bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

39

Upload: putra-adam-hisham

Post on 21-Jul-2015

337 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)
Page 2: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Pengenalan 

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Page 3: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. 

Page 4: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Sungguhpun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini sepenuhnya.

Page 5: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Berfikir 

Belakangan ini, guru-guru banyak terdedah dengan teknik pengajaran yang bermatlamat untuk memperbaik keupayaan berfikir dan pengaplikasiannya dalam pembelajaran. Namun begitu, sebahagian besar pengajaran guru tertumpu pada penggunaan buku teks. Dengan hanya membaca buku tidak akan memberikan pemahaman yang secukupnya untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. 

Page 6: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Berfikir (KB)

·Merupakan proses yang menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan, dan membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami.

Page 7: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

·Diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis·Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan·Kemahiran berfikir merupakan operasi yang diskrit dan ringkas, manakala operasi yang kompleks dan rumit dipanggil proses berfikir

Page 8: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

  Kemahiran Berfikir

1.          Kemahiran Berfikir secara Kritis1.1           Menganalisis secara Kritis         Menganalisis Idea•       membandingkan dan membeza•       mengelas•       meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan•       membuat urutan         Menganalisis Hujah•       mencari sebab dan kesimpulan•       mengusul periksa andaian

Page 9: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

 Menilai secara Kritis

         Menilai Maklumat

•       Menentukan kebolehpercayaan sumber         Menilai Inferens•       menerangkan sebab•       membuat ramalan•       membuat generalisasi•       menaakul melalui analogi•       membuat penaakulan bersyarat

Page 10: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Berfikir secara Kreatif

            Menjana Idea-Idea Alternatif

•       Menjana kemungkinan-kemungkinan            Mencantum Idea-Idea•       Mencipta metafora

Page 11: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

    Proses Berfikir

(a)          Membuat Keputusan(b)          Menyelesaikan Masalah

·                Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada dua kategori yang utama, iaitu1.            Kemahiran Berfikir secara Kritis2.            Kemahiran Berfikir secara Kreatif

Page 12: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

  Kemahiran Berfikir secara Kritis

·                     Didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk            menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah·                     Pemikiran kritis ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas            untuk menganalisis, mentafsir dan menilai sesuatu hujah dengan mendalam·                     Hanya terhad kepada penghasilan huraian idea-idea yang sedia ada sahajadan tidak menghasilkan idea-idea baharu

Page 13: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Berfikir secara Kreatif

·                     Didefinisikan sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untukmenerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baharu, asli, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan·                     Pemikiran kreatif ditakrifkan sebagai penggunaan operasi berfikir yang asas            untuk mengembangkan atau mencipta idea atau hasil yang baharu, estetik, dan            membina.·                     Ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut.  Cara inidigunakan untuk menghasilkan pelbagai kemungkinan, cadangan, idea dan tindakan

Page 14: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Proses Berfikir

·                     Kemahiran membuat keputusan ialah keupayaan minda untuk memilih satupilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan untuk mencapai tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.·                     Kemahiran menyelesaikan masalah ialah keupayaan minda untuk mencariidea-idea dan langkah-langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan

Page 15: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

·                     Kemahiran membuat keputusan dan kemahiran menyelesaikan masalah            berperanan sebagai proses terhadap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif·                     Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran adalah menuju ke arah membuat keputusan atau menyelesaikan masalah

Page 16: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

• KEMAHIRAN YANG MENGUTAMAKAN PENGALAMAN DI BILIK DARJAH YANG SESUAI DENGAN SITUASI KEHIDUPAN DUNIA SEBENAR MURID SERTA SENARIO DUNIA YANG GLOBAL

• MEMUPUK KEMAHIRAN BAHASA YANG DIPEROLEH OLEH MURID

• MEMENUHI KEPERLUAN SEMASA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 17: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

APLIKASI KBT

• KEMAHIRAN BERFIKIR• KEMAHIRAN BELAJAR CARA BELAJAR• KAJIAN MASA DEPAN• PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL• KEMAHIRAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

• PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI• PEMBELAJARAN MASTERI• KECERDASAN PELBAGAI• PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Page 18: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB)

·Perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan·Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah, dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.·Proses untuk memperoleh teknik belajar sama ada bersama guru atau tanpa guru.

Page 19: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Rasional Belajar Cara Belajar

Diperkenalkan atas beberapa sebab·   Masa di bilik darjah terhad·   Pengetahuan dan maklumat yang diterima di kelas juga terhad·    Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka·   Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan·    Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu

Page 20: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yangmemerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,membaca dan menulis.Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikanidea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalamkehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Antara kemahiran berfikiryang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ialah:

Page 21: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

1. Mencirikan2. mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan3. menghubungkaitkan4. membandingkan dan membezakan5. menyusun mengikut keutamaan6. menentukan urutan7. mengenalpasti kenyataan benar dan palsu8. membezakan fakta (Menurut « dalam bukunya, )

dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)

9. menganalisis10. mengesan kecondongan pendapat11. mengenalpasti sebab dan akibat12. meramalkan

