i kesediaan pelajar sekolah menengah pendidikan … · 4.13 faktor-faktor yang memperngaruhi...

21

Upload: trannhi

Post on 15-Mar-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi
Page 2: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

i

KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN

KHAS VOKASIONAL (CACAT PENDENGARAN) SHAH ALAM

KEARAH KERJAYA

SATU KAJIAN KES.

SITI ZARINA BINTI AZIRUN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

25 FEBRUARI 2004

Page 3: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi
Page 4: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi
Page 5: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

iii

PENGHARGAAN

Dalam ruangan penghargaan yang terhad ini, terlebih dahulu saya ingin

mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia

yang dihormati Encik Yahya Bin Buntat di atas segala tunjuk ajar, nasihat,

bimbingan, saranan dan idea-idea yang telah banyak membantu saya menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini. Semoga sumbangan bakti beliau mendapat setinggi-tinggi

ganjaran daripada Allah S.W.T.

Kesempatan ini juga saya ambil untuk menghargai sumbangan bakti dan

tunjuk ajar daripada Dekan Fakulti dan pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar

saya. Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan kepada staf-staf

sokongan kerana banyak memberikan bantuan sepanjang saya mengikuti kursus

sarjana muda ini.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan

Negeri Selangor, Pengetua Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat

Pendengaran) Shah Alam serta guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat membantu

memberikan kerjasama ketika kajian ini dilakukan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

suami yang dikasihi, Basir Bin Hj. Ibrahim yang banyak memberikan dorongan dan

bantuan sepanjang saya menyiapkan kerja kursus ini serta sabar menjaga dan

mengasuh anak-anak. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada bonda, anak-anak;

Muhammad Irfan, Siti Nurjazmin, Muhammad Syahmi, Siti Nur Syuhaidah dan

Muhammad Rusyaidi serta kakak, abang, adik serta anak saudara kerana bantuan

mereka dan sedia memahami kesibukan ini. Semoga pengorbanan kalian mendapat

ganjaran daripada Allah S.W.T. AMIN. Terima kasih.

Page 6: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

iv

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesediaan pelajar Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam kearah kerjaya. Kajian

yang telah dijalankan ini melaibatkan pelajar seramai 108 orang yang sedang belajar

di Tingkatan Lima. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang

dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A untuk melihat latarbelakang

responden sementara Bahagian B pula digunakan untuk menjawab persoalan kajian

dan faktor yang memperngaruhi pemilihan aliran. Kemudiannya data diproses dan

dianalisis. Analisis dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar sekolah ini

telah bersedia kearah kerjaya. Mereka bersifat positif dan sedia bekerja di mana jua

terutama di sektor industri. Akhir sekali, hasil daripada kajian ini, pengkaji telah

mengesyorkan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh pihak-pihak tertentu untuk

membantu pelajar cacat pendengaran ini memperolehi pekerjaan yang bersesuaian

dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki demi masa depan mereka.

Page 7: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

v

ABSTRACT

The purpose of this research is to study the readiness of Sekolah Menengah

Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam’s student towards their

career path. The research had been done over 108 students which studying in Form

Five. A set of questionnaire, which had been, separated into two parts namely part A

and part B had been used as an instrument of this research. Part A questionnaire was

used to study the background of the respondent while part B was used to study the

factor that influence student’s interest in choosing their career stream. After that the

data will be process and analysis. Throughout the research it shows that students of

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam are

ready towards their career live. They are enthusiast and illustrate positive attitude

towards their career path especially in industrial sector. Finally, as an outcome of this

research, there are several suggestions that should catch attention of relevant party to

help those special student in facing the challenging career path and lead them towards

their brighter future.

Page 8: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

vi

KANDUNGAN

Halaman

JUDUL i.

PENGAKUAN ii.

PENGHARGAAN iii.

ABSTRAK iv.

ABSTRACT v.

KANDUNGAN vi.

SENARAI JADUAL ix.

SENARAI SINGKATAN x.

