pembentangan proposal kajian tindakan ppt

19
Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Perkataan Dengan Suku Kata Tertutup Pola KV + KVK, KVK + KV, KVK + KVK Oleh : Mohamad Hairulamri Bin Nordin

Upload: mohamad-hairulamri

Post on 09-Jul-2016

343 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Pembentangan Proposal Kajian Tindakan

Tajuk : Meningkatkan Kemahiran Murid Membaca Perkataan Dengan Suku Kata Tertutup Pola KV + KVK,

KVK + KV, KVK + KVK

Oleh : Mohamad Hairulamri Bin Nordin

Page 2: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Pengenalan

• Membaca merupakan satu kemahiran yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Untuk membaca dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kemahiran membaca dengan baik kerana kemahiran ini merupakan perkara asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang murid bermula dari Tahun 1 lagi. Kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan.

• Setelah beberapa kali sesi pengajaran, saya dapati terdapat beberapa orang murid tahun 4 yang masih tidak menguasai kemahiran membaca terutamanya yang melibatkan suku kata tertutup. Masalah ini dapat saya kenal pasti apabila menyuruh murid membaca petikan teks secara individu. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu diberi penekanan ialah meningkatkan tahap kemahiran membaca mereka. Hal ini kerana membaca merupakan asas kepada sesuatu ilmu. Oleh itu satu kajian telah dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca ini.

Page 3: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

• Setelah beberapa kali sesi pengajaran saya dapat mengesan pelbagai masalah pembelajaran murid-murid kelas ini. Selain masalah pembelajaran terdapat juga masalah tingkah laku murid ang sering mengganggu perjalanan dan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan.

• Masalah yang paling ketara ialah tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca. Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat murid yang langsung tidak mampu membaca perkataan dengan suku kata tertutup. Hal ini telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Apabila murid tidak menguasai kemahiran membaca, maka sukar untuk murid tersebut memahami isi pelajaran lain yang akan disampaikan. Selain dari tidak mampu membaca perkataan dengan suku kata tertutup, terdapat juga murid ang masih tidak mampu membattangkan suku kata tertutup. Masalah ini dapat dikesan apabila saya menjalankan aktiviti membaca secara individu petikan teks yang saya sediakan.

• Setelah saya analisis kesemua masalah-masalah yang saya hadapi, saya dapati masalah membaca sangat memberi kesan dalam bilik darjah. Saya beranggapan sedemikian kerana kegagalan menguasai kemahiran membaca menyebabkan murid tidak dapat membaca dengan betul dan lancar malah mereka tidak akan dapat menjawab soalan yang akan dikemukakan. Kemahiran membaca perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran (PNP). Pada kebiasaannya ramai murid tahap satu masih lemah dalam kemahiran membaca. Namun demikian masih terdapat juga murid tahap dua yang masih tidak menguasai kemahiran ini. Hal ini perlu diatasi kerana kegagalan menguasai kemahiran ini akan mengganggu penguasaan kemahiran lain. Oleh yang demikian saya berhasrat untuk memfokuskan masalah kemahiran membaca murid saya ini dalam kajian tindakan yang akan saya laksanakan.

Page 4: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Isu Kajian

• Masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam kemahiran membaca ialah melibatkan membatangkan suku kata tertutup, membaca perkataan suku kata tertutup dan membaca perkataan yang mempunyaii lebih daripada dua suku kata terutama yang melibatkan suku kata tertutup.

• Hasil daripada pemerhatian saya serta hasil ujian diagnostik yang telah dijalankan saya dapati masalah membaca perkataan dengan suku kata tertutup amat ketara.

• Terdapat sampel saya yang langsung tidak boleh membatangkan suku kata tertutup. Murid didapati masih tidak dapat membaca perkataan dua suku kata yang lebih sukar seperti ‘rancak’, ‘botak’, ‘lembut’, ‘borang’ dan ‘kentang’. Murid gemar membunyikan perkataan mengikut sesuka hati mereka berdasarkan bunyi terhampir.

• Oleh itu kajian ini difokuskan kepada meningkatkan kemahiran membaca perkataan dua suku kata. Pola yang difokuskan dalam kajian ialah pola suku kata tertutup iaitu pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.

Page 5: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Objektif Kajian

• Objektif kajian ini adalah seperti berikut : i) Meningkatkan kemahiran murid membaca perkataan dua

suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.ii) Mengesan tindakan yang paling sesuai bagi meningkatkan

kemahiran murid membaca perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.

iii) Mengesan perubahan tingkah laku murid dalam aktiviti membaca perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV.

Page 6: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Soalan Kajian• Kajian ini menyediakan tiga soalan kajian iaitu :i) Adakah kemahiran murid membaca perkataan dua suku

kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV dapat ditingkatkan?

ii) Adakah terdapat tindakan yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran murid menulis membaca perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV?

iii) Apakah berlaku perubahan tingkah laku murid dalam aktiviti membaca perkataan dua suku kata dengan pola KV+KVK, KVK+KVK, dan KVK+KV?

