pendekatan moral mohamad saleeh rahamad pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/qnkc8q0aso.pdf ·...

23
36 PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalan Dalam kritikan kesusasteraan, pendekatan moral dianggap sebagai yang tertua, iaitu sejak zaman Greek lagi apabila Xenophanes dan Heraclitus sekitar 500 tahun sebelum Masihi mengecam Homer yang gemar menceritakan “tidak senonoh serta bohong” tentang dewa-dewi sebagaimana yang diungkapkan oleh Plato (Andre Hardjan, 1981:1). Apabila unsur tidak senonoh dan pembohongan menjadi tumpuan perbincangan dalam sesebuah karya, pastilah aspek isi yang diutamakan atau kebenaran dipelihara dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat (Holman dan Harmon, 1986: 313; M. Atar Semi, 1993:72). Konsep Awal Pendekatan Moral Kritikan ini tergolong dalam kritikan judicial atau penghakiman, iaitu suatu usaha menganalisis karya sastera berdasarkan ukuran yang objektif, atau disebut juga kritikan normatif. Maksudnya satu ukuran telah tersedia secara normatif sebelum sesebuah teks dinilai. Karya itu mendapat nilaian berdasarkan ukuran moral yang ditetapkan oleh pengkritik, sama ada ukuran itu bersifat moral individu mahupun moral kemasyarakatan. Pendekatan ini sudah tidak lagi mengakui kemandirian teks sebagai sebuah karya sastera yang hidup dan berkembang, sebagaimana asas kritikan induktif. Malah boleh dikatakan pendekatan ini bukannya mengkaji kesusasteraan (literariness) perse tetapi mengkaji aspek bukan sastera-moraliti.

Upload: others

Post on 07-Jun-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

36

PENDEKATAN MORAL

MOHAMAD SALEEH RAHAMAD

Pengenalan

Dalam kritikan kesusasteraan, pendekatan moral dianggap sebagai yang tertua,

iaitu sejak zaman Greek lagi apabila Xenophanes dan Heraclitus sekitar 500 tahun

sebelum Masihi mengecam Homer yang gemar menceritakan “tidak senonoh serta

bohong” tentang dewa-dewi sebagaimana yang diungkapkan oleh Plato (Andre

Hardjan, 1981:1). Apabila unsur tidak senonoh dan pembohongan menjadi tumpuan

perbincangan dalam sesebuah karya, pastilah aspek isi yang diutamakan atau

kebenaran dipelihara dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada

masyarakat (Holman dan Harmon, 1986: 313; M. Atar Semi, 1993:72).

Konsep Awal Pendekatan Moral

Kritikan ini tergolong dalam kritikan judicial atau penghakiman, iaitu suatu usaha

menganalisis karya sastera berdasarkan ukuran yang objektif, atau disebut juga

kritikan normatif. Maksudnya satu ukuran telah tersedia secara normatif sebelum

sesebuah teks dinilai. Karya itu mendapat nilaian berdasarkan ukuran moral yang

ditetapkan oleh pengkritik, sama ada ukuran itu bersifat moral individu mahupun

moral kemasyarakatan. Pendekatan ini sudah tidak lagi mengakui kemandirian teks

sebagai sebuah karya sastera yang hidup dan berkembang, sebagaimana asas

kritikan induktif. Malah boleh dikatakan pendekatan ini bukannya mengkaji

kesusasteraan (literariness) perse tetapi mengkaji aspek bukan sastera-moraliti.

Page 2: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

37

Tanggapan bahawa sastera perlu bermoral ditegaskan antara lain oleh John

Gardner yang mengatakan bahawa sastera yang sebenar (true art) ialah sastera

yang bermoral, yang bertujuan memperelok kehidupan manusia, bukan

merosakkannya. Katanya lagi, sastera yang remeh-temeh tidak mempunyai makna

dan nilai kecuali jika karya itu dapat menyumbangkan kebaikan kepada kehidupan

manusia. Sebaliknya karya sastera yang membawa keburukan seperti para nihilis

sinikal bukanlah sastera sama sekali. Sastera baginya ialah yang serius dan

bermanfaat (John Gardner, 1978:5-6).

Horace (65 SM-8 SM) merupakan seorang Roman yang tipikal dalam

pandangan tentang fungsi sastera. Menyatakan bahawa penyair ialah dermawan

dalam masyarakatnya dan peranannya adalah untuk tujuan keagamaan dan moral.

Penyair disifatkan sebagai seorang perantara tidak rasmi antara manusia dengan

tuhannya. Malah kedudukannya dimuliakan sebagai pembida tamadun manusia

dengan tuhannya. Malah kedudukannya dimuliakan sebagai pembina tamadun

manusia sehingga satu peringkat pernah disamakan dengan Tuhan (Ramawadh

Dwivedi dan Vikramaditya Rai, 1968: 67).

Menurut John Gardner (1978:19), walaupun karya sastera perlu dinilai dari

segi moralnya, tidak pula bermakna setiap yang berunsur didaktik adalah bermoral.

Sastera yang sebenar ialah sastera yang sesungguhnya mencari dan menganalisis

aspek nilai dengan jujur dan sesuai dengan jiwa, bukan dalam bentuk penekanan

atau penguatkuasaan undang-undang. Sastera yang bermoral menguji nilai aksi

manusia yang berdasarkan penerimaan perasaan, bukannya berdasarkan undang-

undang.

Demikian juga Atkinson (1969:10 -12): beliau juga menyatakan bahawa

moraliti merupakan suatu set kepercayaan yang dipegang dalam sesebuah

Page 3: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

38

masyarakat tentang manusia dan perilakunya, iaitu yang berkaitan dengan apa-apa

yang patut dilakukan. Bagaimanapun, menurutnya tidak semua kepercayaan yang

berkaitan dengan manusia dan perilakunya dianggap termasuk dalam moraliti;

moraliti sebaliknya perlu dibezakan daripada undang-undang, adat, tingkah laku,

dan politik walaupun perbezaannya tidaklah terlalu tajam. Undang-undang

diperkenalkan oleh parlimen dan dikuatkuasakan oleh mahkamah, tetapi parlimen

dan mahkamah secara logiknya tidak boleh membuat undang-undang moral.