BAB I: PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latarbelakang kajian 5

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan kajian 9

1.6 Rasional kajian 9

1.7 Kepentingan kajian 10

1.8 Skop dan Batasan kajian 10

1.9 Istilah dan definisi 11

BAB II: SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 14

2.2 Pendidikan Vokasional 20

2.2.1. Perlunya Pendidikan Vokasional 22

2.2.2 Prinsip Pendidikan Vokasional 24

2.2.3 Matlamat Pendidikan Vokasional 25

2.2.4 Matlamat Sekolah Vokasional 26

2.3 Pendidikan Vokasional Sekolah Khas (Cacat Pendengaran) 26

2.3.1 Sejarah SMPKV 28

2.3.2 Syarat kemasukan ke SMPKV 28

Page 9: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

vii

2.3.3 Rasional logo 29

2.3.4 Kemudahan 30

2.3.5 Piagam pelanggan 31

2.3.6 Wawasan sekolah 31

2.3.7 Kurikulum 32

2.3.8 Ko kurikulum 34

2.3.9 Aktiviti sokongan 35

BAB III: METADOLOGI

3.1 Pengenalan 37

3.2 Rekabentuk kajian 37

3.3 Subjek kajian 38

3.4 Alat kajian 38

3.5 Pembolehubah kajian 39

3.6 Tatacara pengumpulan data 40

3.7 Kajian Rintis 41

3.8 Tatacara Penganalisaan Data 41

3.8.1 Analisis akhir dan klafisikasi semula 42

3.9 Kesimpulan 43

BAB IV: DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 44

4.2 Penganalisisan Data 44

4.3 Latarbelakang responden 45

4.4 Kesediaan pelajar kearah kerjaya 49

4.4.1 Kemahiran yang dipelajari bersesuaian kearah

kerjaya. 50

4.4.2 Pelajar telah mampu dan bersedia untuk

Melaksanakan sesuatu pekerjaan 52

4.4.3 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan

Kerjaya 53

4.5 Kesimpulan 60

Page 10: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

viii

BAB V: PERBINCANGAN,RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Perbincangan 63

5.2.1 Mengetahui kesesuaian kemahiran yang

dipelajari di SMPKV kearah kerjaya. 63

5.2.2 Mengetahui dari aspek kesediaan dan

kemampuan pelajar untuk melaksanakan sesuatu

pekerjaan. 64

5.2.3 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi

Pemilihan kerjaya 66

5.3 Rumusan 67

5.4 Cadangan 68

5.5 Cadangan kajian lanjutan 72

5.6 Penutup 75

RUJUKAN 75

LAMPIRAN 78

Page 11: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

ix

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

3.1 Skala Pemeringkatan 46

3.2 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 47

4.1 Enrolmen Pelajar Tingkatan Lima SMPKV 50

4.2 Latarbelakang Pekerjaan Ibubapa/Penjaga 50

4.3 Keluarga Lain Cacat Pendengaran 52

4.4 Menggunakan alat bantuan pendengaran dan faham

bahasa isyarat. 52

4.5 Membaca akhbar dan akhbar bahasa apa? 52

4.6 Bilangan anak ke berapa? 53

4.7 Kemahiran yang dipelajari bersesuaian untuk kearah kerjaya 55

4.8 Pelajar telah bersedia dan mampu untuk melaksanakan

sesuatu pekerjaan 57

4.9 Pengaruh pihak sekolah dan guru 59

4.10 Pengaruh ibubapa dan keluarga 60

4.11 Pengaruh rakan sebaya 62

4.12 Faktor minat 63

4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64

4.14 Rumusan dapatan kajian 65

Page 12: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

x

SENARAI SINGKATAN

BMKT - Bahasa Malaysia Kod Tangan.

SMPKV - Sekolah menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat

Pendengaran) Shah Alam

OKU - Orang Kurang Upaya.

SKM - Sijil Kemahiran Malaysia.

ILO - Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri.

JKM - Jabatan Kebajikan Masyarakat.

