pembentukan negara bangsapdf

24
HIGHLIGHTS & TRANSKRIP RANCANGAN ISU @ 1 TETAMU DATO’ AZMAN AMIN HASSAN KETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL YBHG PROF. EMERATUS TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM SEJARAHWAN P. KAMALANATHAN PENYELARAS PUTERA MIC KEBANGSAAN 21 APRIL 2009, 9:30 MALAM PERANTARA WAN SYAHRINA WAN AB. RAHMAN DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Upload: faizah12

Post on 08-Aug-2015

134 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan negara bangsapdf

HIGHLIGHTS & TRANSKRIP

RANCANGAN ISU @ 1

TETAMU

DATO’ AZMAN AMIN HASSANKETUA PENGARAH JABATAN PERPADUAN

NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

YBHG PROF. EMERATUS TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM

SEJARAHWAN

P. KAMALANATHANPENYELARAS PUTERA MIC KEBANGSAAN

21 APRIL 2009, 9:30 MALAM

PERANTARA

WAN SYAHRINA WAN AB. RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH : BAHAGIAN PENERBITAN DASAR NEGARA

JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Page 2: Pembentukan negara bangsapdf

2

HIGHLIGHTS

1. Setelah 52 tahun negara mengecap kemerdekaan, semangat perpaduan kaum yang

terjalin kian luput dan hampir terpadam akibat terdapat golongan-golongan yang

menggunakan isu perkauman untuk meraih sokongan dan kepentingan politik. Kini

semangat dan nilai itu perlu diterangi dan disuburkan semula dengan konsep Satu

Malaysia dan Pembinaan Negara Bangsa yang disarankan oleh YAB Dato’ Sri Mohd

Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

2. Terdapat lima elemen yang dikenal pasti boleh menjayakan Pembinaan Negara

Bangsa di negara ini. Elemen tersebut ialah Nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama,

Perpaduan serta toleransi, bertanggungjawab serta mempunyai persefahaman,

mempunyai bahasa pengantar yang boleh diterima pakai dan integrasi antara kaum,

wilayah dan budaya.

3. Sejak zaman pemerintahan Inggeris lagi nilai-nilai tradisional telah dikurangkan dan

sehingga kini nilai-nilai tersebut semakin menyusut di kalangan masyarakat negara

ini. Nilai-nilai ini dikurangkan melalui peraturan dan undang-undang yang

diperkenalkan. Keadaan ini memerlukan satu nilai digubal untuk menyatupadukan

rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.

4. Remaja atau golongan muda kini tidak berminat mempelajari dan memahami sejarah

pembentukan negara walaupun di dalam Pelan Induk Pendidikan Kebangsaan telah

menggariskan tentang kepentingan pembelajaran sejarah. Ini kerana di dalam pelan

tersebut terdapat agenda negara untuk memperkasakan negara melalui

pembelajaran sejarah.

5. Dalam wawasan 2020 juga terdapat hasrat untuk membina sebuah negara bangsa.

Perkara ini telah disokong melalui Pelan Tindakan dan Perpaduan Integrasi

Nasional. Konsep Satu Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri amat

bersesuaian dan tepat pada masanya bagi menjayakan Pembentukan Negara

Bangsa.

Page 3: Pembentukan negara bangsapdf

3

6. Kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan bagi menjayakan Pembentukan

sebuah Negara Bangsa. Penyatuan kaum-kaum yang mempunyai kepelbagaian

memerlukan usaha yang bersungguh daripada kerajaan dan juga rakyat melalui cara

dan formula dengan menyelami perasaan dan hati budi mereka.

7. Sejarah telah membuktikan bahawa semangat dan gagasan untuk menubuhkan

Satu Malaysia serta Pembinaan Negara Bangsa telah mengalami kegagalan

sebanyak dua kali. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan kerana ahli-ahli politik yang

mengamalkan parti berbentuk perkauman hanya menumpukan kepada kaum yang

mereka wakili sahaja dalam setiap aktiviti.

8. Perkara utama yang perlu dilaksanakan ialah mengemaskinikan sistem pendidikan

negara. Nilai-nilai pembelajaran yang berkonsepkan Sejarah, Rukun Negara dan

Perlembagaan perlu diberi penekanan secara memahami dan menghayati agar

generasi muda dapat mengamalkan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya.

9. Sistem penyampaian agensi kerajaan juga perlu diperkukuhkan serta diperbaiki agar

segala perancangan dapat dilaksanakan secara menyeluruh. Semangat dan nilai-

nilai murni seperti gotong royong, penyatuan antara kaum melalui pelbagai aktiviti

juga perlu diterjemahkan untuk mencapai matlamat Pembinaan Negara bangsa.

10. Media juga perlu memainkan peranan yang lebih aktif agar mempercepatkan hasrat

Pembinaan Negara Bangsa. Kebanyakan generasi muda kini lebih menggemari

media baru seperti blog dan internet yang kononnya lebih meyakinkan. Media-media

baru ini banyak memaparkan berita dan maklumat yang tidak benar dan memutar

belitkan fakta. Pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu juga mengikut cita rasa

generasi ini dengan menggunakan medium ini sebagai saluran menyampaikan

maklumat.

11. Kini kesemua IPTA dan sebanyak enam IPTS serta kebanyakan sekolah telah

menubuhkan Kelab Rukun Negara. Kelab ini bertujuan mewujudkan semangat

Page 4: Pembentukan negara bangsapdf

4

perpaduan dan integrasi nasional di kalangan pelajar agar dapat mencapai matlamat

menubuhkan Negara Bangsa. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dengan matlamat

mewujudkan kesefahaman dan perkongsian budaya agar dapat diterjemahkan

semangat Pembinaan Negara Bangsa.

12. Kebanyakan pembelajaran kini gagal menjurus kepada sikap dan pemikiran yang

kritis di kalangan pelajar. Para Guru tidak dapat membimbing pelajar dengan

keadaan dan minat yang digemari masa kini. Nilai-nilai sejarah dan pemahaman

Rukun Negara dan juga Perlembagaan perlu diajar dengan kaedah dan konsep yang

digemari generasi muda kini

13. Konsep perpaduan dan kesamarataan adalah dua perkara yang berbeza. Perpaduan

adalah penyatuan masyarakat dengan kehidupan yang harmoni manakala

kesamarataan pula ialah menikmati segala hak dan peluang yang adil dan saksama

tanpa mengganggu gugat perkara-perkara yang telah termaktub dalam

Perlembagaan.

14. Pembinaan Negara Bangsa telah diwujudkan sejak zaman pemerintahan Inggeris

lagi. Penerimaan kaum-kaum lain dengan syarat yang ditetapkan di samping orang

Melayu dilindungi oleh Raja dan Perlembagaan. Walaupun begitu perkara ini tidak

dapat diterjemahkan kerana politik yang berbentuk perkauman.