Dalam konteks ini, wujud pandangan yang bercanggah kerana ada pihak

yang mengiktiraf moraliti masyarakat sebagai suatu bentuk moral yang harus

diakuri. Ahli-ahli falsafah membahagikan moraliti kepada dua bentuk iaitu moraliti

masyarakat dan moraliti individu. Moraliti masyarakat mementingkan masyarakat,

bukannya individu, sebagai matlamat individu lebih daripada masyarakat (Abdul

Rahman Arrof, 1986:1)

Moraliti masyarakat berkait dengan tatahukum, tatasusila, tatatertib

masyarakat yang ditetapkan oleh autoriti dalam masyarakat tersebut. Dalam

sesebuah masyarakat terdapat perkara yang diizinkan dan yang ditegah untuk

memelihara keamanan atau tertiban sosial (social order). Antara sosiologi moral

yang menyokong kewujudan moraliti sosial ialah Thomas Hobbes. Hobbes yang

melihat masalah moraliti sebagai masalah keamanan sosial berpendapat, tanpa

peraturan sosial, akan wujud satu bentuk keadaan komflik tiada berputusan,

pertempuran dan pertelingkahan yang mengakibatkan kehidupan menjadi jahat,

bersifat binatang dan singkat”. Oleh itu, individu bertanggungjawab mematuhi

pemerintah sebagai autoriti moral (Abdul Rahman Arrof, 1986:1).

Moraliti sosial boleh ditanggapi sebagai bersifat dogmatik, autoritarian dan

doctrinaire. Oleh sebab sifatnya yang demikian, moraliti jenis ini menerima

Page 4: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

39

tentangan kerana prinsipnya tidak membenarkan individu membuat pilihan

berdasarkan pertimbangan rasional peribadi dan tidak membenarkan seseorang

individu mengkritik moraliti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Masalah juga akan

timbul apabila dibuat perbandingan antara masyarakat yang berlainan kebudayaan

dan undang-undang. Akibatnya mungkin akan timbul pertentangan, pergeseran dan

peperangan apabila setiap pihak mendakwa moraliti merekalah yang benar. Malah

apabila moraliti itu ditanggapi dalam zaman yang berubah mungkin akan timbul pula

percanggahan antara penguatkuasaan dengan penerimaan masyarakat. Contohnya

diskriminasi ras seperti yang berlaku di Afrika Selatan semasa Rejim Aparteid

dahulu pastinya tidak lagi dapat diterima oleh pencipta keadilan sosial. Ringkasnya,

moraliti sosial masih tidak dapat diterima secara mutlak oleh pencipta keadilan

sosial disebabkan sifat relativisme yang mendasari moraliti itu sendiri.

Moraliti individu atau etika individualisme pula mengabsahkan peranan

individu sebagai hakim tentang moraliti tingkah lakunya: dan pertimbangan

moralnya berasaskan kemahuan dan sentimen peribadi. Etika individualisme

merupakan penentang utama kepada moraliti masyarakat. Dalam etika ini egoisme

merupakan satu daripada pecahanya. Etika egoisme berpendapat, masyarakat

bukanlah matlamat moraliti sebaliknya moraliti ialah kepentingan diri, pemeliharaan

diri, mengasihi diri, dan kesedaran diri (Abdul Rahman Arrof, 1986:10). Dengan

pendirian yang sebegitu rigid dan self-centredness pastilah wujud pula penentangan

terhadapnya. Misalnya Immanuel Kant dan Richard Hare menyatakan, “sesuatu

peraturan atau prinsip moral mesti diambil tindakan oleh setiap orang, iaitu

peraturan atau prinsip itu mestilah disejagatkan.” Kelemahan egoisme dapat

dikesan apabila pertimbangannya hanya menguntungkan dirinya sendiri sedangkan

orang lain tidak mendapat apa-apa.

Page 5: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

40

Selain egoisime, etika situasi yang bercirikan pemikiran eksistensialisme dan

intuisonnisme juga merupakan etika individualisme. Falsafah eksistensialisme

berpendapat, moraliti sebenar berasaskan andaian atau premis kebebasan

autonomi dan tanggungjawab. Falsafah kewujudan ini, seperti yang diperkenalkan

oleh Heidegger, mengkonsepsikan hak individu membuat pilihan sebagai sesuatu

yang mutlak dan tidak boleh dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Jean Paul Sartre

menyatakan prinsip eksistensialisme: “Man is nothing else but he makes of himself.”

Menurut falsafah eksistensialisme, individu mesti menjauhi semua prinsip, standard

atau peraturan moral sebaliknya ia hendaklah kebebasan autonominya untuk

mendapatkan fakta yang betul tentang situasi moral dan menilainya sendiri.

Kelemahan eksistensialisme dibangkitkan oleh Iris Murdoch yang mengatakan

bahawa eksistensialisme tidak memberitahu cara individu itu membuat pilihan: atau

dalam kata lain individu itu tidak memberitahu cara individu itu membuat pilihan: atau

dalam kata lain individu itu tidak diberi panduan serta bimbingan. Etika intuisionisme

pula berpandangan bahawa manusia mempunyai kesedaran segera tentang nilai moral

dan mereka mampu menilai moral berdasarkan intuisinya sahaja: dan jika, ia gagal

berbuat demikian bermakna intuisinya cacat. Intuisionisme juga ditentang kerana

fakulti intuitif yang kononnya dapat membuat tanggapan tentang konsep “benar” dan

“salah” dikatakan tidak wujud.

Satu lagi pecahan moral indvidualisme ialah etika emotivisme yang menentang

segala bentuk moral masyarakat yang normatif. Menurut etika ini pertimbangan moral

hanyalah perasaan yang dilahirkan oleh orang yang menuturkannya. Pandangan ini

juga ditentang kerana kelemahannya yang hanya boleh menghasilkan pandangan tidak

rasional dalam pertimbangan moral (Abdul Rahman Arrof,1986:15).

