faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan · pdf filerahsia rasmi 1972) ... ** jika tesis ini...

25
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KURSUS OLEH PELAJAR KOLEJ KOMUNITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KKYPJ) TERHADAP KURSUS PERTANIAN (LANDSKAP DAN NURSERI) YANG DITAWARKAN MAHADHIR BIN MOHD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: trancong

Post on 31-Jan-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KURSUS OLEH PELAJAR KOLEJ KOMUNITI YAYASAN

PELAJARAN JOHOR (KKYPJ) TERHADAP KURSUS PERTANIAN (LANDSKAP DAN NURSERI) YANG DITAWARKAN

MAHADHIR BIN MOHD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

ii

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KURSUS

OLEH PELAJAR KOLEJ KOMUNITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR (KKYPJ) TERHADAP KURSUS PERTANIAN (LANDSKAP DAN NURSERI)

YANG DITAWARKAN

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya MAHADHIR BI MOHD

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

_____________________________________

(TANDATANGAN PENULIS)

Alamat Tetap : 344, FELDA CHALOK BARAT, 21450 SETIU, TERENGGANU. Tarikh :

_____________________________________ (TANDATANGAN PENYELIA)

DR. YAHYA BIN BUNTAT

NAMA PENYELIA Tarikh :

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan,

Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

iii

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ………………………….

Nama Penyelia : DR. YAHYA BIN BUNTAT

Tarikh : .........................................

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

iv

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KURSUS OLEH PELAJAR KOLEJ KOMUNITI YAYASAN

PELAJARAN JOHOR (KKYPJ) TERHADAP KURSUS PERTANIAN (LANDSKAP DAN NURSERI) YANG DITAWARKAN

MAHADHIR BIN MOHD

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

v

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali

nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : _________________________

Nama :MAHADHIR BIN MOHD

Tarikh : _________________________

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

vi

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui. Segala Puji akan

Limpah dan Kurnia-Nya Tuhan seluruh alam. Salawat dan Salam ke atas junjungan Nabi

Muhammad S.A.W.

Untuk insan yang dihormati dan dikasihi ayah dan bonda

Haji Mohd Bin Awang

Hajah Meriam Binti Adam

Isteri Tercinta

Azizah Bin Mahamud

Doa, jasa dan pengorbanan kalian mengiringi kahidupan dan kejayaanku. Jua buat

kekanda-kekanda dan adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan hati kalian tidak termampu diungkapkan

dengan kata-kata.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Semua kejayaan ini menjadi pendorong seluruh

kaum keluargaku untuk mencapai kejayaan dan kemenangan terhadap apa jua bidang

yang kalian ceburi.

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

vii

PENGHARGAAN

Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya maka dapatlah saya

menyempurnakan penyelidikan ini. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung

atau tidak di dalam membantu saya bagi menyiapkan penyelidikan ini. Kepada penyelia

saya, Dr. Yahya Bin Buntat, terima kasih yang tidak terhingga di atas kesabaran dan

kesungguhan dalam membimbing saya serta mengatasi pelbagai kesulitan dan kesukaran

di dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pengetua Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran

Johor, Kota Tinggi yang telah membenarkan saya membuat kajian di tempat tersebut.

Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada penyelia serta tenaga pengajar di kolej

tersebut yang banyak membantu saya. Seterusnya ucapan terima kasih juga saya tujukan

kepada kepada pensyarah-pensyarah Universiti Teknologi Malaysia.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada kedua ibu-bapa, isteri tersayang dan

rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa bersama saya memberi sokongan, semangat dan

bantuan yang diperlukan dalam usaha menyiapkan penyelidikan ini.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

viii

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik.