15. Rukun Negara adalah teras kepada Pembinaan Negara Bangsa. Konsep Satu

Malaysia boleh dicapai melalui pemahaman, penghayatan dan pengamalan prinsip-

prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

16. Institusi Raja tidak boleh di campur dengan permainan politik. Perkara-perkara yang

boleh menimbulkan ketegangan kaum perlu dihindari dan pihak berkuasa perlu

mengambil tindakan kepada pihak yang mengganggu gugat perkara tersebut. Rakyat

Page 5: Pembentukan negara bangsapdf

5

Malaysia perlu bersatu hati dan mempunyai semangat patriotisme agar matlamat

dan hasrat kerajaan terlaksana.

17. Landasan yang kukuh perlu diterjemahkan oleh kerajaan bagi membina sebuah

Negara Bangsa. Perkara-perkara yang berkaitan dengan masalah rakyat Malaysia

perlu dikenal pasti dahului. Budaya dan identiti sendiri perlu diwujudkan sebagai

permulaan ke arah Pembentukan Negara Bangsa. Sikap mengutamakan kaum

sendiri perlu diketepikan di samping saling memahami adat dan budaya kaum lain

amat diperlukan sebagi pemangkin kepada Pembentukan Negara Bangsa.

Page 6: Pembentukan negara bangsapdf

6

TRANSKRIP

PERANTARA : Assalamualaikum dan salam hormat malam sekali lagi bersiaran di

TV 1 terima kasih diucapkan bersua lagi dalam rancangan isu. Seterusnya

penonton selepas 52 tahun merdeka elemen perpaduan telah sekali lagi menjadi

nyalaan yang harus disemarakkan walaupun ia tidak pernah padam namun

potensinya bersinar pada masa hadapan kian telah meresahkan semua dan

mungkin sebelum ini hanya oksigen yang dinamakan sebagai toleransi sahaja

yang telah memberikan nafas dan membiarkan ia terus bernyala baik selaras dan

serentak dengan pelbagai usaha telah dijalankan konsep ataupun frasa Negara

bangsa juga semakin dihasratkan semakin difahami dan diresapi semua tentang

perkara ini kita hasratkan perkara ini dalam isu malam ini bersama dengan tiga

orang tetamu saya perkenalkan yang pertama ialah Dato’ Azmin Hassan, Ketua

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Selamat datang

Dato, seterusnya Profesor Tan Sri Emeratus Dato’ Dr Khoo Kay Kim, seorang

Sejarawan Negara, terima kasih Tan Sri kerana bersama dengan kita, seterusnya

Encik P. Kamalanathan penyelaras Putera MIC Kebangsaan terima kasih.

Baik apa yang telah kita lihat tadi sebenar juga adalah pandangan yang dapat kita

kumpulkan daripada khalayak sendiri sejauh mana mereka faham tentang

pembentukan Negara Bangsa itulah juga akan sama-sama kita diskusikan anda

juga terus sama terlibat dalam bicara kita malam ini dan kita akan berikan juga

ruang tinjauan rakyat anda juga boleh SMS untuk mengundi dan soalannya ialah

untuk isu pada malam ini ialah Pembentukan Negara Bangsa untuk menghantar

komen atau soalan anda harus taipkan isu<jarak>Nama, Lokasi komen atau

soalan anda dan hantarkan nombor ke 32776 dan ini soalan rakyat. Berapakah

jangka masa yang diperlukan untuk merealisasikan maklumat Negara Bangsa?

A Dalam masa lima tahun

B. Antara 5-10 tahun atau

C Lebih dari 10 tahun

Page 7: Pembentukan negara bangsapdf

7

Dan untuk mengundi taipkan POL<Jarak>Pilihan anda A, B atau C dan hantarkan

ke nombor 32776 . Kita akan mulakan bicara kita pada malam ini bersama dengan

Dato’ Azman. Lima faktor Dato disebutkan sebagai pemangkin yang menampung

pembentukan Negara Bangsa. Bolehkan Dato terangkan secara awal kedua-dua

elemen ini berfungsi

DATO’ AZMAN AMIN: Dari segi konsep Negara bangsa itu pertamanya rakyat sebuah

Negara perlu ada nilai untuk dikongsi dihayati oleh masyarakat Malaysia pelbagai kaum

di Negara kita . Keduanya ialah hendaklah berteraskan kepada perpaduan kerana

sebuah Negara bangsa kita tidak lari daripada soal perpaduan Negara bangsa,

masyarakat perlu ada toleransi, permuafakatan, bertanggungjawab dan juga

persefahaman yang tinggi antara kaum, di samping itu juga diadakan bahasanya

sebagai digunakan bahasa Malaysia, bahasa pertuturan yang dianggap sebagai

bahasa perpaduan antara kaum dan ini penting dari segi untuk mengerakkan dan

merapatkan antara jurang antara kaum dari segi persefahaman satu bahasa dan juga

konsep integrasi nasional di mana perlu ada kesedaran integrasi antara wilayah seperti

negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan sebagainya, inilah faktor melihat cukup

penting yang perlu disanjung oleh semua masyarakat

PERANTARA : Ikut perangka integrasi, kewarganegaraan, patriotisme dan juga

demokrasi antara yang penting sekali, Tan Sri di mana letaknya asas

pembentukan negara bangsa dalam susur jalur sejarah kita .

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Pertama sekali saya akan cuba memberi takrif

tentang Negara bangsa berasaskan undang-undang . Kita jangan lupa sejak British

campur tangan dalam Negara ini mereka beransur–ansur memperkenalkan undang-

undang dan budaya British jadi kita sekarang bukan lagi sebuah masyarakat yang

hanya mengamalkan segala-segalanya bersifat tradisi, kita mula dengan menggunakan

bangsa dengan ertinya race bangsa Melayu, bangsa India, bangsa jepun, bangsa cina,

bila United Nation ditubuhkan kita menterjemahkan Negara nation sebagai Negara-

negara bersatu jadi di situ bangsa sudah menjadi nation bukan race jadi apa ertinya

race dalam tulisan akademik biasa kita bukan hanya menggunakan Malaysian

menggunakan Malaysian state apa bezanya state merujuk kepada geografi sesebuah

Page 8: Pembentukan negara bangsapdf

8

komuniti politik semestinya ada sempadan politik yang tetap itu adalah state

warganegaranya dipanggil Malaysia, Malaysian State jadi kalau kita sebut bangsa

Malaysia maksudkan ialah Malaysian, Malaysian bukan Malaysian race.

PERANTARA : Jadi itu yang kadang-kadang salah faham oleh masyarakat jadi

apa yang sempat lihat ada juga khalayak katakan satu bangsa maksudnya semua

kaum menjadi satu bangsa. Baik, kepada Encik P. Kamalanathan daripada apa

yang diterangkan oleh Tan Sri dan Dato’ mewakili golongan belia, apakah yang

mereka lihat perspektif mereka sama dengan apa sebenar yang berlaku yang

diasaskan kepada struktur Negara bangsa sendiri dalam sejarah kita?