Page 6: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

41

Falsafah moral yang muncul di Barat tidak teguh kedudukannya dan saling

berbantah antara satu sama lain. Hal ini disebabkan kesilapan mereka (ahli falsafah

Barat) sendiri kerana mereka bertolak daripada premis yang salah. Menurut Shahnon

Ahmad (1981:96).

“Mereka terus bertolak daripada percubaan menggunakan fikiran yang nisbi untuk menentukan yang baik dan yang buruk yang berakhirnya dengan banyak percanggahan dan perubahan. Usaha otak manusia dengan segala egoisme yang ada untuk menjawab dan menentukan baik-buruk inilah yang mengharubirukan kehidupan manusia sekarang.”

Selain dikaitkan dengan etika individu dan masyarakat dalam bentuk hubungan

horizontal, moraliti juga dilihat dari sudut pandangan vertikal, iaitu melalui doktrin

agama. Konsep ini misalnya terdapat dalam agama Judeo-Christian, iaitu Tuhan

disifatkan sebagai pembuat undang-undang manakala gereja bertindak sebagai

penyebar dan penguat kuasa undang-undang itu. (Atkinson, 1969:12).

Demikian juga dari sudut pandangan Islam bahawa moral atau akhlak tidak dapat dipisahkan daripada wahyu Tuhan dan sunah Rasulullah. Apabila sesesuatu perbuatan itu bertentangan dengan kedua-dua sumber tersebut, maka ia tidak lagi dianggap bermoral. Keluasan cakupan pemerhatian Islam tentang moral dapat dilihat pada penegasannya bahawa setiap perbuatan baik akan dinilai dan diberi ganjaran dan begitulah sebaliknya. Firman Allah dalam surah al-Zalzalah: 7-8 bermaksud:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (debu), Nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya dalam surat amalnya.

Dalam hubungan ini Islam tidak mengkhususkan perbuatan baik kepada ibadat

khusus semata-mata (hubungan vertikal), malah hubungan sesama manusia

(hubungan horizontal) juga termasuk dalam amalan baik. Dalam ayat yang lain Allah

berfirman:

Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan kitab, dan sekalian nabi, dan mendermanya seseorang akan hartanya-sedang ia menyayanginya kepada kaum kerabat, dan anak yatim dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan, dan orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi: dan mengerjakan sembahyang serta mengeluarkan zakat: dan perbuatan orang-orang yang

Page 7: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

42

menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian: dan ketabahan orang yang sabar pada masa kesempitan, dan juga pada masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang berkuasa.

Berdasarkan ayat al-Quran ini jelaslah bahawa perbuatan baik dalam Islam

merangkumi segenap aspek kehidupan manusia bukan sahaja untuk dirinya sendiri,

bahkan dalam hubungannya dengan Tuhan (menghadapkan muka ke Timur dan ke

Barat) dan juga aspek hubungan sesama manusia (mendermakan harta, membantu

orang susah, memerdekakan hamba dan sebagainya). Sehubungan dengan itu,

Shahnon (1981: 91-93) yang banyak membicarakan Islam dalam kesusasteraan

menegaskan bahawa sastera mesti mengandungi contoh untuk membina manusia

serta bersedia menjadi benteng kepada fahaman yang bertentangan dengan tauhid.

Bersastera tidak boleh menyimpang daripada konsep hidup Islam kerana bersastera

merupakan salah satu cabang kehidupan yang sesuai dengan fitrah manusia. Oleh itu,

sastera wajib menjadi alat kepada manusia untuk berperanan sebagai khalifah di muka

bumi. Sebagai khalifah, sasterawan bertanggungjawab membina peradaban yang

sesuai dengan hidayah Allah: penyimpang dan penyelewengan daripada landasan ini

salah menurut tanggapan Islam. Beliau menyimpulkan pandangannya dengan

mengatakan bahawa:

”Saya berkeyakinan bahawa kesusasteraan yang sebenar adalah kesusasteraan yang berakhlak, kesusasteraan yang moral, bertujuan meningkatkan kehidupan manusia terus menerus ke arah kesempurnaan yang sedia, dalam waktu yang sama, menentang kesusasteraan yang batil: bukan kesusasteraan yang merendah dan menghina kehidupan ini.”

Ciri-ciri Pendekatan Moral

Prisip asas dalam pendekatan moral dapat dilihat pada beberapa fitur sebagaimana

yang dijelaskan oleh Mana Sikana (1998: 105-106) dan M. Atar Semi (1993:71-73).

Prinsip pertama menegaskan bahawa sesebuah karya sastera harus disanjung dan

dimuliakan kerana wujudnya unsur falsafah dan pemikiran. Walau bagaimanapun,

Page 8: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

43

kemuliaan itu terletak pada moral yang dikemukakan. Karya sastera yang bermutu

mesti bermoral. Sebaliknya, karya yang tidak bermoral atau tidak menuju ke arah

pembentukan moral dianggap sebagai karya yang tidak bermutu. Moral yang

dikemukakan itu mestilah yang dapat mengangkat harkat atau martabat masyarakat.

Dalam hal ini, pengarang tidak hanya bergantung kepada bakat dan kemahiran

berekspresi tetapi lebih penting lagi dia perlu memiliki visi, falsafah, aspirasi, iktikad,

dan perjuangan bagi melahirkan karya yang bermanfaat untuk masyarakatnya. Karya

yang memiliki mutu seni yang tinggi belum dianggap bermutu sepenuhnya kerana

moral menjadi penentu ukuran mutu karya tersebut.

Prinsip ini berkait dengan prinsip yang kedua, iaitu kepentingan isi melebihi

aspek bentuk kerana istilah yang memuatkan unsur moral. Oleh itu, karya yang

kelihatan hebat dari segi bentuk tidak semestinya dinilai sebagai bagus selagi isinya

tidak mencerminkan pembentukan moral yang tinggi. Sesebuah karya akan diukur

berdasarkan pertimbangan masyarakat semasa; adakah pegangan masyarakat yang

melahirkan karya tersebut termuat di dalam karya. Sekiranya isi karya itu tidak

mengiringi aspirasi masyarakatnya maka karya itu tidak akan menerima pengiktirafan

sebagai karya yang bermutu. Hal ini demikian kerana sastera dianggap sebagai

sumbangan ke arah pembangunan masyarakat atau disebut sebagai sastera terlibat.

