aplikasi pembelajaran berasaskan masalah di kolej komuniti temerloh bagi modul spa 106

20
APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1) Oleh : Nor Aishah Binti Othman Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran Kolej Komuniti Temerloh ABSTRAK Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan, sains komputer, undang-undang dan kemahiran insaniah. Pelajar akan didedahkan dengan dunia sebenar dengan menyelesaikan masalah yang diberikan. Masalah dunia sebenar ini akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Secara tidak langsung, pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi dalam kehidupan seharian mereka. Selain itu juga, proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ini juga dapat melahirkan pelajar yang yang berdikari, bertanggungjawab, berfikiran secara kreatif, kritis dan berani serta mempunyai kemahiran komunikasi yang positif sesama mereka tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Beberapa model telah dicadangkan untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan insaniah dan didapati bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan proses Pembelajaran Berasaskan Masalah ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar. Oleh itu, di dalam kertas kertas kerja ini, disediakan mengenai sejarah, objektif, ciri-ciri utama proses pembelajaran berasakan masalah, teknik-teknik menyelesaikan masalah bagi kaedah Pembelajaran Berasaskan masalah ( PBL) dan kelebihan yang diperolehi daripada hasil penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah ( PBL ). Selain itu juga, kertas kerja ini juga bertujuan menerangkan proses pembelajaran berasaskan masalah yang diaplikasikan di Kolej Komuniti Temerloh di dalam Modul Pembangunan Diri 1 (SPA 106) bagi pelajar semester 1 daripada kursus sijil Teknologi Maklumat.

Upload: upenkktm

Post on 14-Aug-2015

211 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ini dapat melahirkan pelajar yang yang berdikari, bertanggungjawab, berfikiran secara kreatif, kritis dan berani serta mempunyai kemahiran komunikasi yang positif sesama mereka tidak kira bangsa, agama dan keturunan.

TRANSCRIPT

Page 1: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

APLIKASI PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH DI KOLEJ KOMUNITI

TEMERLOH BAGI MODUL SPA 106 (PEMBANGUNAN DIRI 1)

Oleh :

Nor Aishah Binti Othman

Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran

Kolej Komuniti Temerloh

ABSTRAK

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan satu inovasi yang signifikan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran dalam bidang seperti perubatan, kejuruteraan,

sains komputer, undang-undang dan kemahiran insaniah. Pelajar akan didedahkan

dengan dunia sebenar dengan menyelesaikan masalah yang diberikan. Masalah dunia

sebenar ini akan menjadi pemandu utama ke arah pembelajaran pelajar. Secara tidak

langsung, pelajar boleh mengaplikasikan ilmu yang mereka perolehi dalam kehidupan

seharian mereka. Selain itu juga, proses Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) ini juga

dapat melahirkan pelajar yang yang berdikari, bertanggungjawab, berfikiran secara

kreatif, kritis dan berani serta mempunyai kemahiran komunikasi yang positif sesama

mereka tidak kira bangsa, agama dan keturunan. Beberapa model telah dicadangkan

untuk membentuk satu proses yang kukuh ke arah pembangunan insaniah dan didapati

bahawa pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan proses Pembelajaran

Berasaskan Masalah ini adalah sesuai untuk diaplikasikan kepada pelajar. Oleh itu, di

dalam kertas kertas kerja ini, disediakan mengenai sejarah, objektif, ciri-ciri utama proses

pembelajaran berasakan masalah, teknik-teknik menyelesaikan masalah bagi kaedah

Pembelajaran Berasaskan masalah ( PBL) dan kelebihan yang diperolehi daripada hasil

penggunaan kaedah pembelajaran berasaskan masalah ( PBL ). Selain itu juga, kertas

kerja ini juga bertujuan menerangkan proses pembelajaran berasaskan masalah yang

diaplikasikan di Kolej Komuniti Temerloh di dalam Modul Pembangunan Diri 1 (SPA 106)

bagi pelajar semester 1 daripada kursus sijil Teknologi Maklumat.

Page 2: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia

adalah berorientasikan peperiksaan iaitu

pelajar wajib menduduki peperiksaan

awam seperti Ujian Penilaian Sekolah

Rendah (UPSR), Penilaian Menengah

Rendah ( PMR ), Sijil Pelajaran Malaysia (

SPM ) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (

STPM ). Kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang biasa digunakan ialah

kaedah pembelajaran berpusatkan

pensyarah seperti kuliah. Hasil dari

pembelajaran kaedah pengajaran secara

kuliah didapati masih terdapat

kelemahan dalam melahirkan graduan

yang menguasai kemahiran generik

walaupun pencapaian akademik yang

terbaik (Hasyamudin dan Rahifa, 2005).

