pembentukan keluarga muslim

71
Pembentukan Keluarga Muslim Kandungan 1. Mukaddimah 2. Tujuan 3. Dasar Pemilihan Isteri 4. Dasar pemilihan Suami 5. Pertunangan 6. Tanggungjawab Suami 7. Tanggungjawab Isteri 8. Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak 9. Rumusan 10. Penutup

Upload: wa-dino

Post on 06-Feb-2016

189 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Keluarga Muslim

Pembentukan Keluarga Muslim

Kandungan

1. Mukaddimah

2. Tujuan

3. Dasar Pemilihan Isteri

4. Dasar pemilihan Suami

5. Pertunangan

6. Tanggungjawab Suami

7. Tanggungjawab Isteri

8. Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

9. Rumusan

10. Penutup

Page 2: Pembentukan Keluarga Muslim

Pembentukan Keluarga Muslim

Islam adalah satunya sistem hidup Ilahi yang terakhir yang diredhai Allah S.W.T untuk membawa pengislahan yang menyeluruh kepada manusia mencakupi setiap demensi kehidupan. Bermula dari urusan aqidah, ibadah kekeluargaan hinggalah kepada urusan sosial, politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan antara bangsa. Kesejahteraan dan kekuatan satu-satu umat adalah bergantung kepada kesejahteraan dan kekuatan unit-unit keluarga yang membentuk umat tersebut. Seperti sebuah binaan, kekuatan dan keteguhan adalah bergantung kepada kekukuhan batu-batunya. Bertolak dari hakikat inilah Islam mementingkan kehidupan berkeluarga. Beberapa panduan penting telah digariskan oleh Islam dalam hal ini bagi menjamin kesejahteraan hidup mereka di dunia dan akhirat. Memandangkan asas tapak bagi sesebuah keluarga adalah perkahwinan, maka ianya mendapat tempat yang tersendiri di sisi Islam. Ikatan perkahwinan dan akad nikah adalah satu ikatan amat suci yang disebut dalam Al-Quran sebagai iaitu perjanjian yang amat kukuh. Faktor yang menentukan kebahagiaan atau kecelakaan sesebuah rumah tangga itu bermula di peringkat yang lebih awal iaitu peringkat membuat penentuan dan pemilihan, bukannya bermula sesudah memasuki gerbang rumah tangga. Asas pemikiran adalah penting dalam menentukan kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Sekiranya neraca atau ukuran yang digunakan dalam memilih pasangan hidup itu tidak betul, maka kebahagiaan itu agak sukar dicapai. Hari ini kita sering dihidangkan pelbagai cerita mengenai gejala sosial hasil dari keruntuhan keluarga yang rapuh . Jenayah rogol, rompak , bunuh , zina, buang anak dan pelbagai lagi telah membuktikan bahawa masyarakat hari ini menghadapi masalah kehidupan rumahtangga dan berkeluarga yang serius. Keruntuhan moral muda-mudi hari ini juga adalah akibat dari keruntuhan institusi kekeluargaan kerana gaya hidup hari ini lebih mementingkan materialistik. Oleh kerana itu Pembentukan Keluarga Muslim adalah kaedah yang terbaik di dalam membentuk masyarakat yang harmoni dan gemilang yang didalamnya terkandung insan-insan yang berbudi pekerti mulia , saling hormat menghormati tanpa melampaui batas-batas kehidupan. Umpamanya di antara suami dan isteri, anak dan ibubapa, jiran tetangga dan sebagainya kerana Islam adalah ugama akhlak . Islam adalah untuk kesejahteraan umat dan Islam adalah cara hidup (Way of Life)…

Mukaddimah

Page 3: Pembentukan Keluarga Muslim

Tujuan

Tujuan daripada tugasan ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang

beberapa perkara di dalam Bab Munakahat [iaitu suatu ilmu yang berkaitan dengan

hal-hal perkahwinan].

Bab Munakahat adalah suatu bab yang memberi panduan dan peraturan secara

terperinci segala hal yang bersangkutan dengan pembentukan sesebuah keluarga dalam

Islam

Di dalam Pembentukan Keluarga Muslim pengetahuan berkaitan dengan bab

Munakahat adalah sangat penting sebelum seseorang itu melalui atau menempuh

alam berumahtangga dengan menepati syarak dan sunnah.

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 4: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan

Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 5: Pembentukan Keluarga Muslim

Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri nya yang sesuai bagi mereka, disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara’, bukan tindakan nafsu dan perasaan. Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan supaya mengambil kira panduan syara’ dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: Dalam maksud hadis di atas,Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya. Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Muslim dan Nasa’i yang bermaksud:

“Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai agama,nescaya kamu akan selamat”- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik keseronokan itu ialah wanita yang solehah”-(riwayat Muslim dan Nasa’i)

Dasar Pemilihan Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 6: Pembentukan Keluarga Muslim

Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara’. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri. Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan mengabaikan tanggungjawabnya. Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran(daripadanya)”-(Surah Al-Baqarah 2:21)

“Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik”-(riwayat Ibnu Majah)

Dasar Pemilihan Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 7: Pembentukan Keluarga Muslim

Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemah-lembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai” (riwayat An-Nasa’i

Dasar Pemilihan Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 8: Pembentukan Keluarga Muslim

Perempuan yang taat beragama. (utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat , menutup aurat & lain-lain melebihi dasar-dasar lain misalnya harta kekayaan , nasab keturunan dan rupa paras yang cantik. "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah Wanita Solehah"

Berketurunan yang baik dan Dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya. (Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri drpd Nasab Keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dlm suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi serta berbudi pekerti mulia & amalkan nilai hidup yang diredhai Allah. Ini penting untuk membentuk suasana yg harmoni , saling mengasihi dan saling menghormati antara suami & isteri)

Perempuan yang subur & b'potensi melahirkan ramai anak. (Nabi SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti t'utama umat yg Beriman dan Bertakwa. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak2 saudara prmpuan & juga saudara-mara prmpuannya yg terdekat)

Sekufu atau hampir sekufu. (ini mlibatkan faktor ekonomi , pelajaran dan dari segi umur. Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri. Seelok2nya ialah 10 tahun lelaki lebih tua drpd wanita. Namun , apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi & juga taraf ekonomi yg lebih baik , maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri terhadap suaminya)

Masih gadis atau anak dara. (Rasulullah SAW m'galakkan Islam memilih isteri drpd kalangan gadis , bukan Janda , sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorg sahabat Jabir r.a . Kemesraan yang akan lahir lebih menggmbirakan kedua2 belah pihak)

Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. (Tidak bgitu d'galakkan berkahwin drpd klangan kerabat yg hampir spti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yg blh menjejaskan keharmonian perkahwinan & dibimbangi mendapat anak yg cacat dn kurang bijak)

1

6

5

4

3

2

Kriteria Pemilihan Isteri Yang Harus DiPertimbangkan

Dasar Pemilihan Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 9: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan

Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 10: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan

suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa

jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah سبحانه وتعالى . Namun ketentuan ini

tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia

ingin memilih calon suami?

Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, “Pernikahan hakikatnya adalah penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah kehormatannya akan diletakkan.”

Page 11: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertama: Agama. Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda. Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA itu, Rasulullah SAW meletakkan asas pertama yang kuat, dasar yang kukuh, prinsip yang sehat dan kaedah yang tepat dalam memilih suami.

Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Sabda Rasulullah saw: “Jika ( seorang lelaki) datang ( untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah ia ( dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi.”

“Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku pada mu.” [Imam Nawawi]

Page 12: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Ketiga: Ciri Kepimpinan. Lelaki iaitu suami ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini seperti mana firmanNya : Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya

Kedua: Keluarga. Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Sahih al-Tirmizi, no: 1899]

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Page 13: Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Kelima: Akhlaknya. Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594] Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan. Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura

Keempat: Kewangan / Berkemampuan Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu. Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

“Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Sahih Muslim, no: 2137]

Page 14: Pembentukan Keluarga Muslim

Kelima: Akhlaknya. Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan. Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura

Dasar Pemilihan Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

“Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Page 15: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 16: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

1. Definasi Menurut Dr.Yusof Al Qardawi dalam kitabnya Fatawa Mu’asirah pertunangan adalah ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang wanita tersebut. Ia menandakan berlakunya proses perkenalan antara bakal pasangan suami isteri. Keadaan itu dikira wajar kerana ibu bapa kedua-dua belah pihak mengetahui hubungan anak mereka. Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut. Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita. Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT, maksudnya :

Allah berfirman: " Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu. dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar." ( Surah al-Baqarah 2 : 235 )

Page 17: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan di dalam bahasa Arab di sebut sebagai “al-khitbah” yang bermaksud meminta seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk menikah dengannya.

Page 18: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

3. Tujuan / Hikmah Pertunangan Tujuan / Hikmah pertunangan adalah seperti berikut:- i. Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin. ii. Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra. iii. Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat

mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran, dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.

iv. Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa. v. Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam

perkahwinan. vi. Supaya kedua-dua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama

lain dengan lebih dekat.

2. Hukum Bertunang Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak yang menghukumnya sebagai Harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di dalam Islam demi mencapai Maqasid ( tujuan ) yang tertentu. Apabila kita melihat kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasid ataupun Hikmah di sebalik hukum tersebut.

4. Pihak-pihak yang terlibat di dalam Majlis Pertunangan Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut.

Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki tersebut juga turut melibatkan diri.

Page 19: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

5. Syarat-syarat Pertunangan Perempuan yang ingin ditunangkan wajiblah beragama Islam.

Perempuan yang ingin ditunangkan mestilah bukan muhrim dan boleh dikahwini. Perempuan yang ingin ditunangkan hendaklah bukan isteri atau tunangan orang.

A. HARAM JIKA PEREMPUAN ITU ISTERI ORANG Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk mengambil ‘kekasihnya’ sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga bermaksud ‘meminang’. Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah oleh Islam. Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami. Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya. Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan perkara buruk.

Sabda Rasulullah saw: “Mana-mana perempuan yang meminta suaminya menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau syurga.”

Perkara Yang DiHaramkan

Page 20: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

B. HARAM JIKA PEREMPUAN ITU TUNANG ORANG Haram meminang atas pinangan orang, iaitu meminang perempuan yang telah diikat dengan tali pertunangan. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Ras ulullah s.a.w. yang pernah menyatakan mengenai larangan ini.

Sabda Rasulullah saw : “ Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan “. (Riwayat Bukhari)

C. HARAM JIKA PEREMPUAN YANG MASIH DALAM IDAH Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita yang diceraikan atau kematian suaminya. Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji ialah talak yang boleh dirujuk semula.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki perdamaian.” (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Page 21: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan sehingga melahirkan kandungan. Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua. Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya. Amalan ‘cinta buta’ seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah. Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin. Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat ‘kahwin’ bagi membolehkan isteri dicerai bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah. Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan ‘cina buta’ itu tidak mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan perbuatan itu. Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi ‘isyarat’ keinginan hati yang mana difahami oleh perempuan itu.

Page 22: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

D. HARAM JIKA PEREMPUAN ITU ADALAH MUHRIMNYA

Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara kedua-duanya diharamkan nikah. Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri, tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya.” (Surah al-Nisa, ayat 32).

Rasulullah S.A.W bersabda: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan” [HR Muslim, dari jalur Ibnu ‘Abbas]]

Page 23: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

E. HARAM MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS

Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas. Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram seperti mana hubungan bukan muhrim. Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin. Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta. Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan dosa yang dilakukan oleh anaknya.

Rasulullah S.A.W bersabda: “Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan” [HR Muslim, dari jalur Ibnu ‘Abbas]]

Page 24: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

6. TEMPOH PERTUNANGAN Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut. Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan. Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan daripada berlaku keterlanjuran. Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang. Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga kemudiannya. Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang diharapkan melalui perkahwinan. Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan dalam hubungan lelaki dan perempuan. Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia. Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah bermaksud:“Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.”