Page 7: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Kepentingan Kajian

• Kajian ini diiharapkan dapat member manfaat kepada semua pihak terutamanya kepada murid-murid supaa dapat menguasai kemahiran membaca dan dapat memudahkan mereka untuk menguasai kemahiran serta lebih memahami pelajaran bahasa Melayu yang lain. Selain itu saya berharap agar kajian ini dapat membantu guru bahasa Melayu dalam mencari dan menggunakan kaedah yang betul untuk mengajar kemahiran membaca kepada murid. Selain itu, diharap kajian ini dapat membantu pihak-pihak lain dalam usaha meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

Page 8: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

• Kepentingan kajian ini juga diambil kira kepada :i) MuridMembanttu murid untuk meningkatkan kemahiran membaca sekaligus memupuk minat murid

untuk membaca serta menjadikan murid lebih berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.

ii) Gurukajian ini diharapkan dapat membantu guru mengatasi masalah kemahiran membaca dalam

kalangan murid. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran guru-guru dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang menarik agar dapat membantu murid menguasai kemahiran membaca dengan lebih mudah.

iii) Pihak sekolahMenyatakan kepada pihak sekolah tentang masalah yang dihadapi oleh guru berkaitan dengan

masalah murid yang lemah dalam kemahiran membaca. Oleh itu, pihak sekolah patut membantu guru-guru dalam membina dan menyediakan bahan bantu mengajar bagi menolong guru menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

iv) Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan.Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan (JPNK) perlu mengambil

inisiatif dengan mengadakan kursus, bengkel dan latihan secara intensif kepada guru-guru bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran, teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian bagi mengajar murid-murid menguasai kemahiran membaca.

Page 9: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Definisi Istilah

i) MeningkatkanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), meningkatkan bermaksud

meninggikan tahap kedudukan. Dalam kajian saya, meningkatkan ini membawa maksud membawa perubahan dari yang lemah kepada yang lebih baik dari segi kemahiran membaca.

ii) Kemahiran Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), kemahiran bermaksud kecekapan

atau kepandaian. Kemahiran yang dimaksudkan dalam kajian saya bermaksud murid menguasai sesuatu perkara tersebut yakni dalam konteks kajian ini ialah murid dapat menguasai kemahiran membaca.

iii) Murid Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) menyatakan bahawa murid ialah orang atau

anak yang sedang belajar atau berguru, pelajar atau penuntut. Dalam kajian ini, murid yang terlibat ialah sampel kajian saya yakni seramai lima orang murid.

Page 10: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

iv) MembacaMembaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan untuk menjelaskan maksud

bacaan. Secara asasnya, membaca mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman. Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).

Berdasarkan dua definisi tersebut jelas bahawa kemahiran bahasa merupakan satu kemahiran bahasa yang sangat penting dan perlu dikuasai sebagai asas untuk menguasai kemahiran bahasa yang lain serta untuk mmemudahkan murid menguasai bidang ilmu yang lain.

Page 11: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Sorotan Kajian

• Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan sebelum ini, terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah atau teknik-teknik meningkatkan kemahiran membaca murid.

• Kajian ini dilaksanakan bagi mengatasi masalah-masalah murid dalam menguasai kemahiran membaca. Antara pengkaji-pengkaji yang terlibat dalam mengkaji permasalahan ini ialah Nur Nadiyah (2010), Roziah (2005), Mazni Othman (2007), Siti Nor Farizah (2011), Munalizatul (2011).

Page 12: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN

• Terdapat pelbagai model kajian tindakan yang dikemukakan bagi membantu para pengkaji menjalankan kajian di dalam bilik darjah. Antara model yang boleh digunakan sebagai model kajian ialah model Kemmis dan Mctaggart, Kurt Lewin, John Elliot, dan pelbagai lagi. Namun dalam kajian saya ini saya telah memilih untuk menggunakan model Kemmis dan Mctaggart (1988) sebagai reka bentuk kajian ini.

Page 13: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Carta Aliran

Merancang Tindakan

PelaksannanPemerhatian

Merefleksi Merancang Tindakan

PelaksannanPemerhatian

Merefleksi

Kitaran PertamaKitaran kedua

Page 14: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Kumpulan Sasaran

• Kajian ini telah dijalankan kepada murid tahun lima Ehsan Sekolah Kebangsaan Dato Hasyim(2).

• Kelas ini mempunyai bilangan ahli seramai empat orng murid perempuan dan 23 orang murid lelaki.

• Satu ujian diagnostik telah dijalankan terhadap murid kelas empat Ehsan ini.

• Seramai 5 orang murid tidak hadir dan telah digugurkan daripada kajian ini dan menjadikan bilangan murid yang mengikuti ujian ini hanya 23 orang sahaja.

• Tujuan ujian diagnostik ini diadakan ialah untuk menentukan fokus kajian daan juga menentukan sampel kajian saya.Keputusan

ujian diagnostik

Page 15: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Pelaksanaan Tindakan.

• Mengenal kaedah fonik• Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memilih tiga

tindakan yang akan digunakan bagi membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membaca. Antara tindakan yang saya gunakan ialah ‘fonik berirama’, ‘satukan kami’ dan ‘jangan pisahkan,. Diharapkan ketiga-tiga tindakan yang akan dijalankan ini dapat mencapai semua objektif kajian yang telah saya tetapkan.

Page 16: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Tindakan satu •Kaedah Fonik Berirama

Tindakan Kedua •Kaedah satukan kami

Tindakan ketiga •Jangan pisahkan

Page 17: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Kaedah Pengumpulan Data

• Pelbagai instrumen telah saya gunakan bagi mengumpul data kajian tindakan saya ini. Instrumen-instrumen ini membantu saya dalam mengumpul data dan menyokong kajian yang telah saya lakukan. Antara instrumen yang telah saya gunakan ialah pemerhatian, temu bual, ujian, dan analisis dokumen.

Page 18: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Jadual Pelaksanaan Tindakan

Klik di sini

Page 19: Pembentangan Proposal Kajian Tindakan Ppt

Kos Kajian

Klik di sini