pedagogi pendidikan kesihatan_t1

12
PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN (HBHE1203) Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor

Upload: tee-fui-sun

Post on 20-Nov-2015

17 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Pedagogi Pendidikan Kesihatan_t1

TRANSCRIPT

  • PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN(HBHE1203)Disediakan oleh:ABDUL LATIF BIN AHMADIPG Kampus Tun Hussein OnnBatu Pahat, Johor

  • PEDAGOGI PENDIDIKAN KESIHATAN

    Pedagogi adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Pedagogi moden terbahagi kepada tiga bidang fungsi pengajaran. (a) Bidang KognitifBerkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisis.(b) Bidang AfektifBerkenaan dengan sikap dan sahsiah diri.(c) Bidang PsikomotorBerkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan.

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Konsep yang ditekankan oleh kesihatan ialah kesihatan keseluruhan. ( suatu keadaan di mana individu itu berada di dalam keadaan yang sempurna daripada segi jasmani, mental-emosi, sosial dan rohani dan bukan sahaja bebas dari penyakit, cacat atau cedera. (WHO),

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Kecergasan Fizikal

    - adalah keupayaan individu utk berfungsi secara berkesan utk menghadapi cabaran dlm kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dgn lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga utk tujuan kecemasan. Kecergasan Mental

    - adalah keupayaan individu utk berfikir dan menggunakan maklumat utk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.Kecergasan ialah keupayaan seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan cekap dan bertenaga tanpa rasa keletihan yang keterlaluan dan mempunyai tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti riadah dan menghadapi cabaran apabila kecemasan.

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Kecergasan Sosial

    Keupayaan individu utk berinteraksi dengan org lain bagi mewujudkan perhubungan yg bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dlm hubungan ini. Kecergasan Emosi

    Individu berupaya menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik. Kecergasan Rohani

    Individu membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yg bermakna dan konstruktif.

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Komponen Kecergasan Fizikal Berasaskan Kesihatan:(a) Daya tahan kardiovaskular(b) Daya tahan otot(c) Kekuatan otot(d) Fleksibiliti/Kelenturan(e) Komposisi badan/kandungan lemak

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Daya Tahan Kardiovaskular

    Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Daya Tahan Otot

    Daya tahan otot adalah keupayaan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang- ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau sederhana. Kekuatan Otot

    Kekuatan otot adalah keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan daya (kerja). Fleksibiliti/Kelenturan

    Fleksibiliti adalah keupayaan sendi - sendi bergerak dengan licin dengan rintangan yang minimum pada jarak yang makimum. Komposisi Badan/Kandungan Lemak

    Komposisi badan adalah kadar relatif otot, lemak, tulang dan tisu-tisu lain yang membentuk tubuh.

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    Prinsip-prinsip bagi menjamin keberkesanan Pendidikan Kesihatan ialah:-Berdasarkan kepada perubahan tingkahlaku yang positif.

    (b) Hendaklah berasaskan kepada keperluan dan kepentingan pelajar, keluarga dan masyarakat dan negara.(c) Mempertimbangkan faktor-faktor sosiobudaya dan ekonomi yg mempengaruhi tingkahlaku kesihatan. (d) Memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar melalui penglibatan mengikut peringkat kesediaan dan kematangan mereka.

  • PENDEKATAN DAN STRATEGIPENGAJARAN SERTA PEMBELAJARANPENDIDIKAN KESIHATAN

    (f) Proses pembelajaran perlu menjadi sebahagian kepada keseluruhan kurikulum dan berpandukan kepada prinsip-prinsip pedagogi.(g) Pembelajaran perlulah berasaskan fakta kesihatan dan berdasarkan pendekatan saintifik yang positif.(h) Penerapan nilai-nilai murni secara terancang dan secara tidak langsung di dalam pendidikan kesihatan. Pendidikan kesihatan hendaklah dianggap

    sebahagian dari program pembangunan kesihatan masyarakat.(j) Proses pendidikan perlu menumpukan perhatian kepada perkembangan kemahiran berfikir dan perkembangan pengetahuan di kalangan para pelajar.

  • Tunjang Pembelajaran Kesihatan Diri dan Keluarga

  • Buku Rekod Mengajar

    Buku Rekod Mengajar perlu ditulis dengan ringkas dan jelas serta mudah difahami. Ia bertujuan untuk meringkaskan beban tugasan guru supaya tiada yang tertindih selain memberi tumpuan dalam tugas mengajar.

  • SEKIANTERIMA KASIH