Menurut bekas Menteri Pengajian

Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed dalam

kenyataan akhbar menyatakan bahawa

beliau mahu melihat perubahan dalam

corak pendidikan agar melahirkan pelajar

yang berani, mempunyai kemahiran dan

berpengetahuan (Hasyamudin dan Rahifa,

2005).

Selain itu juga, Komitmen untuk

menggalakkan kemahiran berfikir secara

kritis dan kreatif telah menjadi satu

agenda utama pendidikan di Malaysia.

Para pendidik bersetuju bahawa

kemahiran berfikir kritis dan kreatif

dapat dipertingkatkan dikalangan pelajar

melalui proses pengajaran secara

eksplisit yang menggunakan situasi

harian sebagai konteks pembelajaran

(Ristow, 1988). Pelajar dikatakan

berkeupayaan mempelajari kemahiran

berfikir jika kurikulum menegaskan dan

memberikan tumpuan cara bagaimana

ianya boleh dilakukan (Presseisen, 1986).

Justeru, pelbagai strategi pengajaran dan

pembelajaran telah direkabentuk untuk

membantu perkembangan kemahiran

berfikir kritis dan kreatif (Costa, 1988).

Oleh hal yang demikian, para

pendidik perlu mengorak langkah bagi

memperbaiki dan meningkatkan proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P)

supaya ianya seiring dengan teknologi

terkini dan perkembangan semasa.

Menjadi tanggungjawab pendidik untuk

menggunakan dan mempelbagaikan

kaedah P&P bagi melahirkan pelajar yang

berkualiti. Antara kaedah P&P yang

digunapakai ialah Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) yang

merupakan salah satu contoh yang baik

Page 3: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

untuk proses pembelajaran secara

pengalaman dan pendekatan berpusatkan

pelajar.

Selain itu juga, melalui kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL),

pelajar akan berusaha untuk mencari

maklumat dan menyelesaikan masalah

dengan usaha sendiri. Proses tersebut

akan menggalakan pelajar berfikir secara

kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

Diperkukuhkan lagi apabila Lynda Wee

(2004) menyatakan bahawa PBL adalah

satu pendekatan pemusatan pelajar yang

merupakan pendekatan yang berkesan

dalam meningkatkan kualiti

pembelajaran, menggalakkan penglibatan

aktif, bekerjasama, maklum balas yang

cepat terhadap proses pembelajaran,

pemahaman yang mendalam terhadap

subjek dan merujuk kesesuaian

pembelajaran pelajar melalui

pembelajaran kendiri.

Oleh itu, amatlah sesuai untuk

pensyarah di Kolej Komuniti Temerloh

khususnya mengaplikasikan kaedah

pembelajaran berasaskan masalah

kepada pelajar kolej tersebut bagi

mecapai hasrat dan objektif yang telah

dinyatakan di atas.

2.0 PENGENALAN

Pembelajaran Berasaskan Masalah

(PBL) mula diperkenalkan dalam

pembelajaran tradisional sekitar tahun

1960-an di McMaster University, Canada

(Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk

kepada buletin KUiTTHO (2005), kaedah

ini diperkenalkan oleh Professor Howard

Barrow. Pada mulanya, kaedah ini ditolak

oleh semua orang. Namun begitu, beliau

menggunakan kaedah ini kepada pelajar

perubatan di bawah seliaannya dan

mendapat reaksi yang positif di kalangan

pelajar tersebut. Pendekatan ini telah

membuka mata dan menarik minat para

pendidik yang lain untuk

menggunakannya. Kesannya, pendekatan

ini telah digunakan dalam pelbagai

bidang terutamanya dalam bidang

kejuruteraan. Kini, Professor Barrow

menjadi role model bagi PBL dan

Universiti McMaster menjadi perintis

kepada PBL. Selain itu, Don Wood

merupakan bapa kepada PBL dalam

bidang kimia.

Page 4: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

3.0 OBJEKTIF PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Menurut Barrow & Tamblyn (1980),

antara objektif pendidikan kaedah ini

diperkenalkan ialah:

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar

untuk mempelajari sesuatu

prinsip, konsep dan belajar

menggunakan maklumat dalam

pelbagai situasi

b) Memperkembangkan kemahiran

pelajar memberi hujah dan

pendapat, berfikiran kritis, serta

kemahiran membuat keputusan

c) Memperkembangkan kemahiran

pelajar mengintegrasikan

pengetahuan dalam pelbagai

disiplin ilmu dan kefahaman yang

baik tentang peranan sikap

kemanusian terhadap kemajuan

profesionalisme.

d) Menyediakan pelajar kepada

konsep pembelajaran sepanjang

hayat.

e) Menggalakkan pembelajaran

kumpulan kecil, keperluan kepada

keberkesanan kerja berpasukan

dan pembelajaran secara

kolaboratif (Barrow & Tamblyn

dipetik daripada Suhaimi

Makminin, 2005)

