kajian mengenai faktor-faktor pemilihan ke · pdf filelaporan projek ini dikemukakan sebagai...

24
KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PELAJAR MATRIKULASI KE UNIVERSITI TEMPATAN ( IPTA ) DAN KURSUS PENDIDIKAN. NORZIHA BINTI JUSOH UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuminh

Post on 05-Mar-2018

279 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN

PELAJAR MATRIKULASI KE UNIVERSITI TEMPATAN

( IPTA ) DAN KURSUS PENDIDIKAN.

NORZIHA BINTI JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar
Page 3: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar
Page 4: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

i

KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN PELAJAR MATRIKULASI

KE UNIVERSITI TEMPATAN ( IPTA ) DAN KURSUS PENDIDIKAN.

NORZIHA BINTI JUSOH

Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan ( Matematik ).

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 5: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar
Page 6: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

iii

Teristimewa buat :

Bonda tercinta, Yas Binti Teh yang telah banyak melakukan pengorbanan

demi kejayaanku.

Ayahanba tersayang, Jusoh Bin Mat Ain yang telah pergi ke

Rahmatullah….Semoga Tuhan memberkati segala jasa yang telah

dicurahkan.

Abang-abangku, Zulkifli Bin Jusoh dan Mohd Sabri Bin Jusoh yang

sentiasa melindungiku.

Kakak-kakakku, Maznah Bin Jusoh, Munah Bin Jusoh dan Noraini Bin

Jusoh yang memberi perangsang dalam diri ini.

Terima kasih di atas kasih sayang kalian semua.

Page 7: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

iv

PENGHARGAAN

Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas yang tidak terhingga kepada

pembimbing Projek Sarjana Muda ini iaitu Prof. Madya Dr. Mohammad Yusof bin

Arshad di atas segala tunjuk ajar, perbincangan serta nasihat pakar yang beliau berikan

tanpa berasa jemu di sepanjang tempoh penulisan projek ini sehingga berjaya disiapkan.

Penulis amat terhutang budi kepada Tuan Haji Mustaffar bin Musa selaku Ketua

Jabatan Matematik di Kolej Matrikulasi Tangkak dan Encik Azman bin Abdul Rahman

selaku Pegawai Kaunseling di Kolej Matrikulasi Melaka kerana banyak berjasa dalam

usaha menjalankan kajian. Tidak lupa juga kepada pelajar-pelajar Matrikulasi Johor

dan Melaka, penulis ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama

dan meluangkan masa untuk menjawab soal-selidik yang diedarkan.

Akhir sekali, penulis ingin megucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga dan

rakan-rakan yang membantu secara tidak langsung dalam menjalankan penyelidikan.

Sokongan dan dorongan yang diberikan secara berterusan amatlah dihargai.

Sekali lagi, ucapan terima kasih yang tidak terhingga untuk semua pihak di atas

segala bantuan dan nasihat yang dicurahkan. Jasa kalian tidak akan dilupakan.

Page 8: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar matrikulasi ke

universiti tempatan dan faktor-faktor pemilihan mereka ke kursus pendidikan di

universiti. Dalam usaha menjalankan kajian, seramai 200 orang pelajar daripada Kolej

Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi Melaka dipilih secara rawak. Satu set soal

selidik yang mengandungi 50 soalan diedarkan kepada responden dan dianalisis

menggunakan SPSS versi 11.0. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan pelajar ke

universiti bergantung kepada kursus yang ditawarkan di universiti diikuti oleh pengaruh

lepasan universiti dan pengaruh ibubapa. Sementara itu, faktor pemilihan pelajar ke

kursus pendidikan adalah kerana kerjaya guru lebih terjamin berbanding kerjaya lain,

ingin menyampaikan ilmu pengetahuan dan sukakan cabaran. Terdapat beberapa

cadangan yang turut disertakan untuk membantu mengatasi situasi ini.