MLVK - Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Page 13: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan. Bajet (2004) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri

Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 12 September (2003),

memenuhi keperluan pelbagai lapisan rakyat disamping meringankan beban serta

membantu masyarakat menghadapi cabaran hidup dan usaha memacu lagi kemajuan

ekonomi negara. Di dalam pembentangan belanjawan tersebut pelbagai intensif

menarik disediakan untuk golongan kurang upaya. Sehingga pertengahan tahun(

2003), seramai 122,543 orang kurang upaya telah berdaftar dan menerima bantuan

sebanyak 88.5 juta ringgit.

Perdana Menteri juga dalam ucapannya sewaktu belanjawan tersebut

menyatakan bahawa apa yang dilihat sekarang, peluang pekerjaan bagi orang kurang

upaya kian berkurangan. Ini akan menyukarkan lagi bagi mereka untuk memperolehi

pekerjaan yang sesuai. Untuk itu satu tindakan perlu dilakukan. Akta Orang Kurang

Upaya (OKU) yang dihalusi selepas mendapat pandangan dan kelulusan Kementerian

Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat seharusnya diberi perhatian oleh

pihak-pihak yang terlibat. Akta yang di draf melalui satu jawatankuasa bagi membela

nasib golongan itu perlu diteliti sebelum dapat diwartakan pada tahun hadapan. Akta

ini bertujuan untuk membantu dan melindungi OKU serta membela nasib mereka.

Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat,

Dr.P Manogran,(Berita Harian 13 Sept. 2003) berkata pelbagai aspek mengenai akta

Page 14: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

2

itu diperbaiki melalui bengkel yang disertai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan

(NGO) yang ada kaitan dengan OKU.

Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman dalam teks ucapannya sempena sambutan

Hari Orang Pekak Antarabangsa Peringkat Kebangsaan (2003) menyatakan, mengikut

statistik sehingga akhir( 2002), seramai 21,981 orang kurang upaya (OKU)

pendengaran berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Beliau juga

menyatakan bahawa kecacatan yang terselindung menyebabkan warga pekak sering

dipinggirkan dari segi komunikasi dan maklumat penyampaian tidak dapat diperolehi

secara meluas. Ini menyebabkan mereka mencari sumber tambahan lain bagi

mendapatkan maklumat secara lebih tepat dan terkini. JKM adalah pihak yang

memberi bantuan geran sebanyak RM36,000 bagi memantau, mengembang dan

melatih lebih ramai lagi jurubahasa isyarat.

Mereka yang mengalami cacat pendengaran ini dari segi luarannya kelihatan

normal tetapi dari segi dalaman mereka mengalami tekanan mental. Dengan kata lain,

mereka tidak dapat berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai kerana rosak

pendengaran. Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon (dalam Mohd. Salleh

;1999)menjelaskan bahawa kanak-kanak pekak sebagai seorang yang rosak

pendengaran kerana dalam kebanyakkan contoh, ia mempunyai pendengaran separa.

Kanak-kanak ini luar biasa kerana tidak dapat bertindakbalas terhadap bunyi-bunyi

disekelilingnya.

Zaini Hashim (dalam Hanapi ;1999) pula menjelaskan bahawa cacat

pendengaran boleh dibahagiakan kepada 2 jenis:-

i. Cacat Bahagian Penerimaan (conductive deafness)

Kecacatan ini terjadi dibahagian telinga tengah seperti lubang telinga

tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada lubang telinga. Ia

kemungkinan boleh dipulihkan dengan rawatan seperti melalui

pembedahan atau pengambilan ubat-ubatan.

ii. Kecacatan Bahagian Tanggapan (perceptive deafness)

Kecacatan ini terjadi dibahagian telinga dalam dan berkaitan dengan saraf

pendengaran. Kecacatan yang disebabkan oleh saraf sukar dirawat melalui

pembedahan kerana ia melibatkan organisasi yang lebih rumit.

Page 15: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

3

Menurut Siti Zamratul (dalam Mohd. Hanafi;1999) menerangkan bahawa

gangguan jenis konduktif yang terjadi sama ada di telinga luar atau tengah

menyebabkan bunyi tidak dapat dipindahkan ke telinga dengan efisien. Oleh itu,

seseorang tidak begitu sensitif dengan bunyi, ia memberi kesan yang teruk kepada

perkembangan pertuturan seseorang kanak-kanak kerana ia sukar membezakan bunyi

yang diterima.

