pendekatan, kaedah dan strategi pendidikan moral

10
4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran secara optimum. 4.1 Pendekatan Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran. Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH) berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan pemupukan nilai. 17

Upload: wan-nor-faezah

Post on 14-Jun-2015

10.238 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

4.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN KEMAHIRAN DALAM PENDIDIKAN

MORAL

Edward M. Anthony merumuskan bahawa strategi pengajaran dan

pembelajaran berhubung rapat dengan pendekatan, kaedah dan teknik

mengajar. Ia merujuk kepada satu perancangan yang berkesan dalam

menentukan pendekatan serta memilih dan menyusun kaedah dan teknik

mengajar secara logikal dan sistematik untuk mencapai objektif pelajaran

secara optimum.

4.1 Pendekatan

Menurut Parera (1986), Pendekatan merupakan satu latar belakang

falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak

dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima

umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj.

Husin (1988) pula mengatakan pendekatan ialah satu kumpulan

andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat

pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Dalam konteks

pendidikan pula, pendekatan merujuk kepada bagaimana sesuatu

mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Pendekatan harus

berlandaskan model, prinsip dan teori pembelajaran.

Perbincangan bersama guru memberikan saya maklumat

bagaimana untuk membuat satu rancangan pengajaran harian (RPH)

berkenaan isu ponteng dalam kalangan murid. Pendekatan yang telah

kami persetujui dan dirasakan sesuai untuk digunakan ialah

pendekatan kepedulian (caring approach – Nodding) dan pendekatan

pemupukan nilai.

17

Page 2: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

4.1.1 Pendekatan Kepedulian (Caring Approach – Nodding)

Dari segi moral, pendekatan kepedulian merupakan

kesanggupan seseorang untuk berkorban demi orang lain.

Kepedulian, atau dalam istilah yang lain ialah ‘ambil peduli’,

‘mengambil berat’ dan ‘menyayangi’, yang melibatkan responsif

sensitif terhadap orang lain berdasarkan sikap keterbukaan dan

perhatian terhadap pengalaman mereka.

Perkataan ‘care’ itu sendiri daripada ‘caring approach’

diambil daripada konteks Anglo Saxon, dimana ia membawa

maksud kesedihan atau keresahan. Oleh yang demikian,

kepedulian bolehlah didefinisikan sebagai perasaan ambil berat

terhadap orang lain.

Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengekal dan

mengukuhkan amalan penyayang di dalam diri sendiri dan

sesiapa sahaja yang seorang individu itu mempunyai

perhubungan dengannya. Ini bermaksud bahawa

perkembangan penyayang seorang individu adalah sesuatu

yang dalaman.

Cara melaksanakan pendekatan penyayang ialah melalui

empat aspek yang berikut iaitu modeling, dialog, praktis dan

kepastian. Modeling ialah tumpuan harus diberikan kepada

perkembangan pelajar sebagai seorang yang memberi sayang (

carer) dan menerima sayang ( cared for ). Konsep penyayang

dapat ditunjukkan dalam tingkah laku melalui teladan di mana ia

boleh diperhati dan diikuti.

Dialog diadakan dengan pelajar tentang konsep

penyayang dengan membimbing pelajar membuat refleksi dan

menganalisis perlakuan dan reaksinya sebagai seorang yang

dapat memberi sayang (carer) dan perhubungannya dengan

orang yang diberikan sayang (cared for).

18

Page 3: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

Praktis dilaksanakan dalam menjalankan usaha

penyayang bersama dengan model dewasa seperti melibatkan

dalam khidmat sosial atau komuniti manakala kepastian pula

boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menggalakkan

sesuatu yang terbaik daripada orang lain (Martin Buber, 1965)

Ia juga berfungsi untuk mengesah dan menggalakkan ‘the best

in others’ dalam perhubungan antara individu.

4.1.2 Pendekatan Pemupukan Nilai

Pendekatan pemupukan nilai merujuk kepada penerapan nilai

budi pekerti yang baik pada diri kanak-kanak. Oleh sebab

pendekatan ini digunakan secara sedar dan tidak sedar, maka

ia menjadi pendekatan paling luas yang digunakan dalam

pengajaran moral sekolah rendah.

Objektif pendekatan ini adalah untuk menanam nilai

tertentu yang dianggap baik dan patut dimiliki oleh murid-murid.

Pendekatan pemupukan nilai memberi peluang kepada pelajar

memahami, menganalisis sesuatu nilai sebelum menerima dan

menghayati nilai tersebut yang berlandaskan kepada prinsip

moral.

Pendekatan pemupukan nilai boleh dilaksanakan dengan

cara mengambil contoh teladan daripada tokoh-tokoh tempatan

atau luar negara, pengukuhan positif apabila perlakuan yang

baik ditunjukkan dan dendaan yang sesuai apabila berlakunya

tingkah laku negatif serta memberi penjelasan atau

memanipulasi pengalaman yang dialami oleh murid-murid untuk

menerima dengan baik suatu nilai yang dikehendaki.

19

Page 4: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

4.2 Kaedah

Kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan

sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran

(Ishak Ramly, 2006). Teknik pula ialah cara yang digunakan guru untuk

melaksanakan kaedah, strategi dan pendekatan. Untuk melaksanakan

pendekatan kepedulian dan pendekatan pemupukan nilai yang telah

ditentukan sebelumnya, saya memilih untuk menggunakan kaedah

nyayian, bercerita dan perbincangan untuk digunakan dalam sesi

pengajaran.

