pembentangan geo stpm 2012/2013

Upload: amirulroslan

Post on 13-Oct-2015

89 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Example of presentation... I hope it help you guys doing your presentation for STPM

TRANSCRIPT

Geogragi (Soalan 2: Kegagalan Cerun)

Geografi(Soalan 2: Kegagalan Cerun)Mohd Amirul Iqmal Bin RoslanThirumalar Anandan Ong Ching WeiVivegi Tamil Selvan

PENGENALANApa itu kegagalan cerunKegagalan cerun atau tepatnya tanah runtuh merupakan satu kajian geologi yang melibatkan sebahagian besar pergerakan tanah, jatuhan batuan atau cantuman dari kedua-duanyaKebiasaannya kegagalan cerun dikaitkan dengan keadaan cerun yang curam tetapi ini adalah tidak benar kerana terdapat banyak kes kegagalan cerun yang berlaku pada cerun yang landai (Dunn et. al, 1980)Kegagalan cerun berkait rapat dengan pergerakan jisim yang bermaksud pergerakan bahan-bahan pepejal atau regolit dan cecair yang telah terluluhawa menuruni cerun akibat tarikan graviti (Goudie, 1989, hlm. 252). Bagaimana kegagalan cerun berlakuRuntuhan berlaku dengan cepat dan tiba-tiba. Tanih regolit yang terkumpul di atas cerun akan menggelonsor dengan tiba-tiba apabila cerun tidak lagi berupaya menampung beban (Haji Rodzli Hashim dan Keng Su Seng, 2012, 65-66)Contohnya

29 Ogos 1996- Banjir lumpur di Pos Dipang, Perak10 Disember 2008- Tanah Runtuh di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur11 Oktober 2004- KM 302 Lebuh Raya Utara-Selatan di Gua Tempurung, Perak

21 Mei 2011-Tanah runtuh di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-TaqwaLokasi kajianRumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, yang beralamat di Lot 3011, Felcra Semungkis, Batu 14 Sungai Gahal 43100, Hulu Langat Pernah berlaku kejadian tanah runtuh yang terburuk di MalaysiaKawasan kajian ini terletak di atas tarahan cerun bukit yang berkeinggian antara 35 meter dan berkecerunan antara 75 80. Kira-kira 10.3km dari bandar Kajang manakala 25km dari Kuala Lumpur. (wikipedia.com)

Kaedah KajianKaedah pemerhatianKaedah pengukuranKaedah temubualKaedah rujukanKaedah PemerhatianUntuk Mendapatkan maklumat di lokasi kajian, penulis telah menggunakan kaedah pemerhatian.Membuat pemerhatian di kawasan kajian dan membuat catatan berkaitan bentuk cerun dan kesan kegagalan cerun.Gambar telah diambil sebagai bahan bukti

Kaedah PengukuranPengukuran telah digunakan untuk mengukur kecerunan dan ketinggian kawasan kajianAntara alatan yang digunakan untuk mendapat maklumat tersebut adalah Digital Theodolite, prism, kompas, GPS dan pita pengukur

Alatan yang digunakan untuk mengukur cerunKaedah temubualKaedah ini digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai kajian daripada penduduk setempat.Lima orang responden telah ditemubual.

Kaedah rujukanBuku teks

Buku rujukan

InternetHASIL KAJIANCerun Komposit

Cerun KompositGabungan dari dua jenis profil ataupun lebihProfilnya agak licinBahagian atas merupakan permukaan bebas (Melebihi 40)Bahagian tengah merupakan cerun yang dikawal bulder (lebih 25)Bahagian bawah sekali merupakan cerun cekung (pedimen)Jamaluddin Md Jahi dan Ismail Ahmad, 1998, halaman 312

CembungLuruslinearCekung

Proses kegagalan cerunAir HujanPermukaan tanih terdedaah dengan air larian permukaan. Permukaan tanih menjadi berongga dan tepu kerana dipenuhi oleh air.Penggalakan proses luluhawa dan gerakan tanihMengikut sumber di shahrul.net.blogspot

