pembentangan sastera bmm3163.pptx

10
LAGU RAKYAT 1. Satu genre atau bentuk folklore yang terdiri daripada kata-kata dan lagu yang beredar secara lisan dalam kalangan anggota kolektif tertentu, berbentuk tradisional serta banyak mempunyai variasi‟ (James Danadjaja, 1984: 141). 2. Bentuk puisi yang sangat digemari oleh masyarakat tradisional untuk menghiburkan hati.Puisi ini bercorak universal yang lahir dalam pelbagai kebudayaan (Ismail Hamid). 3. Pusat Persuratan Melayu DBP pula menyatakan lagu rakyat ialah lagu yang irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun temurun.

Upload: mohdzakisahlan

Post on 20-Nov-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Slide 1

LAGU RAKYATSatu genre atau bentuk folklore yang terdiri daripada kata-kata dan lagu yang beredar secara lisan dalam kalangan anggota kolektif tertentu, berbentuk tradisional serta banyak mempunyai variasi (James Danadjaja, 1984: 141).Bentuk puisi yang sangat digemari oleh masyarakat tradisional untuk menghiburkan hati.Puisi ini bercorak universal yang lahir dalam pelbagai kebudayaan (Ismail Hamid).Pusat Persuratan Melayu DBP pula menyatakan lagu rakyat ialah lagu yang irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun temurun.

LAGU RAKYATRumusannya : Lagu Rakyat itu merupakan lagu wujud dalam setiap masyarakat dan diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi secara lisan sehingga menjadi milik bersama.

STRUKTUR LAGU RAKYATLahir secara spontan, tidak bertulis dan pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah petitih, bidalan dan sebagainya.Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk persembahan seperti mak yong, dikir barat, dondang sayang dan lain-lain.Bahasa yang digunakan dalam lagu rakyat mengikut dialek tempat asal.Terdiri daripada kata-kata dan lagu yang kedua-duanya tidak boleh dipisahkan.

STRUKTUR LAGU RAKYAT5. Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi walaupun ada yang mengalami perubahan.6. Peralatan muzik untuk persembahan Lagu Rakyat pada asasnya menggunakan alatan yang ringkas dan mudah seperti gendang, gong, rebana dan kompang sahaja.Peralatan penting untuk menghasilkan muzik yang menyentuh hati dan menarik.Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah yang dipersembahkan dalam pelbagai bentuk.

FUNGSI LAGU RAKYATSebagai alat hiburan (escapisme) diri dari kemelut hidup dan persekitaran yang merungsingkan, untuk kedamaian jiwa.Meningkatkan semangat bekerja dalam suasana yang lebih ceria dan bertanggungjawab.Menceritakan salasilah keluarga atau keturunan (masyarakat Jawa).Wahana protes sosial dan protes ketidakadilan dalam masyarakat.Alat untuk pendidikan dan pengajaran sama ada secara langsung atau tidak langsung - pendidikan moral / akhlak dan tauhid / iman.

CIRI BAHASA LAGU RAKYATBanyak bergantung kepada fungsi lagu yang dinyanyikan.Bahasa yang digunakan berkaitan hal-hal seperti nasihat, tunjuk ajar, kisah tauladan dan sebagainya.Seni kata adalah komponen penting dalam mentafsir mutu sesebuah lagu.Menggunakan kosa kata yang mudah difahami dan tentunya mengambil kira dialek tempatan di mana lagu itu dilahirkan. Contohnya lagu Watimang Landok, lagu rakyat Terengganu dan lagu Anak Bocek lagu rakyat Negeri Sembilan.

CIRI BAHASA LAGU RAKYAT5. Penggunaan katanya yang ringkas tetapi padat dan penuh dengan unsur tersirat.6. Pengulangan, bahasa kiasan dan perbandingan menjadi sebahagian daripada lirik lagu-lagu rakyat.7. Intipati diadun dengan nilai-nilai keagamaan, jenaka, nasihat, kasih-sayang termasuk loghat negeri meninggalkan kesan kepada pendengar.

CONTOH LAGU RAKYATIndung-Indung, Burung Kenek-Kenek,Tebang Tebu, Galah Mudik, Anak Ayam Turun Sepuluh,Tu Bulan Tu Bintang, dan lain-lain lagi.

SEKIAN, TERIMA KASIH

DISEDIAKAN OLEH :MOHD ZAKI BIN SAHLANRUHANA BINTI WAKISUNIT BM2 PPG JUN 2011