ENCIK P. KAMALANTHAN: Kalau kita berdasarkan kepada Dato dan Tan Sri generasi

sekarang mungkin tidak menghargai landasan yang kira rapatkan ini saya nyatakan

kerana setahu saya sejarah Negara kita tidak dihargai oleh remaja sekarang. Mereka

tidak begitu minat walaupun kerajaan Malaysia telah pun memberi satu syarat wajib

mata pelajaran sejarah dalam peperiksaan SPM mereka tetapi mereka hanya

mengambil mata pelajaran itu untuk melayakkan diri untuk melanjutkan perjuangan

akademik mereka bukan untuk memahami sejarah sebenar Negara ini.

Pada masa yang sama kerajaan kita tidak boleh disalahkan kerana kalau kita sedar

pada tahun 2007 pelan induk pembangunan pendidikan yang telah dilancarkan oleh

mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah membariskan enam teras

utama dalam pelan tersebut yang memberi keutamaan untuk membina bangsa Negara,

sekiranya itu dilakukan 2007 berapa ramai yang sedar kewujudan perkara tersebut

berlaku dua tahun lalu, sedangkan yang berlaku dua tahun lalu itu tidak disedari oleh

rakyat Malaysia inikan sejarah segala apa yang berlaku di Negara ini walaupun belia-

belia suka nampak gaya isu Satu Malaysia ini merupakan satu jenama baru memberi

agenda politik kepada seseorang kita tidak harus mengambil agenda satu Malaysia ini

satu agenda politik tetapi harus diambil satu agenda Malaysia untuk memperkasakan

Negara Malaysia ini dan rakyat Malaysia ini dengan apa jua istilah yang kita ada.

Khasnya berlatar belakang sejarah yang telah wujud di Negara ini seperti mana saudari

katakan 52 tahun Negara ini telah merdeka selain daripada isu yang berlaku pada

tahun 1969 kita tidak pernah digugat oleh isu-isu demonstrasi jalanan, kita tidak pernah

Page 9: Pembentukan negara bangsapdf

9

menyoalkan institusi raja kenapa perkara ini berlaku. Adakah kita keterlaluan untuk

melihat budaya kuning masuk dalam generasi kita mungkin ini mereka berpendapat

gaya hidup baru? Salah.

PERANTARA : Baik alang-alang menyebut tentang Satu Malaysia yang

disebutkan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun

Abdul Razak Perdana Menteri kita yang boleh dilihat sebagai satu radiospektif

sebagai konsep bangsa Malaysia oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir

Mohamad, jadi bagaimana misi Perdana Menteri sekarang One Malaysia ini kita

kaitkan dengan menyemarakkan semula pembentukan Negara bangsa?

DATO’ AZMAN AMIN: Sebenarnya apa yang diusulkan oleh Perdana Menteri, Yang

Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak ada kesinambungannya yang telah

dilaungkan oleh Tun Mahathir dulu iaitu Wawasan 2020 yang mana kita hendak

menjadikan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu di situ pun kita telah berkenaan

dengan soal kesatuan itu sendiri dan hari in Perdana Menteri kita yang baru

menyebutkan tentang Satu Malaysia tentang menjuruskan kepada penyatuan rakyat

Malaysia.

Ini cukup penting sekali kita faham kerana apa yang dibuat oleh pemimpin kita Tun

Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib ada sumbangannya

dari segi itu yang mana kita ingin melihat perlu jelas dari segi perpaduan apa yang

hendak kita capai adalah dilaksanakan hari ini rasakan masanya tidak cukup walaupun

hari ini kita ada Pelan Tindakan Perpaduan Integrasi Nasional yang mana perlu

difahami dan dihayati semua jabatan kerajaan swasta dan juga badan-badan bukan

kerajaan, kita juga ingin melihat soal penyatuan itu berlaku dan untuk berlaku soal ini

perlu ada kesedaran dan juga pengetahuan cara untuk menyatukan itu sendiri sebagai

contoh yang disebutkan oleh Perdana Menteri kita hari ini. Kalau kita lihat sebagai

contoh pemimpin Melayu boleh turun padang membantu kaum Melayu sahaja di

highlight oleh media massa dan pemimpin cina turun padang menunjukkan dia

menolong kaum-kaumnya alangkah eloknya sebagai contoh Tahun Baru Cina

pemimpin Melayu dan India juga turut menyumbangkan angpau untuk golongan-

golongan miskin untuk kaum cina dan ini menunjukkan kita sebagai Perdana Menteri

Page 10: Pembentukan negara bangsapdf

10

bukan lagi melambangkan Menteri Melayu, Cina dan India tetapi melambangkan

menteri Malaysia sebagai penyatuannya apabila kita laksanakan proses-proses itu

maka akan jelas di kalangan masyarakat bahawa pemimpin kita begitu ikhlas sekali

bukan sahaja mementingkan kaumnya juga malah memberi perhatian kepada kaum-

kaum lain. Dan ini saya lihat hasrat yang ingin dibawa oleh kepimpinan baru supaya kita

memberi perhatian lebih berat kepada rakyat membantu masyarakat dan lebih terbuka

konsep. Itu yang dihasratkan.

PERANTARA: Baik Dato’. Tan Sri kita menyebut semula tentang negara bangsa,

sedangkan ini pernah menjadi asas kepada rentetan kemerdekaan kita sendiri

suatu masa dahulu. Apakah atau mengapa sebabnya sampai masa semula

sekarang ini untuk kita semarakkan kembali perkara ini? Adakah pernah pun

gagal untuk melakukan perkara-perkara seperti yang Dato’ sebutkan tadi?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Ya sebab ahli politik bila memberi ucapan

sahaja biasanya hanya memberi tumpuan kepada orang di dalam kaum sendiri.

Sebenarnya ada dua kali dahulu ada pemimpin cuba hendak mengambil langkah untuk

menyelesaikan masalah ini. Pertama 1952 bila Dato’ Onn cuba hendak memujuk

UMNO menerima orang bukan Melayu sebagai ahli jadi UMNO itu ditukar dari United

Malays National Organization kepada United Malayan National Organization dia gagal

berbuat demikian. Dia keluar dari parti dan menubuhkan IME. IME juga gagal.

Kemudian pada awal 60-an Perikatan, begitu kuat pada masa itu memperkenalkan idea

Reliance By Right Malaysian Organization hendak menggalakkan orang negara ini

menjadi ahli Perikatan secara langsung. Itu pun gagal. Jadi sekarang kita cuba lagilah.

Jadi yang paling penting ialah bagaimana kita akan mencapai matlamat itu.

