pemantapan tahap kemahiran asas bahasa arab melalui...

15
29 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui Kajian Tindakan Hairun Najuwah Jamali 1 , Awatif Abdul Rahman 2 , Ku Fatahiyah Ku Azizan 3 , Siti Nurhajariah Md Isa 4 ABSTRAK Bahasa Arab merupakan salah satu daripada subjek teras di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Bahasa Arab memerlukan penguasaan empat kemahiran asas utama iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Walau bagaimanapun, terdapat ramai pelajar kurang menguasai keempat-empat kemahiran tersebut. Ini mungkin disebabkan teknik pengajaran yang digunakan sebelum ini kurang mantap untuk pelajar menguasai bahasa Arab. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk memantapkan pengajaran bahasa Arab bagi membantu pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa Arab tersebut. Seramai 90 orang pelajar tahun 1 terlibat dalam kajian ini. Instrumen-instrumen yang digunakan sebagai alat pengumpulan data ialah senarai semak, pemerhatian dan soal selidik. Strategi dan teknik yang digunakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini adalah berpandukan kepada model PdP Bahasa Arab yang telah dihasilkan oleh pasukan penyelidik pada tahun 2012. Hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan mendapati bahawa tahap keempat-empat kemahiran pelajar berada pada tahap yang tinggi. ABSTRACT Arabic language is one of the core subjects at Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Arabic requires mastery of four key skills of listening, reading, writing and speaking. However, there are many students did not master the four skills. This may be due to the teaching techniques used previously less steady for the student to master the Arabic language. Therefore, this action research was conducted to provide guidance to the teaching of Arabic language teachers to help students master the four skills of the Arabic language. A total of 90 students involved in the study. The instruments that are used as data collection tool is a checklist, observation and questionnaires. Strategies and techniques used in the execution of this action research model is based on teaching dan learning techniques of Arabic language which was produced by a team of researchers in 2012. The findings of the study conducted action found that the four skills of students are at a high level. 1 Hairun Najuwah Jamali, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Awatif Abdul Rahman, Pensyarah Kanan,, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 3 Ku Fatahiyah Ku Azizan, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 4 Siti Nurhajariah Md Isa, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]

Upload: doannga

Post on 06-Mar-2018

321 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

29

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui

Kajian Tindakan

Hairun Najuwah Jamali1, Awatif Abdul Rahman2, Ku Fatahiyah Ku Azizan3, Siti

Nurhajariah Md Isa4

ABSTRAK

Bahasa Arab merupakan salah satu daripada subjek teras di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS). Bahasa Arab memerlukan penguasaan empat kemahiran

asas utama iaitu kemahiran mendengar, membaca, menulis dan bertutur. Walau

bagaimanapun, terdapat ramai pelajar kurang menguasai keempat-empat kemahiran

tersebut. Ini mungkin disebabkan teknik pengajaran yang digunakan sebelum ini kurang

mantap untuk pelajar menguasai bahasa Arab. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan

bertujuan untuk memantapkan pengajaran bahasa Arab bagi membantu pelajar

menguasai keempat-empat kemahiran bahasa Arab tersebut. Seramai 90 orang pelajar

tahun 1 terlibat dalam kajian ini. Instrumen-instrumen yang digunakan sebagai alat

pengumpulan data ialah senarai semak, pemerhatian dan soal selidik. Strategi dan teknik

yang digunakan dalam melaksanakan kajian tindakan ini adalah berpandukan kepada

model PdP Bahasa Arab yang telah dihasilkan oleh pasukan penyelidik pada tahun 2012.

Hasil dapatan kajian tindakan yang dijalankan mendapati bahawa tahap keempat-empat

kemahiran pelajar berada pada tahap yang tinggi.

ABSTRACT

Arabic language is one of the core subjects at Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS). Arabic requires mastery of four key skills of listening, reading, writing

and speaking. However, there are many students did not master the four skills. This may

be due to the teaching techniques used previously less steady for the student to master the

Arabic language. Therefore, this action research was conducted to provide guidance to the

teaching of Arabic language teachers to help students master the four skills of the Arabic

language. A total of 90 students involved in the study. The instruments that are used as

data collection tool is a checklist, observation and questionnaires. Strategies and

techniques used in the execution of this action research model is based on teaching dan

learning techniques of Arabic language which was produced by a team of researchers in

2012. The findings of the study conducted action found that the four skills of students are

at a high level.

1 Hairun Najuwah Jamali, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 2 Awatif Abdul Rahman, Pensyarah Kanan,, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian

Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 3 Ku Fatahiyah Ku Azizan, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected] 4 Siti Nurhajariah Md Isa, Pensyarah, Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor, [email protected]

Page 2: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

30

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Pengenalan

Kajian tindakan adalah sejenis penyelidikan yang berbentuk renungan kendiri dan

melibatkan penyelidik sendiri mengkaji amalan yang lazim dilakukan dalam bidang tugas

mereka. Dalam bidang pendidikan, penyelidikan tindakan melibatkan penyelidik-

penyelidik seperti pensyarah, guru-guru, pengetua, atau penuntut (mereka ini boleh

menjadi sebagai penyelidik atau peserta yang diselidik) untuk memperbaiki dari segi

amalan sosial dan pendidikan kendiri, kefahaman terhadap amalan kendiri, situasi di mana

amalan tersebut dijalankan.

Proses dalam PdP amat penting kepada pelajar untuk menguasai bahasa Arab. Guru

perlu mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar mereka tidak kira dalam penguasaan

kosa kata, tatabahasa, kemahiran lisan, membaca atau menulis. Pengetahuan guru terhadap

masalah pelajar akan membentuk tindakan susulan yang sesuai untuk diaplikasikan kepada

pelajar yang bermasalah. Ku Fatahiyah et.al (2014) dan Muhammad Ziyad (2012) turut

mengkaji berkaitan kemahiran asas ini dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.

Dapatan kajian mereka mencadangkan agar proses PdP itu berlangsung dengan adanya

hubungan baik antara tenaga pengajar, pelajar dan teknik penyampaian yang berkesan.

