faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 bahagian e:...

24
FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA YANG AKAN BERSARA MAJANI HAJI JOBLI Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2005

Upload: phungquynh

Post on 07-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN DI KALANGAN ANGGOTA TENTERA YANG AKAN BERSARA

MAJANI HAJI JOBLI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2005

Page 2: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim

Syukur Alhamdulillah

iringan doa buat keluarga tercinta, pembimbing dan rakan rakan

khusus untuk

isteri; Mahodiah binti Hj, Muslimen dan anak; Nur Fatini Athirah binti Majani

yang disayangi

terima kasih

i

Page 3: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Jadual Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Gambarajah

Abstrak

Abstract

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar belakang kajian

1.2 Latar belakang organisasi

1.3 Penyataan masalah

1.4 Objektif kajian

1.4.1 Objektif umum

1.4.2 Objektif khusus

1.5 Kerangka konseptual

1.6 Hipotesis kajian

1.7 Kepentingan kajian

1.8 Definisi konsep

1.9 Limitasi kajian

BAB 2 KAJIAN SEMULA PENULISAN

2.0 Pengenalan

2.1 Pemilihan Kerjaya

2.2 Minat Kerjaya Baru

1

11

V1

viii

ix

X

1

1

5

9

12

12

13

13

14

15

17

19

21

21

23

11

Page 4: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

2.3 Persaraan 25

2.4 Proses Persaraan 27

2.5 Fasa-Fasa Persaraan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3 Pengenalan 33

3.1 Lokasi kajian 33

3.2 Rekabentuk kajian 34

3.3 Populasi dan persampelan 34

3.4 Instumen kajian 35

3.4.1 Bahagian A: Latar belakang responden 35

3.4.2 Bahagian B: Kesukaan responden 36

3.4.3 Bahagian C: Kecekapan responden 36

3.4.4 Bahagian D: Nama Pekerjaan 37

3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37

3.5 Pengumpulan data 38

3.6 Penganalisisian data 39

3.7 Kesimpulan 41

BAB 4 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4 Pengenalan

4.1 Jumlah soalan kaji selidik

4.2 Latar belakang responden

4.2.1 Umur

4.2.2 Pangkat

4.2.3 Status Perkahwinan

4.2.4 Tahap Pendidikan

42

42

43

44

44

45

46

111

Page 5: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

4.2.5 Tempoh Perkhidmatan 46

4.3 Perbezaan pemilihan kerjaya antara demografi 47

bedasarkan hipotesis

4.3.1 Hipotesis 1 47

4.3.2 Hipotesis 2 48

4.3.3 Hipotesis 3 49

4.3.4 Hipotesis 4 49

4.3.5 Hipotesis 5 50

4.3.6 Hipotesis 6 51

4.3.7 Hipotesis 7 51

4.3.8 Hipotesis 8 52

4.3.9 Hipotesis 9 53

4.4 Ringkasan keputusan ujian 53

4.4.1 Ringkasan Hipotesis yang diterima 53

4.4.2 Ringkasan Hipotesis yang ditolak 55

4.5 Kesimpulan 55

BAB 5 RUMUSAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5 Pengenalan 57

5.1 Rumusan 57

5.1.1 Perbezaan pemilihan kerjaya di antara

ciri demografi 58

5.1.2 Perkaitan pemilihan kerjaya dengan enam 59

ciri personaliti

5.2 Kesimpulan 61

5.3 Implikasi Kajian 62

5.3.1 Implikasi kepada Organisasi 62

5.3.2 Implikasi kepada pekerja 63

5.3.3 Implikasi kepada latihan 63

iv

Page 6: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

5.4 Cadangan Kajian 64

5.4.1 Cadangan kepada Organisasi 64

5.4.2 Cadangan kepada penyelidik akan datang 65

5.5 Kesimpulan 66

Rujukan 67

Lampiran 71

V

Page 7: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Jadual 1

Jadual 2

Jadual 3

Jadual 4

Jadual 5

Jadual 6

Jadual 7

Jadual 8

Jadual 9

Jadual 10

Jadual 11

Jadual 12

Jadual 13

Jadual 14

SENARAI JADUAL

Jadual Taburan Kekerapan Soal Selidik 42

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan 44 Responden Berdasarkan Umur

