laporan temubual hubungan etnik 1

Upload: mukhlis-isz

Post on 13-Jan-2016

101 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ilmiah

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Islam adalah satu agama yang lengkap merangkumi segenap aktiviti kehidupan manusia. Ajaran Islam bukan hanya menganjurkan umatnya berbuat baik sesama Islam tetapi juga antara bukan Islam. Orang bukan Islam mempunyai hak yang tertentu dan dilindungi selagi tidak memerangi Islam. Dalam hubungan antara orang Islam dan orang bukan Islam, Islam telah menetapkan peraturan tertentu yang mesti dipatuhi. Hal ini jelas sepertimana dalam Surah al-Hujurat ayat 13 yang mengiktiraf kepelbagaian etnik itu adalah sesuatu yang lumrah dan kepelbagaian itu bukan untuk berkonflik tetapi saling mengenali antara satu dengan lain. Justeru, tugasan ini akan membincangkan pandangan tokoh terhadap hubungan etnik yang ditinjau dari pelbagai sudut. Turut membincangkan cabaran dalam proses pemupukan hubungan etnik dan juga implikasinya.

2.0 Tokoh-Tokoh Yang Ditemubual:

Nama : Ustaz Dr. Mohd Sharani bin Mohd Naim

Jawatan : Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM, Malaysia Negeri Kelantan

Masa : 3.30 Petang

Tarikh : 16 Februari 2015

Tempat : Kelas P2, Ipg Kota Bharu

Tokoh : Non Government Organization (NGO)

Nama : Ustaz Zakaria

Jawatan : Imam Masjid Taman Kurnia Jaya

Masa : 9.00 Malam

Tempat : Masjid Kurnia Jaya, Kota Nharu Kelantan

Tokoh : Agama

Nama : Dr. Abdullah Bin Yusoff

Jawatan : Timbalan Pengarah Ipg Kampus Kota Bharu

Masa : 4.53 Petang

Tarikh : 4 Mac 2015

Tempat : Bilik Timbalan Pengarah, Ipg Kota Bharu

Tokoh : Pendidik

2.1 Laporan Pendapat Tokoh Berkaitan Dengan Proses Pemupukan Hubungan Etnik Dalam Konteks Setempat Atau Nasional2.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama Beliau berpendapat bahawa hubungan antara etnik hanya boleh dipupuk dengan cara membela agama islam itu sendiri, bukan hanya membela bangsa ataupun etnik semata-mata. Beliau juga menerangkan bahawa agama islam mempunyai peraturan yang sangat lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti ilmu politik, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, pemupukan antara etnik hanya boleh dilakukan dengan cara yang diajar oleh islam sahaja. Antara pendapat beliau yang lain ialah beliau mengatakan bahawa islam adalah cara hidup, semua masalah yang berlaku ada penyelesaiannya dalam al-Quran. Manakala masjid adalah tempat yang baik untuk pemupukan hubungan antara etnik terutama bagi mereka yang beragama islam. Bagi mereka yang bukan beragama islam kerja-kerja kemasyarakatan boleh dilakukan bagi tujuan pemupukan hubungan etnik contohnya seperti gotong-royong mengemas kawasan masjid, gotong-royong bagi majlis kenduri kendara dan sebagainya Tokoh ini juga berpendapat bahawa bagi pemupukan hubungan antara etnik atau bangsa yang beragama islam dengan yang bukan beragama islam boleh juga dilakukan dengan mengajak hadir ke majlis-majlis keramaian seperti tahlil, ataupun mengadakan majlis rukun tetangga dan sebagainya.

2.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan Beliau berpendapat bahawa pendidikan adalah merupakan senjata utama ataupun alat bagi proses pemupukan hubungan antara etnik. Didalam sesi temubual yang dijalankan, beliau berkata bahawa proses pemupukan hubungan antara etnik berlaku dalam pendidikan apabila murid belajar di dalam sistem yang sama di negara kita maka sudah pasti murid akan belajar matapelajaran yang sama iaitu matapelajaran yang menceritakan hubungan antara etnik. Contohnya matapelajaran kajian tempatan, geografi dan sebagainya. Kesemua matapelajaran ini akan menceritakan latarbelakang sesuatu etnik atau bangsa contohnya cina dan india. Maka secara tidak langsung murid akan mengetahui cara hidup etnik yang berlainan dengan mereka. Perkara ini akan menyebabkan jurang perbezaan antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain akan menjadi rapat. Selain itu, apabila murid belajar dibawah suatu sistem sekolah yang sama maka sudah pasti akan berlakunya interaksi antara murid dari pelbagai kaum atau etnik untuk memahami sesuatu matapelajaran tersebut. Ini menjadi serampang dua mata iaitu disamping murid dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam, proses pemupukan antara etnik juga akan berlaku.

