pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

7
Edward Sapir. Edward Sapir (1884 – 1939) merupakan seorang ahli linguistik Amerika yang pertama yang mengkaji dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Skop pengkajian yang dilaksanakan oleh Sapir ialah mengenai klasifikasi bahasa-bahasa suku etnik Indian di Amerika Syarikat. Dalam bidang linguistik, Edward Sapir menyumbang kepada aspek antropologi dalam bahasa yang dipertuturkan oleh manusia serta naskhah Language yang sebahagian besarnya meliputi tripologi bahasa. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa, tetapi juga meliputi beberapa lapangan, iaitu sastera, agama, budaya dan metodologi. Edward Sapir juga memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf, hasil gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai peri penting dalam aliran linguistik yang dibawakan oleh mereka, iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Sapir dan Whorf tidak menulis hipotesis tersebut secara formal berserta formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan perakara-perkara berkaitan dengan linguistik, dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka ini. Kedua-dua ahli linguistik ini bersepakat bersetuju bahawa budaya yang menentukan bahasa. Selain itu, Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang dan makna pada setiap ujaran. Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala, teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam

Upload: yiisiengling

Post on 15-Dec-2015

246 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

Edward Sapir.

Edward Sapir (1884 – 1939) merupakan seorang ahli linguistik Amerika yang pertama yang mengkaji dengan teliti hubungan-hubungan antara kajian bahasa dengan antropologi. Skop pengkajian yang dilaksanakan oleh Sapir ialah mengenai klasifikasi bahasa-bahasa suku etnik Indian di Amerika Syarikat. Dalam bidang linguistik, Edward Sapir menyumbang kepada aspek antropologi dalam bahasa yang dipertuturkan oleh manusia serta naskhah Language yang sebahagian besarnya meliputi tripologi bahasa. Linguistik Sapir tidak terhenti pada pengkajian struktur bahasa, tetapi juga meliputi beberapa lapangan, iaitu sastera, agama, budaya dan metodologi.

Edward Sapir juga memperkenalkan Hipotesis Sapir-Whorf, hasil gabungan pemikiran dengan anak murid beliau, Benjamin Lee Whorf. Hipotesis Sapir-Whorf menekankan beberapa hubungan yang mempunyai peri penting dalam aliran linguistik yang dibawakan oleh mereka, iaitu bahasa, pemikiran dan budaya. Sapir dan Whorf tidak menulis hipotesis tersebut secara formal berserta formula-formula empirik, tetapi melalui kajian yang mendalam menerusi penulisan perakara-perkara berkaitan dengan linguistik, dan akhirnya mereka menemui dua idea yang menjadi tunjang kepada aliran mereka ini. Kedua-dua ahli linguistik ini bersepakat bersetuju bahawa budaya yang menentukan bahasa. Selain itu, Sapir juga menekankan fonem sebagai satuan psikologi kerana bahasa dapat melahirkan perkataan-perkataan yang terkandung lambang dan makna pada setiap ujaran.

Dua idea tersebut ialah teori linguistik penentuan atau determinism dan relatif atau relativism. Teori linguistik penentuan ialah teori yang menyatakan bahasa yang digunakan oleh manusia akan menentukan kaedah untuk menginterpretasikan dunia sekeliling sesebuah masyarakat. Manakala, teori linguistik relatif merupakan teori yang lebih lemah menyatakan bahasa bahasa mempunyai sedikit kesan dalam mempengaruhi pemikiran manusia terhadap realiti dunia dan serta kehidupan sesebuah masyarakat.

Mengupas hal bahasa, Sapir berpendapat bahasa bersifat distingtif, iaitu membezakan makna daripada perkataan-perkataan yang diujarkan. Perbezaan makna ini lahir daripada interpretasi individu terhadap persekitaran seseorang individu tersebut. Selain itu, Sapir turut mengemukakan teori struktural yang menyentuh aspek struktur bahasa. Teori yang dikemukakan ini merangkumi pola dan pembinaan sesuatu ayat. Bahasa juga dikatakan sebagai satu aktiviti rohani, iaitu suatu proses kejiwaan yang berulang-ulang untuk membentuk gagasan atau pemikiran melalui bunyi yang berartikulasi. Setiap bahasa mempunyai keistimewaan yang tersendiri, iaitu bahasa merupakan lambang jiwa, suatu tabiat manusia dan menjadi sifat sesuatu bangsa yang menjadi alat perhubungan antara satu sama lain.