PERANTARA : Apabila Tan Sri mengatakan gagal, apa yang berlaku sebenarnya?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Mereka tidak mahu. Mereka lebih suka hidup

berasingan dan ahli politik kita sekarang selalu pun begitu. Menggalakkan orang hidup

berasingan. Jadi sesiapa yang cuba hendak menyatupadukan rakyat negara ini

dianggap sebagai orang jahat.

Page 11: Pembentukan negara bangsapdf

11

PERANTARA : Baik Encik Kamala ya. Apa yang Encik Kamala telah sebutkan

seketika tadi ia tidak belia sendiri tidak berminat tentang sejarah. Apa yang kita

letakkan sebagai asas kepada perkara ini? Daripada manakah kita katakan begitu

tentang belia sekarang ini?

ENCIK P. KAMALANTHAN: Buku pendidikan kita harus dikemaskinikan. Sektor

pendidikan kita akan memberi sumbangan yang begitu penting untuk memastikan

pembinaan negara bangsa ini berlaku dengan cara yang efektif. Dalam masa yang

terdekat. Saya berharap, amat-amat berharap bahawa menteri pendidikan yang baru

kita YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penekanan dalam satu aspek penting yang

mana senang. Ia bukan satu perkara yang begitu ganjil tetapi perkara yang senang

dapat dilaksanakan yang mana kita harus memperkukuhkan konsep rukun negara di

Malaysia.

Kita telah lupa dari landasan manakah tibanya Rukun Negara tersebut. Mengapa

Rukun Negara diwujudkan? Tahukah rakyat Malaysia apakah sebenarnya baris-baris

Rukun Negara itu bermaksud apa? Perkara ini harus dikekalkan dan dimasukkan dalam

sistem pendidikan dan kembalikan konsep Rukun Negara ini kepada setiap sekolah

yang ada di negara ini. Zaman saya bersekolah di sekolah rendah dulu, ia menjadi

wajib. Wajib kepada semua pelajar untuk mengambil peluang, mengambil giliran untuk

melafazkan rukun negara ini setiap pagi semasa perhimpunan. Tetapi kini, berapa

sekolah kah yang melaksanakan perkara itu. Perkara kecil seperti ini harus

dilaksanakan. In fact Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri, beliau

telah pun melancarkan satu konsep yang mana beliau telah menggalakkan semua IPTA

di negara ini untuk mewujudkan Kelab Rukun Negara. Dukacita, hanya satu IPTA

sahaja yang melaksanakan tanggungjawab tersebut. Mengapa? Adakah sukar sangat

untuk melaksanakan perkara-perkara tersebut.

PERANTARA : Bolehkah kita letakkan kesalahan itu kepada institusi

pendidikan semata-mata. Mungkin tidak berfungsi kepada belia kita. Tidak

memahami sejarah negara kita ini.

Page 12: Pembentukan negara bangsapdf

12

ENCIK P. KAMALANTHAN: Tidak. Sistem penyampaian yang ada tidak menepati

permintaan rakyat. Kerajaan telah pun meniapkan segala struktur-struktur yang baik,

padat dan yang untuk disampaikan kepada rakyat, tetapi dengan izin the delivery

system tidak memuaskan dan kita masih tinggal dalam zaman dahulu. Zaman dua

puluh tahun dahulu apabila kerajaan Barisan Nasional merupakan satu kerajaan yang

begitu kuat. Tidak dapat digugat. Tetapi, kini kita harus sedar, kita harus melakukan

perkara-perkara yang diinginkan oleh rakyat. Rakyat menginginkan penyatuan. Rakyat

ingin melihat semua rakyat Malaysia bersatu-padu. Di manakah perginya zaman kita

bergotong-royong untuk sekiranya salah satu daripada jiran kita hendak melakukan

majlis perkahwinan, di manakah perginya semangat gotong-royong kita untuk memasak

bersama-sama.

PERANTARA : Bagaimana dengan aspek-aspek lain yang mungkin telah

dimomokkan kepada golongan belia ini? Mungkin daripada media contohnya

sendiri.

ENCIK P. KAMALANTHAN: Media wajar dan wajib memainkan peranan yang

paling penting. Apabila saya memasukkan media di sini, terdapat dua jenis media

sekarang. Satu media cetak dan satu media elektronik. Satu media baru. Ramai

remaja-remaja kini tidak membaca surat khabar. Malangnya mereka juga tidak ada

masa untuk melihat media elektronik. Apa yang mereka lebih suka ialah berada di

laman-laman web yang mana kebanyakan daripada fakta-fakta yang wujud di laman

web tidak ada kebenaran tetapi mereka lebih terikat dan terpikat kepada kata-kata yang

tidak benar. So untuk memastikan segala aspek-aspek untuk membina negara bangsa

ini kita juga harus mencari satu dawai atau satu cara untuk kita sampaikan kepada

remaja dan remaja sekiranya remaja itu berada di depan laman web kita harus ke sana.

PERANTARA : Kita cari remaja. Ok. Kita ingin berbicara dengan lebih lanjut

tentang media sebenarnya dan bersama dengan tetamu-tetamu kita tetapi

sekarang ini berhenti rehat seketika dan kembali selepas ini bersama dengan

Isu@1.

- LALUAN KEPADA IKLAN-

Page 13: Pembentukan negara bangsapdf

13

Kembali semula dalam rancangan Isu dan juga boleh turut berdiskusi bersama

kami berkenaan dengan topik yang diangkat pada malam ini Pembentukan

Negara Bangsa. Cara untuk menghantar SMS, taipkan ISU < jarakkan> sertakan

NAMA, LOKASI dan juga pendapat anda ataupun mungkin soalan anda hantarkan

ke 32776. Bersama dengan tiga orang tetamu kita di studio buat masa ini.

Kembali kepada Dato’ Azman Amin Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan

Negara dan Integrasi Nasional. Ya, Dato’ kalau disebut tadi pelaksanaan pelbagai

dasar sekarang ya, tetapi kata Encik Kamalan apa yang tidak terjadi ialah

pelaksanaannya. Jadi bagaimana komen Dato’?

DATO’ AZMAN AMIN: Pada tahun 2005 pihak jemaah menteri memohon minta

supaya Jabatan Perpaduan bersama dengan Kementerian Pelajaran Tinggi termasuk

juga dengan Kementerian Penerangan untuk memainkan peranan untuk menghidupkan

semula Rukun Negara ini dan makluman hari ini boleh dikatakan seluruh IPT telah pun

menubuhkan Kelab Rukun Negara ini dan termasuk juga lebih kurang enam buah IPTS

dan di sekolah-sekolah menengah mereka telah tubuhkan kesemuanya.