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 44 Berdasarkan Pangkat

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 45 Berdasarkan Status Perkahwinan

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tahap Pendidikan

Jadual Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 46 Berdasarkan Tempoh Perkhidmatan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 47 Berdasarkan Kesukaan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 48 Berdasarkan Kecekapan

Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49 Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 49 Pangkat Berdasarkan Kesukaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 50 Pangkat Berdasarkan Kecekapan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Faktor 51 Pangkat Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 51 Pendidikan Berdasarkan Kesukaan

Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 52 Pendidikan Berdasarkan Kecekapan

vi

Page 8: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Jadual 15 Jadual Analisis ANOVA Sehala Antara Tahap 53 Pendidikan Berdasarkan Nama Pekerjaan

Jadual 16: Ringkasan Hipotesis Yang Diterima

Jadual 17: Ringkasan Hipotesis Yang Ditolak

53

55

vii

Page 9: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

SENARAI GAMBARAJAH

Rajah 1 Kerangka Konseptual

Rajah 2 Fasa Dalam Proses Persaraan

13

32

viii

Page 10: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Abstrak

Faktor Pemilihan Kerjaya Selepas Persaraan Di Kalangan Anggota Tentera Yang akan Bersara

Majani Haji Jobli

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara di Markas Tiga Briged Infantri Malaysia, Kern Penrissen, Kuching . Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pernilihan kerjaya selepas persaraan yang berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu umur, pangkat dan tahap pendidikan serta perkaitannya dengan aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik Self- Directed Search John L. Holland yang telah diubahsuai oleh Sidek Mohd Noah. Seramai 64 orang anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara dalam tahun 2005 telah digunakan sebagai responden. Analisis data menggunakan Statistical Package For Sosial Science (Windows) (SPSS) versi 11.5. Kekerapan, peratusan dan purata digunakan untuk menerangkan demografi responden sementara Ujian-T dan ANOVA sehala digunakan

untuk menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi dengan faktor pemilihan kerjaya berdasarkan aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa aspek kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan mempegaruhi faktor pernilihan kerjaya responden yang akan bersara. Kesimpulannya, ketiga-tiga aspek yang dikaji (kesukaan, kecekapan dan nama pekerjaan) amat penting untuk membantu responden membuat perancangan awal pemilihan kerjaya mereka sebelum persaraan. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan agar ketiga-tiga aspek tersebut dimuatkan untuk pemilihan kerjaya responden sebelum persaraan.

ix

Page 11: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Abstract

A Study On Career Choices After Retirement Among Army Personal

Majani Haji Jobli

This study aims to determine the career choices among army personal after their retirement in the 3'd Brigade Malaysian Infantry, Penrissen Camp, Kuching. The objective of this study is to identify the career choices based on selected demography such as age, rank, marital status, education level and period of service interconnected with interest, capability and job name. The instrument that has been used in this study is Self-Directed Search by John L. Holland, and has been modified by Sidek Mohd Noah. The respondents in this research consist of 64 army personnel with different levels who will retire in year 2005. The data was analyzed using the Statistical Package For Social Science (Windows) (SPSS) version 11.5. To explain and describe the respondents' demographic. /actor, the tests such as. frequency, percentage, and mean were been used. The results using the t-test and ANOVA test show that there are no differences between the demographic factors, and career choices. factors based on the preferences, the efficiencies, and the name of the jobs. However, the results of this research show that the aspect of preference, efficiencies, and the name of the

. jobs

influence the choice of career among respondents. As a conclusion, those three aspects are very important in order to help the respondents in planning their career choices. Hence, the researcher suggests that those three aspects should be highlighted and taken into consideration while making career choices after the retirement.

