pembinaan geometri sangat penting dan perlu dikuasai bagi pelajar

27

Upload: niaga-qaseh

Post on 17-Feb-2016

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

oum

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar
Page 2: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar
Page 3: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

1.0 PENGENALAN

Geometri merupakan satu tajuk yang penting dalam matematik. Banyak kajian

dijalankan sama ada melibatkan pengkaji-penkaji dalam negara dan juga luar negara yang

memberi penekanan terhadap tajuk ini. Geometri adalah satu cabang matematik yang

mempelajari mengenal benda-benda atau bentuk-bentuk, luas permukaan, garis-garis, sudut-

sudut beserta hubungan-hubungan yang tercipta, sifat-sifatnya dan semua ukuran yang

tercipta di dalam ruangnya.

Maka, melalui pembelajaran geometri, ia mendedahkan akan kewujudan alam ini

dengan lebih mendalam. Ilmu geometri juga sangat berguna dalam penyelesaian masalah

yang melibatkan kehidupan seharian. Ia juga dapat membantu menyelesaikan masalah yang

melibatkan cabang-cabang atau bahagian-bahagian matematik yang lain. Melalui

pembelajaran geometri juga, ia memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk membuat

penaakulan dan melatih pelajar-pelajar berfikir secara logikal.

Dalam situasi sebenar yang dihadapi di sekolah-sekolah baik sekolah rendah mahupun

menengah, seringkali terjadi kegagalan dalam kurikulum matematik yang juga melibatkan

tajuk geometri ini. Punca utama kegagalan ini disebabkan berlakunya kegagalan pelajar-

pelajar memahami konsep dengan baik. Maka, jadilah miskonsepsi dengan pelajar-pelajar

melakukan kesalahan-kesalahan yang berulang-ulang tanpa mereka sendiri akan kesalahan

tersebut.

Melihat daripada kesukaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini dalam tajuk

geometri, perlu ada satu tindakan daripada para guru untuk menangani isu atau permasalahan

yang timbul. Guru-guru perlu mencari kaedah atau strategi pembelajaran yang sesuai dengan

tahap pelajar-pelajarnya bagi memudahkan mereka memahami konsep yang disampaikan

seterusnya mereka dapat menguasai geometri dengan lebih minat dan seronok untuk

mempelajarinya.

Guru perlu bertanggungjawab untuk merealisasikan kepentingan geometri dalam

kehidupan. Pelajar-pelajar harus difahami dengan konsep geometri bermula dari asas iaitu

mengenal bentuk 2D dan 3D sehinggalah kepada konsep geometri yang lain.

Page 4: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

2.0 KAJIAN LITERATUR

Pembinaan geometri sangat penting dan perlu dikuasai bagi pelajar-pelajar tingkatan

2. Namun begitu, ia menjadi satu masalah kepada mereka dalam memahami dan menguasai

konsep geometri semasa mempelajari tajuk berkenaan. Oleh yang demikian, ia sangat penting

bagi guru-guru menggunakan kaedah pedagogi yang bersesuaian bagi memudahkan mereka

menguasai tajuk berkenaan.

Shulman ( 1987 ), menyatakan dua elemen penting berkaitan pengetahuan pedagogi

kandungan ( PCK ) iaitu pengetahuan bagaimana seorang guru dapat menyampaikan isi

pelajaran dengan berkesan dan seorang guru haruslah memahami masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh pelajar-pelajarnya khusus dalam isi pelajaran tersebut.

Manakala Mark ( 1990 ) oula menyatakan bahawa seorang guru hendaklah menguasai

sepenuhnya mata pelajaran yang diajar sebelum dia berdepan dengan pelajarnya. Manakala

Grosman ( 1990 ) pula menyatakan bahawa pengetahaun pedagogi kandungan ( PCK )

mengandungi pengetahuan berkaitan strategi-strategi dan cara penyampaian untuk pengajaran

sesuatu topik, pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan

konsep yang berlaku kepada pelajar-pelajar berkenaan, mempunyai pengetahuan tentang

objektif atau tujuan pengajaran sesuatu topik dan mempunyai pengetahuan tentang bahan dan

kurikulum.

