pembentukan kata

Click here to load reader

Post on 27-Oct-2015

134 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PEMBENTUKAN KATA

TRANSCRIPT

1.0PENGENALANDalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil.Unit tersebut dipanggil sebagai morfem.Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi makna.Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-.Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak.Ia bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai fizikal dipanggil sebagai morf.Morf mewakili morfem dalam sesuatu bahasa.Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem, kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf.Sebagai contoh, morfem meN- mempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.

2.0DEFINISI PROSES PEMBENTUKAN KATAPROSES PEMBENTUKAN KATAProses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan serap apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan pelbagai perkataan baharu, iaitu menyerap, menyerapkan, penyerapan, terserap, menyerapi, serapan, terserapkan, daya serap, dan sebagainya.Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-

a. AkronimPembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:-JAIS Jabatan Agama Islam SelangorIPBA Institut Perguruan Bahasa bahasa AntarabangsaIPG Institu Pendidikan GuruUPSI Universiti Sultan Idris

b. AnalogiPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu. Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias. Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_Prasangka prasarana, prasekolah, prauniversitiJurunikah juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebahLelabah gegel;ang, jejari, rerambutc.Peleburan FonemPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan perkataan agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan fonem-fonem tertentu. Misalnya perkataan benda + alir menjadi bendalir terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.

d. Peluasan MaknaPembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna keluarga tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi famili yang bukan sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.

e.Pemberian Makna khususDalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud bekas atau nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun pisang. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud meniru atau melukis peta.

f.Peminjaman KataPeminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa lain:element elemenmengisteate majistretdiplomat diplomat

g. PenambahanPembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang berikut:bu + kit bukitbu + lan bulanbu + luh buluh

h. PenciptaanPembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya , perkataan kiwi merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada makna tersebut, dicipta pula perkataan mengiwi yang bermaksud perbuatan menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas

i. PenggemblenganBernama Baerita Nasional MalaysiaProton Perusahaan Otomotif Negara

j. Penyempitan MaknaPembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna yang khusus, iaitu panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan raja. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam urusan surat menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi lelaki dan perempuan.

k.PenyingkatanMelalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti contoh yang berikut:tv televisyenDr. DoktorProf. ProfesorPerkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Gulung pula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.

3.0PROSES PEMBENTUKAN KATADalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Proses Pembentukan Kata PengimbuhanPemajmukanPenggandaanAkronim

3.1PROSES PENGIMBUHAN

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentu

View more