pendekatan moral bertimbang rasa

13
PENDAHULUAN Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat dengan pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian pelajar dan bagaimana pelajar menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia terdapat tiga jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional. Bentuk pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterima secara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk pendekatan yang memberikan pemikiran yang terbuka kepada pelajar. bentuk pendekatan rasinonal menekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai berdasarkan situasi tertentu dan merit. Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan beberapa antaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa, pendekatan rasional, pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral kognitif, pendekatan penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai. PENDEKATAN BERTIMBANG RASA Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa maksud perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkan dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan

Upload: ayulashrul

Post on 10-Jun-2015

6.192 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

PENDAHULUAN

Pendekatan yang digunakan dalam pendidikan moral adalah berkait rapat dengan

pemupukan nilai-nilai murni dalam membentuk keperibadian pelajar dan bagaimana

pelajar menghayati nilai-nilai tersebut. Dalam pendidikan moral di Malaysia terdapat tiga

jenis pendekatan iaitu pendekatan tradisional, subjektivis dan rasional. Bentuk

pendekatan tradisional adalah satu set peraturan moral yang kekal dan telah diterima

secara langsung oleh masyarakat, manakala subjektivis pula adalah bentuk pendekatan

yang memberikan pemikiran yang terbuka kepada pelajar. bentuk pendekatan rasinonal

menekankan penerimaan dan penolakan peraturan nilai berdasarkan situasi tertentu dan

merit.

Pedekatan dalam pendidikan moral secara umumnya boleh dibahagikan beberapa

antaranya pendekatan pemupukan nilai, pendekatan bertimbangrasa, pendekatan rasional,

pendekatan tindakan sosial, pendekatan perkembangan moral kognitif, pendekatan

penjelasan nilai dan pendekatan analisis nilai.

PENDEKATAN BERTIMBANG RASA

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), bertimbang rasa membawa maksud

perasaan simpati, berlaku adil dan belas kasihan. Manakala Pendekatan dimaksudkan

dengan arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu sasaran. Pendekatan

pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau

memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa

mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

Pendekatan bertimbang rasa bermaksud pelajar bertindak atau melakukan sesuatu

perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain. Pelajar juga bersikap prihatin iaitu

bertimbang rasa terhadap perasaan orang lain, memahami pendapat yang berbeza dan

belajar menyesuaikan diri dengan orang lain. Teknik pengajaran yang sesuai dalam

mengajar pendidikan moral dengan menggunakan pendekatan ini adalah simulasi,

perbahasan, perbincangan, projek, dan temuramah. Pendekatan bertimbang rasa terbahagi

Page 2: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

kepada tiga set bahan iaitu In Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would

You Have Done? In Other People’s Shoes menyentuh situasi yang melibatkan hubungan

biasa antara individu dengan individu. Dalam mengkaji isu ini pelajar perlu menentukan:

(i) apa yang perlu dilakukan;

(ii) menimbang apa yang kesan dan akibat tindakannya,

(iii) memahami pandangan orang lain tentang konflik

Contoh konflik dalam situasi adalah isu jantina, umur, bangsa, budaya dan politik.

Proving the Rule pula pelajar dirangsang untuk mengenal pasti peraturan,

harapan dan tekanan supaya mereka dapat belajar menyesuai diri dengan keadaan

tersebut sesuai dengan pegangan nilai mereka. Situasi yang dikemukakan adalah

mengenai hubungan seseorang individu dengan orang lain, di rumah, sekolah dan

kawasan sejiran serta konflik-konflik yang wujud dari hubungan tersebut. Manakala

What Would You Have Done merupakan hasil kajian kes yang dijalankan tentang

beberapa masalah budaya di seluruh dunia yang berlaku sekitar abad 20. Situasi yang

dikemukan lebih kompleks dan berkait dengan beberapa tanggungjawab, konflik ras,

bencana, sikap penyayang dan masalah dadah (Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1,2007).

ANALISIS DAN KRITIKAN PENDEKATAN

Pendekatan bertimbang rasa merupakan kesanggupan seseorang untuk berkorban demi

orang lain. Bertimbang rasa, atau dalam kata lain ‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’,

melibatkan responsif sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan

perhatian terhadap pengalaman mereka. H. Lasswell (1976) menyatakan kaedah yang

digunakan dalam pendidikan tingkah laku yang mengajar pola-pola perlakuan yang

positif bagi amalan seseorang. McPhail dan rakan-rakannya (1973) telah menyatakan

bahawa bagi membantu pelajar sekolah menengah bersikap prihatin terhadap orang lain,

mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak menyinggung perasaan

orang lain. Oleh itu, McPhail berpendapat dengan adanya emosi dalam melakukan tindak

balas, pelajar dapat bertimbang rasa.

