pendekatan kepada perkembangan dan pemilihan kerjaya trait dan faktor: aplikasi dan tinjauan...

24
1 PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR Oleh Nurul Aini Mudayat, Tengku Noor Anisah Tengku Ariffin & Suzana Abdullah Universiti Malaya Abstrak Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait dan Faktor ini juga bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat diperolehi.Teori ini berasaskan jangkaan terhadap pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil. Pengenalan Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan dalam pemilihan kerjaya seperti teori trait dan faktor, teori pemilihan kerjaya Holland, teori pemilihan kerjaya Anne Roe, teori psikoanalitik Bordin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, teori trait dan faktor akan difokuskan.

Upload: ainnur-nurul-aini-mudayat

Post on 01-Jan-2016

495 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Tugasan Ilmiah

TRANSCRIPT

Page 1: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

1

PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT

DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

Oleh

Nurul Aini Mudayat, Tengku Noor Anisah Tengku Ariffin & Suzana Abdullah

Universiti Malaya

Abstrak

Teori Trait dan Faktor cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan

berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori Trait dan Faktor ini juga

bersifat kognitif dengan penggunannya dapat mempermudahkan proses pemilihan

kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri individu dapat

diperolehi.Teori ini berasaskan jangkaan terhadap pemilihan kerjaya yang baik

perlu melibatkan tiga pekara iaitu kefahaman yang jelas tentang diri,

pengetahuan tentang pekerjaan-pekerjaan dan taakulan yang tepat tentang

hubungan antara kedua-dua fakta tersebut. Teori ini juga menegaskan bahawa

tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan

individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan

dipenuhi dan pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil.

Pengenalan

Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan dalam pemilihan kerjaya seperti teori trait

dan faktor, teori pemilihan kerjaya Holland, teori pemilihan kerjaya Anne Roe, teori

psikoanalitik Bordin dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini, teori trait dan

faktor akan difokuskan.

Page 2: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

2

Teori ini merupakan teori yang tertua tentang pemilihan kerjaya. Ia dikenali dengan

berbagai nama, tetapi yang popular ialah teori Trait dan Faktor (Osipow, 1973). Teori ini juga

dikenali sebagai Minnesota Point Of View hasil kerja E. G. Williamson dan rakan-rakan di

University of Minnesota. Teori ini cuba menerangkan proses pemilihan kerjaya dengan

berasaskan teori perbezaan peribadi individu. Teori ini percaya setiap individu yang wujud di

dunia ini adalah berbeza dan unik. Teori ini mengandaikan bahawa setiap individu

mempunyai corak kemampuannya yang unik, trait-trait tertentu yang dapat diukur dengan

tepat, konsisten dan selaras serta mempunyai hubungan dengan keperluan-keperluan asas

dalam beberapa jenis pekerjaan. Teori ini bersifat kognitif dengan penggunannya dapat

mempermudahkan proses pemilihan kerjaya terutama maklumat yang tepat tentang diri

individu dapat diperolehi. Teori ini berasaskan jangkaan terhadap penilai bakat dan sikap

individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan.

Teori Trait dan Faktor adalah teori yang sudah diasaskan oleh Frank Parson, iaitu

bapa perkembangan bimbingan kerjaya dan juga merupakan penulis buku Choosing the

Vocation pada tahun 1909. Buku inimenerangkan bagaimana untuk memilih sesuatu kerjaya

yang terbaik.

Dalam Teori Trait dan Faktor ini, apa yang dapat dijadikan pegangan adalah setiap

individu yang memiliki trai-trait psikologikal tertentu yang terbentuk akibat daripada

interaksi individu itu dengan persekitarannya. Semakin hamper keselarasan antara ciri-ciri

peribadi seseorang individu dengan keperluan dan persekitaran pekerjaan maka individu itu

akan mendapat kepuasan yang tinggi dalam kerjayanya dan seterusnya berupaya

menghasilkan produktiviti yang tinggi.

Idea teori ini khususnya melihat tentang penyesuaian kerjaya dengan trait personaliti

individu adalah satu sumbangan besar yang diberikan oleh teori ini kepada para kaunselor

kerjaya dalam melaksanakan tugas mereka. Tugas utama kaunselor berdasarkan kepada teori

Page 3: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

3

ini adalah membantu kliennya membuat pemadanan yang sebaik mungkin antara dirinya

(klien) dengan sesuatu persekitaran kerja.

Andaian Teori

Menurut Harunnaja Najmudin (2006) dalam (Hogan, DeSoto, dan Solano (1977)

dalam Brown, D dan Brooks, L. (1999)) sepanjang sepertiga yang awal abad ke-20, trait

sudah diandaikan sebagai “struktur psikik dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang

terletak di suatu tempat dalam otak atau sistem”. Disebabkan oleh andaian ini, ahli psikologi

percaya bahawa alat-alat dapat dicipta dan dibangunkan bagi mengukur intrinsik individu.

Faktor pula adalah satu bentuk bukti statistik bahawa sesuatu trait itu wujud dalam diri

individu. Perkataan faktor mula muncul apabila teknik faktor analitikal digunakan dalam

mengkaji trait-trait individu yang berhubung kait dengan kebolehan intelektual. Ketika itulah

perkataan factor digunakan silih berganti dengan perkataan trait.

Teori ini mengandaikan bahawa individu mempunyai kombinasi unik ciri-ciri yang

boleh diukur dan dikira dengan tepat dan mempamerkan ciri-ciri tertentu untuk melaksanakan

peranan pekerjaan dengan jayanya bagi sesuatu pekerjaan tertentu.