Page 2: pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

Leornard Bloomfield.

Leonard Bloomfield (1887 – 1949) merupakan salah seorang ahli linguistik struktural yang terkenal di Amerika Syarikat pada zamannya. Dalam pengkajian bahasa, Bloomfiled menggunakan konsep Ferdinand de Saussure sebagai asas pengkajian, iaitu dalam struktur bahasa. Beliau turut meneliti dua kejadian sejarah di Amerika, sehingga mencetuskan pemesatan perkembangan aliran struktural. Hashim Hj. Musa (1994) menyatakan, kajian sejarah yang dilakukan oleh Bloomfield ialah berkenaan wujudnya bahasa-bahasa orang asli di Amerika Syarikat yang begitu banyak dan pelbagai serta kegiatan penaklukan dan peperangan yang mengakibatkan kehilangan bahasa-bahasa tersebut ekoran kematian penutur-penutur jati bahasa itu.

Selain menjadi seorang ahli linguistik, Bloomfield juga terkenal dengan teori behaviorisme yang berakar daripada pemikiran Plato yang percaya bahawa proses bahasa ini berpunca daripada proses peniruan atau mimetic. Setiap perkataan yang dilafazkan pasti mempunyai struktur. Sebagai contoh, sekiranya seseorang individu itu menyebut rumah, strukturnya mesti rumah, bukan hamur atau maruh. Beliau lebih mengutamakan bahasa lisan sebagai objek kajian dan menyebabkan wujudnya Linguistik Deskriptif. Berkenaan bahasa dan struktur, Bloomfield mengetengahkan kaedah penganalisisan struktur ayat yang perlu ditentukan, iaitu kaedah pemenggalan berstruktur. Contohnya:

Diselesaikan

di

selesai

kan

Kata Sendi Nama

Kata Kerja

Kata Sendi Nama

Kaedah Pemenggalan Berstruktur

Menurut Bloomfield, bahasa merupakan sejumlah isyarat yang berupa unsur-unsur vokal. Hasil daripada analisis yang dilakukan pada bahasa adalah sama dan menemui hakikat bahawa hubungan bahagian bermula daripada fonem, morfem, kata, frasa dan seterusnya ayat. Hal ini juga dikenali sebagai Linguistik Taksonomi kerana mengkaji bahagian-bahagian bahasa dengan terperinci.

Page 3: pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

Pendekatan yang diambil oleh Bloomfield dalam asas kajian linguistik struktural bermula daripada perakaman bunyi-bunyi bahasa. Kemudian, berlakunya pengenalpastian bunyi-bunyi kepada bentuk-bentuk distingtif atau fonem berdasarkan rumus fonemik. Seterusnya, penelitian terhadap penyusunan fonem-fonem dan pencantuman yang membentuk unit-unti terkecil yang mempunyai makna. Pada tahap ini, proses ini membentuk morfem sama ada morfem tersebut bebas atau tidak bebas. Penelitian morfem-morfem yang dapat membentuk unit terkecil yang bebas boleh menjadi unsur atau komponen kepada ayat, iaitu perkataan. Dalam hal ini peraturan yang mengawal pembentukan morfem dan perkataan ialah rumus morfemik. Kemudian, penyusunan dan pencantuman perkataan-perkataan diteliti berdasarkan peraturan yang dikenali sebagai rumus sintaksis untuk membentuk ayat dan bahagian-bahagiannya, iaitu frasa dan klausa. Dalam hal ini, hubungan antara anggota binaan sintaksis dilihat dari segi hubungan yang terdekat. Menurut Bloomfield, hubungan antara komponen binaan ayat tersebut boleh ditimbulkan daripada tahap yang paling rendah, iaitu satu hubungan yang paling rapat pada peringkat frasa yang paling kecil dan meningkat secara hieraki kepada hubungan kategori frasa dan klausa, dan sekali gus menjadi sebuah ayat yang lengkap dan tersusun.

