modul pjj morfologi unit 2 pembentukan kata
Post on 14-Apr-2018
281 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
1/22
Pembentukan Kata| 12
UNIT 2
PEMBENTUKAN KATA
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit, anda diharapkan dapat:
1. mengenal pasti kata mengikut bentuknya2. membezakan bentuk kata terbitan, kata ganda, kata majmuk dan akronim3. menganalisis dan mengklasifikasikan bentuk kata dalam petikan
2.0 Pengenalan
Perkataan dalam sesuatu bahasa mengandungi bentuk. Yang dikatakan bentuk ialah pewujudan lahiriah
sesuatu unsur bahasa.
Perkataan dalam bahasa Melayu dibentuk melalui proses tertentu, yang disebut sebagai proses
morfologi. Proses morfologi ialah proses yang dilakukan pada kata dasar untuk menghasilkan bentuk
terbitan. Menurut Abdullah Hassan (2006), proses morfologi ini menjelaskan apa-apa yang berlaku
terhadap unsur morfologi, iaitu morfem dan kata dalam bahasa Melayu bagi menerbitkan perkataan
baharu.
Ada empat proses morfologi dalam bahasa Melayu, iaitu pengimbuhan, penggandaan,
pemajmukan, dan pengakroniman. Proses morfologi akan menghasilkan bentuk kata terbitan (imbuhan),
kata ganda, kata majmuk, dan kata akronim. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan.
Bentuk perkataan dalam sesuatu bahasa tidak sama. Cuba dapatkan maklumat tentang bentuk
kata dalam bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Arab, dan bahasa Inggeris.
Proses Morfologi
Pengimbuhan Penggandaan Pemajmukan Pengakroniman
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
2/22
Pembentukan Kata| 13
2.1Bentuk KataAda empat bentuk kata dalam bahasa Melayu, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata
ganda.
2.2 Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada satu morfem bebas. Yang berikut merupakan contoh
kata tunggal.
Semua kata tunggal adalah kata akar juga. Kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu kata
sempurna, kata tugas dan kata akronim. Kata sempurna ialah kata tunggal yang dapat berdiri sendiri sebagai ayat
minimal, yakni ayat yang terdiri daripada satu perkataan sahaja dengan membawa satu mesej yang lengkap.
Contohnya:
Bentuk Kata
Tunggal Terbitan Majmuk Ganda
(1) Saya.(2) Itu.(3) Cantik.(4) Keluar!(5) Siapa?
bas tidur lupa haji
hidup dari lupa dunia
rumah Muhammad sudah perkasa
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
3/22
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
4/22
Pembentukan Kata| 15
1. Apakah perbezaan antara akronim dengan singkatan?2. Adakah perkataan yang berikut ini akronim? Berikan alasan andajika ya atau tidak.
Kata tunggal dalam bahasa Melayu terbentuk daripada gabungan bunyi-bunyi yang berasaskan
pola suku kata. Sesuatu suku kata boleh terbentuk daripada satu vokal sahaja, atau gabungan vokal
dengan konsonan. Konsonan dapat hadir di hadapan vokal atau di belakangnya, atau di hadapan dan di
belakangnya secara serentak.
Kata tunggal dalam bahasa Melayu terdiri daripada satu suku kata, dan dua suku kata atau lebih.
Kebanyakan kata tunggal terdiri daripada dua suku kata. Namun, ada kata tunggal yang mengandungi dua
atau lebih suku kata yang kebanyakannya ialah kata pinjaman. Contohnya:
Bentuk kata tunggal Contoh perkataan
Kata tunggal satu suku kata tas, bom, roh, wah, ke, beg, skrip, golf, pin, wang, syak
kata tunggal dua suku kata budi, cari, ulat, tua, makan, apa,pedang, doa, tunggu, hirup,
ufti, slogan
kata tunggal tiga suku kata perangkap, derhaka, cuaca, perangai,
manfaat, isteri, biasa, boria, strategi
kata tunggal lebih daripada
empat suku kata
maharajalela, cenderawasih, universiti, kosmopolitan
Perkataan yang manakah mengandungi kata tunggal?
(1)jejentik (4) duniawi(2) tani (5) ilmiah(3) jentolak (6) bilingual
KLIA UPSI DBP UPM Perhilitan Puspanita OKU
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
5/22
Pembentukan Kata| 16Bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada pelbagai golongan kata, sama ada kata nama, kata
kerja, kata adjektif, kata keterangan atau kata tugas. Contohnya:
Golongan Kata Contoh Kata Tunggal
Kata Nama jalan, komputer, pasar, sarjana, struktur, kompleks, tabika,
kugiran, radar, debunga, jentolak
Kata Kerja tidur, makan, lukis, main, ajar, alih, buat, hidup, mati,
berdikari, lahir, balik, mara
Kata Adjektif buruk, tua, panas, lemah, bengkok, leper, hitam, besar, jelas,
putih, renek, suntuk, awal
Kata Tugas akan, belum, dari, pada, maka, dengan, oleh, lebih, sungguh,
bagi, tidak, umpama
2.3 Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan. Kata terbitan terdiri daripada
kata dasar yang menerima imbuhan, sama ada awalan, akhiran, apitan, atau sisipan,.
