iii pembinaan bagi pelajar pengajian kejuruteraan … fileiii faktor-faktor pendorong ke arah...

22

Upload: phungquynh

Post on 16-Aug-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ii

iii

FAKTOR-FAKTOR PENDORONG KE ARAH PEMILIHAN KERJA DI SEKTOR

PEMBINAAN BAGI PELAJAR PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI MELAKA.

NORIDA BINTI MOHD SHARIF

Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

iv

v

DEDIKASI

Assalamualaikum

Buat emak dan ayah tersayang,

Terima kasih di atas segala pengorbanan, kasih sayang, kepercayaan dan doa yang

sentiasa mengiringi kejayaanku

Buat abang-abang dan anak buah,

Terima kasih di atas segala pengorbanan dan dorongan.

Buat pensyarah yang disanjungi En. Adnan bin Ahmad,

Terima kasih di atas segala jasa dan tunjuk ajar.

Tidak lupa rakan-rakan yang disayangi,

Rubi, Nana, K fiza, Matni, Maria dan Kamahamsharul .. terima kasih atas sokongan

dan nasihat untuk diri ini.

Tiada kata dapat diungkapkan bagi membuktikan penghargaan ini

Terima kasih semua…..

vi

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur

ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat saya

menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan

terima kasih buat En. Adanan Bin Ahmad selaku penyelia Projek Sarjana Muda

yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk ajar yang

membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.

Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan

seperjuangan khususnya kepada pelajar 5 SPA ( Perdana) dan tidak lupa juga

kepada semua yang terlibat dan banyak membantu memberikan kerjasama bagi

menjayakan projek penulisan ini.

Akhir sekali semoga segala pengorbanan dan budi baik kalian mendapat

keberkatan dari Allah s.w.t.

vii

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pendorong ke arah

pemilihan kerjaya di sektor pembinaan bagi pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam.

Seramai 121 orang responden terdiri daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam

di pilih secara rawak daripada Sekolah Menengah Teknik di seluruh Negeri Melaka.

Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada 2

bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan Bahagian B yang

melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Nilai

kebolehpercayaan alat kajian adalah α=0.84. Data maklumat yang diperolehi telah

diproses dan di analisis dengan menggunakan perisian ‘Statistical Packages For The

Social Science’ versi 13.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi, peratus dan min.

Dapatan kajian ini mendapati faktor-faktor seperti penguasaan mata palajaran

Pengajian Kejuruteraan Awam, pengaruh luar seperti ibubapa, guru, rakan sebaya

dan media massa, situasi pekerjaan itu sendiri dan aktiviti Kelab Bimbingan dan

Kerjaya mempengaruhi seseorang pelajar itu dalam melakukan pemilihan kerjayanya

berada ditahap sederhana.

viii

ABSTRACT

The purpose of the study is to find out the factors that could influence the

students when choosing a career. 121 respondents were among from Civil

Engineering field in Sekolah Menengah Teknik in Malacca were taken as random

sample. Research instruments was a set of questionnaires divided into 2 parts that are

Part A and Part B. Part A includes the respondent biodata and Part B includes the

responses to the research question. The value of trustable is α=0.84. The retrieved

information data was processed and analyzed using the ‘Statistical Packages For The

Social Science’ version 13.0 and elaboration based on the frequency, percentage and

mean. It’s shows that Pengajian Kejuruteraan Awam subject, outsite influence such

as parent and friend, situation or the carrier itself and school’s Counceling Club was

moderately good. These was the factor that can influence the students in choosing a

carrier.

