pembangunan sistem sokongan pembelajaran kendiri … · ketidaksamaan. pemikiran ini selaras dengan...

24
PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA NORASYIKIN BINTI ARSHAD UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

23 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA

NORASYIKIN BINTI ARSHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN

KENDIRI ATAS TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA

SESI PENGAJIAN : 2009 / 2010

Saya : NORASYIKIN BINTI ARSHAD

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan

syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM.

2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis.

3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka.

4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak.

5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi.

6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 240, JALAN HARUAN, PM. DR ZALEHA ISMAIL

TAMAN LELA I,

34600, KAMUNTING,PERAK.

Tarikh : Tarikh :

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila

lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis

ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

PENGAKUAN

Saya/kami akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : ........................................

Nama Penyelia : PROF MADYA DR ZALEHA ISMAIL

Tarikh : .......................................

Page 4: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI ATAS

TALIAN BERTAJUK PEMIKIRAN ALGEBRA

NORASYIKIN BINTI ARSHAD

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Serta

Pendidikan (Matematik)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2010

Page 5: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

ii

PENGAKUAN

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang saya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : __________________________

Nama Penyelia : NORASYIKIN BINTI ARSHAD

Tarikh :

Page 6: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat ayahanda dan bonda tercinta

Haji Arshad bin Kadir dan Hajjah Badariah binti Haji Arshad

Jasamu memberi sokongan, dorongan, pengorbanan dan tunjuk ajar

yang tidak ternilai harganya dan tiada tolok bandingnya.

Juga doa serta nasihat ayahanda dan bonda sepanjang

anakanda meneruskan pengajian di

Universiti Teknologi Malaysia.

Kepada along dan adik yang dikasihi,

Arbaatusyima binti Arshad dan Syahril bin Arshad,

Terima kasih di atas nasihat, doa dan sokongan yang diberikan

Buat teman karib, Noor Azida binti Sahabudin serta

teman-teman seperjuangan yang sentiasa memberi

dorongan, galakan serta doa kalian

untuk sama-sama terus berjaya

Semoga jasa anda semua diberkati ALLAH.

Page 7: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah s.w.t. kerana dengan limpah

kurniaanNya, projek ini telah berjaya disiapkan akhirnya. Di kesempatan ini, penulis

ingin merakamkan ucapan penghargaan tidak terhingga kepada semua yang terlibat

sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Terima kasih kerana telah memberikan sokongan sehingga projek ini berjaya

dihasilkan. Setinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia Projek

Sarjana Muda, iaitu PM Dr. Zaleha Ismail atas bimbingan, tunjuk ajar dan dorongan

beliau sepanjang tempoh menyiapkan projek ini.

Seterusnya, terima kasih kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan

dan dorongan kepada saya sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga

kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak putus memberi sokongan dan bantuan.

Dengan bantuan dan sokongan daripada semua, maka projek ini dapat

berjalan dengan lancar dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah s.w.t.

membalas segala jasa baik kalian.

“Susah untuk buat, lagi susah untuk dapat, tapi yang susah itulah

benda yang sangat berharga”

Page 8: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

v

ABSTRAK

Pemikiran algebra bermaksud memahami konsep pembolehubah, ungkapan

dan persamaan, memahami dan mewakili corak, graf, menganalisis jadual dan graf

untuk mengenalpasti sifat-sifat dan hubungan; mengenalpasti konsep kesamaan dan

ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik

KBSM yang menekankan penaakulan matematik. Walaupun KBSM memfokuskan

kepada pemikiran kreatif dan kritis, penaakulan dan penyelesaian masalah, namun di

peringkat perlaksanaan lazimnya penumpuan terbatas kepada kemahiran prosedur

sahaja. Di samping itu pembelajaran berasaskan web merupakan salah satu alternatif