Cruickshakn (dalam Mohd. Salleh ;1999) mendefinisikan kanak-kanak yang

mengalami kecacatan pendengaran berdasarkan kebolehan kanak-kanak itu

mendengar melalui deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialaminya.

Berdasarkan definisi tersebut,dua kategori digunakan iaitu pekak dan separuh pekak.

Pekak maksudnya deria dengar yang tidak berfungsi langsung. Ia berlaku

berkemungkinan sebelum atau selepas lahir. Sementara separa pekak pula boleh

berfungsi sekiranya mendapat bantuan alat pendengaran atau pun tidak. (Report of

the Hoc Committee to Define Deaf and Hard of Hearing, 1975).

Kanak-kanak khas cacat pendengaran ini belajar mengikur kurikulum sama

seperti kanak-kanak biasa. Mereka juga tidak terkecuali menjalani kegiatan atau

aktiviti ko-kurikulum yang sedia ada. Cuma yang akan membezakan antara mereka

dan kanak-kanak biasa ialah kecacatan pendengaran yang mereka alami. Mereka

berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa isyarat. Begitu juga dari segi

penyampaian guru-guru disekolah, mereka menggunakan Bahasa Melayu Kod

Tangan (BMKT). Tenaga pengajarnya sekarang kebanyakkannya terlatih didalam

pendidikan khas cacat pendengaran sama ada di dalam atau di luar negeri. Matlamat

pendidikan khas antara lain untuk memerikan kanak-kanak ini hak-hak asasi

pendidikan yang bersesuaian dengan kebolehan, kemampuan dan minat mereka tanpa

mengira status sosio ekonomi, kebudayaan dan asal keturunan, kebolehan fizikal,

kebolehan emosi, kebolehan intelek dan sebagainya. Di samping itu juga diharapkan

melalui pendidikan khas ini dapat mengukuhkan kesedaran masyarakat sejagat

terhadap keperluan-keperluan dan kebolehan mereka, supaya dapat hak untuk hidup

dan mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal. Mereka semua

berharap agar dapat diterima oleh masyarakat, dapat hidup dan bergerak bebas seperti

mereka yang tidak cacat.

Page 16: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

4

Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa berusaha agar semua warganegara

tanpa mengira latar belakang akan memperolehi pendidikan asas yang berkualiti. Di

antara peluang-peluang pendidikan yang diberi ialah:-

i. Pendidikan Khas disediakan bagi kanak-kanak istimewa termasuklah yang

mengalami cacat pendengaran.

ii. Matapelajaran vokasional disediakan bagi murid-murid yang berminat.

Di samping itu, hasrat pendidikan adalah untuk memberi peluang kepada setiap

individu untuk memperkembangkan semua potensi yang mereka miliki. Ia

dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi Kementerian

Pendidikan Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum (2001).

Pelajar yang mengalami cacat pendengaran ini juga berkeinginan untuk

bekerja apabila selesai persekolahan mereka. Untuk itu mereka mestilah dibekalkan

dengan kemahiran-kemahiran yang dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang

sesuai kelak. Pembelajaran kemahiran adalah sangat perlu dalam pendidikan masa

kini. Pelajar-pelajar mesti diberi pendedahan yang secukupnya bagi memberi mereka

kemahiran asas praktik yang membolehkan mereka mengendalikan dengan berkesan

dalam kerja-kerja buat sendiri seperti binaan, pemasangan dan baik pulih yang

berguna dalam kehidupan seharian. Setiap individu yang menjejakkan kaki kealam

persekolahan menengah mempunyai tujuan iaitu untuk mendapatkan satu pekerjaan

yang sesuai dengan kelulusan dan kemahiran yang mereka dapat apabila mereka

tamat nanti. Ada individu-individu yang ingin menjawat jawatan yang baik dalam

sektor swasta atau kerajaan dan ada pula yang bekerja sendiri. Dalam keadaan

tersebut mereka perlu membuat pemilihan kerjaya yang sesuai. Begitu juga bagi

mereka yang mengalami masalah cacat pendengaran. Pemilihan kerjaya ini

merupakan satu perkara yang penting dalam perkembangan seseorang dan dengan itu

perlu dibuat dengan teliti kerana tindakan tersebut memberi kesan jangka panjang

terhadap masa depannya. Oleh yang demikian, penelitian yang mendalam semasa

membuat pemilihan kerjaya adalah perlu. Perkara ini telah pun ditegaskan oleh Crites