2.1.3 Tokoh 3: Tokoh Pemimpin NGO Beliau berpendapat bahawa untuk proses pemupukan hubungan antara etnik boleh dilakukan dengan tiga asas iaitu dakwah, tarbiah dan kebajikan. Beliau berpendapat sedemikian adalah berdasarkan pengalaman beliau yang menggunakan tiga prinsip asas ini untuk turun bercampur dengan masyarakat sekaligus membentuk hubungan antara etnik. Prinsip yang paling munasabah dan paling banyak berkisar didalam proses pemupukan hubungan antara etnik ialah prinsip kebajikan. Sebagai sebuah badan NGO, beliau juga berkata bahawa prinsip dakwah juga tidak terlepas daripada digunapakai dalam pemupukan antara etnik. walaupun fokus sesebuah badan NGO lebih tertumpu kepada prinsip kebajikan. Prinsip dakwah ini digunakan kepada kaum, bangsa atau etnik yang bukan beragama islam. Beliau yang memegang jawatan Yang dipertua IKRAM negeri Kelantan iaitu sebuah badan NGO yang berasaskan islam menggunakan konsep Menuju Negara Rahmah bagi mendekati etnik yang bukan beragama islam. Beliau ,menjelaskan bahawa islam itu untuk semua dan bukan untuk bangsa atau etnik tertentu sahaja. Islam mengajar umatnya untuk mempunyai akhlak dan tauladan yang baik. Dengan menunjukkan tauladan yang baik akan menarik minat etnik atau bangsa yang bukan beragama islam untuk mendalami islam. Dengan cara ini secara tidak langsung proses pemupukan hubungan antara etnik telah berlaku. Tokoh NGO ini beranggapan bahawa seharusnya badan-badan NGO yang ada menjadi ketua atau mengepalai tugas-tugas yang berkaitan dengan proses pemupukan hubungan antara etnik.

Khulasahnya, berdasarkan analisis pendapat ketiga-tiga tokoh diatas dapat saya simpulkan disini pemupukan hubungan etnik adalah satu usaha yang perlu dilakukan, bukan sahaja melibatkan mana-mana pemimpin dan tokoh agama semata-mata, tetapi merupakan tanggungjawab setiap daripada kita rakyat Malaysia. Walaupun pelbagai usaha telah diambil seperti yang telah disenaraikan diatas, tanpa ada kesedaran dalam diri setiap rakyat maka usaha ini akan menjadi sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi. Perpaduan yang terjalin ini tidak menguntungkan pihak lain melainkan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. jika proses pemupukan hubungn antara etnik ini tidak dilakukan maka jurang perbezaan antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain akan menjadi semakin ketara dan teruk. Timbulnya masalah ini maka tidak mustahil pergaduhan antara kaum seperti peristiwa 13 Mei akan berlaku kembali. Oleh itu, proses pemupukan hubungan antara etnik perlu dilakukan bagi memastikan keharmonian hidup antara pelbagai etnik di Malaysia.

3.0 Cabaran Politik, Sosial, Ekonomi Dan Globalisasi Dalam Konteks Hubungan Etnik Setempat Mengikut Perspektif Tokoh3.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama Beliau menjelaskan bahawa agama Islam diturunkan kepada manusia keseluruhannya iaitu tidak mengira bangsa ataupun etnik, jadi agama Islam adalah perantaraan terbaik untuk menyatukan manusia. Namun begitu, kita di Malaysia terdapat banyak pegangan agama yang diamalkan oleh sesuatu etnik atau kaum. Oleh itu, cabaran yang paling kuat ialah dari segi politik iaitu pandangan antara tokoh pemimpin yang beragama islam dan yang bukan beragama islam contohnya tokoh politik melayu dan cina. Pendapat yang bercanggah antara tokoh yang berlainan etnik ini akan mempengaruhi hubungan etnik dalam kalangan masyarakat setempat. Selain itu, beliau berkata bahawa sikap segelintir tokoh politik yang tidak menginginkan agama akan mengenepikan sesiapa yang tidak sealiran dengan mereka (menyebelahi Islam). Dalam etnik yang sama dan menganuti agama yang itu sendiri telah wujudnya cabaran. Manakala bagi tokoh politik yang berlainan agama, beliau memberi contoh parti DAP yang bersatu dengan parti pembangkang PAS hanya atas dasar untuk menggulingkan kerajaan sahaja. Apabila matlamat ini dapat dicapai kedua-dua parti politik ini Akan membawa haluan masing-masing. Perkara ini akan menyebabkan jurang antara etnik akan menjadi semakin ketara. Ini adalah cabaran yang besar sekali dari sudut politik menurut pendapat beliau. Cabaran dari sudut sosial pula cara hidup sesuatu etnik yang berbeza sejak dari turun temurun lagi dan pegangan agama yang berbeza juga menjadi suatu cabaran yang sukar untuk diatasi.

3.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan Beliau berkata bahawa politik lebih kepada kefahaman bagaimana hendak mengurus atau mentadbir sesebuah negara. Ianya lebih kepada populariti. Setiap parti mempunyai slogan masing-masing dan mempunyai wahana tersendiri kemana hendak dituju. Sekiranya sesuatu parti itu berjuang hanya untuk bangsa atau etnik dia sahaja maka tidak akan menjadi popular kerana tidak menyuluruh dalam pemupukan hubungan antara etnik. Manakala dari segi ekonomi, dan sosial tiada percampuran antara etnik. Kita lihat dari segi etnik perniagaan dimonopoli oleh kaum cina, pengurusan dan pentadbiran lebih kepada melayu dan india lebih kepada profesional. Sekiranya perkara ini berkekalan kemungkinan akan berlaku konflik. Oleh itu seharusnya ada percampuran dalam setiap bidang. Antara konflik yang berlaku contohnya di musim hari raya orang melayu mengatakan bahawa orang cina sengaja menaikkan harga barang. Perkara ini akan menyebabkan prasangka antara etnik.

