pembentukan kata bahasa melayu yang standard dan yang kreatif - a 7.9.09

35
Siti Salmeah Binte Ameer (JEA 080717) Norisha Binte Ismail (JEA 080711) Nadiah Binte Abdul Karim (JEA 080709)

Upload: hafizoro

Post on 13-Jun-2015

2.221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Siti Salmeah Binte Ameer (JEA 080717)Norisha Binte Ismail (JEA 080711)

Nadiah Binte Abdul Karim (JEA 080709)

Page 2: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Bahasa Melayu berkembang sejajar dengan perananperanan dan keperluan penggunaankeperluan penggunaan bahasa.

Pengaruh perkembangan: Sifat manusia - 1) sentiasa kreatif

2) menutur dan membentuk perkataan baru (wahana komunikasi)

Proses perkembangan: Selari dengan fitrah manusia Berkebolehan menghasilkan ujaran yang tidak pernah

didengar Terkawal oleh rumus-rumus tertentu

Page 3: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Penggunaan perkataan baru: Tidak terhalang oleh situasi atau konteks Pembentukan perkataan baru dalam situasi formal

atau standard. Contoh: pemendekan kata (akronim, inisialisme, klip,

singkatan dan panduan) Proses pembentukan pemendekan kata:

Khususnya akronim - agak longgar, prinsip tidak jelas.

Ada pakar bahasa tidak menggalakkannya sebagai satu kaedah pembentukan kata. (Nik Safiah Karim, 1996)

Ada pakar bahasa pula yang menyokong pembentukan kata ini.

Sebabnya penggunaannya mantap dan semakin meluas diguna pakai. (faktor singkat dan mudah diingat) ( Karim Harun & Mashitah Taharin, 2000:14)

Page 4: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Pemendekan kata: Satu proses yang disukai pengguna bahasa. Kata kependekan sudah ada dalam leksikon

mental. Sebabnya menjimatkan ruang penyimpanan

dan kos proses di dalam leksikon mental. Peranan bahasa berfungsi kukuh dalam

situasi bukan rasmi: Bahasa slanga (bergantung kepada kelompok

sosial dan pengaruh sifat kekreatifan) Pembentukan perkataan juga berlaku dan

meluas

Page 5: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Membincangkan pembentukan kata bahasa Melayu (morfologi)

Bentuk penggunaan bahasa: yang memperluaskan pembentukan kata

sesuatu kata tunggal hasil daripada proses pemendekan kata

bahasa Melayu menjadi suatu frasa atau suatu rangkai kata yang khusus.

Page 6: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Rangkai kata (kata tunggal): dua bentuk bagi satu kata tunggal

digunakan dalam situasi yang berbeza.

1. Hasil pembentukan kata yang telah mantap dan standard.

2. - Hasil proses kekreatifan pengguna bahasa memperluaskan bentuk yang telah standard.

- Menjadi satu atau frasa sendiri.

Page 7: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Penelitian penggolongan kata yang terlibat.

Menghuraikan fungsi perluasan bahasa yang dihasilkan.

Page 8: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Data dikutip secara rambang Responden adalah pelajar pengkaji

(Univeristi Kebangsaan Malaysia, Bangi sese 2000/2001)

Membuat pemerhatian secara tidak langsung terhadap rakan sekerja dan masyarakat setempat untuk meneliti penggunaan unsur yang dikaji.

Page 9: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Proses pengutipan data:1. Secara langsung

• Bertanya kepada responden

• Minta dicatatkan bentuk-bentuk perluasan kata kependekan/kata tunggal yang terlibat.

2. Secara tidak langsung

• Data diperolehi setelah meneliti perbualan responden tanpa disedari responden

* pengkaji menganalisis jenis penggolongan kata yang terlibat dan mengklasifikasikan mengikut fungsi peluasan kata kependekan/kata tunggal

Page 10: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Pembentukan kata bererti satu proses tentang cara bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk, atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa (Amat Juhari Moin, 1985:18)

Pembentukan kata merupakan satu proses yang akan menerbitkan atau menghasilkan kata baru melalui proses penciptaan, peminjaman, pencantuman, pemendekan, pemaduan, dan perubahan (Algeo, 1991)

Page 11: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Satu bahasa di dunia yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif (Nik Safiah Karim et. Al, 1996:59)

• Bahasa Melayu juga bahasa yang mengalami pembentukan kata dan dapat menerbitkan sekian banyak perkataan melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan.

• Pembentukan kata boleh berlaku secara tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan.

Page 12: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Algeo (1991) Pemendekan kata ialah perkataan baru yang

telah mengalami proses pemendekan kata melalui penghilangan atau pelenyapan sebahagian daripada unsur dalam perkataannya.