Daripada dapatan-dapatan yang dinyatakan oleh pengkaji-pengkaji ini, ia boleh

simpulkan bahawa seseorang guru mestilah mempunyai pengetahuan yang baik dari segi isi

kandungan dan konsepsi terhadap matapelajaran yang diajarnya dan juga mestilah

mempunyai pengetahuan berkaitan strategi pengajaran. Selain itu juga, seorang guru

hendaklah peka tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dan konsepsi mereka. Jika ia

mampu dipenuhi, guru dapat menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih

berkesan.

Untuk mengajar tajuk geometri yang berkesan , seorang guru perlulah menguasai

tiga-tiga elemen iaitu mestilah mempunyai pengetahuan tentang tajuk berkenaan, mempunyai

pengetahuan dan mengambil kira faktor tentang kefahaman pelajar dan juga mempunyai

pengetahuan tentang strategi pengajaran.

Page 5: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

Komponen utama pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran tajuk geometri

2.1 Pengetahuan matematik

Menurut Kauchak & Eggan ( 1989 ), pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang guru belum mencukupi untuk menjadikan pengajarannya berkesan tetapi sebaliknya seseorang guru mestilah mempunyai kebolehan menukarkan pengetahuan kandungan mata pelajaran kepada bentuk pengetahuan yang mudah difahami oleh pelajar-pelajarnya.

Satu kajian yang dijalankan oleh Salehudin & Mahadi ( 2005 ), menjelaskan bahawa cara penyampaian isi kandungan dan penguasaan isi kandungan yang disampaikan merupakan dua elemen penting yang perlu dikuasai oleh guru untuk menghasilkan suatu pengajaran yang baik. Kegagalan menguasai kedua-dua elemen ini akan merencatkan pembentukan pengajaran yang berkesan.

Manakala satu kajian daripada Lilia et al. ( 2002 ) pula menyatakan bahawa antara kejayaan pelaksanaan aktiviti pembelajaran adalah disebabkan faktor penguasaan guru dalam pengetahuan isi kandungan pelajaran yang diajar.

2.2 Pengetahuan tentang kefahaman pelajar

Selain mempunyai pengetahuan berkaitan matapelajaran yang diajar, seorang guru

juga perlu peka dan berpengetahuan tentang kefahaman pelajar-pelajar mereka dari aspek

keperluan untuk pembelajaran dan juga kefahaman dan kesilapan mereka dalam memahami

sesuatu konsep yang dipelajari.

Guru

Pengetahuan matematik

Topik khusus berdasarkan kurikulum matematik

Pengetahuan tentang kefahaman pelajar

Keperluan untuk pembelajaran

Kesukaran dan kesilapan konsep

Pengetahuan tentang strategi pengajaran

Strategi am dan khusus berkaitan topik pengajaran

Page 6: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

Dapatan satu kajian yang dijalankan oleh Vighnarajah et. Al 2008, guru perlulah

membuat kajian tentang tahap pembelajaran pelajar-pelajarnya sebelum sesuatu topik

dibincangkan. Ini sangat penting bagi guru-guru bagi mengenal pasti tahap kebolehan atau

pengetahuan sedia ada pelajar-pelajarnya berkaitan tajuk yang akan dipelajarinya. Ini

membolehkan guru-guru menyusun langkah-langkah pengajaran dengan lebih efisyen lagi

dengan menggunakan strategi-strategi pengajaran yang bersesuaian denga tahap kebolehan

pelajar-pelajarnya.