3.1.3 Tokohh 3: Tokoh NGO Cabaran utama adalah dari segi ekonomi. Hal ini kerana badan NGO tidak mempunyai dana tertentu hanya semata-mata menggunakan wang poket sendiri untuk melakukan program atau aktiviti untuk melibatkan pelbagai etnik. Manakala dari segi politik perbezaan agama tokoh-tokoh politik yang menjadi penghalang utama. Cabaran dari segi sosial dan globalisasi beliau berpendapat bahawa kurang mempunyai cabaran. Beliau berkata semuanya berada dalam kedaan baik iaitu kehadiran mereka sebagai badan NGO diterima baik oleh pelbagai etnik.

Natijahnya, segala yang dinyatakan oleh tokoh diatas perlulah dipandang dengan lebih serius. Suka untuk saya katakan disini bahawa sememangnya kita tidak boleh menyangkal peranan politik dalam perkara yang melibatkan hubungan antara etnik. Hal ini kerana bermula daripada politiklah segala cabaran-cabaran lain akan datang seperti sosial, ekonomi,dan globalisasi. Politik yang merupakan tulang belakang kepada pentadbiran negara mempunyai agendanya yang tersendiri sama ada agenda tersembunyi daripada pemimpin itu sendiri atau dari pihak-pihak lain. Parti politik yang saling bertikam lidah antara satu sama lain, bukan sahaja menyebabkan jurang antara etnik, bahkan merencatkan pentadbiran negara. Oleh itu pada pendapat saya, medium terbaik untuk menyatukan manusia keseluruhannya adalah melalui agama Islam kerana islam itu sendiri telah merangkumi semua aspek kehidupan manusia sama ada politik, sosial, ekonomi mahupun globalisasi.

4.0 Pendapat Tokoh Terhadap Implikasi Cabaran-Cabaran Tersebut Kepada Proses Hubungan Etnik4.1.1 Tokoh 1: Tokoh Agama Antara kesan yang diperkatakan oleh tokoh ini ialah sesuatu etnik dengan etnik yang lain hanya akan dapat bekerjasama dari segi luaran dan hanya semata-mata untuk mencapai matlamat luaran tanpa ada persefahaman dalaman. Permusuhan antara etnik akan menjadi semakin serius. Nilai-nilai murni yang ada pada diri sesuatu etnik tersebut hanyalah rekaan semata-mata untuk mencapai matlamat tertentu. Bukan untuk memperkukuh hubungan antara etnik dengan etnik lain.

4.1.2 Tokoh 2: Tokoh Pendidikan cabaran utama ialah dari segi sosial iatu bagaimana solidariti ataupun kesepakan kesepaduan antara setiap individu dalam sesebuah negara tersebut. Kebolehan sesuatu etnik itu bersepadu akan mewujudkan perpaduan yang kukuh antara etnik yang akan menghasilkan kedamaian sesebuah negara. Beliau berkata bahawa pendidikan adalah alat solidariti. Hal ini kerana pendidikan akan mencerahkan pemikiran, mewjudkan kesefahaman antara etnik dengan etnik yang lain.

4.1.3 Tokoh 3: Tokoh NGO Pada pendapat beliau hubungan antara etnik di Malaysia berada pada tahap yang baik. Islam diletakkan dihadapan sebagai alat penyatuan ummah ataupun etnik. Bukan meletakkan sesuatu bangsa dihadapan untuk menyatukan ummah atau etnik. Selain itu, beliau juga berkata antara implikasi yang beliau lihat ialah etnik-etnik di Malaysia kebanyakannya mengamalkan sikap bersangka baik. Beliau bercakap perkara ini dari sudut bidang beliau sebagai ketua NGO IKRAM Kelantan. Mudah untuk difahami ianya bermaksud apabila sesebuah badan NGO memberikan bantuan, mereka tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara etnik. Bantuan akan diberikan secara sama rata. Perkara inilah yang menyebabkan wujudnya sikap bersangka baik antara etnik.

Tuntasnya, implikasi pemupukan hubungan etnik di Malaysia adalah perkara yang sangat baik dan amat diperlukan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana pemupukan hubungan etnik ini adalah salah satu medium bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Apabila perpaduan dapat diwujudkan maka urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kesannya, industri pelancongan yang melibatkan aliran masuk wang asing akan membantu meningkatkan ekonomi negara.. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pemimpin sendiri haruslah bermuafakat dan berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan yang telah sedia ada terjalin dalam negara kita.

5.0 Banding Beza Pandangan Tokoh Agama, Tokoh Pendidikan Dan Tokoh NGO Berkaitan Dengan Proses Pemupukan Hubungan Etnik

Tokoh AgamaTokoh PendidikanTokoh NGO

Masjid adalah tempat yang baik untuk pemupukan hubungan etnik bagi mereka beragama islam. kerja-kerja kemasyarakatan boleh dilakukan bagi yang bukan islam. contoh gotong-royong mengemas kawasan masjid, gotong-royong bagi majlis kenduri kendara.

senjata utama ataupun alat bagi proses pemupukan hubungan antara etnik. Pendidikan serampang dua mata iaitu disamping murid dapat memahami isi pelajaran dengan lebih mendalam bila berbincang, proses pemupukan antara etnik juga akan berlaku.

Proses pemupukan hubungan antara etnik boleh dilakukan dengan tiga asas iaitu dakwah, tarbiah dan kebajikan. Prinsip yang paling munasabah didalam proses pemupukan hubungan antara etnik ialah kebajikan. seharusnya badan-badan NGO yang ada menjadi ketua tugas-tugas yang berkaitan dengan proses pemupukan hubungan antara etnik.