Secara umumnya, pasukan penyelidik telah mengesan beberapa masalah yang

dihadapi oleh pelajar-pelajar semasa proses PdP bahasa Arab berlangsung di dalam kelas.

Tinjauan awal kajian mula dijalankan pada minggu pertama pelajar tahun 1 memulakan

pengajian di dalam kelas. Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar ialah membaca,

menulis, bertutur dan mendengar teks bahasa Arab.

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengaplikasikan Model Cadangan

Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di KUIS, menganalisa

keberkesanan model terhadap penguasaan kemahiran Bahasa Arab dan memantapkan PdP

empat kemahiran asas bahasa Arab.

Kemahiran Asas Bahasa Arab

Kemahiran Mendengar

Kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas dalam proses mempelajari bahasa (Nik

Mohd Rahimi, 2003). Seseorang pelajar yang mempunyai kemahiran ini dengan baik,

kebiasaannya, dapat memahami maksud serta membuat tafsiran daripada apa yang telah

didengarinya (Kamarudin Hj. Hussin, 1986). Nik Mohd Rahimi (2005) berpendapat latihan

kemahiran mendengar hendaklah dijadikan asas penggabungjalinan antara satu kemahiran

dengan kemahiran berbahasa yang lain. Namun, berdasarkan kajian beliau, teknik

pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab inilah yang sering diabaikan dan tidak

ditekankan dalam konteks pengajaran bahasa Arab sebagai bahasa kedua di Malaysia.

Kenneth Beare (2009) berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mendengar merupakan

salah satu tugas yang paling berat kepada para pendidik atau guru. Ini kerana kemahiran

mendengar yang berjaya memerlukan masa dan penumpuan serta latihan yang banyak.

Dalam pengajaran bahasa Arab, kemahiran mendengar ini amat penting. Dengan

kemahiran mendengar, pelajar dapat memahami sesuatu yang didengar dengan betul dan

jelas. Kemampuan mendengar yang baik akan membantu mereka menghasilkan pertuturan

yang baik. Proses pengajaran untuk mendapatkan kemahiran mendengar ini lazimnya

melalui suara guru di dalam kelas. Justeru, kemahiran mendengar merupakan kemahiran

asas dalam proses mempelajari bahasa yang diwajibkan ke atas para pelajar (Ibtisam &

Zamri, 2012).

Page 3: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

31

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Kajian Mohd Ja’afar et al. (2006) mendapati kebanyakan guru bahasa Arab tidak

menekankan teknik latihan kemahiran mendengar pada teks dengan betul. Kajian beliau

mendapati pelajar tidak dilatih mendengar petikan dialog dan jenis naratif secara

berasingan atau tanpa melihat teks. Guru bahasa Arab lebih cenderung melatih kemahiran

mendengar dan menyebut huruf dan perkataan sahaja. To’imah (1989) menyatakan

bahawa latihan kemahiran mendengar bahasa Arab sebagai bahasa asing atau bahasa kedua

perlu diajar secara berasingan sebelum diikuti dengan latihan kemahiran berbahasa yang

lain seperti latihan kemahiran bertutur, latihan membaca dan latihan menulis. Ini bermakna

kemahiran mendengar merupakan kemahiran asas yang perlu diajarkan dan dipelajari oleh

para pelajar bermula pada peringkat permulaan pembelajaran bahasa mereka.

Kemahiran Bertutur

Matlamat kurikulum Bahasa Arab Komunikasi sebagaimana yang telah dinyatakan adalah

untuk membolehkan pelajar berkomunikasi secara lisan dalam kehidupan seharian mereka.

Mereka diharap dapat menguasai kemahiran-kemahiran berbahasa iaitu mendengar,

bertutur, membaca dan menulis dengan memberi perhatian kepada kemahiran bertutur.

Bahkan antara objektif penting mata pelajaran tersebut ialah agar pelajar membiasakan diri

mendengar bahasa Arab di samping dapat bertutur dengan fasih dan lancar mengeluarkan

pendapat dalam situasi-situasi tertentu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002)

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran lisan yang amat penting, sama ada

dalam situasi formal atau tidak formal. Kemahiran ini penting bagi seseorang itu dalam

hubungannya dengan orang lain. Pertuturan yang diadakan lazimnya membawa maksud

tertentu. Keupayaan menuturkan sesuatu bahasa itu dapat mempercepatkan pemahaman

pelajar, terutama yang berkaitan dengan komunikasi interpersonal. Pengajaran dan

pembelajaran kemahiran ini memerlukan pendekatan yang sesuai terutama apabila

berhadapan dengan kumpulan pelajar yang berlainan, seperti keperluan bagi mempelajari

bahasa pertama ataupun bahasa kedua (Chew Fong Peng & Abdul Jalil Othman, 2008).

Sebahagian besar pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya dalam aliran

pendidikan Islam masih belum mampu menguasai kemahiran bertutur walaupun telah

dapat pendedahan yang luas dalam bahasa Arab sejak berada di sekolah menengah

(Mastura 2013). Kajian Abd. Halim (2009) juga mendapati faktor-faktor yang menghalang

pelajar-pelajar bertutur di dalam bahasa Arab ialah malu bertutur dalam bahasa Arab,

merasa rendah diri, tidak yakin pada diri sendiri, takut ditertawakan rakan, takut disindir

rakan, tidak bersemangat berkomunikasi dalam bahasa Arab dan takut melakukan

kesilapan ketika menggunakan bahasa Arab.

Kemahiran Membaca

Proses membaca menurut To’imah (1989) ialah suatu proses pengecaman, pemahaman,

kritikan dan tindak balas yang merupakan suatu aktiviti akal fikiran yang memerlukan

penglibatan setiap aspek personaliti seseorang pembaca. Sehubungan itu, kepentingan

penguasaan kemahiran ini telah menjadikan kefahaman bacaan sebagai satu aspek

pelajaran yang wajib bagi pelajaran bahasa Arab di semua peringkat pengajian.