X

Page 12: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang dilakukan oleh penyelidik, latar

belakang kajian, latarbelakang organisasi, kenyataan masalah, objekif kajian, kerangka

konseptual, hipotesis kajian, definisi konsep dan limitasi kajian. Semua perkara ini akan

dibincangkan dengan lebih lanjut dalam bab ini.

1.1 Latar Belakang Kajian

Semua manusia memerlukan pekerjaan untuk hidup dan melalui pekerjaan inilah manusia

mendapat rezeki untuk menyara kehidupannya serta memberi nafkah kepada keluarga

disamping untuk berbakti kepada masyarakat. Setiap pekerjaan yang dipilih adalah

I

Page 13: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

merupakan kerjaya yang dijadikan bidang profesion atau pekerjaan pilihan. Pekerjaan

yang menjadi pilihan ini bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan pendapatan tetapi

juga untuk mendapatkan kepuasan hidup.

Setiap individu semestinya melalui proses perubahan dalam kehidupannya dan perubahan

ini merangkumi perubahan kepada kerjaya dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

Perubahan kepada kerjaya boleh diakibatkan oleh penamatan perkhidmatan dalam sektor

kerajaan ataupun swasta seperti persaraan, membuat pilihan untuk melanjutkan pelajaran,

bertukar kepada kerjaya lain, kurang kepuasan kerja, kurang peluang menyertai aktiviti

kebajikan ataupun kerana faktor kesihatan dan kewangan (Aiken, R. Lewis, 1998).

Perubahan kerjaya kerana persaraan bukan merupakan penghujung kepada kehidupan

individu dalam dunia pekerjaan kerana mengikut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi

persediaan-persediaan yang dilakukan oleh setiap individu sebelum bekerja dan juga

peranan-peranan lain yang dilakukannya selepas bersara.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan seseorang individu bersara dari kerjaya beliau

dan antaranya ialah bersara kerana telah mencapai had umur ataupun persaraan wajib.

Mengikut Akta Pencen 1980 (Akta 27), persaraan wajid bagi sektor awam di Malaysia

ialah apabila seseorang anggota perkhidmatan telah mencapai umur 56 tahun manakala

bagi perkhidmatan ketenteraan, mengikut seksyan 6A, Peraturan-Peraturan Angkatan

Tetap 1982 (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) memperuntukkan bahawa

Pencen Perkhidmtan atau Pencen Terbitan yang diberi berkenaan dengan persaraan pada

2

Page 14: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

atau selepas I Julai 1980 yang telah dikira berdasarkan perkhidmatan diakui selama tidak

kurang dari 21 tahun bagi askar-laskar iaitu anggota tentera lain-lain pangkat.

Anggota-anggota tentera lain-lain pangkat dalam perkhidmatan ketenteraan rata-ratanya

bersara pada umur 40 tahun hingga 45 tahun setelah berkhidmat tidak kurang dari 21

tahun dan pada usia ini mereka masih boleh membina kerjaya baru untuk menambahkan

pendapatan mereka. Oleh itu persediaan dan perancangan yang rapi perlu dilakukan

sebelum persaraan mereka supaya kehidupan mereka selepas bersara lebih bermakna

disamping dapat menyumbang tenaga untuk pembangunan tenaga.

Persediaan dan perancangan kerjaya selepas persaraan berhubung rapat dengan

personaliti individu kerana keselarasan personaliti dengan kerjaya merupakan faktor

penyumbang kepada kepuasan bekerja dan peningkatan kerjaya. Osipow (1983)

menyatakan bahawa keselarasan mencerminkan perihal ciri-ciri yang ada pada diri

individu didapati bersesuaian dengan permintaan persekitaran untuk sesuatu bidang

kerjaya.

Holland (1966) berpandangan bahawa pemilihan kerjaya dan penyesuaian kerjaya

mengambarkan kesinambungan kepada personaliti individu. Individu mengungkapkan

diri mereka, minat mereka dan nilai yang mereka pegang melalui pekerjaan yang mereka

pilih berserta pengalaman yang mereka miliki.