6.0 Banding Beza Pandangan Tokoh Agama, Tokoh Pendidikan Dan Tokoh NGO Berkaitan Cabaran Dari Pelbagai Aspek Seperti Politik, Sosial Dan Ekonomii Dalam Usaha Pemupukan Hubungan Etnik Di Malaysia

Tokoh Pendidikan

Ekonomi: NGO tidak mempunyai dana khas. Menggunakan wang sendiri bagi melakukan program melibatkan pelbagai etnik. Politik: Perbezaan agama tokoh politik yang menjadi penghalang utama. Sosial: penempatan penduduk terpisah mengikut etnik

Ekonomi: Jurang ekonomi antara etnik terlalu berbeza Politik; Sesuatu parti berjuang hanya untuk etnik sendiri Sosial: Tiada percampuran antara etnik contohnya dalam perniagaan . Ekonomi: Penguasaan ekonomi yang tidak sekata antara etnik Politik: Pendapat bercanggah antara tokoh politik yang berlainan etnik Sosial: Ada dalam kalangan manusia yang bersikap iri hati.

Tokoh AgamaTokoh NGO

7.0 Banding Beza Pendapat Tokoh Mengenai Implikaksi Cabaran Kepada Proses Hubungan Setempat

8.0 Penulisan Ilmiah: Proses Pembentukan Hubungan Antara Etnik Malaysia merupakan sebuah yang kini sedang pesat membangun. Berbagai perancangan dan tindakan telah dilakukan oleh mereka yang bergelar pemimpin negara bagi memastikan kemajuan dan dan pembangunan negara dapat dilaksanakan dengan sistematik. Kunci keamanan sesebuah negara bergantung kepada solidariti dan kerjasama masyarakat malaysia itu sendiri. Pelbagai cabaran dan halangan harus ditempuhi bagi mewujudkan suasana yang harmoni khususnya di malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai etnik, agama, bahasa, dan budaya cabaran ini tidak dapat dielakkan lagi. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang asli. Berlaku juga migrasi daripada luar tetapi jumlahnya terhad. Selain itu terdapat juga pendatang daripada sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang itu adalah daripada rumpun bangsa yang sama. Perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi Malaysia sendiri ataupun faktor penolak di Negara asal masing-masing. Kegiatan ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya dari China dan India. Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini seperti peristiwa 13 Mei. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras bukan garisan kelas. Pengambilan pekerja buruh dari luar dibuat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan masalah sosio ekonomi dan politik. Setelah kemasukan migran dari luar juga akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan cina dan india yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok baba dan nyonya yang berketurunan cina dan kelompok chitty yang berketurunan india. Asimilasi juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah campuran seperti kelompok peranakan, kelompok syed dan lain-lain. Kini kebanyakkan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan melayu-arab, melayu-india, melayu-cina dan lain-lain. Natijahnya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan british di tanah melayu. Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar belakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Oleh kerana terdapat pelbagai etnik di Malaysia, maka pelbagai langkah dan dasar telah diambil bagi proses pemupukan hubungan antara etnik. Antaranya ialah Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar ini dilakukan sebagai usaha untuk menyatupadukan murid-murid dari semua kelompok etnik ke dalam satu sistem pelajaran yang sama dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Umumnya dalam pendidikan usaha memupuk perpaduan dan persefahaman disalurkan melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. Matlamat penting dalam dasar ini adalh memupuk solidariti dna integrasi nasional melalui elemen penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan isntitusi pengajian tinggi, seterusnya elemen yang kedua ialah menyediakan sukatan pelajaran yang sama kandungannya. Elemen yang kedua ini telahpun dijelaskan oleh tokoh pendidikan yang ditemubual diatas iaitu Doktor Abdullah bin Jusoh iaitu Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Dasar yang kedua yang dilakukan bagi proses pemupukan hubungan antara etnik ialah Dasar Ekonomi Baru. Dasar ini termaktub dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama. Dasar ini merupakan satu ukuran jangka panjang yang mengambil masa selama 20 tahun. Dasar ini bermula sejak tahun 1970 lagi. Beberapa matlamat utama dasar ini dalam membantu pembentukan integrasi nasional dalam pelaksanaannya adalah seperti berikut yang pertama, penyusunan semula masyarakat majmuk untuk mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi contohnya seperti kaum cina memonopoli perniagaan, kaum melayu lebih kepada pengurusan dan pentadbiran manakala kaum india lebih kepada pekerjaan profesional seperti doktor, peguam. Yang kedua ialah membasmi kemiskinan. Ketidakseimbangan ekonomi etnik berpunca daripada dasar pecah dan perintah inggeris. Pengelasan etnik mengikut pekerjaan dan pelajaran telah menyebabkan interaksi etnik melayu, cina serta india kurang berlaku. Seterusnya, mengurangkan ketdakseimbangan dalam guna tenaga supaya penyertaan etnik adalah seimbang. Kini Malaysia akan mencapai kemerdekaan untuk kali yang ke 58. Ini merupakan suatu tempoh yang cukup mematangkan dalam proses pembentukan sesebuah negara. Kemakmuran negara pada hari ini adalah disebabkan oleh wujudnya persefahaman dan toleransi dalam kalangan etnik berbilang bangsa, budaya dan agama. Pembentukan dasar menyeluruh dan kesinambungan program pembangunan negara telah banyak membantu dalam membentuk hubungan erat dikalangan etnik di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasa undang- undang , pelaksanaan misi wawasan 2020 dan rancangan-rancangan pembangunan banyak membantu dalam membentuk dan mengekalkan hubungan etnik yang baik dikalangan masyarakat majmuk berbilang kaum, bangsa dan agama.