Page 25: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

7. HUKUM MELIHAT BAKAL TUNANG Seorang lelaki yang mempunyai azam untuk mendirikan rumahtangga disunatkan untuk melihat perempuan yang mahu dipinangnya supaya tidak timbul penyesalan dikemudian hari. Mengapa setelah mempunyai azam untuk mengahwininya? Kerana melihat perempuan sebelum mempunyai azam untuk mengahwininya merupakan suatu perkara yang tidak membawa faedah. Bahkan haram hukumnya. A. ANGGOTA YANG HARUS DILIHAT Ketika melihat perempuan yang mahu dipinang, Islam telah menyatakan garis sempadan yang harus dipelihara. Jika perempuan yang ingin dipinang itu merupakan perempuan yang merdeka, Menurut ulama’- ulama’ Syafie lelaki yang ingin meminang diharuskan melihat dua anggota sahaja iaitu: 1. Muka Kerana dengan melihat muka lelaki tersbut dapat mengetahui cantik atau hodohnya perempuan yang mahu dipinang itu. 2. Dua tapak tangan Dengan melihat tapak tangan pula, lelaki tersebut dapat mengetahui kehalusan kulit tubuh badannya. Dengannya juga dapat diketahui cacat cela yang terdapat pada tubuh badannya.

Page 26: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

B. PERLUKAH IZIN DARI WALI UNTUK MELIHAT? Seorang lelaki yang mempunyai keazaman untuk memperisterikan seseorang perempuan diharuskan melihat perempuan tersebut sekalipun tanpa keizinan dari walinya. Memadailah dengan keizinan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada umatnya melalui sabdaannya yang berbunyi: Baginda bersabda pada hadis yang lain:

Dari Mughirah bin Syukbah r.a., dia telah berkata: Aku telah meminang seorang perempuan jariah dari kalangan kaum Ansar. Perkara tersebut aku nyatakan kepada Nabi s.a.w. dan baginda telah bersabda: "Lihatlah dia. Adalah lebih patut kalau ada kesesuaian antara kamu berdua." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di mata kaum Ansar terdapat sesuatu, jika ada di antara kamu yang ingin berkahwin dengan wanitanya, lihatlah dia. (Riwayat Muslim)

C. SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MELIHAT Seorang lelaki yang telah mempunyai azam untuk azam untuk mengahwini seseorang perempuan dibenarkan melihatnya dengan tiga [3] syarat, iaitu: 1) Perempuan tersebut tidak bersuami. 2) Perempuan tidak dalam iddah. 3) Mempunyai harapan untuk diterima pinangannya.

Page 27: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

D. JIKA MEMPUNYAI KESULITAN UNTUK MELIHAT PEREMPUAN INGIN DIPINANG/KAHWIN Seorang lelaki yang mempunyai kesulitan untuk melihat perempuan yang ingin dikahwininya atau kerana tidak mahu melihatnya sendiri disunatkan supaya mengutuskan seorang perempuan atau mahramnya (perempuan tersebut) untuk melihatnya. Ini dilakukan dengan harapan agar utusannya itu dapat menceritakan kepadanya tentang rupa dan sifat perempuan tersebut. Dalil dari perkara ini ada disebutkan oleh Syed al-Bakri bin Syed Muhamad Syatha al-Dimyati di dalam kitab I'anah al-Talibin syarah kepada kitab Fathul Mu'in karya Al-Allamah Syeikh Zainuddin al-Malbari: Ertinya: Yang demikian itu telah diriwayatkan oleh imam Ahmad di dalam kitabnya al-Musnad, bahawa Nabi Muhamad s.a.w. telah mengutus seorang wanita untuk meminang seorang wanita untuknya. Utusan tersebut dibenarkan untuk menceritakan atau menggambarkan lebih dari anggota yang dibenarkan melihatnya iaitu muka dan dua tapak tangan. Bahkan dengan cara ini, lelaki tersebut dapat mengetahui rupa bentuk atau sifat yang tidak dibenarkan oleh syarak melihatnya.

Page 28: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

E. JIKA TIDAK BERKENAN TERHADAP CALON YANG DILIHAT Apabila lelaki tersebut tidak berkenan dengan perempuan yang dilihatnya, hendaklah dia diam. Dan jangan berkata: "Aku tidak sukakan kamu" atau sebagainya kerana kata-kata seperti ini hanya akan menyakiti hati perempuan tersebut. F. HUKUM PEREMPUAN MEMANDANG LELAKI YANG MAHU MEMINANGNYA Sebagaimana lelaki, perempuan juga disunatkan untuk melihat lelaki yang mahu meminangnya. Kerana perempuan juga mempunyai perasaan sebagaimana lelaki, di mana ada perkara yang disukai dan dibencinya. G. HUKUM MENYENTUH Di dalam masalah yang lalu, Islam hanya membenarkan melihat sahaja terhadap perempuan yang ingin dipinang dengan syarat-syarat tertentu. Dengan ini, menyentuh perempuan tersebut adalah haram hukumnya kerana untuk mengetahui cantik atau hodohnya dan cacat celanya tidak perlu dengan sentuhan, memadai dengan melihat.

Page 29: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Adab Merisik Dan Bertunang Dalam Islam a. Niat untuk melaksanakan sunnah (bernikah) atau berikhtiar mencari jodoh dan

bukannya bertujuan menambah ‘koleksi kawan wanita’ atau berniat melakukan kemungkaran.

b. Kejujuran. Tidak boleh menipu latarbelakang (background) dengan tujuan mahu memikat wanita tersebut. Cinta itu tertegak di atas dasar keikhlasan dan kejujuran, jika tiada keduanya; cinta itu palsu. Cinta sejati (true love) itu cinta kerana Allah. c. Tidak mengganggu kekasih orang, tunangan orang, apatah lagi isteri orang lain. d. Apabila wanita mengatakan tidak mahu, maka tidak boleh memaksanya. Paksaan adalah gangguan. e. Apabila wanita melarang si lelaki mengganggu (walaupun bukan niat lelaki itu untuk mengganggu), maka haram mengganggunya. [HARAM MENGGANGGU secara lisan apatah lagi gangguan perbuatan apabila wanita itu menolak dan melarang untuk diganggu. Jika masih diganggu, sila gunakan pihak ketiga; samada keluarga atau pihak Polis. Ambil tindakan undang-undang terhadap mereka dengan bukti yang ada.]

