faktor-faktor pemilihan jodoh di kalangan … · 4.4 bilangan responden mengikut tahap 47 pengajian...

29
FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vonhan

Post on 30-Apr-2019

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA

ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN

MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN

JUDUL :

SESI PENGAJIAN : 2003/2004

Saya MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )

SULIT

√ TIDAK TERHAD

TERHAD

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)Alamat Tetap :

16250 WKF BHARU, KELANTAN.

DR SELMAH BIN AHMAD Nama Penyelia

Tarikh : 11 Mac 2004 Tarikh : 11 MAC 2004

CATATAN : * ** ♦

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

LOT 3033 TMN NADIRA, JLN DUSUN LANGGAR,

Page 3: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : DR. SELMAH BINTI AHMAD

Tarikh : 11 MAC 2004

Page 4: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN MAHASISWA

ISLAM UTM. SATU KAJIAN TERHADAP PELAJAR PROGRAM KHAS

PENSISWAZAHAN GURU (PKPG), FAKULTI PENDIDIKAN

MUNYRATUL HIDAYAH BINTI MOHAMED

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2004

Page 5: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Munyratul Hidayah Binti Mohamed

Tarikh : 11 Mac 20

Page 6: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

iii

Dedikasi

Teristimewa Untuk bondaku Latifah Binti Ismail,

Selautan kasih dan sayang kutitipkan untukmu ..

Berkat doa dan doronganmu ku berada ditahap ini..

Segala pengorbanan dan curahan kasihmu takkan terbalas olehku..

Untuk Ayahandaku Mohamed Bin Abdul Samat, moga rohmu tenang bersemadi di sana dan

ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh

Untuk kekanda-kekandaku yang dikasihi:

Jawahir Bt. Mohamed, Allahyarham Ahmad Zuki B. Mohamed (semoga rohmu dicucuri

rahmat), Bunyamin B. Mohamed, Syukriah Bt. Mohamed, Mohd Suhaimi B. Mohamed,

Kamsah Mohamed, Mohd Saifudin B. Mohamed, Khuzaimah Bt. Mohamed, Ahmad Kamalu

Arridzuan B. Mohamed, Norhayati Bt. Mohamed, Mohd Asri B. Mohamed, Mohd Khairul

Azman B. Mohamed dan Mohd Nasrudin B. Mohamed.

Sekalung penghargaan atas jasa & bantuan kalian serta perhatian yang diberikan untuk

adindamu ini sepanjang pengajianku..

Untuk anak-anak saudaraku…

Teruskan perjuangan kalian untuk megejar cita-citamu..

Buat pensyarah-pensyarah..

Sekalung penghargaan di atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang telah dicurahkan untukku..

Istimewa buat sahabat-sahabatku yang disayangi,

Terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian, semoga kita terus tabah meneruskan

perjuangan ini..

Page 7: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

iv

PENGHARGAAN

لرحيمبسم اهللا الرحمن ا

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia

dan inayah daripadaNya dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

ini dengan jayanya.

Penghargaan yang tidak terhingga ditujukan khas buat Dr. Selmah binti

Ahmad selaku penyelia projek ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan

bimbingan dalam proses menyiapkan projek ini. Penghargaan ini juga saya tujukan

kepada pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Fakulti

Pendidikan yang memberikan kerjasama kepada saya dalam menyiapkan projek ini.

Tidak lupa juga kepada keluarga yang sentiasa memberikan sokongan agar

saya terus bersemangat dan tabah untuk meneruskan perjuangan saya di UTM ini.

Ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut menghulurkan

bantuan dan kerjasama sepanjang proses menyiapkan projek ini.