Imbuhan ialah bentuk morfem terikat yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat. Imbuhan
dalam bahasa Melayu terdiri daripada awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Bentuk imbuhan dalam bahasa
Melayu terdiri daripada imbuhan asli bahasa Melayu atau imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing,seperti Sanskrit, Arab-Parsi dan Yunani-Latin-Inggeris. Antara contoh imbuhan asli bahasa Melayu ialah
an, -kan, -i, pe-, men-, se-, men--kan dan sebagainya. Imbuhan pinjaman pula adalah seperti maha-,
eka-, -wan, -man, bi-, -wi, -iah, pro-, anti-, -isme, -si dan sebagainya.
Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di hadapan kata dasar. Ada awalan apabila bercantum
dengan kata dasar tertentu mengakibatkan wujudnya pelbagai bentuk imbuhan awalan. Pelbagai bentuk
awalan ini disebut sebagai alomorf. Alomorf ialah kelainan atau anggota satu morfem. Misalnya, awalan
peN- mempunyai alomorfpe-, pem-, pen-, peng-, peny- dan penge-. Awalan meN- dapat dianggotai oleh
alomorf me-, mem-, men-, meng-, menye- dan menge- bergantung pada huruf pertama kata dasar.
Akhiran pula diletakkan di belakang kata dasar. Akhiran an, -kan dan -imerupakan akhiran asli
bahasa Melayu. Akhiran lain seperti -wati, -ah, -isme, -man, -atdan sebagainya adalah akhiran pinjaman.
Pengabungan kata dasar dan akhiran tidak mengubah bentuk kata.
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
6/22
Pembentukan Kata| 17Apitan dikenali sebagai imbuhan terbahagi. Apitan hadir secara serentak mengapit kata dasar,
yakni satu di depan dan satu di belakang kata dasar. Antara apitan dalam bahasa Melayu ialah me--kan,
ber--kan, pe--an, ber--an, ke--an, di--i, di--kan, memper--kan, memper--i, diper--kan,
diper--idan sebagainya.
Sisipan merupakan sejenis imbuhan kerana bentuk yang ditambahkan pada kata dasar. Sisipanhadir di celah kata dasar. Dalam bahasa Melayu ada empat bentuk sisipan, iaitu em-,-el -er-, dan in-.
Namun begitu, sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu, kecuali untuk tujuan pembentukan istilah.
Senaraikan awalan yang terlibat dalam mengubah bentuk imbuhan. Kemudian, berikan bentuk-
bentuk imbuhan tersebut.
2.3.1 Fungsi pengimbuhan
Proses pengimbuhan penting dalam bahasa Melayu. Melalui proses pengimbuhan, berlakulah perubahan
pada bentuk kata yang terlibat, iaitu daripada bentuk tunggal kepada bentuk terbitan atau bentuk
berimbuhan. Contohnya:
Kata Dasar + Imbuhan + Kata terbitan
besar ke-...-an kebesaran
layan pe- pelayan
baik -i baiki
oleh memper- memperoleh
Sisipan
-em-
gentar
gementar
-el-
tapak
telapak
-er-
sabut
serabut
-in-
sambung
sinambung
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
7/22
Pembentukan Kata| 18
Proses pengimbuhan yang berlaku pada kata dasar boleh mengekalkan golongan kata. Dalam hal
ini, istilah yang sering digunakan ialah imbuhan berfungsi sebagai penetap golongan kata. Contohnya:
Kata Dasar Imbuhan Golongan Katalibat (kata kerja) ter- terlibat (kata kerja)
sastera (kata nama) -wan sasterawan (kata nama)
canti (kata adjektif) se- secantik (kata adjektif)
air (kata nama) peng-...-an pengairan (kata nama)
Proses pengimbuhan juga mengubah golongan kata. Istilah yang digunakan ialah imbuhan
sebagai pengubah golongan. Contohnya:
Kata Dasar Imbuhan Golongan Kata
retak ke-...-an keretakan (kata nama)
(kata adjektif) per-...-an peretakan (kata nama)
oleh ber- beroleh (kata kerja)
(kata sendi nama) per...-an perolehan (kata nama)
me- mewangi (kata kerja tak transitif))
wangi
(kata adjektif)
me-...-kan mewangikan (kata kerja transitif)
di-...-kan diwangikan (kata kerja pasif)
-an wangi-wangian (kata nama)
Proses pengimbuhan juga boleh menghasilkan makna yang berlainan. Umpamanya, kata batu
apabila diberikan imbuhan akan membawa pelbagai makna. Contohnya:
batu galian bukan logamberbatu ada batumembatu diam sahajamembatui membubuh batumembatukan tidak mahu bercakap
7/27/2019 Modul Pjj Morfologi Unit 2 Pembentukan Kata
8/22
Pembentukan Kata| 19Selain dapat dilakukan pada kata akar, pengimbuhan juga boleh berlaku pada perkataan yang
telah pun mempunyai imbuhan. Dalam konteks ini, pengimbuhan berlaku sebanyak dua kali, yang pertama
dengan kata dasar tunggal, dan yang kedua dengan kata dasar berimbuhan. Contohnya:
Proses pengimbuhan boleh juga berlaku pada kata majmuk. Pengimbuhan kata majmuk terdapat
dalam dua bentuk, iaitu ejaannya ditulis terpisah, dan ejaannya menjadi bercantum. Contohnya:
(i) Ditulis terpisah apabila menerima awalan atau akhiran.
(ii) Ditulis bercan