(dalam Muhd. Mansur ;2003) yang menyatakan pemilihan kerjaya adalah satu

keputusan yang paling penting dalam kehidupan apabila individu mula memikirkan

untuk memasuki dunia pekerjaan. Keputusan yang dibuat dalam pemilihan sesuatu

kerjaya bukan sahaja akan menentukan gaya hidup dan corak kehidupan masa depan.

Page 17: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

5

Menurut Tolbert( dalam Mohd. Mansur ;2003), setiap keputusan yang dibuat oleh

seseorang itu dipengaruhi oleh berbagai faktor termasuklah pengaruh orang lain,

keadaan, keperluan masa dan kebolehan serta minat. Setiap individu berkehendakkan

suatu kerjaya yang dapat menjamin kehidupan di masa hadapan. Oleh itu,

pembentukan kerjaya perlulah dirancang dengan sebaik mungkin agar seiringan

dengan kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan.

1.2 Latarbelakang Kajian.

Adalah dianggarkan sekurang-kurangnya 1% (220,000) daripada penduduk

Malaysia terdiri dari orang kurang upaya (OKU). Namun, demikian, daripada jumlah

ini hanya seramai 99,000 orang kurang upaya telah mendaftar dengan Jabatan

Kebajikan Masyarakat . Daripada jumlah tersebut hanya 4,316 (1990 hingga 2001)

orang kurang upaya sahaja berjaya ditempatkan bekerja disektor swasta terutamanya

oleh Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain. Data ini adalah seperti

yang terkandung dalam ‘Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya (OKU) di

Sektor Swasta’ terbitan Kementerian Sumber Manusia (2001). Jumlah ini

termasuklah mereka yang mengalami cacat pendengaran. Sebagai langkah untuk

memastikan OKU turut berpeluang mendapat pekerjaan, kerajaan telah

memperuntukkan satu peratus daripada jawatan perkhidmatan awam dan swasta

khusus untuk golongan ini. Disamping itu, satu unit khas akan ditubuhkan di

Kementerian Sumber Manusia untuk membantu golongan ini mendapatkan pekerjaan.

Bagi menggalakkan orang kurang upaya terus bekerja untuk menyara diri dan

keluarga, Elaun Pekerja Kurang Upaya diberikan sebanyak RM200 sebulan jika

pendapatan bulanan mereka tidak melebihi RM500. Pemberian ini bertujuan untuk

menampung kos pengangkutan ke tempat kerja dan lain-lain perbelanjaan. Perkara ini

terkandung di dalam belanjawan (2004).

Walaupun begitu, kesukaran mereka menjawat pekerjaan adalah disebabkan

kesukaran mereka berkomunikasi. Mulai dari sekarang, pendidikan kepada kanak-

kanak cacat pendengaran mestilah dipengaruhi dari segi tekniknya agar kesukaran

tersebut dapat dihapuskan. Mereka mesti diajar dengan lebih banyak lagi dalam

Page 18: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

6

komunikasi dan kemahiran. Selain daripada itu, mereka dari golongan ini biasnya

mempunyai sifat rendah diri. Ini mungkin disebabkan oleh kecacatan yang mereka

alami membuatkan mereka juga kurang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu.

Seandainya mereka tidak diberi rangsangan dalam pelbagai aspek termasuklah sosial

dan emosi serta bimbingan yang berpatutan, kemungkinan mereka tidak dapat

meningkatkan keupayaan dalam pergaulan. Inilah menyebabkan mereka sukar

memperolehi pekerjaan. Apabila mereka dapat berkomunikasi dengan lebih luas dan

memuaskan, sudah pastilah masalah untuk diterima bekerja sudah tidak timbul.