Selain itu juga, seorang guru hendaklah peka dengan kefahaman dan kesilapan

pelajar-pelajarnya dalam memahami sesuatu konsep yang dipelajari. Ia amat penting bagi

mengelakkan mereka terus keliru dan melakukan kesilapan. Miskonsepsi merupakan

kesalahan atau kesilapan yang dilakukan secara berulang-ulang. Pelajar-pelajar tidak tahu

mereka melakukan kesilapan kerana mereka menjawab dengan kefahaman mereka sendiri.

Mereka akan terus melakukan kesilapan ini jika tiada pihak yang membetulkannya. Ia

merupakan satu masalah yang amat serius jika guru-guru tidak mengambil langkah

penyelesaiannya. Oleh yang demikian, tanggungjawab guru amat penting dalam

menyampaikan konsep yang betul terutamanya melibatkan geometri.

Menurut Gagne ( 1970 ), pembentukan konsep pada minda pelajar adalah amat sukar.

Namun, jika ia telah berlaku maka pembelajaran itu akan mudah berlangsung. Manalaka

menurut Ausubel et. Al. ( 1978 ), pelajar-pelajar sentiasa mengalami kesalahfahaman konsep

di dalam matematik.

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Salleh Abu ( 1991 ), merumuskan bahawa

seseorang pelajar akan menghadapi masalah pemahaman dalam matematik jika pelajar

berkenaan tidak menunjukkan penguasaan konsep dan kemahiran matematik. Kefahaman

konsep merupakan perkaran yang amat penting dalam pembelajaran matematik. Kegagalan

pelajar-pelajar menguasai konsep akan menyebabkan mereka menganggap matapelajaran

matematik itu sukar dan timbul kurang minat terhadap matapelajaran ini.

Menurut Laporan Jemaah Nazir ( 1988 ), kefahaman sesuatu konsep dalam matematik banyak dipengaruhi dengan cara penyampaian dan pengkaedahan pengajaran seseorang guru.

Jelas, pembentukan konsep yang betul amat penting dalam pembelajaran matematik.

Tanggungjawab guru amat penting bagi menyampaikan isi pengajaran dengan mudah dan

tepat agar pelajar-pelajar dapat memahami konsep tajuk yang dipelajari oleh mereka.

Page 7: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

2.3 Pengetahuan tentang strategi pengajaran

Penggunaan strategi amat penting bagi menghasilkan sesi pengajaran yang menarik

dan berkesan. Begitulah juga dalam pengajaran tajuk geometri.

Dalam satu kajian yang dijalanan oleh Okey ( 1997 ), penggunaan bahan pengajaran

yang tidak menepati objektif pengajaran, organisasi isi kandungan yang tidak bersistematik,

dan pendekatan pembelajaran yang statik adalah antara sebab-sebab yang menyebabkan

pelajar hilang minta terhadap pembelajaran.

Menurut Laporan Jemaah Nazir ( 1988 ), kefahaman sesuatu konsep dalam matematik

banyak dipengaruhi dengan cara penyampaian dan pengkaedahan pengajaran seseorang guru.

Daripada kajian yang dijalankan Ibrahim ( 1994 ), menyatakan ada kajian mendapati

amalan pengajaran umumnya tidak berubah walaupun bahan pengajaran dan kurikulumnya

telah diperbaharui. Manakala Nik Aziz dan Ng. See Ngean ( 1990 ), menyatakan bahawa cara

guru-guru di sekolah mengajar matematik masih lagi bertumpu pada kemahiran. Guru masih

lagi kurang menggunakan bahan bantu mengajar selain menggunakan pembaris dan juga

jangka lukis dalam mengajar geometri ini. Malahan dalam mengajar tajuk geometri ini,

kebanyakkan guru masih menggunakan pendekatan tradisional.

Oleh yang demikian, untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan semasa

mempelajari tajuk geometri ini, guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah,

teknik dan strategi yang bersesuaian dengan tahap pelajar-pelajarnya.