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui faktor-fakor yang

mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor

(KKYPJ) terhadap kursus pertanian (landskap dan nurseri) yang ditawarkan. Kajian ini

dijalankan di Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi, Johor Darul

Takzim. Populasi kajian adalah semua pelajar semester 1 dan 2 yang mengikuti kursus

pertanian (Landskap dan Nurseri). Keseluruhan populasi seramai 50 orang responden

menjadi kajian. Data-data yang dikumpul menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis

menggunakan perisian komputer SPSS for window 13.0 serta dilaporkan dalam bentuk

frekuensi dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar-pelajar yang mengikuti

kursus Landskap dan Nurseri ini mempunyai tahap yang tinggi dan positif terhadap faktor

minat, kemudahan yang disediakan, motivasi dan rakan sebaya. Oleh yang sedemikian,

beberapa cadangan dikemukakan bagi meningkatkan serta mengekalkan tahap yang ada

sekarang berterusan di masa akan datang.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

ix

ABSTRACT

This is a descriptive research by using questionnaires. The purpose of this

research is to know the factors that influence the students of KKYPJ’s in choosing their

courses in the agriculture courses (landscape and nursery). This research has been done at

Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) at Kota Tinggi. The populations of

this research were first and second semester students that are taking the agriculture

course. The population for this research consists of 50 students. The data were collected

by using questionnaires and were analyzed by using SPSS windows 13.0 followed by

report of frequency and percentage. The result shows that these students have positive

and high level material in all the research factors such as in interest, facilities, motivation

and peer forward. Therefore, a few suggestions are given to increase and to maintain the

level currently and the future.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

x

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Singkatan xii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Definisi Istilah 7

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

xi

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahuluan 12

2.2 Faktor Minat 13

2.3 Faktor Kemudahan Yang Disediakan 15

2.4 Faktor Motivasi 17

2.5 Faktor Rakan Sebaya 18

2.6 Kesimpulan 20

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 21

3.2 Reka Bantuk Kajian 22

3.3 Skop Kajian 22

3.4 Populasi 23

3.5 Instrumen Kajian 23

3.6 Prosedur Kajian 25

3.7 Kajian Rintis 25

3.8 Analisis Data 26

3.9 Kesimpulan 26

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 27

4.2 Analisis Bahagian A 28

4.2.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 28

4.2.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 29

4.2.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 30

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

xii

4.2.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut PekerjaanIbubapa/Penjaga 30

4.2.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tempat Tinggal 31

4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B 32

4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 32

4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 34

4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 36

4.3.4 Persoalan Kajian Keempat 38

4.4 Kesimpulan 39

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 40

5.2 Rumusan Latar Belakang Responden 41

5.3 Rumusan Persoalan Kajian 42

5.4 Perbincangan Hasil Kajian 43

5.4.1 Faktor Minat 44

5.4.2 Faktor Kemudahan Yang Disediakan 45

5.4.3 Faktor Motivasi 46

5.4.4 Faktor Rakan Sebaya 47

5.5 Cadangan Tindakan 48

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 50

5.7 Kesimpulan 51

RUJUKAN 52

LAMPIRAN 57

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

xiii

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN 3.1 Kandungan Soal Selidik 24

3.2 Skor Skala Likert 25

4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut jantina 28

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Umur 29

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden

Mengikut Bangsa 30

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut PekerjaanIbubapa/Penjaga 31

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Responden

Mengikut Tempat Tinggal 32

4.6 Petunjuk nilai Min 33

4.7 Analisis Persoalan Kajian Pertama 34

4.8 Analisis Persoalan Kajian Kedua 35

4.9 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 38

4.10 Analisis Persoalan Kajian Keempat 39

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

xiv

SENARAI SINGKATAN

FELDA - Federal Land Development Authority GLC - Government-Linked Companies

ICT - Information And Communication Technology

MTEN - Majlis Tindakan Ekonomi Negara

KKYPJ - Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor

PKS - Perusahaan kecil dan sederhana

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

RMK9 - Rancangan Malaysia Ke-9

SPSS - Statistical Package For Social Science

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan pertanian telah bermula sejak zaman penjajah lagi. Ia dibawa oleh

penjajah seperti Inggeris dan Jepun. Pada zaman penjajah dahulu, pihak Jepun memaksa

penduduk Tanah Melayu menanam ubi kayu untuk dihantar ke negara mereka sebagai

makanan. Ini membuktikan aktiviti pertanian telah lama dijalankan sama ada secara

formal atau tidak formal. Kurikulum sekolah Melayu ketika itu terdiri daripada ilmu

perkebunan, pertanian, seni pertukangan, sastera serta mata pelajaran biasa seperti

membaca, menulis, ilmu hisab dan ilmu alam. Setelah mengalami perubahan mengikut

peredaran zaman, Kemahiran Hidup diperkenalkan pada tahun 1992 yang mengandungi

mata pelajaran pertanian supaya rakyat menjadi lebih berdikari, kenal faham teknologi,

kenal faham ekonomi dan mempunyai sifat yakin diri, kreatif, inovatif dan produktif

serta berintraksi dengah baik (Yahya, 1993).

