pendahuluan

Upload: mohd-al-azhar

Post on 18-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    1/15

    1

    1. PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah

    penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang

    bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu

    menggunakan pelbagai jenis ayat, mencatat, menyusun maklumat, menghasilkan

    penulisan kreatif dan bukan kreatif serta membuat ulasan tentang bahan yang

    didengar, ditonton dan dibaca.

    Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

    ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan

    dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam

    kemahiran menulis ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan

    ejaan yang betul, di samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.

    1.2 Objektif kajian

    Penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pencapaian penulisan karangan di

    kalangan pelajar sekolah rendah. Kajian ini diharapkan dapat mencapai objektif

    berikut

    melatih murid-murid melahirkan idea

    melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea

    melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk

    pemerengganan yang betul

    melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul

    berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu

    melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul,

    menyuburkan minat, meluaskan kosa kata dan memberikan kepuasan jiwa.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    2/15

    2

    1.3 kaedah kajian

    Tiga kaedah yang digunakan dalam mengesan kelemahan murid pendidikan khas

    dari aspek kemahiran karangan.

    Pemerhatian langsung keatas murid tersebut.

    Membuat ujian diagnostik berdasarkan kajian.

    Membuat latih tubi secara berperingkat-peringkat.

    1.4 Batasan kajian

    Dalam kajian ini terdapat batasan seperti berikut:

    Kajian ini hanya dijalankan di sekolah rendah dalam kelas pendidikan khas SK.

    Pekan Beluran, Sabah. Oleh itu dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan

    persekitaran dan keperluan guru dan para pelajar di sekolah rendah sahaja.

    Kajian ini hanya berdasarkan dapatan peningkatan pencapaian penulisan

    karangan dengan kaedah yang telah dijalankan keatas kanak-kanak

    berkeperluan khas.

    Proses pengajaran dan pembelajaran hanya dikendalikan dalam masa beberapa

    minit sahaja kerana murid tersebut kurang daya tahan dalam pembelajaran dan

    memerlukan rehat yang banyak untuk meneruskan proses pembelajaran dan

    pengajaran.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    3/15

    3

    1.5 Definisi konsep

    Dalam membuat kajian ini nanti, beberapa takrifan terhadap istilah-istilah yang

    digunakan dalam kemahiran karangan adalah seperti berikut:-

    Pelaksanaan

    Pelaksaan menurut Kamus Dewan (2005, edisi keempat), mendefinisikan

    perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan (menjalankan,

    mengusahakan) rancangan iaitu tugas dan sebagainya.

    Pendekatan

    Pendekatan pula adalah merujuk kepada kaedah atau teknik pelaksanaan

    seperti cara, langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan

    melaksanakan tugas dalam mengatasi masalah yang timbul.

    Pengajaran

    Pengajaran bermaksud strategi,kaedah dan teknik menyampaikan sesuatu

    ilmu pengetahuan agar membolehkan sesuatu perubahan tingkah lakuberlaku.

    Pembelajaran

    Pembelajaranadalah suatu proses belajar dan menerima pengetahuan

    daripada pengajaran guru (Kamus Dewan 1970), sama ada melalui

    pembelajaran secara formal ataupun tidak formal seterusnya berlaku

    perubahan tingkah laku, seseorang kanak-kanak akan mengaplikasi dan

    menajamkan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan

    sentuhan melalui aktiviti yang dirancang oleh guru. Mereka dapat berinteraksi

    dengan alam sekitarnya bersesuaian dengan minat dan kreatviti.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    4/15

    4

    Peringkat Pramenulis

    Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis

    huruf dengan kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi

    tangan dan mata diberikan kepada murid. Seperti menulis dari kiri ke kanan,

    latihan mewarnakan dari kiri ke kanan, latihan membentuk bulatan di udara,

    di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan alat tulis.

    Peringkat Mekanis

    Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah

    ke peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai

    kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad. Seterusnya

    menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata, perkataan dan ayat. Untuk

    membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, latihan menulis bentuk-

    bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis dan latihan menulis

    huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf

    tertentu.