Menurut Kamus Dewan, pendekatan bermaksud langkah yang diambil bagi

memulakan dan melaksanakan sesuatu tugasan.  Melihat daripada maksud ini, ia merujuk

kepada cara sesuatu tajuk itu diajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Contoh satu perisian yang kini digunakan di dalam tajuk geometri ialah Geometer’s

Sketchpad – GSP ( Jackiw, 1991 ). Perisian ini membolehkan guru bersama-sama pelajar

menggunakan komputer sebagai alat bantu mengajar semasa pembelajaran tajuk geometri ini.

Perisian ini membantu pelajar mengkaji geometri bermula dari tajuk asas seperti garisan,

sudut dan bentuk kepada tajuk yang lebih lagi sukar seperti lengkungan dan putaran. Pelajar

lebih mudah memahami konsep yang ditonjolkan melalui pembelajaran menggunakan konsep

ini. Pelajar dapat mengabstrak konsep yang sukar kepada kaedah manipulatif di mana pelajar

Page 8: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

dapat membina dan mengkaji kegunaan, fungsi dan sifat geometri itu sendiri. Perisian ini

mengandungi langkah-langkah yang membantu pelajar-pelajar menguasai tajuk geometri ini.

Manakala, strategi bermaksud rancangan yang teratur bagi tujuan mencapai matlamat

yang ditetapkan. Sebenarnya strategi meliputi keempat-empat aspek iaitu pendekatan,

strategi, teknik dan kaedah. Menurut Mok Soon Sang ( 2002 ) dalam bukunya, empat strategi

yang boleh digunakan iaitu berpusatkan guru, murid, bahan dan berasaskan tugasan.

Manakala untuk tajuk geometri ini, 3 strategi yang boleh digunakan iaitu berpusatkan murid,

bahan dan tugasan. Dalam strategi ini, guru-guru boleh mengaplikasikan model Van Hiele

dalam melengkapkan pemahaman pada setiap pemikiran geometri.

Kaedah pula bermaksud cara yang digunakan untuk membuat sesuatu.Berbeza dengan

pendekatan dan strategi, kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik

dengan tujuan untuk mencapai objektif pelajaran yang lebih berspesifik dalam jangka pendek.

Antara kaedah yang boleh digunakan dalam tajuk geometri ini ialah eksperimen, berserita,

latih tubi, dan pelbagai lagi. Kepelbagaian kaedah dan teknik akan menjadikan suasana

pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih aktif dan lebih menyeronokkan. Ini akan

menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Selain itu juga, penggunaan bahan bantu belajar akan membantu guru-guru

menyampaikan konsep geometri dengan jelas dan lebih yakin. Penggunaan bentuk-bentuk

2D dan 3D seperti kubus, kuboid, sfera, pyramid dan sebagainya aakan dapat membantu

pelejar-pelajar mengenali bentuk berkenaan dengan lebih jelas dan kekal dalam ingatan

mereka pada masa jangka yang panjang. Malahan, pelajar-pelajar dapat mempelajari konsep

dengan lebih tepat.

Kesimpulannya di sini, seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan dan menguasai

strategi pengajaran bagi membantu penguasaan pelajar-pelajar terhadap topik geometri ini.

Dengan mempelbagaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ia akan membantu pelajar-

pelajar menguasai konsep dalam ilmu geometri ini.

Page 9: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

3.0 AKTIVITI PENGAJARAN

Untuk menjadikan pengajaran yang berkesan, guru perlu peka dengan tahap kebolehan

pelajar-pelajar mereka. Jadi, di sini adalah dua contoh aktiviti pengajaran yang dijalankan di

yang melibatkan pembinaan geometri dan lokus dalam dua dimensi yang melibatkan pelajar-

pelajar yang berada di kelas pencapaian rendah.

