pemilihan program pendidikan teknik dan … · mengkaji data temubual. hasil daripada kajian ini...

24
PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MUHAMAD HANAFI BIN HJ SABAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 29-Jan-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUHAMAD HANAFI BIN HJ SABAR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan
Page 3: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan
Page 4: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN KEJURUTERAAN

DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MUHAMAD HANAFI BIN HJ SABAR

Laporan projek dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan
Page 6: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

iii

DEDIKASI

Istimewa buat ayahanda dan ibunda tercinta....

Segala pengorbananmu amat anaknda sanjungi dan hargai.

Doa restumu, nasihat juga bimbinganmu menjadi panduan dan

azimatku dalam menempuh ranjau perjalanan hidup ini....

Buat adik-beradik yang ku sayangi....

Sokongan dan nasihat kalian tersemadi di hati....

Suka duka yang dikongsi bersama akan sentiasa ku ingati....

Buat pembimbing yang dikasihi....

Tunjuk ajar dan jasamu tidak akan kulupakan....

Semoga Tuhan membalas dengan ganjaran yang baik disisi-Nya

kelak....

Buat rakan-rakan seperjuangan dan insan-insan yang kusayang......

Segala jasa dan sokongan kalian amat ku hargai,

Semoga ukhwah yang terjalin ini berkekalan buat selamanya

Dan disulami dengan restu serta keberkatan dari Ilahi....

Dan....

Kepada semua yang terlibat....

terima kasih kuucapkan di atas segala bantuan dan dorongan

kalian....

Page 7: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya dapat

menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini dalam masa yang telah ditetapkan dengan

jayanya.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana

Muda saya Dr. Zainudin Abu bakar di atas segala dorongan, galakan, tunjuk ajar

serta mencurahkan idea bagi menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta yang telah banyak

memberi sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek ini

dijalankan. Sesungguhnya kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak

ternilai harganya.

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan mamberi

bantuan. Tidak lupa kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama terlibat

sepanjang pembangunan tesis ini.

Akhir sekali, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Sekian, Terima Kasih

Page 8: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan suatu kajian kualitatif untuk mengkaji faktor pemilihan

pelajar ke Program Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan di Universiti Teknologi

Malaysia. Antara aspek yang dikaji ialah faktor minat, dorongan keluarga, diri

sendiri dan rakan sebaya. Seramai lima orang pelajar tahun satu Sarjana Muda

Pendidikan dan Teknologi (Kemahiran Hidup), SPH telah dipilih menjadi responden

untuk kajian ini. Responden ini telah dipilih menggunakan teknik sampel tidak rawak

dan persampelan bertujuan. Alat yang digunakan untuk menjalankan kajian ini ialah

melalui kaedah temubual manakala analisis kandungan pula digunakan bagi

mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat

dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan program Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Faktor minat yang menjadi faktor

tepenting ini sebenarnya telah ada dalam diri mereka sebelum mereka memilih

program berkenaan lagi. Selain itu, dorongan keluarga yang berkait rapat dengan

kesesuaian dan keadaan kerjaya sebagai pendidik sendiri merupakan faktor yang

mempengaruhi. Hal ini kerana mereka mempunyai pandangan sendiri mengenai

kerjaya dalam bidang pendidikan seperti rakan sebaya, masa dan hal keluarga. Di

akhir kajian ini, beberapa cadangan diutarakan bagi penambahbaikkan kajian ini.

Page 9: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

vi

ABSTRACT

This qualitative study is to explore the selection of Technical and Engineering

Education Program among students in the Faculty of Education, Universiti Teknologi

Malaysia. Several aspects being explored are the interest, family influence, personal

attribute and the peer group. Five first year Bachelor of Educational and Technology

(Living Skills), SPH students were involved in the study. They were selected by

using purposeful non random sampling technique. Interview protocol set is used to

explore the selection issues. Content analysis is used in analyzing the data transcripts

in regards to the research questions. The findings shows that the personal interest and

parents influence have become dominant influences of the student’s selection. In

explaining the influence, the personal interest looks important in influencing the

student’s selection of the program. However, the personal interest is identified have

been develop long before they submit the application. In addition, the family

influence which related to the nature of the job gives some indicator to the selection

process. As such they develop several personal understandings which refer to the

nature of the job such as peers, time and family matters. Several suggestions are also

recommended.