Buat akhirnya ucapan terima kasih juga dihulurkan kepada semua pihak yang

terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek saya

ini. Semoga Allah S.W.T memberikan ganjaran yang setimpal di atas segala jasa baik

kalian. Semoga projek ini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

Page 8: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

v

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor pemilihan jodoh di

kalangan pelajar Islam UTM. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah

seramai 80 orang pelajar daripada Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Instrumen bagi kajian ini adalah

menggunakan set soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian A

bertujuan untuk mengetahui mengenai latar belakang responden yang merangkumi

jantina, status dan umur. Bahagian B pula merangkumi pendapat pelajar tentang

faktor-faktor pemilihan jodoh, cara pemilihan pasangan dan pendapat pelajar tentang

cinta sebelum atau selepas kahwin. Data yang diperolehi telah dianalisis

menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk mencari

kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian ini, penyelidik mendapati

keseluruhan responden masih memilih pasangan berdasarkan kepada syariat Islam.

Di samping itu, faktor-faktor lain seperti usia, kematangan, pendidikan, pekerjaan

dan bangsa turut mempengaruhi dalam soal pemilihan jodoh mereka. Berkenaan

dengan cara pemilihan jodoh, hampir keseluruhan responden lebih suka memilih

sendiri pasangan hidup mereka. Mereka juga berpendapat bahawa cinta selepas

kahwin itu lebih baik daripada cinta sebelum kahwin dan lebih menjamin

kebahagiaan rumahtangga. Dalam kajian ini juga, penyelidik telah mengemukakan

beberapa cadangan berkaitan dengan soal pemilihan jodoh dan cadangan untuk

kajian lanjutan.

Page 9: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

vi

ABSTRACT

This research is a research survey on the factors that influence in choosing

partner among the muslim’s student at Universiti of Technology Malaysia. Data were

obtained from 80 respondents that were randomly picked from ‘Program Khas

Pensiswazahan Guru (PKPG)’, Faculty of Education, Universiti Of Technology

Malaysia students. One set of questionnaire was distributed to collect data for this

research which divided into two section, section A and section B. Section A was

used to identify the respondents background like age, gender, status of marriage, and

course. While the section B was used to measure the respondent’s perception about

the factors in choosing partner and method in choosing partner. In addition, this

section also was used to identify the respondent’s perception about love before and

after married. The data was analyzed by using the ‘Statistical Package for Social

Science’ (SPSS). The finding’s of this research shows the factors in choosing partner

are based on Islamic Syariah, while the other factors are based on age (83.75%),

maturity (97.5%), level of education (90.0%) , occupation (70%) and race (61.25%).

The findings also show that the majority of the respondents will choose their partner

by themselves as the best method in choosing partner, while most of the respondents

agree with love after married is better than love before married. Finally, researcher

has included the suggestion about the choosing partner and for future research.

