pendahuluan

5
1.0 PENDAHULUAN Kepimpinan pengetua dan guru besar memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua dan guru besar sebagai pemimpin pengajaran dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan nasional yang diamanahkan kepadanya (Day et al., 2000). Menurut Ishak (2004; 2001) dan Flath & Findley (1992). lagi, pengetua dan guru besar adalah orang yang penting di sekolah kerana mereka adalah ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang pemimpin sewajarnya mereka mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan tugas-tugas di sekolah. Keupayaan pemimpin sekolah yang mampu melaksanakan perubahan di sekolah turut menjadi indikator yang membezakan antara sekolah yang berjaya dengan sekolah yang sebaliknya (Edmonds, 1979; Findley & Findley, 1992; Mortimore, 1993). Hussein (1997) pula berpendapat bahawa kepimpinan pengetua di sekolah merangkumi kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Kepimpinan pendidikan memerlukan sentuhan teknologi pengajaran bagi menghasilkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam bidang akademik (Anderson & Coralyn, 1987; Blase & Blasé, 1998).). Di samping itu, pengetua dan guru besar turut perlu mempunyai kemahiran pengajaran yang tinggi supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru. Dengan memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang meluas dalam bidang pengajaran, pemimpin sekolah akan lebih dihormati dan seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran agar nantinya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan koakademik. Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikatakan mempunyai hubungan dengan tahap kepercayaan dan komitmen yang dimiliki oleh stafnya. Komitmen anggota organisasi merupakan faktor penting bagi sebuah sekolah dalam menciptakan kelangsungan pengurusan dalam organisasi. Komitmen terhadap organisasi merujuk kepada individu yang mempunyai kepercayaan dan penerimaan yang kuat terhadap matlamat dan nilai organisasi, kesanggupan membuat sesuatu bagi pihak organisasi dan mempunyai hasrat yang tinggi untuk mengekalkan keanggotaannya di dalam organisasi. Lazimnya, hubungan antara kepercayaan dan komitmen akan wujud apabila pekerja mendapat kepuasan setelah keperluannya dipenuhi oleh pemimpin organisasi manakala pemimpin turut akan mendapat kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti dan prestasi yang tinggi. Bagi Tyler & Kramer (1996) pula, yang kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli

Upload: noor-izwan-abd-rahim

Post on 21-Jul-2015

20 views

Category:

Art & Photos


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendahuluan

1.0 PENDAHULUAN

Kepimpinan pengetua dan guru besar memerlukan pengetahuan, kecekapan,

pengalaman mengajar dan mentadbir yang tinggi. Pengetua dan guru besar sebagai

pemimpin pengajaran dan sekali gus sebagai pengurus pendidikan di sekolah menjadi faktor

utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan

pengurusannya dengan misi dan visinya boleh menentukan hala tuju institusi pendidikan

nasional yang diamanahkan kepadanya (Day et al., 2000). Menurut Ishak (2004; 2001) dan

Flath & Findley (1992). lagi, pengetua dan guru besar adalah orang yang penting di sekolah

kerana mereka adalah ketua, pengurus dan juga pemimpin. Sebagai seorang pemimpin

sewajarnya mereka mempunyai keupayaan mempengaruhi guru-guru dalam melaksanakan

tugas-tugas di sekolah. Keupayaan pemimpin sekolah yang mampu melaksanakan

perubahan di sekolah turut menjadi indikator yang membezakan antara sekolah yang

berjaya dengan sekolah yang sebaliknya (Edmonds, 1979; Findley & Findley, 1992;

Mortimore, 1993). Hussein (1997) pula berpendapat bahawa kepimpinan pengetua di

sekolah merangkumi kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Kepimpinan

pendidikan memerlukan sentuhan teknologi pengajaran bagi menghasilkan pengurusan

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam

bidang akademik (Anderson & Coralyn, 1987; Blase & Blasé, 1998).). Di samping itu,

pengetua dan guru besar turut perlu mempunyai kemahiran pengajaran yang tinggi supaya

dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek pengajaran kepada guru-guru. Dengan

memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang meluas dalam bidang pengajaran,

pemimpin sekolah akan lebih dihormati dan seterusnya dapat memperbaiki amalan-amalan

pengajaran dan pembelajaran agar nantinya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang

dalam bidang akademik dan koakademik.