3

Page 15: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Kaunseling adalah merupakan bidang yang dapat membantu bakal pesara membuat

persediaan dan perancangan sebelum persaraan mereka. Sharf. S. R. (2002) menyatakan

terdapat dua matlamat utama dalam kaunseling kerjaya iaitu pemilihan dalam kerjaya dan

membuat perubahan dalam kerjaya. Asas kemahiran menolong adalah ramuan penting

untuk membawa perubahan dan kemajuan dalam perkembangan kerjaya. Ini dapat

dilakukan dengan sama ada melalui sesi kaunseling ataupun melalui ujian personaliti dan

vokesyenal. Terdapat banyak ujian-ujian personaliti dan vokesyenal yang dapat

membantu kaunselor memahami tret dan personaliti klien. Holloway, 1991; Furnham,

1992 (Adrian Furnhan dan Patrick Heaven, 1999) menyatakan bahawa ujian personaliti

dan kebolehan telah digunakan untuk pemilihan sebelum perang dunia pertama. la juga

digunakan untuk pemilihan kerjaya.

Sidek Noah (2002) menyatakan bahawa kepuasan kerja dan kepuasan hidup dikatakan

banyak bergantung kepada sejauh mana individu dapat menyalurkan potensi yang ada

pada dirinya. Super (dlm. Weinrach 1979) menyatakan bahawa kepuasan kerjaya dan

kepuasan hidup bergantung kepada sejauh mana seseorang individu itu mendapat jalan

keluar yang mencukupi untuk menyalurkan kebolehan, minat, trait-trait personaliti, nilai

dan kebolehannya.

Umumnya, pemilihan kerjaya selepas persaraan banyak bergantung dengan minat dan

kebolehan atau kecekapan individu kerana matlamat utama dalam pencarian kerjaya yang

sesuai adalah untuk memenuhi impian dan kepuasan hidup.

4

Page 16: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

1.2. Latar Belakang Organisasi

Markas 3 Briged Infantri Malaysia pada mulanya telah ditubuhkan pada pertengahan

tahun 1957 di Kern Imphl, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan nama asalnya

Headquarters 3rd Federal Infantry Brigade. Peranan utama Briged ini ialah untuk

menjalankan tugas-tugas istiadat semasa Persekutuan Tanah Melayu yang ketika itu baru

mencapai kemerdekaan. Panglima pertama yang memerintah 3rd Fed Inf. Bde ialah

Brigader H. I. J Green dari "The Greanadier Guards" yang telah dipilih khas kerana

beliau mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam adat istiadat ketenteraan serta

diperlukan oleh pihak kerajaan dan tentera pada masa tersebut. Apabila keadaan darurat

diseluruh Tanah Melayu telah dapat ditamatkan, maka operasi di perbatasan

Malaya/Thailand dapat dikurangkan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Pertahanan telah membuat keputusan untuk

mengurangkan satu Briged. Markas P Fed Inf Bde yang sedia wujud di Kern Imphl telah

dirancang untuk dibubarkan terus. Namun demikian, pembubaran Briged ini telah

dibatalkan dan ianya diletakkan dalam keadaan "Suspended From Operation " mulai 25

Oktober 1959. Dengan tercetusnya huru-hara di Congo pada bulan Jun 1960, Karajaan

Malaya telah menerima rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk

menghantar anggota tentera ke Leopoldville, Congo. Demi keamanan dunia sejagat,

Kerajaan Malaya telah menghantar tentera ke sana dan dikenali sebagai Malayan Special

5

Page 17: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Force. Pada awalnya, penyertaan Tentera Malaya adalah seramai 613 anggota. Oleh

kerana PBB mahukan kekuatan Tentera Malaya ditambah pada 1413 anggota, maka

dengan bilangan anggota tersebut memerlukan sebuah Briged ditubuhkan. Justeru, 3rd

Fed Inf Bde yang pada mulanya digantung dalam rancangan penyusunan semula

Kementerian Pertahanan telah diwujudkan semula pada 1 Jan 1961.3rd Inf Bde ini telah

diatur gerakan ke Congo pada 8 April 1961 dari Port Swettenham ketika itu dan

merupakan Briged yang ulung diberi penghormatan berkhidmat di seberang laut.