Biarpun sesebuah karya itu membawa aliran baru dari segi teknik penulisan sama ada

dari segi plot, sudut pandangan, atau unsur sastera yang lain karya itu masih tidak

dinilai sebagai hebat atau berguna kepada masyarakatnya.

Seterusnya, prinsip ketiga yang mendasari pendekatan moral ialah unsur

didaktik. Karya sastera mestilah karya yang memandu pembacanya ke arah kebaikan,

mengajarkan cara hidup yang bermoral. Perkara ini selari dengan penegasan oleh

Gardner (1978:5) tentang seni yang sebenar. Menurut beliau:

Page 9: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

44

“true art is moral: it seeks to improve life, not debase it”

Menurut M. Atar Semi, karya yang baik menampilkan tokoh-tokoh yang memiliki

kebijaksanaan sehingga dapat dijadikan teladan oleh pembaca. Dalam hal ini watak-

watak protagonisnya mestilah memiliki akhlak yang mulia, yakni yang menyenangkan

orang lain seperti berperikemanusiaan, jujur, dan amanah. Pertentangan antara watak

protagonis dengan watak antogonis mestilah diakhiri dengan kemenangan pada pihak

protagonis.

Prinsip keempat, menurut Mana Sikana (1999) ialah pendekatan moral didasari

empat kriteria: karya sastera menyumbangkan pembangunan tamadun manusia:

membangunkan aspek kemasyarakatan: mencemerlangkan aspek persejarahan

sesuatu bangsa: dan memajukan moral atau akhlak secara universal. Kriteria pertama

dan kedua meletakkan sastera sebagai bahan pendidikan atau didaktik untuk

masyarakatnya. Hal ini demikian kerana masyarakat dan tamadunnya dipercayai dapat

dicipta dengan sokongan intelektuallisme: dan karya sastera mesti memikul tugas

berkenaan.

Kriteria yang ketiga ialah meletakkan peranan sastera sebagai pengangkat

martabat bangsa melalui persejarahan bangsanya. Hal ini berlaku apabila karya

tersebut menelusuri sejarah bangsanya lalu mencipta sebuah karya yang berupaya

menaikkan martabat sebagaimana Leo Tolstoy dengan War and Peace dan Harun

Aminurashid melalui Panglima Awang.

Bagi kriteria universalisme pula sesebuah karya yang dapat menyampaikan

saranan moraral kepada seluruh khalayak tanpa mengira bangsa dan asal usul

dianggap bernilai tinggi. Karya sebegini tidak menentukan pembacanya, sebaliknya

dapat dimanfaatkan oleh seluruh manusia.

Page 10: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

45

Sehubungan itu, M Atar Semi menyatakan bahawa sastera menjadi perakam

keperluan zaman yang memiliki semangat menggerakkan masyarakat ke arah budi

pekerti yang terpuji. Dengan kata lain karya sastera dinilai sebagai guru. Masyarakat

dipercayai dapat meningkatkan kualiti hidupnya apabila dibantu oleh para pemikir,

ilmuwan, budayawan, dan sasterawan. Itulah sebabnya karya sastera dianggap bukan

sekadar sebuah karya seni.

Selanjutnya pendekatan moral turut menganalisis perjuangan manusia

melepaskan diri daripada kemunduran dan kejahilan. Keadaan ini dapat dirakam

melalui peristiwa bersejarah yang menampilkan kegigihan bangsa. Contohnya dalam

kesusasteraan Melayu novel panglima awang, Tun Mandak, Tun Fatimah dan

sebagainya dapat dikelompokkan sebagai novel yang bermoral kerana visinya jelas

cuba menaikkan semangat bangsa Melayu.

Berdasarkan penjelasan tersebut, pendekatan moral jelas menitikberatkan tugas

sastera sebagai pembina akhlak, tamadun dan kehidupan manusia. Hal ini kerana umat

manusia memerlukan panduan atau pedoman untuk membangunkan tamadunnya yang

murni dan berakhlak. Bagi tujuan aplikasi, M. Atar Semi (1993:72) menggariskan

metode penggunaan pendekatan moral dalam kajian sastera seperti yang berikut:

i. Perkara pokok yang harus diperhatikan dalam karya sastera ialah isinya,

iaitu pemikiran, falsafah dan nilai di samping tujuan dan mesej pengarang.

Ada pengarang yang menonjolkan pemikiran dengan jelas dan mudah

dikesan dan ada pula yang mengaburkan dan suka ditanggapi. Pada

pemikiran itulah wujudnya mesej pengarang sama ada untuk tujuan moral

atau sebaliknya merosakkan moral.

ii. Aspek didaktis diberi tumpuan yang kritis dan ini dapat ditelusuri melalui

watak-watak cerita. Misalnya dalam aspek perwatakan akan dilihat unsur

Page 11: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

46

teladan: adakah watak yang baik menerima balasan baik dan yang jahat

dibalas jahat (poetic justice).

Aspek bahasa pula dapat dikesan melalui unsur bahasanya, sama ada

berhikmah atau kasar, ataupun terdapatnya unsur bahasa yang indah serta berisi

pengajaran melalui petikan hadis Nabi SAW mahupun ayat al-Quran. Perbincangan

tentang elemen struktur ini perlu dihubungkan dengan konsep moral yang menjadi

premis awal. Perlu dilihat sama ada penggunaan semua elemen struktur sudah

menepati kehendak moral yang bermanfaat untuk khalayak pembacanya. Resepsi

pembaca akan menentukan keberkesanannya dan ini termasuk dalam teori kesan yang

menjadikan reaksi pembaca sebagai pengukur mutu karya.

iii. Pembahasan aspek moral mesti dibezakan daripada pembahasan moral

dalam buku teks sekolah. Walaupun moral menjadi keutamaan, aspek

kesusasteraannya tidak boleh ditolak. Karya sastera yang dikaji mesti

dilihat sebagai karya sastera supaya kritikan tidak begitu kaku. Selain itu,

moral yang diperlihatkan bukan hanya aspek putihnya tetapi harus

diperlihatkan juga aspek hitam sebagai perbandingan. Unsur dilektik ini

merupakan ciri khas sastera. Oleh itu kehadiran unsur seks atau jenayah

di dalam karya sastera tidak harus ditolak mentah-mentah sebagaimana

ukuran pengawasan untuk bacaan pelajar sekolah. Sebaliknya unsur

tersebut perlu dilihat sebagai perbandingan untuk menimbulkan moralnya.

