pembentangan moral.pptx

32
Tanggungjawab dan Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Merealisasikan Aspirasi Negara Disediakan oleh: Nur Atiqah Binti Abd. Hamid (920208-12-5390) PISMP Bahasa Inggeris 1 Semester 5 Ambilan Januari 2012

Upload: muhamad-ali

Post on 17-Jan-2016

271 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: pembentangan moral.pptx

Tanggungjawab dan Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Merealisasikan

Aspirasi Negara

Disediakan oleh:Nur Atiqah Binti Abd. Hamid

(920208-12-5390)PISMP Bahasa Inggeris 1

Semester 5 Ambilan Januari 2012

Page 2: pembentangan moral.pptx

Pengenalan

Page 3: pembentangan moral.pptx

Definisi Guru

Guru juga dikenali sebagai

pembimbing, pendidik dan juga

pengajar

Guru yang cemerlang bertindak sebagai

mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid,

mudarris

Dalam masa yang sama sebagai

fasilitator, pembimbing dan

kaunselor

Page 4: pembentangan moral.pptx

Definisi Mu’alimMu’alim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga

bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk

murid-muridnya

Seorang mu’allim lebih memfokuskan

kepada ilmu akal

Isi kandungan pendidikan hendaklah disampaikan

berserta ilmu yang mempunyai kaitan dengan

nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan

bermoral.

Page 5: pembentangan moral.pptx

Definisi Murabbi

Konsep murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani, fizikal dan mental

Guru murabbi lebih menumpukan kepada

penghayatan sesuatu ilmu, sekaligus membentuk

keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.

Melalui murabbi, Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di dalam diri murid-murid kerana

pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan

dan juga melalui amalan.

Page 6: pembentangan moral.pptx

Definisi Mudarris

Mudarris adalah pengajar yang selari dengan

perkataan guru.

Peranan guru adalah untuk

memperkembangkan kemahiran dalaman dan

luaran murid-murid.

Guru boleh membantu murid-

murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham

Sikap peribadi dan penampilan diri

memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh

murid-murid.

Page 7: pembentangan moral.pptx

Definisi Muaddib

Mu’addib (Ta’dib) pula berasal dari

perkataan adab iaitu bererti budi pekerti.

Mu’addib juga membawa maksud

yang hampir kepada istilah mentor

Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak,

nilai atau proses pembentukan disiplin dan

sikap murid bagi membentuk sahsiah.

Mu’addib berperanan sebagai menyiapkan mu’addab yang

dapat melaksanakan tanggungjawab berat yang

diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan.

Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan

nilai-nilai murni tersebut

Page 8: pembentangan moral.pptx

Definisi Mursyid

Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk

ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.

Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang

bertanggungjawab memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada Allah S.W.T dalam

proses tarbiah yang teratur

Mursyid bertanggungjawab

untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan makna (batin).

Page 9: pembentangan moral.pptx

Definisi “Aspirasi Negara”

Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka (2014),aspirasi membawa maksud keinginan atau kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu

Page 10: pembentangan moral.pptx

Tanggungjawab dan peranan guru dalam Rukun Negara

Page 11: pembentangan moral.pptx

Tujuan Rukun Negara

Rukun Negara (1970) telah dirangka sebagai satu set prinsip panduan hidup

untuk rakyat Malaysia..

Ideologi nasional ini bertujuan untuk mengeratkan perpaduan rakyat berbagai kaum disamping memelihara cara hidup masyarakat yang harmoni, berdemokrasi, adil,

liberal, progresif dan beretika

Page 12: pembentangan moral.pptx

Pernyataan Rukun Negara“Bahawasanya negara kita Malaysia

mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dikalangan seluruh

masyarakat, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dengan berbagai corak, membina satu

masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-

cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan

kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang,

Kesopanan dan kesusilaan.”

Page 13: pembentangan moral.pptx

Rukun 1: Kepercayaan kepada Tuhan

Seorang guru Pendidikan Moral perlulah memahami

kepentingan beragama seterusnya memberi

penekanan terhadap hal ini kepada murid-murid.

Anak-anak kecil yang diterapkan dengan elemen keagamaan dan dikenalkan

kepada mereka tentang siapa itu Tuhan, pasti akan lebih

terdidik dan terjaga akhlaknya.