Miller (1974) mengemukakan andaian-andaian mengenai teori Trait dan Faktor yang

meliputi sebahagian besar perkembangan kerjaya merupakan suatu proses kognitif di mana

keputusannya dicapai melalui pemikiran. Pilihan pekerjaan merupakan suatu perkara yang

penting. Berdasarkan pengaruh Parson, pilihan diberi penekanan yang sangat besar manakala

perkembangan diberi penekanan yang sangat kecil. Bagi setiap individu, terdapat suatu tujuan

yang tepat dalam pemilihan kerjaya. Hanya sedikit individu atau kurang yang boleh

dipadankan dengan pelbagai jenis kerjaya. Satu pekerjaan hanya dikhususkan untuk seorang

individu. Andaian ini melambangkan konsepnya yang sesuai dengan pendekatan teori Trait

dan Faktor. Terdapat satu pilihan kerjaya yang telah tersedia bagi setiap individu.

Page 4: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

4

Zaccaria (dalam Weinrach, 1979:63) menyatakan bahawa Individu mempunyai

kebolehan dan trait-trait yang unik. Trait-trait ini pula mempunyai hubungan dengan

keperluan-keperluan dalam pelbagai jenis pekerjaan. Individu mempunyai satu set kualiti

yang agak homogenius yang perlu untuk kejayaan dalam sesuatu jenis pekerjaan. Ujian iaitu

pengukuran trait yang objektif dan standard adalah kaedah yang terbaik untuk meramal

kejayaan pekerjaan masa depan seseorang.

Frederikson (1982) mengemukakan beberapa andaian yang mendasari teori Trait dan

Faktor di mana setiap individu memiliki suatu pola sifat-sifat yang unik yang dapat diukur

secara tepat dan sah. Setiap pekerjaan memiliki suatu pola persyaratan sifat yang unik dan

dapat diukur agar pekerjaan itu dapat dikerjakan dengan berhasil dalam apa jua keadaan.

Untuk memadankan sifat-sifat individu dengan sifat-sifat pekerjaan. Semakin tinggi

kesepadanan antara sifat-sifat individu dan sifat-sifat pekerjaan, maka seseorang itu akan

lebih produktif terhadap kerjayanya.

Pandangan Klein dan Weiner (1977) dapat disimpulkan dengan menyatakan setiap

individu mempunyai set trait yang unik yang boleh diukur secara sah dan boleh dipercayai.

Setiap pekerjaan memerlukan pekerja memiliki trait yang sangat spesifik bagi membolehkan

pekerja itu berjaya. Walau bagaimanapun, pekerja yang memiliki ciri-ciri yang agak luas

(tidak spesifik) masih boleh untuk berjaya dalam pekerjaan yang dilakukannya. Pemilihan

sesuatu pekerjaan adalah suatu proses yang agak mudah difahami (rather straight forward)

dan pemadanan antara inidividu dengan pekerjaan adalah sesuatu yang boleh dilaksanakan.

Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri peribadi dengan keperluan-keperluan dalam

sesuatu pekerjaan, maka semakin besar kemungkinan seseorang itu untuk berjaya dalam

pekerjaan tersebut iaitu menghasilkan produktiviti dan kepuasan yang tinggi.

Berdasarkan pernyataan penulis-penulis di atas dapat disimpulkan di sini bahawa

setiap individu itu mempunyai trait-trait yang tersendiri berdasarkan perbezaan individu.

Page 5: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

5

Berdasarkan trait-trait tersebut, dapat dikenalpasti kebolehan dan kelebihan seseorang

individu itu yang biasanya dilakukan melalui ujian.

Definisi Trait dan Faktor

Trait merupakan ciri-ciri individu yang boleh diukur menerusi ujian. Struktur psikik

dan neurologikal yang tidak mudah luntur yang terletak di suatu tempat di dalam otak atau

sistem saraf. (Hogan, De Soto & Solano, 1977). Faktor merujuk kepada ciri yang diperlukan

untuk berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Ia merujuk kepada ciri-ciri yang diperlukan untuk

berjaya dalam sesuatu pekerjaan. Istilah trait dan faktor merujuk kepada penilaian ciri

individu dan pekerjaan (Sharf, 1992).

Maka, dapat dilihat di sini trait dan faktor mempunyai ciri-ciri yang saling berkait

untuk berjaya dalam sesuatu kerjaya. Hal ini demikian kerana, untuk berjaya dalam sesuatu

kerjaya, seseorang itu perlu mempunyai trait-trait yang tertentu yang telah dikenalpasti.

Prinsip Teori Trait dan Faktor

Parson (1909) menyatakan bahawa, untuk memilih sesuatu kerjaya, seseorang

individu itu haruslah mempunyai idea untuk mendapatkan maklumat-maklumat iaitu

memahami diri sendiri iaitu kefahaman yang jelas tentang diri sendiri; sikap, kebolehan,

minat, cita-cita, dan sumber-sumber yang terhad; serta sebab-sebabnya. Mengatahui

maklumat pekerjaan iaitu pengetahuan tentang keperluan dan syarat-syarat kejayaan,

kebaikan dan keburukan, pampasan, peluang, dan prospek dalam selaras kerja yang berbeza.

Disamping itu , individu itu boleh memperolehi pengetahuan berkaitan dengan dunia

pekerjaan iaitu jenis maklumat atau penerangan berkaitan pekerjaan, keadan bekerja, gaji,

klasifikasi dan syarat-syarat yang diperlukan oleh sesuatu pekerjaan- adakah padan dengan

trait dan faktor yang dimiliki.Dan penaakulan benar mengenai hubungan antara kedua-dua

Page 6: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

6

kumpulan fakta di atas.atau memadankan antara dua perkara di atas dan membuat keputusan

yang rasional berkaitan dengan kerjaya.Memadankan maklumat mnengenai diri dan dunia

pekerjaan boleh dilakukan menerusi cara manual iaitu memadankan skor yang diperolehi

dengan pekerjaan yang sesuai atau menerusi bantuan komputer.