    Peringkat PelahiranPada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti

    kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Murid sudah boleh

    menulis pelbagai jenis karangan.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    5/15

    5

    2. SOROTAN LITERATUR

    2.1 Teori Pemerolehan Bahasa

    Teori pemerolehan bahasa wujud disebabkan adanya kepelbagaian pandangan

    dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa. Teori ini berfungsi :

    mendeskripsi, menerang dan menjelaskan fakta.

    meramal kejadian yang akan terjadi

    mengendali dan mencegah sesuatu supaya berlaku atau tidak berlaku.

    Menurut Burrhus Federic Skinner 19041990, pembelajaran akan berlaku jika ada

    rangsangan dan tindak balas secara berulang-ulang. Beliau membahagikan tingkah

    laku kepada dua bahagian:

    tingkah laku pantulan

    tingkah laku operan.

    Hasil kajian Skinner mengatakan tindak balas wujud sebab adanya pengukuhan dan

    pelaziman. Selaian itu, skinner juga menggunakan tikus dan merpati sebagai

    kajiannya. Kajian terhadap 2 jenis haiwan ini menunjukkan tingkah laku berulang-

    ulang apabila terdapat pengukuhan daripada tindakan yang dilakukan seperti

    pengukuhan makanan yang digunakan dalam kajian Skinner ini. Terdapat 3 jenis

    pengukuhan yang diperkenalkan oleh skinner:

    pengukuhan positif

    pengukuhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu

    ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi.

    pengukuhan negatif

    pengukuhan negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau

    menyakitkanyang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.

    tiada pengukuhan

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    6/15

    6

    2.2 Sorotan Kajian

    Nadzeri Bin Haji Isa (2002) ( Jabatan Penyelidikan Dan Pembangunan Institut

    Bahasa Melayu Malaysia ) telah menulis kesan penggunaan bahan rangsangan

    terhadap penulisan karangan memberi penjelasan tentang menentukan sama ada

    terdapat perbezaan dalam prestasi penulisan karangan keseluruhan antara pelajar

    kumpulan eksperimen dengan pelajar kumpulan kawalan. Selain itu, ia juga

    menjelaskan tentang tahap pencapaian pelajar tersebut.

    Tajularipin Sulaiman et.al (2002) dalam keberkesanan kaedah penulisan naratif

    dalam pembelajaran sains mengatakan bahawa penulisan naratif merupakan salah

    satu cara yang berkesan untuk membantu pelajar dalam pembelajaran sains.

    Melalui penulisan ini juga,di harap akan dapat membantu perangcang kurikulum dan

    penulis buku teks untuk menghasilkan lebih banyak bahan penulisan naratif di

    dalam teks sains, seterusnya akan menambahkan lagi minat para pelajar.

    Yuznaili Saleh et.al ( 2009 ) menyatakan satu inovasi Instrument Pengujian

    Tahap Kemahiran Menulis Murid KIA2m Berdasarkan Motor Pembelajaran Levine.Yang menjelaskan tentang mengenalpasti tahap kemahiran menulis murid KIA2M

    serta pengesanan instrument bagi mengesan motor pembelajaran murid bagi

    menghasilkan satu inovasi untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-

    murid.

    Strategi Pembelajaran Koperatif menggunakan Teknik ROUND ROBIN Dan

    ROUND TABLE Dalam Proses Penulisan Karangan : Satu Tinjauan , oleh Zawiah

    Abd.Shokur et.al (2002) telah menjelaskan bahawa guru adalah sumber utama

    murid-murid dalam menghasilkan karangan. Oleh yang demikian, kedua-dua teknik

    ini sedang di tinjau untuk melihat sebarang penambahbaikan dan sebarang

    kelemahan yang terdapat pada teknik tersebut.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    7/15

    7

    Musa Bin Sulaiman ( Jabatan Pengajian Melayu ) telah menulis dalam pedagogi

    bahasa melayu Teknik Berkesan Menulis Karangan yang mengandungi teknik

    yang berkesan dan saranan-saranan yang perlu di ambil sebelum dan semasa

    menghasilkan sebuah karangan. Selain itu juga, penjelasan mengenai pelbagai jenis

    karangan dan format penulisan karangan turut di sentuh oleh pengarang. Langkah-

    langkah awal bagaimana mencipta rangka karangan seterusnya menjadikan satu

    karangan yang baik juga turut di selitkan oleh pengarang.