Page 9: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

vi

ABSTRACT

The purpose of this research was to investigate the matriculation students’ choice to

local universities and their choice to the education programmes at the universities. In

attempt to answer this question, two hundred of students at Kolej Matrikulasi Johor and

Kolej Matrikulasi Melaka were selected as random. A set of questionnaire that

consisted of 50 question was given to the respondents and were analyzed using SPSS

version 11.0. The result shows that the student choice to the university depended on the

course offered by those university followed by the influence of former graduate and

their parents. Meanwhile, the main factors of students’ choice into education

programmes are teaching profession is more guaranted for a job than another career,

interested in teaching and likes challenges. Few suggestions have been given that may

help to alleviate the situation.

Page 10: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Borang Pengesahan

Pengesahan Penyelia

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Lampiran xii

1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Definisi Operasi 8

1.8 Batasan Kajian 9

2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 10

2.2 Faktor Pemilihan Pelajar ke Universiti Dari Aspek

2.2.1 Sumber Maklumat 11

Page 11: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

viii

2.2.2 Reputasi Universiti 13

2.2.3 Kos 15

2.3 Kesimpulan 17

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 18

3.3 Sampel Kajian 19

3.4 Instrumen Kajian 19

3.5 Kajian Rintis 20

3.6 Analisis Data 20

3.7 Andaian 21

3.8 Pengumpulan Data 21

4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 22

4.2 Latar Belakang Responden

4.2.1 Jantina dan Umur 23

4.2.2 Negeri Asal 23

4.2.3 Jenis Sekolah di Peringkat SPM 24

4.2.4 Kelayakan Akademik 25

4.2.5 Tahap Pendidikan Ibubapa 25

4.2.6 Pendapatan Keluarga 26

4.3 Pemilihan Universiti

4.3.1 Pilihan Universiti Awam Mengikut Keutamaan 28

4.3.2 Alasan Memilih sesuatu IPTA sebagai

pilihan pertama 29

4.3.3 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Jantina 32

4.3.4 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Negeri Asal 33

Page 12: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

ix

4.3.5 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Institut Pengajian 34

4.3.6 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Jenis Sekolah 35

4.3.7 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Keputusan SPM 36

4.3.8 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Tahap Pendidikan Ibubapa 37

4.3.9 Pemilihan Universiti Pilihan Pertama

Mengikut Pendapatan Keluarga 38

4.4 Reputasi UTM Mengikut Pelajar Matrikulasi 40

4.5 Faktor-faktor Pemilihan Pelajar ke Universiti 41

4.6 Tanggapan Pelajar Matrikulasi terhadap Imej

Universiti yang Baik 45

4.7 Faktor-faktor Pemilihan Pelajar ke Kursus Pendidikan 47

4.8 Penutup 49

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 50

5.2 Perbincangan

5.2.1 Faktor-faktor pelajar memilih sesebuah universiti 51

5.2.2 Tanggapan pelajar terhadap imej sesebuah

universiti yang baik 52

5.2.3 Faktor pelajar ingin memasuki kursus pendidikan

di universiti 53

5.3 Rumusan 55

5.4 Cadangan 56

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57

5.5 Penutup 58

BIBLIOGRAFI 59

Page 13: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

x

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

Kandungan soal selidik 19

Darjah Persetujuan Item / Skala Likert 20

1 Peratus Sampel Mengikut Jantina 23

2 Peratus Sampel Mengikut Negeri Asal 24

3 Peratus Sampel Mengikut Jenis Sekolah

di Peringkat SPM 25

4 Peratus Sampel Mengikut Kelayakan Akademik

Responden 25

5 Peratus Sampel Mengikut Tahap Pendidikan Ibubapa 26

6 Peratus Sampel Mengikut Pendapatan Keluarga 27

7 Jumlah dan Peratus Responden Memilih Universiti

Mengikut Keutamaan 28

8 Alasan Responden terhadap Pemilihan Universiti 29

9 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Jantina 32

10 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Negeri Asal 33

11 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Institut Pengajian 35

12 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Jenis Sekolah 36

13 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Keputusan SPM 37

14 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Tahap Pelajaran Ibubapa 38

