pemikiran reflektif
TRANSCRIPT
Pemikiran Reflektif Pernah dengar konsep PEMIKIRAN REFLEKTIF?.Menurut buku KUASA BERFIKIR KREATIF
YANG DIKARANG OLEH AINON MOHD.DAN ABDULLAH HASSAN,konsep pemikiran reflektif mula
dikemukakan oleh John Dewey pada awal abad ini.Beliau mengatakan kita dapat berfikir dengan lebih
berkesan apabila meyelesaikan masalah dengan menggunakan cara berfikir yang logikal dan
sistematik.Pada asasnya berfikir secara reflektif terdiri daripada langkah-langkah berikut:
1.Kenal pasti dengan jelas dan tepat apakah masalah sebenar yang dihadapi dan
apa yang hendak diselesaikan.
2.Kaji dan buat analisis apakah faktor-faktor yang menjadi punca masalh tersebut
3.Buat garis panduan yang akan menjadi kriteria apabila mencari jalan penyelesaiannya
4.Cari idea-idea bagaimanakah masalah itu dapat diselesaikan
5.Pilih idea ataupun cara yang paling sesuai dengan kriteria yang sudah ditetapkan tadi.
JOHN DEWEY
Bagi menerangkan bagaimanakah teknik berfikir secara reflektif digunakan,berikut adalah contoh
daripada peristiwa sebenar dalam sejarah.Kejadian ini berlaku semasa pemerintahan Presiden Kennedy
di Amerika dan Perdana Menteri Khrushchev di Soviet Union.Kedua-dua negara itu adalah musuh ketat
pada waktu itu.Pada waktu yang sama pemerintah pulau Cuba ialah Presiden Fidel Castro,seorang tokoh
sosialis dan sahabat Soviet Union.
Pada bulan Oktober 1962 ,penasihat-penasihat tentera Presiden Kennedy melaporkan kepada
beliau,dengan bantuan Rusia dan Castro sedang membina stesen pelancar peluru berpandu jarak jauh di
Cuba.Apabila selesai nanti,stesen itu menjadi ancaman besar kepada keselamtan Amerika kerana pulau
Cuba tidak jauh dari Amerika.Dari stesen itu,Cuba boleh melancarkan peluru-peluru berpandu jarak jauh
yang boleh sampai ke beberapa buah bandaraya utama di Amerika.
Presiden Kennedy memeanggil kabinetnya untuk mesyuarat.Mereka mulakan perbincangan
dengan mendapatkan gambaran sebenar masalah yang sedang dihadapi.Berdasarkan gambar yang
diambil daripada satelit,mereka tahu para pekerja Soviet dan Cuba bekerja dua puluh empay jam sehari
untuuk meyiapkan stesen pelancar itu.Tetapi