analisis pembentukan kata yang terdapat dalam rencana ilmiah

30
ANALISIS PEMBENTUKAN KATA YANG TERDAPAT DALAM RENCANA ILMIAH Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim. Rajah 1: Proses pembentukan kata. Proses Pembentukan Kata Akronim Penggandaan Pemajmukan Pengimbuhan BENTUK KATA TUNGGAL BENTUK KATA TERBITAN BENTUK KATA M AJM UK BENTUK KATA GANDA

Upload: sabreeni

Post on 05-Dec-2014

147 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

ANALISIS PEMBENTUKAN KATA YANG TERDAPAT DALAM RENCANA ILMIAH

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan,

kata majmuk, dan kata ganda.

Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata

lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan.

pemajmukan, penggandaan dan akronim.

Rajah 1: Proses pembentukan kata.

1. BENTUK KATA TUNGGAL

Proses Pembentukan Kata

AkronimPenggandaanPemajmukanPengimbuhan

BENTUK KATA TUNGGAL

BENTUK KATA TERBITAN

BENTUK KATA MAJMUK

BENTUK KATA GANDA

Page 2: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Kata tunggal merupakan kata akar atau kata dasar yang mendirikan perkataan itu

sendiri. Bentuk kata tunggal merujuk kepada perkataan-perkataan yang tidak

mengalami sebarang proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

Bentuk kata tunggal terbahagi kepada :

Kata tunggal satu suku kata

KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA

KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA

KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA

KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA

DAN LEBIH

Page 3: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. yang Pola KVKK

2. dan Pola KVK

3. hal Pola KVK

4. ke Pola KV

5. pun Pola KVK

6. cik Pola KVK

7. wan Pola KVK

Mengikut artiket yang dianalisis, hanya tujuh kata tunggal satu sukukata yang

dijumpai iaitu berpola KVKK, KV dan KVK.

Kata tunggal dua suku kata

Page 4: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua

suku kata.

