pedagogi

20
1 1.0 PENDAHULUAN Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian konsep, kaedah dan pengajaran. Secara tidak lansung Woodruff (dalam Amin, 1987), mendefinisikan konsep sebagai berikut: a. suatu gagasan yang relatif sempurna dan bermakna, b. suatu pengertian tentang suatu objek, c. produk subjektif yang berasal dari cara seseorang membuat pengertian terhadap objek-objek atau benda-benda. Kaedah pula mengikut mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Kaedah mengikut Mangantar Simanjuntak (1982 ), kaedah adalah satu rencana (prosedur ) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhanya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Parera ( 1986 ) pula mengatakan, kaedah ialah satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian- bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan. Ishak Ramly (2006) pula berpendapat bahawa kaedah ialah satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Upload: azmi-mohd-zain

Post on 19-Jul-2015

108 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pedagogi

1

1.0 PENDAHULUAN

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita

memikirkan secara umum pengertian konsep, kaedah dan pengajaran. Secara tidak

lansung Woodruff (dalam Amin, 1987), mendefinisikan konsep sebagai berikut:

a. suatu gagasan yang relatif sempurna dan bermakna,

b. suatu pengertian tentang suatu objek,

c. produk subjektif yang berasal dari cara seseorang membuat pengertian terhadap

objek-objek atau benda-benda.

Kaedah pula mengikut mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan

(membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada

sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah

kaedah-kaedah memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah

yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau

mengukus.

Kaedah mengikut Mangantar Simanjuntak (1982 ), kaedah adalah satu rencana

(prosedur ) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara

keseluruhanya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang digunakan.

Parera ( 1986 ) pula mengatakan, kaedah ialah satu rancangan menyeluruh

untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-

bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada

pendekatan.

Ishak Ramly (2006) pula berpendapat bahawa kaedah ialah satu rancangan

tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu

objektif pengajaran.

Page 2: Pedagogi

2

Pengajaran pula ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama

oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik

dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai,

membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk

belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang

diperlukan.Diantara ciri-ciri Pengajaran mesti ada pihak yang telibar iaitu guru dan

murid, guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar ianya hanya bermakna

apabila ada pembelajaran.Pengajaran ialah proses yang melibatkan interaksi dua hala

dan kebiasaanya berlaku di suatu tempat yang formal dan tidak formal.

2.0 KAEDAH PENGAJARAN MENGIKUT PANDANGAN SARJANA PENDIDIKAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang

mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktivi ti

seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri

seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita,

perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain

storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang

terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-

teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu

tidak berhasil. Sebagai contoh, katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah

bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang

dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan,

kemahiran mengekalkan minat murid, gerakan tangan "facial expression", serta

kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Ada dua perkataan yang hampir-hampir sama maksudnya dengan kaedah dan ia

memang tergolong dalam kaedah juga, iaitu teknik dan pendekatan. Mok Soon Sang

(1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu

Page 3: Pedagogi

3

cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi ia

merupakan satu set teori yang sistematik. Kaedah pula ialah satu siri tindakan yang

sistematik dengan tujuan mecapai objektif pelajaran dalam jangka masa pendek.

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah

penyampaian yang tersusun (Mok Soon Seng 1992). Manakala teknik pula ialah

kemahiran guru dalam pengelolan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa yang dilihat dalam bilik darjah.

Kalau guru mengajar bahasa dengan menggunakan alat-alat komunikasi canggih

dalam makmal bahasa, maka itu satu teknik. Sekiranya seorang guru Pendidikan

Islam mengajar pelajar menghafaz Al-Qur`an dengan mendengar bacaan dalam pita

kaset, maka ini dikatakan teknik.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah

peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur.

Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya

bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk

memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah

kaedah. Melihat kepada misal-misal yang diutarakan oleh Sharifah Alwiah Alsagoff

(1986), Mok Soon Seng (1992), Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995), Atan

Long (1980) dan Mahfudh Salahuddin (1987), nampaknya yang dikatakan kaedah itu

ialah yang ada nama, seperti kaedah kuliah, demonstrasi, Socrates, simulasi, inquiri

penemuan, Forebel dan sebagainya.

Abu Saleh (1988) mengatakan bahawa kaedah itu ialah satu aktiviti pengajaran

yang mengandungi langkah-langkah yang tersusun dan dalam tiap-tiap langkah itu pula

mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang. Padanya, kaedah mengajar

bukanlah tujuan utama pengajaran, tetapi ia merupakan wasilah, iaitu satu jalan untuk

mencapai obektif pengajaran.

Page 4: Pedagogi

4

Demikian juga dengan Hasan Langgulung (1981) mengatakan bahawa kaedah

itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi apa sahaja cara

tiandakan dan aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk memberi faham kepada pelajar

bagi mencapai objektif pengajaran maka itu adalah kaedah, walau pun ia tidak

mempunyai nama-nama khas, seperti yang dibawa oleh Sharifah Alwiah, Atan Long

(1981) dan lain-lain.

Berdasarkan kepada ini bermakna tidak ada satu kaedah yang terbaik untuk

semua mata pelajaran bagi semua pelajar dalam semua keadaan. Kaedah harus

berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan demikian, guru harus

pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan masa, tempat dan

pelajar.

Al-Kailany (1986) menyenarai sedikit panduan kepada guru sebelum

mengaplikasi sesuatu kaedah pengajaran, antaranya ialah:

1. Kaedah mestilah secocok dengan tujuan dan matlamat pelajaran

2. Kaedah mestilah sejajar dengan objektif pelajaran yang hendak dicapai.

3. kaedah juga mestilah sesuai dengan tabiat (nature ) pelajaran yang di ajar.

4. kaedah mesti sepadan atau setara dengan umur pelajar

5. kaedah itu mestilah yang boleh atau mampu diaplikasi oleh guru

6. mempunyai masa yang cukup untuk mengaplikasikan kaedah berkenaan.

7. kaedah yang dipilih mestilah sesuai dengan kemudahan yang ada.

An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh

memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar,

malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan

cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran

Page 5: Pedagogi

5

dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru haruslah

pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah pula

dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.

Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan

strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,

matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah

satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu

disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai

perkara-perkara berikut, iaitu:

1. Tujuan am (learning goa

2. Objektif pelajar (specific objective)

3. Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk

menolong pelajar mencapai objektif pelajaran

4. Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar

5. Penilaian(sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar

Kata Cangelosi (1992):

Learning goal is the overall purpose of the teaching unit. It indicates what

students are expected to learn.

Specific objective, define the learning goal. That is a number of specific

skills, abilities, and/or attitude that the student to/or must acquire. (ms. 24)

Page 6: Pedagogi

6

3.0 KAEDAH YANG DILAKSANAKAN OLEH GURU j-QAF DAN GPI

Tidak dinafikan kejayaan P&P Pendidikan Islam berkait rapat dengan kemahiran dan

peranan guru yang berkesan. Kemahiran asas P&P yang perlu dikuasai meliputi

penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM), mengendalikan set induksi, penerapan

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis (KBKK), kemahiran menyoal dan

pengendalian kelas untuk pengayaan dan pemulihan.

Kepentingan Pendidikan Islam merangkumi aspek pembacaan, pemahaman,

dan hafazan ayat al–Quran, akidah, ibadat, akhlak Islamiyyah, sirah, tokoh dan

tamadun Islam. Penguasaan dan penghayatan keseluruhan aspek ini mampu

membentuk pelajar menjadi insan soleh.Guru perlu mengaplikasikan kaedah

pengajaran yang berbeza dengan mengambil kira gaya pembelajaran pelajar yang

berbeza.Gaya pembelajaran yang berbeza wujud daripada sifat perbezaan antara

individu dan nilai-nilai keunikan yang terdapat dalam diri setiap pelajar dalam usaha

mendapatkan ilmu. Guru perlu terlebih dahulu memahami gaya pembelajaran pelajar

sebelum menentukan jenis kaedah pengajaran yang akan digunakan. Melalui gaya

pembelajaran, guru berpeluang mengenal pasti segala kekuatan dan kelemahan setiap

pelajar.