Karim Harun dan Mashitah Taharin (2000:5) Perkataan baru yang terhasil: klip, akronim

inisialisme, pelenyapan dan kontraksi, paduan, dan singkatan.

Page 13: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

• Kata yang tidak menerima sebarang proses morfologi seperti pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.

• TTBD edisi baharu– Kata tunggal yang mengandungi hanya 2 jenis

kata tunggal– kata tunggal yang mengandungi hanya 1 suku kata– kata tunggal yang mengandungi 2 suku kata atau lebih.

– Dari segi penjenisannyakata tunggal am dan kata tunggal khas.

• Nik Safiah Karim et. al. (1996: 61)– Kebanyakan kata tunggal khususnya KN am

dalam BM berpotensi untuk diperluaskan dan menjadi bentuk terbitan.

Page 14: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

1 bentuk bahasa yang digunakan oleh sekelompok sosial tertentu.

Hartman dan Stork (1972: 218) Slanga sebagai 1 kelainan ujaran yang

bercirikan kosa kata baru yang dicipta dan dapat berubah serta digunakan di kalangan belia atau kelompok sosial dan iktisas untuk komunikasi dalam kumpulan sendiri

Dengan itu, tidak boleh difahami oleh kelompok sosial yang lain dalam masyarakat bahasa yang sama.

Page 15: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Nik Safiah Karim (1981: 12) Slanga dikategorikan sebagai bahasa terhad

kerana mempunyai ciri-ciri tertentu dan hanya difahami oleh golongan tertentu.

Mhd Amin Arshad (2000: 50) Slanga boleh diperjelaskan lagi sebagai satu

jenis gaya bahasa pertuturan yang biasa digunakan oleh golongan atau kelompok sosial tertentu melalui penyesuaian popular dan peluasan makna perkataan yang telah sedia atau diubah suai bagi memenuhi keperluan tertentu.

Page 16: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

• Pemendekan kata merupakan 1 proses pembentukan kata baru yang popular dalam BM.

• Proses pemendekan kata adalah suatu bentuk yang standard kerana digunakan secara meluas dan juga dalam situasi rasmi serta penulisan.

• Pemendekata kata yang dilakukan secara berhemat dan berasaskan rumus tertentu akan membantu perkembangan proses tersebut.

Page 17: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

• Rangkai kata baru yang dihasilkan memperlihatkan keunikan dan kekreatifan pengguna bahasa.

• Hal ini berlaku kerana seseorang pengguna bahasa seharusnya terlebih dahulu berkebolehan memahami sesuatu makna kata tunggal atau makna hasil daripada proses pemendekan kata.

• Kemudiannya, barulah memperluaskannya semula kepada 1 rangkai kata yang khusus.

• Proses seumpama ini melibatkan morfosemantik.

Page 18: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

• Proses perluasan kata ini berlaku secara bertahap.– (1) peringkat morfologi iaitu peringkat yang

membentuk kependekan kata. Cth: akronim atau inisialisme atau peringkat memahami wujudnya sesuatu kata tunggal.

- (2) tahap semantik iaitu penyesuaian setiap huruf kependekan itu dengan kata baru yang mempunyai makna yang bersesuaian (terdapat juga yang jauh menyimpang maknanya) dengan situasi yang dirujuk oleh kependekan kata pada tahap pertama.

- Akhirnya, terbentuklah rangkai kata baru yang khusus yang menggambarkan kekreatifan akal budi pengguna BM.

Page 19: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Proses Pembentukan Kata Akronim

PROJEK LEBUH RAYA UTARA SELATAN

PLUS

PANTANG LALU (H)ULURSELALU

Pemendekan Kata

~ Standard (tahap 1)

~ Kreatif (tahap 2)

Perluasan Kata / Makna

Page 20: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Proses Pembentukan Kata Inisialisme

JABATAN KERJA RAYA

JKR

JALANKURANGRATA

Pemendekan Kata

Perluasan Kata / Makna

~ Standard (tahap 1)

~ Kreatif (tahap 2)

Page 21: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Proses perluasan kata daripada kata kependekan berlaku secara teratur:

1. Hanya huruf awal sahaja rangkai kata asal yang disingkatkan khususnya bagi kata kependekan akronim dan inisialisme.

2. Setiap huruf dalam kata tunggal kata nama am dan khas akan diperluaskan menjadi rangkai kata khusus. (Lihat contoh di bawah ini)

Page 22: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Perluasan Kata daripada Kata TunggalKata Nama Khas

HACKS

HANYA AKUCINTA KAUSEORANG

~ Standard

~ Kreatif

Page 23: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

• Hanya golongan KN sahaja yang terlibat dalam proses peluasan ini.