Dan sekarang ini dalam proses di mana kita bersama dengan Perpaduan dengan

Pegawai Pendidikan mengadakan modul dan juga mengadakan panduan-panduan dan

sekarang ini telah pun bermula program-program untuk pengisian kepada program

perpaduan kerana penubuhan Kelab Rukun Negara bertujuan untuk memastikan

berlakunya perpaduan di antara integrasi di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid

itu sendiri. Ini sedang rancak dijalankan. Apabila kita melihat hari ini peruntukan-

peruntukan diberikan dan maka skuad-skuad rukun negara telah mula menunjukkan

kehebatan mereka dan melaksanakan pelbagai aktiviti menjuruskan ke arah

perpaduan. Itu satu petanda yang baik. Ini yang terkini.

PERANTARA : Ya, itu adalah dari segi antara dasar yang pernah dikeluarkan.

Ingin pula saya menyentuh, ingin tahu komen Dato’ tentang peranan media

sendiri. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr.

Rais Yatim berkata media termasuk televisyen dan radio diminta membuat

pembaharuan dengan meletakkan kepentingan nasional di hadapan, nilai

komersial mereka selaras dengan Akta Komunikasi dan Media 1988. Dalam satu

Page 14: Pembentukan negara bangsapdf

14

ruangan blog yang sempat ditinjau juga memberi persoalan bahawa adakah

media massa telah memainkan peranan yang proaktif dan efektif setelah

mencapai matlamat ini. Dato’ rasa.

DATO’ AZMAN AMIN: Bagi saya pada masa kini cabaran yang paling besar pada

pihak media ialah bagaimana anguish dan menarik orang-orang muda kepada media

yang ada hari ini. Memang banyak kemajuan dibuat dan dicapai dibuat oleh pihak

media macam RTM dan sebagainya, team media dan sebagainya, tapi kita lihat hari ini

lebih kepada 5.2 juta penduduk remaja melihat kepada blog dan menggunakan Internet.

Mereka kurang berminat dengan media-media yang sedia ada. Jadi ini satu cabaran

bagaimana kita hendak menarik mereka kepada media-media kerajaan ini, satunya dan

bagaimana kita hendak turun kepada mereka. Kita anguish mereka dalam program-

program kita supaya kita dapat mendekati mereka kembali kerana bahayanya memang

kita sedia maklum blog-blog yang ada itu bukan semuanya betul maklumat. Kadangkala

menghasut dan sebagainya tetapi remaja ini suka benda-benda yang mencabar ini.

Jadi ini ialah satu cabaran yang besar sebenarnya kepada kerajaan bagaimana dapat

kita mengambil semula perhatian dan minat mereka kepada media kerajaan ini.

PERANTARA : Mungkin mereka sendiri lebih suka kepada perkara-perkara yang

bersifat luaran atau cosmos flush ini. Bercakap tentang cosmos flush ini dengan

izin, adakah selama ini, selama kita merdeka jika kita faham tentang konsep

persepaduan itu, yang ada sebagai lapisan yang paling luar ataupun cosmos

flush adalah toleransi semata-mata tetapi perpaduan itu sendiri tidak kita fahami

dengan betul menyebabkan negara bangsa itu sendiri tidak berfungsi seperti

mana yang dimatlamatkan?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Ya, masalah dengan golongan muda kita,

mereka tidak banyak berfikir secara kritis. Macam saya di sekolah. Sekolah menengah,

rendah guru saya sudah memberitahu kelas saya jangan menjadi hamba abdi kepada

perkataan yang tercetak. Jadi kami ibaratkan dari dulu untuk membaca secara kritis.

Golongan sekarang tidak. Mereka cepat percaya kepada apa yang mereka baca, apa

yang mereka menonton itu menunjukkan kegagalan sistem pendidikan kita. Guru

Page 15: Pembentukan negara bangsapdf

15

sendiri tidak dapat membimbing murid-murid. Guru zaman sekarang bukan macam

guru zaman dulu.

Guru zaman dulu penuh dedikasi dan peranan mereka adalah untuk mendidik anak-

anak mereka. Sekarang guru hanya mahu menolong murid-murid dapat A dalam

peperiksaan. Bukan begitu sudahnya hendak dapat A dalam peperiksaan. Terutama

sekali kalau yang penting hanya menghafal. Apa faedahnya. Murid-murid diberi satu

gambaran seolah-olah bagi setiap soalan ada satu sahaja jawapan yang betul kerana

mereka dikehendaki untuk memilih A, B, C, D, E kalau dia tidak setuju dengan semua

kalau dia ada jawapan lain yang dia hendak bentangkan.

PERANTARA : Jadi bagaimana dengan perbezaan yang hendak Tan Sri sebutkan

pada masa Tan Sri mungkin.

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Kami dulu tidak diberi jawapan. Kami diminta

menghafal. Jelaskan sebab-sebab. Kami perlu menulis. Itu juga bererti bahasa kami

mesti sampai ke peringkat yang sesuai untuk kita menyampaikan hujah-hujah.

Sekarang tidak ada. Sekarang semua jadi burung kakak tua sahaja.

ENCIK P. KAMALANATHAN : Saya ingin menambah kepada Tan Sri di mana kita

harus ingat bahawa zaman sekarang kita harus juga membuat kajian. Sekiranya perlu

kita membuat kajian, daripada rakan, atau tenaga-tenaga pengajar. Apakah yang

diperlukan oleh para pelajar? Apa yang terjadi sekarang ialah, kita telah melakarkan

satu carta pendidikan yang kita dapati ia bersesuaian dengan pelajar-pelajar. Apa yang

penting ialah, kita harus mereka satu sistem yang memastikan pelajar sesuai atau

dapat menambah ilmu mereka. Dalam erti kata yang singkat, kita harus memberi apa

yang mereka perlukan untuk mencerdikkan mereka supaya mereka dapat faham apa

yang mereka mahu faham.

PERANTARA: Dengan cara yang mereka suka?

ENCIK P. KAMALANATHAN : Dengan cara yang lebih mudah faham dan terima. Ada

di antara mereka belajar dengan cara menghafal dia perlu ada muzik latar belakang.

Page 16: Pembentukan negara bangsapdf

16

Ada pula pelajar yang suka tidur dan belajar. Ada pula yang suka tengok televisyen dan

belajar. Kalau tiada tv dan radio tak boleh belajar. Cara penyampaian. Tetapi, kalau kita

dapati pelajar bukannya tak boleh belajar yang akhirnya kita lihat mereka memperoleh

keputusan cemerlang. Kita harus mencari jalannya walaupun kita harus mencari lima

atau sepuluh cara supaya dapat mencapai tujuan agenda yang diingini. Itu yang

penting.

PERANTARA: Dato’, tentang pendidikan. Pemahaman tentang Sejarah dan belia.

