corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

Upload: amir-redkapet

Post on 31-May-2018

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    1/22

    1

    MENGENALPASTI CORAK PEMBELAJARAN YANG DIAMALKAN OLEH PELAJAR

    YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI

    CEMERLANG DAN JUGA LEMAH

    Mohd. Kamarul Yusri bin Khaidzir

    Unit Pengurusan PerniagaanKolej Matrikulasi Pahang

    Kementerian Pendidikan Malaysia

    26300 Gambang

    Pahang Darul Makmur

    ABSTRAK

    Pembelajaran merupakan suatu proses yang berterusan bagi seorang pelajar. Di dalam

    usaha untuk mencapai kecemerlangan di dalam akademik, pelajar perlu untuk

    mengulangkaji semula topik pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah atau tutoran. Bagi

    tujuan tersebut setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri di mana gaya

    pembelajaran tersebut mungkin dirasakan berkesan atau selesa bagi diri pelajar terbabit.

    Namun begitu, tidak semestinya usaha yang diberikan di dalam ulang kaji membuahkan

    keputusan yang dikehendaki. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan oleh

    pelajar boleh dilihat berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi. Kajian ini

    bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar jurusan

    perakaunan sesi 2003 / 2004. Sampel bagi kajian ini merupakan pelajar jurusan perakaunan

    sesi 2003 / 2004 yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas dan juga 2.65 ke bawah bagi semester

    1. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti seterusnya

    dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang

    kurang memuaskan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai 3 objektif iaitu: ( a )

    Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar, ( b ) Untuk

    mengenalpasti faktor faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar dan (

    c ) Untuk meninjau prinsip yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti pengajian di

    kolej matrikulasi.. Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar

    menjalani proses pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh

    memperbaiki atau mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    2/22

    2

    menyokong proses pembelajaran pelajar.

    PENDAHULUAN

    Sering kali terdengar rungutan daripada pelajar setiap kali setelah keputusan peperiksaan

    diumumkan. Mereka mengulangkaji pelajaran sama seperti pelajar yang lain tetapi hasil yang

    diperolehi seolah olah tidak mencerminkan daya usaha sebenar mereka. Lebih menambahkan lagi

    tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran dengan peruntukan

    masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan.

    Secara umumnya, seorang individu berbeza di antara satu sama lain. Menurut C.

    Parameswary Chelliah, perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada

    norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau

    bakat dan aspek aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.

    Antara aspek aspek perbezaan adalah seperti berikut :

    ( a) Fizikal

    Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina, kemahiran

    fizikal dan kebolehan kerja tangan.

    ( b ) Emosi

    Aspek aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung

    kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka,

    marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.

    ( c ) Mental

    Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar

    belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak,

    kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.

    ( d ) Tingkah laku

    Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku

    berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan

    bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    3/22

    3

    ( e ) Sosial

    Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,

    kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak kanak

    sejak dilahirkan.

    Kesan Perbezaan Individu Terhadap Pembelajaran

    ( a ) Kesediaan untuk Belajar

    Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu kanak kanak yang

    sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan

    oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman prasekolah. Fahaman

    guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau

    kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.

    ( b ) Konsep Kendiri

    ( i ) Konsep kendiri positif ( mereka akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan aktif )

    ( ii ) Konsep kendiri negatif ( tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap pembelajaran

    malah mereka tidak menunjukkan sikap yang positif terhadap diri sendiri )

    ( c ) Persepsi

    Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah

    mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri

    mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap

    pelajaran kepada sikap positif.

    ( d ) Nilai

    Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan perbezaan individu dan latar belakang

    kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap

    pelajaran.

    ( e ) Tingkah Laku

    Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    4/22

    4

    yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang

    guru itu boleh mengubah sikap murid muridnya.

    ( f ) Perasaan

    Perasaan seseorang berbeza dengan orang lain. Antara perasaan yang selalu mempengaruhi

    pembelajaran ialah perasaan gemuruh, tenang, stabil, kecewa, duka dan takut. Tugas guru ialah

    mendorong dan melatih murid supaya mempunyai perasaan yang sesuai dengan aktiviti pembelajaran.

    ( g ) Mental

    Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain.

    Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga

    sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan.

    Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di

    dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang

    bidang tertentu.