• Kata tunggal boleh diklasifikasikan kepada 2 bentuk:– KN am– KN khas

• Wujud juga proses pelusan kata daripada kependekan inisialisme dan akronim.

• Kata tunggal dan kata kependekan yang diperluaskan itu adalah daripada pelbagai makna iaitu:– nama orang, sukan, pekerjaan, jenama rokok,

institusi, gula-gula, nama parti dan penyakit.

Page 24: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

a. Perluasan Kata daripada Kata Tunggali. Kata Nama Am

Kata Nama Am Perluasan Kata

POLIS PUKUL ORANG LEMAH IKUT SUKA

GOLF GOLONGAN ORANG LEMAH FIKIRAN

CINTA CINTA IKUTKAN NAFSU TANPA ANALISA

BAKU BAHASA ANAK KEDAH UTARA

ASKAR AKU SENGSARA KERANA ANGKARA RINGGIT

Page 25: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

ii. Kata Nama Khas

Kata Nama Khas Perluasan Kata

ABDUL ANGKATAN BUAYA DARAT, UDARA, LAUT

HACKS HANYA AKU CINTA KAU SEORANG

PALL MALL PELUK ADIK LAMA-LAMA MEMBUAT ADIK LEMAH LONGLAI

PELUKAN ADIK LAMA-LAMA MEMBUAT ABANG LETIH LESU

TOTO TOLONG ORANG TIPU ORANG

ROTHMANS RAMAI ORANG TELAH HANCUR MUSNAH AKIBAT NAFSU SYAITAN

Page 26: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

b. Perluasan Kata daripada Inisialisme

Sistem Saraan Baru

SSB SAYA SAYANG BOSS

SAYA SUKA BODEK

Sijil Tinggi Persekolahan

STP SIJIL TUNGGU PINANGAN

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

KBSR KERJA BERAT SAMPAI REBAH

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KBSM KERJA BERAT SAMPAI MATI

Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan

SKMK SAMPAI KELANTAN MESTI KAHWIN

Page 27: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

c. Perluasan Kata daripada Akronim

United Malay National Organisation

UMNO UNDUR MAHATHIR NEGARA O.K

Projek Lebuhraya Utara Selatan

PLUS PANTANG LALU ULUR SELALU

Universiti Pendidikan Idris

UPSI UNIT PERTEMUAN SUAMI ISTERI

Acquired Immune Deficient Syndrome

AIDS AMALAN IBLIS DAN SYAITAN

Page 28: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09
Page 29: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Perluasan kata hanya dilakukan oleh sekolompok kecil pengguna bahasa.

Meluas, dipakai bila dirasakan bersesuaian dengan kelompok lain dalam bahasa yang sama.

Contoh: golongan remaja dan kakitangan kerajaan.

Page 30: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Memperlihatkan satu budaya berbahasa untuk penggunaan situasi tidak formal yang dipanggil slanga.

Dari segi penciptaan pembentukan kata slanga, prosesnya berlaku tidak mengikut peraturan tertentu atau typical unstable (Fernando Penalosa,1981)

Perbentukan slanga lebih dipengaruhi oleh kehendak bersama sesuatu kumpulan dari segi masa, cita rasa, nilai, dan pendapat. (Mhd Amin Arshad,2000:53)

Page 31: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Fungsi perluasan kata majmuk merujuk kepada tujuan penciptaan perluasan kata tersebut.

Faktor penciptaan peluasan kata ini wujud disebabkan keinginan untuk berseronok dan meredakan ketegangan emosi

Contoh: Jalan kurang rata, kerja berat sampai mati,diperluaskan dari Inisialisme JKR dan KBSM

Page 32: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Jenama rokok juga dijadikan sumber inspirasi kepada pengguna bahasa untuk mencipta perluasan kata.

Jenama Rokok Perluasan Kata

MARLBORO Manusia Akan Lebih Ramai Lagi Bila Orang Rogol Orang

DUNHILL Dunia Umpana Neraka Hidup Ibarat Layang-Layang

Page 33: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Perluasan kata wujud sejajar atau berikutan dari sesuatu peristiwa dalam politik negara.

Perluasan kata dikatakan dianggap sebagai lambang sikap kepekaan masyarakat tempatan terhadap senario semasa yang dilahirkan melalui bahasa.

Page 34: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09

Perluasan kata daripada kata kependekan merupakan satu cara pembentukan kata yang dilakukan secara kreatif oleh pengguna bahasa Melayu.

Mencerminkan budaya masyarakat pengguna bahasa yang mempunyai kreativiti dalam memperbagaikan perluasan kata.

Page 35: Pembentukan Kata Bahasa Melayu Yang Standard Dan Yang Kreatif - a 7.9.09