Itu antara aspek yang disebut oleh dua ahli panel kita tentang pembentukan

negara bangsa yang berjaya. Jadi, mungkin Dato’ boleh terangkan pelan

pelaksanaan konsep pembentukan negara bangsa supaya kita boleh capai

matlamat yang holistik seperti yang kita mahukan?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KHIM: Ya, bagi saya yang paling penting adalah,

belia kita perlu memahami sejarah. Tetapi, cara mana kita nak mengajar dan

mengolahkannya agar mereka tertarik dengan Sejarah, itu penting. Kalau nak suruh dia

hafal tarikh, dan peristiwa dia akan bosan, ini yang dilihat. Tetapi, kalau kita

menggunakan pendekatan terbaru sebagai contoh, minta buat tugasan dan

sebagainya, ia bertujuan agar mereka dapat menghayati. Apabila mereka dapat

menghayati sejarah itu sendiri, maka mereka dapat fahamlah kenapa berlaku demikian.

Sebagai contoh hari ini ialah ketidakfahaman tentang Perlembagaan Persekutuan di

kalangan generasi baru sehingga mencabar apa yang disebutkan dalam Perlembagaan

kita iaitu hak istimewa orang Melayu, kedudukan raja-raja Melayu, Islam sebagai

agama Persekutuan, Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan soal

kewarganegaraan yang mana pada masa dulu, semua kaum menerimanya untuk

berkongsi negara ini sebagai negara kita bersama.

Itu satu kemenangan yang besar yang perlu dilihat. Sebab itu hari ini timbul tuntutan

yang kadang-kadang itu boleh menyinggung perasaan. Dan lebih-lebih lagi yang

ditimbulkan itu tadi dipersoalkan tentang kedudukan raja-raja Melayu pula. Jadi, ini tidak

baik. Bagi saya, untuk membina negara bangsa, terasnya ialah perlu diperkukuhkan

Perlembagaan Persekutuan. Ertinya, semua kaum dan rakyat perlu menghargai dan

Page 17: Pembentukan negara bangsapdf

17

meletak Perlembagaan Persekutuan di atas dan tidak boleh disentuh lagi. Tetapi,

mereka perlu memahami kenapa Perlembagaan itu perlu letak di situ.

Keduanya, di samping Perlembagaan Persekutuan kita perlu ada perkara yang boleh

menyatukan mereka tadi seperti lagu Negaraku. Ini cukup penting untuk menjadikan

sesebuah negara itu kukuh. Lagi banyak unsur-unsur yang boleh menyatupadukan

lebih baik. Mungkin hari ini kita bercakap tentang Bahasa Melayu sahaja, tetapi pada

masa hadapan kita melihat dengan lebih luas, anak-anak Melayu juga perlu belajar

bahasa Tamil, Cina. Kenapa? Kerana kita lihat pada hari ini, jangan kita berebut dalam

negara kita. Kita perlu melihat keluar. Kalau orang Melayu dapat berkongsi dengan

orang Cina pergi buat perniagaan ke negara China alangkah hebatnya kalau dia boleh

bertutur dalam bahasa Cina. Apabila, dia berpasangan rakan kongsi dengan orang

India, dia boleh berbahasa Tamil pula. Pergi ke negara India,ada banyak peluang

perniagaan di sana. Betapa hebatnya Malaysia.

Jadi, kalau kita lihat ke hadapan itu dengan mengambil kira bahasa itu, bukan sahaja

bahasa Melayu, Inggeris, Tamil, Cina , kita boleh gerakkan menjadi sebuah negara

bangsa yang hebat di dunia. Orang putih pun akan takut pada kita apabila kita menjadi

sebuah negara gergasi dalam ekonomi di Asia Tenggara. Insya-Allah.

PERANTARA: Dan Tan Sri, generasi Tan Sri, apakah formulanya mereka tahu

Sejarah. Mungkin lebih cepat dan mendalam daripada belia sekarang dapat?

Belajar lagu?

TAN SRI DATO’ DR KHOO KAY KIM: Dulu pun tak faham Sejarah. Saya sendiri

sampai ke Tingkatan 4 sudah buang Sejarah. Saya penuntut Sains dulu. Hanya apabila

saya masuk Tingkatan 6 baru saya ambil Sejarah. Dan saya mula-mula faham tentang

Sejarah ketik saya masuk Universiti. Sejarah itu bukan cerita sahaja. Ramai yang kata,

kalau kita kata dalam Bahasa Inggeris, Sejarah itu ialah ‘History’. Bukan begitu. Sejarah

perlu untuk memberi penjelasan tentang masa kini. Jadi, kalau kita nak mempelajari

Sejarah kita perlu kembali ke zaman dahulu dari sekarang. Jadi, apa kita nak tahu

tentang sekarang? Kalau kita belajar zaman dahulu tanpa tujuan tertentu, tentu zaman

muda itu rasa bosan. Mereka kata ‘Oo. Sejarah itu pelajaran yang paling benci’. Tetapi,

Page 18: Pembentukan negara bangsapdf

18

bila kita cuba memberitahu kepada pihak-pihak tertentu, mereka tak mahu dengar.

Mereka terus dengan cara yang tak masuk akal, jadi semua orang benci pada Sejarah.

PERANTARA; Tapi, yang penting, pembentukan negara bangsa yang ingin kita

capai, dan juga perpaduan sejagat yang pertama sekali ialah Sejarah.

TAN SRI DATO’ DR KHOO KAY KIM: Ya. Kalau tidak bagaimana kita boleh faham

apa yang sudah berlaku. Proses itu mengambil masa yang lama.

PERANTARA: Mengapa kita duduk di sini sekarang, mengapa kita berada di

bawah lembayung ini sekarang. Baiklah, terima kasih. Sebentar lagi bersama

panel kita bercakap tentang topik malam ini, pembentukan negara bangsa dalam

ISU.

- LALUAN KEPADA IKLAN-

PERANTARA; Kembali lagi di medan Bicara ISU. Waktu ini bercakap tentang

pembentukan negara bangsa. Boleh terus menyatakan pendapat dan pandangan

anda terus melalui SMS taipkan ISU> jarakkan> NAMA, LOKASI dan pendapat

atau soalan anda. Hantarkan ke 32776. Menyambung pula bicara kita di studio,

ketika ini Dato’ Azman. Mungkinkah kita boleh memberikan sedikit, renungan

atau pemfokusan. Ada pihak yang cuba menyamakan perpaduan dengan

kesamarataan. Bagaimana Dato’ harus kita berikan kefahaman bahawa kita boleh

mengamalkan perpaduan dengan jayanya dan dalam masa yang sama kita

letakkan aspek kesamarataan itu di tempat ia berada sejak daripada zaman

kemerdekaan, sejak daripada pembentukan persekutuan lagi?

DATO’ AZMAN AMIN HASSAN: Memang saya bersetuju dengan pandangan itu.

Kerana perpaduan dan kesamarataan itu adalah dua perkara yang berbeza. Dan soal

perpaduan, kita ingin melihat masyarakat berbilang kaum, keturunan dan agama ini

dapat bersatu mempunyai cita-cita yang sama, aspirasi yang sama, supaya kita

mempunyai semangat dan komponen yang begitu jitu sekali. Tetapi, soal kesamarataan

ini ada sedikit perlu dijelaskan kerana di negara kita mempunyai sejarah tersendiri.

