pendahuluan

Upload: khairul-azman

Post on 01-Mar-2016

9 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains sosial

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANGuru merupakan satu kerjaya yang sangat mencabar berbanding kerjaya-kerjaya yang lain. Seseorang yang ingin menjadikan kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan perlulah berani berdepan dengan cabaran-cabaran yang sering berlaku di dalam profesion keguruan. Guru dan cabaran semasa tidak dapat dipisahkan. Semakin laju perkembangan arus kemodenan masyarakat dunia semakin banyak cabaran semasa yang perlu guru-guru hadapi.Pelbagai cara telah diusahakan oleh pihak kerajaan dan kementerian pendidikan bagi membantu guru-guru supaya dapat menyelesaikan cabaran-cabaran atau masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa. Antara langkah yang telah dibentuk rapi oleh kementerian pendidikan adalah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang mana banyak menjelaskan arus atau hasrat pendidikan negara kita di masa akan datang.Daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini wujud pula beberapa inovasi-inovasi yang diusahakan oleh pihak-pihak bertanggung jawab bagi membantu memudahkan guru-guru pada masa kini berhadapan dengan isu-isu yang sering berlaku dan menjadikan guru-guru sebagai indivdu yang mampu berdaya saing dan berupaya bergandingan dengan orang lain.

Peta pemikiran i-Think adalah antara salah satu inovasi dalam pendidikan yang membantu guru-guru supaya lebih bersedia dalam bidang pendidikan. Peta pemikiran i-Think merupakan satu kaedah melahirkan atau meringkaskan sesuatu perkara kedalam bentuk grafik yang lebih menarik dan mudah difahami. Langkah-langkah yang dicadangkan dalam pelaksanaan peta pemikiran i-Think sangat bagus untuk membantu meningkatkan mutu pendidikan negara kita.

Sebagai seorang guru yang mempunyai integriti dalam kerjaya ini semestinya akan sentiasa berusaha meningkatkan kemampuan dan kemahiran mereka dalam usaha membantu menjadikan bidang pendidikan semakin meningkat dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Kemahiran-kemahiran itu seharusnya dipraktikkan dan ditingkatkan agar generasi akan datang memperolehi sesuatu dan bersedia menghadapi cabaran-cabaran akan datang.

2