yang berkesan dalam pendidikan kerana kaedah ini mampu mewujudkan

pembelajaran berpusatkan pelajar yang menyokong pembelajaran kendiri. Pada masa

kini, pembelajaran berasaskan web banyak diterapkan di sekolah-sekolah iaitu

banyak sekolah melanggani beberapa web portal yang sedia ada yang

kebanyakkannya menjurus kepada peperiksaan (exam oriented). Kebanyakkan

sekolah yang melanggan adalah untuk pelajar-pelajar yang bakal menduduki

peperiksaan seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun, web portal yang dibangunkan ini

berbeza daripada web portal yang sedia ada. Web portal ini dibangunkan dengan

menerapkan strategi pemikiran algebra dimana ianya menjangkau isi kandungan

algebra di sekolah. Pembangunan web portal pemikiran algebra ini telah memilih

MOODLE sebagai sistem pengurusan pembelajaran dengan sokongan perisian

sumber terbuka dan disokong oleh perisian PHP. MOODLE mempunyai ciri-ciri

interaktif dan mesra pengguna disamping reka bentuknya yang menyokong prinsip

konstruktivisme sosial. Bagi memastikan pembangunan dilakukan dengan

bersistematik, model ADDIE yang merangkumi lima fasa iaitu analisis, rekabentuk,

pembangunan, pelaksanaan dan penilaian telah digunakan. Web portal ini telah

menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik seperti Hot Potatoes Quiz, kuiz,

tugasan, chat, forum, jurnal dan turut dimasukkan elemen-elemen multimedia yang

interaktif seperti audio, video dan animasi yang menarik.

Page 9: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

vi

ABSTRACT

Algebraic thinking means understanding the concept of variables, expressions

and equations, understand and represent the patterns, graphs, analyze tables and

graphs to identify properties and relationships; identify the concept of equality and

inequality. Thinking is in line with the objective of learning mathematics that

emphasizes KBSM mathematical reasoning. KBSM is focusing on creative and

critical thinking, problem solving and reasoning; however, at the implementation

stage is usually limited to the concentration of procedures skills only. Besides, web-

based learning is one of effective alternative in education because this method

constructs student-centered learning that supports self-learning. Currently, many

web-based learning being subscribed by schools, mainly lead to the test (exam

oriented). These are for those students who are going to assemble for the upcoming

UPSR, PMR or SPM. Different from the web portals in the market, this web portal

focuses on algebraic thinking strategies.The web portals algebraic thinking prefer

MOODLE as learning management system with supporting software and open

source software supported by PHP. MOODLE has a characteristic as well as

interactive and user-friendly design that supports the principles of social

constructivism. To ensure the development is systematic, ADDIE’s model which

comprises of five phases namely analysis, design, development, implementation and

evaluation are adopted. This web portal provide a variety of interesting activities

such as Hot Potatoes Quiz, quizzes, assignments, chat, forums, journals, and also

included elements of multimedia interactive such as audio, video and animation.

Page 10: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Projek 5

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

1.5.2 Guru

1.5.3 Sekolah

1.5.4 Ibu bapa dan masyarakat

5

6

7

7

1.6 Skop dan batasan projek 8

1.7 Kerangka Teori Projek 8

1.8 Definisi dan Istilah

Page 11: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

viii

1.8.1 Pemikiran algebra (Algebraic

Thinking)

1.8.2 Sistem Sokongan Pembelajaran

Kendiri Atas Talian (OSSS :

Online Self Study Support System)

1.8.3 Web Portal Pendidikan

1.8.4 Pelajar

1.8.5 Teknologi Maklumat dan

Komunikasi

1.8.6 Pengajaran

1.8.7 Pembelajaran kendiri

1.8.8 E-pembelajaran

11

11

12

12

12

13

13

13

1.9 Penutup 14

2 TINJAUAN LITERATUR 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Pemikiran Algebra (Algebraic Thinking) 16

2.3 E-pembelajaran

2.3.1 Definisi e-pembelajaran

2.3.2 Istilah e-pembelajaran

2.3.3 Ciri-ciri e-pembelajaran

2.3.4 Kebaikan e-pembelajaran

19

20

20

21

2.4 Perkembangan web portal dulu dan kini

2 .4.1 Contoh Portal Pendidikan di

Malaysia

2.4.1.1 Web Portal Pendidikan

Utusan

2.4.1.2 Web Portal Cikgu. Net

2.4.1.3 Web Portal ScoreA.com

2.4.1.4 Web Portal Zoom-A.com

22

23

24

24

2.5 Perisian Sumber Terbuka 25

Page 12: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

ix

2.6 Moodle (Modular Object-Oriented

Dynamic Learning Environment)