Cabaran Pembentukan Hubungan EtnikDalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia, terdapat bebrapa cabaran yang perlu dilalui. Sekiranya cabaran-cabaran ini gagal dihadapi dengan sempurna maka proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia amat suskar untuk dilakukan. cabaran-cabarannya seperti cabaran dari segi politik, ekonomi, sosial dan globalisasi. Cabaran yang pertama ialah cabaran dari segi politik. Kita sedia maklum bahawa setiap daripada etnik di Malaysia diwakili oleh parti politik maisng- masing. Perkara politik ini juga telah dibicarakan oleh Doktor Abdullah bin Jusoh iaitu sesuatu parti berjuang hanya untuk etnik sendiri bukan menyeluruh. Contohnya Umno Dan Pas untuk etnik melayu, manakala MCA dan DAP untuk etik cina dan MIC pula mewakili etnik India. Keadaan seperti akan menimbulkan masalah politik perkauman yang boleh menimbulkan masalah perkauman yang menebal dalam kalangan rakyat Malaysia. Masalah ini telahpun berlaku sedikit demi sedikit pada hari ini. Yang menjadikan keadaan lebih parah lagi apabila isu-isu perkauman seperti bahasa, pendidikan, agama, kebudayaan dan ekonomi dipergunakan untuk tujuan politik. Perkara ini akan menyebabkan lagi jurang antara etnik semakin ketara. Seterusnya cabaran yang kedua ialah dari segi sudut ekonomi. Sudah menjadi kebiasaan bahawa kebanyakan etnik di Malaysia menjalankan bidang pekerjaan yang berbeza. Perkara ini adalah hasil daripada dasar pecah dan perintah Inggeris suatu ketika dahulu. Dengan kata lain, akan berlaku kecenderungan penguasaan ekonomi oleh sesebuah kaum. Contohnya, kebanyakannya bangsa melayu bekerja sebagai petani di sawah dan kebun atau sebagai nelayan di laut. Manakala, bangsa cina cenderung kearah pelombongan biji timah dan peniagaan di Bandar. Kaum india pula bekerja sebagai penoreh getah dan pekerja lading kelapa sawit.. Akibatnya, berlakulah jurang yang ketara bagi setiap kaum iaitu kurangnya interaksi antara kaum. Mereka lebih cenderung kepada interaksi dikalangan kaum mereka sendiri sahaja lalu menyebabkan semangat perkauman menjadi semakin kuat dan sukar untuk dihakis. Jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan pendapat antara kaum. Oleh itu, setiap kaum akan berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Akhirnya berlaku persaingan untuk kepentingan kaum masing masing. Ini adalah satu situasi yang perlu diatasi dengan segera bagi menjamin kesejahteraan hidup berbilang kaum di Malaysia kini.Cabaran yang seterusnya ialah dari segi sudut sosial. Hari ini kita dapat melihat sendiri bagaimana terdapatnya pemisahan penempatan antara kaum. Kebanyakan bangsa melayu tinggal di kawasan perkampungan nelayan serta sawah padi, manakala bangsa cina pula tinggal di kawasan perlombongan bijih timah serta bandar, dan kaum india pula kebanyakannya tinggal di estet getah dan ladang kelapa sawit. Sebenarnya, keadaan ini juga hasil daripada dasar pecah dan perintah british sewaktu era penjajahan mereka dahulu. Ia bertujuan untuk menjauhkan hubungan dan interaksi antara pelbagai kaum. Kesannya, sifat dan perasaan kekitaan dalam kalangan anggota menjadi semakin kuat dan perkara ini boleh menimbulkan prasangka di kalangan kaum terhadap kaum yang lain. Kesan pemisahan ini dapat kita lihat dengan jelas dari segi pakaian, agama, bahasa dan pendidikan. Dari aspek pendidikan pula, sistem persekolahan memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Akibatnya, terbentuklah semangat perkauman yang mendalam dan menimbulkan prasangka. Interaksi juga akan berkisar di kalangan etnik yang sama. Namun perkara ini telah diatasi oleh pemimpin negara kita masa kini. Setiap persekolahan di Malaysia pada hari ini telah menggunakan sistem yang sama dan satu bahasa sahaja telah digunakan sebagai bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu. Pendidikan seharusnya menjadi senjata soladiriti utama bagi proses pemupukan hubungan antara etnik. Cabaran yang terakhir ialah dari sudut globalisasi. Globalisasi membawa maksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti seperti ekonomi, kebudayaan dan sebagainya disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi serta dasar terbuka Tetapi dalam konteks masyarakat Malaysia pula, globalisasi boleh ditarifkan sebagai proses perubahan kearah cara hidup berasaskan gagasan ekonomi dan politik barat. Walaupun negara kita berada di sebelah timur, tetapi pengaruh dapat dilihat dengan ketara. Memanglah diakui bahawa globalisasi membawa pengaruh positif seperti negara bergerak maju melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik. Tetapi, ia juga memberikan pelbagai pengaruh negatif. Pengaruh barat dari segi ideologi, budaya dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan serta sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia telah dibawa masuk ke dalam masyarakat Malaysia yang murni. Implikasinya ialah globalisasi menjadi faktor perubah budaya yang kuat dan mengakibatkan nilai-nilai luhur secara tidak kita sedari dan pemikiran barat semakin diterima secara luas ke dalam masyarakat kita pada hari ini.

