pembentukan kata

12
1.0 PENGENALAN 1.1 Maksud Pembentukan Kata Pembentukan kata atau lebih dikenali sebagai morfologi berasal daripada bahasa Greek iaitu morphemics yang kemudiannya dipinjam oleh bahasa Inggeris menjadi morphology. Morph bermaksud bentuk. Sementara itu, logy berasal daripada kata Yunani “logos”yang bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi bahan kajian. Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah KarimDaripada definisi di atas, morfologi menganalisis kata dengan mengenal pasti bahagian-bahagian kata yang lebih kecil, dan menggolongkan bahagian-bahagian kata dalam kelas-kelasnya. Bentuk yang terkecil yang dikaji ialah morfem, manakala yang terbesar ialah kata. 1.2 Konsep Pembentukan Kata Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif

Upload: tracy-vianney

Post on 10-Sep-2015

237 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

test 1

TRANSCRIPT

KPM/JPNS/XBA2155/H/15/1

1.0PENGENALAN

1.1Maksud Pembentukan Kata

Pembentukan kata atau lebih dikenali sebagai morfologi berasal daripada bahasa Greek iaitu morphemics yang kemudiannya dipinjam oleh bahasa Inggeris menjadi morphology. Morph bermaksud bentuk. Sementara itu, logy berasal daripada kata Yunani logosyang bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi bahan kajian.

Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.

Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah KarimDaripada definisi di atas, morfologi menganalisis kata dengan mengenal pasti bahagian-bahagian kata yang lebih kecil, dan menggolongkan bahagian-bahagian kata dalam kelas-kelasnya. Bentuk yang terkecil yang dikaji ialah morfem, manakala yang terbesar ialah kata.

1.2Konsep Pembentukan Kata

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif kerana bahasa ini boleh membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mendahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.

Secara ringkasnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.

Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.

1.3Proses pembentukan kata

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai pembentukan kata manakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007) pula menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Istilahnya berbeza namun tetap membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:

1.3.1Bentuk kata tunggal.

Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:

-Kata tunggal satu suku kata.

-Kata tunggal dua suku kata

-Kata tunggal tiga suku kata.

-Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).

1.3.1.1Kata tunggal satu suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata.

1.3.1.1Kata tunggal dua suku kata.

Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

1.3.1.2 Kata tunggal tiga suku kata

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, tuala, ziarah, idea, deria, azali, istana, sutera, jendela, akaun dan gelombang.

1.3.1.3 Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela.

Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:

i)Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata ABIM

ii)Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata Mara

iii)Gabungan suku kata dengan suku kata tabika

Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, pembentukkannya tidak berdasarkan prinsip yang jelas.

Oleh yang demikian, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

1.3.2Bentuk Kata Terbitan / Pengimbuhan

Di dalam buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.

Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar.

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.

Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

1.3.2.1Kata terbitan awalan (hadir sebelum kata dasar).

- Awalan kata nama.

- Awalan kata kerja

- Awalan kata adjektif

1.3.2.2Kata terbitan akhiran (hadir sesudah kata dasar).

- Akhiran kata nama

- Akhiran kata kerja

1.3.2.3Kata terbitan apitan (hadir secara mengapit kata dasar).

- Apitan kata nama

- Apitan kata kerja

- Apitan kata adjektif

1.3.2.4Kata terbitan sisipan (hadir dicelah kata dasar).

- Kata nama

- Kata adjektif

- Kata kerja

1.3.3Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan

Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti yang. Sebaliknya pinggan mangkuk bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung dan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:

1.3.3.1Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.

1.3.3.2Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.

1.3.3.3Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.

Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya, antarabangsa.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita.

Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

i)Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.

Contohnya, campur aduk - bercampur aduk.

ii)Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum.

Contohnya, satu padu menyatupadukan.

Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.

Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan kata majmuk itu bukan frasa ialah:

i)Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.

ii)Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.

iii)Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.

Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah; contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung; contohnya antarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat tiga puluh kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak; contohnya ialah kakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

1.3.4Bentuk kata ganda.

Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

1.3.4.1Penggandaan penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

i) Penggandaan penuh kata tunggal contohnya ialah ayat- ayat.

ii) Penggandaan penuh kata berimbuhan.

- Dengan awalan contohnya ialah ketua- ketua.

- Dengan akhiran contohnya ialah ajaran- ajaran.

- Dengan apitan contohnya persatuan- persatuan.

1.3.4.2Penggandaan separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

i) Penggandaan separa kata tunggal contohnya ialah sesiku.

ii) Penggandaan separa kata berimbuhan .

- Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolong- menolong.

- Dengan awalan kata adjektif contohnya ialah sepandai- pandai.

- Dengan akhiran kata nama contohnya ialah sayur- sayuran.

- Dengan akhiran kata kerja contohnya ialah doa- doakan.

- Dengan akhiran kata adjektif contohnya ialah rindu- rinduan.

- Dengan apitan kata kerja contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.

- Dengan apitan kata adjektif contohnya ialah kebodoh- bodohan.

1.3.4.3Penggandaan berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

i) Penggandaan berentak pengulangan vokal.

ii) Penggandaan berentak pengulangan konsonan.

iii) Penggandaan berentak bebas.