Gaya pembelajaran adalah gambaran kepada ciri-ciri kognitif, efektif dan tingkah

laku fisiologikal seseorang pelajar dalam bertindak balas dengan apa yang ada di

persekitaran pembelajaran. Gaya pembelajaran mempunyai perkaitan rapat dengan

persekitaran fizikal dan emosi pelajar. Penentuan kaedah pengajaran berdasarkan

gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar adalah penting dan perlu kerana

setiap pelajar mempunyai perbezaan dari sudut kekuatan, kelemahan, kebolehan,

minat dan kecenderungan. Kaedah yang berbeza memberi peluang kepada pelajar

bagi membuat aktiviti di dalam kelas secara bebas dan aktif, sama ada dengan aktiviti

perbincangan, pertukaran idea, pemindahan buah fikiran, keupayaan berhujah dan

mengeluarkan pendapat.

Page 7: Pedagogi

7

Di Sek. Keb. Temenggong Datuk Muip ini, diantara kaedah yang sering di

gunakan oleh GPI dan j-QAF adalah seperti kaedah Talaqqi dan Musyafahah, Tasmik

dan latih tubi bagi matapelajaran Tilawah Al-quran.Manakala bagi bidang Ulum Syariah

pula, kaedah seperti perbincangan, soal jawab, tunjuk cara, simulasi, bercerita,

lakonan dan latih tubi di gunakan dalam usaha menjayakan pencapaian objektif

pembelajaran pada tahap yang terbaik.Sedikit penerangan ringkas tentang kaedah

yang digunakan adalah sperti berikut :

3.1 Kaedah Talaqqi dan Mushafah

Kaedah ini melibatkan pembelajaran dua hala.Pelajar mesti berhadapan dengan

gurunya.Faktor ini sangat ditekankan supaya pelajar betul bagaimana makhraj dan sifat

– sifat huruf yang sebenarnya.Boleh diaplikasikan di dalam kelas dengan cara memberi

contoh bacaan kepada sekumpulan murid, kemudian murid mengikut bacaan guru

secara beramai-ramai atau guru memberi contoh bacaan kepada seorang murid dan

murid mengikut contoh bacaan guru secara individu.Untuk menjadikan suasana

pembelajaran lebih menarik, boleh memperdengarkan bacaan ayat – ayat al-Quran dari

kaset atau bahan media yang lain. Carta ayat – ayat al-Quran pula boleh ditulis sama

ada di papan gulung atau kad manila dan sebagainya.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Kaedah Talaqqi adalah satu method yang seiring dengan pengajaran Al-Quran yang

mana Rasulullah juga secara terus menerus melaksanakan kaedah ini samada

bersama malaikat Jibril atau bersama sahabat.

Pengajaran di jalankan semasa dalam kelas dengan guru menggunakan

pelbagai cara samada menggunakan Bahan Bantu Belajar ( BBM ) seperti kad

imbasan, carta ayat, slaid tayangan, audio( kaset/CD), visual ( televisyen) dan

sebagainya.Keadaan akan lebih terkawal apabila terdapatnya guru j-Qaf yang bersama-

sama guru GPI melaksanakan P&P pada satu kelas yang sama.

Page 8: Pedagogi

8

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah

Namun begitu, masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di pantau dari

pelaksanaan kaedah ini.Diantaranya ialah :

Pertama : Masa yang singkat iaitu 60 minit atau 1 jam tidak mencukupi bagi murid -

murid menguasai keseluruhan isi pelajaran pada satu masa.Berwuduk sebelum bacaan

ikut guru (BIG) juga mengambil masa yang agak lama.