Isu semasa yang sentiasa diperkatakan di Malaysia ialah penyediaan dan

pembentukan pekerjaan bagi menampung keperluan dan permintaan tenaga buruh yang

semakin meningkat. Bagi kebanyakan Negara membangun di mana terdapat

perkembangan dan pembangunan ekonomi bertambah pesat, keperluan tenaga manusia

adalah dari pelbagai cabang kemahiran. Perkembangan dan kedudukan tenaga kerja di

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

2

Malaysia masa kini menggambarkan keadaan ketidakseimbangan di antara penawaran

dan permintaan. Contohnya kita terpaksa mengimport bahan makanan dari Negara lain

bagi memenuhi keperluan penduduk sedangkan iklim di Negara kita amat sesuai

menghasilkan makanan.

Perkembangan pesat di sektor perindustrian telah menenggelamkan sektor

pertanian yang dahulunya menjadi sumber ekonomi negara. Apabila sumbangan sektor

pertanian sudah dipinggirkan maka negara terpaksa mengimport makanan bagi

memenuhi keperluan penduduk. Justeru itu, negara telah mengeluarkan belanja yang

besar bagi menampung keperluan penduduk. Menurut Abu Bakar, setelah negara

mengalami zaman kegawatan ekonomi kerajaan menyedari dan mengakui kesilapan

melupakan sektor pertanian dan kini sedang berusaha dari pelbagai aspek dan cabaran

yang berkaitan untuk membaikinya. (Berita Harian, 2001).

“Pertanian adalah satu perniagaan” merupakan ungkapan popular diperkatakan

sekarang. Dalam RMK9, kerajaan berwawasan untuk menaiktaraf sektor agro-makanan

sebagai sebuah entiti komersil yang maju, dipacu oleh teknologi dan berdaya saing.

RMK9 telah memperuntukkan RM11.4 bilion untuk membangunkan program ‘Pertanian

Baru’. Dalam pertanian baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan ialah meningkatkan

nilai dan meneroka aktiviti berasaskan pertanian yang mempunyai nilai tambah. Nilai

tambah di sini bermaksud mampu mengeluarkan hasil sebagai sumber pendapatan.

Kerajaan juga mahu mewujudkan sektor perladangan komersil yang berskala besar.

Kejayaan FELDA membuktikan sektor pertanian berjaya menjadikan kita sebagai

penyumbang komuditi terbesar di dunia. Pada masa kini, kejayaan dalam penyelidikan

sains dan teknologi banyak membuahkan hasil dalam pertanian dengan penggunaan ICT

dan bioteknologi.

Sokongan daripada kerajaan dan bank tempatan memberikan inisiatif untuk

mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan kaedah

pertanian moden. Kerajaan menggalakkan penyertaan sektor swasta, syarikat berkaitan

kerajaan (GLC), perusahaan kecil dan sederhana (PKS), siswazah, usahawantani dan

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

3

golongan profesional bagi meningkatkan profesionalisme mereka. (Berita Harian, 1

April 2006).

1.2 Latar Belakang Masalah

Tidak ramai yang menyedari kenapa mereka memilih sesuatu kerjaya.

Adakalanya memilih kerjaya hanyalah “asal dapat kerja.” Ini mengakibatkan seseorang

itu akan berasa bosan dengan pekerjaannya dan mengambil inisiatif berhenti dan cari

kerja lain. Hal ini menyebabkan berlaku kerugian dipihak majikan di mana tenaga kerja

yang telah terlatih dan mahir meninggalkan pekerjaan itu atas sebab tidak berminat.

Hasil gerakan pendaftaran secara besar-besaran di seluruh negara oleh Majlis

Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia,

Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pelajaran dari 24 September hingga 7

Oktober 2005, mendapati ada 59,250 siswazah yang masih menganggur, bekerja

sementara atau pekerjaan mereka tidak setara dengan kelayakan masing-masing.