3rd Fed Inf Bde telah ditempatkan di BUKAVU, Kivu Province, Utara Congo dari 20

Mei 1961 hingga 20 Feb 1963 untuk menjaga keamanan. Panglima yang diberi mandat

untuk menerajui 3rd Fed Inf Bde ketika itu adalah Brigadier Abdul Hamid bin Bidin.

Briged ini telah menaikkan nama negara dengan memberi khidmat cemerlang bagi

memulihkan keadaan keselamatan di Congo amnya dan di Kivu Province khasnya.

Kepujian dan ucapan penghargaan telah disampaikan oleh Jeneral Mobutu kepada 3d Fed

Inf Bde di atas kecemerlangan tugas yang telah dilaksanakan. Selepas berkhidmat di

Congo, Briged ini telah kembali ke Malaya dan ditempatkan di Bentong, Pahang. Tanya

telah diberi tanggungjawab untuk menjaga keamanan bagi kawasan negeri Pahang,

Terengganu dan Kelantan. Aktiviti operasi ditempukan di sempadan Malaysia/ Thailand

sehingga pertengahan tahun 1966.

Dengan berakhirnya konfrantasi dalam tahun 1966, Briged ini yang kini dikenali sebagai

Briget Ketiga Infantri Malaysia telah mengambil alih tugas daripada Tentera British di

Sarawak. Pada januari 1971, Markas 3 Briged telah ditempatkan di sebuah Ibu Pejabat

6

Page 18: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Polis, Jalan Badarudin dan kemudiannya berpindah ke kern baru yang diberi nama Kern

Bukavu bertempat di Jalan Palm, Kuching. Pada 1 Jun 1974, Markas 3 Briged Infantri

Malaysia telah berpindah ke Kern Penrissen yang baru dan menetap di situ sehinggalah

ke hari ini.

Semenjak mengambil alih tugas dari Tentera British, Markas ini bertanggungjawab ke

atas keselamatan seluruh negeri Sarawak. Namun demikian, pada awal April 1972,

apabila tertubuhnya Markas Rejang Area Security Command (RASCOM), tugas-tugas

yang dipikul telah dibahagikan. Markas 3 Briged bertanggungjawab hanya ke atas

Bahagian Pertama dan Kedua sahaja manakala Markas RASCOM dibahagian-bahagian

lain Sarawak. Briged Ketiga Infantri Malaysia telah berjaya membenteras kegiatan Parti

Komunis AMAN, yang mana telah berjaya menarik keluar pemimpin-pemimpin PKKU

untuk menyerah diri kepada Kerajaan Negeri Sarawak pada Oktober 1973. Penghormatan

juga diberi kepada 3 Briged kerana telah menunjukkan kecemerlangan di dalam

menjalankan tugas dan tanggungjawab serta memberi kerjasama yang erat dengan

Tentera Nasional Indonesia (TNI), khususnya dengan MANDAU TV dan KODEM XII

Tanjungpura bagi menghapuskan PKKU dan PARAKU di perbatasan Sarawak dan

Kalimantan Barat (KALBAR). Kerjasama dan perhubungan ATM dan TNI adalah erat

dan akrab sekali, RAPAT Perbatasan, RAKOR antara TDM/TNI dan Latihan bersama

KEKAR MALINDO telah memantapkan lagi perhubungan kedua-dua negara. Di

samping itu, lawatan muhibah antara PERSIT dan BAKAT telah juga mengeratkan lagi

silaturrahim antara isteri-isteri anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional

Indonesia. Kekalahan PKKU dan seterusnya pemulihan keamanan serta keselamatan

7

Page 19: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

negara telah nenbolehkan Markas 3 Briged menghadapi cabaran-cabaran keselamatan

yang mingkin timbul sejajar dengan pembaharuan struktur dan doktrin peperangan

Tentera Darat.

