagaian

agama

1. Memperkenalkan nilai-nilai sejagat dalam agama.

2. Menghormati kepercayaan agama lain.

3. Menghormati penganut-penganut lain.

- Menjemput ahli panel yang mewakili agama masing-masing.

- Semua murid

- AJK KRN

5.

CERAMAH – Penerapan

nilai sejagat

dalam agama

1. Mendedahkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

2. Menerapkan unsur-unsur positif dalam kehidupan.

- Menjemput panel penceramah bertauliah daripada JPNIN, KPM dan Jabatan Penerangan Malaysia.

- Pengetua/Guru Besar

- PIBG

- JPNIN

6.

PERTANDINGAN PIDATO / DEBAT PERPADUAN INTEGRASI DAN NASIONAL

1. Mengasah minda dan mencungkil bakat murid.

2. Memupuk minat membaca.

3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

- Pertandingan terbuka kepada semua murid.

- Sempena Bulan Kemerdekaan / Bulan Perpaduan.

- Peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

- KPM

- JPNIN

- Sekolah

- AJK KRN

7.

LAWATAN KE RUMAH-RUMAH IBADAT

1. Mengenali secara lebih dekat rumah-rumah ibadat penganut agama lain.

2. Menyemai perasaan/ sikap menghormati prinsip kebebasan beragama di kalangan setiap warganegara.

- Menganjurkan lawatan ke rumah-rumah ibadat yang dibuka untuk lawatan/seperti di Masjid Negara/ Putrajaya, Batu Caves Selangor, Sam Poh Tong di Ipoh , Perak.

- Mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa.

- Mendapatkan kebenaran daripada rumah-rumah ibadat.

- Sekolah

- AJK KRN

8.

MERAIKAN HARI PERAYAAN PELBAGAI KAUM

Mendedahkan murid kepada pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Hari Gawai dan Pesta Keamatan.

- Mengadakan majlis sambutan di sekolah. Murid digalakkkan melibatkan diri di dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.

-Program dianjurkan dalam bulan-bulan berkaitan.

- Pengetua/Guru Besar

-AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

9.

PERTANDINGAN PENYEDIAAN FOLIO / BUKU SKRAP

1. Memupuk sikap mencintai dan menghargai anugerah Tuhan di kalangan murid.

2. Memberi kesedaran dan keinsafan kapada murid tentang kesan terhadap alam sekitar akibat daripada perbuatan manusia.

3. Menggalakkan penggunaan ICT untuk mencari bahan.

- Pertandingan Buku Skrap tentang kepercayaan kepada Tuhan.

-Sebelum dan selepas Hari Perayaan Agama; contoh: pada hari Maulidur Rasul.

-Mengumpul bahan-bahan berkaitan dengan keindahan dan kemusnahan alam ciptaan tuhan.

-Mengumpul kata-kata hikmah sebagai pendorong.

- Guru Agama/Guru Pendidikan Moral

- AJK KRN

10.

KEM BINA INSAN

Mempertingkatkan kerohanian dan nilai-nilai murni di kalangan murid.

Mengadakan ceramah, forum, bengkel dan sebagainya.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- JPNIN

11.

BAHAN PENERBITAN

Meningkatkan kesedaran di kalangan murid agar menjadi manusia yang lebih berguna dan baik.

Mewujudkan Sudut Kerohanian dengan ayat-ayat suci atau kata-kata pujangga/madah / mutiara kata yang memberi pengajaran kepada murid.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

PRINSIP 2: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Arahan daripada KPM.

- Setiap perhimpunan sekolah.

- Hari Kokurikulum.

- Majlis rasmi.

- Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Sambutan Bulan Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- Semua murid

- AJK Kelab Rukun Negara(KRN)

- Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

- Semasa majlis sekolah

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

LAWATAN

Memberi pendedahan mengenai Sistem Pemerintahan Raja Berperlembagaan.

- Lawatan ke Istana, Muzium DiRaja dan Muzium Negeri

- Lawatan Integrasi semasa Hari Keputeraan Agong.

