pedagogi pendidikan al-quran guru-guru agama maip

58
PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAI DISEDIAKAN OLEH: PN. HJH SITI JUARIAH BINTI TARMUJI PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPOS IPOH

Upload: jasper-browning

Post on 03-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP. DISEDIAKAN OLEH: PN. HJH SITI JUARIAH BINTI TARMUJI PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPOS IPOH. PENDEKATAN . KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI PENDIDIKAN AL-QURAN. APAKAH YANG ANDA TAHU TENTANG PENDEKATAN, KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI?. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

PEDAGOGI PENDIDIKAN AL-QURAN GURU-GURU

AGAMA MAIP

DISEDIAKAN OLEH:PN. HJH SITI JUARIAH BINTI TARMUJI

PENSYARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPOS

IPOH

Page 2: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

PENDEKATAN .KAEDAH, TEKNIK, DAN STRATEGI PENDIDIKAN

AL-QURAN

Page 3: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

""Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul?""Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi""Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula...""Apa itu strategi..."

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak tercapai.""Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul?""Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi""Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula...""Apa itu strategi..."

Page 4: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Ramai guru yang berpengalaman menganggap konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.

Terdapat guru yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja.

Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pengajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. "

Page 5: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.

Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Page 6: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Jika kita ingin memasak ayam maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, menggulai, memanggang atau mengukus.

Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-kaedah menyepak bola, kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan seret, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.

Page 7: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Andaikan kita ingin memasak ayam dengan kaedah menggoreng.

Maka sudah tentu kita perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut.

Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik.

Page 8: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Umpamanya untuk menggoreng ayam, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ayam melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas.

Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah

disebut sebagai teknik menggoreng.

Teknik-teknik untuk kaedah memasak ayam secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Page 9: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini, kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul.

Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjamin tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

Page 10: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Di antara kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.

Page 11: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Siri tindakan guru yang sitematik Lebih bercorak jangka pendek Merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan pendekatan yang telah dipilih Mendokong pendekatan dipilih

Page 12: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Teknik Pengajaran

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil.

Page 13: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Merujuk kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan Pengendalian yg benar – benar berlaku dalam bilik darjah digunakan dlm langkah pengajaran Perlu mengambil kira faktor latar belakang pelajar dalam menentukan teknik yang dipilih.

Page 14: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Contoh

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Page 15: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

ContohSatu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan.

Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalan maka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Page 16: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

KESIMPULANSebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajaran kita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Page 17: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Dalam pengertian yang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagai "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.

Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori, model-model atau generalisasi yang tertentu.

Page 18: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Contoh 1 Sebagai contoh, pendekatan memasak ayam yang

kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau pendekatan Barat.

Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Ia amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.

Page 19: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Page 20: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Cara mengajar berdasarkan objektif yang telah ditentukan

Harus berlandaskan teori, prinsip atau model tertentu

Kenyataannya dianggap benar tanpa memerlukan bukti dan alasan bagi

mendokong sesuatu teori

Page 21: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Sambungan…….

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Page 22: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Deduktif

Pada tahap 1, iaitu tahun 1 hingga 3 persekolahan, pelajar lebih mementingkan diri sendiri seperti yang ditegaskan oleh penyelidik Kohlberg, kerana mereka diperingkat Pra-konvensional.

Penekanan pada tahp 1 ialah penyemaian nilai-nilai asas.

Strategi deduktif memainkan peranan yang amat penting pada Tahap 1.

Menerangkan konsep nilai dengan memberikan definisi nilai.

Page 23: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Deduktif

Hal ini kerana sebarang teori, formula dan pendekatan perlu didedahkan terlebih dahulu kepada pelajar di awal pengajaran.

Apabila penerangan lengkap telah diberikan, pelajaran haruslah diakhiri dengan memberi contoh-contoh khusus.

Amat penting bagi memastikan pelajar betul-betul memahami definisi dan konsep nilai yang diperkenalkan supaya mereka dapat mengaplikasikannya di dalam situasi yang lain.

