faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan … · ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga...

24
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA HALIJAH BINTI YUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngothuan

Post on 11-Jul-2019

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR

MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH-

SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HALIJAH BINTI YUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan
Page 3: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

i

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN PELAJAR

MENGIKUTI MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) DI SEKOLAH-

SEKOLAH AKADEMIK DI DAERAH ALOR GAJAH, MELAKA

HALIJAH BINTI YUSOH

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

ii

Page 5: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

iii

Page 6: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

iv

DEDIKASI

Sekalung Ucapan Terima Kasih :

Buat ibu dan ayahku

Kedua ibu dan bapa mertua

Serta seisi keluarga…

Di atas segala dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi…

Buat suami yang dikasihi

Segala bentuk pengorbanan yang diberikan menjadikan kekuatan buat diriku

Untuk meneruskan azam ini…

Buat anak-anak yang menjadi sumber kebahagianku

Kehadiranmu membuatku tabah untuk mencapai cita-cita…

Kupanjatkan segala kesyukuran kepadamu Ya Allah,

Berkatilah segala usaha dan ilmu yang yang kau berikan….

Amin……..

Page 7: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

v

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya maka

Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada En. Yahya Bin Buntat selaku pensyarah pembimbing di atas

bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan dalam tempoh kajian ini dijalankan.

Kesungguhan dan kerjasama yang diberikan telah membantu pengkaji dalam

melengkapkan projek.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan

Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan mana-mana pihak yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses untuk mendapatkan

maklumat dalam menjalankan kajian ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih dan penghargaan dihadiahkan kepada rakan-

rakan seperjuangan yang banyak membantu dalam memberi pandangan dan pendapat

yang membina di saat-saat ianya diperlukan.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

vi

ABSTRAK

Pengajaran Mata Pelajaran Vokasional di sekolah akademik akan memenuhi

tuntutan negara terhadap keperluan sumber tenaga manusia di dalam bidang teknologi

pada masa akan datang. Pelajar-pelajar di beri peluang untuk memperolehi

kemahiran- kemahiran tersebut dan diharapkan berpeluang untuk melanjutkan

pelajaran atau mendapatkan latihan selanjutnya setelah tamat dari sekolah menengah.

Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang

mempengaruhi pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah akademik di Daerah Alor

Gajah, Melaka di dalam memilih mata pelajaran vokasional (MPV). Kaedah soal

selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ke atas sampel yang berjumlah

seramai 80 orang. Data diproses dengan menggunakan program SPSS 11.5 serta

dianalisis menggunakan statistik diskriptif untuk mendapatkan frekuensi, peratusan

dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru dan masyarakat luar

banyak mempengaruhi pelajar dalam membuat pemilihan bagi mengikuti mata

pelajaran MPV. Manakala faktor pentadbir dan ibu bapa didapati sederhana

pempengaruhi pemilihan pelajar dalam PMV. Melalui hasil dapatan kajian yang

dijalankan ini di harapkan guru, dapat membantu pentadbir ,ibu bapa dan pihak-pihak

tertentu dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan MPV dalam melahirkan tenaga

kerja yang benar-benar berkualiti dan berpengetahuan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

vii

ABSTRACT

The (MPV) subject is considered as a vocational education and is taught in the

academic schools, form four student onwards. The presence of the subject in the

academic school is to fulfill the manpower requirement needed in the future. The

students taking this subject are given the opportunity to posses the technical skills and

they can advance this knowledge to a level at the universities for higher technical skills

program. A study is carried out to identify what are the factors that influence the form

four students in the academic school in the district of Alor Gajah, Malacca to take this

subject. Questionnaires were distributed to the samples in order to collect the raw data of

the study for analysis purposes. The data were processed by using the SPSS program to

analyze the frequency, percentage and the mean of the factors that influence the students

to why they chose the MPV. The result of the study showed that the teachers and the

community had played an important role in influencing the students in choosing the MPV

subject. Whilst the administrative and the parents factors played less role in guiding

them to choose the vocational subject.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