Page 22: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

13. Mensintesiskan14. Mengitlak15. Menganalogikan16. membuat inferens17. membuat kesimpulan18. menginterpretasikan, mentafsirkan19. Menilai20. menjana idea21. mereka cipta22. merumuskan, meringkaskan23. menyelesaikan masalah24. membuat keputusan

Page 23: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir sepertipenyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan) serta petaminda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Page 24: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

2.2 Kemahiran Belajar cara Belajar

Kemahiran belajar cara belajar diajarkan supaya murid peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialahmenentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memprosesmaklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkanpengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.Antara aspek kemahiran belajar cara belajar ialah:

Page 25: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif 2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas5. Kemahiran menghasilkan laporan6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual, carta alir dan hierarki

Page 26: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,rancangan pembelajaran , pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.8. Persediaan menghadapi peperiksaan9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei10.Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang11.Strategi belajar dalam kumpulan

Page 27: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

KEM AHIRAN BERFIKIRKRITIS, KREATIF, DAN STRATEGI BERFIKIR

Page 28: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran di Tahun 3. Dalam hasil pembelajaran ini fokus bahasa yang dipilihialah kemahiran mendengar dan bertutur . Manakala objektif yang ingin dicapaiialah murid boleh berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yangsesuai serta murid boleh menggunakan kata panggilan yang sesuai mengikutsituasi dalam perbualan.

Page 29: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Dalam objektif di atas beberapa aktiviti jenis kemahiran bernilai tambah boleh dihubungkaitkan dengan hasil pembelajaran . Di antaranya aktiviti mendengarrakaman dialog yang mengandungi kata panggilan formal, diikuti dengan latihan secara berpasangan, seterusnya murid boleh melakonkan semula kata bual yang didengar menggunakan kata panggilan yang betul dan secara tidak langsung dapat melatih kemahiran mendengar dan bertutur kepada murid.

Page 30: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Selain daripada itu, aktiviti mendengar secara intensif dan latih tubi dalam bentuk soal jawab tentang bahan yang didengar dapat menyerapkan kemahiran mendengar sebagai suatu aspek kemahiran belajar.

Melalui teknik lakonan seperti berjumpa kawan lama dan keluarganya, murid boleh berlatih bertutur dan mendengar dengan menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam situasi tertentu . Oleh itu, murid dapat mengasah kecerdasaninterpersonal yang merupakan suatu kemahiran yang penting untukperkembangan diri individu.

Page 31: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Selain daripada itu, latihan membuat rumusan tentang penggunaan kata panggilan bagi situasi formal dan tidak formal berdasarkan bahan yang didengar atau dibaca merupakan pengabungjalinan kemahiran membaca dan menulis .Aktiviti ini untuk menguji pengetahuan sedia ada murid. Oleh itu, murid boleh meningkatkan kemahiran membuat kesimpulan atau rumusan yang merupakan kemahiran bernilai tambah yang merujuk kepada kemahiran berfikir.

Page 32: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Manakala objektif mencatat lima maklumat penting berdasarkan maklumat yang didengar merujuk kepada kemahiran mencatat nota yang terdapat dalamkemahiran belajar cara belajar.

Page 33: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

Kesimpulan

Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supayamurid dapat memahami dan menggunakannya di masa depan.

Page 34: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

PROSES BERFIKIR

PengetahuanPengetahuan

Sikap / NilaiSikap / NilaiKem ahiranKem ahiran

Page 35: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

M ODEL KEM AHIRAN BERFIKIR

KEM AHIRANBERFIKIR

KEM AHIRANBERFIKIR

- menjana idea- menghubung kait- membuat inferens- meramal- membuat hipotesis- mensintesis- mengitlak- membuat gambaran

mental- menganalogi- mereka cipta

STRATEGIBERFIKIR

STRATEGIBERFIKIR

M ENAAKULM ENAAKUL

- mencirikan- membanding dan

membezakan- mengumpul dan mengelas- membuat urutan- menyusun mengikut keutamaan- menganalisis- mengesan kecondongan- menilai- membuat kesimpulan

KEM AHIRANKRITIS

KEM AHIRANKRITIS

KEM AHIRANKREATIF

KEM AHIRANKREATIF

- mengkonsepsi- menyelesaikan masalah- membuat keputusan

Page 36: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

BELAJAR CARA BELAJAR

Page 37: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

• Menyediakan murid berupaya belajar sendiri tanpa guru.

• Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.

• Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.

• Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain.

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Page 38: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)

SUMBER

MAKLUMAT

Bahan bercetak

Bahan audiovisual

Sumber berasaskan komputer Contohnya buku, majalah,

monograf, surat khabar, jurnal dan laporan.

Contohnya filem, video, aset, cakera laser,

mirofilem, mikrofis, pita magnetik

Contohnya dalam talian dan luar talian, cakera

padat, dan internet.

Contohnya ibu bapa, guru, pakar bidang,

tokoh dan sebagainya.

Sumber berasaskan manusia

SUMBER MAKLUMAT

Page 39: Bmm3101 pembentangan kemahiran bernilai tambah (pembentangan)