laporan pembentangan
DESCRIPTION
laporanTRANSCRIPT
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Model- model dan Konsep Kemahiran Hidup dalam Pendidikan Khas
1.0 Pengenalan
1.1 Pengenalan Pendidikan Khas
Pendidikan Khas ialah satu bidang yang berkaitan dengan kaedah, teknik dan
penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan ke arah pengurusan dan pembelajaran
yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendak – kehendak khas. Dari segi praktiknya
pendidikan khas merupakan pendidikan individual dengan kaedah – kaedah pengurusan yang
bersistematik dari segi susunan fizikal, alatan – alatan khas dan kaedah pengajaran khas.
Kesemua intervensi – intervensi yang dibuat ini semata – mata untuk menolong kanak – kanak
khas untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk membolehkan
mereka berdikari.
Pendidikan khas juga satu program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai
keperluan muri – murid khas. Perkara ini termasuk penggunaan bahan – bahan khas, peralatan
khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.
“Pendidikan Khas merujuk pada pendidikan bagi kanak – kanak luar biasa iaitu kanak – kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi yang tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa hinggakan mereka tidak faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.
(Chua Tee dan Koh Boh Boon,1992).
Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu
bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperlua kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang
di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan dalam
usaha menggalakkan satu perkembangan yang optima dalam diri seseorang bagi menjadikan
mereka sebagai seseorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu
1
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
merancang dan menguruskan kehidupan dan menyedari potensi diri mereka sebagai individu
selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2 Pengenalan Kemahiran Hidup Pendidikan Khas
Kemahiran Hidup merupakan satu set kemahiran yang dimiliki oleh manusia yang
diperoleh secara pembelajaran atau pengalaman secara terus yag digunakan dalam mengatasi
masalah dalam kehidupan seharian seseorang.
Kemahiran hidup ini merupakan satu kebolehan untuk melakukan satu tingkah laku yang
positif bagi membolehkan seseorang individu mengatasi secara berkesam segala masalah dan
cabaran dalam kehidupan harian seseorang.
2.0 Bidang Kemahiran Hidup
2.1 Model Kognitif
Dalam bahagian ini, para pelajar Pendidikan Khas akan diajar tentang kemahiran kognitif
atau kemahiran untuk mereka membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Teori ini
merujuk kepada cara atau kaedah otak seseorang individu itu memproses segala maklumat yang
diperoleh.
Model ini banyak memfokuskan kepada aspek mental dalaman individu berbanding
dengan reaksi luaran atau tingkah laku yang dapat dilihat oleh mereka.
2.2 Model Perubatan
Model perubatan berlaku disebabkan berlakunya kecelaruan organik atau penyakit. Ia
akan menyebabkan seseorang individu itu mengalami masalah pembelajaran dan juga masalah
tingkah laku devian. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan kanak-kanak yang mengalami
masalah hiperaktif.
2
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya ketidakupayaan ini, antaranya
adalah masalah sarah, genetik, persekitaran dan juga kesilapan biologi. Walaubagaimana pun,
terdapat langkah-langkah yang boleh digunakan untuk mengatasi permasalahan ini iaitu dengan
menggunakan kvaedah diagnosis dan juga mengadakan rundingan yang kerap dengan pakar.
2.3 Model Tingkah Laku
Model tingkah laku merupakan satu dasar kepada kaedah yang amat bermakna dalam
bidang pendidikan khas, iaitu Penganalisisan tingkah laku seseorang. Kaedah atau model ini
banyak memfokuskan kepada tingkah laku seseorang yang dapat dilihat (external) pada
persekitaran dan juga bagaimana mereka memanipulasikan keadaan tersebut untuk mengubah
tingkah laku mereka.
2.4 Model Ekologi
Menurut Apter dan Conoley (1984), tingkah laku seseorang dipengaruhi oleh interaksi
individu lain dan juga sifat-sifat persekitarannya. Model ini menceritakan mengenai penyesuaian
individu terhadap persekitaran dan juga kesan kuasa persekitaran. Teori ini dibahagi kepada dua
kategori iaitu kategori benda hidup dan juga benda bukan hidup.
2.5 Model Kemanusiaan
Setiap manusia di atas muka bumi ini ada kecenderungan , matlamat, dan juga cita-cita
yang tersendiri. Setiap individu akan cuba untuk memenuhi setiap matlamat mereka dengan
sedaya upaya. Keinginan asas untuk menjadi apa yang diimpikan ini dinamakan sebagai aktiviti
penentuan kendiri.