Page 14: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

xi

15 Jumlah Responden Memilih Universiti Pilihan

Pertama Mengikut Pendapatan Keluarga 39

16 Jumlah dan Peratus Responden yang Menjawab

Soalan Berkaitan Reputasi UTM 40

17 Faktor-faktor pemilihan pelajar ke universiti 41

18 Tanggapan Pelajar terhadap Imej Universiti yang Baik 45

19 Jumlah dan Peratus Responden yang Menjawab

Soalan Mengenai Kursus Pendidikan 47

Page 15: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Soal Selidik 60

B Surat Kebenaran EPRD 67

C Pengesahan Pelajar 68

Page 16: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Universiti sebagai sebuah pusat pengajian tinggi memainkan peranan penting

dalam menjana dan mencerna ilmu serta melahirkan para ilmuan yang progresif. Ia

turut memberi sumbangan dalam memperkayakan khazanah ilmu sesebuah negara

kerana di situlah berkumpulnya para ilmuan dalam pelbagai bidang. Produk universiti

seperti lulusannya, penemuan, dan inovasi yang dihasilkan adalah input kepada

ekonomi yang memajukan negara. Universiti juga tempat di mana idea dipupuk yang

seterusnya menjadikan universiti bijak mengurus ilmu dan semua perkara yang

berkaitan dengannya.

Menurut Abdul Halim Othman ( 1982 ), terdapat tiga peranan penting yang

dipegang oleh universiti-universiti di Malaysia iaitu dalam bidang ekonomi, sosio-

budaya dan perkembangan individu. Sumbangan yang besar dalam bidang ekonomi

adalah didapati daripada golongan yang disebut “ tenaga manusia peringkat tinggi ”.

Mereka ini termasuklah kakitangan kelas ikhtisas yang telah mendapat latihan-latihan

lanjutan dan pengkhususan. Sementara itu juga, kestabilan sosio-budaya turut

dititikberatkan oleh universiti disebabkan oleh majoriti masyarakat Malaysia adalah

beragama Islam. Dengan ini, kegentingan masalah-masalah sosial seperti pembunuhan,

Page 17: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

2

penculikan, penagihan dadah, pelacuran dan seumpamanya dapat diatasi. Universiti

bukan sahaja dianggap sebagai tempat penyampaian ilmu pengetahuan dan

penyelidikan semata-mata, tetapi juga sebagai alat untuk membentuk peribadi individu

ke arah sikap yang dinamik dan sempurna demi kepentingan negara dan rakyat.

Konteks-konteks dalam kuliah misalnya adalah untuk memupuk sikap berdikari, jujur,

bertanggungjawab, kritis dan sebagainya.

Seperti yang telah diketahui, Malaysia mempunyai 16 Institut Pengajian Tinggi

Awam ( IPTA ) yang menyediakan pelbagai peluang kepada para pelajar untuk

menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Universiti-universiti

tersebut ialah Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ), Universiti Sains Malaysia

( USM ), Universiti Malaya ( UM ), Universiti Putra Malaysia ( UPM ), Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ), Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS ),

Universiti Malaysia Sabah ( UMS ), Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia

( KUSTEM ), Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), Universiti Teknologi Mara

( UiTM ), Kolej Universiti Institut Teknologi Tun Hussein Onn ( KUITTHO ),

Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI ), Universiti Utara Malaysia ( UUM ), Kolej

Universiti Islam Malaysia ( KUIM ), Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia

( KUKUM ), dan Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia ( KUKTEM ).