Tedapat pelbagai sumber untuk memahami diri sendiri iaitu melalui ujian, inventori,

maklumat pekerjaan dan menerusi perbincangan dan temuduga. Terdapat 5 trait dan asas

yang boleh dinilai iaitu apitud (bakat), pencapaian (achivements), minat (interest), nilai

(value) dan personaliti. Apitud (bakat), digunakan untuk meramal kejayaan masa depan sama

ada dalam pendidikan dan latihan pekerjaan. Kaunselor perlu menyatakan bahawa ianya

bergantung kepada keputusan yang diambil oleh klien. Pencapaian (achivements) merujuk

kepada keadaan dimana individu menyertai sesuatu keadaan dan berjaya memperolehi

pencapaian terbaik di sepanjang kehidupannya. Pencapaian ini meliputi 3 jenis iaitu

pencapaian akademik, kerjaya dan pemadanan yang bersesuaian dan layak untuk memasuki

sesuatu pekerjaan. Ia diukur secara kuantitatif menerusi ujian yang berkesan. Minat (interest)

di mana seseorang individu itu perlu menjalani ujian minat terhadap sesuatu pekerjaan. Nilai

(value) terbahagi 2 iaitu nilai umum dan nilai berkaitan pekerjaan dan persoanliti pula

berkenaan dalaman diri seseorang dalam memilih pekerjaan.

Maka, menurut teori ini,seseorang itu perlu memahami diri sendiri, mengetahui

maklumat pekerjaan seterusnya memadankan maklumat mengenai diri dan dunia pekerjaan.

Perkara ini perlu dilakukan agar pekerjaan yang dipilih sesuai dengan trait-trait yang dimiliki.

Aplikasi Teori Trait dan Faktor

Matlamat pendekatan teori ini adalah untuk memastikan ciri personal atau peribadi

individu selaras dengan keperluan keperluan dalam sesuatu bidang pekerjaan. Aspek ini

penting kerana keselarasan antara ciri peribadi dengan keperluan pekerjaan boleh

Page 7: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

7

menyumbang kepada peningkatan motivasi, kepuasan kerja, pencapaian dan produktiviti.

Intipati daripada kenyataan ini ialah betapa perlunya isu mengenai keselarasan individu-

persekitaran atau individu-pekerjaan ini diberi penekanan di dalam proses pemilihan kerjaya.

Menurut Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006), pemilihan kerjaya

menggunakan kaedah saintifik memerlukan suatu strategi yang sistematik, tepat dan

berkesan. Strategi yang diutarakan beliau meliputi tiga perkara iaitu mengenal pasti trait dan

ciri diri individu bertujuan untuk menentukan kekuatan dan kelemahan diri. Menganalisis

keperluan pekerjaan iaitu cuba mendapatkan semua maklumat penting berkaitan pendidikan

dan pekerjaan. Memadankan individu dengan kerjaya iaitu membuat keputusan pemilihan

bidang pendidikan atau pekerjaan yang sesuai dengan potensi diri.

Dalam penulisan ini, dilihat kepada salah satu sesi kaunseling iaitu kajian kes dan

juga pengaplikasian teori di kajian lapangan yang telah dipilih dengan memenuhi ciri-ciri

yang berkaitan tajuk kajian yang telah dinyatakan. Kes ini diringkaskan kepada beberapa

item yang jelas dan senang difahami.

Pengaplikasian Sesi kaunseling (Kajian Kes) :

Ai Vee seorang pelajar lepasan STPM dari salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Ai Vee merupakan anak kedua kepada pengurus besar di salah sebuah syarikat terkenal di

Kuala Lumpur. Seperti pelajar lain, Ai Vee juga mempunyai impian untuk mencapai cita-

cita. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang peguam. Justeru minat yang semakin

mendalam terhadap kerjaya pilihannya itu menjadikannya semakin tidak sabar untuk

memegang status dalam bidang pekerjaan pula. Walaubagaimanapun, cita-cita Ai Vee

tidaklah disokong oleh ibu dan bapanya sehinggalah urusan untuk pemilihan kursus di

universiti turut ditentukan oleh ibu bapanya. Ini bermakna mereka akan membuat keputusan

peimilihan kursus untuk Ai Vee. Ai Vee tidak meminati kursus pilihan yang diinginkan oleh

Page 8: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

8

ibu bapanya iaitu dalam bidang Perniagaan dan Perakaunan. Akhirnya ibu dan bapanya

mengambil keputusan untuk menghantarnya berjumpa dengan kaunselor kerjaya.

Langkah-Langkah Dalam Proses Pemilihan Kerjaya Mengikut Teori Trait dan Faktor

Langkah-langkah dalam model Trait dan Faktor telah digunakan untuk memilih

pekerjaan yang sesuai dengan mengenalpasti beberapa ciri yang stabil berkaitan keperluan

permintaan pekerjaan. Hasil usaha yang kongruen dengan kebolehan individu dan

kepentingan pekerjaan yang sesuai akan membawa kejayaan dan kepuasan kerja. Secara

kebetulan, Parson meletakkan tekanan pada memilih kerjaya daripada mendapatkan

pekerjaan (Mogi Kazuyuki and Wang Kuo-lin, 2006). Dalam satu kajian perbincangan telah

mengatakan bahawa hanya sebagai kebahagiaan boleh menjadi satu perkara pilihan iaitu,

bagaimana dan juga sama ada seseorang membuat pilihan pengaruh sama ada ia gembira atau

tidak, pilihan juga boleh menjadi satu perkara kebahagiaan. Ini adalah berikutan kekecewaan

seseorang yang salah membuat keputusan sendiri dan bukannya disebabkan rasa tidak puas

hati dengan keputusan pilihan mereka. Individu sebegitu akan lebih sentiasa berusaha untuk

membuat "lebih baik" pilihan dan pertimbangan, melalui usaha untuk meningkatkan

kebahagiaan mereka. (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja

Lyubomirsky, Katherine White & Darrin R. Lehman, 2002)

