pembentukan kata
Embed Size (px)
TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN KATA
Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa. Dalam konteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh diujarkan dan difahami oleh penuturnya. Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk kata majmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan daripada sudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu perkataan itu melalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.
Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku kata.
Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal, suku kata, dan gabungan awal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen (daripada cerita pendek), Gapena (daripada Gabungan Penulis Nasional), dan kugiran (kumpulan gitar rancak).
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i, dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan. Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu. Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda.
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Pada umumnya, proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu melibatkan bentuk-bentuk kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda.
KATA TUNGGAL
Perkataan yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian termasuk dalam kumpulan kata tunggal. Kata tunggal terbahagi kepada dua: kata tunggal satu suku kata dan kata tunggal dua suku kata atau lebih. Di samping itu, terdapat juga kata tunggal yang tidak pernah menerima sebarang imbuhan seperti ini, itu, sini, dan sana. Namun begitu, kebanyakan kata tunggal boleh diperluas untuk menjadi bentuk terbitan.

(i)Kata tunggal satu suku kata
Contoh pola gabungan konsonan-vokal dua kata tunggal bahasa Melayu ialah seperti berikut:
NO. POLA CONTOH 1. KV ru ya yu2. VK am 3. KVK bah cat dan4. KKVK brek draf gred5. KVKK bank seks teks6. KKKV skru 7. KKKVK straw skrip Spring
(ii) Kata tunggal dua suku kata
NO. POLA CON
TOH1. V + KV apa ela2. V + VK air aur3. V + KVK alas ekor4. VK + KV abdi inti5. VK + KVK embun indah6. KV + V doa ria7. KV + VK diam kuih8. KV + KVK buku guru9. KV + KVK mulut pukul10. KVK + KV binti sendi
KATA TERBITAN

Kata terbitan berawalan
Awalan dapat hadir dalam kata nama terbitan, kata kerja, dan kata adjektif terbitan seperti:
Kata terbitan berakhiran
BIL. AWALAN CONTOH CONTOH 1. Kata nama pe- pedagang pelari pel- pelajar - pem- pembuat pembuka pen- penderma pendatang peng- penggubak pengganti Penge- pengelap pengebom juru- jururawat juruwang ke- ketua kelipat maha- mahasiswa maharaja tata- tatacara tatatertib dwi- dwibahasa dwifungsi2. Kata kerja me- menyikat merasa mem- membasuh membilang men- mendakwa mendaki meng- mengajar mengikut menge- mengecat mengetam memper- memperisteri memperhamba be- berupa berasa bel- belajar belunjur di- dibasuh digilap diper- diperoleh dipercepat ter- tertulis terjebak
3.Kata
adjektif se- semanis sesejuk te- terendah teringin ter- terbersih terbesar

Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan seperti:
BIL. AKHIRAN CONTOH CONTOH1. Kata nama ..-ah sultanah ustazah ..-an jualan pameran ..-at muslimat hadirat ..-in hadirin muslimin ..-man seniman budiman ..-wan jutawan karyawan2. Kata kerja ..-kan naikkan bukakan ..-i sertai duduki
Kata terbitan berapitan
Apitan hanya dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan seperti:
BlL. APITAN CONTOH CONTOH1. Kata nama pe-..-an perasaan pemalsuan pem..-an pembalakan pembekuan peng..-an pengajaran pengesahan ke-..-an keindahan kelainan2. Kata kerja me-..-kan menaikkan memainkan men-..kan menjadikan mentafsirkan ber-..-an bermaafan bersalaman di-..-kan disampaikan dibukukan diper-..-kan diperlihatkan diperbahaskan
memper-..-
kan memperhatikan memperlakukan ke-..-an kehausan kepanasan
3.Kata
adjektif ke-..-an kemelayuan kecinaan
Kata terbitan bersisipan