2.7 Teori Pembelajaran yang disokong Moodle

: Teori Konstruktivisme Sosial

25

26

2.8 Keberkesanan kajian dalam dan luar

negara

2.8.1 Kajian mengenai e-pembelajaran

2.8.2 Kajian mengenai pemikiran algebra

28

29

2.9 Penutup 31

3 PROSEDUR PEMBANGUNAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Kaedah Pelaksanaan

3.2.1 Analysis (Analisis)

3.2.1.1 Latar belakang

pelajar/pengguna

3.2.1.2 Persekitaran/suasana

pembelajaran

3.2.1.3 Matlamat dan pendekatan

pembelajaran

3.2.2 Design (Rekabentuk)

3.2.2.1 Pembentukan objektif

3.2.2.2 Pembinaan item teori

3.2.2.3 Pembinaan item soalan

3.2.2.4 Persembahan pengajaran

3.2.2.5 Pemilihan strategi

3.2.3 Development (Pembangunan)

3.2.3.1 Prosedur pembangunan nota

guru (Teacher’s Note)

menggunakan sumber

(Resource)

34

35

36

36

38

40

40

42

43

44

Page 13: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

x

3.2.3.2 Prosedur pembangunan nota

pembelajaran pelajar

(Students’ Lesson)

3.2.3.3 Prosedur pembangunan kuiz

(Quiz)

3.2.3.4 Prosedur pembangunan Hot

Potatoes Quiz

3.2.3.5 Prosedur pembangunan

Tugasan (Assignment)

3.2.3.6 Prosedur pembangunan

Forum

3.2.3.7 Prosedur pembangunan

Chat

3.2.3.8 Prosedur pembangunan

Journal

3.2.4 Implementation (Pelaksanaan)

3.2.5 Evaluation (Penilaian)

47

49

50

53

53

54

54

55

55

3.3 Penutup 56

4 HASIL PEMBANGUNAN 57

4.1 Pengenalan 57

4.2 Web Portal ‘Algebraic Thinking’

4.3 Skrin ‘Login’

4.4 Struktur penyusunan bahan e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

4.5 Hasil projek bahan e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

4.5.1 Nota pembelajaran pelajar (Students’

Lesson)

4.5.2 Nota guru (Teacher’s Note)

4.5.3 Kuiz (Quiz)

4.5.4 Hot Potatoes Quiz

4.5.5 Tugasan (Assignment)

58

59

60

62

65

67

69

70

Page 14: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xi

4.5.6 Forum

4.5.7 Perbualan (Chat)

4.5.8 Jurnal (Journal)

4.6 Elemen Multimedia dalam Web Portal

‘Algebraic Thinking’

4.6.1 Teks

4.6.2 Grafik

4.6.3 Animasi

4.6.4 Audio

4.6.5 Video

4.7 Penilaian terhadap e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

71

72

74

75

76

77

77

78

78

4.8 Penutup 80

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

81

5.1 Pengenalan 81

5.2 Perbincangan hasil pembangunan 82

5.3 Keistimewaan e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

84

5.4 Kelemahan e-pembelajaran ‘Algebraic

Thinking’

85

5.5 Masalah yang dihadapi 85

5.6 Cadangan penambahbaikan dan

pembangunan pada masa hadapan

86

5.7 Kesimpulan 87

RUJUKAN 88

LAMPIRAN 91

Page 15: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual objektif pembelajaran dan hasil

pembelajaran bagi topik ‘Algebraic Thinking’

38

3.2 Rekabentuk pembinaan item soalan bagi topik

‘Algebraic Thinking’