Page 4: pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

Ferdinand de Saussure

Ferdinand de Saussure (1857 – 1913) merupakan seorang ahli linguistik yang menimbulkan arah aliran kajian linguistik deskriptif. Pada awal penglibatan dalam keilmuan linguistik, beliau lebih cenderung dalam bidang linguistik sejarah dan perbandingan. Dikenali sebagai Bapa Pemodenan Linguistik, satu asas aliran linguistik tumbuh dengan pesat, iaitu linguistik formal atau struktural hasil daripada pemikiran yang digagaskan oleh beliau. Hashim Hj. Musa (1994) berpendapat bahawa aliran linguistik formal atau struktural ini bertujuan untuk membebaskan kajian linguistik daripada cengkaman kaedah historis (sejarah) dan komparatif (perbandingan). Oleh hal yang demikian, pemikiran beliau ini telah berkembang dengan pesat di seluruh Barat serta mendapat perhatian meluas dan menerima ikutan yang ramai hasil daripada pemikiran yang dibawa oleh Ferdinand ini.

Dalam bidang kajian linguistik struktural ini, Ferdinand menyentuh hal berkaitan unsur sinkronik dan diakronik. Sinkronik merupakan satu kajian bahasa yang wujud pada sesuatu masa, manakala diakronik ialah kajian bahasa yang lebih memfokuskan kepada aspek sejarah. Ferdinand mengemukakan bahawa linguistik deskriptif (sinkronik) haruslah dibezakan daripada linguistik historis (diakronik) kerana kedua-duanya menggunakan pendekatan yang berlainan, khususnya dalam menganalisis sesuatu bahasa. Beliau juga mengulas berkenaan tugas seorang linguistik yang seharusnya bertindak sebagai mendeskripsikan cara-cara seseorang itu bertutur dan menulis dalam bahasa yang dituturkan dan bukan memberi keputusan kepada kaedah atau cara seseorang itu harus berbicara.

Ferdinand menghuraikan bahasa merupakan sistem tanda yang terdiri daripada signifier dan signified, iaitu penanda dan petanda. Kedua-dua unsur ini saling berkaitan dan wujud secara terikut. Apabila satu daripada unsurnya berubah, maka unsur yang lain juga akan berubah. Ferdinand berpendapat signifier merupakan citra bunyian dan bersifat fizikal serta dapat ditaakuli deria manusia, manakala signified ialah konsep yang tidak berkaitan dengan bentuk-bentuk fizikal. Hal ini bermaksud acuan persepsi atau idea yang terdapat dalam otak manusia yang pelbagai. Selain itu, Ferdinand juga menyebut signified melibatkan konsep mental, iaitu suatu perkara yang dipengaruhi budaya yang terdapat dalam sesebuah masyarakat serta satu hak mutlak yang diperlukan untuk melakukan komunikasi signifikan antara individu dalam masyarakat tersebut. Dengan kata lain, signified bersifat arbitrari atau sewenang-wenangnya diujarkan oleh individu tersebut.

Beliau juga berpendapat bahasa dibezakan antara hubungan sintagmatik dan paradigmatik dalam sesuatu bahasa. Hubungan sintagmatik merupakan peraturan penyusunan bahan bahasa menurut penyusunan secara linear atau mendatar, manakala hubungan paradigmatik

Page 5: pemikiran edward sapir, leonard, ferdinard.docx

ialah keterampilan memilih output bahasa yang paling sesuai untuk digunakan dalam keperihalan keadaan tertentu untuk memenuhi tujuan komunikasi yang tertentu. Zulkifley Hamid (2012) berpendapat sintagmatik melibatkan aspek nahu dan paradigmatik pula melibatkan aspek kecekapan berbahasa.

Selain itu, Ferdinand juga menyatakan bahasa dibezakan antara sistem yang terdapat dalam akal budi pemakai sesuatu bahasa daripada suatu kelompok sosial, iaitu langue serta bahasa sebagai manifestasi kepada setiap penuturnya, iaitu parole. Langue juga dikatakan sebagai sistem bahasa dan merupakan keseluruhan yang terkumpul dalam sesuatu bahasa. Sistem bahasa ini juga berbentuk abstrak yang digunakan sebagai rujukan bagi setiap penutur dalam sesuatu masyarakat dan juga dikatakan terdiri daripada ciri-ciri parole yang umumnya dalam sekelompoknya. Ferdinand menyifatkan parole sebagai pertuturan yang konkrit yang terdiri daripada ciri-ciri bahasa yang terdapat dalam pertuturan individu yang memperlihatkan kebebasan yang tersendiri. Hal ini juga bererti pertuturan sebenar yang diucapkan oleh individu dalam sesuatu masyarakat.