Page 3: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

Fokus utama adalah pendekatan bertimbang rasa ini adalah berkaitan dengan

tindak balas emosi. Menurut Maclntyre (1976), konsep-konsep moral dijelmakan dan

menjadi sebahagian unsur penting dalam kehidupan sosial. Oleh hal yang demikian,

pendekatan bertimbang rasa ini lebih memberikan kesan kepada pelajar kepada

kehidupan sebenar. McPhail berpendapat, tidak semua pelajar boleh belajar dan

melahirkan perasaannya secara lisan, satu kaedah lain perlu digunakan contohnya seperi

lakonan, cerita, dialog dan melukis. Oleh itu, dengan adanya aktiviti sampingan ini

pelajar dapat melahirkan emosi atau perasaan mereka secara semula jadi. McPhail telah

menyenaraikan tiga set bahan yang digunakan dalam pedekatan bertimbang rasa iaitu In

Other Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done? Ketiga-tiga

set bahan ini boleh digunakan untuk mengembangkan penaakulan moral pelajar.

Pendekatan ini memang boleh membantu pelajar berfikir dan membincangan isu-isu dan

permasalahan moral dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar. Pada masa yang

sama dapat melebarluaskan konteks pengajaran dam pembelajaran dengan menggunakan

pendekatan ini. Pengalaman pelajar ini adalah berkaitan dengan tindak balas emosi

pelajar.

Tiga set bahan yang terdapat dalam Pendekatan bertimbang rasa iaitu In Other

Peolpe’s Shoes, Proving the Rules dan What Would You Have Done?, sebenarnya ada

relevan dan impresif untuk pendidikan moral. Ketiga-tiga set bahan tersebut mempunyai

kaitan dan menimbulkan kesan yang kuat dan mendalam ke atas seseorang individu.

Pendekatan bertimbang rasa boleh dikatakan sebagai pendekatan yang praktis kerana

bahan-bahan yang terkadung dalam pendekatan ini boleh dipraktikkan dan mudah

dilaksanakan dalam situasi sebenar. Contohnya mampu mempengaruhi pertimbangan

moral seseorang dalam membuat keputusan.

Pendekatan Bertimbang rasa melibatkan keinginan, motovasi dan kemahuan

Seseorang mengambil berat akan orang lain sekiranya dia merasakan adanya keinginan

terhadapnya. Dalam erti kata yang lain, seseorang itu diambil berat apabila pandangan

dan minatnya disukai oleh orang lain. Ini melibatkan keinginan seseorang dalam

menentukan perkara yang membawa kepentingan kepada dirinya. Seseorang itu akan

Page 4: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

melibatkan realiti orang lain sebagai satu kemungkinan. Dengan mengetahui realiti orang

lain, seseorang dapat merasai apa yang dia rasai sehampir mungkin adalah perkara yang

penting dalam bertimbang rasa. Apabila seseorang melihat realiti orang lain sebagai satu

kemungkinan dan mula merasai realitinya, dia harus bertindak sewajarnya. Ini berkaitan

dengan sikap bertimbang rasa seseorang dan membuat pelbagai kemungkinan dan

andaian sebelum melakukan sesuatu perkara.

Pendidikan moral perlu berfokus kepada cara individu berhubung dengan orang

lain seperti bertimbang rasa terhadap keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Ini

adalah kerana kelakuan itu akan memberikan kepuasan orang yang bertindak sedemikian

dan menggalakkan mereka mengembangkan cara hidup yang bertimbang rasa. Apabila

menggunakan pendekatan ini, guru perlu meningkatkan kebolehan pelajar untuk

mentafsir kesan-kesan sesuatu tindakan ke atas sendiri dan orang lain seperti yang

digambarkan pada rajah di bawah:

HASIL

Berdssarkan rajah di atas, pertimbangan yang dilakukan oleh orang lain adalah

pelbagai dan setiap pandangan mempunyai langkah penyelesaian yang berlainan. Oleh

itu, suka untuk pelajar atau seseorang mentafsir tahap konsep bertimbang rasa dalam diri

SITUASI MORAL- Perhubungan peribadi.- kepentingan kumpulan- aoutoriti- sedunia

Mengukuhkan pengetahuan dan penaakulan.

MENTAFSIRKAN KESAN-KESAN KE ATAS:- Diri - orang Lain

MEMBERIKAN PERTIMBANGAN

KEPADA ORANG LAIN.

Page 5: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

individu sendiri. Begitu juga dengan mentafsir kesen-kesan yang mungkin akan berlaku

kepada diri seseorang itu, terdapat pelbagai andaian dan pendapat yang mungkin akan

dilakukan berikutan tahap pertimbang moral dari aspek bertimbang rasa. Semuanya

memerlukan kesefahaman serta saling faham memahami tanpa melibatkan tindak balas

emosi. Secara tidak langsung akan menyukarkan seseorang melakukan proses penaakulan

berkaitan bertimbang rasa jika konsep bertimbang rasa dalam diri individu atau pelajar

mudah goyah.

