pembentukan ayat.doc

15
PEMBENTUKAN AYAT 1. Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. 2. Subjek dan predikat ialah dua unsur asas yang melengkapkan sesuatu ayat. Subjek Predikat 1. Subjek ialah bahagian yang diterangkan / perkara yang hendak diperkatakan dalam ayat. 2. Dalam pola ayat dasar, subjek terbina daripada kata / frasa nama. 3. Subjek terletak di bahagian hadapan ayat. 4. Subjek boleh diperluas dengan menambahkan unsur keterangan pada kata intinya. 1. Predikat ialah unsur / bahagian yang menerangkan subjek atau keterangan tentang subjek. 2. Predikat terdiri daripada pelbagai jenis frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif / frasa sendi nama. 3. Predikat terletak di bahagian belakang ayat. 4. Predikat boleh diperluas dengan menambahkan unsur keterangan pada kata intinya. 3. Bentuk-bentuk ayat dalam Bahasa Melayu iaitu : a) ayat inti / ayat tunggal b) ayat majmuk 4. Ada empat pola ayat inti, iaitu : a) FN + FN b) FN + FS c) FN + FA d) FN + FK a) FN + FN Pola FN + FN bermaksud frasa nama berfungsi sebagai unsur subjek dan frasa nama juga berfungsi sebagai unsur predikat dalam suatu ayat dasar / ayat inti. Subjek FN Predikat FN 1. Orang itu 2. Bangunan itu 3. Beliau doktor Wisma Wan Mohamad Tokoh agama b) FN + FS

Upload: seluang1

Post on 21-Dec-2015

258 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBENTUKAN AYAT.doc

PEMBENTUKAN AYAT

1. Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat.

2. Subjek dan predikat ialah dua unsur asas yang melengkapkan sesuatu ayat.

Subjek Predikat1. Subjek ialah bahagian yang diterangkan

/ perkara yang hendak diperkatakan dalam ayat.

2. Dalam pola ayat dasar, subjek terbina daripada kata / frasa nama.

3. Subjek terletak di bahagian hadapan ayat.

4. Subjek boleh diperluas dengan menambahkan unsur keterangan pada kata intinya.

1. Predikat ialah unsur / bahagian yang menerangkan subjek atau keterangan tentang subjek.

2. Predikat terdiri daripada pelbagai jenis frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif / frasa sendi nama.

3. Predikat terletak di bahagian belakang ayat.4. Predikat boleh diperluas dengan

menambahkan unsur keterangan pada kata intinya.

3. Bentuk-bentuk ayat dalam Bahasa Melayu iaitu :a) ayat inti / ayat tunggalb) ayat majmuk

4. Ada empat pola ayat inti, iaitu :a) FN + FNb) FN + FSc) FN + FAd) FN + FK

a) FN + FNPola FN + FN bermaksud frasa nama berfungsi sebagai unsur subjek dan frasa nama juga berfungsi sebagai unsur predikat dalam suatu ayat dasar / ayat inti.

Subjek FN Predikat FN1. Orang itu2. Bangunan itu3. Beliau

doktorWisma Wan MohamadTokoh agama

b) FN + FSPola FN + FS bermaksud frasa nama berfungsi sebagai unsur subjek dan frasa sendi sebagai unsur predikat dalam suatu ayat.

Subjek FN Predikat FS1. Surat itu2. Rumah saya3. Hadiah ini

daripada Pengetuadi kampung Tawas untuk ibu

c) FN + FAPola FN + FA bermaksud frasa nama berfungsi sebagai unsur subjek dan frasa adjektif sebagai unsur predikat dalam suatu ayat dasar.

Page 2: PEMBENTUKAN AYAT.doc

Subjek FN Predikat FA1. Baju ini2. Kuih ini3. Bangunan itu

mahalmanistinggi

d) FN + FKPola FN + FK bermaksud frasa nama berfungsi sebagai unsur subjek dan frasa kerja sebagai unsur predikat dalam suatu ayat dasar.

Subjek FN Predikat FK1. Mereka2. Kucing itu3. Adik

bernyanyimengiautermenung

JENIS-JENIS AYAT AKTIF

Ayat Aktif boleh dibahagikan kepada dua jenis :a) Ayat Aktif Transitifb) Ayat Aktif Tak Transitif

a) AYAT AKTIF TRANSITIF1. Ayat Aktif Transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh

frasa nama yang bertugas sebagai objek atau unsur penyambutnya.2. Hanya Ayat Aktif Transitif sahaja yang boleh dipasifkan kerana objek dalam Ayat Aktif Transitif

akan dijadikan sebagai subjek dan Ayat Pasif.