4.0 CIRI- CIRI PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Selain itu juga, berdasarkan

definisi awal Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) yang diperkenalkan

melalui Model Klasik oleh Barrow dan

Tamblyn, 1980 yang dinyatakan dalam

penulisan Baden dan Mojor (2004),

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

a) Situasi masalah sebenar yang

kompleks iaitu tidak

mempunyai jawapan yang

betul atau salah

b) Pelajar bekerja dalam

kumpulan untuk menangani

masalah, mengenalpasti jurang

pembelajaran dan

mengembangkan pelbagai

penyelesaian

Page 5: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

c) Pelajar memperolehi informasi

baru melalui pembelajaran

kendiri

d) Pensyarah sebagai

pembimbing

e) Masalah akan memandu ke

arah perkembangan

keupayaan penyelesaian

masalah ilmu perubatan.

5.0 TUJUH LANGKAH DALAM

PROSES PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH (PBL)

Terdapat beberapa langkah dalam

perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL). Menurut Lynda Wee

(2004), terdapat tujuh langkah dalam

menerangkan proses PBL. Langkah-

langkah tersebut ialah seperti berikut:

a) Pembahagian Kumpulan

Pada peringkat ini, pelajar akan

mengenali di antara satu sama lain dan

pelajar akan membentuk kumpulan

masing-masing. Seterusnya, ketua

kumpulan dan pencatat akan dilantik dan

peraturan-peraturan kumpulan akan

dibentuk.

b) Mengenalpasti Masalah

Pelajar akan dikemukakan dengan

masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu

mengenalpasti dan mengesahkan masalah

tersebut dan menyatakan masalah

tersebut berdasarkan fakta-fakta yang

diperolehi. Proses mengenalpasti masalah

melibatkan elemen-elemen pencetus idea

terhadap masalah yang ingin dikaji, juga

dikenali sebagai trigger. Trigger boleh

didapati dalam bentuk gambar, petikan

surat khabar, klip video, petikan jurnal

dan juga kejadian sebenar yang berlaku.

Trigger ini akan menyebabkan sesuatu

isu dipersoalkan, diperdebatkan dan

memberi petunjuk kepada penyelesaian

masalah tersebut.

c) Menjana Idea

Pada peringkat ini, pelajar akan

mengeluarkan idea-idea yang dapat

membantu dalam proses penyelesaian

masalah tersebut.

Page 6: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

d) Isu Pelajaran

Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang

perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang

dapat membantu mereka untuk

menyelesaikan masalah serta mengetahui

apakah langkah-langkah yang perlu

diambil bagi menyelesaikan masalah

tersebut. Seterusnya, pelajar akan

mengenalpasti tindakan yang sesuai

untuk menyelesaikan masalah yang

diberikan.

e) Pembelajaran Kendiri

Pada peringkat ini, pelajar akan mencari

dan merumuskan informasi-informasi

yang relevan dan logik dengan masalah

yang diberikan.

f) Sintesis dan Aplikasi

Punca-punca informasi perlu disahkan

kesahihannya terutamanya daripada

Internet. Pelajar akan mula berkongsi

maklumat dengan pelajar yang lain dan

mengaplikasikan maklumat yang

diperolehi untuk menyelesaikan masalah

tersebut. Seterusnya, pelajar akan

berbincang, membangunkan penyelesaian

dan membuat penerangan terhadap

penyelesaian yang diambil.

g) Refleksi dan Tindak Balas

Pada peringkat ini, pelajar akan memberi

tindak balas terhadap kerja kumpulan,

kerja individu, penjanaan pengetahuan,

penyelesaian masalah dan juga peranan

fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan

dilakukan dalam kumpulan masing-

masing.

Ini jelas menunjukkan bahawa

kemahiran yang paling diperlukan ialah

kemahiran menyelesaikan masalah.

Diperkukuhkan lagi apabila Nor Ratna

Masrom (2006) telah membuat kajian

yang bertajuk "Problem Solving Skill in

ICT and Multimedia Application”

mendapati bahawa tanpa pengetahuan

dan kemahiran penyelesaian masalah,

pelajar tidak mampu untuk melaksanakan

dan mengaplikasikan kaedah PBL dengan

sempurna dan cekap.

Page 7: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

6.0 KELEBIHAN KAEDAH

PEMBELAJARAN BERASASKAN

MASALAH (PBL)

Kaedah Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) mempunyai pelbagai

kelebihan. Menurut Montgomery (2000),

antara kelebihan utama kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

berbanding strategi pembelajaran lain

seperti teori konstruktivisme ialah

rangsangan atau stimulasi yang berjaya

dihasilkan olehnya dapat membentuk

kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin

tahu. Ini seterusnya dapat meningkatkan

minat atau motivasi pelajar untuk terus

belajar dan mencari ilmu.