3.1 Aktiviti Pengajaran Pembinaan Geometri

Mata pelajaran: Matematik

Tahun : Tingkatan 2 Marikh

Masa : 7.30 – 8.50 pagi

Tajuk : Pembinaan Geometri

Kemahiran : Melaksanakan pembinaan menggunakan alat tepi lurus (pembaris dan

sesiku) dan jangka lukis

Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :

1 ) membina suatu segitiga apabila panjang setiap sisi di beri

BBM : Jangka lukis, pembaris, kertas A4

Aktiviti Pengajaran :

Set Induksi

1. Guru memaparkan gambar rajah pada sehelai kertas dan meminta murid-murid

menamakannya.

Page 10: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

2. Kemudian, guru mengedarkan sehelai kertas kepada setiap pelajar dan meminta

pelajar-pelajar melukis bentuk yang dipaparkan tadi dan murid-murid diminta

melukis tambahan bentuk-bentuk poligon pada gambar rajah tadi mengikut kreativiti

masing-masing.

3. Beberapa orang murid akan dipanggil untuk menunjukkan gambarajah yang dihasilkan.

Langkah 1 : Membina tembereng garis

1. Semua pelajar dikehendaki melukis satu garis lurus.

Garis lurus

2. Guru meminta pelajar-pelajar menandakan A pada mana-mana pada garis lurus tersebut

A

3. Kemudian guru membimbing pelajar-pelajar membuka jangka lukis dengan jarak 7 cm.

Jangka lukis

4. Setelah selesai, pelajar-pelajar diminta memindahkan kepada garis lurus dan menandakan B.

A 7cm B

Page 11: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

5. Guru meminta pelajar-pelajar membuat satu lagi tembereng garis dengan jarak 9cm.

Langkah 2 ( Membina segitiga )

1. Guru papar satu contoh segitiga.

C

4 cm

6 cm

A 7cm B

2. Pelajar-pelajar diminta melukis tembereng garis AB dengan jarak 7cm seperti gambarajah dengan menggunakan jangka lukis.

Jangka lukis

A 7cm B

3. Kemudian, pelajar-pelajar diminta membuka jangka lukis dengan jarak 6 cm.

4. Selepas selesai, pelajar-pelajar dikehendaki memindahkan dan menandakan lakaran dengan menjadikan A sebagai pusat seperti gambarajah.

Jangka lukis

A B

Page 12: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

5. Langkah 4 dan 5 diulangi dengan bukaan jangka lukis 4 cm dan B dijadikan pusat.

Jangka lukis

A B

6. Pelajar-pelajar akan dapat menghasilkan segitiga seperti di bawah.

C

6 cm 4 cm

A 7cm B

7. Guru meminta pelajar-pelajar melukis satu lagi gambarajah segitiga.

C

4 cm 3 cm

A 5 cm B

Langkah 3 ( aktiviti kumpulan )

1. Pelajar-pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli.

2. Setiap kumpulan diberi tugasan membina 3 buah segitiga yang berlainan ukuran.

3. Setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan selepas masa yang diberikan tamat.

Page 13: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

Penutup

1. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.

2. Guru mengingatkan pelajar-pelajar perkara-perkara penting tentang pembinaan tembereng garis dan pembinaan segitiga.

Page 14: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

3.2 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Dimensi

Mata pelajaran: Matematik

Tahun : Tingkatan 2 Marikh

Masa : 7.30 – 8.50 pagi

Tajuk : Lokus dua dimensi

Kemahiran : Memahami lokus dua dimensi

Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar-pelajar dapat :

( i ) Membina lokus bagi suatu titik yang memenuhi syarat :

(a) berjarak tetap dari satu titik tetap

(b) berjarak sama dari dua titik tetap

BBM : Pelajar, tali, pembaris 1 meter, ‘ masking tape’

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :

A ) Set Induksi ( imbas kembali )

1. Guru bersoal-jawab dengan pelajar-pelajar jenis-jenis lokus yang telah dipelajari

pada minggu lepas.

2. Guru mengaitkan aktiviti di atas dengan topik hari ini.

B ) Langkah 1 ( membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak

tetap dari satu titik tetap )

1. Guru membahagikan pelajar-pelajar kepada 4 kumpulan. Setiap kumpulan akan

diberi pembaris 1 meter dan “ masking tape”.