Matlamat akhir teori kerjaya yang dikemukakan oleh Frank Parson ini adalah untuk

memastikan ciri peribadi seseorang individu itu selaras dengan keperluan bidang pengajian

atau pekerjaan. Pilihan bidang akan menjadi lebih risiko jika kuantiti pilihan bidang terlalu

banyak (Barry Schwartz and Andrew Ward, John Monterosso, Sonja Lyubomirsky, Katherine

White & Darrin R. Lehman, 2002). Keselarasan antara ciri peribadi dengan ciri pekerjaan

atau program pengajian adalah sangat penting kerana ia dikatakan boleh mempengaruhi

motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan stabiliti dalam sesuatu pekerjaan.

Page 9: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

9

Sehubungan itu Parson (1908, dalam Sidek Mohd Noah, 2006) menyenaraikan tiga

langkah dalam proses pemilihan kerjaya dan pendidikan.

Dalam sesi kaunseling, kaunselor boleh mengaitkan latar belakang kes dengan

penggunaan teori Trait dan Faktor. Langkah pertama ialah menolong Ai Vee mengenal pasti

potensi dirinya dengan menggunakan kaedah tertentu. Kaunselor menyediakan ujian

psikologi yang sesuai seperti ujian minat kerjaya, ujian personaliti, ujian nilai dan ujian

pencapaian. Dalam kes ini, ujian minat kerjaya Holland telah diberikan kepada Ai Vee.

Menurut Nowak (1986), untuk mengenal pasti potensi diri individu, aspek yang berkaitan

dengan personaliti, minat, nilai serta pencapaian perlulah diteroka secara objektif dan

mendalam.

Situasi langkah pertama :

Ai Vee: Saya tidak pasti dengan pilihan saya ini. Saya keliru sama ada saya perlu

untuk meneruskan cita-cita saya atau hanya mengikut kehendak pilihan ibu

bapa saya

Kaunselor: Saya berminat hendak tahu penerangan dari anda (kaunselor cuba

mengumpul maklumat untuk penilaian pengalaman Ai Vee mengenai ciri-ciri

yang ada pada klien dan faktor yang mempengaruhi situasinya sekarang)

Ai Vee: Saya kurang mahir berbahasa Inggeris dan kurang mahir untuk berdebat.

Sedangkan saya tahu kerjaya seorang peguam perlu mempunyai kemahiran-

kemahiran yang baik dalam penggunaan bahasa Inggeris dan mahir

berhujah.

Kaunselor: Memiliki kemahiran tersebut adalah sukar bagi anda (Kaunselor menyemak

maklumat mengenai potensi diri Ai Vee yang diminta untuk disusuli dalam

maklumat yang ingin diterokai bersama).

Page 10: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

10

Ai Vee: Saya sering berkomunikasi dalam bahasa Inggeris semasa di sesi

persekolahan dan semasa melibatkan diri dalam persatuan belia di luar

sekolah. Sebenarnya saya memegang jawatan sebagai pengarah bagi

mewakili remaja di bawah umur 21 tahun. Banyak pertandingan dan juga

persembahan yang saya libatkan diri sepanjang saya menjadi ahli persatuan

tersebut.

Kaunselor: Nampaknya anda banyak terlibat dengan aktiviti sosial persatuan. Ini

mengingatkan saya mengenai Ujian kerjaya Holland yang anda buat hari itu.

(Kaunselor mengaitkan perkaitan perbincangan skor Ujian kerjaya Hollamd

yang dibuat oleh Ai Vee pada sesi yang lepas yang mana memberi skor

tertinggi adalah S iaitu Sosial).

Ai Vee: Ya betul sangat tu. Saya akan merebut peluang untuk melibatkan aktiviti

dalam semua acara.

Kaunselor: Anda betul-betul suka untuk melibatkan diri dalam pelbagai acara yang

dianjurkan oleh persatuan

Ai Vee: Ya. Saya suka sangat bersosial dan saya fikir kita semua akan melakukan

terbaik dan mendapat nombor satu dalam setiap perkara.

Kaunselor: Anda seperti mahu menggembirakan hati anda dengan kemenangan yang

anda perolehi. (Kaunselor merujuk kepada ciri-ciri yang dimiliki oleh jenis

Sosial.)

Ai Vee: Ya. Tapi saya tak tahu untuk memilih pilihan yang terbaik. Saya memerlukan

sokongan daripada ibu dan bapa saya.

Kaunselor: Adalah menjadi sukar bagi anda untuk membuat pilihan. (Kaunselor peka

minat Ai Vee dan kecenderungannya dalam bersosial. Kaunselor juga peka

Page 11: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

11

akan kelemahan Ai Vee yang mendatangkan masalah kepadanya untuk

membuat keputusan)

Langkah kedua dalam strategi pemilihan kerjaya yang baik memerlukan individu

mengumpulkan maklumat sebanyak mungkin mengenai sesuatu pekerjaan atau bidang

pengajian. Ai Vee diminta untuk mengumpulkan maklumat sebanyak yang mungkin

mengenai bidang pekerjaan yang diminatinya. Antaranya termasuklah penerangan tentang

pekerjaan, keperluan latihan, tempat latihan, syarat kelayakan akademik, jangka masa latihan

dan maklumat lain yang berkaitan. Strategi ini telah dibincangkan semasa sesi kaunseling

yang seterusnya, dimana kaunselor memberikan kerja rumah kepada Ai Vee untuk

mengumpul maklumat yang berkaitan. Sumber maklumat yang dicari adalah dibenarkan

saluran sama ada melalui media elektronik, media cetak, pengalaman orang dan sebagainya.