Oleh itu, berdasarkan teori To’imah (1989) menunjukkan bahawa aktiviti membaca

merupakan salah satu kemahiran bahasa yang penting untuk dikuasai sama ada dalam

bahasa ibunda atau bahasa kedua. Tidak lengkap mempelajari sesuatu bahasa itu

melainkan seseorang individu dapat menguasai kemahiran membaca bahasa yang

dipelajarinya. Malah dalam konteks pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing atau

kedua di Malaysia, kemahiran membaca boleh dianggap sebagai objektif utama yang perlu

Page 4: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

32

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

dikuasai. Ini adalah kemahiran-kemahiran lain kurang dipraktikkan secara meluas (Nik

Rahimi, 1998). Kenyataan ini disokong oleh Kamarulzaman & Nik Rahimi (2004),

keperluan dan situasi sebenar dalam mempelajari bahasa ini dalam kalangan masyarakat

Malaysia dilihat lebih memerlukan tumpuan kepada kemahiran membaca

Menurut Maimun (2007) pengajaran membaca adalah satu kemahiran penerimaan di

mana pelajar menerima teks dan memecahkan makna-maknanya. Ini kerana dalam

pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran membaca ini merupakan kemahiran yang

penting di samping kemahiran mendengar, bertutur dan menulis. Antara tujuan pengajaran

kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa Arab dengan mudah dan

santai dengan memahami maknanya secara langsung tanpa terhenti pada perkataan dan

ungkapan tanpa bantuan kamus ketika membaca.

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa tertinggi yang berkembang selari

mengikut perkembangan otak dan pengalaman berbahasa seseorang. Sebagai kemahiran

bahasa, fungsinya ialah untuk tujuan berkomunikasi dan menyelesaikan pelbagai urusan

dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan, sosial, dan pekerjaan. Salleh Abdul

Majid al-Arabi (1981) menyatakan bahawa dalam proses penulisan ini terdapat beberapa

perkara utama yang perlu diberikan perhatian, antaranya termasuklah memulakan

penulisan dari kanan ke kiri, menulis huruf-huruf Arab, menulis perkataan dengan ejaan

yang betul, membentuk susunan ayat yang betul dan mampu difahami oleh pembaca, dan

menggunakan susunan ayat dalam perenggan dengan betul. Lantaran itu, kemahiran

menulis dilihat sebagai kemahiran terpenting yang perlu dikuasai oleh masyarakat

khususnya golongan pelajar. Namun, Roselan Baki (2003) berpendapat, menghasilkan

penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah

dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis.

Sebagai kemahiran bahasa, fungsinya adalah untuk tujuan berkomunikasi dan

menyelesaikan pelbagai urusan dalam aktiviti harian yang meliputi bidang pendidikan,

sosial, dan pekerjaan. Withthrow (1987) menyatakan bahawa kemahiran menulis

merupakan peringkat tertinggi yang hendak dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa. Lantaran itu, kemahiran menulis dilihat sebagai kemahiran terpenting yang perlu

dikuasai oleh masyarakat khususnya golongan pelajar.

Menurut (Hassan Basri Awang Mat Dahan, Jassem Ali Jassem, Mat Taib bin Pa, &

Jamilah Jahim, 2002), dalam aspek kemahiran menulis, tahap penguasaan pelajar berada

antara sederhana dan lemah. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan oleh beberapa

faktor: 1) Guru kurang memberi latihan; 2) Pelajar lemah perbendaharaan kata - kerana

kurang bacaan yang meluas disebabkan kurang bahan-bahan bacaan dalam Bahasa Arab;

dan 3) Pengaruh bahasa pengajaran guru (yang menggunakan Bahasa Melayu sewaktu

mengajar); dan guru tiada keupayaan mengajar kemahiran menulis khususnya, penulisan

insya' dan pertuturan.

Objektif Kajian

Berlandaskan maklumat kepentingan dan permasalahan yang telah diperincikan sebelum

ini, penyelidik menggariskan kajian tindakan yang dijalankan adalah berasaskan objektif

berikut:

1. Menjalankan kajian tindakan melalui PdP empat kemahiran asas bahasa Arab.

Page 5: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

33

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

2. Memantapkan PdP empat kemahiran asas bahasa Arab menggunakan Model

Cadangan Penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab.

3. Mengetahui penerimaan pelajar terhadap tindakan yang dijalankan melalui PdP

dalam kelas.

Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan soal selidik sepenuhnya selepas

kajian tindakan dijalankan. Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini berdasarkan

maklumbalas responden terhadap perjalanan kajian tindakan melalui pengajaran dan

pembelajaran kemahiran asas bahasa Arab. Kajian tindakan yang dijalankan ini mencakupi

empat kemahiran asas bahasa Arab iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis. Responden melalui proses kajian tindakan ini selama satu semester pengajian dan

didedahkan dengan beberapa teknik pengajaran dan pembelajaran kemahiran asas bahasa

Arab yang sesuai bagi mencapai objektif kajian.

Aplikasi kaedah tinjauan ini membolehkan sesuatu isu dan persoalan diteliti

daripada pelbagai perspektif terutamanya dalam menghuraikan mengenai tahap, persepsi

dan sikap responden berkenaan sesuatu isu yang dikaji (Chua. 2006). Selain itu, reka

bentuk kajian tinjauan menggunakan saiz sampel yang besar, maka dapatan kajian boleh di

generalisasi kepada populasi dengan tepat dan berkesan.

Soal selidik yang dibina terdiri daripada 6 bahagian. Bahagian A mengandungi

item-item yang berhubungan dengan faktor demografi pelajar seperti jantina, tahun

pengajian, pendorong mempelajari bahasa arab, tahap penguasaan bahasa arab, tahap

penguasaan Jawi dan tahap penguasaan bacaan Al-Quran. Maklumat demografi seperti

jantina merupakan pemboleh ubah tidak bersandar yang akan diuji dalam kajian ini.

Bahagian B pula ialah berkaitan dengan kemahiran mendengar (8 item), diikuti oleh

bahagian C iaitu kemahiran bertutur (10 item), bahagian D iaitu kemahiran membaca (6

item), bahagian E iaitu penguasaan bahan bacaan (7 item) dan bahagian F iaitu kemahiran

menulis (14 item).

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti

di Rajah 1.