AKUAN PENSYARAH ii

AKUAN PELAJAR iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

PENGENALAN

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakaang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

ix

1.7 Skop Kajian 8

1.8 Terminologi Kajian 9

1.8.1 Faktor 9

1.8.2 Pemilihan 9

1.8.3 Pelajar 10

1.8.4 Mata Pelajaran Vokasional 10

1.8.5 Sekolah Akademik 11

1.8.6 Mempengaruhi 11

1.8.7 Pencapaian Akademik 11

1.8.8 Masyarakat Luar 11

SOROTAN KAJIAN

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 13

2.2.1 Penawaran Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) 14

2.2.2 Objektif 15

2.2.3 Kriteria Pemilihan sekolah 15

2.2.4 Tenaga Pengajar Dan

Latihan 17

2.3 Masyarakat Luar 18

2.4 Pihak Pentadbir Sekolah 19

2.5 Guru 20

Page 12: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

x

2.6 Ibu Bapa 21

2.7 Pemilihan Pekerjaan 22

2.8 Ringkasan 23

METHODOLOGI KAJIAN

III METHODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 24

3.2 Rekabentuk Kajian 24

3.3 Prosedur Kajian 25

3.4 Populasi dan Sampel 25

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 27

3.5.2 Bahagian B 27

3.6 Kesahan Soal Selidik 29

3.7 Kajian Rintis 29

3.8 Analisis Data 30

3.9 Analisis Akhir dan Klasifikasi Semula 31

Page 13: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xi

ANALISIS DATA

IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 32 4.2 Profil Responden 33 4.2.1 Analisis Latar Belakang Responden 33

4.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 36

4.4 Analisis Data Persoalan Kajian 2 38

4.5 Analisis Data Persoalan Kajian 3 40

4.6 Analisis Data Persoalan Kajian 4 43

4.7 Kesimpulan 46

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Perbincangan 48

5.2.1 Adakah Faktor Masyarakat Luar

Mempengaruhi Pelajar Memilih MPV 49

5.2.2 Adakah Faktor Pentadbir Mempengaruhi

Pelajar Dalam Memilih MPV 50

Page 14: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xii

5.2.3 Adakah Faktor Guru Telah Mempengaruhi

Pelajar Dalam Memilih MPV 51

5.2.4 Adakah Faktor Ibu Bapa Mempengaruhi

Pelajar Dalam Memilih MPV 52

5.3 Rumusan 53

5.4 Cadangan 55

5.4.1 Pentadbir 55

5.4.2 Masyarakat Luar 56

5.4.3 Guru 56

5.4.4 Ibu Bapa 57

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58

5.6 Penutup 59

RUJUKAN 60

LAMPIRAN A-D 64

Page 15: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Analisa Mengikut Mata Pelajaran MPV Bagi Negeri

Melaka Bagi Tahun Perlaksanaan 2002 – 2004 7

2.1 Senarai Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Dan Cadangan

Tahun Perlaksanaan (Tahun 2002 – 2005 ) 14

2.2 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Di Sekolah Akademik Bagi Perlaksanaan

Tahun 2002 (Bagi Negeri Melaka) 16

2.3 Senarai Sekolah Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Di Sekolah Akademik Bagi Perlaksanaan

Tahun 2003 (Bagi Negeri Melaka) 16

3.1 Senarai Bilangan Populasi dan Sampel 26

3.2 Senarai Item Soalan Mengikut Persoalan Kajian 27

3.3 Jadual Markat Skala 5 Mata 28

3.4 Skala Pemeringkatan Yang Dipermudahkan 30

3.5 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Peratusan Bidang

Kursus 33

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 34

4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34

4.4 Taburan Keputusan PMR Responden 35

4.5 Taburan Gred Bagi Keputusan Kemahiran Hidup 35

Page 16: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xiv

4.6 Analisis Terhadap Faktor Masyarakat Luar Mempengaruhi

Pelajar Memilih MPV 37

4.7 Analisis Terhadap Faktor Pentadbir Yang Mempengaruhi

Pelajar Memilih MPV 39

4.8 Analisis Terhadap Faktor Guru Mempengaruhi Pelajar

Memilih MPV 42

4.9 Analisis Terhadap Faktor Ibu Bapa Yang Mempengaruhi

Pelajar Memilih MPV 45

5.0 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Memilih MPV

Di Sekolah 47

Page 17: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xv

SENARAI SINGKATAN

MPV Mata Pelajaran Vokasional

PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru

BBPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

PMR Penilaian Menengah Rendah

JPN Jabatan Pendidikan Negeri

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

MLVK Majlis Latihan Vokasional Malaysia

KHB Kemahiran Hidup Bersepadu

Page 18: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 64

B Surat BPDPP 70

C Surat JPN Melaka 72

D Jadual Populasi Krejcie dan Morgan 73

Page 19: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Menjelang 2020 Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang

berkembang dengan kadar yang begitu pesat dalam sektor perindustrian dan

pembuatan. Perkara ini telah diwar-warkan oleh Perdana Menteri Malaysia

dalam salah satu kertas kerjanya “Malaysia: Melangkah ke Hadapan

(Wawasan 2020)” yang telah meletakkan sasaran negara untuk menjadi

sebuah negara perindustrian sebagai teras kepada pembangunan negara.

Sehubungan dengan itu dapatlah dibuat satu kesimpulan bahawa

keperluan sumber tenaga manusia untuk menangani masalah tersebut

merupakan satu cabaran yang besar kepada Sistem Pendidikan Teknik dan

Vokasional. Di dalam usaha kerajaan menyediakan sumber tenaga manusia

yang bakal diperlukan dalam sektor perindustrian ini, sistem pendidikan yang

teratur dan berkesan amat penting. Pelajar pada hari ini merupakan asset yang

sangat penting kepada negara bagi menyahut cabaran dalam wawasan 2020.

Justru itu, Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pendidikan Teknik

dan Vokasional telah menyediakan satu program yang dapat membantu negara

memenuhi keperluan tenaga manusia dengan melatih serta mendedahkan para

Page 20: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

2

pelajar kepada suasana perindustrian. Jika dilihat sejarah pendidikan di

Malaysia, di dalam Penyata Raman Talib 1960 dan Akta Pelajaran 1961, di

antara penekanan kepada Pendidikan Teknik dan Vokasional adalah untuk

memenuhi keperluan tenaga mahir. Aspirasi negara ini telah direalisasikan

dengan terlaksananya satu Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) yang

bernaung di bawah Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional pada tahun

2002. Mohd. Salleh (1998) menyatakan juga, “oleh sebab dasar pendidikan

sekarang lebih menitikberatkan kepada bidang pendidikan sains dan teknologi,

maka Kementerian Pendidikan Malaysia memberatkan agar generasi baru

pada hari ini lebih menumpukan bidang tersebut daripada bidang sastra”.

Berdasarkan senario pendidikan negara dan hasrat negara ke arah

negara perindustrian, satu sistem pendidikan teknik dan vokasional telah

diwujudkan bagi tujuan pembangunan sumber manusia di kalangan pelajar

yang cemerlang, sederhana mahupun yang lemah dalam bidang akademik

mereka . Secara amnya Mata Pelajaran Vokasional (MPV) ini merupakan satu

program yang berfungsi sebagai persediaan awal negara di dalam

menyediakan guna tenaga bagi memenuhi keperluan negara dalam sektor

perindustrian .

Dengan sokongan padu yang diberikan oleh kerajaan terhadap mata

pelajaran vokasional ini terdapat bukti kukuh yang menunjukkan bahawa

pendidikan vokasional ini telah menjadi satu keperluan yang begitu mendesak

bagi melahirkan tenaga kerja yang benar-benar berkemahiran. Jika dilihat dari

segi program pendidikan , kebanyakan Negara Industri Baru (NIB) di Asia

Timur memberi penekanan yang lebih kepada pendidikan sains, teknikal dan

vokasional. Senario masyarakat di Malaysia yang menganggap pendidikan

teknik dan vokasional adalah berkaitan dengan pekerjaan kolar biru haruslah

ditinggalkan memandangkan keadaan di negara –negara membangun seperti di

Taiwan membuktikan bahawa pekerja yang bergaji lumayan terdiri daripada

pekerja perpendidikan vokasional.