Page 24: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Rajah 2.4: Prosedur pengajaran menggunakan strategi deduktif

Memperkenalkan Bidang Perkembangan Diri. Contohnya, Amanah

Jelaskan definisi nilai itu

Gunakan isu/contoh/situasi yang berkaitan dalam penerangan guru

Pelajar mengukuhkan pemahaman tentang konsep dan mengaplikasikan di dalam amalan kehidupan seharian

Page 25: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Induktif Strategi ini memberi peluang kepada pelajar membuat

kesimpulan sendiri mengenai konsep atau benda. Ia amat berkesan pada tahap 2 iaitu persekolahan

tahun 4,5 dan 6 kerana di peringkat ini pelajar berkeupayaan membuat sesuatu kesimpulan berdasarkan pengajaran yang disampaikan.

Contoh-contoh khusus

Mencari sifat/punca/sebab/ memerhati/mengkaji dan mentafsir

Membuat generalisasi

Latar belakang keluarga yang tidak mengizinkan dia belajar

Tidak berminat untuk belajar

Ponteng kelas/ Suka lewat ke kelas/ Bising dalam kelas

Rajah 2.5: Strategi Induktif

Page 26: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Strategi ini melibatkan proses membuat penaakulan iaitu menggalakkan pelajar berfikir.

Hal ini kerana menggalakkan pelajar untuk berusaha mencari, meneliti dan mempelajarinya dalam sesuatu pelajaran tersebut.

Selepas melalui proses ini, barulah pelajar membuat rumusan mengenai isi pelajaran yang hendak disampaikan oleh guru.

Beberapa prinsip dalam melaksanakan strategi induktif. Antaranya ialah:

a) Pelajar perlu membuat kesimpulan pada akhir pelajaran. b) Menyediakan soalan-soalan yang dapat mendorong

pelajar kearah penemuan konsep pembelajaran supaya ia dapat membimbing dan mengelakkan mereka membuat

kesimpulan yang salah.

Page 27: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

c) Contoh-contoh yang dikemukakan tidak boleh mengelirukan pelajar.

d) Pelajar perlu aktif dan guru pula perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menarik.

f) Bimbingan dan bantuan guru sangat penting disepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran serta mengawasi pelajar dan tidak membiarkan pelajar bersendirian kerana hal ini akan mendorong pelajar membuat kesimpulan yang salah

g) Sesuatu sesi pembelajaran induktif perlu mematuhi proses pemikiran induktif iaitu daripada contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum

Page 28: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Eklektif Menggabungkan kedua-dua strategi iaitu strategi deduktif dan

strategi induktuf. Guru tidak terikat dengan mana-mana strategi secara tegar

tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan pelajar waktu itu.

Hal ini bermaksud menggabungjalinkan beberapa pendekatandaripada tujuh pendekatan iaitu pendekatan pemupukan nilai, bertimbang rasa, perkembangan kognitif, analisis nilai, penjelasan nilai, tindakan sosial dan rasional.

Proses pengajaran ini boleh digabungkan dengan pendekatan analisis nilai agar pelajar benar-benar memahami kepentingan nilai dan keberkesanannya di dalam kehidupan seharian mereka.

Ini bermaksud guru perlu memberi beberapa contoh dahulu, menggalakkan pelajar berfikir mengenai rumusannya dan selepas itu mengemukakan beberapa contoh lain sebagai pengukuhannya.

Kesimpulannya, strategi ini dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada strategi deduktif induktif.

Page 29: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Tematik Memerlukan guru mengenal pasti tema-tema yang hendak

dijadikan idea utama pengajaran seterusnya menyenaraikan tajuk-tajuk kecil yang berkaitan dengan tema.

Contohnya ialah isu pencemaran alam sekitar seperti yang tertera dibawah.

Udara Bunyi bising

Haba Darat

Pencemaran alam sekitar

Rajah 2.6: Kaedah pengajaran tematik

Page 30: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Beberapa peraturan utama pengajaran tematik:

Mempunyai tajuk atau tema utama/umum yang boleh dikembangkan kepada sub tajuk/tema atau tajuk-tajuk kecil.

Aktiviti pembelajaran boleh merangkumi berbagai-bagai bidang kurikulum.