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. seni Pola KV + KV

2. bagi Pola KV + KV

3. amat Pola V + KVK

4. dalam Pola KV + KVK

5. Islam Pola VK + KVK

6. riak Pola KV + VK

7. diri Pola KV + KV

8. lebih Pola KV + KVK

9. bagus Pola KV + KVK

10. serta Pola KVK + KV

11. serba Pola KVK + KV

12. kena Pola KV + KV

13. pula Pola KV + KV

14. insaf Pola VK + KVK

15. dengan Pola KVK + KVK

Page 5: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

16. lapang Pola KV + KVKK

17. dada Pola KV + KV

18. tanpa Pola KVK + KV

19. luka Pola KV + KV

20. jiwa Pola KV + KV

21. Allah Pola VK + KVK

22. surah Pola KV + KVK

23. ayat Pola V + KVK

24. nabi Pola KV + KV

25. tanpa Pola KVK + KV

26. telah Pola KV + KVK

27. tidak Pola KV + KVK

28. orang Pola V + KVKK

29. buta Pola KV + KV

30. datang Pola KV + KVKK

31. untuk Pola VK + KVK

32. pada Pola KV + KV

33. saat Pola KV + VK

Page 6: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

34. sedang Pola KV + KVKK

35. musyrik Pola KVK + KKVK

36. Mekah Pola KV + KVK

37. dia Pola KV + V

38. ini Pola V + KV

39. jangan Pola KV + KKVK

40. lagi Pola KV + KV

41. itu Pola V + KV

42. Al Quran Pola VK + KV + KVK

43. resam Pola KV + KVK

44. Melayu Pola KV + KV + KV

45. sopan Pola KV + KVK

46. segan Pola KV + KVK

47. serta Pola KVK + KV

48. silu Pola KV + KV

49. mahu Pola KV + KV

50. kurang Pola KV + KVKK

Page 7: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

51. mesti Pola KVK + KV

52. cara Pola KV + KV

53. atur Pola V + KVK

54. tutur Pola KV + KVK

55. jarum Pola KV + KVK

56. benang Pola KV + KVKK

57. biar Pola KV + VK

58. molek Pola KV + KVK

59. anak Pola V + KVK

60. bangsa Pola KVKK + KV

61. agar Pola K + KVK

62. pandai Pola KVK + KVK

63. diri Pola KV + KV

64. mana Pola KV + KV

65. pergi Pola KVK + KV

66. peri Pola KV + KV

67. seri Pola KV + KV

Page 8: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

68. hemah Pola KV + KVK

69. hikmah Pola KVK + KVK

70. nenek Pola KV + KVK

71. moyang Pola KV + KVKK

72. kita Pola KV + KV

73. solok Pola KV + KVK

74. lada Pola KV + KV

75. pedas Pola KV + KVK

76. panas Pola KV + KVK

77. telah Pola KV + KVK

78. satu Pola KV + KV

79. namun Pola KV + KVK

80. lunak Pola KV + KVK

81. citra Pola KVK + KV

82. isi Pola V + KV

83. ikan Pola V + KVK

84. garam Pola KV + KVK

Page 9: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

85. gula Pola KV + KV

86. rasa Pola KV + KV

87. bersih Pola KVK + KVK

88. biji Pola KV + KV

89. hijau Pola KV + KVV

90. tengah Pola KV + KKVK

91. awas Pola V + KVK

92. putus Pola KV + KVK

93. dua Pola KV + V

94. suhu Pola KV + KV

95. waktu Pola KVK + KV

96. molek Pola KV + KVK

97. bonda Pola KVK + KV

98. nenda Pola KVK + KV

99. menu Pola KV + KV

100

.

rapi Pola KV + KV

Page 10: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

101

.

siti Pola KV + KV

Kata tunggal tiga suku kata

Page 11: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga

suku kata agak kecil. Namun, demikian pola-pola susunan konsonan- vokalnya agak

banyak. Kebanyakkan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata-kata

pinjaman.

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. kepada Pola KV + KV + KV

2. supaya Pola KV + KV + KV

3. takabur Pola KV + KV + KVK

4. lantaran Pola KVK + KV + KVK

5. Abasa Pola V + KV + KV

6. Muhammad Pola KV + KVK + KVK

7. sengaja Pola KV + KKV + KV

8. belajar Pola KV + KV + KVK

9. kerana Pola KV + KV + KV

10. adalah Pola V + KV + KVK

11. bicara Pola KV + KV + KV

12. bahasa Pola KV + KV + KV

13. begitu Pola KV + KV + KV

14. mulia Pola KV + KV + V

15. resepi Pola KV + KV + KV

16. amaran Pola V + KV + KVK

Page 12: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

17. teguran Pola KV + KV + KVK

18. sempurna Pola KVK + KVK + KV

19. resepi Pola KV + KV + KV

20. simbolik Pola KVK + KV + KVK

21. tradisi Pola KKV + KV + KV

Kata tunggal empat suku kata dan lebih

Page 13: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan

lebih. Kebanyakkan perkataan ini ialah kata pinjaman.

BIL

PERKATAAN PENERANGAN

1. rasulullah Pola KV + KV + KVK +

KVK

2. sesuatu Pola KV + KV + V + KV

3. intonasi Pola VK + KV + KV + KV

4. sentiasa Pola KVK + KV + V + KV

5. apabila Pola V + KV + KV + KV

6. dominasi Pola KV + KV + KV + KV

7. kemudian Pola KV + KV + KV + VK

8. seketika Pola KV + KV + KV + KV

9. tradisional Pola KKV + KV + KV + V +

VK

10. generasi Pola KV + KV + KV + KV

2. BENTUK KATA TERBITAN

Page 14: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata

dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,

akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan

kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja,

dan kata adjektif.

Bentuk kata terbitan terbahagi kepada :

Kata terbitan berawalan

KATA TERBITAN BERAWALAN

KATA TERBITAN BERAKHIRAN

KATA TERBITAN BERAPITAN

KATA TERBITAN BERSISIPAN

Page 15: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif

terbitan seperti yang dibawah.

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. menegur Awalan kata kerja

2. berasa Awalan kata kerja

3. ditegur Awalan kata kerja

4. bermuhasabah Awalan kata kerja

5. meminta Awalan kata kerja

6. berpaling Awalan kata kerja

7. sepuluh Awalan kata adjektif

8. berbumbu Awalam kata kerja

9. berhemah Awalan kata kerja

10. berhikmah Awalan kata kerja

11. beralas Awalan kata kerja

12. berjelujur Awalan kata kerja

13. mendidik Awalan kata kerja

14. bersahsiah Awalan kata kerja

15. membawa Awalan kata kerja

16. menegur Awalan kata kerja

17. mencipta Awalan kata kerja

Page 16: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

18. dialas Awalan kata kerja

19. secukup Awalan kata adjektif

20. bermula Awalan kata kerja

21. membasuh Awalan kata kerja

22. dibelah Awalan kata kerja

23. secara Awalan kata adjektif

24. memanjang Awalan kata kerja

25. direndam Awalan kata kerja

26. bercerita Awalan kata kerja

27. diadun Awalan kata kerja

28. mendidik Awalan kata kerja

29. berhemah Awalan kata kerja

30. berhikmak Awalan kata kerja

Kata terbitan berakhiran

Page 17: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Akhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja, seperti

yang berikut.

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. tujuan Akhiran kata nama

2. perhatikan Akhiran kata kerja

3. teguran Akhiran kata nama

4. rangkaian Akhiran kata nama

5. tusukan Akhiran kata kerja

6. torehan Akhiran kata nama

7. masakan Akhiran kata kerja

8. bumbuan Akhiran kata nama

Kata terbitan berapitan

Page 18: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Apitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif

terbitan seperti yang dibawah.