Sisipan ialah bentuk imbuhan yang menyisipi bahagian tengah kata dasar.
Bil. Sisipan Contoh Contoh1. Kata nama ..-el-.. telepak telunjuk ..-er-.. serabut keruping
2.Kata
adjektif ..-em-.. gementar semerbak ..-in-.. sinambung
KATA MAJMUK
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
Dalam sistem baku, kata majmuk dieja terpisah kecuali beberapa perkataan yang sudah mantap seperti:
Contoh 1
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmukair mata air mata
ambil alih ambil alihmeja tulis meja tulisketua menteri ketua menteri
tanggung jawab tanggungjawabantara bangsa antarabangsa
Contoh 2
Kata dasar 1 Kata dasar 2 Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan
antara bangsa antarabangsaapa bila apabilaapa kala apakalaapa lagi apalagi
bagai mana bagaimanabarang kali Barangkali
beri tahu Beritahubumi putera Bumiputeradari hal darihal

dari pada Daripadaduka cita Dukacitahulu balang Hulubalang
jawatan kuasa Jawatankuasakaki tangan Kakitanganke pada Kepada
kerja sama Kerjasamamana kala ManakalaMata hari Matahariolah raga Olahragapada hal Padahal
Pesuruh jaya Pesuruhjayasetia usaha Setiausahasuka rela Sukarela
suruhan jaya Suruhanjayatanda tangan Tandatangan
tanggung jawab Tanggungjawabwarga negara Warganegara
Sungguhpun kata majmuk dieja terpisah, tetapi ia dieja atau ditulis sebagai satu perkataan apabila menerima apitan, seperti contoh pada jadual di bawah:
Kata Majmuk Apitan Ejaan
kuat kuasa peN....an Penguatkuasaan
kemas kini meN...kan Mengemaskinikan
anak tiri meN...kan Menganaktirikan
ibu bapa ke...an Keibubapaan
kuat kuasa di...kan Dikuatkuasakan
campur aduk peR...an Percampuradukan
Untuk awalan, kata majmuk diimbuhkan kepada kata pertama dalam kata majmuk berkenaan. Manakala akhiran, imbuhan dirangkaikan pada hujung kata yang terakhir. Lihat jadual di bawah.
Imbuhan Kata Majmuk Kata Majmuk Terbitan
berR- garis pusat bergaris pusat
meN- ambil alih mengambil alih
peN- cari gali pencari gali
-an daya serap daya serapan
-kan urus niaga urus niagakan

PENGGOLONGAN KATA
Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan-golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik.
Dalam buku ini perkataan digolongkan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik kerana penggolongan yang sedemikian didapati lebih selaras dengan status perkataan sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat. Binaan sintaksis bermaksud konstruksi-konstruksi yang dibentuk oleh perkataan-perkataan yang dapat berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen-konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Dengan demikian perkataan dari sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang boleh menjadi unsur bagi setiap konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Frasa subjek dibentuk oleh frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS). Frasa-frasa ini disebut frasa-frasa utama.
Frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif ialah frasa-frasa endosentrik; tiap-tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Frasa sendi nama, sebaliknya, bukan frasa endosentrik tetapi frasa eksosentrik kerana tidak terdapat satu unsur inti yang boleh mewakili keseluruhan frasanya; malah frasa sendi nama mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama dan frasa nama. Perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa kerja pula ialah kata kerja (KK), dan perkataan yang menjadi unsur inti bagi frasa adjektif ialah kata adjektif (KA). Ini dapat dilambangkan seperti berikut:
a) FN | KN | Kedai
b) FK | KK | Berjalan
c) FA | KA | Cantik

Selain unsur-unsur inti bagi frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif, terdapat juga unsur pilihan, iaitu unsur-unsur bukan inti yang mendahului ataupun mengikuti unsure-unsur inti itu. Contohnya seperti sebuah dan runcit seperti dalam rajah:
d) FN | KN | Sebuah kedai runcit
e) FK |KK
| Sedang berjalan cepat
f) FA | KA
| Masih awal sangat
Kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh disebut golongan kata utama kerana inti bagi frasa-frasa utama ayat, iaitu frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Selain tiga golongan kata utama ini, tidak terdapat lagi perkataan-perkataan yang boleh menjadi inti bagi mana-mana frasa utama. Selain golongan ini, boleh dikelompokkan ke dalam satu golongan kata secara kolektif, iaitu kata tugas yang bersifat heterogen.
Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat, iaitu:
i) kata namaii) kata kerjaiii) kata adjektifiv) kata tugas
KATA NAMA
Golongan kata nama, seperti yang telah diterangkan, merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua iaitu kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Contoh:
i) kata nama khas hidupa)manusia- Nina, Ahmad, Raja Azlan Shahb)bukan manusia- Tompok, Si Belang, Comel
ii) kata nama khas tak hidup-Kuala Lumpur, Proton Saga, Gunung Kinabalu
Kata Nama Am
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda-benda atau perkara-perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am konkrit.
Contoh:
i) kata nama am abstrak - mimpi, roh, idaman, serapan
ii) kata nama am konkrit - tangan, rumah, sungai, kambing
Kata Ganti Nama
Kata ganti nama dibahagikan kepada dua iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga.
i) kata ganti nama tunjuk- kata nama yang berfungsi menunjuk pada sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua iaitu itu dan ini.