Contoh :Subjek Predikat

Kata Kerja Aktif Transitif Objek1. Bapa2. Ibu3. Kakak4. Aminah5. Lelaki itu

menembakmemasakmenjahitmenulismenjual

burung itu.nasi.baju.lagu.sate.

Susunan Ayat1. Susunan ayat bermaksud cara / gaya sesuatu ayat itu disusun.2. Susunan sesuatu ayat lebih merujuk kedudukan subjek dan predikatnya.3. Susunan ayat terbahagi kepada dua, iaitu :

a) susunan ayat biasa : bermaksud subjek mendahului predikat.b) Susunan ayat songsang : bermaksud predikat mendahului subjek.

Page 3: PEMBENTUKAN AYAT.doc

Contoh :

a) Ayat PenyataAyat Biasa Ayat Songsang

Subjek Predikat Predikat Subjek1. Pelancong itu2. Rumah Mary3. Ayahnya4. Itu

mandi di kolamcantik sungguhpegawai kastampokok manggis

Mandi di kolamCantik sungguhPegawai kastam*Pokok manggislah

pelancong itu.rumah Mary.ayahnya.itu.

* Kata penegas ‘lah’ yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam Ayat Penyata.

b) Ayat TanyaAyat Biasa Ayat Tanya

Subjek Predikat Predikat Subjek1. Cikgu Kamal2. Budak itu3. Kamu tinggal4. Nama anda

sudah berpindah?pencuri?di mana?siapa?

Sudah berpindahPencuri*Di manakah*Siapakah

Cikgu Kamal?budak itu?kamu tinggal?nama anda?

Kata Penegas ‘kah’ yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan memberi penekanan kepada predikat dalam Ayat Tanya.

c) Ayat Pasif.Ayat Biasa Ayat Pasif

Subjek Predikat Predikat Subjek1. Kain-kain itu2. Rumah itu3. Pencuri itu4. Bilik-bilik itu

belum bergosok.dibina oleh datuk saya.kena tangkap oleh polis.sudah saya sapu

Belum bergosokDibina oleh datuk sayaKena tangkap oleh polisSudah saya sapu

kain-kain itu.rumah itu.pencuri itu.bilik-bilik itu.

4. Ayat Aktif Transitif juga boleh mengandungi Klausa Komplemen sebagai penyambut kepada kata kerjanya.

5. Ayat Aktif Transitif seperti ini merupakan ayat majmuk.

Contoh :Subjek Predikat

Kata Kerja Aktif Transitif

Objek (Klausa Komplemen)

1. Kesatuan Sekerja

2. Bapa Saya3. Pegawai itu4. Pelancong itu5. Ramalan cuaca

mengesyorkan

memujukmengesahkanmenganggapmenyatakan

supaya gaji para pekerja dinaikkan sebanyak lima peratus.supaya dia meneruskan pelajarannya.bahawa laporan ini adalah benar.bahawa rakyat Malaysia lemah lembut.bahawa hujan akan turun pada esok pagi.

6. Ayat Aktif Transitif boleh juga mengandungi kata kerja yang menerima dua objek sebagai penyambutnya.

7. Objek-objek itu dikenali sebagai objek tepat dan objek sipi.8. Objek tepat ialah objek yang menjadi penyambut secara langsung kepada kata kerja.9. Objek sipi pula ialah objek yang menjadi penyambut tak langsung kepada kata kerja.

Page 4: PEMBENTUKAN AYAT.doc

Contoh :Subjek Predikat

Kata Kerja Aktif Transitif

Objek Tepat Objek Sipi

1. Sultan2. Hakim3. Tuhan4. Ibunya

menganugerahimenjatuhimencucurimenghidangi

pemain bola itupesalah ituhamba-Nyakami

pingat PJKhukuman matirahmatlauk-pauk yang enak

10. Ayat-ayat Transitif yang mempunyai dua objek itu boleh diubah binaannya.11. Dalam proses perubahan itu, objek tepat akan didahului oleh sendi nama.12. Objek tepat yang didahului oleh sendi nama itu akan menjadi frasa sendi nama yang bertugas sebagai

keterangan.