Walau bagaimanapun, melalui cara ini pelajar tidak dititikberatkan dengan

penaakulan moral yang menggunakan akal yang rasional dengan menggunakan konspe-

konsep moral tetapi melibatkan penaakulan moral dengan menggunakan tindak balas

emosi. Kebolehan pelajar dalam berfikir secara logik dan membuat perimbangan yang

adil akan terganggu dan dipengaruhi oleh perasaan seseorang. Contohnya jika seseorang

pengawas telah mendapati rakannya melakukan kesalahan, sepatutnya pengawas tersebut

harus mengambil tindakan terhadap rakannya itu. Tetapi dengan adanya perasaan dan

pendekatan bertimbang rasa yang dicipta oleh McPhail, pengawas tersebut akan

melepaskan rakannya itu atas alasan sikap bertimbang rasa, belas kasihan dan sayang

akan rakannya itu.

Pendekatan bertimbang rasa merupakan satu teori yang tidak mempunyai asas

yang kuat. Walaupun berimbang rasa merupakan satu perkara yang dituntut, tetapi ia

tidak boleh dijadikan satu pendekatan yang berasingan dengan nilai yang lain. Menurut

Downey dan A.V Kelly (1978), Bertimbang rasa merupakan satu perkara yang baik dan

boleh diterima secara rasional, tetapi tidak sempurna dan kukuh jika hanya bertimbang

rasa dijadikan sebagai tumpuan atau fokus utama yang berdiri sendiri dalam pendekatan

pendidikan moral. P. McPhail, D.L. Miller (1973), berpendapat, bertimbang rasa perlu

dimiliki oleh setiap individu. Oleh hal yang demikian, jika terdapat beberapa nilai lain

yang digabungjalinkan dalam pendekatan tersebut, ia akan menjadikan pendekatan

tersebut lebih kukuh dan berkesan. Pada masa yang sama, pendekatan yang dihasilkkan

akan membentuk proses penaakulan daripada beberapa nilai berdasarkan pendekatan

yang digabungjalinkan. Contohnya, pendekatan bertimbang rasa mempunyai kaitan rapat

Page 6: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

dengan nilai-nilai lain yang bergerak seiringan dan wujud bersama seperti kasih sayang,

bekerjasama dan belas kasihan.

KESESUAIAN DENGAN KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL DI MALAYSIA

Pendekatan bertimbang rasa seharusnya diterapakan dan diguna pakai dalam kurikulum

pendidikan moral di malasyia. Dengan penggunaan pendekatan ini, secara tidak langsung

akan memberikan pelajar nilai atau input tambahan yang bukan bersifat pengajaran dam

pembelajaran semata-mata. Tetapi juga boleh digunakan dan diaplikasikan dalam

kokurikulum dan kehidupan seharaian. Pelajar dapat mengunakan akal fikiran dengan

membuat pertimbangan yang sejawarnya jika menghadapi konflik semasa di dalam kelas,

melakukan aktiviti persatuan atau kelab dan sebagainya.

Falsafah pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan manusia yang seimbang

dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Jelas disini menunjukkan bahawa,

pendekatan bertimbang rasa sedikit sebanyak membantu seseorang individu untuk

berlaku adil, bertindak dengan menggunakan akan dan penaakulaan moral yang betul dan

dapat menerapkan sikap kasih sayang. Kepentingan dan hasil yang akan diperolehi

daripada pendekatan ini adalah bersesuaian dengan matlamat falsafah pendidikan

kebangsaan. Sifat semula jadi manusia lahir daripada pertimbangan hati dan fikiran yang

waras dalam segala aspek.

Dengan adanya pendekatan ini dalam pendidikan moral, pengurusan bilik darjah

yang melibatkan kerjasama serta beberapa pihak dapat diatas. Caranya adalah dengan

menimbang setiap pemdapat dan terguran dengan lebih bijak. Proses bertimbang rasa

juga memberikan kepuasan setiap individu yang terlibat. Contohnya, sebagai seorang

ketua dalam bilik darjah, dia perlu menimbang baik buruk keputusan yang dibuat dan

mecapai kata sepakat supaya semua pihak berpuas hati dengan keputusan yang akan

dilakukan. Secara tidak langsung, proses bertimbang rasa dalam diri individu dapat

diwujudkan.

Page 7: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

Pendekatan bertimbang rasa perlu diterapkan dalam setiap individu umumnya

kerana melibatkan beberapa isu-isu yang sensitif. Isu sensitif yang dimaksudkan adalah

berkaitan dengan isu perkauman dan perbezaan cara hidup masyarakat berbilang kaum di

malaysia. Dengan adanya sikap faham-memahami dan bertimbang rasa, isu tersebut tidak

akan menjadi isu yang serius kerana usaha memupuk sikap bertimbang rasa dan tidak

menyinggung perasaan orang lain dalam pendekatan moral bertimbang rasa telah

diterapkan.