Page 15: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

2. Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan :

setiap kumpulan perlu memilih seorang ahli ( pelajar A ) berdiri di tengah,

seorang ahli ( pelajar B ) memegang pembaris 1 meter dan seorang ahli

( pelajar C ) menanda kedudukan.

Pelajar A akan berada di tengah-tengah sebagai pusat bulatan. Pelajar B

pula perlu berdiri dihadapan dengan pelajar A dengan pembaris diletak pada

perut pelajar A dan B dan pembaris dipegang agar tidak jatuh. Pembaris

digunakan sebagai satu jarak di antara titik pusat dengan objek.

Pelajar B

Pembaris 1 meter

Pelajar A

Kedudukan pelajar

Pelajar A akan berdiri statik dan hanya berpusing badan mengikut

pergerakan pelajar B manakala Pelajar B akan bergerak dari satu tempat ke

satu tempat dengan jarak tetap dengan memegang pembaris 1 meter dan

pelajar C akan menandakan dengan menggunakan “masking tape” setiap kali

pelajar B berhenti.

Pergerakan pelajar B

x x

xx

x

xx

Page 16: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

3. Setelah aktiviti selesai, guru bersoal-jawab dengan pelajar-pelajar bentuk yang

terbentuk.

Bentuk yang terhasil = bulatan

4. Guru memberi penerangan terperinci perkaitan aktiviti tadi dengan tajuk berkaitan

membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak tetap dari satu titik

tetap.

C ) Langkah 2 ( membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak

sama dari dua titik tetap )

1. Pelajar-pelajar masih berada di dalam kumpulan. Setiap kumpulan akan diberi 3 tali

iaitu yang panjangnya 4 meter, 3 meter dan 2 meter dan satu tali sebagai titik pusat.

2. Guru memberi penerangan aktiviti yang akan dijalankan :

2 orang murid akan pegang tali dan dijadikan sebagai titik pusat bagi 2 titik

tetap.

Pelajar A Pelajar B

Kedudukan dua titik tetap

Page 17: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

Seorang murid lain akan berada di tengah tali dan akan dijadikan lokus

bergerak dengan menggunakan tali tersebut. Seorang lagi murid akan

menanda kedudukan.

tali panjang 4 meter

tali panjang 3 meter

tali panjang 2 meter

pelajar C

Pelajar A Pelajar B

Page 18: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

Selepas selesai aktiviti, guru meminta pelajar-pelajar menyambungkan titik-

titik yang telah ditanda tadi.

X

X

X

X X

X

X

X

3. Setelah aktiviti selesai, guru bersoal-jawab dengan pelajar-pelajar bentuk yang

terbentuk.

Bentuk yang terhasil : pembahagi sama dua serenjang

4. Guru memberi penerangan terperinci perkaitan aktiviti tadi dengan tajuk berkaitan

membina lokus bagi suatu titik memenuhi syarat iaitu berjarak tetap dari dua titik

tetap.

Penutup

1. Guru bersoal jawab dengan pelajar-pelajar lokus yang terhasil denga berjarak tetap

dari satu titik tetap dan berjarak sama dari dua titik tetap.

2. Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.

Page 19: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

4.0 JUSTIFIKASI AKTIVITI

4.1 Aktiviti 1 ( Geometri )

Aktiviti 1 dijalankan untuk membina geometri. Di dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ini, sumber atau bahan bantu belajar yang digunakan ialah jangka lukis, kertas

A4 dan pembaris.

Guru menjalankan aktiviti-aktiviti mudah sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini

bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar-pelajar. Pada set induksi, guru cuba meransang

pelajar-pelajar dengan meminta mereka melukis dua buah segiempat dan kemudian diminta

mereka membuat tambahan bentuk-bentuk poligon mengikut kreativiti mereka. Aktiviti ini

juga bertujuan menguji pengetahuan sedia ada pelajar-pelajar berkaitan bentuk-bentuk

geometri.

