pembentangan pra3143.ppt

28
IPG KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG ) PRA3143 KUALITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT HJ YAHAYA PPGPRAB/022/06/11 ROMNAH BT BUDIN PPGPRAB/018/06/11 NOOR AISHA BT AHMAD PPGPRAB/009/06/11 NAMA PENSYARAH : PN. LINA LEE ABDULLAH

Upload: siti-noory

Post on 22-Dec-2015

69 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

IPG KAMPUS PULAU PINANG PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (P

PG)PRA3143

KUALITI PENDIDIKAN PRASEKOLAH

SITI NOORYAHMILAWATIMAH BT HJ YAHAYAPPGPRAB/022/06/11

ROMNAH BT BUDINPPGPRAB/018/06/11

NOOR AISHA BT AHMADPPGPRAB/009/06/11

NAMA PENSYARAH : PN. LINA LEE ABDULLAH

TAJUK SOALAN 8

Etika berasal dari perkataan Greek iaitu “Ethos” yang bermaksud watak atau adat resam.

Sebagai seorang pendidik prasekolah, nilai etika ini menjadi panduan dan peradaban bagi meningkatkan kualiti, produktiviti dan disiplin dalam menyalurkan tanggungjawab sebagai

seorang pendidik. Huraikan mengenai etika dan tanggungjawab bagi melahirkan seorang guru

prasekolah yang berkualiti.

Adat resam masyarakat membentuk watak manusia. Kini istilah etika dikaitkan dengan kemoralan dimana individu dalam sesuatu masyarakat bertindak tertakluk kepada budi pekerti moral yang dipersetujui (Keith Goree,1966)

Etika berasal daripada perkataan Greek „ethos‟ yang bermakna watak atau adat resam.

DEFINISI ETIKA

Kamus Dewan Bahasa & Pustaka (1995) mentakrif etika sebagai nilai-nilai yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu kumpulan. Institut Integriti Malaysia (2007) mendefinisikan etika sebagai himpunan nilai dan moral ang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesion. Kamus Oxford (1994) mendefinisi etika sebagai prinsip moral. Mackie (1977) mendefinisikan etika sebagai disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu tindakan. Velasquez, Andre, Shanks, dan Meyer (1987) mentaktif etika sebagai standard salah dan betul yang harus dilakukan manusia untuk memastikan keadilan. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) mentakrif etika sebagai satu set peraturan tingkah laku yang meletakkan apa yang harus dibuat dan jangan dibuat.

ETIKA GURU MALAYSIA

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.

ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan enam prinsip iaitu niat yang betul, perlakuan yang baik, penggerak ke arah kebaikan, memperkotakan apa yang dikatakan, berdisiplin dan beradab serta menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil usaha organisasi.

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAWalaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.Nilai-nilai itu adalah:•Amanah•Benar•Bijaksana•Bersyukur•Dedikasi•Ikhlas•Penyayang

Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat

dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

.Nilai Etika yang perlu ada pada

seorang guru prasekolah

1.Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan.

2. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

3. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.

4. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi .

Ciri-ciri guru prasekolah yang berkualiti

•Mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat.•Mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik.•Mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakkan orang..Bersikap profesiona

.

•Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.

•Kaya ilmu.

•Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.

•Bermoral teguh

•Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran

•Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.•Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid•Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.•Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.•Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.

•Berupaya melahirkan 'prasekolah berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.

•Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.

•Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).

•Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.

•Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.

Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

NILAI ETIKA BERTANGGUNGJAWAB MELAHIRKAN SEORANG

GURU PRASEKOLAH YANG BERKUALITI

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.

4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua

kepentingan lain seperti kepentingan

masyarakat, persatuan atau persendirian.

5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan.

7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.

8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.

9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.

11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara.

13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.

14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.

15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya.

16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.

18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.

19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.

20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.

21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.

22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Kesimpulan

Etika yang ditunjukkan oleh guru prasekolah melalui kod etika perguruan dan prinsip-prinsip etika ini, sedikit sebanyak menjadi guru prasekolah sebagai role –model kepada anak didiknya. Senario ini mempengaruhi etika pelajar dan membantu pembentukan modal insan pada masa akan datang. Tingkah laku guru yang berdisiplin dan terikat dengan garis panduan Etika Perguruan membantu memperkembangan potensi pelajar ke arah satu pembentukan individu yang berjaya dan menjadikan pelajar lebih cenderung kepada melakukan perkara-perkara y

ang positif.

RUJUKAN

Institut Tadbiran Awam Negara. (1994). Citra Karya: Falsafah, Nilai dan

Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Kuala Lumpur: INTAN.

Wan Sabri Wan Hussin (2004).Etika Dan Amalan Perniagaan.Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur

Dr Mohammad Diah Jurini. (2003). Profesional EthicsPusat

Perkembangan Kurikulum, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan

Sivik Dan Kenegaraan Tingkatan 4

Nota PTK Etika Kerja, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Bahagian

Pembangunan Dan Kompetensi Penilaian KPM.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran

DanKualiti. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohammed Sani Bin Ibrahim. 1992. Satu Penilaian Terhadap

Pendidikan Guru Dalam Perkhidmatan di Malaysia dan

implikasinya untuk masa depan.

Tesis Doktor Falsafah.Universiti Kebangsaan Malaysia. Robiah Sidin.

1998.Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Rohaty Mohd Majzub. 2003. Pendidikan Prasekolah: Cabaran Dan

Kualiti.PenerbitUniversitiKebangsaanMalaysia.