SusupanAir diserap/menyusup masuk ke dalam tanahSusupan air yang banyak tanah menjadi tepuKadar susupan air bergantung kepada:ketelapan tanihkeporosan tanihjenis tanihsaiz partikel tanihPembentukan cerun tersebutTanih/Tanah TepuTanah tidak dapat menampung air yang turunDikenali sebagai keadaan tepu (semua rongga pori tanih dipenuhi oleh air susupan) (Chan Ngai Weng, 1993, halm. 165)Mengikut manusiahijau.blogspot.comKandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabilKandungan dalam tanahTarikan GravitiMenyebabkan runtuhan batu dan runtuhan puinBarang yang jatuh akan berkumpul di kaki cerun dan membentuk talusPartikel yang lebih besar akan jatuh lebih jauh ke bawah cerun berbanding partikel halus kerana faktor berat dan saiz (Chan Ngai Weng, 1993, hlm. 168).Tanah RuntuhGelongsoran tanih berlaku di kawasan cerun dan berlaku secara tiba-tiba kerana kurangnya sokongan. Kekurangan sokongan boleh disebabkan oleh sebab luaran yang boleh menambah tegasan ricihan di sepanjang permukaan gelangsaran dan sebab-sebab dalam yang boleh mengurangkan tegasan ricihan (Terzaghi, 1950).Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kegagalan cerunBerdasarkan pemerhatian, didapati kejadian tanah runtuh disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dikelaskan kepada faktor semula jadi dan faktor manusia :

Faktor semula jadiFaktor KecerunanFaktor hujanFaktor Aliran puinFaktor KecerunanMerupakan faktor utamaBerkait rapat dengan tarikan gravitikecerunan kurang daripada 5 Daya graviti kurangkecerunan bersudut 5 hingga 40 mempunyai tarikan graviti yang lebih kuat (Rosnah Haji Salleh, et.all, hlmn. 109)Berdasarkan kaedah pengukuranBerdasarkan Encik Kamaruzaman:Ketinggian cerun di kawasan kajian adalah 32 meterSudut kecerunan cerun ialah bersudut 75 hingga 80.

Faktor HujanAir hujan yang memenuhi rongga tanah atau batuan pada muka cerun boleh melemahkan struktur cerun (Dr Ibrahim Komoo, Berita Harian, 1/2/2013)Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil (manusiahijau.blogspot.com)Jatuhan terus titisan hujan akan menyebabkan hakisan percikan yang giat. Akibatnya, rongga-rongga antara batuan akan membesar dan memudahkan runtuhan berlaku.Kedudukan cerun yang menghadap angin akan menyebabkan cerun tersebut menerima hujan yang kerap. Keadaan ini akan menggalakkan fenomena gerakan jisim. (Haji Rodzli Hashim dan Keng Su Seng, 2012,hlmn. 69)Pernyataan RespondenPuan Mastura (Responden) turut mengatakan bahawa seminggu sebelum kejadian, hujan turun dengan lebat tanpa henti termasuklah ketika berlakunya tanah runtuh di lokasi kajian.

Aliran Puin/ Geluncuran PuinMerupakan pergerakan serpihan batu dan talus menuruni cerun yang curamRegolit yang kering dan bertekstur longgar akan bergerak menuruni cerun dengan cepatKawasan berkenaan(lokasi kajian) masih belum diterokai dan aliran puin hanya berlaku setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuasa semasa. (Profesor Datuk DR. Ibrahim Komoo, Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM))Mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di jalan susur Genting Highland pada 1995

Faktor aliran puinTiga faktor alam sekitar iaitu:cuaca, keadaan muka bumi dan geologiTurut berkait dengan sumber air atas bukitTekanan air atas bukit yang kuat menyebabkan ia membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah yang menyebabkan terjadinya tanah runtuh (Harian Metro)

Faktor ManusiaPemotongan Cerun

Pemotongan CerunMengikut responden, terdapat aktiviti pemotongan cerun berlaku di lokasi kajian tanpa henti walaupun dalam cuaca hujan.Hal ini berlaku kerana pihak Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa ingin meluaskan tapak khemah yang akan digunakan untuk persiapan majlis yang akan berlangsungGambar lokasi kajian yang telah dibiarkan daripada pemotongan cerun

Kegagalan cerun buatan manusia terjadi apabila individu yang berkepentingan meratakan tanah untuk memudahkan pembinaan.Gangguan terhadap struktur cerun tersebut menyebabkan ikatan tanah menjadi longar dan secara tidak langsung akan mendorong kejadian tanah runtuh.