Pada langkah 1, pelajar-pelajar didedah kepada pembinaan tembereng garis dengan

menggunakan jangka lukis. Pelajar-pelajar diajar dengan mengikut langkah demi langkah

bagi memudahkan mereka memahami dan seterusnya dapat melukis tembereng garis.

Pada langkah 2, guru menjalankan aktiviti untuk memperkenalkan pelajar-pelajar

kepada pembinaan geometri. Pada sesi pengajaran ini, mereka akan didedahkan kepada

pembinaan bentuk segitiga berdasarkan ukuran yang diberi. Guru menunjukkan langkah demi

langkah bagi membolehkan pelajar-pelajar memahami cara pembinaan segitiga ini.

Aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru ini berfokus kepada berpusatkan

pelajar. Namun disebabkan kelas yang diajar ini merupakan pelajar-pelajar bercapaian

rendah, guru akan memberi penerangan dan menunjuk cara terlebih dahulu diikuti dengan

tindakan daripada pelajar.

Kesimpulannya, aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh guru ini mudah difahami oleh

pelajar-pelajar dan mampu diikuti dengan baik oleh pelajar-pelajar yang bercapaian rendah.

Page 20: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

4.2 Aktiviti 2 ( Lokus Dua Dimensi )

Aktiviti 2 ini adalah berkaitan dengan tajuk lokus dua dimensi. Pelajar-pelajar akan

didedahkan dengan kemahiran Membina lokus bagi suatu titik yang memenuhi syarat iaitu

berjarak tetap dari satu titik tetap dan berjarak sama dari dua titik tetap.

Aktiviti dilakukan dengan berpusatkan pelajar. Di mana pelajar-pelajar akan

melakukan sendiri aktiviti yang dirancang oleh guru. Dengan ini, pelajar-pelajar akan merasai

pengalaman sendiri dan secara tidak langsung akan memberi ingatan kekal kepada pelajar-

pelajar itu sendiri.

Pada langkah 1, guru menjalankan aktiviti kumpulan di mana pelajar-pelajar

dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dalam aktiviti ini, pelajar-pelajar dikehendaki membina

lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap satu titik tetap. Seorang pelajar akan menjadi satu

titik tetap manakala seorang lagi pelajar akan menjadi lokus yang bergerak. Dengan

menggunakan pelajar sebagai bahan bantu mengajar ini, pelajar-pelajar akan ingat rakan-

rakan yang dijadikan titik tetap dan lokus yang bergerak. Secara tidak langsung , ia

membantu pelajar-pelajar memahami konsep dan mengingatnya dalam jangka masa yang

panjang dalam membina lokus bagi suatu titik yang berjarak tetap pada satu titik tetap. Ia

juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk berinteraksi secara aktif dalam aktiviti

ini.

Begitu juga dalam langkah ke-2, di mana pelajar-pelajar akan dilibatkan secara aktif

bagi mendapatkan lokus bagi suatu titik yang berjarak sama dua titik tetap. Aktiviti ini

dijalankan dengan 2 orang murid akan dijadikan sebagai dua titik tetap. Manakala seorang

pelajar akan dijadikan lokus yang bergerak. Sama juga seperti langkah 1, semua aktiviti akan

dilakukan sendiri oleh pelajar-pelajar. Secara tidak langsung , pelajar-pelajar membina

pengetahuan dan pengalaman mereka sendiri.

Kesimpulannya, aktiviti yang dirancang oleh guru ini, memudahkan pelajar-pelajar

mengikutinya termasuklah pelajar-pelajar berpotensi rendah . Namun begitu, guru perlu

membimbing pelajar-pelajar untuk membentuk ayat berdasarkan lokus yang dibina.

Page 21: Pembinaan Geometri Sangat Penting Dan Perlu Dikuasai Bagi Pelajar

5.0 PENUTUP