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN PENYELIA ii

HALAMAN JUDUL iii

HALAMAN PENGAKUAN iv

HALAMAN DEDIKASI v

HALAMAN PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

HALAMAN KANDUNGAN ix

HALAMAN SENARAI JADUAL xii

HALAMAN SENARAI SINGKATAN xiii

HALAMAN SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

BAB II SOROTAN PENULISAN 12

2.1 Pengenalan 12

2.2 Teori Pemilihan Kerjaya 13

x

2.3 Faktor IbuBapa dan Rakan Sebaya 16

2.4 Faktor Situasi Pekerjaan 18

2.5 Faktor Peranan Kelab Bimbingan dan 19

Kerjaya Sekolah

2.6 Kesimpulan 22

BAB III METODOLOGI KAJIAN 23

3.1 Pengenalan 23

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 24

3.4 Instrumen Kajian 25

3.5 Kajian Rintis 28

3.6 Kesahan 29

3.7 Prosedur Kajian 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Kesimpulan 32

BAB IV DAPATAN KAJIAN 33

4.1 Pengenalan 33

4.2 Analisis Data 34

4.3 Analisis Bahagian A 34

4.3.1 Taburan Jantina 35

4.3.2 Taburan Bangsa 35

4.3.3 Taburan Pekerjaan Bapa/Penjaga 36

4.3.4 Taburan Pekerjaan Ibu 36

4..3.5 Taburan Jumlah Pendapatan 37

IbuBapa/Penjaga Sebulan

4.4 Analisis Bahagian B 38

4.4.1 Analisis Setiap Item Berdasarkan 38

Faktor Penguasaan Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran PKA

4.4.2 Analisis Setiap Item Berdasarkan 41

xi

Faktor Pengaruh Luar Seperti

IbuBapa, Rakan Sebaya,Guru

dan Media Massa

4.4.3 Analisis Setiap Item Berdasarkan 45

Faktor Situasi Pekerjaan

4.4.4 Analisis Setiap Item Berdasrkan 48

Faktor Kelab Bimbingan dan

Kerjaya

4.5 Analisis Data Faktor Persoalan Kajian 51

Secara Keseluruhan

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan 54

5.2.1 Perbincangan Persoalan Faktor 54

Penguasaan Mata Pelajaran PKA

5.2.2 Perbincangan Persoalan Faktor 55

Luaran

5.2.3 Perbincangan Persoalan Faktor 57

Pekerjaan itu Sendiri

5.2.4 Perbincangan Persoalan Faktor 58

Kelab Bimbingan dan Kerjaya

5.3 Rumusan

5.4 Cadangan 61

5.5 Cadangan Kepada Kajian Lanjutan 61

RUJUKAN 66

LAMPIRAN 69

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai Item Soalan 27

3.2 Set Skala Liket 5 Nilai 28

3.3 Skala Pemeringkatan 31

3.4 Taburan Skor Min 31

4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 35

4.2 Taburan Responden Berdasarkan Bangsa 35

4.3 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 36

Bapa/Penjaga

4.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan Ibu 36

4.5 Taburan Responden Berdasarkan Jumlah Pendapatan 37

IbuBapa/Penjaga Sebulan

4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan 38

Dan Min Bagi Faktor Penguasaan Pelajar Terhadap

Mata Pelajaran PKA

4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan 41

Dan Min Bagi Faktor Luaran

4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan 45

Dan Min Faktor Situasi Pekerjaan

4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan, Peratusan 48

Dan Min Bagi Faktor Kelab Bimbingan Dan

Kerjaya

4.10 Rumusan Persoalan Kajian Dalam Min 51

xiii

SENARAI SINGKATAN / TATANAMA

EPRD - Education Planning and Research Department

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SPSS - Statistical Package For Social Science

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak setuju

TP - Tidak Pasti

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

A Soalan Soal Selidik

B Surat kebenaran untuk menjalankan

penyelidikan daripada Bahagian Perancangan

Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pendidikan Malaysia.

C Surat kebenaran dari Fakulti Pendidikan

D Jadual Populasi Krejie Dan Morgan

E Kesahan Soal Selidik

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun.