Rajah 1 Model Kajian Tindakan

Mengenal Pasti Isu & Masalah Kajian

Mengutip &

Menganalisis Data

Pelaksanaan

Tindakan

Pembentukan Pelan

Tindakan & Penetapan Alat

Kajian / Kaedah Penilaian

Refleksi & Penilaian

Konseptualisasi Masalah: Prinsip /

Teori berhubung dengan masalah

Menganalisis Masalah -Perbincangan penyelidik

Rajah 1 Model Kajian Tindakan

Page 6: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

34

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Latar Belakang Responden

Seramai 90 orang pelajar telah menjadi responden kajian tindakan ini. Mereka merupakan

pelajar semester 1 diploma dalam pelbagai bidang pengkhususan Pengajian Islam seperti

al-Quran Sunnah, Tahfiz, Syariah dan Syariah dan Perundangan di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS). Pemilihan dibuat berdasarkan pengkhususan mereka

memandangkan mereka merupakan pelajar yang mempunyai pengalaman pembelajaran

bahasa Arab sejak peringkat sekolah menengah dan melebihi 5 tahun. Oleh itu, kajian

tindakan yang dijalankan adalah bertujuan untuk memantapkan keupayaan kemahiran asas

Bahasa Arab mereka dengan mengaplikasi Model Cadangan Penambahbaikan Pengajaran

dan Pembelajaran Bahasa Arab yang dihasilkan oleh kumpulan penyelidikan pada tahun

2012.(Mohamad Rofian et. al, 2012).

Dapatan Kajian Dan Perbincangan

Jadual 1 menunjukkan taburan responden dan latar belakang pembelajaran bahasa Arab

dan tahap penguasaannya juga tahap penguasaan bahasa jawi serta al-Quran yang

membantu kepada pembelajaran bahasa Arab itu sendiri.

Jadual 1 Demografi Pelajar

Kategori Bilangan

Pelajar

Peratusan

(%)

Jantina Lelaki 51 56.7

Perempuan 39 43.3

Tahun Pengajian Tahun 1 90 100.0

Pernah mengikuti kursus Bahasa

Arab

Ada 33 36.7

Tiada 57 63.3

Pendorong mempelajari bahasa Arab Diri

Sendiri

67 74.4

Rajah 2

Page 7: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

35

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Ibubapa/

Penjaga

13 14.4

Rakan-

rakan

5 5.6

Pensyarah 5 5.6

Tahap Penguasaan Bahasa Arab Sangat

Baik

1 1.1

Baik 11 12.2

Sederhana 49 54.4

Lemah 26 28.9

Sangat

Lemah

3 3.3

Tahap Penguasaan Jawi Sangat

Baik

21 23.3

Baik 39 43.3

Sederhana 27 30.0

Lemah 3 3.3

Tahap Penguasaan bacaan

Al-Quran

Sangat

Baik

20 22.2

Baik 47 52.2

Sederhana 22 24.4

Lemah 1 1.1

Jumlah 90 100.0

Kesemua data soal selidik dianalisis menggunakan perisian komputer melalui program

SPSS versi 21.0. Data-data ini dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif iaitu

frekuensi, peratusan, skor min dan sisihan piawai. Terdapat tiga tahap skor min yang telah

ditetapkan bagi semua item yang dikaji berdasarkan skor min iaitu 1.00 hingga 1.99 berada

pada tahap rendah, 2.00 hingga 2.99 berada pada tahap sederhana dan 3.00 hingga 4.00

berada pada tahap tinggi. Rajah 3 menunjukkan interpretasi kepada tahap skor min

tersebut.

Rajah 3 Interpretasi Julat Skor Min

Julat Tahap Skor Min

1.00 – 1.99 Rendah

2.00 – 2.99 Sederhana

3.00 – 4.00 Tinggi

Sumber: Rosnaini, Mohd Arif & Jalaludin (2011)

Analisis Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi

i) Kemahiran Mendengar

Page 8: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

36

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dijalankan dengan menggunakan

kaedah pemerolehan bahasa. Manakala teknik yang digunakan ialah teknik dengar-faham

dan teknik dengar-ajuk yang diaplikasi dalam aktiviti ketika berada di dalam kelas.

Antara aktiviti-aktivitinya ialah pelajar menyebut semula huruf-huruf hijaiyyah,

perkataan-perkataan, dan ayat-ayat pendek dengan makhraj yang betul. Pelajar menulis

semula huruf-huruf hijaiah, perkataan-perkataan, dan ayat-ayat pendek dengan makhraj

yang betul. Pelajar memadankan ayat-ayat Arab yang didengar dengan gambar yang

disediakan. Pelajar memahami teks Arab yang diperdengarkan, serta menjawab soalan

yang disediakan.

Jadual 2 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran

mendengar. Kesemua item di dalam kemahiran mendengar berada pada tahap interpretasi

yang tinggi. Skor keseluruhan bagi kemahiran mendengar ialah (min = 3.55, sp = 0.40) dan

berada pada interpretasi yang tinggi.

Jadual juga menunjukkan maklumbalas responden yang positif ketika melalui

akiviti PdP kemahiran mendengar. Wan Izzuddin & Wan Hasni (1991) memberikan

pandangan bahawa ramai pelajar tidak mempunyai kemahiran mendengar yang baik

disebabkan mereka tidak memberikan daya tumpuan yang jitu terhadap guru yang sedang

mengajar di dalam kelas. Kadang-kadang pelajar gagal memberikan perhatian kepada guru

kerana mereka menjalankan aktiviti lain semasa mendengar seperti menulis, mencatat nota dan

ada pula yang cuba membaca buku. Sebaliknya, apabila kemahiran bertutur disampaikan oleh guru menggunakan teknik

dan aktiviti yang sesuai, proses pembelajaran yang dilalui oleh reponden dapat dimanfaatkan

dengan baik. Jadual 1 telah menunjukkan responden dapat mengikuti, memahami seterusnya

memantapkan pemahaman kemahiran mendengar bahasa Arab yang diikuti dan menghasilkan

interpretasi yang tinggi.