Sikap tidak bertimbang rasa juga boleh dilihat dalam pelbagai aspek dan bentuk

antaranya sikap bertimbang rasa antara individu dengan individu yang lain, keluarga,

kelompok masyarakat dan sesuatu organisasi sosial. Sikap ini penting kerana dalam

sesuatu organisasi seperti organisasi sesebuah kelas atau kelab dan persatuan contohnya

memerlukan seorang ketua dan beberapa pengikut tertingginya. Oleh hal yang demikian,

terdapat beberapa pendapat dan idea yang dikemukankan oleh setiap individu dalam

organisasi tersebut dan setiap idea yang dikeluarkan ada yang bercanggah dan

bertentangan antara satu sama lain. Lantara itu, pendekatan moral bertimbang rasa

menerapkan aspek memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dgn

orang lain yang dapat memberikan kesan terhadapt sesuatu organisasi tersebut. Penerapan

nilai dalam pendekatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemahiran seseorang

ketua dalam mengawal tingkah laku anggota dalam organisasi tersebut.

Pedekatan moral bertimbang rasa juga menerapka unsur kasih sayang, mengambil

berat dan keterbukan individu itu sendiri. Sebagai seorang pelajar, dan juga merupakan

seorang anak, adik, abang atau kakak dalam sesebuah institusi kekeluargaan perlukan

sokongan daripada nilai dalam diri itu sendiri contohnya kasih sayang. Dari sikap

bertimbang rasa dapat menerapkan kasih sayang dan bertolak ansur dalam diri pelajar itu

sendiri. Ini berlaku secara tidak langsung dan kadang-kala berlaku tanpa disedari.

Apabila terlahirnya nilai dan perasaan kasih sayang, perasaan dan beberapa

tanggungjawab lain akan wujud kerana saling berkaitan dan berhubung rapat antara satu

sama lain seperti mengambil berat dan bertanggunjawab melindungi orang yang

disayangi. Ini berkait rapat dengan pendekatan moral bertimbang rasa kerana sikap

Page 8: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

bertolak ansur dan tidak menyinggung perasaan orang lain juga merupakan salah satu

tanggungjawab yang semua orang perlu patuhi untuk mengelakan berkalunya konflik dan

masalah.

PENUTUP

Pendekatan bertimbang rasa dapat memberikan sumbangan secara positif kepada

Pendidikan Moral. Ini berdasarkan alasan bahawa pelajar-pelajar yang terdiri daripada

pelbagai latar belakang terutama dari segi etnik, budaya, sosial dan agama perlu peka

kepada keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Setiap pelajar atau individu

memilik latar belakang yang berbeza dan tahap bertimbang rasa yang juga berbeza. Oleh

itu, pendekatan bertimbang rasa perlu dan amat sesuai diterapkan di dalam pendidikan

moral di malaysia walaupun ada cacat celanya, namun penggabungjalinan nilai lain

seperti kasih sayang dan hormati-menghormati, akan menjadikan pendekatan ini semakin

berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.

Lantaran itu, guru perlu bijak dalam menggunakan pendekatan bertimbang rasa

supaya pelajar tidak akan menyalah tafsir dan keliru dengan nilai kasih sayang atau

hormat-menghormati yang seakan-akan menyerupai nilai bertimbang rasa. Kelemahan

yang ada dalam bertimbang rasa seperti tidak boleh berdiri sendiri atas nama nilai

bertimbang rasa perlu di atasi dengan bijak dan berkesan.

BIBLOIGRAFI

Page 9: Pendekatan Moral Bertimbang rasa

McPhail, P, Miller, D. L. 1973. The Assembling Process: A Theoretical and Empirical

Investigation. Am. Sociol. Rev. 38:721-35

Maclntyre, A (1976). A Short History Of Ethics. London : Routledge And Kegan Paul.

Lasswell, H.D. "The Garrison State." American Journal of Sociology, 1941, 46, 455-68.

Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika dan Amalam Moral.

Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tinjauan Sukata Pelajaran Tahun 1 (2007). Diperoleh pada Februari 13,2009 daripada

www.geocities.com/zulmz65/moral610.pdf.

Chang Lee Hoon (2005). Konsep Asas Dalam Pendidikan Moral. Diperoleh pada Februari

13,2009 daripada http://pendidikanmoral.um.edu.my/uploads/rujukan/kertas%20

konsep%20moral.pdf

Kelly, A.V. & Downey (1978). Mixed Ability Grouping. London: Harper & Row

Publishers.