Page 30: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

f. Apabila sudah berjanji mengahwininya, maka haram memungkiri janji kerana itu sifat orang munafik. g. Apabila cinta sudah berputik keduanya, perlu menjaga pertuturan. TIDAK BOLEH menggunakan suara lunak apatah lagi panggilan lunak yang menjadi kebiasaan suami isteri seperti panggilan ‘abang’, ‘honey’, ‘sayang’, ‘muahhh’, ‘xoxo (tanda memeluk pasangan zaman siber)’ dan seumpamanya yang mendatangkan ghairah; atau punca menghampiri zina walaupun tanpa niat mahu berzina. [Tetapi sekadar ‘emoticon’ tanda senyum atau menggambarkan intonasi perbualan dalam mesej, itu tidak mengapa kerana komunikasi FB, WhatsApp (dan seumpamanya) tiada intonasi di dalamnya. Boleh jadi takut salah faham dan dengan penggunaan ‘emoticon’ menjadikan perbualan itu lebih efektif.] h. Apabila janji cinta sudah dimeterai, lelaki dan keluarganya boleh berkunjung ke rumah wanita sebagai risikan bagi wanita yang berniqab (lelaki boleh menyuruh wanita melepaskan niqabnya untuk melihat wajah wanita tersebut. Jika berkenan, terus bertunang). [Penting : Dalam hal sebelum pertunangan ini, lelaki dan wanita mesti jujur. Tidak boleh menyembunyikan kekurangan fizikal untuk menipu pasangan, contohnya seperti kaki kecil sebelah, penyakit hati, barah, gigi palsu, rambut palsu dan seumpamanya. Tidak boleh menyembunyikannya daripada pasangan.] Tidak boleh juga mengabaikan perkara paling utama dalam kehidupan, bahkan tidak sempurna imannya jika berlebihan mencintai sesuatu atau orang lain berbanding kecintaannya terhadap Allah dan Rasul-Nya. Punca berlakunya anak lari dari rumah mengikut pasangan, penzinaan, buang anak seumpamanya berpunca dari lemahnya tauhid (jahil akidah). Jika mereka mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada mencintai dirinya dan kedua ibu-bapanya, hal-hal seperti ini tidak akan terjadi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan

Page 31: Pembentukan Keluarga Muslim

Sekiranya anda ingin bertunang, anda perlulah memenuhi syarat-syaratnya yang termaktub di dalam perundangan Islam. Antara syarat-syarat tersebut adalah : 1. Berjumpa dengan wali / mahram wanita. Wali wanita adalah yang terdiri dikalangan mahramnya terutama ayah, abang, pakcik sebelah ayahnya atau ibunya dan siapa sahaja mahramnya yang berkaitan dengan wanita tersebut. Anda dilarang bertunang tanpa pengetahuan wali wanita tersebut. 2. Pertunangan wajib dirahsiakan. Islam melarang keras terhadap tindakan menghebahkan pertunangan. Tidak dibenarkan sama sekali membuat hebahan berkenaan pertunangan. Relevennya, andai tidak jadi berkahwin dan pertunangan dihebahkan besar-besaran kedua-dua pihak akan menanggung malu dan ini mengakibatkan maruah tercemar terutama maruah wanita. Islam itu agama yang membela wanita dan maruah. 3. Bertunang dengan wanita yang dibenarkan syara'. Antara wanita yang tidak boleh dipinang mengikut syara' ialah wanita yang talak satu dan dua serta ada kemungkinan ruju', wanita yang kematian suami dan masih tidak habis i'ddah iaitu sebanyak tiga kali suci, wanita yang diceraikan dengan talak tiga dan masih tidak habis i'ddah. 4. Tidak meminang tunangan lelaki lain. Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki meminang tunangan saudara seIslamnya. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya : " Mukmin itu bersaudara, tidak halal baginya membeli diatas barangan belian saudaranya, dan jangan meminang diatas pinangan saudaranya sehinggalah diputuskan ( saudaranya memutuskan pertunangan)." Empat syarat tersebut wajiblah dipatuhi oleh setiap ummat Islam terutamanya ummat Islam di Malaysia. Jauhilah adat menghebahkan pertunangan kerana Islam melarangnya. Wajib bagi anda selaku muslim mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala larangannya. Penulis berharap anda tergolong dalam golongan yang mematuhi syarat-syarat tersebut. Sekiranya anda melampaui batas, nauzubillah nescaya anda akan diseksa di akhirat kelak.

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 32: Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

KESIMPULAN 1. Boleh mengeratkan tali persaudaraan dan memberi penghormatan kepada perempuan serta ibu bapa dan seluruh ahli keluargannya. 2. Dapat memberi peluang kepada pihak lelaki dan perempuan lebih mengenali diri

masingmasing dari segi sikap, nilai, peribadi, akhlak, beragama dan lain-lain untuk menjamin kebahagiaan rumah tangga apabila menjadi suami isteri kelak.

3. Ianya akan menjadi mukaddimah kepada sebuah akad nikah yang akan menyebabkan pihak lelaki dan perempuan menjadi suami isteri yang akan diikat dengan peraturaan syariat dan undang-undang kekeluargaan islam setempat.

4. Selain itu pertunangan juga menggalakkan pemberian hadiah diantara pihak-pihak yang bertunang bagi melahirkan rasa kemesraan,kasih sayang dan saling hormat-menghormati serta mempelajari ilmu rumah tangga juga dalam satu jangka masa dapat mengubah dan menyesuaikan diri serta membuat persediaan menjadi seorang suami atau isteri.

Page 33: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 34: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Sebaik sahnya lafaz nikah seorang lelaki, maka segala tanggungjawab bapa wanita itu akan beralih pada bahu beliau pula. Tentang dosa pahala, suaminya yang harus bertanggungjawab. Jadi, secara tidak langsung suami akan menjadi ketua keluarga. Soal bagaimana harus memimpin dengan baik? Itu yang perlu difikirkan. Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya. Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri. Suami perlu sentiasa bermuhasabah tentang tanggungjawabnya kepada isteri dan keluarganya. Jangan anggap hanya berstatus ‘ustaz’ ia sudah dikira melengkapi dari segi agama. Tetapi dalam soal mendidik isteri dan anak-anak? Ia tidak berjaya malah dibiarkan isteri dan anak-anaknyanya melakukan dosa secara terang-terangan. Oleh kerana itulah seorang lelaki yang bergelar suami perlu tahu akan tanggungjawabnya sebelum mendirikan masjid lagi. Antara ciri-ciri tanggungjawab yang harus ada seseorang yang bergelar suami adalah :