41

Page 16: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xiii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 10

3.1 Aliran kerja berdasarkan Model ADDIE 34

3.2 Carta alir pembangunan nota guru (Teacher’s Note) 44

3.3 Skrin Upload a File 45

3.4 Skrin Turn Editting On 45

3.5 Skrin Add a Resource and Link to a file or Web

Page

46

3.6 Skrin Link to a file or Web Page 46

3.7 Carta alir pembangunan Students’ Lesson 47

3.8 Skrin Add an Activity > Lesson 48

3.9 Skrin Insert Image 48

3.10 Carta alir pembangunan Quiz 49

3.11 Skrin memasukkan item soalan Multiple Choice

Question

50

3.12 Skrin Hot Potatoes Quiz 51

3.13 Skrin Jmatch 51

3.14 Skrin Jquiz 52

3.15 Carta alir pembangunan Assignment 53

3.16 Carta alir pembangunan ruangan ’Chat’ 54

3.17 Carta alir pembangunan aktiviti Journal 54

4.1 Paparan antaramuka OSSS : Online Self Study

Support System

58

4.2 Skrin Create new account 59

4.3 Skrin Login 60

4.4 Paparan utama modul ‘Algebraic Thinking’ 61

4.5 Skrin nota pembelajaran bertajuk ‘Variables as

Unknowns’

62

Page 17: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xiv

4.6

Skrin contoh yang disediakan

63

4.7 Skrin paparan soalan di dalam nota pembelajaran 64

4.8 Maklumbalas bagi jawapan betul 64

4.9 Maklumbalas bagi jawapan salah 64

4.10 Skrin memuat turun nota 65

4.11 Skrin nota bagi subtopik ‘Variables as Unknowns’ 66

4.12 Skrin ‘What will you learn’ bagi subtopik

‘Variables as Unknowns’

66

4.13 Slot ‘Test Yourself’ 67

4.14 Paparan kuiz 68

4.15 Paparan kuiz menggunakan ‘Quiz Creator’ 68

4.16 Paparan Hot Potatoes Quiz bagi subtopik

‘Variables as Unknowns’

69

4.17 Paparan tugasan bagi subtopik ‘Tilt or Balance’ 70

4.18 Paparan tugasan berbentuk ‘Online Text’. 71

4.19 Paparan forum ‘Let’s Discuss about it. . .’ 71

4.20 Paparan contoh perbincangan di e-forum 72

4.21 Antaramuka ruangan ‘Chat’ 72

4.22 Ruangan ‘Chat’ 73

4.23 Contoh ruangan ‘Chat’ 73

4.24 Ruangan jurnal 74

4.25 Penggunaan teks dalam e-pembelajaran ‘Algebraic

Thinking’

75

4.26 Penggunaan grafik dalam e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

76

4.27 Penggunaan animasi dalam

e-pembelajaran‘Algebraic Thinking’

77

4.28 Penggunaan video dalam e-pembelajaran

‘Algebraic Thinking’

78

Page 18: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xv

SENARAI SINGKATAN

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

MOODLE - Modular Object Oriented Dynamic Learning

Environment

HTML - Hypertext Markup Language

JPEG - Joint Photographic Experts Group

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

ICT - Information and Communication Technology

ABM - Alat Bantu Mengajar

Page 19: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Common Mistakes in Algebra 91

B Borang Soal Selidik 93

C Students Lessons (Tilt or Balance) 96

D Test Yourself (Tilt or Balance) 103

E Assignments (Tilt or Balance) 106

Page 20: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

1

April 2010

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan bidang komputer serta teknologi yang semakin pesat pada

masa kini telah memberi kesan yang hebat terhadap dunia pendidikan di Malaysia.