Guru Pendidikan Moral haruslah menekankan

juga tentang titik persamaan nilai

agama

Guru perlu memberi pendedahan kepada murid-

murid tentang nilai-nilai universal yang ada dalam

setiap agama meskipun setiap agama berbeza dari segi

amalan serta kepercayaan

Page 14: pembentangan moral.pptx

Rukun 2 : Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Malaysia mempunyai ketua iaitu Yang di-Pertuan Agong dan setiap negeri

mempunyai raja atau sultan Yang Dipertua

negeri masing-masing.

Pegangan yang teguh pada prinsip ini dapat melahirkan rakyat seperti menghormati harta awam, menghormati simbol-simbol kedaulatan

negara, mematuhi undang-undang, dan produktif.

Usaha meningkatkan nama baik negara

melalui aktiviti-aktiviti sosial,

ekonomi dan politik

Page 15: pembentangan moral.pptx

Rukun 3 : Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekankan supaya rakyat dapat

menerima, mematuhi, dan mempertahankan

kemuliaan perlembagaan persekutuan Malaysia

Perlembagaan berfungsi memberikan

perlindungan dan hak kepada setiap anggota

masyarakat dalam negara.

Guru hendaklah memberikan pendedahan dan kefahaman kepada murid-murid tentang perlembagaan negara dan isi

kandungannya serta kepentingan perlembagaan itu

sendiri

. Secara tidak langsung, ia akan

mewujudkan semangat cintakan

negara dan tanah air.

Page 16: pembentangan moral.pptx

Rukun 4 : Kedaulatan Undang-undang

Undang-undang adalah penting bagi memastikan

setiap individu dalam sesebuah negara terjamin kebebasan asasi mereka

Undang-undang perlu dipatuhi untuk memastikan

kedaulatannya sentiasa terpelihara.

Tugas seorang guru Pendidikan Moral adalah untuk menerangkan kepentingan mematuhi undang-

undang negara seterusnya menerangkan kesan-kesan sekiranya tidak mematuhi

undang-undang.

. Tujuan utama undang-undang bukanlah untuk

menghukum tetapi untuk mendidik.

Page 17: pembentangan moral.pptx
Page 18: pembentangan moral.pptx

Rukun 5 : Kesopanan dan kesusilaan

Prinsip ini menekankan perkembangan

personaliti, tingkah laku seseorang rakyat yang

sentiasa bersopan-santun dan bertatasusila.

Kesopanan dan kesusilaan dapat dikaitkan dengan tutur kata

individu dan prinsip ini dapat menjamin bahasa yang lembut

dan perbuatan yang halus untuk menjamin hubungan baik sesama

kaum terus kekal.

Menjadi tanggungjawab guru Pendidikan Moral bagi

membentuk sahsiah dan peribadi yang bersopan-

santun dan berbudi pekerti dalam kalangan murid-murid.

Page 19: pembentangan moral.pptx

Tanggungjawab dan peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Page 20: pembentangan moral.pptx

Falsafah Pendidikan Kebangsaan"Pendidikan di Malaysia adalah satu

usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara."

Page 21: pembentangan moral.pptx

Peranan Pertama

□Guru perlulah menyiapkan diri dengan ilmu serta maklumat terkini.

□Ini menunjukkan bahawa guru tersebut mengamalkan budaya menuntut ilmu sepanjang hayat.

□Hal ini sangat penting kerana guru yang berkualiti sentiasa memperkemaskan diri agar sentiasa bersedia untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid.

□Guru yang berilmu dapat mendidik murid menjadi seorang yang juga berilmu.

Page 22: pembentangan moral.pptx

Peranan Kedua□ Guru perlulah berusaha bersungguh-sungguh dalam

menyediakan murid-murid dengan ilmu yang berkualiti agar murid-murid bersedia menghadapi dunia luar kelak.

□ Guru bertanggungjawab memainkan peranan dalam melahirkan murid-murid yang seimbang secara holistik atau menyeluruh.

□ Tanggapan yang mengatakan bahawa seorang murid hanya perlu fokus dalam akademik adalah salah sama sekali.

□ Seorang murid yang cemerlang perlulah seimbang dari segi akademik, kokurikulum dan juga sahsiah.

□ Murid yang hanya cemerlang di dalam peperiksaan tidak boleh dikatakan sebagai murid yang seimbang dan cemerlang secara keseluruhan kerana dia tidak mencakupi seluruh aspek kecemerlangan diri.