ii) kata ganti nama diri- kata nama yang menjadi pangganti sesuatu benda, perkara atau manusia. Terbahagi kepada dua iaitu:
a) kata ganti nama diri tanya-menanya hal benda, perkara atau manusia.b) kata ganti nama diri orang=pertama-saya, aku, beta, patik, kami dan kita=kedua-saudara, kamu, awak, engkau, dan anda=ketiga-ia, dia, beliau, mereka dan –nya.
Kata Kerja
Kata kerja dapat dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
i) kata kerja transitif pula dibahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.
Kata kerja transitif aktif Kata kerja transitif pasifmakan dimakan, ku makan, kau makan
mengambil diambil, ku ambil, kau ambilmenendang ditendang, ku tendang, kau tendang
melihat dilihat, saya lihat, kamu lihatmemperisteri diperisteri, kau peristeri
ii) kata kerja tak transitif dibahagikan kepada dua iaitu kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.
a) kata kerja tak trasitif tak berpelengkap- bangun, tumbang, menangis, tersenyum, menjerit, terpegun, melancong.b) kata kerja tak transitif berpelengkap- beransur, tinggal, menjadi, ada, berbuat, berbantalkan.
Kata Adjektif
Sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif. Dibahagikan kepada sekurang-kurangnya sembilan kumpulan berdasarkan makna:
i) kata adjektif sifat/keadaan- baik, jahat, cerdik, pandai, lemah, kasar, nakal, sibuk, tenang, segar, tegap, beraniii) kata adjektif warna- putih, kuning, hijau, ungu, hitam, kelabu, biru, merahiii) kata adjektif ukuran- panjang, pendek, kecil, nipis, tebal, tinggi, cetek, dalamiv) kata adjektif bentuk- bulat, leper, bujur, lonjong

v) kata adjektif pancainderaa) rasa- sedap, manis, lazat, masam, pahitb) pandang- cantik, molek, hodoh, ayu, burukc) dengar- merdu, mersik, nyaring, bisingd) bau- harum, wangi, hapake) sentuh- halus, licin, keras kasar, lembut
vi) kata adjektif waktu- segera, spontan, lewat, awalvii) kata adjektif cara- cepat, laju, deras, perlahanviii) kata adjektif perasaan- cinta, rindu, asyik, ghairah, saying, berahiix) kata adjktif jarak- jauh, dekat, nyaris, hampir
Kata Tugas
Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbeza-beza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik.
Frasa nama
Kata bilangan
Penjodoh bilangan Kata nama
ramai - penontondua orang askar
beberapa ekor kucingtiap-tiap - calon
kebanyakan - penduduk
Frasa adjektif
Kata penguat Kata adjektifsungguh indah
amat bahagiapaling tinggikurang baik
Kata tugas boleh dikenalpasti sebagai yang berikut:
i) kata hubung- dan, atau, tetapiii) kata seru- wah, amboi, aduhiii) kata tanya- bila, berapa, mengapaiv) kata perintah- sila, tolong, harap

v) kata pangkal ayat- hatta,maka, syahadanvi) kata bantu- akan, sudah, pernahvii) kata penguat- sangat, amat, palingviii) kata penegas- juga, lah, tah, punix) kata nafi- tidak, bukanx) kata pemeri- ialah, adalahxi) kata sendi nama- di, dari, dalamxii) kata pembenar- ya, benar, betulxiii) kata bilangan- dua, segala, beribu-ribu, masing-masingxv) kata pembenda- …-nya
ANALISIS RENCANA
JURUTERBANG MAUT PESAWAT BERTEMBUNG DI UDARA

Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. Antaranya ialah:
1.Kata nama khas tak hidup-Warsaw, Poland, Pertunjukan Udara Radom (perenggan satu, dua dan lima).2. Kata tugas, kata bilangan-dua buah kapal terbang (perenggan satu).3. Kata terbitan berapitan, awalan kata kerja-berlanggar, pertunjukan, bertembung, menyiarkan, pergerakan, dibatalkan, perlanggaran, disertai (perenggan satu, dua, tiga, empat dan lima).4. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-juruterbang, berkuasa, jurucakap, memberitahu, melakukan, bersilang, dilaporkan (perenggan satu, tiga, empat dan lima).5. Kata nama am hidup manusia-penonton (perenggan lima).6. Kata nama khas hidup manusia-Grzegorzewski Wieslaw (perenggan tiga).7. Kata sendi nama-di, daripada (perenggan satu, dua, lima dan enam).8. Kata adjektif jarak-jauh (perenggan lima).9. Kata terbitan berakhiran-rakaman (perenggan dua).
KEDAH GUNA KELEBIHAN BERMAIN DI TEMPAT SENDIRI
Berdasarkan petikan ini, terdapat banyak pembentukan dan penggolongan kata di dalamnya. Antaranya ialah:

1. Kata nama khas tak hidup-Kedah, Terengganu, Piala Malaysia, Stadium Darul Aman, Alor Star, Langkawi, Liga Super, Piala FA, Pengerusi Pembangunan Sukan dan Pelancongan Kedah (perenggan satu, dua dan lima).
2. Kata terbitan berapitan, apitan kata kerja-menggunakan, menumpaskan, mengatasi, memberikan, perlawanan, percaturan, menurunkan (perenggan satu, dua, dan lima).
3. Kata sendi nama-di (perenggan satu, dua dan lima).4. Kata nama khas hidup manusia-Datok Othman Aziz, Mohd. Azraai Khor
Abdullah (perenggan dua dan tiga).5. Kata adjektif terbitan, awalan kata adjektif-terbaik (perenggan dua).6. Kata terbitan berapitan, apitan kata nama-keputusan (perenggan tiga).7. Kata terbitan berawalan, awalan kata nama-jurulatih, gelaran (perenggan tiga dan
tujuh).8. Kata hubung pancangan keterangan-sebelum, selepas (perenggan tiga dan tujuh).9. Kata adjektif ganda, penggandaan penuh-pemain-pemain (perenggan enam).10. Kata adjektif ganda, penggandaan separa-berhati-hati (perenggan enam).11. Kata nama am hidup manusia-penyokong (perenggan enam).12. Kata ganti nama ketiga-mereka (perenggan tujuh).13. Kata ganti tunjuk-ini (perenggan tujuh).14. Kata terbitan berawalan, awalan kata kerja-memburu (perenggan tujuh).

PENGHARGAAN
INSTITUT PERGURUAN IPOH, 31150, HULU KINTA,
PERAK DARUL RIDZUAN
NAMA: ROSLIZA BINTI SALLEHKUMPULAN: KPLSPM (BM/PJ/KS)NAMA PENSYARAH: PN. NORMAH BINTI KAMARODZANTARIKH HANTAR: 28 SEPTEMBER 2007

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Bahasa Melayu 2 ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada insan-insan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Kepada pensyarah Pn. Normah, terima kasih diucapkan kerana banyak memberi dorongan dan tunjuk ajar tentang tugasan dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu membantu saya, hanya Allah yang dapat membalas budi kalian.
Kepada ayah dan ibu di rumah, terima kasih kerana banyak membantu dari segi kewangan dan sokongan padu untuk saya terus berusaha dalam bidang profesion perguruan ini. Sesungguhnya, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak mengecewakan kedua orang tua saya. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang anak untuk membalas jasa mereka.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada teman sebilik saya, Noor Fadhilah bt Bakri kerana telah meminjamkan komputer riba untuk saya menyiapkan tugasan ini dan bersama-sama bersengkang mata setiap malam demi memastikan kerja kursus saya ini dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu saya sama ada secara langsung ataupun tidak. Semoga ikatan ukhwah antara kita tetap mekar sehingga ke akhir hayat. Insyaallah. Sekian, terima kasih. Wassalam.
-ROSLIZA- -G1-