Penekanan kepada pembangunan sumber manusia merupakan antara pekara utama

bagi mecapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun

sepenuhnya . Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia

yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk

dilatih. Golongan ini perlu dilengkapkan dengan kemahiran asas yang diperlukan

oleh industri samada dari golongan profesional yang lahir dari universiti tempatan

atau luar negara, sehinggalah kepada tenaga mahir dan separa mahir yang dilatih oleh

pusat-pusat latihan teknikal atau sekurang-kurangnya kemahiran asas yang diperolehi

di peringkat sekolah menengah.

Fokus pembangunan tenaga manusia untuk meningkatkan seramai mungkin

sumber tenaga kerja melalui pendidikan dan latihan. Sektor pembinaan

sememangnya memerlukan pertambahan bilangan pekerja yang mempunyai latihan

teknikal. Tenaga kerja ini merupakan tulang belakang kepada penggerak sesuatu

projek pembinaan selain daripada bahan, jentera dan modal. Tanpa tenaga kerja,

sesuatu projek itu tidak mungkin dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian dapatlah

dikatakan tenaga kerja ini merupakan salah satu aset yang penting dalam sektor

binaan.

Jabatan Statistik Negara (1999), mendifinasikan tenaga kerja binaan sebagai

mereka yang mempunyai daya usaha sendiri dan dibayar gaji. Ini termasuklah

kumpulan pengurusan dan professional, teknikal dan penyeliaan dan pekerja-pekerja

di tapak binaan.

Definasi-definasi berikut boleh boleh menjelaskan berbagai ketegori tenaga kerja

binaan :

i) Pekerja Mahir ; iaitu pekerja yang menerima latihan secara formal di

intitusi latihan tertentu atau latihan dalaman khusus untuk kerja-kerja

tertentu. Pekerja mahir merupakan tukang-tukang yang mahir dalam

sesuatu tred.

ii) Pekerja Tidak Mahir; iaitu mereka yang tidak memiliki kemahiran mana-

mana kemahiran dalam sesuatu tred tetapi bekerja di tapak binaan. Tugas

mereka ialah melaksanakan kerja-kerja asas seperti membawa bahan

binaan ke sesuatu tempat, membersihkan lebihan bahan binaan,

membersihkan pejabat tapak dan apa-apa tugas yang akan dilaksanakan.

iii) Pekerja Sapara Mahir; iaitu mereka yang memiliki kemahiran dalam satu

atau lebih tred tetapi tidak mencapai tahap kemahiran yang ditentukan

untuk dibayar sebagai pekerja mahir.

iv) Tenaga Kerja Teknikal; iaitu mereka yang mempunyai kelayakan teknikal

yang diperolehi dari mana-mana intitusi latihan dan pendidikan teknikal.

Kumpulan ini akan bekerja dibawah pengawasan kumpulan professional.

v) Profesional ; iaitu mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman

yang diperlukan untuk menjadi ahli mana-mana institusi profesional.

Mereka ini biasanya mempunyai ijazah atau diploma dalam bidang

profesional dari universiti-universiti.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sektor pembinaan merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada

pertumbuhan ekonomi negara. Pertumbuhan sektor ini terjejas teruk sekitar tahun

1998 dan 1999 akibat kegawatan ekonomi yang dialami negara. Namun pada akhir

tahun 1999 ekonomi negara telah beransur pulih dan berkembang dengan pesat

(Datuk Dr. Fong Chan Onn , 2000).

Kerancakan sektor ini menyebabkan permintaan kepada tenaga kerja

melonjak tinggi sehingga berlaku jurang permintaan yang luas dengan penawaran

tenaga kerja tempatan. Sektor pembinaan Malaysia masih lagi mengamalkan kaedah

berintensifkan buruh. Apabila negara mengalami pembangunan pesat, banyak projek

pembinaan mega, infrastruktur dan bangunan kediaman serta perdagangan berjalan

serentak. Akibatnya, sektor ini mula mendapatkan khidmat tenaga kerja asing.