Page 10: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

SENARAI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

viii

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Pemilihan 10

1.8.2 Jodoh 10

1.8.3 PKPG 10

1.9 Kesimpulan 11

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 12

2.2 Definisi Perkahwinan 12

2.3 Hukum Berkahwin 13

2.3.1 Wajib 13

2.3.2 Sunat 14

2.3.3 Makruh 14

2.3.4 Haram 14

2.3.5 Harus 15

2.4 Tujuan Dan Matlamat Perkahwinan 15

2.4.1 Mendapatkan Zuriat 16

2.4.2 Menegak Dan Menjunjung Tinggi 17

Syariat Islam

2.4.3 Menjaga Firtah Dan Nilai 17

Kemanusiaan

2.4.4 Mencapai Ketenteraman Hidup 19

2.4.5 Memelihara Keamanan 20

2.4.6 Mengeratkan Hubungan 20

Page 12: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

ix

Persaudaraan

2.4.7 Memelihara Keturunan 21

2.4.8 Memberi Perlindungan 22

2.4.9 Memelihara Kedudukan 23

Harta Pusaka

2.5 Memilih Pasangan 24

2.5.1 Calon Isteri 25

2.5.1.1 Agama 26

2.5.1.2 Berakhlak Mulia 27

2.5.1.3 Cantik 28

2.5.1.4 Subur 29

2.5.1.5 Gadis 30

2.5.1.6 Berketurunan Baik 31

2.5.1.7 Bukan Kerabat 31

2.5.1.8 Mahar Yang Murah 32

2.5.2 Calon Suami 33

2.5.2.1 Beragama Dan Berakhlak 34

Mulia

2.5.2.2 Tidak Fasik 34

2.5.2.3 Tenang Dan Sabar 35

2.6 Sorotan Kajian Lepas 36

2.7 Kesimpulan 37

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 38

3.2 Rekabentuk Kajian 38

3.3 Tempat Kajian 39

Page 13: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

x

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 39

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Kajian Rintis 41

3.6 Prosedur Kajian 42

3.7 Analisis Data 43

3.8 Kesimpulan 44

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 45

4.2 Bahagian A ( Latar Belakang Responden) 46

4.3 Bahagian B 48

4.3.1 Faktor-Faktor Pemilihan Jodoh 49

Berdasarkan Syariat Islam

4.3.2 Faktor-Faktor Lain Yang 58

Mempengaruhi Dalam Soal

Pemilihan Jodoh

4.3.3 Cara Pemilihan Jodoh 64

4.3.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta 68

Sebelum/Selepas Kahwin

4.4 Kesimpulan 70

BAHAGIAN LIMA

Page 14: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xi

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 71

5.2 Perbincangan 71

5.2.1 Bahagian A 72

5.2.2 Bahagian B 73

5.2.2.1 Bahagian Satu: Faktor-Faktor 73

Pemilihan Jodoh Berdasarkan

Syariat Islam

5.2.2.2 Bahagian Dua: Faktor-Faktor 76

Lain Yang Mempengaruhi

Dalam Pemilihan Jodoh

5.2.2.3 Bahagian Tiga: Cara Pemilihan 79

Jodoh

5.2.2.4 Bahagian Empat: Pendapat 80

Pelajar Tentang Cinta

Sebelum/Selepas Kahwin

5.3 Rumusan 81

5.3.1 Faktor Pemilihan Jodoh 81

Berdasarkan Syariat Islam

5.3.2 Faktor-Faktor Lain Yang 82

Mempengaruhi Dalam Pemilihan Jodoh

5.3.3 Cara Pemilihan Jodoh 83

5.3.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta Sebelum 84

atau Selepas Kahwin

5.4 Cadangan 84

5.4.1 Pelajar 85

5.4.2 Ibu Bapa 85

5.4.3 Jabatan Agama Islam 86

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 87

BAHAGIAN ENAM

Page 15: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xii

SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN 88

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 91

Page 16: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 41

3.2 Tahap Skor Min 43

3.3 Skala 3 Mata 44

4.1 Bilangan Responden Mengikut Jantina 46

4.2 Bilangan Responden Mengikut Umur 46

4.3 Bilangan Responden Mengikut Status 47

4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47

Pengajian

4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48

Pengajian

4.6 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 49

Pasangan Berdasarkan Syariat Islam

4.7 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 50

Pasangan Yang Kuat Agama

4.8 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 50

Pasangan Yang Menunaikan Solat Lima

Waktu

4.9 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 51

Pasangan Yang Melakukan Amalan Sunat

4.10 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 52

Pasangan Daripada Keturunan Yang Baik

4.11 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 52

Pasangan Daripada Anak Keturunan Ahli

Agama

4.12 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 53

Pasangan Yang Cantik/Tampan

4.13 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 54

Page 17: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xiv

Pasangan Yang Sempurna Anggota