4.2.1 Kaedah Nyanyian

Nyanyian merupakan salah satu daripada aktiviti pembelajaran

yang amat digemari oleh pelbagai peringkat umur terutama

murid sekolah rendah. Teknik nyanyian amat

menghiburkan pelajar dan dapat mengurangkan ketegangan

setelah berjam-jam berada di sekolah. Nyanyian lagu boleh

digunakan sebagai set induksi, sebagai isi

pembelajaran dan untuk melengkapkan aktiviti penutup.

Untuk melaksanakan kaedah nyanyian, guru perlu

memastikan murid dapat melihat lirik. Lirik boleh ditampal pada

papan hitam, diedarkan kepada murid atau dipancarkan melalui

LCD. Lebih menarik jika guru telah menyediakan rakaman lagu

supaya mudah diikuti murid. Selepas itu, murid boleh diminta

untuk membuat ulasan tentang lagu yang telah dinyanyikan.

4.2.2 Kaedah Bercerita

Bercerita merupakan satu teknik yang boleh menarik minat

kanak-kanak. Biasanya murid-murid akan lebih cepat

memberikan tumpuan terhadap penceritaan guru. Bercerita

menjadikan pengajaran pembelajaran lebih menarik

dan berkesan. Pelbagai jenis cerita berunsur moral boleh

didapati dengan mudah daripada akhbar, majalah,internet dan

lisan. Bercerita boleh merangsangkan minda dan menimbulkan

20

Page 5: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

minat murid jika guru melaksanakannya secara berkesan.

Banyak pengajaran dan nilai moral juga dapat dicungkil

daripada cerita-cerita yang mengandungi unsur moral.

Cerita yang dipilih haruslah berkaitan dengan isu moral

yang ingin disampaikan. Guru juga perlu bijak mempelbagaikan

nada suara supaya bersesuaian dengan watak yang

disampaikan dalam cerita. Kad-kad imbasan, ‘puppet’ atau

wayang kulit juga boleh digunakan kerana kanak-kanak lebih

mudah tertarik jika bahan maujud digunakan oleh guru dalam

pengajaran.

4.2.3 Kaedah Perbincangan

Kaedah ini dapat menggalakkan murid untuk berbincang secara

dua hala. Di samping itu, ia memberi peluang kepada semua

murid untuk mengutarakan pendapat, saranan dan pandangan

yang bersesuaian. Secara tidak langsung, ia melatih murid

untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kelebihan kaedah

ini ialah guru sebagai pemudahcara dan murid rasa dihargai

kerana diberi peluang.

Kaedah ini mempunyai kelebihannya dari segi murid

dapat melibatkan diri dalam kumpulan. Murid perlu memainkan

peranan yang aktif dalam mengulas, menganalisisdan memberi

idea mengenai suatu isu yang dibincangkan. Peranan guru amat

penting untuk mengagihkan murid ke dalam kumpulan

berdasarkan kebolehannya.

21

Page 6: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

4.3 Kemahiran

Kemahiran dirujuk sebagai  kepintaran, kepandaian, kecekapan dalam

melakukan sesuatu. Ia juga bermaksud kemampuan untuk mencapai

dengan jayanya sesuatu yang mana memerlukan pengetahuan yang

khusus atau kebolehan tertentu.

4.3.1 Kemahiran Pembelajaran Aktif

Pembelajaran aktif merujuk kepada kaedah di mana pelajar

melakukan sesuatu termasuk memproses, mengguna dan

membuat refleksi terhadap maklumat yang diberi. Kaedah ini

berasaskan kepada dua anggapan pembelajaran secara

tabi'inya adalah satu kegiatan yang aktif dan manusia berlainan

belajar dengar kaedah yang berbeza. Elemen pembelajaran

aktif termasuk bercakap, mendengar, menulis, membaca dan

membuat refleksi. 

Schon (1983) menyatakan bahawa sesuatu situasi tidak

wujud dalam keadaan yang sedia ada tetapi dibentuk daripada

peristiwa yang membingungkan, menggangu dan kurang pasti.

Pelajar mesti melakukan sesuatu untuk mencari pengertian

sesuatu situasi yang boleh dikaitkan dengan situasi atau

pengalaman sendiri.

Melalui refleksi, pelajar menggunakan pangkalan data

kognitif yang terdiri daripada contoh, imej, pengalaman dan

tindakan untuk membingkai situasi baru dan menyelesaikan

masalah (Schon, 1987).

22

Page 7: PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL

4.3.2 Kemahiran Pembelajaran Kontekstualisme

Menurut John Dewey (1916), pembelajaran kontekstual

merupakan satu keadaan di mana pelajar akan belajar dengan

baik jika apa yang dipelajari berkaitan dengan apa yang berlaku

di persekitaran. Pembelajaran ini menekankan pada daya fikir

yang tinggi, pemindahan ilmu pengetahuan, pengumpulan dan

penganalisis data serta pemecahan masalah-masalah tertentu

samada secara individu atau berkumpulan.

Kontekstual dari ayat asalnya dalam Bahasa Inggeris

(asal bahasa Latin con = with + textum = woven) bermaksud

mengikut konteks atau dalam konteks. Konteks pula membawa

maksud keadaan, situasi dan kejadian.

Kaedah kontekstual adalah berasaskan maksud

kontekstual itu sendiri, di mana ia mampu membawa pelajar ke

matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan.

Ringkasnya, pembelajaran kontekstualisme ialah satu kaedah

pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan

pengalaman harian, individu, masyarakat dan alam pekerjaan.

Pembelajaran jenis ini menyediakan pembelajaran secara

konkrit yang melibatkan aktiviti ‘hands-on’ dan ‘minds-on’.

23