Markas 3 Briged Infantri Malaysia mempunyai seramai 1914 anggota lain-lain pangkat

yang sedang berkhidmat di bawah unit-unit seperti berikut;

a. Markas Staf Stesen Kuching, Kuching

b. Stesen Bomba Tentera Darat, Kuching,

c. Pejabat Tadbir Kern 3 Briged, Kuching

d. 3 Skuadron Semboyan DiRaja, Kuching

e. Rejimen 511 Askar Wataniah, Kuching,

f. 801 Rumah Sakit Angkatan Tentara, Kuching

g. 609 Pusat Gigi Angkatan Tentera, Kuching

h. Kompeni 3 Wokshop Briged, Kuching,

i. Unit Lapang Sasar Sempadi, Lundu

j. Rejimen Ke 11 Askar Melayu DiRaja, Kuching

k. Rejimen ke 13 Askar Melayu DiRaja, Sri Aman

1. PALAPES UNIMAS, Kota Samarahan

8

Page 20: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Kajian faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain

pangkat yang akan bersara dijalankan di semua unit di bawah Briged Ketiga Infantri

Malaysia, Kern Penrissen, Jalan Kuching / Serian, Kuching.

1.3 Penyataan Masalah

Kerjaya merupakan sesuatu yang amat penting dalam kehidupan manusia. Mengikut

Tolbert (1994) (dlm. Sidek Noah 2000) kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan yang

melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu

pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan

bertukar-tukar pekerjaan. Ivey dan Morril (1968) merumuskan bahawa proses kerjaya

merupakan satu proses yang berterusan dengan seseorang itu melibatkan diri dalam siri

perkembangan yang perlu bagi perkembangan peribadi dalam dunia pekerjaan.

Menurut Super (1957,1972) kerjaya merangkumi persediaan-persediaan yang dilakukan

oleh seseorang individu sebelum bekerja dan juga peranan-peranan lain yang dilakukan

olehnya selepas bersara. Menurut beliau lagi, kerjaya ialah satu siri keadaan yang berlaku

secara berturutan dalam kehidupan seseorang yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya,

peranan yang dimainkan serta status seseorang itu sepanjang kehidupannya.

Setiap pekerjaan mempunyai penghujuannya lebih-lebih lagi apabila berkhidmat di sektor

kerajaan. Dalam kontek perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Angkatan Tentera

9

Page 21: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

Malaysia, anggota-anggota ditawarkan untuk berkhidmat secara wajib selama 10 tahun

dan diberi opsyen untuk menyambung perkhidmatan ke 15 tahun, seterusnya ke 18 tahun

dan seterusnya ke 21,22 atau 23 tahun. Perkhidmatan terus tanpa henti ke 21,22 dan 23

tahun diberi skim perkhidmatan berpencen yang bermakna anggora-anggota tentera lain-

lain pangkat yang bersara layak menerima pencen bulanan disamping faedah-faedah lain.

Kajian memfokus kepada persoalan yang mungkin timbul akibat dari pemilihan kerjaya

yang tidak bersesuaian dengan minat dan kecekapan individu kerana mengikut Super

(dlm Brown dan Brook 1984; dlm Weinrach 1979) manusia berbeza dari segi minat,

nilai, jenis personaliti, dan kebolehannya dan oleh sebab ciri yang berbagai-bagai ini,

maka individu berkelayakan untuk menjawat dan melakukan beberapa jenis pekerjaan.

Menurut Sidek Noah (2002) keputusan individu dalam memilih sesuatu program

pengajian atau pekerjaan boleh jadi tepat dan boleh jadi tidak tepat bergantung kepada

kematangan dan bimbingan yang diperolehi sebelum membuat keputusan. Ketepatan

membuat pilihan kerjaya mengikut minat dan personaliti amat penting dalam kehidupan

individu dan menurut Amir Awang (1983) terdapat tiga sebab utama mengapa

berlakunya kesukaran membuat pilihan kerjaya iaitu ;

a. Masalah tidak boleh membuat keputusan disebabkan seseorang itu

mempunyai minat dalam pelbagai bidang, minat tidak jelas atau tidak

mempunyai minat langsung terhadap apa-apa sahaja kerjaya.