Permintaan pekerja asing yang ramai telah mewujudkan sindrom pergantungan yang

keterlaluan kepada pekerja asing terutamanya kepada pekerja Indonesia.

Sehingga Jun 2002, jumlah guna tenaga bagi sektor ekonomi negara

dianggarkan seramai 9.84 juta orang. Sektor pembinaan telah mewujudkan sebanyak

789,600 peluang pekerjaan iaitu 8.2 % dari jumlah guna tenaga negara. Jumlah ini

merupakan satu peningkatan daripada jumlah guna tenaga tahun sebelumnya. Namun

begitu Lembaga Pembangunan Industri telah mengagarkan lebih setengah dari

gunatenaga di sektor pembinaan negara dipenuhi oleh tenaga kerja asing yang tidak

berkemahiran. Ini bermakna sektor pembinaan negara masih mempunyai banyak

peluang pekerjaan untuk diisi oleh belia tempatan bagi bagi mengatasi masalah

pergantungan kepada tenaga kerja asing (CIDB, 2004).

Kerajaan melalui Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(CIDB) telah memperuntukkan RM15 juta untuk melatih 18,000 pekerja mahir

tempatan dalam industri pembinaan pembinaan. Menurut Timbalan Menteri Kerja

Raya, Mohamed Khaled Nordin usaha itu adalah strategi kerajaan untuk

meningkatkan jumlah pekerja mahir tempatan dan kemahiran yang dimiliki dalam

sektor pembinaan. Langkah tersebut diharap dapat membantu hasrat kerajaan untuk

mengurangkan penggantungan terhadap buruh asing (Utusan Malaysia, 13 Disember

2000)

Penubuhan awal SMV ialah melalui Rancangan Malaysia Pertama iaitu

melalui satu dasar yang cuba untuk menpersiapkan tenaga kerja . Dimana pelajar

yang tamat persekolahan menengah akan menceburi bidang pekerjaan. Oleh itu pada

tahun 1967, SMV telah mengantikan Sekolah Ketukangan dan Sekolah tambahan

pendalaman (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1975).

Pendidikan vokasional ini berterusan sehinggalah pada tahun 1995 dan

selepas itu SMV akan dinaikan taraf menjadi SMT. Pada akhir tahun 1998 SMT

menjadi 74 buah dan menjelang tahun 2000 SMT akan bertambah menjadi jumlah

semuanya 86 buah di seluruh negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1993).

Menurut Yahya Emat (1993), objektif utama SMT ditubuhkan ialah untuk

menyediakan palajaran asas bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran di

intitusi pengajian tinggi khusus dalam bidang teknik. Pelajar yang tidak dapat

melanjutkan pelajaran juga boleh mendapatkan pekerjaan yang lebih mudah kerana

latihan yang diperolehi di SMT.

Berdasarkan penyataan di atas dapatlah dilihat betapa pentingnya keperluan

sumber manusia dimana ia merupakan cabaran yang besar kepada latihan teknik dan

vokasional. Ini selari dengan pandangan Siti dan Nor Azizah (1995) bahawa

pendidikan vokasional menjadi semakin penting dalam era pembangunan ekonomi

dan sosial negara.Untuk mencapai hasrat ini kumpulan tenaga mahir tempatan dalam

industri binaan perlu di tambah kerana kumpulan ini memainkan peranan yang

penting kepada pembangunan negara.

Menurut Datuk Seri Najid Tun Razak “pada tahun 1999 pengambilan pelajar

aliran teknik dan vokasional akan ditingkatkan sebanyak 40 %, ini berikutan arahan

daripada kabinet yang mahukan bidang itu diperluaskan. Jesteru itu Kementerian

Pendidikan (KPM) telah menambah 16,000 lagi tempatkepada pelajar di SMT dan

SMVmenjadi 35,000 orang pelajar pada tahun 1999 berbanding pada tahun 1998.

