pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

11
MISI MENEMBUSI PELBAGAI BUDAYA Pelajaran 8 Utk 22 hb Ogos 2015 Ayat Hafalan : Lihatlah, itu Hamba-Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-bangsa. (Matius 12:18) Adaptasi dari : fustero.es Diedit Oleh : HaislerVL

Upload: haisler-vasco-layup

Post on 14-Apr-2017

253 views

Category:

Spiritual


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

MISI MENEMBUSI PELBAGAI

BUDAYA

Pelajaran 8 Utk 22 hb Ogos 2015

Ayat Hafalan : Lihatlah, itu Hamba-Ku yang Kupilih, yang Kukasihi, yang

kepada-Nya jiwa-Ku berkenan; Aku akan menaruh roh-Ku ke atas-Nya, dan Ia akan memaklumkan hukum kepada bangsa-

bangsa. (Matius 12:18)

Adaptasi dari : fustero.esDiedit Oleh : HaislerVL

Page 2: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

Yesus merancang untuk menubuhkan pangkalan misi yang kuat di kalangan orang-orang Yahudi sebelum menjangkau budaya lain. Walau bagaimanapun,

Dia tidak terlepas sebarang peluang untuk membantu orang bukan Yahudi. Dia bahkan melatih orang asing supaya mereka boleh menjadi misionari di

kalangan bangsa mereka.

PENGHALANG DIROBOHKAN

Hamba seorang perwira Roma (Matius

8:5-13).

Anak perempuan seorang wanita Kanaan

(Matius 15:21-28).

Pesakit kusta berbangsa Samaria

(Lukas 17:11-19).

Page 3: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

Yesus merancang untuk menubuhkan pangkalan misi yang kuat di kalangan orang-orang Yahudi sebelum menjangkau budaya lain. Walau bagaimanapun,

Dia tidak terlepas sebarang peluang untuk membantu orang bukan Yahudi. Dia bahkan melatih orang asing supaya mereka boleh menjadi misionari di

kalangan bangsa mereka.

MISIONARIS DALAM LATIHAN

Wanita Bangsa Samaria (Yohanes 4:4-

42).

Orang Gerasa yang dirasuk (Markus 5:1-

20).

Orang Yunani yang mencari Yesus

(Yohanes 12:20-32).

Page 4: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

HAMBA SEORANG PERWIRA(Matius 8:5-13; Lukas 7:1-10)

“Aku berkata kepadamu: Banyak orang akan datang dari Timur dan Barat dan duduk makan bersama-sama dengan

Abraham, Ishak dan Yakub di dalam Kerajaan Sorga,” (Matius 8:11)

1. Seorang yang baik hati. Dia tidak meminta apa-apa untuk dirinya melainkan untuk hambanya (Matius 8:5-6; Lukas 7:2-3)

2. Dia mempunyai perhubungan yang baik dengan para ketua orang Yahudi. Malah, dia mendirikan sebuah rumah ibadat bagi mereka (Lukas 7:3-5)

3. Dia tahu bahawa tradisi Yahudi tidak membenarkan orang Yahudi untuk memasuki rumah orang berbangsa lain (Matius 8:8).

4. Dia memiliki kepercayaan yang kuat kepada Yesus (Matius 8:10).

Apa yang kita tahu tentang perwira berbangsa Roma itu?

Page 5: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

HAMBA SEORANG PERWIRA(Matius 8:5-13; Lukas 7:1-10)

Apa yang Yesus ajar tentang iman perwira itu?

Yesus menunjukkan bahawa perwira itu merupakan contoh

asli bagi orang-orang dari seluruh dunia yang akan hadir

bersama-sama dengan para pelopor bangsa Yahudi di

dalam jamuan syurgawi Yesus pada suatu hari nanti.

Page 6: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

WANITA KANAAN(Matius 15:21-28; Markus 7:24-29)

Lalu Yesus berkata kepadanya: "Biarlah anak-anak kenyang dahulu, sebab tidak patut mengambil roti

yang disediakan bagi anak-anak dan melemparkannya kepada anjing.“ (Markus 7:27)

“Dia mengemis bagi mendapatkan sisa-sisa yang jatuh dari meja tuannya. Dia rela disamakan dengan seekor anjing sekiranya diberi keistimewaan sedemikian. Dia tidak punya sebarang prasangka kerohanian atau kebangsaan yang mempengaruhi tindakannya, dan dia dengan pantas mengakui Yesus sebagai Juruselamatnya yang mampu mengabulkan semua kehendaknya.Sang Juruselamat sangat berpuas hati. Dia telah menguji iman wanita itu terhadapNya. Melalui hubungan itu, Dia telah menunjukkan bahawa wanita yang dianggap sebagai orang buangan dari bangsa Israel bukan lagi orang asing, tetapi seorang anak di dalam rumah Tuhan”

E.G.W. (Kerinduan Segala Zaman, bab 43, ms. 401)

Page 7: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

PESAKIT KUSTA BANGSA SAMARIA (Lukas 17:11-19)

Lalu Yesus berkata: "Bukankah kesepuluh orang

tadi semuanya telah menjadi tahir? Di manakah yang sembilan orang itu? Tidak adakah di antara

mereka yang kembali untuk memuliakan Allah selain

dari pada orang asing ini?" (Lukas 17:17-18)Kepelbagaian mungkin merobohkan rintangan di antara budaya.