Contoh :Subjek Predikat

Kata Kerja Transitif Objek Frasa Sendi Nama1. Sultan2. Hakim 3. Tuhan4. Ibunya

menganugerahkanmenjatuhkanmencucurkanmenghidangkan

pingat PJKhukuman matirahmatlauk-pauk yang enak

kepada pemain bola itu.kepada pesalah itu.kepada hamba-Nya.kepada kami.

13. Ayat Aktif Transitif juga boleh digugurkan objeknya.14. Objek yang boleh digugurkan itu hanya kata ganti nama diri orang pertama.15. Ayat Aktif sedemikian mengandungi kata kerja transitif yang boleh menerima kata penguat dan

kata dasarnya adalah adjektif.

Contoh :Subjek Predikat

Kata Penguat Kata Kerja Transitif Objek Yang Digugurkan

1. Kecantikannya2. Keputusannya3. Pelajaran Ali4. Kegagalan mereka

sungguhamattidaksungguh

menyedihkanmemeranjatkanmemuaskanmemalukan

kami.saya.saya.kami.

b) AYAT AKTIF TAK TRANSITIF1. Ayat Aktif Tak Transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak

diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.2. Oleh itu, Ayat Aktif Tak Transitif tidak boleh dipasifkan kerana ia tidak mempunyai objek.3. Ayat Aktif Tak Transitif boleh dibahagikan kepada dua jenis :

a) Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan Yang Boleh Digugurkanb) Ayat Aktif Tak Transitif Dengan Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan

Jenis Ayat Aktif tak Transitif Contoh AyatAYAT AKTIF TAK TRANSITIF DENGAN KETERANGAN YANG BOLEH DIGUGURKAN1. Ayat Aktif jenis ini boleh mengandungi

frasa keterangan ataupun tidak.2. Frasa keterangan dalam Ayat Aktif jenis ini

boleh digugurkan tanpa mencacatkan ayat

1. a) Adik sedang bermain dengan riangnya.c) Adik sedang bermain.

2. a) Ayah sedang tidur di dalam bilik.c) Ayah sedang tidur.

Page 5: PEMBENTUKAN AYAT.doc

itu. 3. a) Dia sedang mandi di tepi sungai.b) Dia sedang mandi.

AYAT AKTIF TAK TRANSITIF DENGAN KETERANGAN YANG TIDAK BOLEH DIGUGURKAN.1. Ayat Aktif jenis ini mesti mempunyai frasa

keterangan.2. Ayat itu dianggap tidak lengkap atau salah

jika ia tidak mempunyai frasa keterangan.

1. a) Saya tinggal di kampung Tawas. *b) Saya tinggal.

2. a) Kakak ingin menjadi guru. *b) Kakak ingin menjadi.

3. a) Saya berasal dari Melaka. *b) Saya berasal.

Ayat-ayat yang bertanda * tidak gramatis.

JENIS-JENIS AYAT

1. Ayat boleh dibahagikan kepada empat jenis :a) Ayat Penyata c) Ayat Perintahb) Ayat Tanya d) Ayat Seruan

a) AYAT PENYATA1. Ayat Penyata juga dipanggil Ayat Keterangan atau Ayat Berita.2. Ayat Penyata digunakan untuk memberi keterangan tentang sesuatu hal atau menyatakan sesuatu hal.

Contoh ayat :1. Saya sudah makan.2. Pelajar tidak dibenarkan meniru dalam peperiksaan.3. Ayah baru membeli kereta.

b) AYAT TANYA1. Ayat Tanya ialah ayat untuk menanyakan sesuatu hal.2. Ayat Tanya mesti diakhiri dengan tanda tanya (?).3. Ayat Tanya dituturkan dengan intonasi yang meninggi sebelum akhir ayat.4. Ayat Tanya biasanya disertai dengan kata penegas ‘kah’.5. Ayat Tanya terbahagi kepada :

a) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.b) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.

6. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya menggunakan kata-kata tanya seperti apa, siapa, mana, bagaimana, mengapa, kenapa, berapa dan bila.

Contoh ayat :1. “Siapakah nama guru baru kita?” tanya Ali.2. Bagaimanakah cara untuk membantunya?3. Bilakah anda sampai?

7. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya biasanya diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.