Selain itu juga, masalah yang

menyerupai masalah dunia sebenar yang

digunakan pula membolehkan pelajar

mencuba pelbagai jalan penyelesaian

dalam persekitaran pembelajaran yang

lebih selamat (Jamalludin Harun, et al,

2005). Contohnya, sekiranya pelajar

belajar mengenai cirri – citri kepimpinan

yang berkesan, pelajar boleh

mengaplikasikasikan ilmu tersebut di

dalam kehidupan mereka. Pelajar juga

mampu untuk menggunakan ilmu

tersebut apabila mereka berada di alam

pekerjaan pada suatu hari nanti.

Menurut Prof Madya Dr Khairiyah

Mohd Yusof di dalam Berita Harian 25 Jan

2007, menyatakan keinginan

menyelesaikan masalah mendorong

pelajar melaksanakan pembelajaran

kendiri dan pengajaran antara rakan

sebaya (peer teaching) dalam kumpulan

dan antara kumpulan. Pelajar akan

berkomunikasi di antara mereka untuk

menyelesaikan masalah yang diberi.

Secara tidak langsung, kaedah

pembelajaran Berasaskan Masalah dapat

melahirkan pelajar yang berani dan

pelajar dapat bergaul dengan mereka

dalam pergaulan yang sihat.

Tambahan pula, pelajar yang

melalui kaedah Pembelajaran Berasakan

Masalah (PBL) dapat membina kemahiran

pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis

dan menyelesaikan masalah. Tse dan

Chan, (2003) menyatakan bahawa kaedah

PBL sangat berkesan dalam

meningkatkan pemahaman dan

pengetahuan teknikal pelajar. Melalui

kaedah ini, setiap pelajar diberi banyak

peluang untuk mempraktikan teknik

pembelajaran kendiri yang merupakan

elemen penting dalam menentukan

Page 8: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

kerjaya masa depan mereka. Selain itu,

kebolehupayaan pembelajaran pelajar

dapat ditingkatkan melalui kerjasama

dalam kumpulan.

Secara amnya, jelas membuktikan

bahawa Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) mampu untuk melahirkan

dan mendidik pelajar menjadi seorang

pemimpin yang mempunyai kemahiran

menyelesaikan masalah. Selain itu, pelajar

dapat meningkatkan minat dan motivasi

untuk terus belajar, membina kemahiran

pemikiran kritis dan kreatif, menganalisis

dan menyelesaikan masalah. Oleh hal

demikian, pelajar dapat meningkatkan

pemahaman dan pengetahuan isi

pelajaran bagi sesuatu matapelajaran

dengan mudah dan mendalam. Secara

tidak langsung dapat meningkatkan

pencapaian akademik pelajar tersebut.

Penyataan ini disokong dengan kajian

yang dilakukan oleh Ward dan Lee (2004)

menyatakan bahawa pelajar yang

mengikuti kaedah PBL dapat memahami

isi pelajaran dengan lebih mendalam bagi

matapelajaran Teknologi Makanan dan

Nutrisi.

Banyak kajian yang membuktikan

bahawa kaedah PBL mampu

meningkatkan kemahiran generik para

pelajar terutamanya dalam kemahiran

menyelesaikan masalah. Kenyataan ini

disokong oleh Hasyamuddin dan Rahifa

(2005) bertajuk “Kemahiran Generik

Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran

Berasaskan Masalah (PBL) di Kalangan

Pelajar Kolej Universiti Teknologi Tun

Hussein Onn (KUiTTHO) mendapati

bahawa PBL membantu pelajar dalam

memperolehi kemahiran generik dan

penglibatan aktif dalam kelas berbanding

pelajar yang menggunakan kaedah kuliah.

Oleh itu, bagi mencapai hasrat ini,

pensyarah di Kolej Komuniti Temerloh

tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan

kaedah Pembelajaran Berasaskan

Masalah (PBL) kepada pelajar mereka

terutamanya di dalam modul

Pembangunan Diri 1 ( SPA 106 ).

7.0 APLIKASI PEMBELAJARAN

BERASASKAN MASALAH DI

KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

BAGI MODUL SPA 106

(PEMBANGUNAN DIRI 1)

Page 9: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

7.1 Latar belakang Modul

Modul Pembangunan Diri I (SPA

106) adalah disediakan untuk semua

pelajar di Kolej Komuniti Temerloh bagi

semua program iaitu Program Fesyen &

Pakaian, Teknologi Maklumat,

Penyelenggaraan Bangunan dan Perabot.

7.2 Modul

Modul ini adalah salah satu modul

yang wajib dipelajari oleh setiap pelajar

di Kolej Komuniti Temerloh. Modul ini

adalah bersifat dinamik dan fleksibel

kerana ia boleh diperbaiki dari semasa ke

semasa bagi tujuan penambahbaikan dan

mengikut peredaran masa.