10

Page 22: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

b. Ketiadaan kesempurnaan semasa membuat pilihan, iaitu seseorang tidak dapat

mengagak minatnya, kebolehannya dan personalitinya dengan baik dan kerana

itu pilihan kerjaya yang dibuat tidak setimpal dengan sifat-sifat peribadinya.

c. Kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang pekerjaan atau kerjaya yang

akibatnya menimbulkan masalah identiti.

Fokus kepada kajian ini mengupas persoalan pemilihan kerjaya anggota-anggota tentera

yang akan bersara setelah menamatkan perkhidmatan melebihi 21 tahun dan bidang

kerjaya baru yang diceburi. Persoalan yang mungkin timbul adalah; apakah pemilihan

kerjaya yang telah dipilih menepati personaliti mereka atau apakah latihan yang

ditawarkan dapat membantu bakal pesara mendapatkan pekerjaan setelah menamatkan

perkhidmatan. Mengikut Sidek Noah (2002) pemilihan kerjaya secara terpaksa sering kali

menimbulkan masalah kepada individu yang terlibat. Masalah akan timbul apabila

individu merasakan program pengajian atau latihan yang diikutinya atau pekerjaan yang

dilakukannya tidak selaras dengan ciri-ciri minat dan personaliti yang dimilikinya.

Keadaan im akhirnya menimbulkan rasa bosan dan kecewa yang kemudiannya membawa

kepada penurunan motivasi yang akhirnya menyebabkan individu tersebut tidak dapat

memberi tumpuan dan penglibatan sepenuhnya terhadap tugas yang diamanahkan

kepadanya.

Oleh yang demikian, apa-apa keputusan yang berkaitan dengan pemilihan kerjaya

perlulah diberikan perhatian sewajamya bagi memastikan bidang yang dipilih benar-

11

Page 23: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

benar selaras dengan potensi dan ciri-ciri individu. Ini selaras dengan kenyataan Person

(dlm Sidek Noah, 2002) yang menyatakan bahawa ketidaksesuaian antara individu

dengan kerjaya yang diceburi akan menyebabkan berlakunya apa yang dipanggil brain-

drain dalam perkhidmatan di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta. Pengaliran

membazir ini jika dibiarkan berterusan akan merugikan negara dalam jangka masa

panjang terutamanya dari sudut pembangunan negara dan merupakan satu pembaziran

guna tenaga.

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibahagikan kepada dua aspek iaitu objektif umum dan objektif

khusus.

1.4.1 Objektif Umum

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji tentang pemilihan kerjaya selepas

persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara bertempat di

Markas 3 Briged, Kern Penrissan, Kuching.

12

Page 24: FAKTOR PEMILIHAN KERJAYA SELEPAS PERSARAAN … pemilihan kerjaya selepas... · 3.4.5 Bahagian E: Soalan Terbuka 37 ... Berdasarkan Kecekapan Jadual Ujian -T Antara Kategori Umur 49

1.4.2. Objektif Khusus

a. mengenal pasti perbezaan faktor umur mempengaruhi pemilihan kerjaya

selepas persaraan di kalangan afiggota tentera lain-lain pangkat yang akan

bersara.

b. untuk mengenal pasti faktor pangkat yang mempengaruhi pemilihan kerjaya

selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan

bersara

c. untuk mengenal pasti perbezaan tahap pendidikan mempengaruhi pemilihan

kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang

akan bersara.

1.5 Kerangka Konseptual

Pembolehubah tidak bersandar

Faktor Demografi :

Umur Pangkat Tahap pendidikan

Pembolehubah bersandar

Faktor pemilihan kerjaya selepas persaraan di kalangan anggota tentera lain-lain pangkat yang akan bersara

- kesukaan

- kecekapan

- nama pekerjaan

Raiah 1: Keranuka Konsentual

13