4.14 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 54

Pasangan Yang Berakhlak

4.15 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 55

Pasangan Yang Beragama dan Berakhlak

4.16 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 56

Pasangan Yang Berakhlak serta Cantik/Tampan

4.17 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 56

Pasangan Yang Berharta

4.18 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 57

Pasangan Yang Berakhlak dan Beragama

Walaupun Tidak Berharta

4.19 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 58

Pasangan Berdasarkan Faktor Usia

4.20 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 59

Pasangan Berdasarkan Faktor Kematangan

4.21 Taburan Dapatan Sampel Yang 59

Mengutamakan Pasangan Yang Matang

4.22 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 60

Pasangan Berdasarkan Faktor Kenegerian

4.22 Taburan Dapatan Sampel Yang 61

Mengutamakan Pasangan Senegeri

4.24 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 61

Pasangan Berdasarkan Faktor Bangsa

4.25 Taburan Dapatan Sampel Yang 62

Mengutamakan Pasangan Yang Sebangsa

4.26 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 63

Pasangan Berdasarkan Faktor Pendidikan

4.27 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 63

Pasangan Berdasarkan Faktor Pekerjaan

4.28 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 64

Sendiri Pasangan Hidup

4.29 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 65

Page 18: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xv

Pasangan Melalui Media Cetak dan Elektronik

4.30 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 66

Jodoh Melalui Orang Yang Dipercayai

4.31 Taburan Dapatan Sampel Yang Memilih 66

Jodoh Melalui Ibu Bapa atau Keluarga

4.32 Taburan Dapatan Sampel Yang 67

Mengutamakan Pilihan Keluarga Daripada

Pilihan Sendiri

4.33 Taburan Dapatan Pendapat Pelajar Tentang 68

Cinta Perlu Dipupuk Sebelum Kahwin

4.33 Taburan Dapatan Pendapat Pelajar Cinta 69

Sebelum Kahwin Tidak Semestinya

Menjamin Kebahagiaan

4.35 Taburan Dapatan Bagi Pendapat Pelajar 70

Cinta Selepas Kahwin Adalah Lebih Baik

Daripada Cinta Sebelum Kahwin

Page 19: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

5.1 Faktor Pemilihan Jodoh Berdasarkan Syariat 81

5.2 Faktor-Faktor Lain Yang Mempengaruhi 82

dalam Pemilihan Jodoh

5.3 Cara Pemilihan Jodoh 83

5.4 Pendapat Pelajar Tentang Cinta Sebelum 84

atau Selepas Kahwin

Page 20: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xvii

SENARAI SINGKATAN

a.s alaihis salam

PKPG Program Khas Pensiswazahan Guru

R.A Radhiallahu anhu

s.a.w sollallahu alaihi wasallam

SPH Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPJ Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Jentera)

SPSS Statistical Package For Sosial Science

S.W.T Subhanahu Wa Taala

UTM Universiti Teknologi Malaysia

Page 21: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Set Soal Selidik 91

B Surat Perakuan Fakulti untuk Menjalankan Kajian 96

C Surat Kebenaran PSZ Untuk Membuat Rujukan 97

Page 22: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Setiap makhluk di dunia ini telah dijadikan oleh Allah S.W.T secara

berpasang-pasangan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Yasin ayat 36:

Maksudnya: "Maha Suci Allah yang telah menjadikan berpasang-pasangan

semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan di bumi dan dari diri mereka mahupun

dari apa yang tidak mereka ketahui."

Dalam firman Allah yang lain, surah al-Dzariyat ayat 49:

Maksudnya: "Dan dari segala sesuatu kami ciptakan berpasang-pasangan supaya

kamu mengingati kebesaran Allah."

Malah hasil penelitian ilmiah juga menunjukkan kehidupan yang berpasangan

itu umpama dalam kaedah elektrik iaitu terhasil cahaya adalah disebabkan oleh

pertemuan di antara dua unsur iaitu unsur positif dan negatif. Begitu juga hujan yang

Page 23: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

2

terjadi kerana pertemuan antara awan panas dan awan sejuk. Demikianlah Allah

menciptakan manusia dan makhluk-makhluk yang lain di dunia ini.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menjadikan manusia sebagai makhluk yang

paling sempurna dan mulia. Seperti mana dalam firman Allah dalam surah at-Tin

ayat 4:

Maksudnya: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia dengan sebaik-baik

penciptaan."