Daripada jumlah itu, 24,608 orang atau 41.5 peratus betul-betul menganggur dalam erti

kata tidak mempunyai sebarang pekerjaan, manakala bakinya 36,642 atau 58.5 peratus

sudah bekerja secara tidak tetap atau jawatan disandang tidak setara dengan tahap

kelulusan. Kebanyakan mereka memperoleh pendapatan kurang RM1,000 sebulan.

(sumber MTEN, 2005).

Menurut Lokman Ismail, sekarang kira-kira 95 peratus aktiviti pertanian

dilakukan secara tradisional yang berorientasikan kecil-kecilan dan tempatan. Aktiviti

pertanian cara ini dilakukan secara turun temurun dan sekadar bermatlamatkan

memenuhi keperluan sara hidup seadanya. Untuk itu diperlukan golongan muda

berpendidikan, bermotivasi, berkeyakinan dan cekal menyertainya. Bidang pertanian

perlu dijalankan berorientasikan komersial secara besar-besaran yang diuruskan secara

profesional dan menggunakan teknologi secara intensif dan berdaya saing dengan

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

4

mendapat pengiktirafan peringkat antarabangsa. Petani komersial di negara kita mampu

memperoleh pendapatan lumayan. Sudah banyak petani moden dan berskala besar

mampu memperoleh pendapatan lumayan sehingga mencecah lebih RM100,000

setahun. Bahkan, ada petani komersial kini bergelar jutawan hasil perusahaan pertanian

yang dijalankan. (Utusan Malaysia, 17 Februari 2006).

Kebanyakan golongan muda hari ini lebih selesa jika mendapat kerja di pejabat

berhawa dingin sedangkan peluang untuk berjaya pada masa depan di bawah matahari

terik lebih cerah. Jika dirasakan tiada kerja yang bersesuaian dalam bidang lain, apa kata

golongan muda menumpukan perhatian dalam bidang pertanian.

Jika lebih ramai golongan muda berminat memajukan bidang pertanian negara,

maka kebergantungan negara terhadap makanan import dapat dikurangkan, seterusnya

dapat memperkukuhkan ekonomi negara. Bagaimanapun, tidak ramai yang berminat

menceburi bidang pertanian kerana ia sering kali dikaitkan dengan penduduk luar bandar

dan kemiskinan.

Dekan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd

Khanif Yusop berkata, “usaha kerajaan menyediakan prasarana dilengkapi kemudahan

teknologi canggih tidak akan bermakna jika tiada pelajar yang benar-benar berminat

dalam sektor pertanian. Ini kerana masyarakat masih memandangkan rendah terhadap

kerjaya petani dan penternak walaupun hakikatnya mereka adalah penyumbang utama

sumber makanan negara. Selain itu, kerajaan turut disaran agar mengiktiraf graduan

pertanian sama taraf dengan lulusan profesional seperti jurutera, doktor atau akauntan,”

katanya. (Berita Harian, 2 Oktober 2004).

Apabila kerjaya dalam bidang pertanian dimartabatkan, kerajaan berkeyakinan

dijangka lebih ramai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM) menjadikannya sebagai pilihan pengajian dan akhirnya

melahirkan lebih ramai pakar dalam sektor berkenaan.

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

5

Sebenarnya, sektor pertanian sangat luas. Bidang landskap dan nurseri

merupakan salah satu bidang pertanian juga. Sejak akhir-akhir ini, seni taman begitu

popular sekali terutama di bandar. Setelah penat seharian bekerja, manusia perlukan

rehat supaya keesokkan harinya kerja yang hendak dilakukan lebih produktif. Apabila

berada di rumah yang dihias cantik, tentu segala penat dan tekanan dapat dikurangkan.