- Lawatan semasa Persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

- Semua murid

- AJK KRN

4.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP / FOLIO SALASILAH KESULTANAN NEGERI

1. Menyemai rasa cinta dan bangga kepada Raja dan Negara.

2. Memberi pendedahan mengenai sistem pemerintahan negeri-negeri di Malaysia.

- Bersifat pertandingan

- Kerja kumpulan.

- Dijalankan di peringkat sekolah.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

5.

KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG DAN BENDERA NEGERI

Menyemai dan memupuk semangat patriotisme di kalangan murid.

- Mengadakan majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Negeri.

- Nyanyian lagu Jalur Gemilang dan patriotik.

- Tayangan gambar berunsurkan patriotik untuk semua kaum.

- Ahli KRN menyertai Perbarisan sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan.

- Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Majlis rasmi yang lain.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- JPNIN

6.

PENGKISAHAN SEJARAH NEGARA OLEH TOKOH-TOKOH NEGARA DAN TEMPATAN

1. Mengingati dan menghayati sejarah dan pembangunan negara.

2. Menghargai jasa-jasa pemimipin negara.

- Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Majlis rasmi.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

7.

PAMERAN

(Sejarah Negara)

1. Mengenali dan menghayati sejarah Negara.

2. Memupuk perasaan cintakan negara.

3. Menghargai jasa-jasa pemimipin- pemimipin tempatan dan pejuang negara.

- Mengadakan pemeran.

- Menyediakan bahan.

- Mengadakan lawatan ke pameran yang dianjurkan oleh agensi-agensi lain.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

8.

PERTANDINGAN KEBUDAYAAN / KESENIAN DAN WARISAN

1. Mencungkil bakat.

2. Membentuk keyakinan diri.

- Menguruskan pertandingan:-

a) Puisi

b) Drama

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

3. Memberi pendedahan kapada murid tentang kebudayaan dan keseniaan kaum-kaum lain.

c) Mencipta lagu patriotik

d) Menyanyi

e) Tarian

f) Buku skrap

g) Cerpen

h) Kata bestari kenegaraan

i) Pertandingan-pertandingan lain yang difikirkan sesuai dan selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara.

9.

KARNIVAL PATRIOTIK

1. Memupuk semangat patriotik dan menyuburkan semangat perpaduan di kalangan murid.

2. Menyemarakan jati diri murid.

Koir, sajak, pentomen dan sabagainya.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

PRINSIP 3: KELUHURAN PERLEMBAGAAN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Arahan daripada KPM.

- Setiap perhimpunan sekolah.

- Hari Kokurikulum.

- Majlis rasmi.

- Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Sambutan Bulan Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- Semua murid

- AJK Kelab Rukun Negara(KRN)

- Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

- Semasa majlis sekolah.

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

CERAMAH

Memberi kesedaran dan kefahaman tentang keluhuran perlembagaan / pembentukan perlembagaan / kontrak sosial.

- Semasa kempen/ minggu kesedaran sivik.

- Salah satu aktiviti Kursus Kepimpinan Perkhemahan.

- Salah satu aktiviti Bulan Patriotisme.

- Semua murid

- AJK KRN

- JPNIN

4.

LAWATAN KENEGARAAN

1. Memberi peluang kepada murid menyaksikan proses sistem perundangan Negara dijalankan.

2. Mempertingkatkan kefahaman murid mengenai sistem perundangan Negara.

- Menganjurkan lawatan ke Sidang Dewan Undangan Negeri/ Parlimen.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

5.

KUIZ / PERBAHASAN (PERLEMBAGAAN)

1. Memupuk kemahiran pengucapan awam.

2. Menilai/ menguji tahap pengetahuan murid tentang Perlembagaan.

- Menganjurkan pertandingan peringkat sekolah/ daerah.

- Diadakan semasa Sambutan Bulan Perpaduan, Bulan Kemerdekaan. kempen/ minggu berkaitan.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

6.

PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

1. Memupuk sifat-sifat kepimpinan berlandaskan prinsip-prinsip Rukun Negara.

2. Meningkatkan pengetahuan murid tentang sistem perlembagaan negara.

- Aktiviti luar sekolah/ ceramah motivasi.

- Kerjasama dengan agensi kerajaan swasta.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

7.

PERMAINAN BERASASKAN PRINSIP TIGA RUKUN NEGARA

1.Menggalakkan integrasi kaum.

2. Memupuk perpaduan dan nilai kerjasama.

3. Menambah pengetahuan dan pengalaman tentang sistem perlembagaan negara.

- Permainan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt).

- ‘Clue’ yang digunakan berdasarkan sistem perlembagaan negara.

- Perlaksanaan peringkat sekolah di dalam dan sekitar sekolah.

- Kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan/ swasta.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

8.

PERTANDINGAN MENULIS

1. Memupuk kemahiran kreatif menulis tentang isu-isu perlembagaan negara.

2. Mencungkil bakat-bakat dalam berkaitan.

3. Kesedaran tentang isu-isu semasa perlembagaan negara.

- Pertandingan Menulis Esei Cerpen / Puisi peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaaan.

- Berkala.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

9.

DRAMA / SKETSA

1. Memupuk daya kreativiti.

2. Menghayati sistem perlembagaan negara.

3. Sebagai pemangkin percambahan fikiran.

4. Menggalakkan integrasi kaum.

- Dalam bentuk pertandingan.

- Berkala

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

10.

FORUM PERLEMBAGAAN

1. Meningkat pengetahuan tentang perlembagaan.

2. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

3. Memperjelaskan isu-isu semasa yang timbul (kurang difahami/keliru).

- Dianjurkan di peringkat sekolah.

- Kerjasama dengan agensi luar.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- JPNIN

11.

PERTANDINGAN BUKU SKRAP

1. Memupuk daya kreativiti murid dalam bidang penulisan.

2. Kesedaran tentang isu-isu semasa dalam sistem perlembagaan.

- Bersifat pertandingan

- Kerja kumpulan

- Peringkat sekolah

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

12.

PAMERAN KENEGARAAN

1. Memupuk daya kreativiti murid.

2. Kesedaran tentang isu-isu semasa dalam sistem perlembagaan.

- Kerja kumpulan untuk mengendalikan pameran.

- Menonjolkan pencapaian individu/ syarikat yang berjaya.

- Melibatkan PIBG.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

13.

BULAN

KEMERDEKAAN

1. Memupuk kesedaran kebangsaan yang merangkumi Prinsip Rukun Negara.

2. Menghayati idea kebebasan dan demokrasi.

3. Mengetahui tentang latar belakang kronologi penggubalan perlembagaan Malaysia.

4. Memupuk semangat setia dan cintakan negara.

- Kempen Kibar Jalur Gemilang.

- Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menyemarakkan semangat patriotisme. Contoh: Pertandingan mencipta lagu patriotik, melukis poster dan lain-lain.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

14.

MENGADAKAN AKTIVITI ALA MINI PARLIMEN DI SEKOLAH

1. Mencungkil bakat murid sebagai pemimpin negara.

2. Memberi kebebasan membahas isu penting untuk Pembangunan negara.

- Melibatkan semua murid

- Peringkat antara sekolah.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

15.

BULAN KESEDARAN PERLEMBAGAAN

1. Memberi kesedaran dan kefahaman tentang pembentukan perlembagaan / keluhuran perlembagaan / kontrak sosial.

2. Memperjelaskan isu-isu yang timbul yang kurang difahami/ keliru.

3. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman.

- Mempamerkan naskah Perlembagaan Negeri/ Persekutuan dalam Pusat Sumber Sekolah dan di papan kenyataan sekolah.

- Menganjurkan ceramah mengenai perlembagaan daripada agensi-agensi yang terlibat.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- JPNIN

16.