Aktiviti pembelajaran berasaskan topik kecil dan semuanya ada kaitan dengan topik umum/utama atau tema

Pelbagai kemahiran boleh digabungjalinkan semasa pelajar menjalankan aktiviti

Page 31: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Beberapa peraturan utama pengajaran tematik:

Pemilihan tema atau tajuk mestilah merangkumi perkara-perkara yang berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar seperti tentang diri, keluarga, sekolah, dan sebagainya. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada tema-tema yang lebih abstrak dan mencabar pada akhir sesi pembelajaran. Guru juga perlu memastikan aktiviti yang dirancang itu dapat mencerminkan kesinambungan di antara tema-tema supaya mesej yang khusus dapat disampaikan kepada pelajar

Page 32: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru. Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah syarahan dan kaedah demonstrasi

PENDEKATAN MEMUSATKAN GURU

Page 33: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Pendekatan Memusatkan Murid

Pengajaran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.

Kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah, kaedah bermain kaedah perbincangan kumpulan DLL.

Page 34: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

KEPELBAGAIAN PENDEKATAN

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran.

Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan pendekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu.

CONTOH : al-Quran dengan Tajuwid/ tafsir/hadis dll.

Page 35: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Adalah : Kebijaksanaan memilih pendekatan,

kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan objektif pengajaran.

Lebih mengambil kira objektif jangka panjang dan mengambil kira segala aspek pembelajaran termasuk pemilihan bahan, masa dan sebagainya.

Page 36: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Di antara kaedah-kaedah pengajaran Pendidikan al-Quran adalah seperti talaqqi dan musyafahah, kaedah tikrar, hafalan, tasmik, tadarrus, imlak, Baghdadiah, Iqra` , Qiraati, Hattawiyah

Page 37: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

1. KAEDAH TALAQQI MUSYAFAHAHPengenalan

Kaedah mempelajari bacaan al-Quran yang tertua yang dipraktikkan oleh Jibril a.s. kpd Rasulullah SAW dikenali sebagai Talaqqi Musyafahah. Caranya Jibril membaca ayat suci al-Quran kemudian Rasulullah SAW terus menghafal ayat berkenaan. Seterusnya Rasulullah membacakan kepada para sahabat, para sahabat pula meniru bacaan Rasulullah SAW kemudain diminta dituliskan, seterusnya tulisan itu dibacakan dan dihafalkan.

Page 38: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

1. Talaqqi

Talaqqi pd bahasa : pertemuan secara berhadapan atau bersemuka

Talaqqi pd istilah : Pertemuan antara guru dan murid secara bersemuka

Guru memberi contoh bacaan kepada murid dan murid mengikut bacaan beramai-ramai.

Page 39: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

2. Musyafahah

Musyafahah pd bahasa: Sebutan daripada mulut ke mulut yg diambil dari pergerakan dua bibir.

Musyafahah pada istilah: Murid Menerima pengajaran dengan cara mendengar sebutan guru, melihat pergerakan bibir guru dan menyebutnya(mengikutnya)

Guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid, kemudian murid itu mengikut contoh bacaan guru secara individu.

Page 40: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Dalam kaedah talaqqi musyafahah, murid yg mempelajari al-Quran mesti berhadapan secara langsung kepada gurunya.

Faktor ini sangat ditekankan supaya murid tahu betul secara amali bagaimana perlaksanaan semua hukum-hukum tajwid dalam bacaan yg meliputi makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan lain-lain hukum tajwid.

Page 41: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP
Page 42: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Tasmik

Pengenalan Bacaan adalah satu aktiviti yang bertalian.

Apabila mendengar atau membaca mereka akan melakukan satu pertalian proses-proses memilih dan menelaah, menguji dan mengesahkan maklumat didengar atau dibaca. Dalam pengajaran al-Quran, murid diminta membaca dan guru mendengar.

Page 43: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Tasmik

Pengenalan Kaedah tasmik bacaan ayat al-quran sesuai dengan

digunakan bagi tilawah dan hafazan. Seorang murid diminta membaca ayat al-Quran di hadapan guru. Jika terdapat kesalahan, guru akan memperbetulkannya. Selepas itu murid boleh ditanya mengenai hukum-hukum bacaan atau tajwid dan maksud tanda-tanda bacaan dalam ayat yang dibaca.

Page 44: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP
Page 45: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kekuatan

Guru dapat: 1. Membetulkan bacaan murid dengan tepat 2. Mendisiplinkan murid dengan baik 3. Memastikan murid tidak melakukan

kesilapan 4. Mengenalpasti tahap kebolehan murid

dengan tepat 5. Mengesan kelemahan bacaan murid

Page 46: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Tadarus

Pengenalan Pada bahasa : Belajar mengajarPada Istilah : Pembacaan dalam

halaqah secara bergilir seorang demi seorang ayat yang sama atau berlainan dan diteliti oleh halaqah yang lain.