Sebagai buktinya, penggunaan komputer sebagai bahan bantu mengajar yang

semakin popular pada masa kini sama ada dengan bantuan guru ataupun tidak. Pada

zaman dahulu pembelajaran hanya bergantung seratus-peratus pada pengajaran guru

semata. Namun begitu, ini tidak bermaksud bahawa pembelajaran berasaskan

komputer telah menggantikan tugas seorang guru tetapi ia membantu proses

pengajaran dan pembelajaran supaya lebih menarik, efektif dan berkualiti. Tetapi

tidak lagi pada masa kini. Menurut Tan Khun (2001),

“Kita sekarang berada dalam zaman teknologi maklumat. Kita

dihidangkan dengan pelbagai teknologi pendidikan daripada

penggunaan OHP hinggalah kepada penggunaan perisian komputer

interaktif.”

Page 21: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

2

April 2010

Pembelajaran pada masa kini sangat berbeza berbanding pada masa dahulu.

Kaedah pembelajaran dan pengajaran pada masa kini telah dipelbagaikan seiring

dengan perubahan yang pesat dalam dunia teknologi. Kita juga sedar bahawa gaya

pembelajaran pelajar berubah seiring dengan pendidikan yang sentiasa mengalami

perubahan, persekitaran pembelajaran turut berubah. Oleh itu, para pendidik harus

peka dengan perubahan ini dan harus pandai memilih kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

Proses pengajaran tidak lagi berlaku secara di dalam kelas sahaja, malah telah

berubah kepada pengajaran secara atas talian (on-line). Selaras dengan perubahan

yang berlaku, pendidikan matematik di Malaysia turut memberi tumpuan mengenai

pembelajaran matematik secara atas talian (on-line) atau lebih dikenali sebagai

e-pembelajaran. Menurut Noor Azlan (2004), matematik yang perlu diajar sentiasa

mengalami perubahan, bukan statik kerana keperluan matematik sentiasa berubah

selari dengan kemajuan sains dan teknologi yang pesat berkembang.

E-pembelajaran merupakan pembelajaran dengan menggunakan media

elektronik sebagai perantaraan pelajar dengan aplikasi pendidikan kini semakin

meluas terutamanya dalam matapelajaran matematik. Perlaksanaan e-pembelajaran

mampu mengubah cara pembelajaran pelajar dimana pelajar boleh mencapai bahan

pembelajaran dengan mudah mengikut keperluan sendiri. Menurut Mohd Koharudin

bin Mohd Balwi (2004), institusi pendidikan dan sektor korporat telah mula

mengiktiraf e-pembelajaran sebagai satu kuasa yang mampu mengubah prestasi,

pengetahuan dan kemahiran.

Salah satu contoh penggunaan e-pembelajaran yang semakin meluas pada

masa kini adalah portal pembelajaran atau lebih dikenali sebagai web portal.

Pembelajaran secara atas talian (on-line) merupakan pintu laluan yang menyalurkan

maklumat dan keperluan dalam pendidikan. Antara elemen penting yang ada di

dalam sesebuah portal pembelajaran adalah nota guru, nota pembelajaran pelajar,

latihan dan ujian. Sehingga kini, portal pembelajaran semakin berkembang melalui

internet selaras dengan perkembangan teknologi yang pesat. Faktor kemudahan

Page 22: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

3

April 2010

mendapat talian internet turut menjadi faktor berkembangnya portal pembelajaran

pada masa kini. Terdapat pelbagai jenis jaringan yang ditawarkan dan mampu

dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat.

Matematik merupakan satu cabang ilmu yang berguna dan mempunyai

keindahan tersendiri yang perlu dipelajari oleh setiap individu, namun masyarakat

kita sendiri kurang menggemari matematik. Ini mungkin disebabkan oleh kaedah

pengajaran matematik yang kaku serta membosankan (Khairusy Syakirin, 2009).

Namun begitu, dengan kemudahan teknologi ICT dan elemen multimedia yang

diterapkan dalam pendidikan matematik, kini bukanlah menjadi suatu masalah lagi

dalam menguasai subjek ini.