Karya sastera yang memuatkan unsur seks misalnya, tetap dapat dilihat

sebagai sastera bermoral sekiranya seks itu dilayan dengan wajar dan

disertai eleman poetic justicenya.

iv. Pendekatan moral menilai kesan terhadap pembaca kerana pembacalah

pengukur penting untuk menilai sesebuah karya sastera. Karya yang

Page 12: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

47

membawa unsur moral dan falsafah yang besar tidak bermakna apa-apa

jika pembaca gagal menangkap maksudnya.

Kesan pada pembaca sukar ditelah tetapi secara kontekstual ini

dapat dibahaskan. Misalnya, adakah penyuguhan pengajaran moralnya

sesuai dengan cita rasa pembaca. Novel-novel sejarah Melayu dikatakan

amat berkesan kepada pembaca sekitar tahun 40-an dan 50-an kerana

ketika itu cita rasa pembaca mengingini bacaan yang dapat

membangkitkan semangat kebangsaan. Selepas Tanah Melayu merdeka

pada tahun 1957, genre novel sejarah tidak lagi diminati oleh khalayak

kerana kewujudannya tidak lagi memberikan kesan besar. Ketika itu cita

rasa sezaman tidak lagi selari dengan mesej nasionalisme yang lazimnya

mendasari tema novel sejarah. Demikianlah maka novel-novel sejarah

yang ringkas karya Ahmad Bakhtiar dan Shahrom Husain dinilai sebagai

penting pada masa sebelum merdeka tetapi menjelang dekad 60-an

karya mereka hanya sesuai untuk bacaan kanak-kanak sekolah sahaja.

Tanggapan ini berasaskan cara penerbitannya ketika itu yang ringkas dan

corak penulisan yang tidak kompleks berbanding dengan novel-novel

serius yang mula muncul dalam tempoh itu.

Dalam aplikasi pendekatan moral, pengkritik seharusnya

menyediakan dirinya terlebih dahulu (Mana Sikana,1999: 111-112)

Pengkritik perlu tahu membezakan konsep moral yang berubah mengikut

zaman, tempat dan budaya supaya perbincangannya tidak terpesong.

Penentuan sikap atau premis perlu dibuat terlebih dahulu sebelum

sesebuah karya dikaji kerana tanpa persediaan demikian perbincangan

tidak dapat diarahkan kepada satu kerangka yang mantap. Hal ini

Page 13: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

48

demikian kerana konsep moral itu sendiri tidak tetap walau apa pun nama

yang diberikan kepadanya sama ada nilai murni, moral ataupun akhlak.

Lebih-lebih lagi apabila konsep itu dihubungkan dengan ideologi,

doktrinnya menjadi batas yang sangat rigid dalam menentukan nilai

moralnya. Begitu pun, yang penting ialah perlunya pengkritik bersifat

seobjektif mungkin, adil dan rasional ketika melakukan kritikan. Soal

kelainan piawai dalam menentukan takrif moral memang tidak akan

selesai; cuma yang dapat dilakukan ialah pengkritik bersikap jujur dan

cuba mencari nilai kebaikan sejagat.

Bagi pengkritik Muslim soal percanggahan nilai murni atau akhlak

dengan ideologi lain tidak timbul kerana akhlak yang dianjurkan oleh

Islam memang bersifat sejagat, yakni dapat diterima oleh semua pihak.

Oleh itu, kritikan moral atau akhlak yang dibuat oleh pengkritik Muslim

perlu berasaskan garis panduan dalam Islam.

Sejarah Ringkas Pendekatan Moral dan Contoh Aplikasi

Dalam sejarah kritikan sastera, pendekatan moral merupakan yang tertua apabila

Plato (428-348 S.M.) menjadi pelopornya walaupun sebelumnya tradisi kritikannya

sudah berlaku di Yunani. Misalnya sebelum itu sudah diterima umum bahawa penyair

mencipta puisi melalui ilham daripada Tuhan; oleh itu karyanya bukan sekadar

mempesonakan khalayak tetapi turut mengemukakan kebenaran dan kebijaksanaan.

Hal ini turut dibahaskan oleh Plato dalam bukunya, Republik.

Selain itu, Plato juga mengecam Homer kerana tidak mengutamakan moral

melalui karyanya. Plato mempersoalkan Homer yang gemar mengisahkan cerita tidak

senonoh dan bohong tentang dewa dewi. Dalam karya Homer aspek moral tidak

Page 14: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

49

dipedulikan padahal kisah dewa dewi yang dikemukakannya mudah menjadi pedoman

kepada anak-anak. Dewa dewi atau Tuhan diperlihatkan memiliki sifat buruk manusia

seperti cemburu, suka berkomplot dan rakus terhadap kuasa. Dewa Zeus dikatakan

telah menyebabkan manusia berdosa dengan tujuan untuk menghukum mereka. Plato

juga menolak puisi alegori kerana baginya (sebagaimana pendapat Socrates) khalayak

muda tertarik pada makna di permukaan dan gagal menggali makna yang terpendam.

Oleh yang demikian epik Homer dianggap berbahaya untuk dijadikan bahan

pendidikan. (Ramawadh Dwivedi dan Vikramaditya, Rai 1968:18).

Pandangan moral sebegini berlarutan dalam kritikan yang seterusnya oleh

tokoh-tokoh pengkritik zaman demi zaman. Aristophanes (405 SM) yang masih hidup

ketika zaman Plato melalui karyanya Frogs (Katak-katak) mengecam penyair tragedi

Euprides yang terlampau menyanjung nilai kesenian dan kurang memerhatikan nilai

sosial yang diutamakan oleh penyair terdahulu, Aeschylus (Andre Hardjana, 1981:1).