Contoh ayat :1. Ayahnya telah dimasukkan ke hospital?2. Lelaki yang kacak itu sudah berkahwin?3. Anda guru?

c) AYAT PERINTAH

Page 6: PEMBENTUKAN AYAT.doc

1. Ayat Perintah ialah ayat untuk menyuruh atau memerintah seseorang supaya melakukan sesuatu.2. Ayat perintah adalah ditujukan kepada orang kedua.3. Ayat-ayat Perintah boleh dilembutkan dengan kata penegas ‘lah’.4. Terdapat empat jenis ayat Perintah :

a) Ayat Suruhanb) Ayat Laranganc) Ayat Silaand) Ayat Permintaan

5. Ayat Suruhan bertujuan memberikan perintah atau arahan.

Contoh ayat Suruhan :i) Tutup pintu itu sekarang.ii) Pergi ke pekan dan beli baju kamu.iii) Makanlah nasi dan lauk ini sehingga habis.

6. Ayat Larangan bertujuan melarang atau menegah seseorang daripada melakukan sesuatu. Kata larangan seperti jangan, usah, tak usah, digunakan.

i) Janganlah bermain di tepi tasik itu kerana bahaya.ii) Jangan buang sampah di merata tempat.iii) Usah dikenang peristiwa pahit itu.

7. Ayat Silaan bertujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Kata silaan seperti sila, jemput digunakan.

Contoh ayat Silaan :i) Sila duduk, anda akan dilayan sebentar lagi.ii) Jangan buang sampah di merata tempat.iii) Usah dikenang peristiwa pahit itu.

8. Ayat Permintaan bertujuan memohon permintaan dan pertolongan. Kata permintaan seperti tolong, minta digunakan.

Contoh ayat Permintaan:i) Tolong belikan saya sekilo gula.ii) Minta anda luruskan barisan.iii) Tolong sampaikan pesanan ini kepada dia.

d) AYAT SERUAN.1. Ayat Aeruan digunakan untuk melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, terkejut,

gembira, marah dan sebagainya.2. Tanda seru (!) mestilah diletakkan dia akhir Ayat Seruan.3. Kata-kata seru seperti wah, amboi, cis, oh, aduhai dan sebagainya diletakkan di hadapan Ayat

Seruan.

Contoh ayat :1. Wah, cantiknya baju baru kamu ini!2. Cis, biadap sungguh budak ini!3. Tahniah, engkau telah berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan!

AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK.

Page 7: PEMBENTUKAN AYAT.doc

AYAT TUNGGAL.1. Ayat Tunggal juga dikenali sebagai Ayat Selapis.2. Ayat Tunggal hanya mengandungi satu subjek dan satu predikat, yakni ia mempunyai satu klausa

sahaja.3. Terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.4. Boleh disusun dengan cara biasa atau cara songsang.

Contoh :1. Saya guru. (ayat penyata)2. Buku itu saya tulis. (ayat pasif)3. Itu rumah Ali? (ayat tanya)4. Tolong belikan saya sekilo gula. (ayat perintah)5. Wah, tinggi sungguh bangunan itu! (ayat seruan)

AYAT MAJMUK1. Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu subjek atau predikat.2. Ayat ini dibina dengan mencantumkan dua atau lebih Ayat Tunggal.3. Ayat-ayat di dalam sesuatu Ayat Majmuk dicantumkan dengan menggunakan kata hubung.4. Terdapat tiga jenis Ayat Majmuk :

a) Ayat Majmuk Gabungan.b) Ayat Majmuk Pancangan.c) Ayat Majmuk Campuran.

a) AYAT MAJMUK GABUNGAN.1. Ayat Majmuk Gabungan merupakan gabungan dua atau lebih Ayat Tunggal dengan menggunakan

kata hubung gabungan.2. Kata hubung gabungan yang boleh digunakan adalah seperti dan, atau, tetapi, maka, lalu, sambil,

lagi dan sebagainya.3. Ayat-ayat yang digabungkan itu adalah ayat yang sama sifat-sifatnya, iaitu ayat-ayat itu sama

taraf dan boleh berdiri sendiri.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

1. Emak memasak di dapur.2. Ayah mencuci kereta.

Emak memasak di dapur dan ayah mencuci kereta.

1. Kamu hendak makan nasi?2. Kamu hendak makan mi?

Kamu hendak makan nasi atau mi?