Salah satu kursus yang ditawarkan di IPTA ialah kursus perguruan. Namun,

hanya sebilangan IPTA sahaja yang manawarkan kursus perguruan seperti UPSI, UTM,

UKM, UM, UPM, USM, UIAM, dan KUITTHO. Kursus tersebut bertujuan untuk

menghasilkan guru-guru yang cekap, berwibawa dan mampu berkhidmat kepada

masyarakat. Di Malaysia, pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk

masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Seseorang yang berilmu pengetahuan sering

dipandang tinggi martabatnya kerana ilmu dapat mentransformasikan manusia daripada

bebal kepada cerdik, buta huruf kepada berpelajaran dan serba kekurangan kepada

sempurna, baik dalam kebendaan mahupun dalam kerohaniannya. Bangsa yang berjiwa

besar, mempunyai wawasan tinggi serta dapat meningkatkan martabatnya ke mercu

Page 18: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

3

kejayaan dan kecemerlangan adalah bangsa yang berilmu pengetahuan, sentiasa

mengejar ilmu untuk kemajuan sama ada bagi diri mahupun masyarakat dan negara.

Universiti bertanggungjawab melahirkan golongan pendidik yang berkualiti

dari segi peribadi, profesional, sosial, dan amalan tingkah laku serta berupaya mencapai

kecemerlangan pendidikan untuk pengigihan tuntutan wawasan pendidikan dalam abad

ke-21. Manakala, guru pula berperanan dalam merealisasikan matlamat Kementerian

Pelajaran Malaysia meliputi banyak aspek iaitu pembangunan, kesihatan, kewangan,

dan sebagainya. Dengan itu, seseorang yang mencebur bidang perguruan haruslah

betul-betul meminati profesion terbabit dan mempunyai jiwa seorang pendidik.

Dalam memilih universiti yang ingin dipohon, terdapat beberapa faktor yang

diambilkira mengikut persepsi pelajar. Antaranya adalah seperti jenis kursus yang

ditawarkan di universiti berkenaan, reputasi akademiknya, persekitaran kampus, kualiti

staf, jenis universiti, jarak universiti daripada rumah, nasihat keluarga, pengaruh kawan,

kos termasuk yuran pengajian dan sebagainya. Faktor-faktor yang disenaraikan

mungkin mempengaruhi kecenderungan pelajar dalam memilih universiti yang

dirasakan paling bagus bagi dirinya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Sebagaimana dalam organisasi lain, universiti juga memerlukan perancangan

strategi yang tersendiri. Walaupun pada dasarnya objektif utama sesebuah universiti

ialah memberikan perkhidmatan sosial dan melahirkan graduan yang cemerlang dalam

pelbagai bidang pengajian, namun ianya tidak boleh melupakan persaingan dan

ancaman daripada unsur-unsur luar. Seandainya sesebuah universiti tidak memikirkan

perkara yang berkaitan dengan ancaman itu, kemungkinan universiti tersebut akan

menghadapi masalah dari segi kemerosotan kemasukan pelajar, kualiti dan produktiviti

Page 19: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

4

menurun, pencapaian akademik pelajar lemah, peluang pelajar untuk mendapat

pekerjaan susah, reputasi di peringkat global jatuh dan pelbagai lagi masalah yang akan

dihadapi.

Hanya universiti yang terbaik sahaja yang akan menjadi pilihan seseorang

pelajar bagi menyambung pengajiannya. Dengan ini, pemilihan sebelum ke peringkat

pengajian tinggi dibuat dan diselidik terlebih dahulu bagi mendapatkan keputusan

terbaik untuk ke mana-mana universiti. Kebiasaannya, pengaruh daripada ibubapa,

saudara-mara, guru dan masyarakat akan memaksa pelajar membuat keputusan tanpa

menyelidik terlebih dahulu sama ada universiti terbabit adalah bagus ataupun tidak dari

segi reputasinya ( Brooks, 2002 ). Universiti yang mencerminkan reputasi yang bersih

seperti mempunyai kualiti staf yang bagus, pentadbiran yang cekap, mementingkan

kebajikan pelajar dan mampu mengeluarkan graduan yang bermutu adalah universiti

yang sepatutnya dipilih ( Ahmad Zaharudin Idrus, 2001 ). Seandainya pelajar memilih

keputusan yang malang, ini secara tidak langsung akan menjejaskan pembelajarannya di

universiti itu nanti.