3.0 Aktiviti Kemahiran Hidup dalam Pendidikan Khas
3.1 Pemeliharaan Haiwan
Dalam aktiviti ini, para pelajar pendidikan khas akan diberi serta diajar pengetahuan
untuk mengenal jenis-jenis haiwan serta mengenal pasti bagaimana untuk menjaga haiwan
peliharaan ini. Guru-guru akan memperkenalkan setiap jenis haiwan kepada para pelajar mereka
dengan mengedarkan kad-kad bergambar haiwan kepada pelajar-pelajar mereka supaya mereka
lebih mengenali dan lebih memahami ciri-ciri serta cara-cara untuk menjaga haiwan berkenaan.
3
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Kaedah ini dikatakan lebih memberi impak kepada pelajar pendidikan khas kerana
suasana pembelajaran yang lebih menarik dan meriah dapat menarik minat pelajar-pelajar
berkenaan.
3.2 Kemahiran Menjahit
Dalam kemahiran ini, pelajar akan didedahkan tentang kemahiran asas dalam
menjahit. Sebelum memulakan sesi pengajaran, guru-guru akan memperkenalkan nama-nama
setiap alatan menjahit itu kepada para pelajar supaya mereka mengetahui jenis dan fungsi alatan
berkenaan.
Selain itu, guru akan mengedarkan kertas-kertas latihan untuk melihat tahap
kefahaman pelajar. Mereka juga akan diajar supaya menjahit sendiri untuk melihat keupayaan
merekadalam mengaplikasikan pengetahuan yang telah diajar.
3.3 Kemahiran Berkebun
Kemahiran Hidup perkebunan merupakan salah satu komponen kemahiran hidup bagi
program integrasi bermasalah pembelajaran di kebanyakan sekolah yang menyediakan
perkhidmatan pendidikan khas.Tumpuan utama kemahiran hidup perkebunan adalah kepada
perkembangan motor halus, motor kasar dan pengamatan.
Kemahiran hidup yang diperolehi oleh pelajar melalui perkebunan merupakan satu
persedian dengan kemahiran asas dalam kehidupan seharian supaya pelajar berdikari dengan
sempurna dan lebih berkeyakinan. Semua pelajar terlibat bersama dalam pengajaran dan
pembelajaran perkebunan dengan bimbingan guru.
Pengetahuan Kemahiran hidup perkebunan disampikan kepada pelajar-pelajar di bawah
Program Integrasi Bermasalah Pembelajaran . Semua guru turut terlibat dalam perkebunan dan
membimbing pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui kemahiran asas perkebunan
yang boleh dijadikan panduan hidup bagi pelajar-pelajar yang mempunyai minat dan
kebolehan berkebun .
Pelajar yang berjaya melepasi Penilaian Menegah Rendah (PMR) , kategori ( bermasalah
pembelajaran ) diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di bidang Vakosional di sekolah-
4
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
sekolah Vakosional Malaysia . Sebagai guru pendidikan khas ,telah menjadi tanggugjawab
untuk menyampaikan kemahiran perkebunan bagi memastikan pelajar berkeperluan khas
memperolehi kemahiran yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.
3.4 Kemahiran Memasak
Kemahiran ini diajar kepada pelajar-pelajar pendidikan khas supaya mereka dapat
mengetahui nama dan kegunaan alatan serta kelengkapan dapur untuk memask. Selain itu para
pelajar juga dapat mengetahui amalan keselamtan dan kebersihan dapur. Para pelajar juga akan
didedahkan tentang kaedah-kaedah memasak yang betul supaya mereka dapat berdikari suatu
masa nanti. Pengajaran iniamat mementingkan agar para pelajar dapat menyedia, memasak,
menghias, menyaji masakan dengan sempurna dan baik.
Ketika sesi pengajaran ini berjalan, para pelajar akan dibimbing oleh guru-guru mereka
bagi memastikan bahawa mereka faham mengenai segala penerangan dan proses yang akan
dilalui oleh mereka ketika proses memasak ini berjalan.