    Menurut Alfian Mansor dalam artikelnya yang berjudul Teknik Smart Cilik Bagi

    Mengatasi Masalah Struktur Penulisan Murid Simptom Disleksia Visual, mengatakan

    mengenai masalah yang di hadapi oleh Nur Sofia dalam penulisan. Berdasarkan

    pemerhatian, didapati Nur Sofia mepunyai simpton disleksia visual. Hasil kajian

    menunjukkan Nur Sofia telah dapat menulis dengan betul dan tepat serta dapat

    mengingati struktur penulisan rumi secara asas. Justeru, pengarang menyarankan

    kaedah SMART CILIK ini digunakan bagi membantu murid-murid yang mengalami

    simpton disleksia visual. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membantu Nur

    Sofia dan murid-murid lain yang mempunyai masalah yang serupa untuk menulis

    perkataan menggunakan struktur tulisan rumi dengan betul.

    Disleksia Dalam Aspek Bacaan Bahasa Melayu oleh Vijayaletchumy Alp

    Subramaniam (2003) telah mengenal pasti pendekatan dan Aktiviti yang dapat

    dilaksanakan untuk mengatasi masalah membaca dalam kalangan murid disleksia.

    Selain itu, pengarang juga turut menyelitkan untuk menilai kesesuaian kaedah

    pembelajaran bahasa murid disleksia yang digunakan di kanada. Impak daripada

    dapatan dengan teori kajian berkaitan dengan masalahyang di hadapi dan

    kesesuaian kaedah turut menyumbang perubahan dalam kehidupan kanak-kanak

    tersebut.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    8/15

    8

    Menurut Dr Widodo Judarwanto SpA ( 2006 ) dalam artikelnya yang berjudul

    Pencegahan Autis Pada Anak. Autis adalah gangguan perkembangan pervasif pada

    kanak-kanak yang ditandai dengan adanya gangguan dan keterlambatan dalam

    bidang kognitif, bahasa, perilaku, komunikasi dan interaksi social. Dr Widodo telah

    menyentuh faktor-faktor berlakunya autisme sehingga peringkat yang lebih

    mendalam lagi. Namun,para pengkaji masih lagi samar-samar penyebab utama

    autism.

    Kesimpulannya Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas

    ini bukanlah untuk menjadikan mereka bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh

    masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan kanak-kanak

    ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain.

    Pendidikan ini bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah

    sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan galakan kepada kanak-kanak

    istimewa ini

    3. Metodologi Kajian

    Metodologi kajian yang saya pilih bagi kajian ini ialah menggunakan kaedah

    pemerhatian, pengumpulan data dan penganalisisan data. Melalui kaedah ini segala

    pengrekodan data murid berkeperluan khas akan dapat di rekodkan.hal ini juga

    akan dapat mengenal pasti masalah bahasa dan komunikasi dalam kalangan murid

    berkeperluan khas. Data ini merupakan data primer kerana murid telah di berikan

    ujian dan di nilai.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    9/15

    9

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    3.2 Sampel Kajian

    Sampel kajian yang dipilih adalah dalam kalangan murid berkeperluan khas

    daripada Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran, yang terdiri daripada seorang murid

    lelaki dan seorang murid perempuan.

    3.3 Tatacara Kajian

    I. Mengenal pasti kemahiran

    Pembinaan Ujian

    a) ujian bertulis

    Dalam ujian diagnostik yang saya bina, saya meminta murid mengisi

    tempat kosong dalam petikan, meyalin semula karangan dan

    melengkapkan ayat.

    Peringkat persediaan

    1. kenalpasti masalah kajian

    2. kaji berkaitan sumber

    3. Tetuntukan jangka masa

    4. bentuk prosedur

    5. ran ka reka bentuk

    Pengumpulan data

    1. menggumpul data daripada:-

    a) guru kelas

    b) guru mata pelajaran

    c) pembantu pengurusan murid

    2. temu bual, analisis dokumen dan soal

    selidik

    Peringkat akhir

    1. Analisis data

    2. Menulis dapatan kajian

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    10/15

    10

    II. Mengubal item ujian diagnostik

    Langkah 1

    Mengenal pasti masalah kajian

    a) Mengkaji sumber berkaitan

    b) Masa dan tempat kajian

    Masa kajian ini dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran di

    Sekolah Kebangsaan Pekan Beluran,di dalam kelas 1 cekap. Bilangan murid

    dalam sekolah tersebut seramai 14 orang yang mempunyai pelbagai maslah

    pembelajaran. Murid yang menjalani ujian diagnostik adalah 2 orang.