    REFLEKSI MASALAH

    Sebagai seorang pelajar mereka memikul tanggungjawab yang berat di dalam usaha untuk

    memastikan mereka beroleh kecemerlangan di dalam pengajian mereka di peringkat matrikulasi. Bagi

    tujuan tersebut masing masing mempunyai corak pembelajaran mereka yang tersendiri. Gaya

    pembelajaran yang dipilih dibuat berdasarkan keselesaan dan kesesuaian diri seseorang pelajar

    terbabit. Keberkesanan corak pembelajaran yang diamalkan boleh dilihat berdasarkan keputusan

    peperiksaan yang diperolehi. Dengan itu suatu corak pembelajaran yang berkesan boleh dikenal pasti

    seterusnya dijadikan panduan kepada pelajar lain terutama pelajar yang memperolehi keputusan yang

    kurang memuaskan. Suasana persekitaran juga secara tidak langsung boleh diperbaiki bagi

    menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif.

    Namun begitu, sering kali juga terdengar alasan daripada pelajar apabila mereka mendapat

    keputusan peperiksaan yang kurang cemerlang. Mereka menyatakan bahawa mereka telah mengulang

    kaji pelajaran dengan memperuntukkan masa yang banyak dan juga tidak ketinggalan di dalam

    membuat latihan latihan yang dibekalkan. Seolah olah keputusan yang diperolehi tidak

    mencerminkan kesungguhan usaha yang telah disumbangkan di dalam aktiviti ulang kaji. Lebih

    menambahkan lagi tekanan kepada mereka ialah apabila ada rakan yang mengulang kaji pelajaran

    dengan peruntukan masa yang kecil tetapi memperolehi keputusan yang amat membanggakan. Secara

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    5/22

    5

    tidak langsung keadaan ini akan mewujudkan perasaan putus asa di dalam diri pelajar terbabit kerana

    pada pandangan mereka, walau sebanyak mana usaha yang dilakukan, keputusan peperiksaan mereka

    tetap rendah.

    Diharapkan kajian ini dapat memberikan maklumat bagaimana pelajar menjalani proses

    pembelajaran mereka. Dengan adanya maklumat ini, pihak kolej boleh memperbaiki atau

    mengubahsuai samada peraturan atau infratruktur di dalam usaha menyokong proses pembelajaran

    pelajar. Hasil kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh kolej kolej matrikulasi yang lain di dalam

    menyediakan suatu suasana persekitaran yang kondusif bagi tujuan pembelajaran.

    DEFINISI OPERASI

    Satu definisi istilah digunakan dalam kajian ini bagi menjelaskan objektif kajian.

    ( a ) Belajar

    Belajar adalah suatu proses penyesuaian yang berlangsung secara progresif. Proses

    penyesuaian tersebut dapat mendatangkan hasil yang optimum apabila ia diberi pengukuhan.

    Berdasarkan proses pelaziman yang pada prinsipnya memperkuatkan dugaan bahawa timbulnya

    tingkah laku itu lantaran adanya hubungan antara rangsangan dengan gerak balas. Skinner ( 1938 )

    Wittig ( 1981 ) mendefinikan belajar sebagai perubahan relatif yang terjadi pada tingkah laku

    suatu organisma sebagai hasil pengalaman

    Reber ( 1989 ) mendefinisikan belajar sebagai proses memperoleh pengetahuan dan suatu

    perubahan tingkah laku yang relatif sebagai hasil latihan yang iperkukuh.

    Dirumuskan, kebanyakkan ahli psikologi bersetuju bahawa belajar ialah bidang yang

    mengurus perubahan seluruh tingkah laku pelajar supaya belajar berdasarkan pengalaman dan

    pemerhatian yang melibatkan proses kognitif.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk melihat akan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar

    pelajar jurusan perakaunan. Secara lebih khusus lagi kajian ini mempunyai objektif iaitu:

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    6/22

    6

    ( a ) Untuk mengenal pasti corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar.

    ( b ) Untuk mengenalpasti faktor faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar.

    ( c ) Untuk meninjau prinsip atau pegangan diri yang diamalkan oleh pelajar sewaktu mengikuti

    pengajian.

    PERSOALAN KAJIAN

    Kajian ini akan cuba menjawap persoalan persoalan yang berikut :

    ( a ) Apakah bentuk corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ?

    ( b ) Apakah faktor faktor yang boleh mempengaruhi keberkesanan pembelajaran pelajar ?

    ( c ) Apakah prinsip yang menjadi pegangan hidup pelajar sewaktu mengikuti pengajian ?

    PERANCANGAN TINDAKAN

    Kajian ini akan melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh dua kumpulan pelajar. Bagi

    tujuan tersebut, responden akan dipilih berdasarkan keputusan peperiksaan mereka di semester 1.

    Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan kumpulan pelajar cemerlang dan juga lemah. Pelajar

    yang dikategorikan sebagai cemerlang merupakan pelajar yang memperolehi PNGK 3.5 ke atas

    manakala pelajar yang dikategorikan sebagai lemah pula ialah yang mendapat PNGK 2.65 ke bawah.