SUAMI

Pelindung Nafkah

Pendidik

Adil Pemimpin

Page 35: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Firman Allah swt di dalam surah An-Nisa’ [34]:

PEMIMPIN Sudah menjadi fitrah dan kurniaan ALLAH kepada kaum lelaki yang tidak dikurniakan kepada kaum wanita. Fitrahnya, ALLAH menciptakan lelaki itu melebihi kaum wanita khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Lelaki sememangnya mempunyai daya tahan fizikal dan kekuatan yang lebih daripada wanita. Daya tahan menghadapi masalah serta memikul amanah yang besar. Sedangkan wanita itu fizikalnya lemah dan mudah terdedah kepada fitnah. Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Page 36: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

NAFKAH Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal. Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah. Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya. Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga. Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

Firman Allah “Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.” (Al-Baqarah:233)

Page 37: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

PENDIDIK Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia dapat mengajar isterinya. Sebagai ketua keluarga dan pemimpin kepada isteri, suami bertanggungjawab memberikan didikan dan bimbingan agama kepada isteri. Sekiranya seorang suami tidak mampu memberi didikan agama kepada isteri disebabkan kurang ilmu agama, suami perlu mengizinkan isteri untuk mengikuti kelas-kelas agama atau mengupah seorang guru mengajar isteri tentang ilmu fardu ain. Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya. Melalui pendidikan agama yang diberi kepada isteri ia akan mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka ……. Surah at Tahrim ayat 6

Soalan: Salahkah suami yang tidak dapat mendidik isterinya menjadi solehah? Jawapan oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz : Suami perlu berusaha sedaya-upaya. Dalam surah At-Tahrim,ayat 10, Allah memberi contoh isteri yang ingkar di bawah bimbingan Nabi Nuh. Suami perlu berusaha sedaya-upaya terlebih dahulu. Jika tidak berjaya, suami tidak lagi dianggap bersalah.

Page 38: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

PELINDUNG Sebagai kepala keluarga Islam telah mensyaratkan bahawasanya seseorang suami itu mestilah bertindak menjadi pelindung kepada keluarganya. Sebagai pemimpin, lelaki dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan hidup untuk isteri dan anak mereka. Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Sabda Rasulullah saw :

"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat

Ahmad).

Dalam keluarga, ciri-ciri nilai pelindung perlu ada bagi suami. Peranan bapa bukan lagi sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri, memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga. Peranan ini perlu diperkasakan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala tidak sihat dan maksiat. Jika seorang suami melihat isterinya sebagai sumber amanah, maka dia tahu dia akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh itu dia tidak akan sewenang-wenangnya mengkhianati amanah itu. Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka sendiri. Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata-mata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri. Baginda Rasulullah saw adalah contoh yang terbaik. Rasulullah saw sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang Baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Dari Siti Aisyah ra isteri baginda Rasulullah berkata :

"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.“ [Diriwayatkan oleh Bukhori]

Page 39: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

ADIL Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami. Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas sebagai mengawal isteri. Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya. Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan menghalang pembentukan keluarga bahagia.

Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Saya mendatangi Rasulullah saw, aku bertanya, ‘Nasihat apa yang akan engkau katakan (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?’ Rasulullah saw menjawab, “Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan berilah mereka pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan jangan pula mencaci mereka.” [2144] Sahih Abu Daud

Page 40: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 41: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 42: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Bagi seorang wanita sebaik sahaja dia sudah diijabkabulkan , maka bermulalah episod baru di dalam hidupnya .Ini kerana segala bebanan dunia dan akhiratnya akan dipikul oleh suaminya. Oleh yang sedemikian adalah menjadi satu kewajipan apabila isteri perlu sentiasa berada di sisi suaminya setiap masa. Isteri juga tidak terlepas dari menunaikan tanggungjawabnya yang mana merupakan hak kepada suami. Tanggungjawab ini sememangnya perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak menjadi salah satu kunci syurga buatnya. Bukankah isteri perlu mendapat redha daripada suaminya. Jangan menganggap isteri itu seperti orang gaji yang boleh disuruh-suruh, tetapi anggaplah apa yang ktia lakukan untuk suami demi mencapai keredhaan Allah SWT.

1. TAAT

2.MELAYANI SUAMI

3.MENGURUS RUMAHTANGGA

4.MENJAGA MARUAH SUAMI, DIRI & KELUARGA

5.MENYENANGKAN HATI SUAMI

6. PEMBERI MOTIVASI

Page 43: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

A. TAAT 1. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih daripada keluarga terdekatnya sendiri. 2. Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan membantah. 3. Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri

ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah sangat penting.

Sabda Rasulullah SAW: Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya. (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah SAW: Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT. (Riwayat Ahmad)

Sabda Rasulullah SAW: Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu. (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Page 44: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

B. MELAYANI SUAMI Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya. Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk menolaknya.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh. (Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Page 45: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

C. MENGURUS RUMAHTANGGA Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat

untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.

Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan

keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.

Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah

berbelanja dengan bijak serta tidak boros membelanjakan wuang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa nafsu. S

Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang

mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi pendapatan.

Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan. Tanggungjawab Bersama. Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri. Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk

menyediakan segala urusan rumah itu. Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja di

rumah. Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

Page 46: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

D. MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA o Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya

apabila keluar dari rumah. o Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat

sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik perhatian ramai serta berkelakuan baik.

o Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada segala fitnah yang mungkin akan berlaku.

o Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan dan

kelemahan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu pembentukan keluarga bahagia.

Firman Allah: Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab: 59)

Page 47: Pembentukan Keluarga Muslim

Dalam pepatah Arab ada menyebut: “Menerima walau sekecil mana pun benda yang kuberikan padamu, akan menyuburkan lagi cintaku terhadapmu , dan janganlah engkau meninggikan suaramu di hadapanku apatah lagi ketika perasaanku kusut...” [ Imam Al Ghazali]

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

E. MENYENANGKAN HATI SUAMI

Maksudnya apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya. Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.

ANTARA PERKARA YANG DISUKAI DAN MENYENANGKAN HATI SUAMI

Menambat hati suami dengan bersegera pergi

jika dipanggil

Menambat hati suami dengan

sentiasa berhias untuk suami

Layan suami seperti raja

Ucapkan terima kasih setiap pemberian

suami

Jangan berleter!