Implikasi Pembentukan Hubungan EtnikDi dunia ini memang sudah lumrah manusia bermula daripada Adam dicipta dan kemudian Hawa untuk menjadi teman kepada Adam dan mereka hidup dengan berkongsi kehidupan. Adam dan Hawa diperintah menghuni bumi dan fitrah berkongsi kehidupan yang ada pada mereka terus kekal menjadi kekal dalam kehidupan manusia sehingga ke hari ini. Hasilnya, wujudlah semangat perkongsian antara kaum yang telah membina kekuatan hasil daripada perkongsian hidup dan membentuk bangsa Malaysia yang maju yang kita lihat pada hari ini. Terdapat banyak impak yang positif hasil daripada pembentukan hubungan antara etnik.Manusia secara fitrahnya telah dijadikan tuhan dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza-beza. Hasil daripada pembentukan hubungan antara etnik telah menyebabkan kita saling mengenali antara satu sama lain. Kita dapat mengenali cara hidup dan budaya etnik lain dengan lebih mendalam. Hal ini kerana, pluraliti bukan faktor yang menyebabkan kita untuk bermusuhan tetapi saling mengenali dan membantu antara satu sama lain untuk kemakmuran hidup bersama. Tanpa adanya pembentukan hubungan antara etnik nescaya kita tidak akan dapat mengenali mereka yang berlainan etnik dengan kita. Perkara ini samalah maksudnya seperti katak dibawah tempurung. Malah menjadi kerugian pada kita sekiranya kita tidak mengenali etnik lain walhal kita hidup didalam negara yang sama, dibawah pentadbiran yang sama. Selain itu, hasil daripada pembentukan hubungan etnik ini kita dapat menyemai, memupuk beberapa unsur sepunya didalam diri setiap rakyat yang terdiri dari pelbagai etnik. Antara unsur sepunya yang dapat kita terapkan ialah Bahasa Melayu dijadikan sebagai alat komunikasi sepunya bagi setiap rakyat Malaysia. Tidak kira etnik apa sekalipun secara majoritinya telah menggunakan bahasa melayu untuk berkomunikasi. Dengan menggunakan satu bahasa sahaja untuk berkomunikasi akan menyebabkan kesefahaman yang lebih tinggi antara kita. Unsur sepunya yang kedua ialah segala nilai murni yang universal yang terdapat dalam sesebuah etnik tersebut dapat dikongsi bersama oleh semua etnik lain tidak kira agama dan budaya. Perkara ini bermaksud etnik India tidak hanya bertolak ansur dengan etnik mereka sendiri sahaja. Malah nilai tolak ansur itu juga dapat diaplikasikan kepada etnik Melayu, Cina dan sebagainya. Tambahan pula, kesan daripada pembentukan hubungan etnik juga dapat mengelakkan unsur extremism, fanaticism, prasangka dan mengherdik budaya etnik lain. Semua sifat buruk ini telah digantikan dengan prinsip keseimbangan, kesederhanaan, toleransi, baik sangka dan hormat menghormati antara satu sama lain. Semua nilai ini jelas adalah hasil daripada kesan pembentukan hubungan etnik. Namun, sekiranya perkara ini tidak wujud dalam diri rakyat Malaysia hari ini nescaya pergaduhan antara kaum akan berlaku yang menyebabkan keamanan negara tidak akan stabil kerana dipenuhi dengan pergolakan antara kaum. Malah tidak mustahil peristiwa 13 Mei yang lepas akan berlaku sekali lagi. Kesan daripada rusuhan ini kita dapat lihat betapa ramai masyarakat negara kita yang mati dalam peristiwa berdarah ini. Oleh itu, pembentukan hubungan etnik ini perlu dilakukan agar kejadian yang sama tidak akan berulang. Jika kesan ini dilihat pula dari segi agama, orang islam dan orang bukan islam dapat berdialog secara sopan dan beradab antara satu sama lain terutama sesama warganegara dengan kepelbagaian ( pluraliti ) agama, etnik dan budaya terutamanya di Malaysia negara kita hari ini. Hasil daripada ini juga dapat menarik minat orang bukan islam untuk memahami, mendalami dan mempelajari agama islam dengan lebih mendalam. Perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej agama islam hasil daripada sifat islam itu sendiri iaitu mengharmonikan bukan memencil dan memulaukan mereka yang bukan beragama islam. Dengan sifat keharmonian islam ini, maka dapat mengelakkan berlakunya cemuhan budaya, etnik dan agama yang lain. Hubungan etnik yang dipupuk menggunakan acuan islam akan menyebabkan orang bukanislam menyedari bahawa islam adalah agama yang sanagt mementingkan perpaduan.Disamping itu, pembentukan hubungan etnik ini dapat menjamin keselamatan negara agar kemerdekaan yang kita kecapi pada masa sekarang dan akan datang dapat dikekalkan sekiranya ianya berlaku secara berterusan. Negara yang mempunyai solidariti kaum yang kuat akan menyebabkan unsur-unsur negatif yang menyebabkan peperangan dari negara luar sukar untuk diresap masuk. Hal ini kerana pembentukan etnik tadi telah menyebabkan lahirnya masyarakat dari pelbagai etnik yang cinta akan tanah air dan lahirnya masyarakat pelbagai etnik yang sanggup bekorban untuk keselamatan negara. Oleh itu, proses pembentukan hubungan etnik ini haruslah dilakukan secara berterusan bagi menjamin keamanan hidup masyarakat berbilang kaum dan menjamin keselamatan negara kita ini. Dalam nada yang sama kita akan dapat mengekalkan kestabilan politik jika kejadian perang dan sebagainya tidak berlaku hasil daripada masyarakat yang memiliki semangat nasionalisme dan patriotik yang tinggi. Di negara Malaysia kita ini, industri pelancongan adalah merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancong ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia yang mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum hanya akan terbentuk dengan adanya pembentukan hubungan antara sesuatu etnik dengan etnik yang lain. Perpaduan yang wujud ini akan menarik minat pelancong asing untuk melihat sendiri perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu wajarlah proses pembentukan hubungan etnik dilakukan bagi memastikan perpaduan antara kaum dapat disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia.Secara khulasahnya, implikasi pembentukan hubungan etnik di Malaysia adalah perkara yang sangat baik dan amat diperlukan bagi sesebuah negara. Hal ini kerana pembentukan hubungan etnik ini adalah salah satu medium bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan kaum di Malaysia. Apabila perpaduan dapat diwujudkan, maka urusan pentadbiran negara berjalan dengan lancar. Kesannya, industri pelancongan yang melibatkan aliran masuk wang asing akan membantu meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, apabila wujudnya perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang agama, bangsa, etnik dan ras di Malaysia, maka kesannya kita boleh hidup aman dan damai serta menjalani kehidupan seharian dengan barakah dan harmoni. Dalam Islam juga sangat dianjurkan untuk mencapai perpaduan yang nyata boleh memberi kesan positif kepada negara, masyarakat, keluarga dan diri sendiri. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat dan pemimpin sendiri haruslah bermuafakat dan berganding bahu dalam mengekalkan perpaduan yang telah sedia ada terjalin dalam negara kita. 9.0 RefleksiAlhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnnya akhirnya tugasan hubungan etnik ini dapat saya siapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini terdapat banyak cabaran yang saya tempuhi, namun dengan kekuatan yang telah diberikan oleh Allah SWT dapat juga saya siapkan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Hartini selaku pensyarah bagi subjek ini kerana telah memberikan saya panduan untuk menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan sekelas yang lain, kerana telah memberikan komitmen dan tnjuk ajar kepada saya berkaitan dengan apa yang tidak saya fahami. Dalam tugasan ini saya perlu mengkaji pendapat beberapa orang tokoh berkaitan dengan pemupukan hubungan etnik di Malaysia. di samping itu saya juga perlu menganalisis cabaran-cabaran yang dihadapi dalam proses pemupukan hubungan etnik tersebut berdasarkan pendapat tokoh yang dipilih. Saya juga telah menyiapkan penulisan ilmiah secara menyeluruh berkaitan dengan pemupukan hubungan etnik, cabaran serta implikasi pembentukan hubungan etnik tersebut. Melalui segala tugasan yang telah saya lakukan, saya dapati secara tidak langsung telah banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan cara hidup sesebuah etnik yang terdapat di Malaysia. Walaupun saya telah mempelajarinya serba sedikit semasa sekolah dahulu, namun tugasan ini telah memberikan pendedahan dan gambaran yang lebih luas kepada saya terhadap hubungan antara etnik yang terdapat di Malaysia. di samping itu dapat juga saya mengingat kembali apa yang telah saya pelajari disekolah dahulu. Umumnya, tugasan kerja kursus ini memberi gambaran jelas tentang susur galur sebenar pembentukan etnik di Malaysia melalui perkembangan sejarah sejak zaman penjajahan lagi. Selain itu, saya juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan dalam sejarah hubungan etnik dinegara kita. saya juga dapat mempertingkatkan elemen pengajaran mengenai keadaan hubungan rakyat Malaysia melalui kerja kursus ini. Langkah menerapkan konsep saling menghormati sesama kaum dan etnik dalam kehidupan amat wajar untuk membangunkan negara dengan beberapa penambahan agar cita-cita murni setiap rakyat dapat dilaksana. Saya juga secara tidak langsung dapat memahami serta mengetahui tentang corak dan dan bentuk hubungan etnik yang selama ini dijalankan dan dipraktikkan oleh rakyat Malaysia. yang pastinya seharusnya rakyat Malaysia berusaha mengekalkan keutuhan, keeratan, dan kesinambungan ini agar tetap kekal dan terpelihara identitinya yang bercorakkan acuan Malaysia. Perkara yang paling penting yang saya pelajari sewaktu penghasilan tugasan ini ialah, saya telah mendapat suatu pendedahan baru mengenai suasana sebenar politik, sosial, ekonomi dan juga keadaan masyarakat di Malaysia. sebelum ini saya tidak mengambil peduli tentang perkara ini, tetapi sekarang saya menajdi lebih peka dengan situasi yang bermain di Malaysia. Melalui kerja kursus ini juga saya telah membuatkan saya sedar akan situasi masyarakat Malaysia sekarang terutamanya kaum pendatang seperti kaum cina dan india yang seakan akan lupa daratan. Mereka semakin berani untuk mencabar hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera. Mereka juga semakin ghairah menyentuh hal-hal sensitif yang berkaitan dengan orang Melayu dan agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara kita ini. Sedangkan mereka hanyalah pendatang yang telah diterima atas belas kasihan orang Melayu untuk menjadi warganegara suatu ketika dahulu. Oleh itu, perkara-perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana mereka patut sedar akan kedudukan mereka sebagai bangsa yang bukan