Melalui ayat ini kita dapat mengetahui bahawa manusia adalah makhluk yang paling

sempurna dan paling baik berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain. Allah juga

telah ciptakan manusia yang terdiri daripada lelaki dan juga perempuan. Firman

Allah di dalam Surah al-Hujurat ayat 13:

Maksudnya: "Wahai umat manusia sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu

lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku

kaum supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu sama lain".

Sejarah telah membuktikan bahawa setiap makhluk di muka bumi ini tidak

dapat menjalani kehidupan dengan sempurna tanpa adanya pasangan mereka.

Sebagaimana kisah manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T sebagai

khalifah di muka bumi ini, iaitu Nabi Adam a.s. Firman Allah di dalam surah al-

Baqarah ayat 30:

Maksudnya,:" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya

Aku akan menjadikan khalifah di atas bumi (Adam)."

Page 24: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

3

Oleh kerana fitrah semulajadi manusia menginginkan teman dalam hidupnya, Nabi

Adam merasa kesepian tanpa teman di dalam syurga. Maka Allah menjadikan Hawa

yang dijadikan daripada tulang rusuk Nabi Adam untuk menemaninya. Bermula dari

sinilah bilangan umat manusia di dunia ini terus bertambah dan berkembang biak

memenuhi seluruh pelosok dunia. Ini kerana setelah Allah jadikan setiap makhluk itu

mempunyai pasangan masing-masing, Allah bekalkan pula mereka dengan nafsu

syahwat yang merangsang ke arah memainkan peranan tersebut. Sehubungan dengan

itu, bagi memenuhi tuntutan batin dan naluri itu maka Allah telah memerintahkan

manusia supaya berkahwin.

Perkahwinan membezakan manusia dan haiwan dan makhluk-makhluk yang

lain dari segi memperbanyakkan dan mengekalkan keturunan. Bagi haiwan, tugas

pembiakan sudah menjadi naluri semulajadi yang tidak perlu kepada perasaan cinta

dan syarat-syarat tertentu untuk menyatukan jantina jantan dan betina. Oleh itu,

Allah S.W.T telah mensyariatkan satu peraturan yang serasi dengan ketinggian dan

kemuliaan manusia dan seterusnya peraturan tersebut akan menjaga peradaban

manusia. Perkahwinan adalah perintah Allah S.W.T yang ditujukan kepada kaum

lelaki dan wanita selama mereka itu jasmaninya mampu melakukan perkahwinan.

Perkahwinan juga merupakan perkongsian hidup di antara dua jiwa ke arah

kepentingan dan kebahagiaan bersama dan merupakan ikatan perjanjian yang kuat

dan mesra untuk sama-sama tolong-menolong, berkasih sayang dan bahagia

membahagiakan di antara satu sama lain. Sebagaimana firman Allah dalam Surah ar-

Rum ayat 21:

Maksudnya: " Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan

untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa

tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang.

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi kaum yang

berfikir."

Page 25: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

4

Perkahwinan dalam Islam adalah satu ikatan yang didasarkan atas suatu

kerelaan, bukan kerana paksaan. Allah mengadakan suatu peraturan iaitu

perkahwinan agar kehidupan manusia dan keturunannya teratur. Walaupun

pelaksanaannya adalah berbeza dan mengikut adat istiadat, agama dan kepercayaan

masing-masing, tetapi menurut pendapat ahli ekonomi dan sosiologi, perkahwinan

adalah keperluan manusia dan kejadian yang perlu untuk mengembangkan

keturunan. Firman Allah S.W.T dalam Surah an-Nisa' ayat 3:

Maksudnya:“Maka kahwinlah kamu mana-mana yang baik bagi kamu daripada

wanita dua atau tiga atau empat. Maka sekiranya kamu khuatir bahawa kamu tidak

dapat berlaku adil, maka cukuplah seorang sahaja”

Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai,

sekali ombak melanda, istana roboh berderai. Jadikanlah binaannya kukuh, sekukuh

tugu pasir, biar dilanda ombak dan taufan tetapi terus mengutip puing-puing pasir

untuk meneguhkan binaannya. Setiap ahli dalam rumah tangga tidak kira siapa pun

dia sama ada suami, isteri atau anak semuanya berperanan dalam menentukan

kebahagian rumah tangga. Namun begitu dalam banyak hal Islam memberikan

panduan-panduan dan tunjuk ajar untuk menentukan kebahagiaan rumah tangga

bermula daripada awal seseorang itu berfikir untuk mendirikan rumah tangga hingga

seterusnya.

Islam juga tidak mengabaikan cara untuk mengendalikan sesuatu rumah

tangga. Antaranya soal penentuan atau pemilihan pasangan yang perlu diberikan

perhatian yang besar kerana ia akan menentukan seluruh perjalanan hidup sesebuah

rumah tangga, pengabaian terhadap perkara-perkara yang melibatkan calon atau

pasangan kemungkinan akan menatijahkan suatu suasana yang tidak harmoni dalam

rumah tangga.

Page 26: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

5

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkahwinan di dalam Islam merupakan kaedah bagi pembentukan keluarga

dan melahirkan generasi muslim yang bertaqwa. Seterusnya akan berkembanglah

sebuah masyarakat. Perkahwinan juga merupakan satu lumrah kehidupan yang sesuai

dengan fitrah kejadian manusia kerana manusia kadang-kadang tidak dapat

menangani sesuatu persoalan hidup yang timbul secara bersendirian, sebaliknya

perlu kepada gandingan tenaga dan fikiran. Kesemua ini dapat diperolehi melalui

perkahwinan.

Apabila disebut tentang perkahwinan ramai yang mengatakan ianya penuh

dengan keindahan dan keseronokan. Bagaimanapun tidak kurang yang merungut dan

menceritakan bahawa perkahwinan yang mereka tempuhi penuh dengan seribu

masalah dan cabaran. Oleh itu, tidak hairanlah sekarang ini kita dapati ramai di

antara gadis-gadis terutama yang berkerjaya mengambil keputusan untuk hidup

membujang daripada menanggung derita selepas berkahwin dan berlakunya kes-kes

penceraian serta keruntuhan rumah tangga yang semakin meningkat. Mungkin timbul

persoalan pada fikiran kita apakah punca kepada masalah ini?

Jika kita perhatikan rumah tangga yang bahagia mempunyai sepasang suami

isteri yang baik dan mengetahui hak-hak dan tanggungjawab masing-masing.

Sebelum sesebuah ikatan perkahwinan itu dibentuk, perkara pokok yang perlu

dititikberatkan ialah dalam soal pemilihan calon isteri atau suami. Ini adalah satu

perkara penting yang merupakan asas kepada pembentukan sebuah keluarga yang

bahagia. Agama Islam amat menekankan kepada umatnya supaya mencari dan

memilih pasangan hidup yang sesuai dan secocok dengan mereka kerana kejayaan di

peringkat ini akan menentukan kejayaan seluruh perkahwinan.

Namun begitu persoalan yang timbul sekarang apakah masyarakat Islam hari

ini betul-betul faham dengan konsep tujuan perkahwinan itu sendiri dan apakah

dasar-dasar perkahwinan yang mereka amalkan sekarang ini bertepatan dengan

tuntutan agama? Segolongan besar masyarakat Islam hari ini khususnya dalam soal

Page 27: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

6

mencari jodoh, isteri atau suami hanya semata-mata berdasarkan kedudukan pangkat

dan kemewahan material seseorang. Ini berlaku di kalangan wanita-wanita kini sama

ada yang berpelajaran tinggi atau sebaliknya. Alasannya kekayaan harta dapat

menjamin masa depan mereka. Manakala golongan lelaki pula mereka lebih

mementingkan kecantikan rupa paras seseorang perempuan tanpa mengira latar

belakang dan pendidikan agama.