Page 10: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.4.1 Objektif Am 5

1.4.2 Objektif Khusus 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Terminologi 7

Page 11: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

viii

BAB PERKARA MUKA SURAT

1.8.1 Profesionalisme 8

1.8.2 Profesion 8

1.8.3 Profesion Perguruan 8

1.8.4 Faktor minat 9

1.8.5 Rakan Sebaya 9

1.8.6 Keluarga 9

1.8.7 Persekitaran Kerja 10

1.8.8 Faktor Pengaruh 10

1.8.9 Faktor Prestij 10

1.9 Penutup 11

2 SOROTAN KAJIAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Pemilihan Profesion 13

2.3 Faktor Minat 16

2.4 Faktor Keluarga 19

2.5 Faktor Individu 20

2.6 Faktor Rakan Sebaya 25

2.7 Penutup 27

3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk kajian 28

3.3 Tempat Kajian 30

3.4 Responden Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.5.1 Senarai Semakan 30

3.5.2 Temubual 30

Page 12: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

ix

BAB PERKARA MUKA SURAT

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Cara Menganalisis 33

3.9 Penutup 35

4 ANALISIS DATA 36

4.1 Pengenalan 36

4.2 Keputusan Hasil temubual Senarai Semakan 37

4.2.1 Jantina 37

4.2.2 Bangsa 38

4.2.3 Umur 38

4.2.4 Tahap Pendidikan 39

4.2.5 Pekerjaan 40

4.3 Persoalan Kajian Pertama 40

4.3.1 Pandangan profesion perguruan 41

4.3.2 Mengajar adik atau rakan 42

4.3.3 Sebab mengajar 43

4.3.4 Tindakan 44

4.4 Persolan Kajian Kedua 45

4.4.1 Pendapat ayah dan ibu 45

4.4.2 Pendapat ayah 46

4.4.3 Pendapat ibu 47

4.4.4 Ahli keluarga 47

4.5 Persoalan Kajian Ketiga 48

4.5.1 Program pendidikan 48

4.6 Persoalam Kajian Keempat 50

4.6.1 Bilangan rakan sebaya 50

4.6.2 Perbincangan 51

4.6.3 Proses 52

Page 13: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

x

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.7 Penutup 53

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN 54

CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Rumusan 55

5.2.1 Kesimpulan Latar Belakang

Responden 56

5.3 Perbincangan 57

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 57

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 59

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 61

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 63

5.4 Cadangan Kajian 64

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 66

5.6 Penutup 67

RUJUKAN 68

LAMPIRAN 73

Page 14: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jantina Responden 37

4.2 Bangsa Responden 39

4.3 Umur Responden 39

4.4 Tahap pendidikan Responden 40

4.5 Pekerjaan Ibu Bapa 41

Page 15: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian 32

Page 16: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

xiii

SENARAI SINGKATAN

PTK - Program Pertukangan Khas

MSC - Koridor Raya Multimedia

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Penididikan

(Kemahiran Hidup)

ICT - Teknologi Maklumat Komunikasi

Page 17: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai Semakan dan Soalan-soalan Temubual 73

B Transkrip Temubual 78

Page 18: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Islam amat menekankan agar umatnya menguasai ilmu dan kemahiran seluas

yang mungkin. Allah menyebut dalam al Quran yang bermaksud : “Allah akan

mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu

pengetahuan dari kalangan kamu dengan beberapa darjat” (Al-Mujadalah:11) Nabi

Muhammad s.a.w telah awal-awal lagi memberi peringatan dengan sabdanya yang

bermaksud : “Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian hingga ke liang lahad”.

Di Malaysia, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk

masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Seseorang yang berilmu pengetahuan

sering dipandang tinggi martabatnya kerana ilmu dapat mentransformasikan manusia

daripada bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran dan serba kekurangan

kepada sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya.

Perkataan perguruan diambil dari perkataan dasarnya iaitu guru. Mengikut

Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh manakala

perkataan keguruan pula berkaitan dengan guru, berkaitan dengan peranan (tugas dan

kelayakan) sebagai guru. Pada asasnya tugas utama guru di sekolah ialah untuk

mengajar dan mendidik para pelajar agar menjadi insan yang syumul selain daripada

memberikan ilmu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Page 19: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

2

Menurut Noran Fauziah (1993), guru adalah golongan manusia yang

memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal

setiap manusia. Sama ada sedar atau tidak, insan-insan yang bergelar guru pada hari

ini adalah terdiri daripada golongan pendokong utama yang berusaha bagi

merealisasikan tugas yang bertujuan untuk mencapai hasrat murni negara. Peranan

guru seharusnya menjadi lebih penting kerana guru adalah teras kekuatan sistem

pendidikan negara. Peranan yang dimaksudkan di sini ialah dengan adanya guru

yang professional akan dapat membentuk generasi muda yang berpandangan jauh,

progresif dan dinamik. Peranan guru juga memastikan wawasan 2020 ke satu

matlamat yang terarah dan berinisiatif mewujudkan individu yang saintifik,

progresif, berilmu, beriman dan beramal.