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. memperbaiki Apitan kata kerja

2. kesilapan Apitan kata kerja

3. dijauhi Apitan kata kerja

4. melayani Apitan kata kerja

5. melakukan Apitan kata kerja

6. perbicaraan Apitan kata nama

7. dikemukakan Apitan kata kerja

8. peringatan Apitan kata nama

9. mencukupi Apitan kata kerja

10. perbuatan Apitan kata nama

11. menyedari Apitan kata kerja

12. diasosiasikan Apitan kata kerja

13. berlakunya Apitan kata kerja

14. kesilapan Apitan kata nama

15. dibauri Apitan kata kerja

16. menyediakan Apitan kata kerja

17. mengetahui Apitan kata kerja

18. melalui Apitan kata kerja

3. BENTUK KATA MAJMUK

Page 19: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Bentuk kata yang dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau

lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan

dieja terpisah.

Terdapat empat jenis kata majmuk iaitu:

ANALISIS KATA MAJMUK DALAM PETIKAN

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. Sopan santun Kata majmuk rangaki kata bebas

2. dititikberatkan Kata majmuk berimbuhan

3. bermasanmuka Kata majmuk berimbuhan

4. Anak cucu Kata majmuk rangaki kata bebas

5. Pantai timur Kata majmuk rangaki kata bebas

4. BENTUK KATA GANDA

RANGKAI KATA BEBAS ISTILAH KHUSUS

MAKSUD KIASAN BENTUK YANG MANTAP

Page 20: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Semua bentuk kata nama, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan dan kata

nama majmuk boleh digandakan. Penggandaan ialah proses pengulangan kata

dasar sepenuhnya, atau sebahagian sahaja

Terdapat empat jenis kata ganda iaitu:

ANALISIS KATA GANDA DALAM PETIKAN

BIL PERKATAAN PENERANGAN

1. Melayu- Islam Kata ganda berentak bebas

2. Tokoh-tokoh Kata ganda penuh

3. Ayat-ayat Kata ganda penuh

4. Tua-tua Kata ganda penuh

5. Selok - belok Kata ganda berentak

KESIMPULAN

PENGGANDAAN PENUH

PENGGANDAAN BERENTAK

PENGGANDAAN BEBAS

PENGGANDAAN SEPARA

Page 21: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Bidang pembentukan kata (morfologi) merupakan subsistem dalam sistem bahasa.

Dalamkonteks Bahasa Melayu, pembentukan kata dipandang sebagai proses

mengolah unsur-unsur bahasa tersebut sehingga menjadi pekataan yang boleh

diujarkan dan difahami oleh penuturnya.

Menurut Tatabahasa Dewan (1995), terdapat empat bentuk kata asas dalam

bahasa Melayu iaitu: (i) bentuk kata tunggal, (ii) bentuk kata terbitan, (iii) bentuk

katamajmuk, dan (iv) bentuk kata ganda. Pembentukan kata lazimnya dihuraikan

daripadasudut prosesnya. Selalunya kita membicarakan pembentukan satu-satu

perkataan itumelalui proses-proses pengimbuhan, penggandaan, atau pemajmukan.

Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami

sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks,

masyarakat dan yu.Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada

pelbagai bentuk.Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu boleh mengandungi

satu suku kata atau beberapa suku kata.Kata akronim juga tergolong ke dalam jenis

kata tunggal.

Akronim ialah katasingkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf

awal, suku kata, dan gabunganawal huruf dan suku kata perkataan atau rangkai kata

yang ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan tersendiri. Contohnya: cerpen

(daripada cerita pendek), Gapena (daripadaGabungan Penulis Nasional), dan

kugiran (kumpulan gitar rancak).

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan,

iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada

kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i)

awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar,

(iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar,

dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.Imbuhan-imbuhan tersebut

membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu kata nama terbitan dan kata adjektif

terbitan.

Page 22: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Setiap jenis kata terbitan ini dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-

awalan peN-, peR-, pe-, ke-, juru-, maha-, dan tata-contohnya, membentuk kata

nama terbitan. Akhiran imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati,

dan sebagainya. Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-

awalan meN-, beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga

banyak dalam bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-

an yang membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan,meN-…-i,

dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.

Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa

katadasar, dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan

bertindak sebagai satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.

Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang

mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa

atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu kata

dasar,contohnya cantik-cantik dan mata-mata. Penggandaan separa bermakna

pengulangansebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh terdiri daripada

kata tunggal atau kataterbitan.

Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal biasanya

melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian

hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan,

menjadikannya vocal e pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.Penggandaan separa

yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanyamenggandakan kata dasar

dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku hanya pada katakerja dan kata adjektif

tertentu.