Jadual 2 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran mendengar

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

B1 Pensyarah saya memberi arahan tutup buku ( اغلق الكتاب)

ketika mengajar bahasa Arab

3.00 .924 Tinggi

B2 Pensyarah saya memberi arahan dengar baik-baik ( ستمع ا

sebelum membaca perkataan dan petikan bahasa (جيدا

Arab

3.73 .469 Tinggi

B3

Pensyarah saya meminta saya menulis perkataan-

perkataan Bahasa Arab yang mempunyai huruf Mad dan

perkataan tanpa huruf Mad yang diperdengarkan

3.48 .691 Tinggi

B4 Pensyarah saya memperdengarkan perkataan-perkataan

Bahasa Arab yang membolehkan saya membezakan Alif

Laam Shamsiyyah dan Alif Lam Qamariyyah

3.70 .608 Tinggi

B5 Pensyarah saya memperdengarkan ayat Bahasa Arab dan

meminta saya memadankan dengan gambar yang

diberikan

3.58 .687 Tinggi

B6 Pensyarah saya meminta saya menulis perkataan yang

diperdengarkan melalui audio (komputer)

3.58 .703 Tinggi

B7 Saya tidak dibenarkan melihat buku bahasa Arab ketika

latihan kemahiran mendengar.

3.69 .533 Tinggi

B8 Pensyarah memperdengarkan bacaan petikan bahasa

Arab beberapa kali dan pelajar tidak dibenarkan melihat

buku

3.68 .493 Tinggi

Skor Keseluruhan Kemahiran Mendengar 3.55 0.40 Tinggi

Page 9: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

37

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

ii) Kemahiran Bertutur

Di dalam kajian tindakan ini, kemahiran bertutur menggunakan kaedah komunikatif

dengan mengaplikasi teknik main peranan dan pengumpulan kosa kata. Aktiviti yang

dijalankan pula sepenuhnya berpusatkan kepada pelajar dan guru bertindak sebagai

fasilitator. Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil (lima hingga enam orang). Mereka

diberikan tajuk mengikut situasi dan beberapa perbendaharaan kata yang sesuai dengan

situasi diberikan. Kemudian dikehendaki menyediakan skirp lakonan berdasarkan situsasi

yang diberikan. Seterusnya dikehendaki melakonkan situsasi mengikut skrip yang

disediakan oleh mereka berdasarkan kreativiti mereka.

Bagi aktiviti teknik pengumpulan kosa kata, audien yang ada di dalam kelas

dikehendaki menulis perkataan atau istilah baru yang diperolehi melalui lakonan yang

dipersembahkan atas kertas warna yang disediakan. Pensyarah hanya akan membetulkan

kesalahan bertutur pelajar berdasarkan lakonan yang dipersembahkan selepas persembahan

dan menulisnya di atas papan putih. Ini sejajar dengan pendapat To’imah (t.t.) ketika

memberi panduan dalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu mengurangkan

percakapan dan memberi arahan di dalam kelas kemahiran bertutur namun sebaliknya

pelajar perlu memperbanyakkan bertutur bahasa Arab. Bagi mengakhiri aktiviti kemahiran

bertutur, pelajar kemudiannya dikehedaki menyebut perkataan atau istilah yang telah

diperbetulkan oleh pensyarah secara berulang sehingga hadam.

Apabila selesai PdP kemahiran bertutur, borang soal selidik diedarkan bagi

menngetahui maklumbalas pelajar. Jadual 2 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan

interpretasi tahap kemahiran bertutur. Kesemua item di dalam kemahiran bertutur berada

pada tahap interpretasi yang tinggi kecuali bagi item “Pensyarah saya tidak banyak

membuat pembetulan kesalahan di dalam pertuturan bahasa Arab” yang berada pada

tahap interpretasi yang sederhana dengan nilai skor min sebanyak 2.46.

Hal ini bertepatan dengan saranan To’imah (t.t.), guru tidak membangkang atau

memotong percakapan ketika pelajar bertutur bahasa Arab serta memperbanyakkan

pembetulan ketika pelajar bertutur bahasa Arab. Adalah satu kebiasaan sekiranya penutur

bahasa Arab sebagai bahasa kedua berasa lemah dalam mengeluarkan kata-kata dan

menyusun ayat bahasa Arab dengan sempurna. Namun perasaan ini akan bertambah

sekiranya percakapan mereka sering dipotong oleh guru. Pembetulan kesalahan pelajar

perlu dilihat dari dua segi: Sekiranya kesalahan pertuturan bahasa Arab pelajar boleh

merosakkan makna ayat, maka guru perlu memperbetulkan kesalahan pertuturan pelajar.

Namun jika kesalahan bahasa itu tidak merosakkan makna serta masih dapat

menyampaikan maksud percakapan, maka kesalahan itu perlu diabaikan. Walau

bagaimanapun, skor keseluruhan bagi kemahiran bertutur ialah (min = 3.49, sp = 0.39) dan

berada pada interpretasi yang tinggi.

Jadual 3 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran bertutur

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

C1 Pensyarah saya memperkenalkan kepada saya asas

kemahiran bertutur.

3.63 .608 Tinggi

C2 Pensyarah saya meminta saya menyebut perkataan

bahasa Arab yang dipelajari mengikut makhraj yang

betul.

3.66 .621 Tinggi

C3 Pensyarah saya meminta pelajar menjalankan perbualan

dalam bahasa Arab bersama rakan tanpa melihat teks.

3.42 .749 Tinggi

C4 Pensyarah saya meminta pelajar bercakap di hadapan

kelas dalam bahasa Arab tanpa melihat teks.

3.69 .593 Tinggi

Page 10: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

38

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

C5 Pensyarah saya memperkenalkan kepada saya kosa kata

baharu untuk digunakan di dalam lakonan mengikut

situasi.

3.58 .519 Tinggi

C6 Pensyarah saya meminta pelajar menyebut secara lisan

kosa kata baharu bahasa Arab mengikut situasi.

3.56 .602 Tinggi

C7 Pensyarah saya meminta pelajar berlakon dalam bahasa

Arab mengikut situasi yang diberikan.