Menyedari hakikat ini, universiti bertanggungjawab melahirkan golongan

pendidik yang berkualiti dari segi peribadi, profesional, sosial, dan amalan tingkah

laku serta berupaya mencapai kecemerlangan pendidikan untuk penggigihan tuntutan

wawasan pendidikan dalam abad ke-21. Manakala, guru pula berperanan dalam

merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi banyak aspek

iaitu pembangunan, kesihatan, kewangan, dan sebagainya. Dengan itu, seseorang

yang menceburi bidang perguruan haruslah betul-betul meminati profesion terbabit

dan mempunyai jiwa seorang pendidik. Menurut Shuib & Johari (2001), pada

asasnya profesion perguruan sejak dulu, kini dan selamanya adalah sama, iaitu untuk

mengajar, mendidik dan mengubah manusia yang bernama pelajar dari keadaan yang

tidak mengenal huruf, tidak tahu mengira dan tidak boleh membaca kepada celik

huruf, bijak mengira dan menjadi manusia yang berjaya.

Wawasan 2020 mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju

dalam segala segi atau lebih tepat maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri. Ini

bererti kita mestilah maju dari segi ekonomi, politik, kerohanian, kejiwaan dan

kebudayaan (Berita Harian, 30 April 1997). Implikasi wawasan 2020 telah dapat

dilihat dari usaha yang terus dirancangkan, bukan sahaja dari aspek pembangunan

tetapi juga kepada bidang pendidikan. Langkah menubuhkan pusat pentadbiran baru,

Putrajaya serta Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan langkah yang selari

dengan Wawasan 2020.

Page 20: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

3

Berdasarkan usaha yang dilakukan oleh kerajaan sebagaimana yang

dinyatakan tadi, sudah pasti rakyat mesti menguasai pengetahuan terutamanya dalam

bidang teknologi bagi melaksanakan usaha tersebut. Pendidikan memainkan peranan

yang penting menyediakan rakyat yang berpengetahuan dan memperolehi kemahiran

terutama dalam bidang teknologi. Sesuai dengan matlamat tersebut Kementerian

Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional telah menaikkan taraf

Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik bermula tahun

1997 dan pada tahun 2000 semua Sekolah Menengah Vokasional dinaikkan taraf

menjadi Sekolah Menengah Teknik (Rancangan Malaysia Ke-7, 1996-2000).

Perkembangan ini, menjadikan keperluan guru teknikal juga bertambah.

Kementerian Pendidikan mewujudkan program untuk menambah bilangan guru

teknikal seperti Program Pertukangan Khas (PTK) di Maktab Teknik, Cheras untuk

lepasan politeknik yang memiliki Sijil Kejuruteraan. Universiti Teknologi Malaysia

juga menawarkan Kursus Perguruan Teknikal (Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan) kepada pemegang Sijil Kejuruteraan Politeknik dan Diploma.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini, profesion keguruan dianggap sebagai profesion peringkat

pertengahan di bawah profesion profesional yang lain seperti doktor, jurutera,

peguam dan lain-lain. Ramai yang menganggap tanpa latihan asas pun mereka masih

boleh menjadi guru sandaran atau sementara dan ada kalanya lebih baik dari guru

yang sedia ada. Tokoh pendidik negara Tan Sri Ainuddin Wahid menyatakan orang

sekarang melihat tinggi rendah seseorang berdasarkan apa yang mereka miliki.

Menurut beliau kerana ganjaran yang kurang menarik berbanding profesion yang

lain, profesion perguruan dijadikan Jaring Penyelamat untuk orang mencari kerja.

Apabila mereka tidak mendapat pekerjaan yang mereka idamkan mereka akan

beralih kepada profesion perguruan ( Utusan Malaysia, 28 Disember 2001).

Page 21: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

4

Zuria (1998) menyatakan orang melamar kerja kerana adanya gaji tetapi gaji

tidak menimbulkan kepuasan kerja. Pada masa dahulu, mereka yang memilih

profesion perguruan bukan kerana gaji yang lumayan tetapi keadaan kerja pada masa

itu dianggap sesuai dengan keperluan, nilai, falsafah hidup, ciri kerja separuh hari,

ada cuti yang panjang, mobiliti yang mudah, peluang mengasuh dan mendidik dan

memberikan kasih sayang.

Tugas guru meliputi berbagai aspek, bukan hanya sekadar mengajar di bilik

darjah. Selain dari tugas hakiki tersebut guru ternyata memikul beban yang banyak.

Mohd Fuad (1997) menyenaraikan tugas guru ialah mengajar, menguji, menilai,

membimbing dan memulihkan pelajar, juga menguruskan rekod pelajar, biasiswa,

buku teks, yuran, surat kepada ibu bapa, disiplin, kecerian sekolah, panitia mata

pelajaran, juga dalam gerak kerja kokurikulum seperti penasihat persatuan dan kelab,

jurulatih, pengangkutan dan jaminan keselamatan dan juga agensi kerajaan/swasta.