Bentuk gandaan separa boleh terletak di bahagian belakang kata dasar,

misalnya berturut-turut dan mencari-cari atau bahagian kata dasar,contohnya bantu-

membantu dan cinta-mencintai.Penggadaan berentak pula ialah proses yang

menggandakan kata dasar mengikutrentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar.

Dalam penggandaan berentak, seluruh katadasar digandakan dan bunyi-bunyi

tertentu diulang atau diubah. Penggandaan ini berlakusama ada melalui

pengulangan vokal, contohnya kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan

konsonan misalnya simpang-siur dan mandi-manda.

Page 23: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

DISEDIAKAN OLEH : SABRINI BINTI ABDUL NASIR

Assalamualaikum w.b.t.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya

menyiapkan kerja kursus Morfologi Bahasa Melayu ( BMM 3109 ) ini. Pertama sekali

saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru

Malaysia Kampus Kota Bharu kerana telah memilih saya dan memberikan peluang

kepada saya untuk melanjutkan pengajian di institut ini. Seterusnya saya ingin

mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohammad

Shamsudin bin Jamiran selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ini kerana telah

banyak memberikan panduan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus pada

masa yang telah ditetapkan.

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demikian jugalah

halnya dengan kerja kursus berasaskan ilmu (KKBI) untuk mata pelajaran Morfologi

Bahasa Melayu yang diberikan kepada kami sebagai pelajar kursus persediaan

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP). Saya menanganinya dengan

sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.

Natijahnya, banyak manfaat yang saya peroleh sepanjang menyelesaikan

KKBI itu. Salah satunya ialah saya kini lebih mengerti bahawa Morfologi ialah bidang

ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata

bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang

bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal

atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan

keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang

sama.

Melalui tugasan ini kini saya mengerti bahawa proses pembentukan kata

menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat

menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.  Ada perkataan yang

berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah dan panjat.  Terdapat

perkataan yang terbentuk hasil daripada proses pengimbuhan, misalnya perkataan

berkawan, terjunam dan disarankan. Ada juga perkataan yang terbentuk hasil

daripada pemajmukan dan penggandaan, misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas

kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan bantu membantu.

Page 24: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat

aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui proses

pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan.  

Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan banyak perkataan,

iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai imbuhan yang terdapat dalam

bahasa Melayu. 

Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini

tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi

seperti bahasa Arab.  Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam bahasa

tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu

sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.

Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud

melalui dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri.  Bahasa

Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang

diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah

diwujudkan sehingga hari ini. 

Manfaat yang sangat jelas ialah, saya dapat mengukuhkan ilmu pengetahuan

saya, khususnya dari ilmu morfologi. Saya memperoleh banyak perkataan baharu

daripada rencana yang telah dipilih. Seterusnya, saya memperoleh pengalaman

baharu semasa menganalisis perkataan-perkataan itu dari segi semantik dan

morfologi. Sesungguhnya, melalui tugasan ini telah berjaya meluaskan pandangan

saya terhadap cara untuk menganalis pembetukan kata.

Selain itu, saya dapat mengaplikasikan ilmu-ilmu yang saya pelajari dalam

kuliah morfologi. Selama pembelajaran di dalam kuliah, saya hanya mengetahui

teorinya sahaja tetapi dengan adanya kerja kursus ini saya dapat mempraktikkan

apa-apa yang telah dipelajari selama ini. Mempraktikkan teori, walaupun sukar,

merupakan satu cara mengukuhkan ilmu dan saya berasa seronok

melaksanakannya.

Seterusnya, semasa melaksanakan kerja kursus ini saya juga dapat

meningkatkan kemahiran sosial sesama kami. Oleh sebab kerja kursus ini dilakukan

secara berkumpulan, kerjasama antara ahli kumpulan adalah sangat penting. Saya

sangat bersyukur kerana kerjasama itu dapat dilihat dalam setiap ahli kumpulan

kami. Kami sama-sama bekerja, memerah otak dan  menyumbangkan idea demi

menyempurnakan tugasan yang diamanahkan.

Page 25: Analisis Pembentukan Kata Yang Terdapat Dalam Rencana Ilmiah

Setakat ini, alhamdulillah, saya berpuas hati dengan kerja kursus yang telah

saya siapkan ini walaupun kemungkinan terdapat kekurangan dari mana-mana sudut

yang tidak saya sedari. Saya amat mengharapkan teguran dan maklum balas dari

mana-mana pihak agar dapat saya menghasilkan kerja kursus yang lebih baik pada

masa akan datang. Sesungguhnya hidup atau matinya suatu ilmu itu bergantung

generasi yang memilikinya.

Akhir kata dari saya, guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim,

muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator,

pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu

menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda

Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu

melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).

Sekian Terima Kasih