Kaunselor juga telah membuat penyediaan mencari sumber maklumat yang berkaitan. Kerja

rumah yang diberikan adalah dengan meminta Ai Vee untuk membuat perbandingan

maklumat kedua-dua pilihan.

Situasi langkah kedua:

Ai Vee: Apabila saya fikirkan kembali, banyak orang mempengaruhi kerjaya yang

saya minat sekarang iaitu peguam. Sebaliknya kerjaya yang saya kurang

minat menjadi pilihan yang dibuat oleh ibu dan bapa saya. Saya boleh untuk

membantu dan mewarisi warisan keluarga saya dalam bidang perniagaan

tetapi ia bukanlah cita-cita saya.

Kaunselor: Walaupun anda tidak meminati bidang perniagaan, tetapi anda masih ingin

mengambil berat warisan keluarga anda.

Page 12: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

12

Ai Vee: Ya. Ibu bapa saya inginkan saya ada ekonomi yang kukuh dalam hasil kerjya

saya. Warisan keluarga adalah impian mereka untuk saya. Mereka inginkan

terbaik untuk saya.

Kaunselor: Tetapi anda perlu untuk membahagikan sumber maklumat yang ada. Anda

boleh bandingkan maklumat kedua-dua pilihan ini. (kaunselor menggalakkan

klien untuk membuat perbandingan sumber maklumat mengenai kedua-dua

pilihan)

Langkah ketiga, kaunselor membincangkan maklumat yang dikumpulkan untuk

tujuan menjelaskan dan memberikan celik akal kepada Ai Vee mengenai bakat dan potensi

yang dimiliki yang berseuaian atau sepadan dengan pemilihan kerjaya yang dinginkan. Pada

peringkat ini memerlukan Ai Vee membuat keputusan dalam memilih kerjaya. Langkah

terakhir ini sangat penting kerana ia akan menentukan masa depannya. Pada peringkat ini Ai

Vee diminta untuk menentukan dengan tepat matlamat kerjayanya dengan memadankan

maklumat berkaitan potensi diri dengan maklumat tentang kerjaya yang dipilih. Dalam proses

pemadanan kedua aspek ini, unsur kompromi aspek berkenaan mungkin memainkan peranan

yang sangat penting.

Situasi langkah ketiga

Ai Vee: Saya rasa sangat bersemangat sekarang!. Saya dapat pelbagai pendedahan

maklumat yang berkaitan dengan kedua-dua pilihan yang perlu dibuat.

Kaunselor: Bagus. Nampaknya anda telah melakukan banyak kerja rumah (Kaunselor

memilih untuk memberi penguhan positif kepada Ai Vee berikutan penemuan

pendedahan maklumat yang dijumpai. Tanpa maklumuat pekerjaan,

kaunseling kerjaya akan kurang berjaya).

Page 13: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

13

Ai Vee: Saya rasa akan pilih kursus Guaman. Saya tahu kursus guaman sangat tinggi

jangkaan pembelajarannya. Tetapi sekurang-kurangnya saya dapat

menerokai bidang tersebut melalui pendedahan maklumat yang berguna.

Walaubagaimanapun, saya masih fikir adakah pilihan saya adalah betul dan

bersesuaian dengan trait saya.

Kaunselor: Bidang kursus guaman ini sangat tinggi ekspetasi secara keseluruhan aspek

seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Ai Vee: Apabila saya melihat kepada pendedahan maklumat ini, ia telah membuatkan

saya lihat bahawa boleh memilih kursus untuk guaman dan dalam masa yang

sama saya juga boleh melibatkan diri dalam bidang perniagaan warisan

keluarga saya dengan bekerjasama dengan syarikat hak milik keluarga saya.

Bidang guaman boleh bekerjsama dengan syarikat lain atas urusan jaminan

pekerja dan hak pekerja misalanya. Oleh itu saya akan meneruskan pilihan

saya ini

Kaunselor: Adalah bijak anda dapat melihat seperti ini. Anda boleh integrasi kan minat

anda (Meneguhkan celik akal klien bagaimana untuk menggabungkannya).

Walaupun proses pemadanan ini amat mudah difahami iaitu seakan-akan

memadankan pasak bulat ke dalam lubang bulat atau memadankan pasak empat segi ke

dalam lubang empat segi, namun proses ini amatlah rumit dan memerlukan kepakaran

khusus. Pada akhir langkah ketiga ini Ai Vee perlu memastikan beliau mempunyai matlamat

kerjaya yang jelas. Matlamat kerjaya yang jelas ini perlu kerana ia dapat memberi arah serta

hala tuju kepadanya di samping berperanan sebagai sumber motivasi dalaman yang penting

dan utama.

Page 14: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

14

Pengaplikasian Trait dan Faktor Dalam Kajian lapangan

Teori ini telah merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang trait, menghasilkan

rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi asas pembentukan dokumen seperti

Dictionary of Occupational Titles (DOT) di samping memberikan asas kepada kebanyakan

penyelidik berkaitan dengan pencapaian kerja. Di sini dibincangkan beberapa kajian dalam

negara dan juga luar negara yang berkait rapat dengan penyelidikan trait seseorang individu.