    Data dan maklumat pelajar tersebut akan diperolehi daripada Bahagian Peperiksaan, Kolej

    Matrikulasi Pahang. Setelah itu borang borang soal selidik akan diserahkan kepada pelajar terbabit

    bagi tujuan mengumpul maklumat.

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    7/22

    7

    METODOLOGI KAJIAN

    Reka bentuk Kajian

    Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan melalui penggunaan borang soal selidik. Tinjauan

    digunakan untuk melihat corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar sehingga menyumbang

    kepada pencapaian PNGK yang tertentu. Kaedah ini dipilih kerana ia berupaya menyediakan

    maklumat yang diperlukan bagi setiap kumpulan responden.

    Sampel Kajian

    Seramai 27 orang pelajar masing masing yang mencatatkan keputusan PNGK 3.5 ke atas dan 2.65

    ke bawah dikenal pasti melalui data di Bahagian Peperiksaan, Kolej Matrikulasi Pahang. Kepurtusan

    peperiksaan yang dicatatkan ialah di dalam peperiksaan Semester I sesi 2003 / 2004.

    Alat Kajian

    Alat kajian yang digunakan untuk mengutip data di dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang

    dibentuk oleh penyelidik berdasarkan pengalaman, bahan bacaan dan kursus penyelidikan yang

    dihadiri.

    Soal selidik ini mempunyai dua bahagian. Bahagian A meliputi maklumat tentang latar belakang

    sampel iaitu nama kolej, jantina, jurusan, kaum, jenis sekolah dan PNGK. Bahagian B pula

    mengandungi item item berkenaan corak pembelajaran pelajar. Item item pada bahagian B diukur

    dengan menggunakan skala berikut : 1 Sangat Tidak Setuju , 2 Tidak Setuju , 3 Setuju dan 4

    Sangat Setuju .

    BATASAN KAJIAN

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    8/22

    8

    ( a ) Dapatan kajian ini hanya terbatas kepada kumpulan sasaran kajian. Sebarang generalisasi yang

    dibuat berasaskan dapatan kajian ini terhad kepada pelajaran jurusan perakaunan yang menuntut di

    Kolej Matrikulasi Pahang sesi 2003 / 2004. Kajian ini memfokuskan kepada corak pembelajaran yang

    diamalkan oleh pelajar dan data hanya diperolehi dari responden yang telah dipilih dengan

    menggunakan borang soal selidik.

    ( b ) Kajian ini tidak menggunakan sebarang peruntukkan penyelidikan yang khusus. Kajian ini

    dilakukan mengikut masa terluang penyelidik sebagai pensyarah yang terikat dengan jadual waktu

    mengajar sebanyak 14 jam seminggu.

    ( c ) Penyelidik juga masih belum pakar di dalam aktiviti penyelidikan.

    TINJAUAN LITERATUR

    Menurut kajian tinjauan yang dilakukan oleh Kherun Nita dan Zakaria ( 1995 ) terhadap pelajar

    cemerlang di UTM, pelajar pelajar yang dikategorikan sebagai cemerlang mempunyai ciri ciri

    seperti berikut :

    ( a ) Mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas

    ( b ) Baik di dalam mata pelajaran matematik dan sains

    ( c ) Baik di dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris

    ( d ) Dapat memahami sistem pengajian

    ( e ) Tahu mengurus masa

    ( f ) Baik dalam mengambil nota

    ( g ) Memberi penumpuan di dalam kuliah atau tutoran

    ( h ) Tidak suka bertangguh atau belajar di saat akhir

    ( i ) Suka bertanya dan berjumpa pensyarah

    ( j ) Hadir ke kuliah dengan berkesan

    DAPATAN KAJIAN

    Ujian Rintis

    Sebelum borang soal selidik diedarkan kepada pelajar, soalan dibincangkan dahulu dengan para

    pensyarah berkenaan kesesuaian penggunaan bahasa. Setelah itu ujian kebolehpercayaan model (

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    9/22

    9

    reliability alpa ) ke atas 35 item ujian menunjukkan nilai pekali 0.7. Ini menunjukkan data data

    dapatan kajian ini melebihi kebolehpercayaan 0.6 seperti yang diutarakan oleh Mohd. Salleh dan

    Zaiton ( 2001 ).

    Prosedur Memungut Data

    Borang soal selidik diedarkan selepas pelajar selesai mengikuti kuliah atau tutoran dan soal selidik

    akan ditadbir sendiri oleh penyelidik. Nama pelajar tertentu berdasarkan PNGK yang diperolehi akan

    dipanggil untuk mengisi soal selidik. Penerangan ringkas diberikan kepada pelajar yang dikehendaki

    menjawab soal selidik. Pelajar diberikan masa 2 hari untuk menjawab soal selidik dan soal selidik

    yang telah siap dijawap diserahkan kepada penyedlidik atau dihantar ke meja penyelidik.