1.3 Pernyataan Masalah

Pemilihan jodoh merupakan satu langkah awal atau tapak yang menjadi asas

yang paling penting dalam pembinaan sesebuah rumah tangga. Ia umpama ingin

membina sebuah rumah atau bangunan, yang mana tapak yang sesuai dan kuat harus

dipastikan terlebih dahulu agar binaan selamat digunakan dan tidak mudah roboh.

Begitu juga dengan sebuah perkahwinan, jika asasnya kuat dan kukuh maka

perkahwinan itu lebih selamat dan tidak mudah berlaku keruntuhan rumah tangga. Oleh

sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan

bimbingan kepada umat Islam agar memilih pasangan kerana empat prinsip, iaitu

kekayaan, keturunan, kecantikan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan

agar agama menjadi keutamaan. Sabda Rasulullah s.a.w melalui hadis yang

diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a yang bermaksud: " Wanita itu dinikahi kerana

empat perkara iaitu kerana harta kekayaannya, kerana keturunannya, kerana

kecantikannya dan kerana agamanya. Ambillah yang beragama, supaya kamu

berbahagia".

Namun begitu, dalam perkembangan dan ledakan arus teknologi dunia hari ini

yang semakin pesat dengan pembangunan yang bagaikan cendawan tumbuh selepas

hujan, kehendak dan kemahuan manusia juga semakin bertambah. Begitu juga dalam

hal pemilihan jodoh, bukan sahaja empat prinsip itu yang menjadi faktor dalam

pemilihan jodoh bagi pasangan-pasangan masa kini, malah masih terdapat lagi faktor

faktor lain yang menjadi keutamaan dalam menentukan pasangan hidup, antaranya

Page 28: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

7

faktor taraf pendidikan, kenegerian dan lain-lain yang dianggap faktor penting bagi

kebahagian hidup dalam suasana masyarakat hari ini.

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui dan mengenal pasti faktor-faktor

yang dipilih oleh mahasiswa muslim UTM dalam menentukan pasangan hidup

mereka sama ada masih berdasarkan empat prinsip yang disarankan oleh syariat atau

terdapat faktor-faktor lain yang turut menjadi faktor utama dalam pemilihan jodoh.

1.4 Objektif Kajian

Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian

memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan

kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu penyelidik telah menetapkan

beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini iaitu:

a) Mengetahui pendapat pelajar mengenai faktor-faktor pemilihan jodoh

berdasarkan syariat Islam.

b) Mengenal pasti faktor-faktor selain yang dianjurkan oleh syariat dalam

pemilihan jodoh di kalangan pelajar

c) Mengetahui cara yang digunakan oleh para pelajar dalam pemilihan jodoh.

d) Meninjau pendapat pelajar tentang cinta sebelum kahwin atau cinta selepas

kahwin.

Page 29: FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN JODOH DI KALANGAN … · 4.4 Bilangan Responden Mengikut Tahap 47 Pengajian 4.5 Bilangan Responden Mengikut Bidang 48 Pengajian 4.6 Taburan Dapatan Sampel

8

1.5 Persoalan Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, penyelidik telah menggariskan beberapa

persoalan kajian bagi menjawab objektif kajian. Antara persoalan kajian tersebut

ialah :

a) Apakah faktor pemilihan jodoh yang dianjurkan oleh syariat masih

dijadikan panduan dalam pemilihan jodoh dikalangan pelajar?

b) Apakah terdapat faktor-faktor lain selain yang dianjurkan oleh syariat

dalam pemilihan jodoh di kalangan pelajar?

c) Bagaimanakah cara yang digunakan oleh pelajar dalam pemilihan jodoh?

d) Apakah pendapat pelajar tentang cinta sebelum kahwin dan cinta selepas

kahwin?