Namun, tidak dinafikan bahawa ada juga sesetengah pelajar yang memilih

universiti berdasarkan pengiklanan dan promosi yang dijalankan bertujuan untuk

aktiviti pemasaran ( Goldgehn, 1989 ). Universiti yang aktif menjalankan aktiviti

pemasaran tetapi kurang bagus prestasinya juga akan dapat menarik kemasukan pelajar

( ED Cerny, 1992 ). Ini kerana kurangnya pengetahuan pelajar mengenai universiti-

universiti yang ada sekarang akan menjadikan pelajar-pelajar mudah tertarik dengan

promosi-promosi sebegini. Ketidaksungguhan pelajar dalam mendapatkan sumber-

sumber maklumat yang boleh dipercayai akan menyebabkan pelajar memilih universiti

yang tidak mampu memberikan khidmat yang bagus untuk dirinya.

Begitu juga dengan kesesuaian pemilihan kursus-kursus yang ditawarkan di

IPTA sama ada kursus perguruan, perubatan, kejuruteraan, pengurusan dan

seumpamanya. Jika dilihat pada masa kini, kursus perguruan menjadi tumpuan setelah

majoriti pelajar tidak berjaya mendapat kerjaya yang benar-benar diingini oleh mereka.

Page 20: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

5

Namun, terdapat segelintir pelajar yang masih mengagungkan kerjaya ini dan

bersungguh-sungguh untuk mengikuti kursus perguruan di mana-mana universiti yang

dipilih ( Hassan Langgulung, 1984 ). Sifat ingin berbakti kepada masyarakat dan

negara sebagai seorang pendidik sudah berkurangan jika dibandingkan dengan zaman

dahulu yang mana kerjaya guru merupakan satu bidang yang sungguh mulia.

Kini, sesuatu landasan yang kukuh untuk berpijak menuju ke arah keperibadian

kebangsaan masih lagi tercari-cari. Akta Pendidikan 1996 juga telah memberi

peruntukan penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS ). Senario masa kini

menunjukkan wujudnya persaingan yang sengit di antara Institut Pengajian Tinggi

Awam ( IPTA ) dengan IPTS dalam mendapatkan calon atau pelajar. Secara umumnya,

menurut Mohd Salleh Lebar ( 2002 ), kebanyakan pelajar Melayu telah diterima masuk

ke IPTA sementara pelajar bukan Melayu memasuki IPTS. Begitu juga dengan

persaingan IPTS yang menjalankan program berkembar dengan universiti terkemuka

luar negara. Dengan wujudnya persaingan-persaingan yang sihat sebegini, universiti-

universiti perlu lebih berusaha untuk menarik kemasukan pelajar ke universiti mereka.

1.3 Pernyataan Masalah

Cabaran hari ini terhadap universiti adalah persaingan antara sesama IPTA itu

sendiri. Masing-masing ingin menarik kemasukan pelajar ke universiti mereka melalui

pelbagai cara. Persoalannya, adakah ibubapa, saudara-mara, guru, kawan-kawan dan

masyarakat mempengaruhi keputusan pelajar mengenai pendidikan dan masa depan

mereka? Sekiranya keputusan yang dibuat turut mengambilkira tentang imej atau

reputasi sesebuah universiti, maka pilihan tersebut adalah lebih baik. Dan,

bagaimanakah tanggapan pelajar terhadap imej universiti yang baik?

Page 21: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

6

Adakah Hari Terbuka Universiti, kunjungan ke sekolah-sekolah, dan iklan di

suratkhabar turut menjadi faktor pemilihan pelajar ke universiti? Adakah taktik

universiti ini berjaya melariskan pemasaran mereka? Maklumat yang diterima

adakalanya tidak relevan dan sekiranya pelajar tersilap membuat pemilihan, pelajar

mungkin akan mengalami masalah di pertengahan semester seandainya universiti

tersebut tidak mampu memberikan khidmat yang terbaik.