Mereka juga seharusnya diberi motivasi dan bimbingan agar dapat meningkatkan

keyakinan diri dan mengurangkan rasa rendah diri yang ada dalam diri mereka.

Apa yang berlaku kini, mereka hanya bekerja sebagai operator pengeluaran

atau pelayan di restoran-restoran dengan pendapatan yang tidak mencukupi bagi

menyara hidup dalam keadaan yang serba serbi mahal ini. Mohd. Salleh (1999)

menyatakan, bukan mudah untuk membina kemahiran-kemahirann tertentu kepada

kanak-kanak yang mengalami kecacatan pendengaran apatah lagi mereka diletakkan

di sekolah-sekolah khas yang sebahagian besarnya terpaksa menghabiskan masa di

sekolah berasrama. Mereka tidak seperti kanak-kanak biasa yang mudah untuk

menerima rangsangan dan terus menterjemahkan ke dalam pemikiran untuk sesuatu

tindakan. Dengan kata lain, mereka sentiasa berhadapan dengan masalah dan tekanan

setiap masa.

Sebenarnya dari peringkat sekolah rendah dan menengah rendah lagi mereka

yang mengalami cacat pendengaran ini telah didedahkan dengan kemhiran iaitu dalam

subjek Kemahiran Hidup. Di sini, peranan kerajaan melalui Kementerian Pendidikan

Malaysia haruslah peka terhadap keperluan pendidikan untuk murid-murid cacat

pendengaran. Banyak pembaharuyan perlu dilakukan bagi menyahut cabaran yang

lebih kompleks pada masa hadapan. Pendidikan Vokasional bagi kanak-kanak cacat

pendengaran mesti diperbaiki agar mereka tidak hanya diterima bekerja di kilang-

kilang dan restoran sahaja tetapi diterima bekerja diperingkat yang lebih tinggi dan

mencabar dengan pendapatan yang lebih lumayan. Kerajaan mestilah menunjukkan

kesungguhan dalam perkara ini terutamanya memberi mereka pekerjaan yang lebih

baik di sektor swasta atau awam.

Page 19: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

7

Sudah pun diketahui pendidikan kerjaya vokasional di negara kita lebih

diutamakan diperingkat sekolah menengah atas sahaja. Seeloknya, pendekatan yang

kreatif sangat perlu diperingkat sekolah rendah khas kearah memberi kesedaran,

menanam sikap kecenderungan serta memberi penerangan yang berterusan ke

peringkat sekolah menengah rendah dan atas serta kealam pekerjaan. Kanak-kanak

cacat pendengaran ini telah diberi pendidikan pra vokasional di peringkat sekolah

rendah lagi dengan tujuan untuk memberikan kemahiran dan melatih mereka supaya

dapat hidup berdikari apabila dewasa kelak. Dari peringkat sekolah rendah lagi

kanak-kanak yang bersekolah khas sudah terbiasa memerhati, melihat, bekerja dengan

ibubapa, jiran, guru-guru atau saudara mara mereka. Kanak-kanak ini sepatutunya

diberi pendedahan pada fikiran mereka bahawa bekerja itu adalah sebahagian dari

kehidupan mereka. Kanak-kanak ini juga mestilah digalakkan berfikir dan bercakap

tentang cita-cita mereka apabila mereka dewasa kelak. Aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan perkara tersebut

seharusnya digalakkan seperti berlakun dan sebagainya.

1.3 Pernyataan Masalah.

Rata-rata kita lihat mereka yang mengalami masalah cacat pendengaran

menghadapi kesukaran dalam mencari pekerjaan. Ini terbukti dalam kenyataan

akhbar Berita Harian bertarikh 14 September( 2003) yang dinyatakan oleh Menteri

Sumber Manusia, Datuk Dr. Fong Chan Onn. Dalam kenyataannya beliau

menyatakan hanya 3,000 daripada setiap 10,000 golongan kurang upaya yang

berdaftar dengan kementerian sudah mempunyai pekerjaan. Ini bermakna 7,000

daripadanya masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Jumlah ini termasuklah