Menambat hati suami dengan menemaninya

makan

Tingkatkan ilmu pengetahuan

Jangan terlalu kuat

membangkang

Jadilah bidadari yang menenangkan fikiran

Sambut kepulangan suami

dengan ketenangan

Elakkan gangguan

Isteri yang manja tapi bukan mengada-ngada

Jangan kuat merajuk

Beri pendapat bila ditanya sahaja

Jangan memperkecilkan

kemampuan suami

Page 48: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Asmaa' Binti Kharijah menasihati anak perempuannya ketika melangsungkan pernikahan anak perempuannya iaitu ;-

Wahai anakku,kini engkau telah keluar dari sarang yang di situlah engkau dahulu dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.Kini engkau akan beralih ke satu hamparan dan rumah yang engkau belum mengenalnya dan juga engkau harus berkawan dengan seseorang yang belum tentu serasi denganmu. Itulah suamimu,jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit bagimu.jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi sebagai tiang untukmu. Janganlah engkau menyibukkannya dengan bermacam kesukaran, sebab, itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau menjauh daripadanya, agar ia tidak melupakanmu, tetapi jika dia mendekatimu, maka dekatilah ia. Peliharalah suamimu itu dengan benar, baik hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lainnya. Janganlah kiranya suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula mendengarkannya melainkan yang enak dan jangan pula melihatkannya melainkan yang indah . Apa yang penting seorang isteri adalah sendi utama di tengah-tengah rumahnya.Seorang isteri hendaknya banyak duduk di dalam rumahnya, sedikit berbicara dengan jiran tetangganya dan jangan masuk ke rumah jiran kecuali dalam keadaan yang sangat perlu. Seorang isteri hendaknya menjaga suaminya baik di waktu suami berpergian atau ketika suami di rumah. Usahakanlah agar suami selalu berada di dalam keadaan ' gembira '. Jangan sesekali kamu mengkhianati suamimu dan hartanya. Dan jangan pula kamu keluar dari rumahnya melainkan dengan ada izin daripada suamimu. Sekiranya ada seorang kawan suamimu datang ke rumahmu dan beliau berada di muka pintu rumah tetapi saat itu suamimu tidak ada di rumah maka tidak perlulah kamu cuba untuk bercakap-cakap dengannya. Hendaklah kamu sentiasa menjaga perasaan ' cemburu ' suamimu terhadapmu. Seorang isteri hendaklah merasa puas dengan apa yang ada pada suamimu. Mengenai apa sahaja yang di rezeqikan Allah SWT padanya. Kamu harus mendahulukan hak suamimu di atas hakmu sendiri serta hak keluarga lainnya.

Demikianlah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya dalam kewajipannya untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solihah dan taat pada suami.Maka ada beberapa hal yang selayaknya ditunaikan oleh setiap wanita solihah terhadap suaminya dalam rangka mewujudkan keredhaan Allah SWT dan suami sehingga menjadi bekal menuju syurga.

Page 49: Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 50: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 51: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

DEFINASI POLIGAMI Poligami adalah perkataan yang diambil dari bahasa Greek yang bermaksud ‘perkahwinan banyak’. Sebenarnya bagi seseorang lelaki yang berkahwin banyak dipanggil “ Poligini’ dan bagi perempuan yang berkahwin banyak dipanggil ‘ Poliandri’. Di dalam masyarakat Melayu pula hidup berpoligami pula dipanggil sebagai hidup ‘bermadu’. Dari sudut agama Islam pula , Islam membenarkan seseorang lelaki berkahwin lebih daripada dua [2] tetapi tidak melebihi empat [4] apabila beberapa syarat telah dipenuhi dan berkemampuan pula di dalam satu masa. Dalil Al-Quran

“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah An-Nisaa’: Ayat 3)

Page 52: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Sebelum mengupas ‘ Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak ‘ adalah mustahak untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang menjadi syarat penting untuk membolehkan seseorang itu dibenarkan berpoligami di dalam Islam. Amalan Poligami Rasulullah SAW Rasulullah SAW mula berpoligami setelah kematian isteri petamanya Khadijah binti Khuwailid. Kalau dilihat pada perkahwinan Rasulullah SAW, kesemuanya adalah untuk menjaga kepentingan orang Iain daripada kepentingan sendiri. Umpamanya perkahwinan baginda dengan Saudah binti Zam’ah isteri pertamanya setelah beberapa tahun kematian Khadijah adalah atas dasar politik iaitu untuk menyelamatkan Saudah yang kematian suaminya dari disiksa oleh kaumnya sendiri. Begitu juga perkahwinannya dengan Juwairiyyah anak kepada ketua kaum Bani Mustaliq bertujuan untuk memberhentikan perseteruan mereka dengan orang-orang Islam. Manakala perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy adalah atas arahan Allah SWT yang juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah hukum anak angkat [Surah al-Ahzab ayat 27 – 39] Begitu juga perkahwinannya dengan Hafsah binti Umar bertujuan untuk menjaga nama baik Saidina Umar dan Hafsah sendiri. Bagaimanapun perkahwinannya dengan Ummu Salamah seorang janda yang telah lanjut usia adalah atas dasar peri kemanusiaan dan menjaga kepentingan Ummu Salamah. Satu-satunya perkahwinan Rasulullah SAW dengan anak gadis adalah dengan Aisyah yang juga bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan antaranya dengan Saydina Abu Bakar bapa kepada Aisyah. Inilah yang dikatakan oleh M. Madani dalam penulisannya bahawa tujuan poligami dalam al-Quran Surah 4 ayat 3 mestilah atas sebab-sebab yang mulia di sisi Islam sesuailah dengan kehidupan poligami yang telah diamalkan Rasulullah SAW. Surah al-Ahzab : ayat 27 - 39.

