proses pembentukan kata dan penggolongan kata dalam bahasa melayu
Post on 18-Jul-2015
2.476 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Proses Pembentukan Kata Dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.
Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan
Akronim
Pemajmukan
Penggandaan
Proses PengimbuhanProses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan berawalan pen- dengan lebih terperinci.
Bentuk awalan penKaedah pembentukan kata terbitan
Contoh
Kata dasar
Kata Terbitan
Pe-
Diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l,m,n, ny, ng, r dan w.
Ragut Warna Main
Peragut Pewarna Pemain
Imbuhan ini juga diletakkan didepan kata dasar yang bermula dengan huruf k, p, t, dan s. Tetapi huruf pertama kata dasar tersebut digugurkan dan digantikan dengan bentuk sengau yang sama daerah artkulasinya dengan huruf yang pertama. Iaitu ;
Kunci Pegang
Pengunci Pemegang
Tampar Soal
Penampar Penyoal
ng = k m=p n=t ny = s
Pem-
Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f dan v serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Beli Fitnah Varnis Proses
Pembeli Pemfitnah Pemvarnis Pemproses
Pen-
Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf c, d, j, sy dan z serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf t dan s.
Cedok Jemput Syarah Zina
Pencedok Penjemput Pensyarah Penzina
Peng-
Awalan ini diimbuhkan dihadapan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal, huruf h, g, kh dan kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
Gigit Hantar Khayal Olah Intip
Penggigit Penghantar Pengkhayal Pengolah Pengintip
Penge-
Awalan ini diimbuhkan pada kata dasar yang berekasuku kata.
Bom Cat
Pengebom Pengecat
Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu. Makna makna tersebut ialah ;
Makna yang didukung awalan penOrang yang melakukan sesuatu. Orang yang menjawat tugas. Orang yang suka akan sesuatu. Orang atau benda yang memiliki sifat kata dasar. Alat untuk melakukan sesuatu. Ukuran hasil daripada melakukan
Contoh Pembaca, Pemburu, Penyamun Pengawas, Pengarah, Pelakon Penzina, Penjudi, Pemikir Pemarah, pemabuk, penyabar
Penyapu, Pengelap, Pemadam Pelaung, Penanak, Pelontar
sesuatu. Makna abstrak Penunjuk, pendapat
Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-, per-, ke- dan juru- .
Akhiran Kata Nama Akhiran an adalah satu satunya akhiran asli yang menbentuk kata nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;
Maksud Hasil daripada melakukan maksud
Contoh Ejekan = hasil ejekan Ulasan = hasil ulasan Darat = daratan Hamparan = hamparan Longgok = longgokan Timbun = timbunan
yang terkandung dalam kata dasar. Menunjukkan maksud kawasan atau bidang yang luas. Sesuatu yang banyak
Membawa maksud alat
Acuan = alat untuk mengacu Usung = alat untuk mengusung
Membawa maksud orang atau haiwan atau benda yang menjadi penderita kerja. Membawa maksud sesuatu yang
Buru = buruan Tawan = tawanan Rampas = Rampasan Asinan = sesuatu yang masin Bulatan = sesuatu yang bulat Manisan = sesuatu yang manis Kurung = kurungan Mingguan = kiraan berdasarkan minggu
mempunyai sifat yang terkandung pada kata dasar. Tempat melakukan sesuatu Ukuran atau kiraan
Apitan Kata Nama Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... an, per-...an dan ke-...-an. Apitan Kata Nama pen- ... an. Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an. Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat dalam jadual dibawah. Me- (merundingkan) Mem- (membiayai) Men- (mendahulukan) Meng- (menguruskan) Menge- (mengesahkan) Pe- (perundingan) Pem- (pembiayaan) Pen- (pendahuluan) Peng- (pengurusan) Penge- (pengesahan)
Apitan pen- ... an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat didalam jadual berikut. Contoh Makna Kata dasar Dalam Proses atau perbuatan maksu yang Kilang Kata terbitan Pendalaman (proses mendalamkan) Pengilangan (perbuatan mengilang) Alam Hasil perbuatan Tahu Pengalaman (sesuatu dialami) Pengetahuan (hasil diketahui) yang yang
mengerjakan
terkandung dalam kata dasar.
Darat Tempat perbuatan Inap
Pendaratan (tempat mendarat) Penginapan (tempat menginap) untuk
Apitan Kata Nama pe- ... an Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Maksud Tempat sesuatu dikerjakan atau tempat yang khusus. Menunjukkan makna hal
Contoh Pedalaman (tempat yang kedudukannya jauh dari pantai.) yang Peperangan (hal berperang)
terkandung dalam kata dasar. Apitan Kat Nama per- ... an Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-. Contoh ; Beralih Bekerja Belajar Peralihan Pekerjaan Pelajaran
Apitan per-... an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasar.
Apitan Kata Nama ke-...-an. Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak. Apitan ini
mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu. Sisipan Kata Nama Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang membentuk kata nama ialah el-, -er- dan em-. Menurut beliau juga,kata terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya ; -elGembung Saput Gelembung Selaput
-emGuntur Kuncup Gemuntur Kemuncup
-erCucuk Gigi Cerucuk Gerigi
Proses PemajmukanMenurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai satu
perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ; endosentrik eksosentrik
Endosentrik Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini mengikut hukum DM. Hukum D M ini bermaksud yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil mengikut bentuk ini ialah ;
Anakanda Ketua menteri
Baja butir Padang ragut
Menteri besar Rumah rehat
Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu. Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum MD. Contoh kata tersebut ialah ;
Bumiputera
Perdana menteri
Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap. Contohnya ; Kajibumi Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)
Proses PenggandaanMenurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan
penggandaan berentak.
Penggandaan Kata Nama Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga tiga proses penggandaan. Sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan seretak.
Penggandaan penuh Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk. Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu; penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan. penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan an.
Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.
Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya. Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya. Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi jawatankuasa jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja. Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat alat tulis.
Penggandaan Separa Penggandaan separa terhadap kata nama muncul darip