    Prosedur Menganalisis Data

    Data yang dipungut akan dikod dan diproses dengan menggunakan perisian SPSS Ver 12 mengikut

    keperluan kajian. Analisis data menggunakan statistik kekerapan dan bagi melihat amalan corak

    pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar.

    Hubungan Antara Pembolehubah

    Analisis khi kuasa dua digunakan untuk menguji kekuatan perkaitan antara pembolehubah.

    Pembolehubah yang dinilai ialah jantina, sekolah asal dan kaum pelajar. Ujian akan melihat samada

    pembolehubah ini mempunyai perkaitan dengan PNGK yang diperolehi oleh pelajar. Bagi tujuan

    tersebut beberapa hipotesis akan dibangunkan.

    Hipotesis Pertama

    Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

    Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan

    PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi Kuasa Dua = 1.979, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis

    nol diterima.

    Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara sekolah asal pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    10/22

    10

    Implikasi: Sekolah asal pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi

    oleh pelajar.

    Hipotesis Kedua

    Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

    Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara jantina pelajar dengan

    PNGK yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi Kuasa Dua = 0.889, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis

    nol diterima.

    Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara jantina pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

    Implikasi: Jantina pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh

    pelajar.

    Hipotesis Ketiga

    Ho: Tidak terdapat perkaitan di antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

    Keputusan: Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK

    yang diperolehi oleh pelajar ( Nilai Khi Kuasa Dua = 0.114, p > 0.05 ). Oleh itu, hipotesis nol

    diterima.

    Kesimpulan: Tidak wujud perkaitan antara kaum pelajar dengan PNGK yang diperolehi.

    Implikasi: Kaum pelajar tidak memainkan peranan dalam menentukan PNGK yang diperolehi oleh

    pelajar.

    Corak Pembelajaran yang Diamalkan Oleh Pelajar yang Dikategorikan Sebagai Cemerlang

    Melalui soal selidik yang dikemukakan kepada pelajar yang mendapat PNGK 3.5 ke atas, berikut

    merupakan corak pembelajaran yang diamalkan :

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    11/22

    11

    Jadual 1 ( Lampiran 1 )

    Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang

    ( a ) Pelajar pelajar ini lebih mengemari proses belajar secara berkumpulan.

    ( b ) Kemudahan kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain lain merupakan

    perkara penting di dalam menyokong proses pembelajaran mereka.

    ( c ) Pelajar pelajar ini tidak hanya bergantung kepada nota yang diperolehi daripada kuliah sahaja

    bahkan dari masa ke semasa mereka turut membuat rujukan tambahan .

    ( d ) Setiap latihan yang diberikan oleh pensyarah akan cuba dibuat walau pun tidak diminta oleh

    pensyarah kerana ini merupakan peluang bagi mereka untuk memperbaiki kelemahan diri mereka.

    ( e ) Pelajar ini juga tidak lokek untuk memberi penerangan kepada rakan lain apabila rakan meminta

    mereka untuk menerangkan akan sesuatu topik atau soalan. Ini kerana secara tidak langsung mereka

    berasakan ia merupakan kaedah terbaik untuk memperbaiki kefahaman yang sedia ada.

    ( f ) Dari segi pembahagian masa untuk tujuan beriadah, masa yang lebih banyak diperuntukkan bagi

    hal hal yang berkaitan aktiviti mengulang kaji pelajaran.

    ( g ) Setiap pensyarah yang ada akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan untuk membuat rujukan atau

    penyelesaian sesuatu latihan.

    ( h ) Masa belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah pada sebalah malam iaitu sebelum waktu

    tidur.

    ( i ) Setiap kehadiran samada ke kuliah atau tutoran adalah penting bagi mereka. Ini kerana perkara

    yang diajarkan mampu menyumbang kepada keputusan peperiksaan yang cemerlang.

    ( j ) Pelajar ini tidak malu untuk bertanya kepada pensyarah berkenaan sesuatu perkara yang mereka

    tidak fahami walaupun pertanyaan mereka itu mungkin akan digelakkan oleh rakan mereka yang lain.

    ( k ) Tempat belajar yang paling sesuai bagi mereka ialah di bilik.

    ( l ) Sikap rajin yang ditunjukkan oleh rakan rakan mereka yang lain membuatkan mereka makin

    terdorong untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

    ( m ) Kumpulan pelajar ini saling bertukar nota, buku atau soalan dengan rakan rakan yang lain. Ini

    dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan kemhiran yang sedia ada pada diri pelajar terbabit.

    ( n ) Aktiviti ibadat tidak dilupakan sepanjang tempoh mengikuti pengajian di kolej walau apa pun

    bangsa pelajar.