Pertambahan ini akan terus dipertingkat lagi bukan sahaja dari segi bilangan tempat

tetapi jenis kursus yang ditawarkan di sekolah tersebut. Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) juga akan menaikan lebih banyak lagi taraf SMV menjadi SMT

agar lebih ramai pelajar dapat disalurkan dalam bidang ini”. (Berita Harian, 28

Disember 1998)

Walaupun keperluan tenaga kerja amat penting di dalam sektor binaan,

negara terpaksa mengimport tenaga kerja asing untuk menampung kekurangan

tenaga kerja yang kritikal. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk

Abdul Rahman Bin Bakar dalam laporan parlimen kesebelas walaupun kerajaan

mempunyai perancangan-perancangan yang sangat baik dan konkrit untuk

memastikan guna tenaga tempatan diutamakan seperti meminta syarikat-syarikat

mengadakan penawaran kepada belia-belia tempatan terlebih dahulu namun kerajaan

masih lagi memerlukan pekerja asing untuk menampung kekurangan tersebut. Ini

memperlihatkan belia tempatan masih lagi mempunyai sikap memilih kerja.

Sektor pembinaan mempunyai stigma bahawa sektor pembinaan memberi

pulangan yang rendah, memerlukan tenaga, sektor yang tidak perlu menggunakan

fikiran, kerja lasak dan terdedah kepada unsur negetif. Imej negetif ini telah menular

di kalangan pelajar-pelajar sekolah. Di sinilah sepatutnya sumber tenaga yang

menjadi harapan utama bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Kebanyakan kontraktor-kontrktor berpendapat sistem pendidikan di sekolah

menengah dan program teknik dan vokasional tidak mengajar kemahiran yang

sepatutnya diperlukan di sektor binaan (Abdol R.Chini, 1998)

1.3 Penyataan Masalah

Industri binaan tidak dapat lari daripada faktor sumber tenaga manusia

sebagai penyumbang kepada kerancakan pembangunan. Negara terpaksa

mengimport tenaga kerja luar yang ramai di mana ia membentuk pelbagai masalah

sosial, jenayah malah peluang kepada pekerja tempatan. Berdasarkan masalah yang

wujud dalam sektor pembinaan di mana masalah kekurangan tenaga kerja serta

harapan melahirkan tenaga kerja negara melalui pendidikan teknik dan vokasional,

penyelidik ingin mengkaji faktor-faktor pendorong ke arah pemilihan kerjaya di

sektor pembinaan terhadap pelajar SMT yang merupakan kesinambungan kepada

sumber tenaga negara di sektor pembinaan.

1.4 Objektif Kajian

Melalui kajian ini pengkaji telah menetapkan empat objektif seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti adakah penguasaan mata pelajaran PKA mendorong

pemilihan kerjaya pelajar di sektor pembinaan.

1.4.2 Mengenalpasti pengaruh luar seperti ibu bapa, rakan sebaya guru dan

media massa dalam mendorong pemilihan kerjaya pelajar di sektor

pembinaan.

1.4.3 Mengenalpasti situasi pekerjaan dalam mendorong pemilihan kerjaya

di sektor pembinaan.

1.4.4 Mengenalpasti peranan Kelab Bimbingan dan Kerjaya dalam

mendorong memilih kerjaya pelajar di sektor pembinaan.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada tujuan di atas beberapa persoalan kajian telah

telah dikemukakan seperti berikut:

1.5.1 Adakah penguasaan mata pelajaran PKA mendorong pemilihan

kerjaya pelajar di sektor pembinaan?

1.5.2 Adakah pengaruh luar seperti ibu bapa, rakan sebaya, guru dan media

massa mendorong pemilihan kerjaya pelajar di sektor pembinaan?

1.5.3 Adakah situasi pekerjaan mendorong pemilihan kerjaya pelajar di

sektor pembinaan?

1.5.4 Adakah aktiviti Kelab Bimbingan dan Kerjaya mendorong pemilihan

kerjaya pelajar di sektor pembinaan?