Page 53: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Sebab-Sebab Keharusan Poligami Dalam penulisan-penulisan fiqh, tidak terdapat perbincangan tentang sebab-sebab keharusan poligami dalam Islam. Perbincangan hanyalah berkisar kepada soal-soal hukum yang berkaitan dengan poligami. Sebaliknya dalam penulisan yang agak terkemudian dari itu, maka beberapa sebab-sebab yang dibenarkan oleh Islam untuk berpoligami telah disenaraikan . Antara sebab-sebab yang dinyatakan dalam penulisan-penulisan tersebut adalah:

Bilangan wanita melebihi lelaki Mengelakkan dari berlaku perzinaan Isteri mandul Isteri sakit Bermusafir ke tempat lain kerana berniaga Kekuatan nafsu kaum lelaki

. Sebab-sebab yang dinyatakan ini bagi memenuhi fungsi demografi, sosio-budaya dan kehendak seksual. Sebab-sebab ini adalah untuk menunjukkan keperluan poligami dalam satu-satu masyarakat.

Page 54: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Hikmah poligami

1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasanagan yang tidak dapat melahirkan anak

kerana kemandulan,sakit dan lain-lain

2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai

suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan

sebagainya

3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat kerana nafsu

lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang denga

pertambahan usianya

4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin

ramai bilangannya daripada kaum lelaki

5. Mengelakkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri

terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami,keadan

suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan

6. Menambahkan zuriat umat manusia dimuka bumi Allah melalui cara yang halal.

Page 55: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Sebab-Sebab Poligami Dibenarkan Dalam Islam

Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan.

Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.

Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.

Mengurangkan anak-anak di luar nikah dan pengguguran.

Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suaminya

kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan sedangkan suaminya tidak

terbatas.

Perempuan sentiasa berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari kaum lelaki

dengan kelemahannya yang semula jadi.

Bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki pada bila-bila masa sahaja

terutama pada masa peperangan.

Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan keturunan dan

kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah

tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan poligami.

Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas pada

setiap peringkat umur walaupun umur telah meningkat hingga ke 70-80 tahun

tetapi nafsunya masih kuat.

Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50 tahun atau

perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa sanggup lagi melayani

nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan

kelamin dan terasa jijik bila mendengar soal-soal itu.

Sebab-sebab yang disebutkan di atas sebenarnya adalah untuk kegunaan sesebuah negara bagi menentukan sama ada poligami perlu diteruskan atau diharamkan. Atas sebab-sebab sedemikianlah ada kemungkinan Malaysia masih membenarkan poligami kerana dirasakan poligami itu dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

Page 56: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Syarat Poligami

Dalil-dalil yang berkaitan tentang poligami terutamanya dalam Hadith, banyak

yang berkisar tentang keadilan dalam berpoligami. Kerana itu keharusan berpoligami

biarlah benar-benar dapat memenuhi ‘spesifikasi’ yang ditetapkan oleh alQuran dan

al-Hadith agar poligami yang diamalkan itu tidak akan menyeleweng

daripada apa yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan al-Hadith.

Ayat 65 dari Surah al-Zukhruf telah memberi amaran tentang mereka yang melakukan

kezaliman dan penindasan terhadap isteri-isteri. Maka dengan sebab itulah

penekanan kepada soal keadilan dalam berpoligami harus diberi perhatian.

Ini adalah kerana berpoligami bermakna membentuk sebuah keluarga yang

lain dan pastinya perlu kepada perhatian, tanggungjawab yang besar serta beban

kewangan yang tinggi diantara keluarga sebelum dan yang akan datang.

Kesilapan masyarakat dalam memahami konsep poligami menyebabkan poligami

tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerana itu maklumat yang diberi

harus tepat bukan semata-mata keharusan yang dibenarkan oleh Islam tanpa

membincangkan soal tanggungjawab sebenar dalam rumah tangga poligami.

Page 57: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Syarat-syarat Poligami adalah seperti berikut :

1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya. Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya; "Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisa’ ayat 3) Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu berkahwin tidak boleh lebih dari empat [4] orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja. Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri. 2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu. Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya; "Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim) Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini, maksudnya; Bahawa Ummu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis riwayat Bukhari dan Nasa'i) Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik. Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.

Page 58: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

3. Disyaratkan pula berlaku adil Sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT); "Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3) Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri, cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah menikah dengan seorang sahaja. Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut: a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri. Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang demikian adalah tidak adil. b) Adil di antara para isteri. Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara yang diwajibkan Allah kepada setiap suami. Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah an-Nisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya; "Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal)

Page 59: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

i) Adil memberikan nafkah.

Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah

dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber

kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan

isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah

yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebab-

sebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai

tambahan.

Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri

baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik,

yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang

sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama

sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.

Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab

menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya

sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga

kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang

tidak diingini.

Page 60: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

iii) Adil dalam giliran. Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang. Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks' dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini diterangkan Allah dengan firman-Nya; "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya, bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21) Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya. Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8; "Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

Page 61: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah. Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja. Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan rasa dendam di antara sesama isteri. Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya. Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri, adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia. Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129 yang berbunyi; "Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awang-awang)." Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya; Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Page 62: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Sesungguhnya Islam mengharuskan POLIGAMI, mereka yang dapat melaksanakan tuntutan keadilan dalam poligami mendapat pengiktirafan mengikut / turut sunnah Nabi dan mendapat pahala yang sangat besar di sisi Allah. Sebaliknya bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi berpoligami hanya kerana hawa nafsu semata-mata (jauh sekali menganggapnya ibadah (perhambaan total kepada Allah). Maka haram hukumnya berpoligami kerana ianya akan membawa kesengasaraan banyak pihak dan menjadi fitnah kepada keindahan hikmah poligami di sisi Islam. Poligami di sisi Islam, tidak pernah lahir mereka yang dianggap sebagai curang dan perampas suami orang. Sekiranya perkara ini timbul adalah berkemungkinan ia akibat pengamal poligami itu sendiri telah gagal melaksanakan tuntutan poligami di sisi Islam. Untuk mempastikan semua pihak menikmati keindahan poligami tanpa rasa curiga dengan Hukum keharusan yang Allah tetapkan, seharusnya mereka yang terlibat mempastikan terlebih dahulu matlamat kehidupan diri sendiri hendaklah selari dengan tuntutan kehidupan di sisi Allah, matlamat berkeluarga juga selari dengan matlamat kekeluargaan dalam Islam begitu juga matlamat berpoligami. Seterunya pastikan mereka beramal dengan segala tuntutan yang telah di tetapkan oleh Allah. Penyelesaian terbaik kepada segala masalah ada dalam Islam. Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan. Seseorang yang hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku. Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Page 63: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.

Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah. Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan mengamalkannya terhadap isteri-isterinya. Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai nafkah zahir atau nafkah batin.

Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.

Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga.

Sabda Rasulullah S.A.W ( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi ) Maksudnya: “Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya, dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.

Syarat poligami

Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri dan anak-anak

Berlaku adil kepada isteri-isteri Adil dalam menyediakan kediaman

Adil dalam giliran bermalam Adil dalam musafir

Page 64: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Antara Kesan Berpoligami Tidak Mengikut Syarak 1. Kesan kepada anak-anak.

i. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Anak- anak yang terabai dan kurang mendapat perhatian yang sewajar dari bapanya selalunya berhadapan masalah sosial dan moral. ii. Sah atau tidak perkahwinan poligami tanpa kebenaran Mahkamah perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah Akta atau Enakmen yang berkuatkuasa. Penentuan kesahan perkahwinan ini akan menimbulkan isu berkenaan kedudukan anak-anak yang lahir hasil daripada perhubungan itu. Jika perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak sah, anak-anak yang dilahirkan adalah dianggap anak luar nikah yang mana status hubungannya dengan “bapa” tidak wujud sama sekali. Akibatnya, anak-anak ini akan menghadapi pelbagai masalah di masa hadapan 2. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita. Menurut seorang doktor wanita bahawa beliau acapkali didatangi oleh wanita- wanita yang didera dan kebanyakannya adalah isteri senior yang suaminya telah berkahwin lain dan mengabaikan malah menyiksa isteri-isteri senior tersebut. Bukankah ini bermakna mengkhianati kaum wanita dan menzalimi mereka? 3. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.

4. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya kerana perasaan cemburu dan irihati sesama mereka. Keharmonian rumah tangga bertukar kepada kehancuran. Sabda Rasulullah S.A.W (Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah) Maksudnya : Daripada Aisyah r.a telah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan baginda berdoa: ” Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan takut tidak menguasainya “. Berkata Abu Daud : maksudnya ialah ‘hati’."

Page 65: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Poligami boleh mengundang ke neraka? Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum hakam tentang poligami sendiri tidak difahami. Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, “Madu Tiga”. Melalui filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami. Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya) yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya. Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain, padahal dia sendiri hendak berkahwin. Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat. Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama kejar mengejar.

Page 66: Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu. Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik. Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat. Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami. Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat isteri muda tetapi isteri tua terus menderita. Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela. Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

Page 67: Pembentukan Keluarga Muslim

RUMUSAN

A. Sebelum menempuh alam berumahtangga dan seterus membentuk keluarga

seseorang muslim itu harus mempelajari perkara-perkara atau ilmu berkaitan

dengan perkahwinan iaitu bab Munakahat.

B. Perkara-perkara mengenai :

1) Pemilihan suami/isteri yang mengikut ciri-ciri yang dianjurkan oleh syarak

2) Tanggungjawab seseorang suami/isteri menurut syarak

3) Pertunangan yang dianjurkan syarak

4) Dan kesan poligami yang tidak mengikut syarak (berlandaskan nafsu semata-mata)

Adalah sangat penting kerana ianya adalah sebagai asas atau teras di dalam

‘Pembentukan Keluarga Muslim’ dan keluaga sakinah [keluarga yang semua anggota

keluarganya merasakan cinta kasih, keamanan, ketentraman, perlindungan, bahagia,

keberkahan, terhormat, dihargai, dipercaya dan dirahmati oleh Allah SWT].

C. Islam adalah agama yang syumul [lengkap dan menyeluruh]. Dengan Al-Quran dan

As Sunnah menjadi panduan sudah tentu kita akan dapat merasai kenikmatan dan

kebahagian hidup di dunia dan akhirat…insya Allah.

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 68: Pembentukan Keluarga Muslim

PENUTUP

Walaupun pembentangan bab Munakahat di sini cuma sebahagian sahaja,

tapi ianya sangat berguna kepada kami apabila menempuh alam

berkeluarga nanti terutama sekali bab-bab berkaitan pemilihan calon-calon

pasangan yang sesuai mengikut adab-adab dan peraturan, tanggungjawab

setiap suami/isteri dan ikatan pertunangan yang dianjurkan di dalam Islam.

Alhamdulillah, dengan adanya tajuk tugasan ini sedikit sebanyak dapat

membantu.saya dalam menambah pengetahuan saya berkenaan perkara

teras dan seterusnya dapat membimbing dan mengamalkannya di dalam

menjalani kehidupan sebagai insan muslim.

Mudah-mudahan Allah swt akan memberi rahmat dan hidayah kepada kita

semua dalam meniti makna kehidupan ini.

Terimakasih saya yang tidak terhingga kepada pensyarah yang berkenaan

iaitu Ustaz Shahrul Iman Bin Hasuana di atas segala tunjukajar dan

bimbingan yang diberikan. Semoga Allah swt memberikan segala kebaikan

kepada beliau.

Nazirul Farhan Maula Salehuddin

Jurusan Perekaan Gaya Rambut – Tahap 2

IKBN Peretak

Februari 2015

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 69: Pembentukan Keluarga Muslim

Sekadar Renungan

Page 70: Pembentukan Keluarga Muslim

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA : NAZIRUL FARHAN MAULA SALEHUDDIN

NO K/P : 960307-08-6493

ALAMAT : NO 50 JALAN SUNGAI JUDAH 28/13,

TAMAN ALAM MEGAH

40400 SHAH ALAM

SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH LAHIR : 07 MAC 1996

STATUS : BUJANG

PENDIDIKAN : PEREKA GAYA RAMBUT

IKBN – PERETAK (JULAI 2014)

EMAIL : [email protected]

Pembentukan Keluarga Muslim

Page 71: Pembentukan Keluarga Muslim

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA PERETAK, 44000 KUALA KUBU BHARU

SELANGOR DARUL EHSAN

(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)

KERTAS TUGASAN

“PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM”

UIS 2221 ( PENGETAHUAN AGAMA ISLAM )

NAMA PELAJAR : NAZIRUL FARHAN MAULA SALEHUDDIN

JURUSAN : PEREKA GAYA RAMBUT

TAHAP : 2