KUIZ KELUHURAN PERLEMBAGAAN

1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman murid tentang perlembagaan negara.

- Penyeragaman dalam penyediaan soalan kuiz.

- Hadiah disediakan oleh JPN KPM/JPNIN.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

PRINSIP 4: KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Arahan daripada KPM.

- Setiap perhimpunan sekolah.

- Hari Kokurikulum.

- Majlis rasmi.

- Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Sambutan Bulan Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- Semua murid

- AJK Kelab Rukun Negara(KRN)

- Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

- Semasa majlis sekolah.

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

KEMPEN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG NEGARA DAN PERATURAN SEKOLAH

1. Memberi kesedaran tentang kepentingan undang-undang serta penghayatan terrhadap tugas-tugas penguatkuasa.

2. Menghayati cara undang-undang dipraktikkan.

3. Mengetahui cara-cara penggubalan dasar-dasar dan peraturan tertentu.

- Syarahan semasa perhimpunan sekolah.

- Mempamerkan keratan akhbar di papan kenyataan.

- Pertandingan buku skrap pertandingan melukis/fotografi.

- Semua murid

- AJK KRN

4.

MINGGU KESEDARAN SIVIK

1. Menghayati nilai-nilai murni.

2. Pemahaman terhadap tugas-tugas penguatkuasa undang-undang.

- Menganjurkan pameran dengan kerjasama agensi-agensi yang berkaitan seperti PDRM, Majlis Perbandaran, Pihak Berkuasa Tempatan dan AADK.

- Tayang Multimedia/ slaid berkenaan tugas-tugas unit penguatkuasa undang-undang.

- Bahan dibekalkan oleh Unit-unit Majlis Perbandaran / Pihak Berkuasa Tempatan / PDRM / JPJ / Jabatan Penerangan Malaysia.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- Agensi Berkaitan

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

5.

LAWATAN

1. Kesedaran tentang implikasi melanggar undang-undang.

2. Melihat sendiri cara-cara pentadbiran tempat berkenaan.

- Menganjurkan lawatan di Mahkamah, Penguasa Tempatan.

- Lawatan ke institusi-institusi pemulihan seperti Pusat Serenti/ sekolah pemulihan akhlak dan sebagainya.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

6.

PERMAINAN

(EXPLOLAW)

1. Menggalakkan integrasi murid pelbagai kaum.

2. Memberi pengalaman tentang pelaksanaan undang-undang.

- Semasa majlis sekolah.

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

PRINSIP 5: KESOPANAN DAN KESUSILAAN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

1.

LAFAZ IKRAR RUKUN NEGARA

Supaya murid sentiasa menghayati falsafah serta prinsip-prinsip Rukun Negara.

- Arahan daripada KPM.

- Setiap perhimpunan sekolah.

- Hari Kokurikulum.

- Majlis rasmi.

- Sambutan Bulan Kemerdekaan.

- Sambutan Bulan Perpaduan.

- Kumpulan pembaca ikrar terdiri daripada murid pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- Semua murid

- AJK Kelab Rukun Negara(KRN)

- Pegawai Perpaduan Daerah (Pemantauan)

2.

NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN ‘NEGARAKU’ DAN NEGERI

Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap raja dan negara.

- Semasa majlis sekolah.

- Setiap perjumpaan kelab.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

SEMINAR / FORUM / CERAMAH

1. Memperkenalkan dan memupuk prinsip-prinsip Rukun Negara di kalangan murid.

2. Mempertingkatkan kesedaran murid tentang nilai-nilai murni dalam masyarakat.

- Menjemputkan penceramah dari agensi kerajaan/ swasta dan lain-lain.

- Pertandingan Syarahan (wujudkan piala) di peringkat sekolah daerah.

- Ceramah mengenai kesopanan dan kesusilaan untuk pemimpin-pemimpin

Murid:-

- Pegawas

- Ketua Kelas

- Pengerusi/AJK Kelab

Persatuan

- Forum mengenai adat resam pelbagai kaum/ budaya/agama.