    ( o ) Keputusan cemerlang yang dicatatkan oleh pelajar lain membuatkan mereka rasa tercabar untuk

    turut mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

    ( p ) Setiap perkara atau topik yang disampaikan oleh pensyarah samada di kuliah atau tutoran adalah

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    12/22

    12

    penting bagi mereka. Mereka akan membuat catatan berkenaan dengan perkara yang disampaikan.

    ( q ) Komitmen yang ditunjukaan oleh para pensyarah amat mempengaruhi kecemerlangan pelajar

    terbabit. Sekiranya pensyarah memperuntukkan usaha yang gigih terhadap proses pengajaran dan

    pembelajaran, secara tidak langsung akan membantu pelajar tersebut untuk mencatatkan keputusan

    yang cemerlang.

    ( r ) Pada minggu minggu terakhir sebelum peperiksaan, kebanyakan silibus mata pelajaran yang

    berkaitan telah pun diulang kaji.

    ( s ) Pelajar ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki kelemahan kelamahan yang terdapat pada diri

    mereka.

    Jadual 2 ( Lampiran 2 )

    Corak Pembelajaran Pelajar Lemah

    Secara keseluruhannya pelajar yang dikategorikan sebagai lemah juga mempunyai ciri corak

    pembelajaran yang hampir sama dengan pelajar cemerlang. Cuma aspek yang paling ketara ialah dari

    segi kandungan pelajaran yang diualang kaji. Bagi pelajar lemah, masih terdapat topik atau

    kandungan yang belus habis diulang kaji menjelang minggu minggu peperiksaan. Keadaan ini

    secara tidak langsung akan mewujudkan tekanan di dalam diri pelajar terbabit seterusnya menjejaskan

    penumpuan terhadap proses ulang kaji keseluruhan subjek.

    Jadual 3 ( Lampiran 3 )

    Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Cemerlang.

    ( a ) Pelajar sentiasa mengingati akan pesan keluarga sepanjang mengikuti pengajian di kolej.

    ( b ) Pelajar menganggap pensyarah lebih dari seorang pensyarah.

    ( c ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memilih sendiri rakan sebilik.

    ( d ) Kemasukan pelajar ke program matrikulasi bukanlah kerana terpaksa.

    ( e ) Pelajar amat menghormati pensyarah samada pensyarah yang mengajar mereka atau tidak.

    ( f ) Pelajar ada mengamalkan sikap bertangguh di dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

    ( g ) Setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kolej adalah untuk kepentingan pelajar.

    ( h ) Pelajar tidak kisah apa yang diperkatakan terhadap diri mereka asalkan mereka beroleh

    kecemerlangan.

    ( i ) Jika diberi peluang, pelajar ingin memiliki teman istimewa.

    ( j ) Pelajar akan pulang ke kampung jika diberi peluang.

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    13/22

    13

    ( k ) Nasib memainkan peranan yang kecil di dalam keputusan peperiksaan.

    ( l ) Markah penilaian berterusan adalah penting walaupun nilainya kecil.

    Jadual 4 ( Lampiran 4 )

    Prinsip dan Pegangan Diri Pelajar Lemah.

    Secara keseluruhannya adalah hampir sama dengan pelajar pelajar cemerlang.

    CADANGAN DAN TINDAKAN PEMBAIKAN

    Hasil daripada ciri ciri pelajar yang telah dikenal pasti, pihak kolej boleh mengambil

    tindakan tindakan yang berikut bagi memastikan persekitaran pembelajaran pelajar pelajar ini

    tidak terjejas dan dapat dikekalkan.

    ( a ) Pihak kolej boleh menggalakkan para pelajar untuk menbentuk kumpulan bagi tujuan tujuan

    pembelajaran atau ulang kaji. Pembelajaran secara kumpulan memudahkan proses pertukaran idea

    atau malumat seterusnya pelajar yang lebih mahir dapat membantu pelajar yang kurang mahir. Selain

    itu juga, bagi pelajar mahir ini merupakan peluang untuk memperbaiki lagi kefahaman mereka

    berkenaan sesuatu topik atau perkara melalui tunjuk ajar yang diberikan kepada rakan mereka.

    ( b ) Kemudahan kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer dan lain lain kemudahan

    hendaklah diperbaiki. Bagi pusat sumber, buku buku rujukan yang terdapat di dalamnya hendaklah

    mencukupui dengan nisbah bilangan pelajar yang ada dan juga menepati kehendak sukatan pelajaran

    topik topik yang tertentu. Ini kerana pelajar pelajar ini turut membuat rujukan tambahan untuk

    menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada dan juga bagi tujuan penyelesaia soalan soalan

    latihan yang diberikan oleh pensyarah. Begitu juga dengan makmal komputer, komputer hendaklah

    mencukupi bagi tujuan penyiapan tugasan beserta dengan mesin pencetak. Kekurangan peralatan

    menyebabkan pelajar sukar untuk menyiapkan sesuatu tugasan hasilnya motivasi pelajar akan jatuh

    dan begitu juga dengan hasil kerja mereka.