Fokus utama bagi contoh yang ditonjolkan di sini adalah trait dan personaliti guru bimbingan

dan kaunseling ataupun dipanggil kaunselor bagi sesetengah pengkaji. Kajian dalam negara

yang dijalankan oleh Alma dan Daniel (2005) mengenai personaliti pelajar terhadap trait dan

personaliti guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan Perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling di empat buah sekolah di Negeri Johor. Kajian ini mendapati bahawa trait dan

personaliti guru bimbingan dan kaunseling yang bersifat kemesraan dan pandai mengambil

hati sangat digemari oleh para pelajar, manakala trait seperti pemarah, garang dan suka

mengarah tidak digemari oleh pelajar. Oleh yang demikian, trait yang positif dalam diri

seseorang guru bimbingan dan kaunseling amat sesuai dengan kerjaya sedemikian dan

keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mencapai objektif yang telah

digariskan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Rohana (2005) pula membuat satu tinjauan bagi melihat perhubungan kecekapan

Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Johor

dengan faktor demografi dalam menjalankan sesi kaunseling. Kecekapan ini merangkumi

enam langkah kemahiran dalam proses menjalankan sesi kaunseling iaitu, memulakan

perhubungan menolong, memahami world view klien secara empati, mencari punca masalah

klien, mengenal pasti pelan dan tindakan apa yang diharapkan oleh klien, memberi sokongan

terhadap tindakan yang diambil dan menilai hasil sesi kaunseling. Faktor demografi dikenal

pasti dan yang paling dominan adalah jantina, umur, dan pengalaman. Di sini dapat dilihat

Page 15: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

15

bahawa trait guru bimbingan dan kaunseling yang cekap memainkan peranan penting dalam

mencorak para pelajar di samping faktor demografi yang perlu di ambil kira.

Azwani (2010) pula menjalankan kajian mengenai Profil Personaliti dan Prestasi

Kaunselor Sekolah Menengah Daerah Kota Tinggi ke atas 45 orang kaunselor. Hasil kajian,

mendapati domain Conscientiousness merupakan satu-satunya domain yang mencatat tahap

min yang tinggi. Manakala empat lagi domain iaitu, Neuroticism, Extraversion,

Agreeableness dan Openess to Experience berada pada tahap yang rendah. Dengan ini jelas

menunjukkan bahawa trait conscientiousness seperti ini yang ada pada diri seseorang guru

bimbingan dan kaunseling mampu mewujudkan satu perkhidmatan yang terulung dan

bermanfaat kepada negara.

Kajian luar negara yang dijalankan oleh Ritter et.al (2002) mengenai keberkesanan

terapis atau kaunselor dalam membantu klien yang ketagih dengan alkohol. Kajian ini telah

dijalankan terhadap klien dalam melihat persepsi mereka terhadap kaunselor atau terapis.

Hasil kajian mendapati keberkesanan terapis bergantung kepada pengalaman dan teknik yang

digunakan oleh terapis itu sendiri. Oleh itu, dapat dilihat di sini terapis mahupun kaunselor

yang mempunyai trait yang bersifat ingin tahu ataupun sentiasa berusaha mendapatkan ilmu

atau kaedah yang terkini dalam perkhidmatan mereka mampu membantu klien.

Carolyn dan Mary (2001) juga telah menjalankan kajian berhubung dengan

keberkesanan yang berkaitan dengan sikap personaliti dan ciri-ciri demografi Guru

Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan

yang signifikan dalam ciri-ciri personaliti seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling serta

mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan di

sini hasil daripada kajian-kajian yang telah dilakukan dalam dan luar negara yang

dibincangkan di atas adalah trait dan personaliti seseorang individu amat penting dalam

pemilihan sesuatu kerjaya. Trait positif yang ada pada diri seseorang mampu menghasilkan

Page 16: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

16

kepuasan kerja yang berterusan dan secara tidak langsung dapat menyumbangkan

perkhidmatan yang terbaik dalam sesuatu pekerjaan yang mereka ceburi.

Impak dan Relevan Teori Trait dan Faktor

Model berorientasikan teori Trait dan Faktor ini boleh diaplikasikan dengan baik

kepada lelaki dan wanita, kumpulan minoriti dan juga bukan minoriti, dan dengan ciri-ciri ini,

model teori Trait dan Faktor ialah satu model yang komprehensif (Brown dalam Brown &

Brooks, 1984). Psikologi Vokasional mempunyai akarnya dalam Frank Parsons (1909)

"padanan lelaki dan pekerjaan" pendekatan kepada keputusan kerjaya membuat keputusan.

Teori dan penyelidik telah umumnya membuat kesimpulan bahawa walaupun wanita dan

lelaki boleh berkongsi persamaan dengan perhatian kepada pembangunan kerjaya, kerjaya

proses untuk wanita masih sememangnya lebih kompleks daripada lelaki (Betz & Fitzgerald,

1987; Fitzgerald & Crites, 1980). Pembolehubah hipotesis untuk menjadi unik untuk kerjaya

wanita pembangunan termasuklah terhad pekerjaan dan pendapatan peluang, kebolehan

wanita, dan memberi tumpuan kepada mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab keluarga.

Untuk bertahun-tahun, pilihan wanita dikaji sebagai sama ada kerjaya berbanding

berorientasikan keluarga atau tradisional berbanding bukan tradisional, perbezaan itu

mungkin kurang relevan pada masa ini kerana banyak wanita mempunyai keluarga dan juga

bekerja di luar rumah dalam pelbagai pekerjaan tradisional dan bukan tradisional (Baber &

Monaghan, 1988; O'Connell, Betz, & Kurth, 1989). Walau bagaimanapun, kerana wanita

masih menganggap kebanyakan tanggungjawab untuk membesarkan anak dan rumahtangga

masyarakat di Amerika Syarikat (Russo & Denmark, 1984), proses kerjaya membuat

keputusan untuk wanita termasuk komponen yang terus berada di luar pertimbangan ramai

lelaki: bagaimana untuk memilih kerjaya yang akan membolehkan mereka untuk berfungsi

dan berjaya dalam pelbagai peranan ibu bapa, rakan kongsi, dan pekerja.