    Seorang lelaki dan seorang perempuan.

    Pelaksanaan tindakan

    Semasa pelaksanaan tindakan, saya terlebih dahulu memperkenalkan

    contoh-contoh ujian yang akan saya berikan kepada murid-murid tersebut.

    Hal ini kerana ia akan dapat membuka minda kanak-kanak berkeperluankhas tersebut. Selepas itu,barulah saya menjalankan ujian diagnostik yang

    saya bina tersebut kepada mereka. Semasa murid-murid tersebut menjawab

    apa yang dapat saya perhatikan adalah mereka tidak gemar untuk meyalin

    kembali karangan tersebut.

    Langkah 2

    Mengumpul data :-

    a) Guru kelas

    b) Guru mata pelajaran

    c) Pembantu pengurusan murid

    d) Temubual, analisis, dokumen dan soal selidik

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    11/15

    11

    Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kelebihan dan

    kelemahan murid-murid tersebut sesame belajar mata pelajaran yang

    berbeza. Hasil daripada itu, saya juga dapat mengetauhi tahapperilaku

    dalam kalangan murid-murid tersebut.

    Langkah 3

    a) Menganalisis data

    b) Menulis dapatan kajian

    4. Dapatan Kajian

    4.1 Keterangan Murid 1

    Nama : Muhammad War Al- khallik

    Kelas : 1 cekap

    Hobi : menyanyi

    Cita-cita : Guru

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    12/15

    12

    Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas seorang kanak-kanak

    berkeperluan khas iaitu Muhammad War Al Khallik, saya mendapati bahawa

    terdapat beberapa penemuan tahap pemerolehan bahasa sepanjang

    pemerhatian saya dalam melaksanakan ujian diagnostik ini. Tahap pemerolehan

    bahasa murid ini sangat rendah sehinggakan masih menyebut satu perkataan itu

    hanya pada hujungnya sahaja seperti perkataan balik disebut lik sahaja.

    Selain itu juga,murid ini masih lagi bertutur dalam bahasa dialek bangsa mereka

    di sekolah yang berkemungkinan sebagai bahasa pengantar ketika berada di

    rumah. Hal ini dapat dibuktikan melalui pemerhatian saya, di mana saya telah

    mengajukan soalan berkaitan dengan soalan ujian diagnostik secara spontan

    kepada khallik sudah siapkah khallik? maka Khallik menjawab dalam bahasa

    dialek mereka au poh yang bermaksud belum lagi. Dengan penggunaan

    bahasa dialek sebagai harian ketika di rumah akan menjejaskan tahap

    permerolehan bahasa dalam bahasa melayu. Hal ini juga sedikit sebanyak akan

    menyukarkan tugas guru dalam merialisasikan bahasa melayu sebagai bahasa

    pengantar di sekolah.

    Dari segi fonologi, murid ini mengalami kesukaran untuk mengenalpasti bunyi

    sesuatu huruf dan masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan betul.Sebagai contoh murid ini keliru bunyi z dengan j, ini kerana murid ini

    menyebut perkataan zaman sebagai jaman, hal ini juga berkemungkinan

    faktor persekitaran murid ini ketika di rumah. Murid ini juga tidak dapat

    menggunakan intonasi dan ritma dengan kadar yang sesuai seperti apabila

    hendak meminta sesuatu murid ini seakan menjerit sebenarnya murid ini tidak

    berniat untuk menjerit.

    Murid ini juga mempunyai masalah dari segi pragmatik. Sepanjang pemerhatianyang saya lakukan, saya mendapati bahawa murid ini mengambil masa yang

    lama untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan kepada mereka dan

    mempunyai masalah dalam menentukan giliran dalam perbualan mereka.