1. Mary sangat berani.2. Adiknya sangat penakut.

Mary sangat berani tetapi adiknya sangat penakut.

4. Jika ayat-ayat yang digabungkan itu mempunyai unsur-unsur yang sama dan diulang, bahagian-bahagian yang sama itu boleh digugurkan.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

1. Pemuda itu merampas beg tangan Haslina .2. Pemuda itu lari.

Pemuda itu merampas beg tangan Haslina lalu lari.

1. Maznah berlari ke bawah.2. Adiknya berlari ke bawah.

Maznah dan adiknya berlari ke bawah.

5. Terdapat dua jenis ayat majmuk gabungan yang utama :

Page 8: PEMBENTUKAN AYAT.doc

a) Ayat Gabungan yang mempunyai susunan fakta-fakta yang berurutan satu demi satu.b) Ayat Gabungan yang mempunyai susunan yang memberikan maksud pertentangan fakta.

Contoh :Jenis Ayat Majmuk Gabungan Contoh Ayat

a) Gabungan yang susunan ayat-ayatnya berurutan dan menggunakan kata hubung seperti dan, lalu, lagi, serta, dan sambil.

1. Budak itu menyanyi sambil menari.2. Dia membuka kasut lalu masuk ke rumah.3. Aku, Hafiz serta Farhana bermain-main di

taman.b) Gabungan yang susunan ayatnya memberikan

maksud pertentangan dalam ayat-ayat yang digabungkan.

1. Semua orang hadir kecuali Kasim.2. Dia peramah tetapi jarang ada masa.3. Adiknya pandai tetapi kakaknya bodoh.

6. Ayat Majmuk Gabungan yang mempunyai susunan fakta yang berurutan juga boleh disambungkan tanpa menggunakan kata hubung.

7. Tanda koma (,) dugunakan untuk memisahkan ayat-ayat itu.

Contoh:Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan

1. a) Adik berlari di ruang tamu.b) Abang menonton tv di ruang tamu.

2. a) Jangankan hendak mengikut cakap ibunya. b) Mendengarnya pun tidak.

Adik berlari di ruang tamu, abangnya pula menonton tv di situ.

Jangankan hendak mengikut cakap ibunya, mendengarnya pun tidak.

b) AYAT MAJMUK PANCANGAN1. Ayat Majmuk Pancangan terbina daripada satu ayat utama dan satu atau beberapa ayat kecil

lain.2. Ayat-ayat kecil ini dipancangkan di dalam ayat utama dengan menggunakan kata hubung

pancangan.3. Ayat-ayat kecil yang dipancangkan di dalam ayat utama itu menjadi sebahagian daripada ayat utama

itu.4. Ayat-ayat yang dipancangkan ini adalah ayat-ayat yang tidak sama tarafnya.5. Ayat Majmuk Pancangan boleh dibahagikan kepada tiga jenis :

i) Ayat Relatifii) Ayat Komplemeniii) Ayat Keterangan

i) Ayat Relatif1. Ayat Relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata yang untuk mencantumkan beberapa ayat

menjadi satu ayat baru tanpa menghilangkan maksud ayat-ayat yang terbabit.2. Dalam proses pencantumannya, perkataan atau frasa yang sama dalam ayat kedua hendaklah

digugurkan.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat UtamaPolis menyerbu rumah.Ayat KecilRumah itu menjadi tempat persembunyian ahli

Polis menyerbu rumah yang menjadi tempat persembunyian ahli kongsi gelap.

Page 9: PEMBENTUKAN AYAT.doc

kongsi gelap.

3. Pancangan relatif boleh berlaku pada subjek atau pada predikat ayat.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat UtamaHarimau itu telah ditembak mati.Ayat KecilHarimau itu membunuh dua orang.

Pemancangan SubjekSubjek PredikatHarimau yang membunuh telah ditembak mati.dua orang itu.

Ayat UtamaGuru memuji lukisan David.Ayat KecilLukisan itu sangat cantik.

Pemancangan PredikatSubjek PredikatGuru memuji lukisan David yang sangat cantik itu.

ii) Ayat Komplemen1. Ia ialah ayat kecil dalam binaan Ayat Majmuk Pancangan yang bersifat pelengkap (komplemen)

kepada ayat utama.2. Ayat ini dipancangkan kepada ayat utama dengan menggunakan kata hubung pancangan

komplemen seperti bahawa, untuk, supaya.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat UtamaMereka bermain bersungguh-sungguhAyat KecilMereka dapat mengalahkan pasukan lawan

Mereka bermain bersungguh-sungguh supaya dapat mengalahkan pasukan lawan.