Page 23: pembentangan moral.pptx

Peranan Ketiga

□Guru turut bertanggungjawab dalam membangunkan rohani serta mendidik emosi murid-murid.

□Kekuatan rohani dapat dicapai melalui penekanan agama.

□Kebanyakan sekolah di Malaysia, kem ibadat dan seumpamanya telah menjadi salah satu aktiviti tahunan.

□Ini menunjukkan bahawa pihak sekolah menitikberatkan aspek kerohanian kerana mereka mengerti bahawa kerohanian yang mantap mampu mendidik diri para pelajar.

Page 24: pembentangan moral.pptx

□Emosi juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

□Emosi yang sihat dan stabil membolehkan individu memberikan tumpuan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti yang lain.

□Sekiranya seorang murid mempunyai gangguan dari segi emosi, dia tidak boleh menumpukan perhatian. Kesannya, objektif pembelajaran tidak tercapai

Page 25: pembentangan moral.pptx

Tanggungjawab dan peranan guru dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Guru

Page 26: pembentangan moral.pptx
Page 27: pembentangan moral.pptx

Peranan Pertama

□Guru perlulah mengamalkan kemahiran professional iaitu kemahiran berfikir serta kemahiran konstruktif.

□Hal ini kerana para pelajar perlulah dididik untuk menggunakan daya fikir yang tinggi dan minda yang memampukan mereka untuk belajar sepanjang hayat.

□Kemahiran berfikir dan konstruktif juga perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.

Page 28: pembentangan moral.pptx

Peranan Kedua

□Guru juga berperanan dalam menggilap potensi pelajar.

□Sesetengah pelajar tidak mengetahui potensi atau bakat mereka.

□ Jadi, gurulah yang perlu membantu mereka untuk mengetahui potensi mereka sendiri.

□Sekiranya potensi murid tidak diketahui maka murid akan kerugian dan tidak dapat membina diri kearah yang lebih baik.

□Guru haruslah bijak mengaplikasikan teori atau kaedah dalam mengcungkil bakat murid-murid agar tidak disia-siakan begitu sahaja.

Page 29: pembentangan moral.pptx

Peranan Ketiga

□Guru bertindak sebagai role model kepada murid-murid.

□Guru yang sentiasa menunjukkan contoh yang baik seperti membudayakan salam, ucapan terima kasih, minta maaf serta menghormati murid-murid, secara tidak langsung murid-murid akan mencontohi teladan guru tersebut.

□Seandainya guru mengamalkan budaya yang negatif seperti mencarut, menggunakan bahasa yang kasar dan tidak menghormati murid-murid, maka murid-murid juga akan mencontohi guru tersebut bahkan bisa menjadi lebih teruk

Page 30: pembentangan moral.pptx

Peranan Keempat

□ Guru bertindak sebagai pembimbing murid-murid. □ Selain itu, guru juga perlulah memastikan bahawa

muridnya mempunyai kemahiran serta berupaya menangani masalah dengan sendiri.

□ Guru bertanggungjawab dalam memastikan murid-murid berupaya menggunakan segala kemahiran yang ada seperti kemahiran menganalisa, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

□ Guru juga turut menjadi pembimbing dalam membantu murid menangani masalah dalam kehidupan sehariannya seperti masalah keluarga, pelajaran, rakan dan sebagainya.

Page 31: pembentangan moral.pptx

Kesimpulan

Page 32: pembentangan moral.pptx

□ Guru merupakan salah satu agen terpenting dalam menyumbang kearah pembangunan negara iaitu dengan merealisasikan aspirasi negara.

□ Guru mempunyai pengaruh yang besar kerana setiap negeri di dalam Malaysia memerlukan guru di sekolah-sekolah.

□ Oleh yang demikian, produk ataupun sasaran lebih ramai. Maka, guru mempunyai bahagian yang besar dalam merealisasikan agenda negara ini.

□ Tanpa guru, barangkali aspirasi negara memerlukan masa yang lebih panjang untuk dicapai.

□ Disamping membentuk akhlak dan sahsiah murid, guru juga berperanan dalam segenap aspek kehidupan murid tersebut seperti mengajarnya mengenal erti kehidupan selain daripada ilmu yang hanya bisa didapati di dalam bilik darjah.