Page 17: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

17

Dalam bidang orientasi kerjaya dan pilihan kerjaya remaja wanita yang diramalkan

oleh kebolehan, ciri-ciri agentic (pencapaian prestasi), sikap peranan jantina, dan hubungan

dengan ibu.Wanita muda yang mempunyai sikap peranan jantina yang liberal, instrumental

dan berkesan dengan mengambil kira matematik dan kerjaya, dan mempamerkan darjah

sederhana perapatan dan kemerdekaan daripada ibu mereka cenderung untuk menghargai

usaha-usaha kerjaya mereka. Tambahan pula, wanita remaja yang memilih bukan tradisional

dan kerjaya berprestij telah didapati mempunyai keupayaan yang tinggi dan ciri-ciri agentic

yang kukuh. Berikutan keperluan untuk menguji trait kadangkala mendiskriminasikan

golongan minoriti dan wanita, adalah perlu untuk memastikan alat pengukuran yang sah

dihasilkan terdahulu untuk tujuan mengukur mengikut teori Trait dan Faktor (Sidek Mohd.

Noah, 2001).

Kelebihan Teori Trait dan Faktor

Tugas utama dalam proses membuat pemilihan kerjaya adalah untuk memadankan

individu dengan sesuatu pekerjaan. Dengan cara ini, keperluan individu akan dipenuhi dan

pencapaian kerja yang memuaskan akan terhasil. Teori Penyesuian Kerja juga secara terus

menerus menyuarakan bahawa pertukaran kerja akan berlaku apabila kerja dilakukan secara

tidak memuaskan atau keperluan-keperluan individu tidak dipenuhi.

Oleh yang demikian, dengan penggunaan Teori Trait dan Faktor ini sedikit sebanyak

dapat membantu individu dalam pemilihan kerjaya. Ini kerana kelebihan penggunaan Teori

Trait dan Faktor adalah membawa manfaat kepada individu di mana teori ini mendapat skor

dan pengiktirafan yang tinggi dalam aspek parsimony. Berkaitan dengan aspek ini, konsep-

konsep utamanya dinyatakan dengan ringkas dan idea-idea diilustrasikan secara mudah dan

jelas.

Page 18: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

18

Kelebihan lain yang dapat dilihat daripada teori ini adalah skala yang yang diperlukan

terhasil serta inventori dan ujian-ujian psikologikal yang banyak dan pelbagai digunakan oleh

kebanyakan kaunselor kerjaya. Namun demikian, alat-alat ukuran yang digunakan untuk

mengukur sesuatu trait kadangkala mendiskriminasi golongan minoriti dan wanita, maka

kebolehgunaan alat-alat ukuran oleh ahli psikologi Trait dan Faktor adalah terhad kepada

kumpulan tertentu sahaja. Oleh yang demikian, jika idea Trait dan Faktor ingin digunakan

kepada kumpulan minoriti dan wanita, alat ukuran yang sah dan boleh dipercayai perlu

dihasilkan.

Selain itu, model Trait dan Faktor telah diintegrsikan ke dalam teori-teori lain seperti

teori Super, Roe dan Holland ( Brown & Brook 1984). Sejajar dengan perkembangan

kaunseling kerjaya yang begitu pesat sekarang ini, model Trait dan Faktor tidak dapat berdiri

dengan sendiri sebagai satu sistem maklumat untuk membuat pemilihan kerjaya. Namun

begitu, ratusan kajian yang menyokong idea hubungan antara trait-trait dan kejayaan serta

pencapaian kerja tidak boleh dilupakan begitu sahaja. Oleh itu, teori ini amat berguna dan

bersesuaian oleh para pengkaji yang membuat kajian mengenai isu pemilihan kerjaya dan ini

secara tidak langsung teori ini sebagai asas dan satu panduan yang berguna untuk mereka.

Limitasi Teori Trait dan Faktor

Para pengamal dan pengikut pendekatan Trait dan Faktor telah membentuk dan

mengemukakan definisi trait dan penjelasan tentang isu pemilihan kerjaya dan pertukaran

kerja dengan begitu memuaskan. Namun kadangkala definisi dan penjelasan tersebut tidak

dipersetujui sepenuhnya. Ini disebabkan mereka gagal mendefinisi pembolehubah-

pembolehubah yang memberi kesan kepada proses membuat pemilian kerjaya dan hubungan

tentang sebab dan akibat di kalangan trait dan pembolehubah lain seperti gender, dan

pendidikan dan status sosioekonomi.

Page 19: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

19

Selain itu, kelemahan yang ketara adalah terhasil daripada pemerhatian ahli-ahli

psikologi vokasional yang berpegang kepada teori ini mencadangkan agar sedikit kebebasan

diberikan tentang pemilihan kerjaya dan menyarankan agar faktor-faktor biologi, geografi

dan sosiologi memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya. Hubungan tentang faktor-

faktor ini perlu dibuat dan dinyatakan secara lebih eksplisit supaya proses pemilihan kerjaya

dapat difahami dengan lebih jelas.

Sejajar dengan itu, ahli-ahli teori Trait dan faktor juga perlu membentuk usul-usul

tentang korelasi antara trait yang wujud dengan pemilihan kerjaya. Contohnya apakah

pertalian antara nilai-nilai, keperluan-keperluan, sikap dan minat apabila faktor-faktor ini

beroperasi untuk mempengaruhi pemilihan kerjaya.