Ayat UtamaSamy mengatakanAyat KecilRumahnya telah dimasuki pencuri semalam.

Samy mengatakan bahawa rumahnya telah di masuki pencuri semalam.

3. Kadang-kadang, kata hubung pancangan bahawa boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna ayat.4. Kata hubung pancangan bahawa boleh digugurkan apabila ia berfungsi sebagai penegas.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Ayat UtamaSurat ini menyatakan

Ayat KecilAzhar telah berjaya dalam temuduga itu.

1a. Surat ini menyatakan bahawa Azhar telah berjaya dalam temuduga itu.

1b. Surat ini menyatakan Azhar telah berjaya dalam temuduga itu.

5. Terdapat tiga jenis ayat komplemen :a) Ayat Komplemen Frasa Namab) Ayat Komplemen Frasa Kerjac) Ayat Komplemen Frasa Adjektif

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

Page 10: PEMBENTUKAN AYAT.doc

Ayat UtamaPemgetua mengumumkanAyat KecilMurid-murid diberi cuti sehari

Ayat Komplemen Frasa NamaPengetua mengumumkan bahawa murid-murid diberi cuti sehari.

Ayat UtamaDia bersetujuAyat KecilDia mengetuai kumpulan itu

Ayat Komplemen Frasa KerjaDia bersetuju untuk mengetuai kumpulan itu.

Ayat UtamaAmbika percayaAyat KecilDia akan gagal dalam peperiksaan itu.

Ayat Komplemen Frasa AdjektifAmbika percaya bahawa dia akan gagal dalam peperiksaan itu.

iii) Ayat Keterangan1. Ayat Keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau lebih ayat

kecil.2. Ayat atau ayat-ayat kecil itu berfungsi sebagai keterangan kepada predikat.3. Ayat kecil dipancangkan kepada ayat utama dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti

sebab, kerana, dengan, apabila, jika, kalau, sejak, semenjak, sewaktu, sungguhpun, walaupun, ketika, semoga.

Contoh :Ayat Tunggal Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

Majlis itu terpaksa ditunda.Bekalan elektrik terputus.

Majlis itu terpaksa ditunda kerana bekalan elektrik terputus.

Kanak-kanak itu terjatuh.Kanak-kanak itu memanjat pokok rambutan.

Kanak-kanak itu terjatuh ketika memanjat pokok rambutan.

Dia menjadi pendiam.Ibunya meninggal dunia.

Dia menjadi pendiam semenjak ibunya meninggal dunia.

c) AYAT MAJMUK CAMPURAN.1. Ayat Majmuk Campuran mengandungi lebih daripada satu jenis ayat.2. Ia boleh terdiri daripada gabungan satu Ayat Tunggal dengan satu Ayat Majmuk atau campuran

beberapa Ayat Majmuk yang berlainan jenis.3. Ia mempunyai sifat-sifat Ayat Majmuk Gabungan dan Ayat Majmuk Pancangan.

Ayat Majmuk Campuran Ayat-Ayat KandungannyaNegara kita sudah lama merdeka tetapi pemikiran dan budaya kerja kita masih dijajah oleh anasir-anasir luar kerana kelalaian kita sendiri.

Negara kita sudah lama.-(ayat tunggal)Pemikiran dan budaya kerja kita masih dijajah oleh anasir-anasir luar.-(ayat majmuk gabungan)Pemikiran dan budaya kerja kita masih dijajah oleh anasir-anasir luar kerana kelalaian kita sendiri.-(ayat majmuk pancangan/keterangan)

Kerajaan telah mengumumkan bahawa tuntutan kenaikkan gaji kakitangan awam telah diluluskan tetapi perlaksanaannya terpaksa ditunda kerana kemelesetan ekonomi.

Kerajaan telah mengumumkan bahawa tuntutan gaji kakitangan awam telah diluluskan. –(ayat majmuk komplemen)Pelaksanaannya terpaksa ditunda kerana kemelesetan ekonomi. –(ayat majmuk keterangan)

Page 11: PEMBENTUKAN AYAT.doc