7.3 Objektif modul

Di akhir modul ini, pelajar–pelajar

boleh menilai potensi diri dan seterusnya

menyumbang kepada pembentukan

kendiri yang positif, bermotivasi, dinamik

dan berkeyakinan terhadap keupayaan

diri sendiri. Selain itu, pelajar akan

memperoleh pengetahuan dan kemahiran

penting untuk persedian belajar secara

sistematik dan berkesan.

Tambahan pula, modul

pembangunan diri (SPA 106) adalah

untuk melahirkan pelajar yang dapat

mengaplikasikan nilai –nilai murni dalam

kehidupan seharian seperti menguruskan

diri dengan tersusun dari segi

pengurusan secara fizikal, stres dan masa.

Selain itu juga, modul ini bertujuan untuk

memberi kesedaran kepada pelajar

tentang kepentingan matlamat dalam

hidup mereka. Mereka perlu membuat

perancangan dalam hidup supaya

menjadi pelajar yang berjaya. Oleh itu,

modul ini disediakan untuk pelajar bagi

mencapai objektif di atas.

Oleh itu, di dalam modul

pembangunan Diri I, tugasan berbentuk

masalah atau persoalan (projek PBL)

diberikan kepada pelajar. Pelajar perlu

menyiapakan tugasan tersebut secara

berkumpulan.

7.4 Konsep Kajian

Kerangka teori penyelidikan

dibina berasaskan andaian-andaian

berikut:

Page 10: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

(1) Pendekatan penyelesaian masalah

dalam modul pembangunan Diri I

dapat meningkatkan kemahiran-

kemahiran berfikir kritis dan

kreatif, kemahiran proses

komunikasi dan pengetahuan.

(2) Pendekatan penyelesaian masalah

dalam modul pembangunan Diri I

melibatkan pelajar secara aktif

mengaplikasikan pengetahuan

kedalam situasi baru.

Oleh itu hipotesis kajian ini telah

dibina seperti berikut: “selepas

menggunakan kaedah pembelajaran

berasaskan masalah (PBL), kemahiran

berfikir kritis dan kreatif, kemahiran

proses komunikasi dan pencapaian dalam

modul pembangunan Diri 1 akan

meningkat.

Pembelajaran berasaskan masalah

merupakan proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan kepada

pelajar. Pensyarah berperanan sebagai

fasilitator dengan memberi bimbingan

dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan menggalakkan

pelajar supaya berfikir, meninjau dan

membuat penerokaan sendiri. Proses

pengajaran ini berpusatkan kepada

pelajar seperti rajah 2. Pensyarah

membantu pelajar mendefinisi masalah

yang bermakna, mengenal pasti sumber

data dan ilmu yang relevan, mentafsir dan

menilai ketepatan data , dan merumuskan

kesimpulan. Sebagai contoh, di dalam

topik pengurusan stres, pelajar perlu

mendefinisi apakah masalah stres

dikalangan remaja dengan mengenalpasti

jenis –jenis stres, tanda –tanda dan gejala

stres dan punca- punca stres.

Rajah 2 : Proses pengajaran berpusatkan

pelajar

PENSYARAH

PELAJAR PELAJAR

Page 11: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

Selain itu juga, modul ini

menerapkan kepada pelajar tentang

pengurusan masa yang baik.

Kecemerlangan seseorang individu di

dalam bidangnya mempunyai perkaitan

yang rapat dengan kebijaksanaannya

menguruskan masa dengan baik. Seorang

pelajar yang cemerlang akan bijak

menguruskan masa demi mencapai

kejayaan. Oleh itu, kaedah – kaedah

pengurusan masa diterapkan kepada

pelajar iaitu tentukan sasaran tugas dan

berikan keutamaan, rancangkan kerja

sebelum memulakan, lakukan kerja anda

mengikut kesesuain waktu yang produktif

dan jadualkan masa berhenti dan berehat.

Melalui pengajaran ini, pelajar akan

mengamalkan ilmu yang mereka perolehi

dengan merancang dan membuat satu

jadual waktu harian bagi memastikan

pengurusan masa dapat dilksanakan

dengan baik. Oleh itu, modul ini terbukti

mendorong pelajar untuk mempraktikan

ilmu yang mereka perolehi.

8.0 Tugasan pelajar

Sejajar dengan ini, pelajar

diberikan masalah dan perlu

menyelesaikan masalah tersebut. Antara

masalah yang diberikan adalah

berdasarkan sukatan modul yang

terdapat di dalam subjek pembangunan

diri 1 iaitu:

1) Tajuk : Pengurusan Masa

Masalah : Sebagai pelajar Kolej

Komuniti Temerloh,

bagaimanakah anda ingin

melahirkan pelajar datang awal

ke kelas?