Setiap kursus yang dipilih mestilah sesuai dengan jiwa pelajar, namun jika

dilihat sekarang, terdapat ramai pelajar yang menyerahkan keputusan untuk memilih

sama ada kursus atau universiti di tangan orang lain. Adakah pelajar yang memilih

kursus perguruan mempunyai minat dan kesungguhan untuk menjadi seorang pendidik

atau terpengaruh dengan perkara lain? Pelajar tidak dapat memberikan komitmen yang

tinggi sekiranya tidak berminat dengan kursus yang dipilihnya.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1) Mengkaji faktor-faktor utama pemilihan pelajar matrikulasi ke universiti.

2) Mengkaji persepsi pelajar mengenai imej universiti yang baik.

3) Mengkaji faktor-faktor pemilihan pelajar ke kursus pendidikan.

Page 22: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan, kajian ini menjawab soalan-

soalan berikut :

1) Apakah faktor-faktor pelajar memilih sesebuah universiti ?

2) Apakah tanggapan pelajar mengenai imej universiti yang baik ?

3) Apakah faktor-faktor pemilihan pelajar ke kursus pendidikan di universiti ?

1.6 Kepentingan Kajian

Institut Pendidikan Tinggi Awam perlu mengetahui apakah faktor-faktor

pemilihan pelajar ke universiti kerana ianya penting dalam mengekalkan kualiti dan

mutu IPTA berkenaan. Kemasukan pelajar yang meningkat akan memberikan

sumbangan ekonomi yang besar terhadap universiti itu.

Bagi menarik tarikan pelanggan iaitu pelajar, universiti haruslah terlebih dahulu

mengetahui kehendak mereka melalui pelbagai kaedah dan di antaranya ialah dengan

meminta pendapat serta pandangan pelajar mengenai universiti yang baik. Justeru itu,

kajian ini dibuat bagi mengenalpasti ciri-ciri universiti yang menjadi pilihan serta

apakah inisiatif yang diambil oleh pelajar dalam membuat keputusan untuk

menentukan masa depan masing-masing. Jelas bahawa keputusan kajian penting untuk

memberikan penjelasan yang sebenar tentang sejauh mana faktor-faktor yang

dikenalpasti mempengaruhi pelajar dalam memilih universiti.

Selain itu juga, kajian ini diharapkan dapat mengetahui sama ada pelajar-pelajar

yang ingin mengikuti kursus perguruan betul-betul berminat dalam bidang tersebut

ataupun tidak. Ini adalah berguna kepada fakulti pendidikan dalam usaha untuk

Page 23: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

8

melahirkan seorang guru yang mantap dan sememangnya mempunyai jiwa sebagai

seorang pendidik. Semoga dengan gambaran yang diberi, pihak atasan lebih sensitif

dan sedar akan tahap kesungguhan pelajar dalam membuat keputusan untuk mengikuti

kursus ini.

1.7 Definisi Operasi

Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan

atau menerangkan maksud perbendaharaan kata yang hendak disampaikan oleh

penyelidik seperti :

1.7.1 Faktor.

Faktor yang dimaksudkan oleh penyelidik ialah sebab-sebab atau punca yang

menjadikan sesuatu universiti itu sebagai satu pilihan oleh pelajar.

1.7.2 Universiti.

Dalam kajian ini, universiti ialah semua Institut Pengajian Tinggi Awam

( IPTA ) yang menjadi tumpuan para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke tahap

yang lebih tinggi.

1.7.3 Pelajar.

Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah mereka yang menerima

pendidikan secara formal di Kolej Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi Melaka.

Page 24: KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN KE · PDF fileLaporan Projek ini Dikemukakan sebagai Memenuhi Sebahagian ... Kajian ini bertujuan untuk melihat faktor-faktor pemilihan pelajar

9

1.8 Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan dibahagikan kepada :

1) Pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Johor pada sesi pengajian 2005/2006 di

Tangkak, Johor.

2) Pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Melaka pada sesi pengajaran 2005/2006 di

Masjid Tanah, Melaka.