Page 47: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Tadarus

Kaedah tadarus atau halaqah ialah kumpulan kecil yang biasanya tidak melebihi 4 orang. Seorang membaca yang lain mendengar dan membetulkan bacaan jika terdapat kesalahan dalam bacaan rakannya. Aktiviti ini berjalan serentak kepada semua kumpulan. Murid-murid membaca secara bergilir-gilir dalam kumpulannya. Jika sampai kepada murid yang tidak pandai atau tidak fasih membaca, maka rakan yang pandai akan membimbingnya atau mengeja.

Page 48: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP
Page 49: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP
Page 50: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Tikrar (latih tubi / ulangan )

Pengenalan Maksud tikrar pada bahasa: ulangan berkali-kali.Pada istilah: aktiviti bacaan berulang-ulang kali untuk

menguatkan ingatan dan mengingati sesuatu bacaan. Langkah-langkahnya: i. Selepas guru membaca, murid-murid ikut ii. Seorang murid membaca dan diikuti rakan-rakan lain iii. Murid-murid membaca secara kelas. iv. Murid-murid membaca beramai-ramai mengikut

kumpulan, kumpulan lain mendengar sahaja. v. Seorang murid membaca, yang lain mendengarnya

sahaja.

Page 51: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP
Page 52: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Imla’i

Murid menyalin ayat hendak dihafaz dua atau tiga kali bergantung kepada panjang atau pendek ayat itu. Semasa menyalin ayat itu murid-murid dikehendaki mengingati ayat tersebut. Kombinasi di antara menulis dan membaca ini boleh mengukuhkan ingatan mengenai ayat al-Quran yang hendak dihafaz itu.

Page 53: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah BaghdadiahPengenalan Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu

Mansor Hafzul Fikri Al-Baghdadi pada tahun 376Hijrah. Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara berperingkat dengan cara latih tubi dan pengulangan. Kaedah ini telah berlangsung lamanya dan menyumbangkan jasa yang amat besar kepada umat islam. Kaedah Baghdadiah sangat popular dikalangan umat islam sehingga pada tahun 1990 kaedah Iqra’ atau Qiraati diperkenalkan.

Page 54: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Iqra’ Pengenalan Kaedah iqra’ diasaskan oleh Ust. Asad Humam

daripada Yogjakarta. Kaedah ini pada umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terlebih dahulu.

Diperingkat permulaan, pelajar belajar membaca al-quran. Kaedah iqra tidak mengenalkan huruf dan baris-baris bacaan seperti baris satu dan bais dua samaada diatas dibawah dan didepan. Begitujuga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti tanda mati atau tanda tashdid.

Page 55: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah QiraatiPengenalan Kaedah qiraati disusun pada tahun 1963 oleh Hj Dachlan Sulaim Larkasyi dari Indonesia. Ia diterbitkan pada 1 Julai 1996. kaedah ini mengandungi dua bahagian buku iaitu qiraati untuk kanak-kanak dan qiraati untuk dewasa. Qiraati untuk kanak-kanak mengandungi dua buah buku gharib tentang kaedah Rasm Othmani. Qiraati untuk dewasa mengandungi 3 buah buku, setiap bahagian diajar secara bacaan alquran melalui mushaf dan tajwid.

Page 56: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah Hatawiyah

Pengenalan Kaedah ini diperkenalkan oleh Drs. Hj Usman dari Riau Sumatera. Beliau berpengalaman dalam bidang tilawah al-quran selama 30 tahun.Beliau menggunakan konsep mempelajari al-quran secara cepat yang dikenali sebagai kaedah hatawiyah.Kaedah ini merupakan kaedah terkini sesuai, ringkas dan praktikal.

Page 57: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

Kaedah HatawiyahPengenalan Seorang itu boleh membaca al-quran dalam tempoh 41/2 jam atau selama 6 kali belajar, khasnya kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi.Kaedah ini juga sesuai untuk mengajar saudara baru.Panduan mengajar kaedah Hatawiayah seperti di bawah:

Page 58: PEDAGOGI  PENDIDIKAN  AL-QURAN GURU-GURU AGAMA MAIP

SEKIAN

SELAMAT BERUSAHA SEMOGA MENJADI GURU YANG

BERDIDIKASI