Oleh itu, dengan penggunaan web portal ini dalam pendidikan matematik

yang turut menggabungkan elemen multimedia, mampu mengubah persepsi pelajar

seterusnya meningkatkan minat pelajar terhadap matematik. Selain dari interaktif dan

menarik, ia juga turut menguji konsep kefahaman dan pemikiran pelajar melalui nota

dan latihan yang diberikan. Pembangunan web portal ini bukan sahaja dijangka dapat

meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek matematik, namun turut meningkatkan

kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemahaman konsep matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Penggunaan teknologi di dalam pendidikan telah memberi inspirasi baru

terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Jaya Kumar (2001), NITA

(National IT Agenda) memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat

dan komunikasi dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju

selaras dengan Wawasan 2020. Ini menunjukkan bahawa, penggunaan ICT dalam

pendidikan merupakan aspek penting dalam pembangunan modal insan di samping

penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Kewujudan ICT telah memberi

Page 23: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

4

April 2010

peluang yang luas dalam bidang pendidikan. Maka tidak hairanlah sekiranya banyak

institusi pengajian tinggi serta sekolah mengaplikasikan penggunaan ICT di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

Pembelajaran berbantukan komputer tidak dapat dinafikan lagi

kepentingannya pada masa kini. Bidang pendidikan kini yang bukan sahaja

mementingkan isi kandungan pelajaran sahaja malah turut menggunakan aspek

teknologi. Ini adalah bagi mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam bilik darjah.

Kaedah tradisional pada masa dahulu telah di gantikan dengan kaedah moden yang

lebih bersistematik dan berkesan. Selain dari itu, konsep ini juga mampu menarik

minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah

Pembelajaran matematik dari dulu hingga kini tidak dapat lari dari masalah.

Matematik dianggap satu matapelajaran yang susah oleh para pelajar. Kebiasaannya

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara formal di dalam bilik darjah dan

kadangkala membosankan bagi sesetengah pelajar. Ini adalah kerana guru masih

mengamalkan pengajaran secara tradisional tanpa melibatkan pelajar semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku. Berikutan dari situasi tersebut, pelajar hilang

minat terhadap matematik seterusnya menganggap matematik adalah subjek yang

sukar. Selain itu, penerapan terhadap pemahaman konsep juga tidak kukuh dan ini

membuatkan pelajar sering melakukan kesilapan yang sama dalam matematik.

Page 24: PEMBANGUNAN SISTEM SOKONGAN PEMBELAJARAN KENDIRI … · ketidaksamaan. Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran matematik Pemikiran ini selaras dengan objektif pembelajaran

5

April 2010

1.4 Objektif Projek

Objektif projek ini dibangunkan adalah untuk membangunkan sistem

sokongan pembelajaran kendiri atas talian atau lebih dikenali sebagai web

pembelajaran dengan menggunakan Moodle sebagai Learning Management System

(LMS) bagi satu topik yang melibatkan pemikiran algebra iaitu Algebraic Thinking

yang merupakan asas algebra atau pre-algebra. Projek ini merangkumi:

1. Sumber Pengajaran (Teacher’s Resource)

2. Sumber Pembelajaran Pelajar (Student’s Lesson)

3. Tugasan (Assignment) dan Latihan (Exercises)

4. Forum, Jurnal (Journal) dan Perbualan (Chatting)

5. Kuiz (Quiz) dan Hot Potatoes Quiz

6. Ujian (Test) dan Pengukuhan (Reinforcement)

7. Teka Silang Kata (Crossword Puzzle)

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pelajar

Projek portal pembelajaran ini dibuat adalah bertujuan untuk mendedahkan

kepada para pelajar mengenai pembelajaran di atas talian, akses kendiri dan

pembelajaran berdikari di luar bilik darjah. Portal pembelajaran ini boleh berfungsi

dalam dua keadaan iaitu dengan bantuan guru ataupun tanpa adanya guru. Pelajar

boleh belajar secara sendiri dengan menggunakan nota-nota yang telah disediakan

serta arahan yang lengkap untuk melakukan aktiviti seperti tugasan, latihan, kuiz dan

sebagainya. Pelajar juga boleh membuat capaian pada bila-bila masa dan di mana jua