pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda · pdf filepembinaan kata dasar melalui proses...
Post on 22-Mar-2019
238 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
EZZAH AFIFAH BINTI NASRUDIN
FBMK 2015 9
PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU
CO
PYRI
GHT U
PM
1
PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI
SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU
Oleh
EZZAH AFIFAH BINTI NASRUDIN
Tesis ini Dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia sebagai
Memenuhi Keperluan untuk Ijazah Master Sastera.
Januari 2015
CO
PYRI
GHT U
PM
2
HAK CIPTA
Semua bahan yang terkandung dalam tesis ini, termasuk teks tanpa
had, logo, ikon, gambar, dan semua karya seni lain, adalah bahan hak
cipta Universiti Putra Malaysia kecuali dinyatakan sebaliknya.
Penggunaan mana-mana bahan yang terkandung dalam tesis ini
dibenarkan untuk tujuan bukan komersil daripada pemegang hak
cipta. Penggunaan komersil bahan hanya boleh dibuat dengan
kebenaran bertulis terdahulu yang nyata daripada Universiti Putra
Malaysia.
Hak cipta Universiti Putra Malaysia
CO
PYRI
GHT U
PM
3
Abstract thesis submitted to Senates of Universiti Putra Malaysia in
Fulfillment of the requirements for the degree of Master of Arts
FORMATION OF WORDS DERIVED, COMPOUND, AND
DOUBLE IN TERMS OF MORPHOLOGY IN MALAY
LANGUAGE
By
EZZAHAFIFAH BINTI NASRUDIN
January 2015
Chairman : Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh, PhD
Faculty : Modern Language and Communication.
Formation of the Malay Language structure refers to the construction of root words
through a specific process which is augmentation, compounding, and doubling up till
the transformation from the point of spelling, meaning, and function reference. This
transformation gives an impact to the whole Malay language users, including
students.Among the impacts are confusion in the change of the spelling, meaning, and
function. This phenomenon often occurs in teaching and learning situations, when
communicating, and writing activities are at work. Thus, the objective of this study is
to examine the form of derivative, compound, and double words in the Malay
language, analyze the meaning of the Malay word descent, and describes the functions
of the derivative words in the Malay language.
This study uses a functional approach (Halliday theory) in expressing the form,
meaning and function of language used when writing. Function of language structure
found in the poetry anthology "Menyirat Cinta Haqiqi" work of Kemala was interpreted
based on semantic aspects by means of content analysis, descriptive nature of
qualitative and quantitative research. Data analysis techniques using punctuation
marks.
Results from the analysis of the formation of derivative, compound, and double words
in terms of morphology in Malay language in poetry anthology is through the
identifiable form, meaning, and function of the derivative words. Formation of
derivative words is more demonstrated the augmentation process, in addition to
compounding and multiplication to form many of the verb than the noun and adjective.
CO
PYRI
GHT U
PM
4
Structure and meaning in language also discussed clearly and eclectic fact and know
the language of the two main dimensions, namely the form and meaning. The
formation of derivative, compound, and double not only concentrate on the double
meaning, but also applied to functions by every word that changed it. Among the main
functions augmentation, compounding, and doubling to forming new words, changing
the lexicon, change the meaning of words without changing the basic classess of basic
words.
CO
PYRI
GHT U
PM
5
Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra
Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Sarjana Sastera
PEMBENTUKAN KATA TURUNAN, MAJMUK, DAN GANDA DARI
SUDUT MORFOLOGI DALAM BAHASA MELAYU
Oleh:
EZZAHAFIFAH BINTI NASRUDIN
Januari 2015
Pengerusi : Prof. Madya Dr. Che Ibrahim bin Salleh, PhD
Fakulti : Bahasa Moden dan Komunikasi
Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bahasa Melayu merujuk kepada
pembinaan kata dasar melalui proses tertentu, iaitu pengimbuhan, pemajmukan, dan
penggandaan sehingga berlaku transformasi dari sudut ejaan, makna, fungsi dan
sebutan. Transformasi ini memberikan satu impak kepada seluruh pengguna bahasa
Melayu, termasuk golongan pelajar. Antara impaknya termasuklah kekeliruan
perubahan ejaan dan makna, serta fungsinya. Fenomena ini kerap berlaku dalam situasi
pengajaran dan pembelajaran, ketika berkomunikasi, dan aktiviti penghasilan karya.
Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kata turunan, majmuk, dan ganda
dalam bahasa Melayu, iaitu dari sudut bentuk, makna dan fungsinya.
Kajian ini menggunakan pendekatan fungsian (teori Halliday) dalam mengungkapkan
bentuk, makna serta fungsi bahasa yang digunakan ketika menulis. Fungsi struktur
bahasa yang terdapat dalam antologi puisi Menyirat Cinta Haqiqi karya Kemala
diinterpretasikan berdasarkan aspek semantik menerusi kaedah analisis kandungan,
jenis penelitian deskriptif kualitatif dan kuantitatif. Data dikumpulkan dengan kaedah
catat dan dokumentasi. Kesemua puisi karya Kemala yang terkandung dalam antologi
puisi Menyirat Cinta Haqiqi dianalisis supaya dapat diperoleh penggunaan kata
turunan, majmuk, dan ganda yang meluas. Teknik analisis data yang digunakan ialah
kaedah baca markah.
Hasil daripada analisis pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda dari sudut
morfologi dalam bahasa Melayu dalam antologi puisi tersebut, dapat dikenal pasti
bentuk, makna, dan fungsi kata turunan, majmuk, dan ganda itu.
Pembentukan kata turunan lebih memperlihatkan penggunaan proses pengimbuhan, di
samping pemajmukan dan penggandaan sehingga membentuk banyak golongan kata
kerja berbanding dengan golongan kata nama dan kata adjektif.
CO
PYRI
GHT U
PM
6
Struktur dan makna dalam bahasa juga membicarakan secara jelas serta eklektik akan
hakikat dan selok bahasa daripada dua dimensi utama, iaitu bentuk dan maknanya.
Pembentukan kata turunan, majmuk, dan ganda bukan sahaja tertumpu pada
pembentukan makna kepelbagaian, tetapi turut diterapkan fungsi yang didukung oleh
setiap perkataan yang berubah itu. Antara fungsi utama dalam pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan, iaitu membentuk perkataan baharu, mengubah
golongan kata, mengubah makna kata dasar tanpa mengubah golongan kata dasar.
CO
PYRI
GHT U
PM
7
PENGHARGAAN
Dengan nama AllahS.W.T Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Alhamdulilah, pada kesempatan ini, saya ingin merafakkan kesyukuran kepada Ilahi
kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya, akhirnya dapatlah saya
menyempurnakan penyelidikan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Seterusnya, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Prof.
Madya Dr. Che Ibrahim bin Hj. Salleh selaku Pengerusi Penyelia atas segala dorongan,
kesabaran dalam memberi tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan sepanjang proses
penyediaan projek penyelidikan ini dijalankan.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat ahli keluarga dan
teman-teman seperjuangan yang telah banyak membantu serta menyumbang masa dan
tenaga serta memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyempurnakan
penyelidikan ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
EZZAH AFIFAH BINTI NASRUDIN
GS30160
Master Sastera Bahasa Melayu
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor Darul Ehsan.
Januari 2015.
CO
PYRI
GHT U
PM
8
Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima
sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Sarjana Sastera. Ahli Jawatankuasa
Penyeliaan adalah seperti yang berikut:
Che Ibrahim Salleh, PhD Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)
Abdul Rashid Daing Melebek, PhD
Profesor Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)
_______________________________
BUJANG BIN KIM HUAT, PhD
Profesor dan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Tarikh:
CO
PYRI
GHT U
PM
9
Perakuan pelajar Siswazah
Saya memperakui bahawa:
Tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli ; Setiap petikan, kutipan dan ilustrasi telah dinyatakan sumbernya dengan jelas ; Tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak
dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi
lain ;
Hak milik