    Sebagai contoh murid ini ingin memberitahu bahawa setiap petang dia akan

    bermain bola, murid ini akan mengambil masa yang lama dan memutar belitkan

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    13/15

    13

    cerita seterusnya baru memberitahu yang setiap petang dia bermain bola. Selain

    itu juga murid ini selalu tersalah dalam menentukan giliran ketika bercakap

    dengan seseorang. Seperti murid ini menjawab soalan ketika orang lain yang di

    soal dan begitu juga sebaliknya.

    4.2 Keterangan Murid 2

    Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas seorang kanak-kanak

    berkeperluan khas iaitu Noraisah Binti Eadila Suika, saya mendapati bahawa

    terdapat beberapa penemuan tahap pemerolehan bahasa sepanjang

    pemerhatian saya dalam melaksanakan ujian diagnostik ini. Tahap pemerolehan

    bahasa murid ini sangat rendah sehinggakan masih menyebut satu perkataan itu

    hanya pada hujungnya sahaja seperti perkataan balik disebut lik sahaja samadengan murid yang pertama.

    Dari segi fonologi, murid ini mengalami kesukaran untuk mengenalpasti bunyi

    sesuatu huruf dan masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan betul.

    Murid ini juga bermasalah dalam Sintaksis.seperti Sukar mengenal pasti ayat

    Nama : Noraisah Binti Eadila Suika

    Kelas : 1 cekap

    Hobi: menyanyi

    Cita-cita : Doktor

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    14/15

    14

    yang berbentuk pasif dan Gemar menggunakan deretan ayat yang tidak panjang

    namun salah berdasarkan tatabahasa.murid ini juga gemar memberikan jawapan

    yang salah dari jawapan yang sepatutnya.

    Selain itu, Murid ini juga mempunyai masalah dari segi pragmatik. Sepanjang

    pemerhatian yang saya lakukan, saya mendapati bahawa murid ini mengambil

    masa yang lama untuk menganalisa apa yang cuba disampaikan kepada mereka

    dan mempunyai masalah dalam menentukan giliran dalam perbualan mereka.

    Sebagai contoh murid ini ingin memberitahu bahawa setiap petang dia akan

    bermain bola, murid ini akan mengambil masa yang lama dan memutar belitkan

    cerita seterusnya baru memberitahu yang setiap petang dia bermain bola. Selain

    itu juga murid ini selalu tersalah dalam menentukan giliran ketika bercakap

    dengan seseorang. Seperti murid ini menjawab soalan ketika orang lain yang di

    soal dan begitu juga sebaliknya.

    Murid ini juga mengalami masalah Dysnonia dan Anomia. Hal ini kerana murid

    ini mengalami kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama

    objek. Sebagai contoh set induksi yang di lakukan oleh guru adalah

    memperkenalkan benda-benda yang terdapat dalam kelas. Selang beberapa

    minit guru tersebut menyoal murid ini kembali namun murid ini tidak dapatmenjawab soalan tersebut.

    Melalui pemerhatian saya,murid ini juga mengalami masalah Artikulasi iaitu

    pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, percakapan menjadi tidak

    tepat atau tidak sesuai. Melibatkan penggantian, pengguguran, pengubahsuaian,

    penambahan dan kerencatan artikulasi. Seperti pengguguran. Kecenderungan

    murid ini meninggalkan bunyi awalan , pertengahan, akhiran atau ketiga-tiga

    kedudukan sesuatu perkataan semasa bercakap atau ketika membacamenyebabkan pertuturan kanak-kanak menjadi tidak lancer. Contohnya car

    disebut cadan rumah disebut mah.

  • 5/27/2018 Pendahuluan

    15/15

    15

    5. Penutup dan Cadangan

    5.1 Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, melalui kajian ini saya mendapati bahawa ujian

    diagnostik ini mampu untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangan murid

    berkeperluan khas secara menyeluruh. Selain itu, ia juga mampu untuk

    mempelbagaikan corak dan strategi pembelajaran mengikut kreteviti dan

    masalah masing-masing. Hal ini akan memudahkan lagi guru-guru untuk

    menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.murid-murid

    juga tidak terabai apabila guru telah mengenal pasti masalah mereka. Jesteru

    itu,