Untuk menjadikan halaman cantik dan indah, tidak perlu kawasan yang luas. Ia

berpadanan dengan ruang rumah yang dimiliki. Hiasan halaman rumah merupakan hobi

atau kerja sampingan bagi suri rumah pada masa dahulu tetapi kini menjanjikan

pendapatan yang lumayam kepada mereka yang berminat untuk menceburi dalam

bidang ini.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan, penyelidik ingin mengenal

pasti faktor-faktor terlibat yang mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar Kolej

Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) Kota Tinggi terhadap kursus pertanian

yang ditawarkan dari sudut minat terhadap mata pelajaran landskap dan nurseri,

kemudahan yang disediakan, motivasi dan rakan sebaya di Kolej Komuniti Yayasan

Pelajaran Johor (KKYPJ).

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor terlibat yang

mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar KKYPJ terhadap kursus pertanian

(landskap dan nurseri) yang ditawarkan. Tujuan khusus kajian ini ialah :

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

6

a. Mengenal pasti pengaruh faktor minat terhadap pemilihan kursus oleh pelajar

KKYPJ pada kursus yang ditawarkan.

b. Mengenal pasti pengaruh faktor kemudahan yang disediakan terhadap pemilihan

kursus oleh pelajar KKYPJ pada kursus yang ditawarkan.

c. Mengenal pasti pengaruh faktor motivasi terhadap pemilihan kursus oleh pelajar

KKYPJ pada kursus yang ditawarkan.

d. Mengenal pasti pengaruh faktor rakan sebaya terhadap pemilihan kursus oleh

pelajar KKYPJ pada kursus yang ditawarkan.

1.5 Persoalan Kajian

Empat persoalan kajian telah dikemukakan di dalam kajian ini iaitu :

a. Apakah faktor minat mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar KKYPJ pada

kursus yang ditawarkan?

b. Apakah faktor kemudahan yang disediakan mempengaruhi pemilihan kursus

oleh pelajar KKYPJ pada kursus yang ditawarkan?

c. Apakah faktor motivasi mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar KKYPJ

pada kursus yang ditawarkan?

d. Apakah faktor rakan sebaya mempengaruhi pemilihan kursus oleh pelajar

KKYPJ pada kursus yang ditawarkan?

1.6 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini dijalankan ialah untuk membantu pihak pentadbir

khususnya tenaga pengajar di KKYPJ mengetahui adakah pelajar mengikuti kursus ini

kerana berminat terhadap bidang pertanian yang ditawarkan atau sebaliknya. Selain itu,

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

7

penyelidik ingin mengetahui apakah faktor utama yang menyebabkan mereka mengikuti

latihan di sini serta membentuk sikap yang positif terhadap bidang pertanian.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar KKYPJ, Kota

Tinggi, Johor yang mengikuti kursus pertanian (landskap dan nurseri). Pelajar-pelajar ini

terdiri daripada pelajar perempuan dan lelaki yang melibatkan kaum Melayu dan India.

Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan 2 mengikuti

kursus pertanian (landskap dan nurseri). Kesemua pelajar ini merupakan responden

dalam populasi kajian ini.

Aspek yang dikaji dalam kajian ini ialah faktor-faktor mempengaruhi pemilihan

kursus oleh pelajar KKYPJ pada kursus yang ditawarkan. Kajian ini meliputi hubungan

sikap pelajar dengan kursus yang ditawarkan di KKYPJ, Kota Tinggi, Johor.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Faktor

Faktor ialah keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh ke atas hasil

daripada sesuatu (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini, faktor dilihat sebagai punca

atau penyebab yang akan mempengaruhi sikap pelajar sama ada positif atau negatif.

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

8

1.8.2 Mempengaruhi

Menurut Kamus Dewan (2002), mempengaruhi didefinisikan sebagai menguasai

atau pengaruh ke atas sesuatu. Dalam kajian ini, mempengaruhi membawa kesan

terhadap sikap pelajar terhadap kursus yang ditawarkan di KKYPJ.

1.8.3 Pemilihan

Menurut Kamus Dewan (2002), pemilihan didefinisikan sebagai hal atau

perbuatan memilih. Pemilihan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah perbuatan

yang dilakukan pelajar dalam memilih kursus yang diinginkan.

1.8.4 Kursus

Kursus adalah pelajaran mengenai sesuatu perkara (kepandaian, pengetahuan dan

sebagainya) yang diberikan dalam jangka masa yang agak singkat menurut Kamus

Dewan (2002). Dalam kajian ini, kursus yang dimaksudkan ialah gerak kerja uang

dilakukan oleh pelajar semasa mengikuti sesuatu perkara atau perbuatan.