3.5 Kemahiran Perniagaan
Kemahiran ini dinamakan sebai Program Transisi. Ia bertujuan untuk melatih pelajar
pendidikn khas untuk berusniaga dan memupuk rasa minat dalam bidang perniagaan. Dengan
wujudnya program seperti ini, pelajar pendidikn khas akan mendapat pendedahan awal dalam
selok belok perniagaan. Kemahiran ini dapat mereka praktikkan kelak dalam hidup mereka untuk
berdikari.
Selain itu, pelajar-pelajar pendidikan khas ini juga dapat memahirkan diri mereka dengan
urusan yang melibatkan wang. Hal ini dapat memastikan pelajar-pelajar ini dapat belajar secara
praktikal bagaimana untuk menerima dan memulangkan wang kembali.
5
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
4.0 Hasil Pembelajaran Kemahiran Hidup Kepada Pelajar Pendidikan Khas
4.1 Pengurusan Diri
Dalam aspek pengurusan diri ini, para pelajar pendidikan khas dilatih oleh guru-guru
mereka untuk mengurus segala keperluas asas diri seperti menggosok gigi, mencuci muka,
mandi, memakai baju dan juga menikat rambut.
Jika ketika dirumah, pelajar-pelajar ini dibantu oleh ibu bapa mereka untuk mengurus
diri, tetapi di sekolah mereka dilatih untuk menguruskan sendiri tentang aspek pengurusan diri
supaya mereka dapat berdikari dan melakukannya tanpa meminta bantuan orang lain terutama
ibu bapa mereka.
4.2 Tingkah Laku
Aspek tingkah laku pula dapat dilatih kepada pelajar-pelajar pendidikan khas ini dengan
lebih mudah apabila mereka dilibatkan dengan aktiviti bersama masyarakat disekeliling mereka.
Setiap pelajar pendidikan kha mempunyai dua cirri tingkah laku iaitu tingkah laku posotif dan
juga tingkah laku negatif (Robert H Woody, 1969).
Tingkah laku positif merujuk kepada satu perkembangan yang baik tetapi sebenarnya ia
mengganggu individu disekeliling mereka. Semasa proses pembelajaran berlaku, tingkah laku
positif dapat dilihat pada perasaan ingin tahu pelajar berkenaan dan juga terlalu cepat belajar.
Hal ini dilihat seakan mengganggu proses pengajaran.
Tingkah laku negatif pula merujuk kepada tingkah laku distruptif, distruktif,
pengasingan diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan. Dalam aspek pengajaran,
tingkah laku negatif dapat dilihat dalam aspek gangguan yang dilakukan mereka terhadap proses
pengajaran yang berlaku.
Hasil pembelajaran kemahiran hidup ini yang akan mengubah tingkah laku tersebut
menjadi tingkah laku yang lebih baik supaya ia tidak mengganggu rakan-rakan mereka dan juga
proses pembelajaran.
6
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
4.3 Hubungan Sosial
Pembelajaran kemahiran hidup kepada pelajar pendidikan khas akan membantu mereka
untuk bergaul dan menjalinkan hubungan dengan orang sekeliling mereka. Mereka sering kali
merasakan diri mereka terasing daripada kehidupan masyarakat kerana kekurangan yang dialami
oleh mereka dan mereka merasakan mereka tersisih. Dengan adanya pengajaran kemahiran hidup
ini guru-guru dapat membantu mereka untuk bergaul dengan masyarakat dengan lebih baik.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat membantu mereka untuk memahami
persekitaran mereka. Mereka juga akan merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada
masyarakat. Dengan adanya aktiviti seperti pertanian, memasak, perniagaan dan juga aspek
pengurusan diri, mereka dapat merasai kehidupan seperti individu normal yang lain. Justeru itu,
mereka tidak akan merasakan seakan-akan merasa tersisih.
4.4 Kehidupan
Hasil pembelajaran subjek kemahiran hidup ini, pelajar-pelajar pendidikan khas dapat
mengaplikasikanya dalam kehidupan seharian mereka. Dengan sesi pembelajaran ini, mereka
dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
mereka.
Selain itu, mereka juga dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk
berkomunikasi, berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tatasusila masyarakat di negara
kita. Dengan adanya pengajaran kemahiran hidup dalam diri setiap pelajar pendidikan khas,
mereka dapat memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
Mereka juga akan dapat mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
mereka. Selain daripada itu, kemahiran kreatif dan juga estetika untuk menghargai keindahan
alam dan warisan budaya juga dapat disemai dalam kehidupan pelajar pendidikan khas.