Cara penyelesaian :

1) Mendefinisikan masalah

Mendefinisikan masalah

dengan menggunakan teknik

5w 1h iaitu What, Why, When,

Who, Where dan How.

Apakah punca masalah

tersebut?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh datang

lewat ke kelas?

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Page 12: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Penerokaan

Mencari maklumat dari

pelbagai sumber dan menilai

maklumat yang diperolehi

3) Penyelesaian masalah

Mensintesis dan

mencadangkan penyelesaian

masalah

4) Refleksi

Menilai sama ada penyelesaian

itu adakah yang terbaik atau

adakah terdapat alternatif-

alternatif lain.

2) Tajuk : Kemahiran Belajar

Masalah : Mengapakah nota

pelajar tidak kemas?

Cara penyelesaian :

1) Mendefinisikan masalah

Apakah punca masalah

tersebut?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh

mempunyai nota yang tidak

kemas ?

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Menyediakan rancangan

penyelesaian

Pelajar perlu didedahkan

dengan teknik mencatat nota.

Antara teknik mencatat nota

dengan baik ialah ;

Teknik Gambarajah

Page 13: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

Pemetaan Minda

Carta Aliran Neumonik,

Akronim

Akrostik

3) Melaksanakan rancangan

Pelajar mengapllikasikan dua

kaedah mencatat nota iaitu:

Teknik Gambarajah

Pemetaan Minda

4) Refleksi

Menilai sama ada penyelesaian

itu adakah yang terbaik.

Adakah alternatif-alternatif

lain diperlukan.

3) Tajuk : Pengurusan Stres

Masalah : Mengapakah pelajar

Kolej Komuniti Temerloh

menghadapi tekanan?

Cara penyelesaian:

1) Mendefinisikan masalah

Apakah punca masalah

tekanan?

Kenapa pelajar kolej

Komuniti Temerloh

menghadapi tekanan?

Siapakah yang terlibat

dengan masalah tersebut?

Dimanakah pelajar selalu

menghadapi masalah

tersebut?

Bagaimanakah untuk

mengatasi masalah

tersebut?

2) Membuat keputusan

Di antara teknik pengurusan

stres ialah:

bersukan dan bersenam

belajar untuk berehat

komunikasi yang efektif,

sembahyang

berdoa

berbual untuk meluahkan

perasaan

3) Mengenalpasti penyelesaian

yang terbaik

Menilai sama ada

penyelesaian itu adakah

yang terbaik.

Page 14: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

4) Melaksanakan keputusan

Melaksanakan keputusan yang

terbaik. Antaranya ialah :

belajar untuk berehat

komunikasi yang efektif,

sembahyang

berdoa

berbual untuk meluahkan

perasaan.

4) Tajuk : Motivasi

Masalah : Mengapakah terdapat

pelajar yang gagal dalam

pelajaran?

Cara penyelesaian:

1) Mengenalpasti Masalah

Mengenalpasti masalah dengan

menganalisis punca – punca.

Antara punca – puncanya ialah:

mempunyai tahap emosi

yang rendah

mempunyai masalah

keluarga.

merasa tekanan dengan

kehidupan yang dilaluinya.

tidak seronok apabila hadir

ke kelas

Pelajar tersebut merasa

tekanan.

gangguan daripada

persekitaran seperti bunyi

bising daripada television

dan ibu bapa yang

bergaduh.

2) Mensintesis dan

mencadangkan penyelesaian

masalah.

Antara jalan penyelesaian yang

boleh di ambil ialah :

mengadakan ceramah

motivasi dengan

memaparkan video – video

berkaitan dengan tokoh –

tokoh yang berjaya.

perbincangan antara ibu

bapa juga penting supaya

ibu bapa dapat memahami

kehendak anak- anak

dengan menyediakan

persekitaran yang selesa

dan selamat kepada anak –

anak untuk belajar.

ibu bapa perlu mengambil

berat tentang kebajikan

anak- anak dengan

menanyakan pelajar –

Page 15: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

pelajar mengenai perkara

yang berlaku di sekolah.

3) Penilaian

Menilai sama ada penyelesaian itu

adakah yang terbaik dan adakah

terdapat alternatif-alternatif lain.

5) Tajuk : Matlamat jangka

panjang dan jangka pendek

Masalah : Mengapakah

terdapatnya pelajar yang

ketinggalan dalam pendidikan?

Cara penyelesaian:

1) Mendefinisikan masalah

dengan

Antara punca yang terjadi

adalah disebabakan oleh:

kurangnya kesedaran oleh

pelajar itu sendiri.

institusi keluarga kurang

memainkan peranan dalam

menguruskan anak- anak

terutamanya dalam bidang

pendidikan.

anak–anak hadir ke sekolah

tanpa ada tujuan, matlamat

dan perancangan dalam

hidupnya.

2) Penerokaan

Mencari maklumat dari

pelbagai sumber dan menilai

maklumat yang diperolehi.