Page 19: Pembentukan negara bangsapdf

19

Yang mana kita ada Dasar Ekonomi Baru. Dalam DEB itu sudah jelas ada

Perlembagaan Negara. Sudah jelas ada hak istimewa orang Melayu. Yang mana orang

Melayu asal dulu miskin, yang mereka perlukan bantuan dan pertolongan untuk mereka

belajar, untuk berjaya dari segi ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Ada. Tetapi

dalam DEB juga ada dinyatakan perlu dibasmikan kemiskinan tak kira kaum, tanpa

mengira Cina, India, Iban dan Kadazan, semuanya perlu kerajaan bantu supaya

mereka lepasi garis kemiskinan itu. Di situlah ada sedikit perbezaan. Tak boleh nak

katakan sama rata itu satu perkara yang adil kerana kita berpegang kepada Sejarah

negara kita dan Perlembagaan.

PERANTARA: Betul. Dan selain daripada kesamarataan Tan Sri, ini perkara yang

sangat penting juga. Ada sesetengah golongan yang telah menyeru untuk

mendefinisikan semula bangsa Malaysia. Jika kita ingin ajukan dan capai bangsa

Malaysia itu sendiri. Banyak perkara yang kritikal dan utama tentang ini dan

harus difahami, malangnya ia sangat sukar bagi sebahagian daripada warga kita

dan salah satu daripadanya ialah posisi atau kedudukan institusi diRaja dalam

gagasan bangsa Malaysia yang harus kita fahami. Mengapa sukarnya kita ingin

terangkan bahawa ia terletak pada tempat atau tembok yang tidak boleh

dipecahkan, tempat yang tak boleh diganggu gugat? Biarkan ia terus ampuh di

situ, sebagaimana ia telah wujud berabad lamanya di Tanah Melayu ini suatu

masa dahulu.

TAN SRI DATO’ DR KHOO KAY KIM: Kalau kita kembali ke zaman dulu. Apa yang

berlaku terutama sekali mulai 1400 dengan munculnya kerajaan Melaka ialah

penubuhan kerajaan di beberapa tempat di Semenanjung Tanah Melayu. Apabila

British campur tangan, British mengekalkan keadaan itu. Ini kerana Bristish campur

tangan pada 1874, tetapi mereka adakan perjanjian dengan Raja-raja agar mereka

akan memberi tumpuan kepada pentadbiran sahaja dan kedaulatan Raja dikekalkan.

Orang Melayu diberi hak istimewa kerana pada masa itu mereka sahajalah merupakan

rakyat Raja. Perubahan kemudian berlaku yang melibatkan orang bukan Melayu ialah

selepas Perang Dunia Kedua. Tetapi, di tepi Semenanjung mula 1867 telah ditubuhkan

negeri-negeri Selat. Negeri-negeri Selat adalah Tanah Jajahan British. Semenanjung

Page 20: Pembentukan negara bangsapdf

20

Tanah Melayu bukan Tanah Jajahan British. Kemudian apabila hendak dicantumkan

Tanah Jajahan British dengan kerajaan Melayu, penduduk di Negeri-negeri Selat yang

lahir di situ, sebagai rakyat British memerlukan perlindungan. Jadi, British mencari jalan

untuk mengintegrasikan orang Melayu sebagai rakyat Raja dengan hak istimewa

dengan orang bukan Melayu yang merupakan rakyat British yang perlukan

perlindungan daripada British. Itu satu masalah yang hingga kini belum dapat

diselesaikan.

PERANTARA; Jadi, Tan Sri, ini permulaannya?

TAN SRI DATO’ DR KHOO KAY KIM: Ya. Sebenarnya bila langkah diambil untuk

mencantumkan Tanah Jajahan British dengan Tanah Melayu.

PERANTARA: Dato’, bagaimana ini boleh terjadi? Kalau boleh kita memberi

komen lebih lanjut daripada apa yang dinyatakan oleh Tan Sri. Maksud saya telah

beratus tahun berlalu tetapi masih lagi di situ tempatnya. Atau pun masih ada lagi

golongan yang tidak boleh menyerap dengan betul apa yang telah sekian lama

kita perjuangkan menerusi pelbagai dasar dan konsep perpaduan. Apa

sebenarnya kekangan yang dihadapi oleh masyarakat kita atau generasi umum

yang telah menimbulkan perkara ini? Di mana sukarnya, kalau kita lihat ini bukan

suatu yang baru, bukan di Malaysia sahaja, institusi diRaja wujud di dalam

sejarah dunia sekian lama.

DATO’ AZMAN AMIN: Institut di Raja wujud di kerajaan Britain, memang the Queen is

everything di sana.

PERANTARA: Dan anda ingin menjadi warganegara Britain?

DATO’ AZMAN AMIN: Tidak boleh memaki hamun permaisuri di sana. Kalau berlaku

benda begitu langkanya drastik tetapi di sini sesiapa memulakan masalah itu, kita harus

tanya balik, tidak pernah dalam sejarah tanah Melayu, sejarah Malaysia sendiri tidak

pernah berlaku satu situasi yang mana kita menyoalkan institusi di Raja ini. Siapakah

yang memulakan? Bagi saya yang memulakan ialah satu parti politik yang ingin

Page 21: Pembentukan negara bangsapdf

21

mencemarkan duli-duli. Itu bukan cara yang baik, bukan cara yang bijak. Mungkin

mereka dapat simpati tetapi kita tidak boleh menggunakan institusi Raja-Raja untuk

menarik simpati daripada rakyat, salah.

Kita tidak boleh membenarkan benda-benda ini berlaku di Malaysia kerana ini,

mendorong remaja-remaja dan memberi satu contoh kepada remaja-remaja bahawa

perkara-perkara ini boleh berlaku, tindakan tidak akan di ambil. Setakat hari ini, hanya

kepada mereka yang telah menulis di laman web tindakan diambil. Mengapa tindakan

tidak diambil terhadap mereka yang telah melakukan demonstrasi juga yang telah

mencemarkan institusi Raja-raja?

Ini memberi peluang kepada yang lain, kita harus drastik. Kadang-kadang kita takut

mengambil tindakan ini kerana sekiranya tindakan ini diambil maka rakyat ingat kita

mengambil tindakan politik. Kita tidak boleh mencampuradukkan politik dengan institusi

di Raja. Rangkap kedua Rukun Negara, kesetiaan kepada Raja dan negara. Kita sudah

terima, kita setialah kepada Raja dan Negara. Jangan kita menggugat, jangan kita kata

hari pertama apa juga keputusan yang diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan saya

akan terima tetapi dua hari selepas itu, kita mencabar keputusan tersebut.

PERANTARA: Dan mematuhi Rukun Negara adalah asas ataupun teras yang

paling penting dalam pembentukan negara, bangsa yang berjaya.