asalnya dari tanah Melayu. Tambahan pula, perkara-perkara yang mereka persoalkan oleh mereka adalah perkara yang akan menyebabkan rapuhnya hubungan antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti inilah yang akan menyebabkan berlakunya perpecahan antara kaum. Perkara yang telah lama selesai tetapi dibangkitkan semula hanya semata-mata untuk kepentingan kaum sendiri sahaja. Selain daripada itu, kita dapat lihat negara kita hari ini yang mana perpaduan antara kaum telah semakin pudar. Perkara ini berlaku angkara faktor-faktor tertentu seperti politik, ekonomi dan sebagainya. Saya lebih fokuskan kesedaran saya hasil daripada tugasan ini terhadap faktor politik. Hal ini kerana dari politiklah akan memberi kesan kepada faktor lain. Dari segi politiknya, kuasa etnik Melayu hanyalah bergantung kepada perlembagaan yang telah dipersetujui oleh semua ketua kaum suatu ketika dahulu. Sekiranya tiada lagi perlembagaan dan perpaduan antara kaum, maka orang melayu bakal merempat dibumi sendiri. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, kita perlu menjaga hubungan dengan etnik-etnik yang lain seperti cina dan india agar kuasa negara ini terus dipegang oleh orang Melayu. Hal ini kerana jika dibandingkan penguasaan bangsa bumiputera dalam sektor-sektor lain seperti ekonomi, akademik dan teknologi, kaum kita masih ketinggalan di belakang kaum lain. Kekuatan kita hanyalah berpegang kepada politik. Jika bidang ini juga dikuasai oleh kaum lain maka masa depan kaum kita bakal goyah. Oleh itu, setiap daripada kita harus menjaga hubungan dan perpaduan dengan etnik lain agar perkara ini tidak berlaku.Hasil daripada tugasan ini juga telah menyedarkan saya mengenai aspek ekonomi dalam proses pemupukan hubungan etnik. Selama ini saya merasakan bahawa ekonomi di Malaysia ini dimonopoli oleh kaum melayu kerana kebanyakkan yang berniaga dipasar-pasar adalah terdiri daripada kaum melayu. Namun tanggapan saya salah dan perkara sebaliknya telah berlaku. Sistem pecah perintah yang telah dilakukan semasa penjajahan British dahulu telah membahagikan tiga kelompok kaum utama di Malaysia kepada ekonomi yang berbeza iaitu orang Cina, Melayu dan India masing-masing dengan ekonomi yang baik, sederhana dan agak mundur. Kesannya, ekonomi Malaysia sekarang dimonopoli oleh kaum Cina. Senarai 10 jutawan terkaya di Malaysia yang berada ditempat yang pertama, ketiga, keempat, kelima, keenam, kelapan, kesembilan dan kesepuluh dimiliki oleh orang Cina, manakala orang India berada ditempat yang kedua dan orang Melayu hanya berada ditempat yang ketujuh. Hal ini cukup membuktikan bahawa aspek ekonomi sukar untuk dijadikan sebagai medium penyatuan hubungan etnik. Walau bagaimanapun, kesalahan 100% peratus tidak boleh diletakkan pada bahu orang Cina semata-mata. Saya mula sedar bahawa keadaan ini berlaku disebabkan oleh orang Melayu sendiri yang malas untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Dalam al-Quran telah dinyatakan bahawa 9/10 daripada rezeki adalah daripada bidang perniagaan. Jadi, perubahan dalam kalangan orang Melayu dan India perlu ada supaya aspek ekonomi sama-sama boleh dikuasai secara sama rata sekaligus menjadikan aspek ini sebagai medium terbaik dalam misi meningkatkan hubungan etnik di Malaysia.Melalui tugasan ini juga saya sedar akan kepentingan pendidikan yang boleh menjadi medan perpaduan antara kaum di Malaysia ini. Dengan adanya sistem pembelajaran yang sama diseluruh Malaysia dapat memupuk perpaduan antara kaum dengan lebih mudah. Melalui matapelajaran sivik contohnya, semua murid diseluruh Malaysia akan belajar mengenai perpaduan antara rakyat. Selain matapelajaran sivik, kita juga mempunyai matapelajaran sejarah. Antara perkara yang dibincangkan di dalam matapelajaran ini ialah perpaduan kaum yang telah wujud sejak zaman dahulu lagi telah menjadi kunci kemerdekaan negara. Dengan adanya perkara demikian pastinya murid dapat memupuk perpaduan antara kaum sekaligus dapat menjamin keselamatan negara dari sebarang persengketaan antara kaum. Sebagai bakal guru suatu hari nanti saya juga mula sedar akan kepentingan peranan seorang guru dalam proses memupuk perpaduan di kalangan murid merupakan langkah pertama dalam membentuk ideologi Pembinaan Negara Bangsa. Untuk membina masyarakat dan negara yang utuh, guru merupakan agen perpaduan yang berperanan membentuk satu masyarakat yang bersifat satu rupa bangsa yang perlu bersatu padu dan taat setia kepada negara. Jelasnya di sini, sekiranya perpaduan di negara ini tegap melalui pendidikan, maka hala tuju unutk mencapai aspirasi Wawasan 2020 bukan lagi sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Oleh itu, hubungan antara kaum yang kompleks perlu diurus dengan betul bagi membendung sebarang persengketaan yang membawa kepada kerugian kepada semua pihak. Berteraskan semangat perkongsian kuasa, semua kaum di Malaysia menikmati hak hak yang adil dan saksama melalui Kontrak Sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu dan bukan Melayu. Berdasarkan persetujuan tersebut, perpaduan antara kaum masih lagi releven untuk dipertahankan meskipun ada anasir anasir jahat yang cuba memecah belahkan rakyat Malaysia

Kesimpulannya, perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.

5