1.8.5 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (2002), pelajar didefinisi sebagai orang yang belajar

(seperti murid sekolah, penuntut maktab), orang yang mengkaji (menyelidik ilmu).

Dalam kajian ini, pelajar yang terlibat ialah pelajar Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran

Johor (KKYPJ), Kota Tinggi.

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

9

1.8.6 Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi

Kolej Komuniti Yayasan Pelajaran Johor (KKYPJ) ialah tempat khas yang

diadakan latihan kepada pelajar.

1.8.7 Pertanian

Pertanian bermaksud perihal bertani (tanam-menanam), menurut Kamus Dewan

(2002). Pada hari ini bidang pertanian bukan pada bercucuk tanam sahaja, ia telah

dipecahkan beberapa cabang seperti perikanan, perhutanan, agro, hortikultur dan

perternakan.

1.8.8 Mata pelajaran Landskap dan Nurseri

Menurut sukatan pelajaran landskap dan nurseri yang dikeluarkan oleh Pusat

Perkembangan Kurikulum (2002), landskap dan nurseri ialah satu daripada mata

pelajaran elektif vokasional (MPV) di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM). Pelajar yang mengikuti mata pelajaran ini menguasai

kemahiran asas menghasilkan anak benih tumbuhan hiasan, menyelenggarakan nurseri

tumbuhan hiasan dan merancang serta membina landskap dengan menggunakan

teknologi semasa. Ia merupakan mata pelajaran lanjutan dan perluasan daripada mata

pelajaran Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) menengah bawah. Penggubalan

mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ke arah

mempertingkatkan kemahiran praktis dan menanam semangat keusahawanan di

kalangan pelajar dalam bidang teknologi pertanian serta memenuhi hasrat negara untuk

mewujudkan ‘Negara Dalam Taman’.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

10

1.8.9 Minat

Musa Daia (1992) berpendapat, minat yang kuat boleh mendorong pelajar

memberi perhatian secara sukarela dan perkara ini akan menyebabkan pembelajaran

berlaku dengan mudah dan situasi pembelajaran sebegini dapat membina keazaman

belajar yang kuat dan berterusan dikalangan pelajar. Dalam kajian ini, minat

memberikan dorongan yang kuat kepada pelajar untuk mencapai impiannya.

1.8.10 Kemudahan

Menurut Kamus Dewan (2002), kemudahan ialah sesuatu yang memudahkan

atau mempermudahkan sesuatu usaha atau kegiatan. Dalam kajian ini, ia memberi

maksud kepada alatan dan bahan kerja di ladang, kemudahan penggunaan jentera dan

mesin, sistem pengairan, stor tempat menyediakan medium tanaman, tempat berehat dan

tandas.

1.8.11 Motivasi

Ia bermakna sesuatu yang dapat membuat atau mendorong seseorang berusaha

atau melakukan sesuatu dengan minat (Kamus Dewan, 2002). Dalam kajian ini, motivasi

bermakna apa yang boleh menggerakkan pelajar untuk bersikap positif terhadap kursus

yang ditawarkan.

Page 25: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN · PDF fileRAHSIA RASMI 1972) ... ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, ... mempertingkatkan produktiviti, peluang menjana pendapatan dan penggunaan

11

1.8.12 Rakan sebaya

Menurut Sharifah Alawiah (1987), rakan sebaya adalah sekumpulan orang-orang

yang berumur lebih kurang sama, berhubung di dalam sesuatu struktur yang melibatkan

perhubungan berbalas- balas di kalangan ahli-ahli kumpulan.

1.9 Kesimpulan

Pertanian merupakan satu aktiviti yang mampu memberikan hasil pulangan yang

lumayam jika kita rajin mengusahakan dan kena pada tempatnya. Bidang landskap dan

nurseri merupakan pertanian moden yang hangat diperkatakan sekarang. Wujudnya

penawaran dan permintaan dalam bidang ini menjadikan ia sebagai kerjaya yang

menarik buat golongan muda. Penerangan yang jelas dalam bab ini diharap memberi

kefahaman kepada pembaca.