Berdasarkan keadaan beban kerja, kebajikan dan gaji kurang menarik, waktu

kerja dan cuti yang tidak tetap dan kesukaran kerajaan dalam memenuhi tuntutan

bagi meningkatkan kedudukan profesion perguruan jelas sekali profesion ini tidak

menjanjikan sesuatu yang lebih baik berbanding profesion lain. Namun masih ramai

yang memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Lulusan Sijil Kejuruteraan

Politeknik adalah golongan yang mempunyai latar belakang dan kemahiran dalam

bidang kejuruteraan dan mampu memilih kerjaya dalam bidang yang mereka pelajari

dengan mendapat gaji yang lebih baik, namun ada diantara mereka yang memilih

profesion perguruan. Mereka juga boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam

bidang kejuruteraan yang menjanjikan peluang kerjaya yang lebih memuaskan.

Sebagai pemegang Sijil Kejuruteraan dari politeknik tentu mereka berkemampuan

menceburi bidang perindustrian dengan pekerjaan yang sesuai dan dengan gaji yang

lebih tinggi.

Namun apakah yang menyebabkan mereka ini memilih perguruan sebagai

kerjaya mereka. Dari persoalan ini, pengkaji membuat keputusan untuk membuat

kajian apakah yang menyebabkan mereka memilih profesion perguruan. Dari

perbincangan di atas, pengkaji menetapkan faktor yang terlibat dalam kajian ini ialah

Page 22: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

5

minat terhadap program perguruan, faktor dorongan keluarga, faktor individu dan

faktor rakan sebaya.

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini di jalankan untuk mengenalpasti apakah faktor yang menyebabkan

pelajar tahun 1, mengikuti kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia memilih

program perguruan sebagai kerjaya.

Kajian ini juga untuk mengetahui sama ada pemilihan di dalam program

perguruan di pengaruhi oleh faktor minat, faktor dorongan keluarga, faktor individu

dan faktor rakan sebaya.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Objektif Am

Meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan program perguruan

dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH

1.4.2 Objektif Khusus.

1.4.2.1 Mengenal pasti sejauh mana minat menjadi faktor yang mempengaruhi

pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam

kalangan pelajar tahun 1 SPH.

Page 23: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

6

1.4.2.2 Mengenal pasti sejauh mana keluarga menjadi faktor yang mempengaruhi

pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam

kalangan pelajar tahun 1 SPH.

1.4.2.3 Mengenal pasti sejauh mana individu menjadi faktor yang mempengharuhi

pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di UTM dalam

kalangan pelajar tahun 1 SPH.

1.4.2.4 Mengenal pasti sejauh mana rakan sebaya menjadi faktor yang

mempengharuhi pemilihan program pendidikan teknik dan kejuruteraan di

UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah faktor minat mempengaruhi pemilihan program Pendidikan Teknik

dan Kejuruteraan di UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?

1.5.2 Apakah faktor keluarga mempengaruhi pemilihan program Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan di UTM dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?

1.5.3 Apakah faktor individu mempengaruhi pemilihan program Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?

1.5.4 Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan program Pendidikan

Teknik dan Kejuruteraan dalam kalangan pelajar tahun 1 SPH?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian yang dijalankan dapat memberikan maklumat yang baik dan berguna

kepada semua pihak terutamanya pihak yang terlibat secara langsung dalam

Page 24: PEMILIHAN PROGRAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN … · mengkaji data temubual. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa faktor minat dan dorongan keluarga merupakan faktor utama pemilihan

7

pendidikan iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia,

kepada bakal-bakal guru dan individu yang ingin menjadikan perguruan sebagai

kerjaya mereka.

Pengkaji berharap melalui hasil dapatan kajian ini, dapat membantu pelajar-

pelajar yang sedang mengikuti pengajian serta bakal calon yang akan memilih

profesion perguruan sebagai kerjaya dapat menyediakan diri sebaik mungkin agar

dapat menimba sebanyak mungkin pengetahuan dan kemahiran agar dapat digunakan

sebagai aset untuk diguna dan disumbangkan kepada sekolah dan pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian dibuat terhadap pelajar lelaki yang sedang menuntut dalam tahun 1

aliran Teknik dan Vokasional, di Fakulti Pendidikan UTM. Kajian di jalankan untuk

mengenal pasti faktor yang mendorong pelajar tahun 1 memilih program perguruan

di UTM. Aspek yang di kaji ialah minat, dorongan keluarga, faktor individu, dan

rakan sebaya.

1.8 Definisi Terminologi

Definisi istilah diterangkan secara ringkas untuk memudahkan pembaca

menyemak maksud setiap perkataan yang digunakan dalam kajian ini. Berikut adalah

istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Ia diperjelaskan bagi menerangkan

dengan lebih tepat menurut kehendak dan keperluan kajian.