3.67 .581 Tinggi

C8 Pensyarah saya meminta pelajar menyebut ayat dalam

bahasa Arab mengikut nada dan intonasi yang betul

ketika berlakon.

3.53 .674 Tinggi

C9 Pensyarah saya memberi peluang kepada pelajar bertutur

dan berlakon dalam bahasa Arab.

3.73 .493 Tinggi

C10 Pensyarah saya tidak banyak membuat pembetulan

kesalahan di dalam pertuturan bahasa Arab.

2.46 1.062 Sederhana

Skor Keseluruhan Kemahiran Bertutur 3.49 0.39 Tinggi

iii) Kemahiran Membaca

Kemahiran asas bahasa Arab seterusnya ialah kemahiran membaca. Sesi PdP bagi

kemahiran ini mengaplikasi teknik baca senyap dan nyaring. Pelajar diperkenalkan terlebih

dahulu jenis-jenis bacaan (bacaan senyap dan terang). Lalu aktiviti kemahiran membaca

dimulakan dengan pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil mengadungi dua hingga

tiga orang ahli. Setiap kumpulan diberikan teks Arab berbaris dan dikehendaki membaca

teks yang diberi dengan bacaan senyap selama lima minit. Pelajar diminta untuk membaca

teks yang diberikan secara individu, kemudiannya dikehendaki membaca teks yang diberi

secara bersama dengan bacaan terang. Guru membaca sekali lagi teks arab yang diberikan

dengan bacaan, nada, intonasi dan rima yang betul dan pelajar dikehendaki mengajuk

bacaan pensyarah secara bersama. Guru kemudiannya memberi pekenan terhadap unsur-

unsur bacaan seperti mad, syaddah, al-qamariah, al-syamsiah yang terdapat dalam teks.

Setiap kumpulan dikehendaki membaca semula teks dengan bacaan, nada, intonasi dan

rima yang betul dengan menekankan unsur-unsur bacaan seperti mad, syaddah, al-

qamariah, al-syamsiah yang terdapat dalam teks.

Kaedah pengajaran membaca ini selari dengan To’imah (1985) dibahagikan kepada

dua iaitu; kaedah deduktif yang dimulakan dengan diperkenalkan huruf dan bunyi huruf

tersebut dan kaedah induktif yang dimulakan terus dengan memperkenalkan perkataan dan

ayat.

iv) Penguasaan bahan bacaan

Manakala aspek penguasaan bahan bacaan, guru memperkenalkan kepada pelajar dua

teknik bagi menguasai bahan bacaan iaiatu teknik SQ3R & KWLH. Teknik SQ3R

bermaksud S-survey, Q-question, R-read, R-recite dan R-review. KWLH pula bermaksud

K-know, W-want, L-learn dan H-how. Setiap kumpulan perlu memilih untuk

menggunakan teknik SQ3R atau KWLH bagi menguasai bahan bacaan yang diberikan.

Setiap kumpulan dikehendaki untuk membuat rumusan dalam bentuk carta minda

mengikut teknik yang dipilih. Aktiviti ini menyerlahkan kebolehan pelajar secara aktif

ketika mempelajari kemahiran membaca.

M. Khalilullah, S. Ag. (2011) dalam kajiannya tentang strategi pembelajaran bahasa

arab aktif (kemahiran qira’ah dan kitabah) menghuraikan bahawa pembelajaran aktif

memerlukan pelajar terlibat dalam proses belajar masing-masing dengan menerapkan apa

yang dipelajari. Pembelajaran aktif berorientasi kepada proses dan bukan hasil. Integrasi

Page 11: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

39

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

antara ilmu atau fakta yang diperolehi dengan proses adalah penting. Dalam erti kata lain,

interaksi berlaku antara tenaga pengajar dan pelajar dalam proses pembelajaran. Strategi

pembelajaran adalah satu cara yang dilakukan oleh individu (guru) terhadap individu lain

(pelajar) untuk menghasilkan perubahan dalam aspek kognitif, afektif dan psikomotor

secara berkesinambungan.

Jadual 4 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran

membaca. Kesemua item di dalam kemahiran membaca berada pada tahap interpretasi

yang tinggi. Skor keseluruhan bagi kemahiran membaca ialah (min = 3.74, sp = 0.34) dan

berada pada interpretasi yang tinggi.

Jadual 4 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran membaca

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

D1 Pensyarah saya memperkenalkan teori membaca dengan

sebutan makhraj hijaiyyah yang betul.

3.83 .375 Tinggi

D2 Pensyarah saya meminta pelajar membaca petikan

bahasa Arab secara senyap dan terang untuk membaca

dengan sebutan dan makhraj hijaiyyah yang betul.

3.67 .519 Tinggi

D3 Pensyarah saya menyenaraikan asas bacaan yang betul

mengikut Mad, al-qamariyyah dan al-syamsiyyah dan al-

shaddah.

3.79 .437 Tinggi

D4 Pensyarah saya membetulkan dan membimbing pelajar

membaca ayat bahasa Arab mengikut asas bacaan yang

betul.

3.69 .554 Tinggi

D5 Pensyarah saya meminta pelajar membaca ayat bahasa

Arab dengan bacaan yang kuat dan jelas.

3.79 .437 Tinggi

D6 Pensyarah saya meminta pelajar membuat latih tubi

bacaan mengikut asas bacaan yang betul (Mad, al-

qamariyyah dan al-syamsiyyah dan al-shaddah).

3.64 .526 Tinggi

Skor Keseluruhan Kemahiran Membaca 3.74 0.34 Tinggi

Jadual 5 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap penguasaan

bahan bacaan. Kesemua item di dalam penguasaan bahan bacaan berada pada tahap

interpretasi yang tinggi. Skor keseluruhan bagi penguasaan bahan bacaan ialah (min =

3.49, sp = 0.51) dan berada pada interpretasi yang tinggi.

Jadual 5 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap penguasaan bahan bacaan

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

E1 Saya faham mengenai konsep KWLH. 3.26 .787 Tinggi

E2 Saya faham mengenai konsep SQ3R. 3.30 .771 Tinggi

E3 Teknik ini sesuai diintegrasikan dalam meningkatkan

penguasaan kemahiran membaca.