Kesan Kegagalan CerunPendedahan permukaan bumi secara terus kepada proses geomorfologiKerosakan infrastuktur dan harta bendaKehilangan nyawaPendedahan permukaan bumi secara terus kepada proses geomorfologiKehilangan pelindung, kehilangan daya pengikat dan cengkaman akar terhadap butiran tanah akan menyebabkan cerun menjadi tidak stabil.Permukaan terdedah akan mengalami luluhawa kimia

Terdedah secara terus kepada proses geomorfologi 45Kerosakan infrastruktur dan harta bendaRumah anak yatim telah menjadi turap dan dicemari dengan lumpur akibat daripada tanah runtuh.Tanah runtuh di kawasan cerun bergerak turun ke bawah dan akan membawa kelodak tanah dan lumpur ke kawasan sekitarnya.

Rumah tersebut telah musnah kesan daripada kejadian tanah runtuhKehilangan nyawaMenurut responden yang ditemubual, Puan Mastura, kejadian tanah runtuh di lokasi kajian telah mengakibatkan seramai 24 orang yang terdiri daripada anak yatim dan kakitangan rumah berkenaan terkorban.Rumah tersebut menempatkan seramai 49 orang termasuk penghuni dan pekerja )Berita Harian, 21 Mei 2011).

Langka-langkah Yang Sesuai Untuk Menstabilkan CerunBeberapa langkah yang telah dilaksanakan dan boleh diambil untuk menyelesaikan masalah tanah runtuh serta menstabilkan cerun. Antaranya ialah :Langkah PenstrukturanSungkupan plastikPembinaan sistem perparitan yang terancangPembangunan terancangLangkah PemuliharaanPenanaman TanamanSungkupan PlastikMerupakan langkah sementara dibina bagi menggelakkan tanah runtuh berlaku lagi di kawasan tersebut Air hujan tidak akan jatuh ke atas tanah, tetapi akan jatuh terlebih dahulu ke atas sungkupan plastik dan seterunya mengalir ke bawah. Keadaan ini akan menjadikan struktur tanah lebih stabil (Haji Rodzli Hashim Dan Keng Su Seng, 2012, hlm. 72 ).

Pembinaan Sistem Perparitan Yang TerancangSistem perparitan yang terancang penting untuk membolehkan air hujan di cerun bukit mengalir dengan baik dan terus ke longkang Air hujan tidak akan bertakung di sesuatu kawasan sehingga menyebabkan tanah menjadi lembap dan tak telap air sehingga boleh menyebabkan banjir

Contoh sistem perparitan yang terancangPembangunan TerancangTindakan yang strategi dan bijak dalam perancangan pembangunan adalah sangat penting untuk dipratikkan bagi memastikan pembangunan yang dijalankan tidak mengundang padah. Pembangunan terancang haruslah bersifat mesra alam, mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan rakyat,selain dapat mengurangkan risiko bencana kepada kelestarian alam dan manusia Pemaju perumahan perlu mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan untuk bertindak pantas apabila mengesan tanda-tanda pergerakan cerun berlaku(Cikgu Hasanah.blogspot.com, 2012 ) .

Penanaman tumbuhanHal ini demikian kerana sistem akar tumbuhan yang kompleks akan mencengkam dan mengikat butiran tanah di sesebuah cerun daripada dihakis dan diruntuhkan. Lapisan daun-daun tumbuhan akan mengurangkan impak tenaga kinetik titisan air hujan yang turun dan mengenai terus ke lapisan permukaan tanah dan menghakis permukaan tanah. ( Cikgu Hasanah.blogspot.com, 2012 ).

KesimpulanKegagalan atau tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasal Al-Taqwa disebabkan oleh beberapa faktor yang boleh dikelasifikasikan dan telah mendorong beberapa kesan negatifPihak berwajib perlulah mengambil langkah-langkah untuk menstabilkan cerun misalnya menanam tanaman tutup bumi atau sungkupan plastik agar tanah tidak terdedah kepada agen-agen hakisan seperti air kerana Malaysia menerima hujan sepanjang tahun.

Masyarakat perlulah mempunyai kesedaran dalam pentingnya menjaga alam sekitar dan bukannya mementingkan diri untuk keduniaan kerana penjagaan alam sekitar merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kecintaan kita terhadap negara Malaysia.SEKIAN TERIMA KASIH