Kecemerlangan sesebuah sekolah sering dikatakan mempunyai hubungan dengan

tahap kepercayaan dan komitmen yang dimiliki oleh stafnya. Komitmen anggota organisasi

merupakan faktor penting bagi sebuah sekolah dalam menciptakan kelangsungan

pengurusan dalam organisasi. Komitmen terhadap organisasi merujuk kepada individu yang

mempunyai kepercayaan dan penerimaan yang kuat terhadap matlamat dan nilai organisasi,

kesanggupan membuat sesuatu bagi pihak organisasi dan mempunyai hasrat yang tinggi

untuk mengekalkan keanggotaannya di dalam organisasi. Lazimnya, hubungan antara

kepercayaan dan komitmen akan wujud apabila pekerja mendapat kepuasan setelah

keperluannya dipenuhi oleh pemimpin organisasi manakala pemimpin turut akan mendapat

kepuasan apabila pekerjanya dapat mencapai tingkat produktiviti dan prestasi yang tinggi.

Bagi Tyler & Kramer (1996) pula, yang kepercayaan yang tinggi dalam kalangan ahli-ahli

Page 2: Pendahuluan

organisasi boleh menggalakkan kerjasama dan mampu mewujudkan peranan tambahan

dalam kalangan ahli-ahli organisasi iaitu ahli dalam organisasi akan berkhidmat melebihi

daripada jangkaan yang nantinya akan meningkatkan prestasi organisasi (Doney et al, 1998;

Mishra, 1996; Rousseau et al., 1998). Pendapat ini juga telah disokong oleh Rajnandini et al.

(2003) yang menyatakan bahawa kepercayaan pekerja adalah faktor penting untuk

menentukan hubungkait antara kepimpinan dengan kepuasan kerja staf iaitu sebagai

pemimpin organisasi, mereka perlu menggerakkan komitmen pengikut ke arah pencapaian

visi. Sebaliknya, pemimpin yang tidak dipercayai oleh pengikut akan menyebabkan visi

organisasi sukar untuk direalisasi (Tschannen-Moran, 2001; 2004; Hoy & Tschannen-

Moran,1999). Pengikut yang mempunyai kepercayaan yang tinggi serta merasa taksub

kepada pemimpinnakan sanggup berubah mengikut acuan pemimpin malah bersedia untuk

menanggung risiko. Manakala, Van Dyne et al. (2000) pula berpendapat bahawa pekerja

yang mempunyai tahap kepercayaan yang rendah bukan sahaja akan kurang terlibat dalam

amalan pengurusan organisasi malah mereka akan mengasingkan diri atau isolasi daripada

persekitaran organisasi kerana mereka merasakan diri mereka tidak dilayan dengan adil oleh

pihak pengurusan atau kepimpinan organisasi. Bagi Yui-Tim Wong et al. (2006) pula,

pengikut akan lebih percaya kepada kepimpinan dan pengurusan organisasi sekiranya

diberikan layan yang adil dan saksama dan mengambil berat akan kebajikan mereka.

Secara teoritikal, komitmen terhadap organisasi merupakan piawaian untuk

mengukur penerimaan pekerja terhadap organisasi. Di samping itu, komitmen juga dapat

memberi interpretasi awal tentang penerimaan pekerja terhadap organisasi melalui tingkah

laku yang menjurus kepada peningkatan dalam produktiviti (Meyer & Allen 1997; Murray et

al., 1991). Umum mengetahui bahawa staf yang berkomitmen tinggi lebih mementingkan

pekerjaan dan tugas dalam memenuhi kemahuan organisasi berbanding keperluan sendiri.

Sebaliknya, staf yang mempunyai tahap komitmen yang rendah pula didapati melakukan

tingkah laku yang mengurangkan produktiviti seperti melambatkan kerja, tiada di tempat

kerja, mementingkan hal peribadi dan tidak mahu bekerja lebih masa (Potvin, 1991). Oleh

itu, komitmen guru terhadap sekolah dianggap teras utama dalam menentukan kejayaan

sesebuah sistem pendidikan sesebuah negara kerana guru adalah pelaksana setiap dasar

pendidikan (DiPaola et al. 2005; Leithwood et al. 2006) yang telah digubal. Merujuk kepada

definisi komitmen dalam bidang pendidikan, Firestone dan Rosenbaum (1988)

mentakrifkannya sebagai reaksi emosional dan afektif guru terhadap profesion. Manakala,

takrifan beberapa sarjana (Mowday et al., 1982, Downs, 1991; Gamon, 1991; Rosenholtz &