3.56 .655 Tinggi

E4 Teknik ini dapat meningkatkan penguasaan kefahaman

bahan bacaan dalam kelas.

3.56 .563 Tinggi

E5 Saya setuju jika teknik ini diaplikasi dalam pengajaran

dan pembelajaran bahasa khususnya bahan bacaan di

peringkat universiti.

3.53 .584 Tinggi

E6 Teknik bacaan ini dapat membantu pelajar menggunakan

kemahiran berfikir.

3.59 .538 Tinggi

E7 Teknik bacaan ini dapat mengaktifkan pemikiran pelajar

dalam menguasai bahan bacaan.

3.63 .570 Tinggi

Skor Keseluruhan Penguasaan Bahan Bacaan 3.49 0.51 Tinggi

Page 12: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

40

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

iv) Kemahiran Menulis

Dalam mempelajari bahasa Arab, kemahiran membina ayat merupakan peringkat

permulaan dalam proses membina kemahiran menulis. Kemahiran ini dilihat sebagai

langkah awal dalam mengenali kemahiran penulisan. Pelajar yang dapat melepasi tahap

kemahiran membina ayat ini, sudah tentu dapat mempelajari kemahiran menulis dengan

baik. Ini adalah kerana kemahiran menulis memerlukan beberapa perkara asas seperti

kemampuan menulis perkataan, kemampuan menggunakan ayat dan kemampuan

mengungkapkan ungkapan supaya dapat ditulis dengan baik.

Oleh itu, guru memulakan pengajaran kemahiran menulis dengan teknik deduktif

dengan meminta pelajar untuk membuat latihan membentuk ayat menggunakan teknik

susun perkataan dalam masa yang sama menerangkan kepada pelajar jenis-jenis ayat Arab:

jumlah ismiyyah dan jumlah fi’liyyah. Guru kemudiannya mendedahkan kepada pelajar

kaedah membuat ayat Arab yang betul sambil membimbing pelajar membina ayat arab

dengan kaedah yang betul. Pelajar kemudiannya diminta untuk membina ayat

menggunakan teknik gambar untuk tujuan pengukuhan dan semakan ayat yang dibina dari

masa ke semasa.Pada akhir pengajaran, pelajar diminta untuk merumuskan kedah menulis

ayat yang dipelajari.

a) Teknik Menyusun Perkataan

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang

pelajar. Setiap kumpulan diberikan kad imbas berwarna yang mengandungi perkataan-

perkataan Arab. Perkataan-perkataan yang bercerai dikelaskan mengikut warna

berdasarkan jenis ayat; jumlah ismiyyah dan jumlah fi’liyyah. Setiap kumpulan

dikehendaki untuk menyusun perkataan-perkataan yang diberi untuk membentuk ayat yang

betul dan difahami mengikut berbantukan warna kad imbas. Pelajar juga diberikan ayat-

ayat Arab yang mengandungi perkatan-perkataan yang digugurkan, pelajar kemudiannya

dikehendaki memasukkan apa-apa perkataan yang sesuai untuk membentuk ayat Arab

yang lengkap dan betul.

b) Teknik Gambar

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang

pelajar. Setiap kumpulan diberikan 20 jenis gambar, dan mereka diminta untuk membina

satu ayat bagi setiap gambar. Setiap kumpulan seterusnya diberikan satu gambar, dan

mereka diminta untuk menghasilkan sebanyak mungkin ayat yang betul berdasarkan

gambar yang diberikan.

Jadual 6 menunjukkan skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran

menulis. Kesemua item di dalam kemahiran menulis berada pada tahap interpretasi yang

tinggi. Skor keseluruhan bagi kemahiran menulis ialah (min = 3.49, sp = 0.47) dan berada

pada interpretasi yang tinggi.

Jadual 6 Skor min, sisihan piawai dan interpretasi tahap kemahiran menulis

No Item Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

F1 Pensyarah menerangkan kepada pelajar jenis-jenis ayat

bahasa Arab.

3.58 .540 Tinggi

F2 Pensyarah saya mengajar pelajar menulis ayat menurut

kaedah tatabahasa bahasa Arab.

3.66 .523 Tinggi

F3 Pensyarah menunjukkan cara menulis ayat bahasa Arab

menurut kaedah tatabahasa yang betul.

3.66 .523 Tinggi

F4 Pensyarah saya membimbing pelajar menulis ayat

bahasa Arab menurut kaedah tatabahasa yang betul.

3.67 .581 Tinggi

Page 13: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

41

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

F5 Pensyarah saya melatih pelajar menulis ayat bahasa

Arab bermula dengan paling mudah, sukar dan paling

sukar.

3.61 .575 Tinggi

F6 Pensyarah saya meminta pelajar menyusun perkataan-

perkataan yang diberi supaya menjadi ayat yang

lengkap.

3.67 .474 Tinggi

F7 Pensyarah saya meminta pelajar mengisi perkataan

sendiri di tempat kosong dalam ayat.

3.61 .575 Tinggi

F8 Pensyarah saya meminta pelajar menulis ayat bahasa

Arab berdasarkan lukisan atau gambar.

3.58 .670 Tinggi

F9 Pensyarah saya meminta pelajar menulis ayat bahasa

Arab berdasarkan perkataan yang diberikan.

3.61 .555 Tinggi

F10 Saya tahu jenis-jenis ayat dalam bahasa Arab. 3.24 .865 Tinggi

F11 Saya faham kaedah menulis ayat seperti yang

diterangkan oleh pensyarah saya.

3.37 .710 Tinggi

F12 Saya tahu cara menulis ayat bahasa Arab menggunakan

kaedah tatabahasa yang betul.

3.22 .858 Tinggi

F13 Saya mampu menyusun perkatan-perkatan Arab untuk

membentuk ayat yang betul.

3.22 .790 Tinggi

F14 Saya mampu menulis ayat bahasa Arab menggunakan

kaedah tatabahasa yang betul.

3.20 .824 Tinggi

Skor Keseluruhan Kemahiran Menulis 3.49 0.47 Tinggi

Secara keseluruhannya, dapatan jadual di atas menunjukkan pelajar dapat dibimbing

dengan kemahiran menulis dengan teknik dan aktiviti yang mampu diikuti oleh pelajar.