Seorang lagi tokoh dari Rom, iaitu Quintas Placcus atau Horace (65-8 SM) dalam

bukunya De Arte Poetica menegaskan bahawa karya sastera mesti mengandungi dua

unsur iaitu yang indah dan yang bermanfaat (dulce et utile). Penyair katanya ialah

seorang pendidik dan mesti mengajar manusia, kemudiannya barulah memberikan

kesenangan atau hiburan. Lebih baik sekiranya pengajaran dan hiburan diberikan

sekali gus (Ramawardh dan Vikramaditya, 1968:71).

Pada penghujung Zaman pertengahan atau lebih dikenali dengan zaman

Kegelapan (The Dark Ages) pada penghujung abad ke-14 di Eropah muncul genre

drama moral (morality play) yang bertemakan pertentangan antara unsur kebaikan

dengan unsur kejahatan untuk mengusai roh manusia. Secara umum, drama ini

membawa mesej penyelamatan roh manusia daripada dikuasai oleh kejahatan dan

watak utamanya merupakan lambang manusia. Secara khusus, misalnya ada drama

Page 15: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

50

yang cuba menghantar pesan didaktik kepada Henry VII supaya dia mengawal dirinya

daripada boros dalam perbelanjaan, melalui drama Magnificence oleh Skelton. Drama

pada zaman itu boleh diklasifikasikan menurut kandungan dan tujuan; keagamaannya

(Everyman) doktrinal (King John oleh John Bale), pendidikan dan pengajaran (Wyt and

Science) dan politik (Magnificence). Genre ini sarat dengan motif didaktik, pendidikan,

keagamaan, dan politik (Holman dan Harmon, 1986: 313). Genre ini banyak membantu

para pengkaji membina teori dan teori sastera sehingga ini dan moral menjadi prinsip

kritikan. Pada Zaman Pertengahan ini kritikan sastera dipengaruhi oleh teori Plato.

Menurut ahli teori zaman ini sastera (puisi) yang berhubungan erat dengan logik dan

retorik haruslah bermanfaat kepada teologi. Jika tidak sastera sebagai “penjelmaan

immoraliti dan pembohongan” (Liaw Yock Fang, 1970: 43).

Pada zaman Renaissance manusia dianggap mempunyai taraf yang jauh lebih

tinggi daripada haiwan kerana manusia memiliki fakulti taakulan dan moral. Ini menjadi

pegangan aliran Humanis ketika itu. Oleh hal yang demikian, karya sastera diarahkan

supaya menghidupkan watak yang rasional dan bermoral. Pada zaman inilah juga di

Itali muncul Vida dengan karyanya Ars Poetica (1527) yang diilhami oleh karya Horace,

De Arte Poetica. Pengkritik lain, Cintio, Maggi dan Varchi turut mengutamakan peranan

sastera dalam moral. Sementara Cintio dan Maggi menyatakan bahawa puisi harus

dapat menguntungkan jiwa dengan menghancurkan kejahatan serta memuji kebaikan,

Varchi pula beranggapan fungsi semua seni ialah membuat kehidupan manusia lebih

sempurna kerana keupayaannya mengajar dengan contoh (Liaw Yock Fang, 1970: 48).

Di England nama Sir Philip Sidney (1554-1586) menduduki tokoh pengriktik yang

penting melalui karyanya The Defence of Poesie atau nama dalam edisi lain An

Apologie for Poetrie (1595) yang terbit sepuluh tahun selepas kematiannya. Beliau

dipengaruhi oleh tradisi Aristotle dan mengutamakan moral dalam sastera.

Page 16: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

51

Persamaannya dengan Aristotle adalah tentang anggapan bahawa puisi lebih benar

(lebih filosofikal dan serius) daripada sejarah sifat kebenaran universalnya berbanding

sejarah yang lebih partikular. Namun begitu Sidney tidaklah menyamai Aristotelian

seratus peratus kerana maksud pegangan Sidney yang lebih tepat ialah dunia ideal

yang dicipta oleh penyair menunjukkan pemikirannya atau aspirasinya berbanding

dengan realiti yang ditirunya, sebaliknya sejarah tidak berupaya berbuat demikian

kerana terikat dengan dunia yang sedia wujud. Penyair berhak menentukan dunia

yang diciptanya atas sifatnya sebagai pencipta; itulah sebabnya dunianya dianggap

lebih benar dan bermakna. Dalam konsep dunia ideal inilah nilai moral diterapkan oleh

Sidney dengan mengatakan bahawa disebabkan penyair lebih bebas dan berautonomi

untuk mencipta dunia yang ideal maka mereka dapat mencipta dan berautonomi untuk

mencipta dunia yang ideal maka mereka dapat mencipta kehidupan yang lebih

bermoral (David Daiches, 1956: 64-65)

Sidney juga menjelaskan bahawa etimologi perkataan penyair adalah daripada

bahasa Latin, iaitu vates yang bererti “Tuhan” dan “Nabi”. Perkataan ini pula berasal

daripada perkataan poiein yang bermaksud “mencipta”, dan ini dihubungkan dengan

paranan penyair sebagai pencipta (pencipta dunia ideal). Melalui kebebasan mencipta

dunia yang ideal itu penyair dapat mengajar manusia melalui puisinya berserta contoh

yang dapat mendidik pembaca (Liaw Yock Fang, 1970: 56).

Dalam abad ke-17, aliran Neo-Klasisisme muncul di Prancis dan aspek moral

tetap hidup dalam teori kritikannya. Bagi aliran ini puisi berperanan sebagai pendidik

atau penyampai moral. Di samping mengutamakan kepentingan aspek seni, mereka

meletakkan moral atau fikiran sihat dan akal budi sebagai sastera yang baik. Di

England pada abad ke-18, Samuel Johnson (1709-1784) adalah antara penganut

aliran akal-budi, iaitu yang mementingkan moral dan sastera. Bagi Johnson, sastera

Page 17: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

52

perlu memberikan gambaran tepat tentang realiti kerana peranannya ialah

menyampaikan kebenaran. Ciri lain yang ditegaskan olehnya ialah pentingnya

kebenaran moral supaya sastera dapat memberikan pengajaran kepada masyarakat.