Para pesakit kusta itu disatukan oleh penyakit mereka; perbezaan budaya sudah tidak memberi apa-apa makna lagi.Mereka meletakkan kepercayaan pada Yesus terlebih dahulu; Dialah Tuhan yang boleh menyembuhkan mereka.Orang Yahudi berfikiran bahawa orang “asing” tidak memberi apa-apa keuntungan jika disembuhkan, tetapi dia (pesakit kusta berbangsa asing) satu-satunya yang menunjukkan kesyukuran kepada Yesus.Pelajaran itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada para muridNya. Hal ini membuka hati mereka untuk memberitakan Injil di Samaria beberapa tahun kemudian (Kisah Para Rasul 1:8).

Page 8: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

WANITA BANGSA SAMARIA(Yohanes 4:4-42)

“dan mereka berkata kepada perempuan itu: "Kami percaya, tetapi bukan lagi karena apa yang kaukatakan, sebab kami sendiri telah mendengar Dia dan kami tahu, bahwa Dialah benar-benar Juruselamat dunia." (Yohanes 4:42)

Yesus melangkah keluar dari belenggu tradisi. Kedua-dua wanita berbangsa Samaria dan para muridNya terkejut.

1. Wanita berbangsa Samaria itu terkejut apabila Yesus meminta air daripadanya (Yohanes 4:9).

2. Para muridNYa terkejut apabila melihat Yesus bercakap dengan seorang wanita bersendirian (Yohanes 4:27).

Yesus memahami perbezaan di antara tradisi manusia dan perintah Ilahi. Dia tidak peduli berkenaan dengan perlanggaran adat budaya apabila menjangkau kepada

wanita asing itu.Wanita itu menjadi misionari tempatan yang pertama di kalangan bangsanya.

Page 9: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

ORANG GERASA YANG KERASUKAN(Markus 5:1-20; Matius 8:28-34; Lukas 8:26-39)

Yesus tidak memperkenankannya, tetapi Ia berkata kepada orang itu: "Pulanglah ke rumahmu, kepada orang-orang sekampungmu, dan beritahukanlah kepada mereka segala sesuatu yang telah diperbuat oleh Tuhan atasmu dan bagaimana Ia telah mengasihani engkau!" (Markus 5:19)Daerah Gerasa terletak di bahagian timur Laut Galilea dan merupakan sebahagian dari wilayah jajahan Roma di Yudea. Tetapi rakyat tempatan di sana mengikuti adat resam orang Yunani (malah turut memelihara khinzir).Kemorosotan ekonomi akibat mukzizat Yesus (menghalau syaitan keluar dari seorang lelaki yang kemudiannya merasuk kawanan babi) telah menutup pintu wilayah Gerasa bagi pelayanan Injil.

Page 10: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

Namun demikian, Yesus telah menjadikan lelaki yang kerasukan itu

seorang misionari agar dia boleh melakukan penginjilan di mana Yesus

dan para muridNya tidak dapat.Penerimaan rakyat tempatan terhadap sesama bangsa mereka sendiri adalah

lebih senang berlaku kerana persamaaan budaya dan latar belakang sosial.

ORANG GERASA YANG KERASUKAN(Markus 5:1-20; Matius 8:28-34; Lukas 8:26-39)

Page 11: Pelajaran ss 8 qtr 3 2015 misi menembusi pelbagai budaya

ORANG-ORANG YUNANI

(Yohanes 12:20-32)

“dan Aku, apabila Aku ditinggikan dari bumi, Aku akan menarik semua orang datang kepada-Ku.“ (Yohanes 12:32)

Apabila orang-orang Yunani itu mencari Yesus, mereka pergi kepada seorang lelaki yang mempunyai amalan yang hampir sama dengan bangsa mereka : Filipus.Para misionari yang bukan rakyat tempatan harus tahu akan amalan rakyat tempatan agar mereka dapat melakukan penginjilan dengan lebih berkesan. Dengan itu, khabar baik Injil akan lebih mudah difahami dan diterima.Yesus menjadikan lawatan orang-orang Yunani itu sebagai peluang bagi menerangkan misiNya yang menjangkau ke seluruh sejagat dan antara budaya.