    ( c ) Sekiranya pensyarah bercadang untuk memberikan soalan soalan tambahan, lebih baik

    sekiranya soalan tersebut diedarkan lebih awal. Dengan kata lain sebelum sesuatu topik tersebut

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    14/22

    14

    diajar atau sewaktu topik tersebut sedang diajar. Ini memudahlan lagi pelajar terutama pelajar

    pelajar yang rajin dan memiliki inisiatif yang tinggi untuk menyudahkan soalan soalan terbabit.

    ( d ) Bagi setiap unit atau jabatan hendaklah memaparkan atau mengedarkan perancangan aktiviti

    aktiviti yang bakal mereka lakukan. Dengan ini para pelajar boleh menyelarasakan dan menyusun

    aktivitiyang akan mereka lakukan.

    ( e ) Pensyarah hendaklah memaparkan jadual peribadi mereka agar senang untuk dilihat oleh pelajar.

    Waktu perundingan juga hendaklah dinyatakan dengan jelas agar pelajar mudah untuk berjumpa

    dengan pensyarah. Sekiranya waktu perundingan pensyarah bertembung dengan jadual pelajar, sistem

    temu janji hendaklah digunakan. Yang penting pensyarah hendaklah mudah dihubungi oleh pelajar

    dengan cara mereka berada di meja masing masing pada ketika waktu yang telah dtetapkan. Selain

    itu juga, setiap pensyarah juga hendaklah menunjukkan tahap profesionalisma yang tinggi terhadap

    kerjaya mereka.

    ( f ) Pihak asrama mungkin boleh untuk menimbangkan untuk melanjutkan tempoh masa sebelum

    light off. Dengan ini para pelajar boleh memperuntukkan masa yang lebih banyak bagi tujuan

    pembelajaran dan juga persediaan sebelum ke kuliah pada keesokan harinya.

    ( g ) Jangan hadkan pelajar untuk mengulang kaji di tempat tertentu sahaja. Sebaliknya benarkan

    mereka mengulang kaji pelajaran di tempat tempat yang dirasakan selesa dan menyenangkan bagi

    mereka. Bagi tujuan tersebut pihak kolej boleh menyediakan tempat tempat seperti perpustakaan,

    bilik tutoran, bilik bacaan, asrama dan lain lain lagi.

    ( h ) Setiap kejayaan yang diperolehi oleh pelajar hendaklah diumumkan atau dihebahkan kepada

    pelajar lain. Ini dapat membuatkan pelajar tersebut merasakan kejayaan mereka diiktiraf seterusnya

    dapat mendorong pelajar yang lain untuk turut berusaha mendapatkan kejayaan.

    ( i ) Pensyarah perlu memastikan silibus telah habis diajar seminggu atau 2 minggu sebelum

    peperiksaan sebenar bermuka. Dengan adanya tempoh masa ini, pelajar boleh menumpukan sepenuh

    perhatian terhadap pelajaran dan juga berupaya untuk mewujudkan rasa tenang dan tenteram di dalam

    diri pelajar.

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    15/22

    15

    KESIMPULAN

    Secara keseluruhannya tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara corak pembelajaran

    yang diamalkan oleh pelajar. Cuma apa yang memberi kesan ialah dari persediaan yang dilakukan

    oleh pelajar. Walaupun aktiviti pembelajaran yang dijalani hampir sama, tetapi tempoh masa

    bermulanya sesuatu proses ulang kaji itu adalah penting. Pelajar cemerlang akan konsisten di dalam

    melakukan ulang kaji dan semua topik telah habis diulang kaji seminggu sebelum sesuatu peperiksaan

    bermula. Dengan itu, mereka boleh menghadapi peperiksaan dengan tenang dan dengan sepenuh

    penumpuan. Dari segi prinsip dan pegangan diri pelajar pula, tidak terdapat perbezaan yang ketara di

    antara dua kumpulan pelajar terbabit.

    BIBLIOGRAFI

    Abd. Rahim M. Ali ( 2001 ) IlmuPendidikan DPM, Pendidikan di Malaysia & Psikologi

    Pendidikan, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur

    Mohd. Sharani Ahmad & Zainal Moadon ( 2003 ) Tip Pandai Belajar, PTS Publications &

    Distributor Sdn Bhd, Bentong, Pahang

    Jerald Greenberg ( 1995) Behavior In Organization. Prentice Hall, New Jersey

    Kherun Nita & Zakaria ( 1995 )Budaya Belajar Pelajar pelajar Cemerlang di UTM,

    Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Asrama Peringkat Kebangsaan ( SPARK 95 ) pada 3

    5 Mei 1995 di Dewan Persidangan Universiti USM

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    16/22

    16

    Borang Soal Selidik

    PANDUANAnda dikehendaki memberikan pemeringkatan dari 1 hingga 5, secara membulatkannombor berkenaan. Pemeringkatannya adalah seperti berikut:

    1 : Sangat Tidak Setuju2 : Tidak Setuju3 : Setuju4 : Sangat Setuju

    Anda diharapkan tidak menjawab secara terburu buru dan masa yang mencukupiakan diberikan supaya setiap jawapan menepati kehendak soalan.

    BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG PELAJAR

    1. Nama Kolej : .........................................................................2. Jantina : Lelaki / Perempuan3. Jurusan : Sains Hayat / Fizikal / Perakaunan4. Kaum : Bumiputera / Bukan Bumiputera5. Sekolah : Asrama Penuh / MRSM / Vokasional / Teknik / Harian /

    Lain-lain6. PNGK : ........................................

    BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK

    1. Saya sentiasa mengingati akan pesan keluargasepanjang tempoh saya belajar di sini

    1 2 3 4

    2. Saya menganggap pensyarah lebih dari seorangpensyarah, sebagai rakan, ibu, bapa, abang, kakak tempat untuk meluahkan masalah / perasaan.

    1 2 3 4

    3. Saya lebih suka belajar secara berkumpulan. 1 2 3 4

    4. Kehadiran saya ke kuliah / tutoran adalah keranadipaksa dan tidak mahu markah penilaian berterusan

    1 2 3 4

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    17/22

    17

    sayadipotong.

    5. Jika diberi pilihan, saya ingin memilih sendiri rakansebilik yang akan tinggal bersama saya.

    1 2 3 4

    6. Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer

    dan lain lain merupakan faktor penting yang bolehmempengaruhi prestasi pembelajaran saya.

    1 2 3 4

    7. Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah keranaterpaksa dan tiada pilihan lain.

    1 2 3 4

    8. Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliaumengajar saya atau tidak.

    1 2 3 4

    9. Saya berusaha untuk membuat rujukan tambahan dantidak bergantung kepada nota kuliah sahaja.

    1 2 3 4

    10. Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguhdi dalam menyiapkan sesuatu tugasan.

    1 2 3 4

    11. Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuat walaupuntidak diminta oleh pensyarah.

    1 2 3 4

    12. Apabila rakan meminta penerangan sesuatu topik atausoalan, saya merasakan ia peluang untuk memperbaikikefahaman saya sendiri.

    1 2 3 4

    13. Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolejadalah untuk kebaikan diri saya sendiri.

    1 2 3 4

    14. Saya selalu membayangkan bagaimana keadaan sayabeberapa tahun yang akan datang.

    1 2 3 4

    15. Saya lebih suka menelaah pelajaran berbanding beriadah

    atau bersukan.

    1 2 3 4

    16. Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah pensyarah yang terdapat di kolej saya di dalam usahamenuntut ilmu.

    1 2 3 4

    17. Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadapsaya, asalkan saya beroleh kecemerlangan di dalamakademik.

    1 2 3 4

    18. Masa belajar yang paling sesuai bagi saya ialah sebelahmalam sebelum tidur.

    1 2 3 4

    19. Saya beranggapan setiap kehadiran ke kuliah ataututoran adalah penting di dalam mencapai

    kecemerlangan akademik.

    1 2 3 4

    20. Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai temanistimewa sepanjang belajar di kolej ini.

    1 2 3 4

    21. Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, sayaakan pulang.

    1 2 3 4

    22. Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelasdan didengari oleh rakan yang lain.

    1 2 3 4

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    18/22

    18

    23. Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah dibilik. 1 2 3 4

    24. Hubungan saya dan rakan sebilik adalah amat baik danmesra.

    1 2 3 4

    25. Hubungan saya dengan rakan tutoran adalah amat baikdan mesra.

    1 2 3 4

    26. Saya bukanlah seorang yang kuat belajar, tetapi nasibselalu menyebelahi saya di mana markah peperiksaansaya selalu tinggi.