Page 21: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Pembangunan ekonomi sesebuah negara itu berkait rapat dengan

pembangunan sumber manusia yang dilaksanakan oleh negara tersebut.

Negara Malaysia adalah di dalam proses menuju keperingkat pembangunan

ekonomi berteraskan industri dan teknologi, maka segala harapan untuk

mencapai matlamat tersebut adalah terletak pada peranan yang dimainkan oleh

bidang pendidikan teknik dan vokasional.

Menurut Sharil (1999), “Hanya melalui kebolehan, kemahiran dan

daya usaha rakyatnya sahaja sesebuah negara boleh menjadi maju. Oleh itu

apa yang perlu dilakukan adalah menumpukan sepenuh perhatian kepada

pembangunan sumber tenaga manusia terutama dalam bidang vokasional dan

teknikal”. Berdasarkan kepada Reformasi Pendidikan yang berlaku di sekitar

1982, apa yang perlu dilakukan oleh sistem pendidikan adalah untuk

memenuhi tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Menurut Laporan

RM8, Kementerian Pendidikan (2000), berpandukan kepada Piagam

Pelanggan Kementerian Pendidikan Malaysia ke –8, memastikan agar

kementerian sentiasa peka dan responsif kepada kehendak –kehendak dan

keperluan pelanggan-murid, guru, masyarakat dan negara/kerajaan. Jadi di

sini adakah pihak sekolah benar-benar berpandukan kepada masyarakat di

luar sekolah atau masyarakat setempat di dalam mewujudkan mata pelajaran

vokasional

( MPV) di sekolah yang boleh membekalkan tenaga kerja untuk

menghasilkan produk bagi kegunaan masyarakat setempat di masa akan

datang?

Menurut Fayol ( dalam Zaidatul Akmaliah Lope Pihie,1998) kaedah

saintifik dalam pengurusan dapat meningkatkan produktiviti dan organisasi

yang kompleks dapat diurus dengan baik dan sistematik. Kejayaan sesebuah

organisasi seperti organisasi sekolah boleh dicapai melalui perancangan yang

baik,pengelolaan arahan, penyelarasan dan kawalan yang betul. Oleh itu

pengetua sekolah yang mengamalkan prinsip pengurusan Fayol, dapat

Page 22: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

4

mengarahkan pelajar-pelajar untuk bekerjasama dan mengikuti mata pelajaran

yang ditawarkan oleh pihak sekolah. Bagi memastikan terdapatnya

keselarasan tujuan, pelajar-pelajar yang terdapat dalam organisasi sekolah

hendaklah melaksanakannya atau mengikuti matapelajaran yang ditawarkan

agar mempunyai tujuan yang sama dengan pentadbir sekolah dengan

menggunakan perancangan yang telah ditentukan. Dapatlah dilihat , adakah

pihak pentadbir sekolah telah menyediakan satu garis panduan yang patut

diikut dalam menentukan siapakah pelajar yang patut mengikuti Mata

Pelajaran Vokasional (MPV) yang ditawarkan di sekolah tersebut. Adakah

pemilihan pelajar tersebut berdasarkan pencapaian akademik di peringkat

PMR?

Bagi menentukan pendidik yang mengajar Mata Pelajaran Vokasional

ini, berkualiti, pihak maktab dan universiti telah menyediakan latihan-latihan

yang menjurus ke arah kemahiran yang diperlukan dalam mata pelajaran

tersebut secara intensif. Bagi rancangan masa panjang beberapa buah maktab

dan institusi pengajian tinggi di negara ini telah mengeluarkan produknya

untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran MPV di sekolah-sekolah .

Di antara institusi-institusi pengajian tinggi yang terlibat dengan giatnya

adalah Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn, Universiti Teknologi

Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Kolej Teknikal Kebangsaan

Malaysia. Benarkah tenaga pengajar berkualiti menyebabkan pelajar begitu

yakin untuk mengikuti matapelajaran tersebut.