3) Penyelesaian masalah

Mensintesis dan

mencadangkan penyelesaian

masalah dengan:

memberikan kesedaran

kepada pelajar yang

mundur tentang

kepentingan ilmu dan

kejayaan.

pelajar perlu mengisi hidup

mereka dengan susunan

jadual yang sistematik

4) Refleksi

Menilai sama ada penyelesaian

itu adakah yang terbaik atau

adakah terdapat alternatif-

alternatif lain

Page 16: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

9.0 PENILAIAN PELAJAR

Pelajar akan dinilai berdasarkan hasil

tugasan yang telah disiapkan. Bagi

laporan projek PBL, kriteria penilaian

ialah:

a) Isi kandungan

b) Rekabentuk sistem

c) Analisis masalah

d) Perbincangan

e) Kesimpulan

f) Format dan susunan penulisan

Manakala kriteria penilaian

terhadap pembentangan berkumpulan

ialah dengan mengambil kira gaya

pembentangan dan isi kandungan

pembentangan.

Selain itu juga, di dalam kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah,

pelajar masih digalakkan berjumpa

dengan pensyarah sekiranya ada masalah

berkaitan dengan tugasan yang diberi.

Perkara ini juga akan dinilai oleh

pensyarah. Semasa perjumpaan tersebut,

penilaian boleh dibuat dari segi:

a) Kekerapan perjumpaan

b) Mempunyai idea yang bernas (ahli

kumpulan yang aktif)

c) Berkebolehan berkomunikasi secara

efektif

d) Berkebolehan mengenalpasti

masalah/isu persekitaran

e) Berkebolehan bekerja dalam

kumpulan

Oleh itu, di dalam melaksanakan

kaedah Pembelajaran Bersaskan Masalah

(PBL), pelajar akan dinilai oleh pensyarah

berdasarkan criteria – criteria yang telah

dinyatakan di atas. Diharapkan agar

pelajar Kolej Komuniti Temerloh

khususnya dapat menggunakan kaedah

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL)

dengan sebaik mungkin di dalam modul

yang lain juga seperti modul perisian

aplikasi komputer, sains dan matematik

Page 17: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

10.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah PBL

banyak menekankan dan

menitikberatkan cara pelajar

menganalisis masalah dan

menyelesaikannya. Kemahiran ini adalah

penting bagi melahirkan dan mendidik

bakal-bakal pemimpin yang

bertanggungjawab dan berkeyakinan

dalam menyelesaikan masalah dan

mampu untuk membuat keputusan yang

tepat dan adil. Secara amnya, kaedah PBL

boleh dijadikan salah satu pendekatan

dan latihan yang berkesan untuk

melahirkan pemimpin-pemimpin yang

mempunyai jati diri yang kuat,

berwawasan tinggi, mengamalkan cara

komunikasi yang betul, dan berkemahiran

membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah dengan tepat. Ciri-ciri tersebut

merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam

diri seseorang pemimpin yang disenangi

dan disukai oleh pengikut-pengikutnya.

Oleh hal yang demikian, orang-orang yang

dipimpin akan lebih menghormati dan

berasa selamat di bawah jagaannya.

Selain itu juga, peranan pensyarah

ke arah meningkatkan kualiti graduan

adalah sangat mencabar. Kemampuan

pelajar menggunakan ilmu yang dipelajari

adalah pengukur kepada keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang

dilakukan.Kaedah pengajaran dan

pembelajaran di dalam Modul

Pembangunan Diri 1 mampu memberi

kefahaman dan kebolehan kepada pelajar

mengenalpasti punca-punca pelajar

dating lewat ke kelas dan cara – cara

untuk mengatasinya.

Tambahan pula, dalam

menyelesaikan permasalahan yang diberi,

pelajar secara tidak langsung perlu

menyedari tugas, tanggungjawab

professional dan etika sebagai seorang

pelajar, juga boleh berkomunikasi dengan

yakin.

Tambahan pula, pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan dilihat

mampu mendorong dan melatih pelajar

berfikiran kritis, mendorong pelajar

bersikap aktif di dalam kelas dan boleh

bekerjasama dalam kumpulan.

Selain itu juga, cara pembelajaran

ini juga dapat meningkatkan kemahiran

berinteraksi dan berkomunikasi secara

lisan. Kemahiran berkomunikasi adalah

penting dan menjadi kriteria utama oleh

Page 18: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

majikan-majikan untuk memilih pekerja.

Kesedaran mereka terhadap penjagaan

masa boleh ditingkatkan dengan

mengadakan aktiviti-aktiviti

pembelajaran seperti ini. Tidak dinafikan

ada juga segelintir pelajar yang sukar

untuk menerima cara pengajaran seperti

ini yang memerlukan perbincangan dan

perjumpaan dengan pensyarah.