DATO’ AZMAN AMIN: Memang benar sekiranya seorang tidak menghormati konsep

rukun negara ini, bagaimana dia akan menghormati institusi Raja-Raja.

PERANTARA: Dato’, disebut oleh Encik Kamarul tadi tentang politik, ada

kemungkinan politik telah menyebabkan berlaku keretakan awal pada perpaduan

kerana berbeza ideologi politik walaupun sama negara, sama tempat kita

berpecah belah. Jadi adakah benar, ataupun apa komen Dato’ tentang ini?

DATO’ AZMAN AMIN: Memang semenjak pilihan raya yang ke-12 lalu dan sehingga

hari ini, keadaan di Malaysia ini banyak di pengaruhi oleh soal-soal politik kerana pada

masa itu ada berlaku pertandingan pilihan raya, lepas itu ada pemilihan dalam parti-

Page 22: Pembentukan negara bangsapdf

22

parti politik masing-masing. Untuk memenangi kerusi dan jawatan maka adalah

beberapa kerat, tidak ramai pun menggunakan isu-isu sensitif ini untuk memancing

undi. Bagi saya ini sesuatu perkara yang malang dan tidak sepatutnya berlaku setelah

52 tahun kita merdeka. Eloklah perkara-perkara seperti ini yang boleh mengendurkan

keadaan, memecahbelahkan rakyat dan menimbulkan ketegangan yang tidak pasal-

pasal perlulah dihentikan segera. Pada pandangan sayalah.

PERANTARA: Kita sebenarnya juga menghampiri ke penghujung, kita inginkan

rumusan daripada panel kita, mungkin Dato’ boleh mulakan dengan rumusan

mengenai kepentingan pembentukan sebuah negara bangsa dalam

kesinambungan satu tamadun?

DATO’ AZMAN AMIN: Bagi saya keadaan sekarang ini perlu kita berubah alih kepada

bagaimana kita hendak mengembangkan sebuah negara bangsa. Ini cukup penting

sekali, survival negara kita Malaysia dalam keadaan globalisasi ekonomi yang tertekan

ketika ini. Kita perlu bersatu hati balik, mencari jalan-jalan dan mengambil langkah-

langkah yang drastik untuk memulihkan menjernihkan kembali soal perpaduan, soal

pembangunan negara kita dan soal patriotisme cinta kepada negara, cinta kepada Raja

kita sebab Raja sebagai tempat payung kita, rakyat Malaysia.

PERANTARA: Baik dan Tan Sri apa yang terlebih dahulu yang kita lakukan

sekarang ini?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Saya rasa kita perlu faham apa sebenarnya

masalah orang Malaysia. Masalahnya mereka mempunyai budaya yang berasingan

dan setiap kaum mahu mengekalkan identiti budayanya. Mereka tidak banyak bergaul.

Jadi bila sampai ke sesuatu keadaan di mana mereka perlu bergaul mereka rasa tidak

selesa. Jadi kita mesti menolong mereka mengatasi masalah itu dan jangan selalu

mengutamakan identiti budaya sahaja. Sekarang mereka sudah menjadi bangsa

Malaysia. Setiap bangsa Malaysia menjadi tumpuan yang utama atau sekurang-

kurangnya sama penting dengan identiti budaya.

Page 23: Pembentukan negara bangsapdf

23

PERANTARA: Tan Sri mengatakan kita harus membantu mereka. Jadi siapakah

kita dan siapakah mereka sebenarnya?

TAN SRI DATO’ DR. KHOO KAY KIM: Orang yang diberi mandat untuk memerintah

negara. Itu sebenarnya.

PERANTARA: Baik, Encik P. Kamalanathan?

ENCIK P. KAMALANTHAN: Sebenarnya ingin mengatakan aspek budaya juga.

Seperti yang dikatakan Tan Sri. Kita harus mencari siapa kita itu ialah yang diberi

mandat sebagai pemerintah negara seperti yang dikatakan oleh Tan Sri. Kita harus

mencari landasan yang mana dapat mengukuhkan budaya-budaya Malaysia ini. Kita

harus sedar bahawa budaya di Malaysia ini ialah budaya yang paling unik dalam satu

dunia ini. Bagi saya tidak ada negara lain seperti negara Malaysia yang mengamalkan

budaya pelbagai kaum dalam satu pentas.

Kita harus memberi kesempatan kepada semua rakyat Malaysia memahami semua

budaya. Kita tidak harus memberi satu larangan ataupun kita tidak harus mengatakan

kaum Melayu tidak boleh mengambil tahu atau mempelajari budaya kaum India sama

juga kaum Cina tidak harus memahami budaya Melayu tidak boleh begitu. Kita harus

memberi kebebasan sesiapa sahaja tanpa membawa isu agama dalam aspek tersebut

untuk memahami budaya.

Langkah pertama untuk mewujudkan bangsa inilah kita harus memahami budaya kaum

masing-masing di Malaysia. Sebagai seorang kaum India saya harus memahami

bagaimana cara menghormati seorang rakan saya Melayu dan Cina. Saya harus juga

tahu intipati-intipati yang terdapat dalam agama mereka. Saya juga harus mengetahui

juga dalam sehari mereka akan pergi bersolat lima kali. Pada masa-masa ini saya

harus tidak memanggil mereka kerana mereka sibuk bersolat. Sekiranya kita tidak

memahami intipati-intipati ini, apakah gunanya kita ada satu negara bangsa? Fahamilah

budaya rakan-rakan kita, supaya rakan-rakan kita akan memahami budaya kita dan

menghormati kita. Itu yang penting.

Page 24: Pembentukan negara bangsapdf

24

PERANTARA: Baik Encik P. Kamalanathan, kita ingin mengucapkan terima kasih

kepada kesemua ketiga-tiga panel kita kali ini iaitu Dato’ Azman Amin Hassan,

Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Profesor

Emaratus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, seorang Sejarawan dan Encik P.

Kamalanathan, Penyelaras Putra MIC Kebangsaan.

Sebelum berakhir kita melihat terlebih dahulu keputusan SMS tinjauan rakyat.

Dengan soalan berapakah contoh masa yang diperlukan oleh untuk

merealisasikan matlamat negara bangsa? Jawapan yang diberikan ataupun

undian yang diberikan oleh penonton kita dalam masa 5 tahun, 14% undian.

Antara 5 – 10 tahun, 34%. Lebih daripada 10 tahun, 52%. Terima kasih untuk para

penonton yang telah bersama-sama dengan ISU malam ini dan juga

menghantarkan pendapat dan sebagainya berkenaan dengan topik kita malam ini.

Satu panji, satu lagu, mungkin itu perkara yang harus kita dahulukan dalam

konsep Satu Malaysia dalam satu Negara dan jumpa lagi dalam ISU @ 1. Salam

hormat.