Aktiviti pemantapan kemahiran ini selari dengan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005) dan

Yahya Othman (2005) menyatakan bahawa penguasaan kemahiran menulis bukan hanya

bergantung kepada bakat sahaja, bahkan ia dipengaruhi oleh pengajaran menulis yang

bersistem dan berkesan. Justeru, penguasaan peringkat asas dimulakan dengan menulis

huruf, perkataan, ayat dan akhirnya menulis sebuah wacana yang dapat difahami.

Kesimpulan

Berdasarkan kajian tindakan yang telah dijalankan, maklumbalas daripada responden

sangat memuaskan. Hal ini kerana PdP empat kemahiran asas bahasa Arab yang

menggunakan pelbagai teknik dan aktiviti memberi perangsang kepada mereka melalui

pembelajaran bahasa Arab yang menyeronokkan seterusnya dapat memantapkan lagi

penguasaan bahasa Arab mereka. Suasana pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih

interaktif dengan memastikan setiap pelajar menyertai aktiviti yang dijalankan. Justeru,

dapatan kajian ini mencadangkan agar teknik dan kepelbagaian aktiviti PdP kemahiran

asas bahasa Arab yang telah diaplikasi boleh dimanfaatkan oleh tenaga pengajar mengikut

kesesuaian responden mereka. Adalah diharapkan dapatan ini mencetuskan buah fikiran

yang berfaedah ketika menjalan PdP kemahiran asas bahasa Arab.

Rujukan

Abdul Halim Mohamad.2009. Tahap komunikasi dalam Bahasa Arab dalam kalangan

pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. JIAE: Journal of Islamic and

Arabic Education, 1 (1). pp. 1-14

Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan

Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Page 14: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

42

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Hassan Basri Awang Mat Dahan Mohd Azhar Zailaini. 2005. Pengajaran Bahasa Arab

Untuk Tujuan-Khusus: Satu Pandangan Awal, Universiti Malaya Masalah

Pendidikan, Universiti Malaya 233.

Ibtisam bt Abdullah Zamri bin Ahmad. 2012. Pengajaran Kemahiran Mendengar Bahasa

Arab Sebagai Bahasa Kedua. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) Unit Bahasa Arab, Fakulti

Pengajian Islam,UKM.

Kamarudin Hj. Husin. 1986. Kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa. Subang Jaya:

Sarjana.

Kenneth Beare. 2009. The Challenge of Teaching Listening Skills. Dicapai pada 13 Mac

2017 daripada http://esl.about.com/cs/teachlistening/a/a-tlisten.htm.

Ku Fatahiyah Ku Azizan et.al. 2014. Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT

Malaysia. GSE E-Journal of Education .Vol 1 No 2 2014.

Mastura binti Arshad. 2013. Penggunaan Strategi Pembelajaran Aturan Kendiri

Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu Di Pusat Asasi

UIAM. Proceeding Of Ilcc 2013 International Language For Communication

Conference 2013

M. Khalilullah, S.Ag. 2011. Strategi Pembelajaran Bahasa Arab Aktif (Kemahiran

Qira’ah Dan Kitabah). Jurnal Sosial Budaya, Vol. 8 No. 01 Januari – Juni 2011.

Mohammad Rofian et.al. 2012. Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di

Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta Di Malaysia. Bangi: Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Mohamad Ziyad bin Mukhtar & Izuddin bin Muhammed. 2012. Penguasaan Asas Bahasa

Arab Dalam Kalangan Pelajar Ppismp Gstt- Pai: Satu Kajian Kes

https://www.academia.edu/8003852/ dicapai pada 13 mac 2017.

Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (1998). Bahasa Arab untuk kemahiran komunikasi: Satu

kajian tentang perlaksanaannya dan cabaran pengajaran dan pembelajaran di abad

ke-21. Prosiding isu-isu pendidikan negara, Bangi.

Nik Mohd Rahimi. 2003. Pengajaran kemahiran mendengar Bahasa Arab: Antara tradisi

dan

inovasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 3), p. 200-213.

Nik Mohd Rahimi. 2005. Penilaian kemahiran mendengar dalam Kurikulum Bahasa Arab

Komunikasi. Tesis Dok. Fal. Fakulti Pendidikan, Bangi UKM.

Roselan Baki. 2003. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma

Publications Sdn. Bhd.

Rosnaini Mahmud et.al. 2011. Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT dikalangan

Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 1,

Mac 2011.

Salleh Abdul Majid al Arabi. 1981. Ta’alumil lughatul haiyyah wa ta’alimuha. Beirut:

Maktabah Lubnan.

To’imah, Rushdi Ahmad. 1989. Ta’lim al-’Arabiyyah li ghairi natiqiin biha. Rabat:

Mansyurat al-munazzamah al-Islamiyyah li-tarbiyyah wa al-ulum wa thaqafah-

Esesco.

Toimah, R.A. t.t. Al-Marji’ Fi Ta’lim al-Lughah al-Arabiyyah Li Al-Natiqiin bi Lughatin

Ukhra. Jilid2: Jami’ah Ummul Qura: Maa’had al-Lughah al-Arabiyyah.

Toimah, R.A. 1985. Dalil ‘Amal fi I’dad al-Mawaad al-Ta’limiyyah li Baramij Ta’lim al-

Arabiyyah. Jamia’ah Ummul Qura: Ma’had Al Lughah Al Arabiy Li Ghair Natiqiina

Biha.

Wan Izzuddin Wan Sulaiman & Wan Hasni Wan Sulaiman.1991. Strategi belajar yang

berkesan. Kuala Lumpur: Sabha-DTP Services.

Page 15: Pemantapan Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab Melalui …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_004... · kemahiran membaca adalah mengajar pelajar membaca bahasa

43

e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH

SPECIAL ISSUE (2017)

Withrow, Jean. 1987. Effective writing: writing skills for intermediate students of

Ametican English. Cambridge: Cambridge University Press.

Yahya Othman. 2005. Trend dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuantan: PTS

Profesional.