Sehubungan itu juga,satu kelemahan yang ketara berkaitan teori Trait dan Faktor ini

adalah kegagalannya untuk menangani proses membuat pemilihan itu sendiri. Teori ini

menyangkakan bahawa kebolehan membuat keputusan adalah berkaitan dengan trait-trait

tertentu contohnya adalah kecerdasan. Teori ini juga menjangkakan bahawa terdapat proses

membuat keputusan yang sistematik yang boleh dipelajari. Kedua-dua perkara ini, iaitu

pertalian antara trait-trait dengan kebolehan membuat keputusan kerjaya dan proses yang

berlaku dalam membuat keputusan kerjaya memerluan kajian dan penjelasan selanjutnya

daripada pengkaji dan pengikut teori ini.

Penutup

Setiap individu mempunyai trait atau tingkah laku yang unik dan tertentu yang mana

boleh di percayai setiap pekerjaan memerlukan seorang pekerja yang memiliki trait-trait

tertentu untuk berjaya. Semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personal dengan

keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan maka semakin besar kemungkinan seseorang

Page 20: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

20

itu untuk berjaya dalam pekerjaan tersebut dan mencapai produktiviti dan kepuasan diri yang

tinggi.

Page 21: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

21

RUJUKAN

Alma Harris dan Daniel Muijs (2005). Improving Schools Through Teacher Leadership.

United Kingdom : McGraw-Hill.

Amir Awang (1983). Memilih Pekerjaan. Dewan Masyarakat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Azwani binti Mat Nor (2010). Profil Personaliti dan Prestasi Kaunselor Sekolah Menengah

Daerah Kota Tinggi. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

Barry Schwartz and Andrew Ward, J. M. (2002). Maximizing Versus Satisficing: Happiness

Is a Matter of Choice. Journal of Personality and Social Psychology , Vol. 83, No. 5,

1178–1197.

Brown, D. & Brooks, L (1990). Career Choice and Development. Second edition. San

Francisco: Jossey – Bass Inc.

Brown, R.D., dan Brooks, L., (ed.), 1996. Career Choice and Development. Edisi ke-3.

San Francisco: Jossey-Bass.

Carolyn B. Stone and Mary Ann Clark (2001). School Counsellors and Principals : Partners

in Support of Academic Achievement. Nassp Bulletin. Volume 85, No 624, 46-53.

Page 22: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

22

Dictionary of Occupational Titles. Edisi ke-4, 1991. Washington, DC: U.S. Department of

Labor, Employment and Training Administration

Fassinger, K. M. (1993). A Causal Model of the Career Orientation and career choice of

Adolescent women. Journal of Counseling Psychology , Vol. 40. No. 4, 456-469.

Frederikson (1982). Vocational guidance; Information services; United States. New York:

Prentice-Hall.

Harunnaja Najmudddin (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya.

Pahang: PTSProfessional Publishing Sdn. Bhd.

Hogan, R., DeSoto, C.B., & Solano, C. (1977). Traits, tests, and personality research.

American Psychologist, 32, 255-264.

Khatizah Dahlan, Nota Edaran ,Pendekatan Dalam Proses Pemilihan Calon Guru Di Institusi

Pengajian Tinggi Awam Di Malaysia.

Klien, K.L & Y. Wiener (1977). Interest congruency as a moderator of the of the relationship

between job tenure and job satisfaction and mental health. Journal of Vocational

Behavior 10: 91-98.

Kuo-lin, M. K. (2006). Illusion of Career Development Theories For the Departure of

Page 23: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

23

Developing a Demonstrative Career Development Theory. The Economic Journal of

Takasaki City University of Economics , vol.49 No.2 pp.17-30

Miller, B.P., & Miller, A.J. (1985). Psychological correlates of success in elite sportswomen.

International Journal of Sport Psychology, 16, 289-295.

Osipow, S. H. 1973. Theories of Career Development. London: Prantice-Hall Inc.

Parson, F (1909). Choosing a Vacation. Boston: Houghton Mifflin.

Puteri Hayati Megat Ahmad (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kerjaya. Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramesh A/I Sanasi , Nota Edaran, Personality Development,UUM , PHM Sandakan.

Ritter A., Bowden S., Murray T., Ross P., Greeley J. and Pead J. (2002). The Influence of

Therapeutic Relationship in Treatment for Alchohol Depency. Drug and Alchohol

Review. 21, 261-268.

Richard S Sharf, (1992). Applying career development theory to counselling. Pacific Grove ;

California : Brooks/Cole Publishing Company

Rohana Binti Hj. Isa (2005). Hubungan Kecekapan Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan

Faktor Demografi dalam Menjalankan Sesi Kaunseling di Sekolah-Sekolah Menengah

Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana.

Page 24: PENDEKATAN KEPADA PERKEMBANGAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TRAIT DAN FAKTOR: APLIKASI DAN TINJAUAN LITERATUR

24

Sidek Mohd. Noah. (2001). Perkembangan Kerjaya. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang: Penerbit

Universiti Putra Malaysia.

Sidek Mohd Noah, Abdul Malek Abdul Karim, W.Marzuki W.Jaafar, Nabilah Abdullah,

Munirah Ghazali, Lihanna Borhan, Joharry Othman, Mohd Taib Harun, Sapon

Ibrahim, Norlena Salamuddin, Abdul Malek Abdul Rahman, Jamaludin Ahmad,

Tajularipin Sulaiman, Zulkifli Mohamed, Mohd Yusop Ab. Hadi & Syed Mohamed

Shafeq Syed Mansor (2012, November 15). Pendekatan P-P FIT dalam proses

pemilihan calon guru di institusi pengajin tinggi awam di Malaysia. Retrieved from

http://web.usm.my/education/MEDC/Vol2/8.%20PENDEKATAN%20P-

P%20FIT.pdf

Weinrach, S.G. (1979). Career Counseling: Theoritical and Practice and Practical

Perspective. New York: McGraw Hill.

Yusof Boon & Siti Zafirah Mohd Ilias. Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan

Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan

Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Technical,

Vocational and Engineerng Education, 1, 22-40