Seorang lagi tokoh kritikan Inggeris yang meletakkan moral atau agama sebagai

asas sastera ialah T.S.Elliot. Beliau adalah antara serpihan daripada aliran

Neohumanist, iaitu satu aliran yang muncul pada abad ke-20 dan menggunakan prinsip

aliran Humanist dalam zaman Renaisance bahawa manusia bermartabat lebih tinggi

daripada haiwan atas sifatnya sebagai makhluk rasional dan bermoral. Bagi aliran Neo-

Humanist, minat utama mereka tentang sastera berkaitan dengan fungsi sastera

sebagai pengkritik kehidupan. Namun begitu aliran ini dicabar oleh pendekatan

ontologikal dan sosiologikal yang lebih popular di kalangan pengkritik baru pada awal

tahun 30-an. Pendirian penganut aliran ini turut tergugat tetapi tidak pupus sepenuhnya

kerana diganti dengan Religius Humanism. Ketika itu para penganutnya berbelah

pendapat sama ada hendak menerima institusi agama sebagai penapis moral atau

membiarkan moral dengan konsepnya yang mandiri. Lanjutan daripada itu muncullah

T.S Eliot yang tegas dengan pendirian moral dan keagamaan. Keagungan sastera,

katanya tidak boleh hanya ditentukan dengan ukuran kesusasteraaan semata-mata

(Wilbur S. Scott, 1962: 43)

Dalam perbincangannya secara sepintas lalu Eliot mengklasifikasikan tiga tahap

kedudukan agama dalam novel-novel Inggeris. Tahap pertama ialah novel yang tidak

mementingkan soal iman sama sekali atau mereka memandang persoalan iman secara

sambil lewa sahaja, dan antara pengarangnya ialah Fielding, Dickens dan Thackeray.

Tahap kedua ialah novel yang memandang persoalan agama dengan penuh curiga

ragu, bimbang dan seperti mahu menyainginya dan pengarangnya ialah George Eliot,

George Meredith dan Thomas Hardy. Tahap ketiga ialah novel yang langsung tidak

Page 18: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

53

mempedulikan agama, malah mensifatkan agama sebagai ketinggalan zaman. Secara

ekstrem, Eliot mengklasifikasikan semua pengarang novel dalam tahun 30-an sebagai

pengarang yang berada dalam kelompok ketiga ini, kecuali James Joyce (Scott, 1962:

47).

Dalam perkembangan kritikan teori di Malaysia, persoalan agama menjadi

antara isu penting yang dibicarakan. Mohd Kamal Hassan dalam makalah yang

bertajuk Konsep Keindahan dalam Islam dan hubungan dengan seni dan sastera: suatu

pandangan umum” (Farid M Onn, 1982) dan Shahnon Ahmad dengan kertas kerjanya,

Sastera dalam Pembinaan Akhlak. Satu Hubungan dari Sejarah Melayu” yang

dibentangkan pada Hari Sastera 1980 telah memperkatakan topik ini dengan serius.

Shahnon seterusnya gigih memperjuangkan konsep Sastera Islam yang telah mula

diperkatakannya sejak tahun 1977 (Dewan Bahasa, Julai 1977). Pendapatnya telah

dipolemikkan oleh Kassim Ahmad yang tidak menyetujui konsep Shahnon. Sementara

Shahnon mensyaratkan pengarang sastera Islam mestilah seorang Muslim supaya

konsep “sastera kerana Allah dan berhikmah untuk manusia” tercapai, Kassim pula

tidak menyetujuinya. Menurut Kassim pengarangnya tidak semestinya seorang Muslim

tetapi boleh sesiapa sahaja asalkan menggunakan keindahan, kebenaran dan kebaikan

mengikut estetika Islam untuk manusia (Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad, 1987:

xiii-xiv).

Dalam kritikan praktisnya pula pada tahun 60-an dan 70-an, kritikan moral tidak

mendapat perhatian yang luas daripada pengkritik sastera Melayu. Menurut Rahman

Shaari (1988: 74) sejak awal tahun 60-an Mohd. Noor Azam giat menulis ulasan cerpen

yang tersiar dalam akhbar dengan mencari nilai moral walaupun perbincangannya

ringkas. Selain itu, Suhor Antarsaudara cenderung menggunakan jurus pandang

agama dalam membuat penilaian terhadap karya sastera. Misalnya beliau telah

Page 19: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

54

menegur kumpulan sejak Penemuan karya A. Wahab Ali tentang aspek yang

menurutnya bertentangan dengan Islam (Rahman Shaari, 1988: 76).

Contoh kritikan moral yang lebih jelas untuk dijadikan contoh ialah tulisan Ramli

Isin yang memperkatakan nilai moral dalam novel Empangan karya Zakaria Ali (Siti

Aisah Murad, 1996). Dalam pemerhatiannya, novel ini telah memberikan pengajaran

moral melalui pengakhiran yang bersifat poetic justice. Watak-watak yang memegang

prinsip positif dalam tindakannya telah menerima balasan baik manakala pihak yang

berakhlak jahat telah menerima balasan buruk. Ramli Isin terlebih dahulu

menggariskan takrif nilai moral. Premis perbincangannya:

Watak-watak manusia atau lambang yang digambarkan bersifat positif ialah mereka yang mempunyai akhlak mulia dan dapat diterima oleh kelompok masyarakat yang juga mengamalkan akhlak seperti itu. Watak-watak itu, menurutnya, mempunyai nilai-nilai kemanusiaan yang tinggi (Siti Aisah Murad. 1996: 214).

Bertolak daripada premis itu, Ramli Isin mengemukakan watak baik, iaitu J yang

berperikemanusiaan sama ada dalam tingkah laku mahupun dalam pemikirannya

semasa berhadapan dengan pihak musuh. Untuk tujuan mengunggulkan watak

protagonis itu, Ramli Isin dapat mengesan unsur keterlaluan yang digunakan oleh

pengarang. Contohnya semasa J hendak mengislamkan Melur Putih untuk diperisteri,

dia tidak menghadapi masalah langsung, malah orang kampung turut beramai-ramai

membantunya walaupun sebelum itu masyarakat kampung tersebut mengetahui

wujudnya jurang antara dua kelompok masyarakat: orang gunung dengan orang

lembah. Di samping watak J, ada watak lain yang berakhlak tinggi ditampilkan seperti

Daun Nadim dan isterinya Latifah serta kelompok masyarakat daripada suku Batu

Belang. Namun watak ini mengalami perubahan akibat pengaruh watak antagonis,

iaitu Nira Hitam.