Selain itu juga, melaui kaedah

pembelajaran berasaskan masalah ini

juga, pelajar tidak akan bergantung

kepada pensyarah secara

keseluruhannya. Mereka akan berdikari

dalam menyelesaikan masalah yang

diberikan. Secara tidak langsung, Kolej

Komuniti Temerloh bukan sahaja mampu

melahirkan pelajar yang berkemahiran

tetapi juga dapat melahirkan pelajar yang

berpandangan jauh dan dapat

mengaplikasikan ilmu yang ada di dalam

kehidupan seharian.

Selain itu juga, Pembelajaran

Berasaskan Masalah ini telah banyak

memberi peluang kepada pelajar untuk

berfikir dan memberi kebebasan kepada

pelajar untuk membuat keputusan.

Pelajar dapat mengembangkan ilmu yang

mereka perolehi dari modul

pembangunan diri ( SPA 106 ) untuk

menyelesaikan masalah sosial, politik,

teknologi dan sebagainya. Oleh itu,

Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

amat penting dalam usaha untuk

melahirkan pelajar yang mampu

berhadapan dengan pelbagai situasi.

Sebagaimana yang diketahui, dunia pada

hari in adalah dunia yang penuh dengan

cabaran. Sekiranya kita tidak mampu

untuk melahirkan pelajar yang mampu

berhadapan dengan masalah tersebut,

negara kita akan ketinggalan dan pelajar

tersebut juga akan tertindas. Oleh itu,

Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

amatlah penting untuk diterapakan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di

kolej komuniti khususnya.

Secara kesimpulannya,

Pembelajaran Berasaskan Masalah dapat

melatih pelajar unruk berfikir dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi .

Kita memberikan mereka kebebasan

kerana proses Pembelajaran Berasaskan

Masalah adalah berpusatkan kepada

pelajar. Ia berbeza dengan pendekatan

secara traditional seperti perenialisme

dan essnsialisme yang lebih kepada

berpusatkan kepada pensyarah. Ini

adalah bertujuan unttuk melahirkan

pelajar yang berani, berdaya saing dan

Page 19: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

mampu untuk membuat keputusan demi

kejayaan diri sendiri dan negara serta

agama.

Selain itu juga, ilmu ini dapat

digunakan oleh para pelajar untuk

mengadakan perbincangan bersama-

sama mengenai isu–isu semasa yang

boleh diselesaikan dengan ilmu yang

telah dipelajari. Sebagai contoh, guru

memberi satu masalah kepada pelajar

untuk dibincang bersama bagi jalan

penyelesaiannya iaitu masalah buli di

Kolej Komuniti Temerloh. Berdasarkan

ilmu yang ada, pelajar dapat mengaitkan

perkara tersebut dengan perwatakan dan

sahsiah seseorang. Sekiranya seseorang

itu mempunyai perwatakan yang baik, isu

buli tidak akan berlaku di sekolah.

Secara keseluruhannya,

pengalaman menyelesaikan

permasalahan yang diberikan kepada

pelajar mampu melahirkan pelajar Kolej

Komuniti Temerloh yang berdikari,

bertanggungjawab, berfikiran secara

kreatif dan kritis serta berani. Selain itu,

Pembelajaran Berasaskan Masalah ini

telah menggalakan pelajar untuk

berusaha mencari jalan penyesaian jika

menghadapi sebarang masalah.

RUJUKAN

1. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (

2003 ). Falsafah pendidikan dan

kurikulum. Tanjong Malim : Quantum

Books.

2. Barrows, H.S. & Tamblyn, R.M. (1980).

Problem-based learning : An approach

to medical education. New York :

Springer Publishing Company, Inc.

3. http://www.udel.edu/pbl/cte/spr9

6-bisc2.html

4. http://id.answers.yahoo.com/questio

n/index

5. KUiTTHO. (2005). “Problem-Based

Learning: 10 Disember 2004. Buletin

Pusat Pengajaran dan

Pembelajaran”.Vol 3. pg 5.

6. Nurul Aini K. Azhari. (2007).

Mengurus Diri dan Masa. Selangor :

PTS Millennia Sdn.Bhd.

7. Shahabudin Hashim, Dr. Rohizani

Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. ( 2005

). Pedagogi : Strategi dan Teknik

Mengajar dengan berkesan. Bentong :

PTS Publications Sdn.

Page 20: Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah Di Kolej Komuniti Temerloh Bagi Modul Spa 106

8. Torrance, E.P. (1990). Thinking

creatively with words manual.

Benseville, IL : Scholastic Testing

Service, Inc.

Zaidi Hj. Fadzil & Abu Bakar Hj. Hashim. (

2002 ). Pengajian Am : Pembangunan Diri

1. Putrajaya : Kementerian Pengajian

Tinggi Malaysia.