pembentukan kssr
TRANSCRIPT
Pembentukan KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu revolusi dasar
kementerian pelajaran Malaysia. Keperluan sistem pendidikan Malaysia sentiasa berubah
dan kajian serta resolusi terperinci harus sentiasa dinaik taraf untuk memastikan
keberkesanannya. Dasar KSSR ini terhasil daripada kajian terperinci tentang keperluan murid
sekolah rendah kini, untuk memastikan supaya mereka terus berkembang seiring dengan
kehendak negara Malaysia yang pesat membangun. Dalam ucapan dasar Y.A.B Perdana
Menteri Dato´ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan agung UMNO 2006, beliau
menuntut supaya sistem pendidikan negara memberikan penekanan kepada empat perkara.
Beliau memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik
minda, pembentukan warga yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program
untuk pembangunan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul Al-Bab. Transformasi
Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan Jemaah
Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei 2008.
Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di
peringkat sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan
memenuhi keperluan dan cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya
keperluan untuk melakukan transformasi kurikulum sekolah rendah.
Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan
penambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi ini adalah
untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan
dengan Keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke 21. Fokus transformasi
kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira
(3M), sebaliknya mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan. Dalam proses transformasi
kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan penandaarasan dengan kurikulum
persekolahan Negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan yang
dibangunkan standing dengan pendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan
input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri,
akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum
persekolahan rendah berasaskan standard dapat dibangunkan dengan jayanya.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini telah digubal berdasarkan teras kedua Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan, yang mana ianya menekankan dasar untuk
membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta
menghayati nilai-nilai murni. Matlamat teras ini adalah untuk memastikan anak bangsa
Malaysia sentiasa terpupuk semangat untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi serta menerapkan nilai-nilai murni. Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula
bagi memastikan kurikulum yang holistik dan sentiasa relevan bagi melahirkan modal insan
yang seimbang yang dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. KSSR
dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan tahun 1 di semua
sekolah rendah seluruh negara. Dasar ini dilancarkan secara berperingkat-peringkat bagi
memberi peluang dan masa kepada pelajar serta guru untuk menyesuaikan diri.
Bermula pada tahun 1983, satu dasar kurikulum baru telah dilaksanakan. Dasar ini
dinamakan sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dimana ia lebih menekankan
kepada komunikasi, manusia dan alam sekeliling serta perkembangan diri individu. Dasar ini
banyak menekankan kepada aspek nilai dan teras dalam pelajar. Revolusi kedua dasar
pendidikan sekolah rendah ini telah dilakukan pada tahun 1993 yang mana ianya ditukar
kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). KBSR ini menggunakan reka bentuk
kurikulum linear. Semakan semula telah dibuat pada tahun 2003, untuk mengukuhkan lagi
sistem kurikulum pendidikan Malaysia. Organisasi kurikulum KBSR tertumpu pada mata
pelajaran wajib, teras dan tambahan bagi tahap 1 (tahun1, 2, 3) serta tahap 2 (4, 5, 6). Fokus
KBSR juga tertumpu pada kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira).
Pada tahun 2011, satu rombakan semula telah dilakukan untuk mengenal pasti
kelemahan dan meningkatkan lagi kemantapan dasar KBSR yang ditukar menjadi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dasar ini menekankan pengajaran modul teras asas,
modul teras tema dan modul elektif dalam organisasi kurikulum bagi tahap 1 manakala,
mata pelajaran teras dan elektif ditekankan untuk tahap 2. Dasar kurikulum yang baru ini
membolehkan pelajar untuk bertindak dengan kreatif serta berinovasi, mempunyai
pengetahuan maklumat dalam keusahawanan serta kemahiran dalam IT. Dasar ini juga
membawa penekanan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Dasar ini
dilakukan dengan harapan untuk menguatkan lagi penguasaan bahasa melayu dan bahasa
Inggeris pelajar. Dasar ini juga lebih condong kepada kemahiran pelajar untuk mentakrif
sesuatu dengan menggunakan kemahiran berfikir kreatif secara sendiri.
Dasar KSSR ini telah menekankan kepada penggunaan bahasa Inggeris. Tujuan
penekanan ini adalah untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan
murid sekolah rendah. Dasar ini telah menekankan beberapa perkara di dalam silibus
pelajaran untuk menambah keberkesanan penggunaan bahasa inggeris.
Pembentukan Kurikulum
Standard Sekolah rendah
Untuk diselaraskan
sesuai dengan teras
kedua pelan induk
pendidikan Mesyuarat pembentukan
pertama pada 23 Mei 2008
oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia
Bermula dengan
Kurikulum Baru
Sekolah Rendah
pada tahun 1983 Penambahbaikkan pada
1993 menyebabkan KBSR
ditukar kepada Kurikulum
bersepadu Sekolah
Rendah.
Semakan semula
pada 2003, untuk
mengukuh dan
menaik taraf
Hasil kajian, dasar baru
telah digubal dan
ditukar kepada
Kurikulum Standard
Sekolah rendah