Simpson, 1990) komitmen guru adalah lambang ketaatan dan kepatuhan kepada sekolah,

profesion, nilai dan etika kerja. Pendek kata, dapat dirumuskan bahawa komitmen guru

terhadap sekolah merupakan faktor utama dalam merealisasikan aspirasi pendidikan kerana

Page 3: Pendahuluan

guru yang komited dan percaya kepada kepimpinan sekolah dianggap sebagai modal insan

yang menjadi tunggak kepada pembangunan pendidikan sebuah negara. Justeru, guru yang

berkomitmen tinggi dan percaya kepada kepimpinan organisasi akan sentiasa berpandangan

positif malah beranggapan bahawa pemimpin dan sekolah akan mengutamakan mereka,

menjaga malah memastikan kebajikan mereka tidak terabai. Ini membuktikan bahawa

kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada bagaimana pemimpin

mengamalkan strategi dan tindakan kepimpinan yang efektif malah diterima oleh pengikut

(Abdul Shukor, 1991; Ab Aziz, 2003).

Page 4: Pendahuluan

Jawapan Soalan 1

Kelemahan gaya komunikasi guru besar boleh

menjadi punca utama kepada perselisihan faham dalam organisasi pendidikan seperti se

kolah, kerana kemungkinan idea atau mesej yang hendak disampaikan oleh guru besar tidak dapat

difahami oleh guru-guru yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guruguru. Sebahagian be

sar guru besar pula kurang mementingkan aspek komunikasi berkesan

semasa menjalankan urusan pentadbiran khususnya ketika menyalurkan mesej atau maklumat kepada subordinat di

bawahnya. Gaya komunikasi guru besar adalah subjektif

dan sukar diramal. Guru-guru kerap kali berdepan dengan komunikasi yang tidak seragam, be

rubah dan beranika jeni s. Setiap guru akan

mempunyai pendapat masing-masing terhadap gaya komunikasi guru besar yang mungkin

dipengaruhi oleh faktor jantina, umur, lata rbelakang etnik, kategori perkhidmatan, jawatan

disandang dan juga pengalaman mengajar guru terseb ut. Keadaan ini dilihat antara faktor-faktor

yang memainkan peranan penting dalam mene ntukan kejayaan sekolah dan pencapaian

akademik pelajar serta kepuasan bekerja guru di sekolah. Seorang guru besar yang mempunyai daya

kepimpinan yang tinggi juga mempunyai perhubungan yang baik dan rapat dengan ora

ng bawahnya. Beliau mengenali kakitangannya sebagai individu yang tersendiri

dan jarang berkasar dengan orang bawahnya (Ibrahim, 1999). Pernyataan ini juga pernah disuarakan ol

eh Kamaruddin (1989) yang menyatakan bahawa kegagalan komunikasi atau kurang berkomunikasi boleh me

Page 5: Pendahuluan

nyebabkan syak wasangka, salah

anggap atau curiga di kalangan pelajar, guru-guru da

n kakitangan sekolah yang seterusnya akan menjurus kepada kemerosotan sema

ngat guru di sekolah keseluruhannya. Kemahiran komunikasi guru besar mam

pu mempengaruhi tahap pembangunan dan kelangsungan organisasi. Komunikasi berkesan

merupakan elemen penting dalam pengurusan organisasi. Kebolehan pengurus menyampaikan

maklumat dengan jelas serta bebas dari kekeliruan membangkitkan dorongan bekerja

yang tinggi di kalangan subordinat, mengelak daripada berlakunya konflik dan salah faha m, serta membangkitkan perasaan saling

mempercayai antara satu sama lain. Dalam melaksanakan urusan harian guru besar akan

menggunakan mekanisme komunikasi untuk melaks anakan empat aspek penting pengurusan

iaitu perancangan, pengorganisasi an, kepimpinan dan pemantauan. Guru besar akan berhadapan

dengan pelbagai perilaku daripada warga sekol ah ataupun masyarakat luar yang memerlukan

kebolehan guru besar sebagai penghubung, pe ngurus dan pembuat keputusan. Memandangkan

pentingnya komunikasi dalam se sebuah sekolah, guru besar perlu memberi perhatian kepadanya.

Guru besar dari semasa kesemasa perlu mem buat kajian atau pen

ilaian tentang amalan komunikasi supaya dapat memperbaiki cara be

rkomunikasi ke arah yang lebih berkesan