- KPM

- JPNIN

- JPN

- Biro Tata Negara

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

4

LAWATAN

1. Memberi keinsafan dan kesedaran semasa melakukan lawatan ke institusi-institusi yang berkenaan.

2. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum.

Menganjurkan lawatan Rumah Orang Tua, Anak Yatim dan sebagainya.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

5.

PERKHEMAHAN (MOTIVASI)

Memberi pengertian dan menerapkan nilai-nilai murni bagi mengukuhkan semangat perpaduan kaum.

- Penerangan budaya antara Kaum.

Contohnya:-

a) Adat Resam / Pantang Larang

b) Permainan Tradisional / Sukaneka

c) Kubudayaan.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

6.

KEMPEN BERBUDI BAHASA

1. Menentukan pertuturan yang baik di kalangan murid.

2. Menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan semua peringkat umur.

3. Memupuk sikap beradab sopan dikalangan murid.

Memilih murid yang terbaik bertutur dan berbudi bahasa.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

7.

HARI KELUARGA / HARI IBU PABA

Memupuk dan mengeratkan rasa kasih sayang yang mendalam antara ahli keluarga.

- Pendedahan dan panduan kepada ibu bapa dan murid di peringkat sekolah.

- Ibu bapa dan murid akan melaksanakannya di rumah untuk seluruh keluarga.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- Ibu Bapa

- Murid

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN

BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF

STRATEGI PERLAKSANAAN

TINDAKAN

1.

HARI TERBUKA KELAB RUKUN NEGARA

1. Meningkatkan minat murid untuk menjadi ahli Kelab Rukun Negara.

2. Mempromosikan Kelab Rukun Negara di kalangan murid pelbagai kaum.

- Peringkat sekolah, Contoh: Gerai jualan dan pameran.

- Pameran Kelab Rukun Negara.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

BULAN PENGHAYATAN RUKUN NEGARA

Meningkatkan murid tentang kepentingan Rukun Negara dalam mengekalkan keharmonian kaum di negara ini.

Pelbagai aktiviti ke arah meningkatkan penghayatan Rukun Negara di kalangan murid dilaksanakan.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

3.

PROGRAM PERTUKARAN MURID KE SABAH/SARAWAK/

LABUAN/

SEMENANJUNG.

Mengeratkan hubungan antara murid berbilang kaum.

- Sekurang-kurangnya satu bulan.

- Peringkat kebangsaan.

-KPM

- JPNIN

4.

LAWATAN INTEGRASI

1. Memupuk semangat setiakawan dan perpaduan di antara murid.

2. Memahami dan menghayati adat resam sesuatu kaum.

- Lawatan antara sekolah/daerah/negeri/

wilayah.

- Berkonsepkan Homestay (Program Anak Angkat). Contoh: Rumah Panjang, Bapa dan Nyonya, Perkampungan Melayu dan sebagainya.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

- JPNIN

5.

KARNIVAL KESENIAN DAN BUDAYAAN PERPADUAN

Memupuk semangat cintakan kesenian dan kebudayaan ke arah menyatupadukan rakyat pelbagai kaum.

- Persembahan / pertunjukan tarian/ nyanyian tradisional.

- Pameran budaya adat resam pelbagai kaum.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

6.

SUKAN

1. Menggalak dan memupuk semangat kesukanan di kalangan murid.

2. Memupuk semangat perpaduan menerusi sukan.

- Menganjurkan:-

i. Larian Perpaduan

ii. Permainan Tradisional / Sukaneka

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN

7.

PROGRAM PRA LATIHAN KHIDMAT NEGARA

Memupuk semangat perpaduan dan sahsiah yang tinggi di kalangan murid.

- Gotong royong di Rumah Orang Tua/ Anak Tatim/ Kawasan Rekreasi/ Rumah Ibadat dan sebagainya.

- Memberi sumbangan dalam kerja-kerja kebajikan anjuran agensi kerajaan/swasta.

- Pengetua/Guru Besar

- AJK KRN