slide pembentangan

12
INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN I-DICA 2012 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Penilaian Berasaskan Tugasan Pelajar (Teaching and Learning Approach Through Task- Based Assessment) MOHD. ROZUWAN BIN ZAKARIA MUHD. ZUWAIRI BIN ABD. RANI NOR MAIZURA BINTI HARUN

Upload: rozuwan75

Post on 25-May-2015

697 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide pembentangan

INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN I-DICA 2012

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Penilaian Berasaskan Tugasan

Pelajar (Teaching and Learning Approach Through

Task-Based Assessment)

MOHD. ROZUWAN BIN ZAKARIAMUHD. ZUWAIRI BIN ABD. RANI

NOR MAIZURA BINTI HARUN

Page 2: Slide pembentangan

Inovasi P&P ini berfokus kepada pendekatan kaedah P&P melalui pelaksanaan instruksional yang dinamakan sebagai Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Melalui Penilaian Berasaskan Tugasan Pelajar (Teaching and Learning Approach Through Students Task-Based Asessment) . Kaedah ini terdiri daripada gabungan dua pendekatan aktiviti pembelajaran sebelum kuliah iaitu pelaksanaan Knowledge Survey (KS) dan Aktiviti Pra-Kuliah. Kaedah ini akan dilaksanakan kepada pelajar KMPk Modul I dan III pada sesi 2012/2013 akan datang. Pelajar akan mengakses portal dan menjawab soalan Knowledge Survey berasaskan kandungan subjek yang disusun mengikut Hierarki Taksonomi Bloom. Bagi aktviti pra-kuliah pelajar perlu menjawab soalan-soalan dalam lembaran kerja (worksheet) mengikut topik yang disesuaikan dengan nota kuliah sebelum menghadiri kuliah. Lembaran kerja ini boleh diakses oleh pelajar melalui portal pembelajaran unit biologi dan 5% daripada markah tugasan diambil daripada markah lembaran kerja yang telah dilengkapkan oleh pelajar.

ABSTRAK

Page 3: Slide pembentangan

ISU YANG HENDAK DISELESAIKAN

a) Pelajar tidak membuat sebarang persediaan sebelum menghadiri sesi syarahan dan ini menyebabkan pelajar tidak dapat memahami konsep-konsep sukar yand disampaikan semasa syarahan.

b) Pelajar berhadapan dengan pelbagai istilah-istilah dan konsep-konsep baharu dalam subjek biologi dan menyukarkan mereka untuk memahami syarahan dengan baik.

c) Pelajar lebih memberi tumpuan kepada aktiviti menyalin nota berbanding memberi tumpuan terhadap syarahan yang disampaikan oleh pensyarah.

d) Pengajaran secara syarahan adalah bersifat pasif yang terbukti kurang keberkesanannya berbanding pembelajaran secara aktif.

Page 4: Slide pembentangan

KAEDAH/TEKNIK P&P

Page 5: Slide pembentangan

PENYELIDIKAN YANG DIBUAT

‘’Pre-class online quiz’’ yang menggalakkan pelajar untuk melengkapkan bacaan sebelum kuliah atau kelas telah menghasilkan prestasi pelajar yang lebih baik dalam peperiksaan.

(Johnson dan Kivineimei, 2009)

Page 6: Slide pembentangan

PENYELIDIKAN YANG DIBUAT

‘’Just in time teaching’’(JiTT) merupakan strategi pedagogi yang pada awalnya dibangunkan untuk kegunaan dalam bidang fizik telah menggunakan ‘’Pre-class assignment’’(tugasan pre-kelas) dalam membangkitkan pemikiran pelajar terhadap kuliah yang akan datang

(Novak dan Petterson , 2000).

Page 7: Slide pembentangan

PENYELIDIKAN YANG DIBUAT

Knowledge Survey (KS) bertujuan

meningkatkan keupayaan pelajar untuk membuat penilaian kendiri (self-assess) meliputi keseluruhan aras kognitif kandungan subjek

(Jon Clauss and Kevin Geedey, 2010).

Page 8: Slide pembentangan

BAHAN/PERISIAN YANG DIGUNAKAN

• Portal KMPk dengan Perisian MOODLE• Perisian Hot potatoes• Pre-Lecture Reading Guided Worksheet• Biology Knowledge Survey Online

Page 9: Slide pembentangan

LAIN-LAIN MAKLUMAT BERKAITAN

Hasil maklumbalas pelajar selepas menggunakan Biology Knowledge Survey secara dalam talian boleh dianalisa dengan menggunakan perisian MOODLE.

Berikut adalah contoh paparan analisa pada portal:

Page 10: Slide pembentangan

Contoh Paparan Analisa Dalam Portal

Skala Penguasaan Mengikut Soalan: < 50 - Lemah, 50 - 75 - Sederhana, > 75 - Baik

Page 11: Slide pembentangan

ANALISA DATA

Page 12: Slide pembentangan

KESIMPULAN

Penghasilan inovasi seumpama ini diharap dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya pada masa akan datang dengan adanya kemudahan infrastruktur yang mencukupi bagi menyokong usaha menjadikan pembelajaran bersifat maya.