Page 20: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

55

Nira Hitam dan dua orang harapannya, iaitu Badak dan Imam Kelawai mewakili

watak negatif atau watak hitam. Kehitaman watak itu, menurut Ramli Isin, digambarkan

melalui sikap tidak berperikemanusiaan mereka. Misalnya Nira Hitam bersikap hipokrit

terhadap watak J. Badak pula lebih tidak bermoral apabila dia sanggup apa-apa sahaja

arahan Nira Hitam seperti membakar kereka J dan mengetuai rompakan sewaktu

rombongan J menghantar pinangan kepada Melur Putih.

Dalam kritikan ini Ramli jelas menggunakan etika masyarakat sebagai kayu ukur

menilai moraliti watak-wataknya. Maksudnya beliau menilai perilaku watak-wataknya

berdasarkan penerimaan masyarakat dan hukum Tuhan, yakni yang berkait dengan

dogma agama. Daripada kajiannya itulah Ramli membuat kesimpulan bahawa novel

Empangan masih kekal dengan corak penceritaan moralistik gaya lama sebagaimana

yang ditemui dalam novel-novel awal Melayu. Persamaannya terletak pada citra nilai

positif dan negatif pada watak sebagai asas konflik yang membangunkan cerita.

Kesimpulan

Pendekatan moral masih merupakan pendekatan kritikan sastera yang relevan

walaupun teori-teori moden dan pascamoden berlumba-lumba memunculkan diri.

Keteguhannya ini disebabkan penelitian terhadap aspek isi tetap dianggap penting

kerana inilah unsur yang menjadi keperluan pembaca. Aspek teknik atau keindahan

estetik yang dinilai secara ontologikal misalnya hanya bergerak pada landasan rangka

atau bekas yang menampung isi. Relevansi pendekatan moral juga dibantu oleh faktor

hubungannya dengan agama. Apabila agama menjadi asas penentuan moral atau nilai

baik, hayatnya tidak akan terhenti di tangan pencipta teori yang bersenjatakan

kekuatan teknik dan bentuk implisit.

Page 21: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

56

Walau bagaimanapun, masalah tetap wujud dalam pendekatan ini kerana

sukarnya untuk merumuskan konsep moral. Takrif moral atau kebaikan akan berubah

menurut peredaran zaman; perbezaaqn juga wujud antara satu bangsa dengan

bangsa yang lain, seorang dengan seorang yang lain, suku kaum dengan suku kaum

yang lain. Masalah timbul kerana moral tidak bersifat mutlak (absolute) tetapi

cenderung bersifat relatif. Setiap masyarakat memiliki norma yang tersendiri. Lebih-

lebih lagi apabila moral dikaitkan dengan doktrin agama, pastinya perbezaan yang

wujud amat ketara. Hal ini tidak dapat dipisahkan kerana pemahaman seseorang

tentang nilai baik dan buruk pasti berasaskan pegangan agamanya.

Menurut Atkinson (1969:14) kepelbagaian takrif moral yang disebabkan oleh

perbezaan peraturan dan nilai antara kelompok dalam kebudayaan yang kompleks

merupakan penghalang terbesar untuk mencapai nilai moral yang standard. Kita

mengingini nilai yang mutlak (absolute) tetapi hakikatnya moral yang bersifat relatif

lebih menguasai tanggapan manusia.

Page 22: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

57

Bibliografi

Abdul Rahman Arrof. 1986. Pengenalan Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Penerbit

Fajar Bakti.

Andre Hardjana. 1981. Kritik Sastera: Sebuah Pengantar. Jakarta: PT Gramedia.

Atkinson, R.F. 1969. Conduct: An Introduction to Moral Philosophy. London:

Macmillan.

Daiches, David. 1956. Critical Approaches to Literature. Eaglewood Cliff, N.J.:

Prentice-Hall, Inc.

Farid M. Onn (ed.). 1982. Stilistik Simposium Keindahan Bahasa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Holman, C. Hugh dan William Harmon. 1986. A Handbook to Literature. Edisi kelima.

New York: Macmillan Publishing Company.

John Gardner. 1978. On Moral Fiction. New York: Basic Books, Inc. Publishers.

Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad. 1987. Polemik Sastera Islam. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang. 1970. Ikhtisar Kritik Sastera. Singapura: Penerbitan Pustaka

Nasional.

M. Atar Semi. 1993. Metode Penelitian Sastera. Bandung: Penerbit Angkasa.

Mana Sikana. 1999. Teori dan Pendekatan Kritikan Sastera Moden. Shah Alam.

Penerbit Fajar Bakti.

Rachmat Djoko Pradopo. 1994. Prinsip-Prinsip Kritik Sastera. Yogyakarta: Gadjah

Mada University Press.

Page 23: PENDEKATAN MORAL MOHAMAD SALEEH RAHAMAD Pengenalanbukuteks.dbp.gov.my/media/media/Qnkc8Q0aSo.pdf · 2016. 11. 15. · Intuisionisme juga ditentang kerana fakulti intuitif yang kononnya

58

Rahman Shaari. 1988. Kritikan Sastera Melayu: Pendekatan dan Pemikiran. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramawadh Dwivedi dan Vikramaditya Rai. 1986. Literary Criticism. Chowk, Varanasi:

Sunderlal Jain, Motilal Banarasidass.

Scott, Wilbur S. 1962. Five Approaches of Literary Criticism. London: Collier

Macmillan Publishers.

Shahnon Ahmad. 1981. “Sastera dalam Pembinaan Akhlak – Satu Renungan dari

Sejarah Sastera Melayu” dlm. Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera

1980. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Aisah Murad (penyelenggara). 1996. Konsep Nilai dalam Kesusasteraan Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.