7
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
5.0 Penutup
Pendidikan Khas ialah suatu program pengajaran yang direka bentuk berpandukan ciri-
ciri individu untuk memenuhi keperluan individu yang berpendidikan khas. Matlamat paling
utama dalam pendidikan khas ialah untuk mencari dan membangkitkan keupayaan kanak-kanak
berkeperluan khas. Pengajarannya yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan
pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan
peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum biasa atau perkhidmatan sekolah
biasa (Jabatan Pendidikan Khas, 2003).
Menurut Hallahan dan Kaufman, Pendidikan Khas ialah pengajaran yang direka bentuk
untuk memenuhi keperluan istimewa kanak-kanak berkeperluan khas. Pendidikan Khas
diterangkan dalam pelbagai perspektif. Pendidikan khas sebagai proses mencegah, menghapus
atau mengatasi halangan yang mungkin menyebabkan pelajar daripada penyertaan aktif dalam
sekolah atau masyarakat (Heward, 2000).
Kemahiran Hidup Pendidikan Khas pula membawa maksud satu tingkah laku yang
direncanakan untuk pelajar berkeperluan khas supaya mereka melakukan sesuatu secara positif
supaya mereka dapat mengharungi cabaran kehidupan dengan lebih mencabar.
Secara keseluruhannya, pembelajaran kemahiran hidup yang diterapkan dalam
pengajaran kepada pelajar pendidikan khas ini dilihat membawa impak yang positif kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas ini. Mereka dilihat mampu berdikari tanpa mengharapkan
bantuan orang lain dalam mengurus diri mereka hasil daripada sesi pengajaran kemahiran hidup
ini.m diri pelajar pendidikan khas
Setiap aktiviti yang direncanakan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas ini juga dilihat
mampu membina keyakinan dalam diri pelajar pendidikan khas untuk berinteraksi dengan dunia
luar dan juga untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang normal tanpa mempunyai rasa
rendah diri.
Hasil daripada pembelajaran ini, pelajar-pelajar pendidikan khas, pelajar-pelajar
pendidikan khas akan merasakan yang mereka juga dapat meneruskan kehidupan dengan lebih
ceria dan juga dengan lebih baik kerana mereka dilatih untuk mengurus kehidupan dan juga
8
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pergaulan antara mereka dengan
masyarakat sekeliling mereka.
Mereka dilihat dapat mengaplikasikan segala kemahiran yang diajarkan kepada mereka
dalam usaha mereka untuk meneruskan kehidupan mereka kelak. Segala kemahiran yang
dipelajari mereka ini dapat mereka gunakan dalam kehidupan mereka sama ada dala aspek
kehidupan mahupun aspek pekerjaan mereka kela. Ia dapat membantu mereka untuk meneruskan
kelangsungan hidup
6.0 Rujukan
Chua Tee Tee, Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan Bacaan Asas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hallahan, D. P., Kauffman, J. M., & Lloyd, J. W. (1985 [2nd Ed.] Introduction to learning disabilities. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall.
Heward, W.L.: (2000) Exceptional Children: An Introduction to Special Education New Jersey. Prentice-Hall
Jabatan Pendidikan Khas (2003). Sukaktan Pelajaran Pendidikan Khas BermasalahPembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur : KementerianPendidikan Malaysia.
Juwita bt. Ahmad (2003). Penguasaan Guru-guru Pendidikan Khas Dalam Mata PelajaranKemahiran Hidup Kurikulum Pendidikan Khas Program Integrasi BermasalahPembelajaran. Projek Sarjana Muda, Universisi Teknologi Malaysia
Mok Soon Sang (1992). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Panel Latihan Unit Pendidikan Khas (1999). Definisi, Konsep dan Dasar PelaksanaanDalam Pendidikan Khas. Johor : Unit Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan NegeriJohor.
Richard M. Gargiulo (2003) Young Children With Special Needs. New Jersey, Thomson/Delmar Learning.
9
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
7.0 Lampiran
Gambar 1.1 Aktivit Pertanian Pelajar Pendidikan Khas
Sumber:Kajian Lapangan (2014)
Gambar 2.0 Aktiviti Pengurusan Diri
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
10
KONSEP ASAS DAN MODEL PENGAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
Gambar 3.0 Aktiviti Memasak Pelajar Pendidikan Khas
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
Gambar 4.0 Aktiviti Jualan Pelajar Pendidikan Khas
Sumber: Kajian Lapangan (2014)
11