Duda dan Hann, (1993) dalam Mohd. Sofian (2002) menyatakan

bahawa ibu bapa juga menentukan sasaran kepada anak-anak untuk mencapai

kejayaan dan matlamat yang cemerlang kepada anak-anak mereka. Untuk

mempastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran seterusnya dapat memilih

kerjaya yang sesuai, ibu bapa sering membantu anak-anak dalam memilih

matapelajaran elektif yang sesuai, apa yang perlu dipelajari oleh anak-

anaknya. Adakah ini benar-benar berlaku dalam pemilihan mata pelajaran

vokasional (MPV) yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan dua

tahun yang lalu?

Page 23: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

5

1.3 Pernyataan Masalah

Melalui program mata pelajaran vokasional (MPV) ini pelajar-pelajar

yang

mengambil elektif-elektif yang ditawarkan diharap dapat menerima dan

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari dalam bidang

yang relevan untuk membolehkan mereka berusaha mendapatkan pekerjaan,

memulakan satu perniagaan atau dapat meneruskan latihan ke peringkat yang

lebih tinggi. Bagi mempastikan pelajar di sekolah akademik berpeluang

mengikuti latihan bercorak vokasional ini, mereka telah diperkenalkan dengan

matapelajaran berkaitan, yang pemilihan pelajarnya bergantung kepada

beberapa faktor tertentu.

Bagi sesebuah institusi sekolah yang ingin melihat kejayaannya, ianya

boleh disaksikan dengan melihat keputusan peperiksaan terakhir iaitu

pencapaian para pelajar yang telah dididik atau dihasilkan. Pencapaian dan

kemajuan pelajar tersebut dilihat melalui pencapaian kurikulum di sekolah

tersebut. Setiap sekolah mempunyai strategi tersendiri dalam memilih pelajar-

pelajarnya bagi mengikuti sesuatu aliran yang ditawarkan dengan tujuan untuk

mencapai kejayaan yang dibanggakan dalam bidang kurikulum. Terdapat

beberapa faktor yang telah dijadikan kriteria dalam memilih pelajar-pelajar

mengikuti mata pelajaran vokasional (MPV) khususnya. Faktor-faktor

pemilihan pelajar yang biasa diamalkan di sekolah sedikit sebanyak akan

membawa kepada kecemerlangan pencapaian pelajar-pelajar tersebut. Oleh

itu satu kajian perlu dijalankan untuk mengetahui adakah faktor-faktor

masyarakat di sekitar sekolah, pentadabir, guru dan ibu bapa mempengaruhi

pelajar dalam memilih mata pelajaran vokasional (MPV) yang telah

dilaksanakan di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Page 24: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN … · Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, pengetua-pengetua ,guru-guru dan

6

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi beberapa objektif yang hendak dicapai bagi

mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar –pelajar tingkat 4

milih MPV sebagai mata pelajaran pilihan. Di antara objektif –objektif kajian

ini adalah:

i. Mengenalpasti faktor masyarakat luar dalam pemilihan pelajar

mengikuti matapelajaran vokasional ( MPV) disekolah.

ii. Mengenalpasti sama ada pihak pentadbir meletakkan garispanduan

(keputusan Kemahiran Hidup PMR) dalam menentukan pemilihan

pelajar untuk mengikuti matapelajaran (MPV).

iii. Menggenalpasti sama ada faktor guru yang berkualiti iaitu mahir

mengajar dalam bidang yang diajarnya telah mendorong pelajar untuk

mengikuti matapelajaran vokasional (MPV) di sekolah.

iv. Mengenalpasti sama ada ibu bapa terlibat di dalam menentukan anak-

anak mereka untuk mengikuti matapelajaran vokasional (MPV) di

sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan agar pengkaji dapat menghuraikan beberapa

persoalan yang timbul berhubung dengan pemilihan pelajar-pelajar untuk

mengikuti mata pelajaran vokasional ( MPV). Di antara persoalan yang akan

dikaji adalah:

i Adakah faktor masyarakat luar mempengaruhi pelajar memilih

matapelajaran vokasional ( MPV).?

ii Adakah faktor pentadbir mempengaruhi pelajar dalam pemilihan mata

pelajaran vokasional di sekolah?

iii Adakah faktor guru telah mempengaruhi pelajar dalam memilih mata

pelajaran vokasional (MPV)?

iv Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi pelajar dalam memilih mata

pelajaran vokasional ( MPV)?