mereka yang mengalami kecacatan pendengaran. Keadaan sekarang ini sangat

mencabar. Pekerja yang mempunyai sijil dan kemahiran sahaja terlebih dahulu diberi

keutamaan pekerjaan. Keadaan ini menjadi bertambah sukar jika mereka berada

dikawasan yang jauh dari bandar. Remaja yang mengalami cacat pendengaran sukar

mendapatkan pekerjaan kerana ada di antara mereka tidak mendapat latihan

kemahiran yang secukupnya. Kelulusan dan kelayakan akademik mereka tidak

memuaskan dan kadangkala sangat teruk. Faktor-faktor inilah menyebabkan mereka

Page 20: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

8

tidak diterima bekerja. Mereka mempunyai perasaan rendah diri dan kurang

berkeyakinan atas sebab kecacatan yang mereka alami. Ini turut memperngaruhi

suasana pekerjaan setelah mereka bekerja kelak.

Masalah kerjaya kepada pelajar cacat pendengaran ini boleh dibahagikan

kepada beberapa aspek. Namun terdapat 3 aspek yang dianggap aspek utama.

Masalah ini telah menyebabkan bekas-bekas pelajat cacat pendengaran sukar

mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka pelajari. Di

samping itu pihak majikan juga menghadapi masalah mendapatkan bekas-bekas

pelajar cacat pendengaran yang bersesuaian dengan pekerjaan di syarikat mereka.

Di antara masalah yang telah dikenalpasti ialah:-

i. Masalah pengangguran dikalangan bekas pelajar pendidikan khas cacat

pendengaran.

ii. Pembaziran tenaga kerja yang terlatih.

iii. Pembaziran dari segi kos latihan yang diberikan.

Oleh kerana itu, satu kajian perlu dilakukan untuk melihat kesediaan pelajar

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam ini

kearah kerjaya.

1.4 Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah:-

i. Untuk mengetahui kesesuaian kemahiran yang dipelajari di Sekolah

Menengah Pendidikan Khas Vokasional (Cacat Pendengaran) Shah Alam

kearah kerjaya.

ii. Mengetahui dari aspek kemampuan pelajar untuk melaksanakan sesuatu

pekerjaan.

iii. Mengetahui faktor-faktor berikut dibawah memperngaruhi pemilihan

kerjaya.

a) Faktor pihak sekolah dan guru.

b) Faktor ibubapa dan keluarga.

Page 21: i KESEDIAAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN … · 4.13 Faktor-faktor yang memperngaruhi pemilihan kerjaya 64 4.14 Rumusan dapatan kajian 65 ... Ini akan menyukarkan lagi bagi

9

c) Faktor rakan sebaya.

d) Faktor minat.

1.5 Persoalan Kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengetahui kepada beberapa persoalan pokok

yang berikut:-

i. Adakah kemahiran yang dipelajari bersesuaian untuk kearah kerjaya?

ii. Adakah pelajar telah bersedia dan mampu untuk melaksanakan sesuatu

pekerjaan?

iii. Adakah faktor-faktor berikut dibawah mempengaruhi pemilihan kerjaya?

a. Faktor pengaruh pihak sekolah dan guru.

b. Faktor pengaruh ibubapa dan keluarga.

c. Faktor pengaruh rakan sebaya.

d. Faktor minat.

1.6 Rasional Kajian.

Rasional kajian ini adalah untuk meninjau pelajar cacat pendengaran yang

sedang belajar di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah

Alam bersedia kearah kerjaya. Pengkaji ingin melihat adakah kemahiran yang

mereka pelajari dan diperolehi di sekolah itu mampu membantu mereka memperolehi

pekerjaan apabila habis belajar kelak. Selain itu kemampuan pelajar dalam

melaksanakan sesuatu pekerjaan juga perlu diambil kira. Pengkaji juga ingin

mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar berkenaan.

Faktor yang dilihat ialah dari segi minat, sekolah dan guru, ibubapa dan keluarga serta

rakan sebaya.

Mungkin jika tidak keterlaluan dikatakan kajian kes ini melihat di mana silap

sistem atau pelajar itu sendiri. Mungkin sistem pendidikan khas di negara kita ini