    1 2 3 4

    27. Sikap rajin yang ditunjukkan oleh pelajar lainmembuatkan saya tidak senang duduk.

    1 2 3 4

    28. Saya tidak bertukar nota, buku dan soalan dengan rakan rakan yang lain.

    1 2 3 4

    29. Saya sering dan tidak pernah lupa melakukan ibadahselama kehidupan saya di kolej.

    1 2 3 4

    30. Saya merasa tercabar apabila pelajar lain berjaya

    mencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

    1 2 3 4

    31. Markah penilaian berterusan bagi saya amat pentingwalaupun jumlahnya adalah kecil.

    1 2 3 4

    32. Setiap apa yang disampaikan oleh penyarah samada dikuliah atau tutoran adalah penting bagi saya.

    1 2 3 4

    33. Komitmen para pensyarah amat mempengaruhikecemerlangan diri saya.

    1 2 3 4

    34. Selalunya di minggu akhir peperiksaan, keseluruhansilibus matapelajaran yang berkaitan telah pun habisdiulangkaji.

    1 2 3 4

    35. Saya menyedari akan kelemahan yang terdapat pada dirisaya dan saya berusaha untuk memperbaikinya. 1 2 3 4

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    19/22

    19

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    20/22

    20

    Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Cemerlang

    Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 2 9 15

    Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer danlain - lain amat mempengaruhi prestasi saya

    27 1 7 13

    Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidakhanya bergantung kepada nota kuliah sahaja

    27 0 3 20

    Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuatwalaupun tidak diminta oleh pensyarah 27 1 3 20

    Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluang 27 0 1 9untuk saya memperbaiki kefahaman

    Saya lebih suka menelaah pelajaran berbandingbersukan

    27 2 4 14

    Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah -pensyarah yang terdapat di kolej saya

    27 0 5 19

    Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malamsebelum tidur

    27 2 5 10

    Setiap kehadiran ke kuliah atau tutoran adalah penting 27 0 1 4

    Rasa malu masih menebal untuk bertanya di dalam kelasdan didengari oleh rakan yang lain

    27 7 10 8

    Tempat belajar yang terbaik bagi saya ialah di bilik 27 2 6 14Sikap rajin yang ditunjukkan pelajar lain membuatkansaya tidak senang duduk

    27 1 6 13

    Saya tidak bertukar buku, soalan dan nota denganpelajar - pelajar lain

    27 4 15 7

    Saya sering dan tidak pernah lupa untuk melakukanibadah selama kehidupan saya di kolej

    27 1 0 5

    Saya merasa tercabar apabila mendapati pelajar lain berjayamencatat keputusan peperiksaan yang cemerlang

    27 0 0 8

    Setiap apa yang disampaikan oleh pensyarah samadadi kuliah atau tutoran adalah penting

    27 0 0 6

    Komitmen para pensyarah amat mempengaruhikecemerlangan

    diri saya

    27 0 0 7

    Di minggu akhir peperiksaan, keseluruhan silibus telahhabis diualang kaji

    27 1 6 12

    Saya menyedari dan sentiasa memperbaiki kelemahanyang ada pada diri saya

    27 0 1 6

    Item Ujian - Corak Pembelajaran Pelajar Lemah N STS TS S

    Saya lebih suka belajar secara berkumpulan 27 1 11 11

    Kemudahan seperti pusat sumber, makmal komputer danlain - lain amat mempengaruhi prestasi saya

    27 0 6 11

    Saya berusaha membuat rujukan tambahan dan tidakhanya bergantung kepada nota kuliah sahaja

    27 1 4 19

    Setiap latihan yang diberikan akan cuba dibuatwalaupun tidak diminta oleh pensyarah 27 0 8 16

    Apabila rakan meminta penerangan, ia merupakan peluanguntuk saya memperbaiki kefahaman

    27 1 3 7

    Saya lebih suka menelaah pelajaran berbandingbersukan

    27 3 9 11

    Saya suka menggunakan sepenuhnya pensyarah -pensyarah yang terdapat di kolej saya

    27 0 9 16

    Masa belajar yang sesuai bagi saya ialah sebelah malam 27 1 3 15sebelum tidur

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    21/22

  • 8/14/2019 Corak dan gaya pembelajaran-kajian tindakan

    22/22

    22

    Saya ingin memilih sendiri rakan sebilik saya 27 3 5 12

    Kemasukan saya ke program matrikulasi adalah keranaterpaksadan tiada pilihan lain

    27 14 8 3

    Saya amat menghormati pensyarah saya samada beliaumengajar saya atau tidak

    27 1 0 6

    Saya kadang kala ada mengamalkan sikap bertangguh didalammenyiapkan sesuatu tugasan

    27 2 4 17

    Pada saya, setiap aktiviti yang dianjurkan oleh kolej adalahuntuk kebaikan diri saya sendiri

    27 1 3 11

    Saya tidak kisah apa yang diperkatakan orang terhadap dirisaya asalkan saya beroleh kecemerlangan akademik

    27 1 3 10

    Jika diberi peluang, saya ingin mempunyai teman istimewasepanjang belajar di kolej ini

    27 7 9 6

    Jika ada cuti atau peluang untuk balik ke kampung, saya akanpulang

    27 1 5 14

    Nasib selalu menyebelahi saya di dalam sesuatu peperiksaan 27 5 16 5

    Markah penilaian berterusan amat penting bagi saya walau

    punjumlahnya adalah kecil

    27 1 2 6