Kedua : Bilangan murid yang agak ramai juga merupakan kelemahan yang patut di beri

perhatian kerana sebahagian sahaja dari kalangan murid yang pandai mengambil

kesempatan.Murid yang lemah akan ketinggalan dalam pelajaran kerana guru tidak

berkesempatan untuk memberi perhatian kepada semua murid.

Ketiga: Sukatan pelajaran atau program bacaan ikut guru dan masa mengambil wuduk

terlalu lama sehingga mencuri masa untuk belajar.Ketidaktepatan masa boleh

menyebabkan sesi pembelajaran terganggu.

Diantara cadangan yang dapat dikongsilkan adalah seperti :

Pertama : Menggunakan tafsir Al-quran adalah lebih fleksibel.Wuduk itu penting tetapi

untuk pembelajaran adalah lebih senang jika menggunakan tafsir.

Kedua : Bilangan murid kurang menjadi masalah sekarang kerana ia dapat di

bahagikan kepada kumpulan kecil diantara GPI dan j-Qaf.

Ketiga :Sukatan seharusnya menekankan kepada pembelajaran asas seperti hukum

tajwid dan cara bacaan yang betul seperti yang telah di laksanakan suatu masa dahulu.

Page 9: Pedagogi

9

3.2 Kaedah Tasmik

Semua murid hendaklah menggunakan buku Iqra’ yang dibekalkan oleh Kementerian

dan al-Quran Rasm Uthmani.Setiap murid perlu mempunyai guru tasmik yang dilantik

oleh pihak sekolah. Guru tasmik terdiri daripada guru j-QAF. Pihak sekolah boleh

melantik guru Pendidikan Islam dan guru akademik yang berkebolehan membaca Al-

Quran untuk terlibat dalam program ini. Murid yang telah khatam al-Quran boleh

menjadi pembantu kepada guru tasmik. Guru tasmik hendaklah membimbing bacaan

dan merekod bacaan murid dalam Buku Rekod Bacaan setiap kali ditasmik. Murid yang

masih tidak dapat menguasai Iqra’ dan bacaan al-Quran perlu dibimbing secara

berterusan menggunakan kaedah dan aktiviti yang sesuai seperti Kem Literasi al-

Quran, kelas tambahan dan sebagainya oleh guru j-QAF dan Guru Pendidikan Islam.

Setiap murid mesti memiliki Buku Rekod Bacaan al-Quran yang disediakan oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia.Guru j-QAF hendaklah menilai dan mengesahkan

pencapaian murid sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Buku Rekod Bacaan.

Guru j-QAF hendaklah memastikan murid-murid mendapat bimbingan dari guru tasmik

sebelum penilaian dilaksanakan. Murid dikehendaki membaca Al-Quran berdasarkan

agihan muka surat yang dicadangkan dalam agihan rancangan tahunan bacaan

individu di Lampiran A. Murid-murid yang cemerlang boleh meneruskan bacaan tanpa

terikat dengan agihan juzuk yang dicadangkan. Bagi melaksanakan agihan yang

dicadangkan, murid digalakkan membaca al-Quran setiap hari supaya mereka dapat

memberi tumpuan kepada kualiti bacaan. Ini penting terutama bagi murid yang belum

menguasai bacaan. Murid boleh membaca dan mentasmik bacaan al-Quran pada

masamasa yang sesuai (luar jadual waktu) seperti Waktu petang bagi sesi pagi, Waktu

pagi bagi sesi petang dan Waktu Kokurikulum. Pihak sekolah hendaklah membuat

penilaian dan menyediakan laporan kepada JPN.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran dilaksanakan pada waktu petang iaitu pada hari isnin dan selasa bermula

jam 2 hingga 4 petang. Ianya melibatkan guru j-Qaf seramai 4 orang yang terlatih dan 2

orang yang masih dalam latihan.

Page 10: Pedagogi

10

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi

Diantara kelemahan yang dapat diperhatikan ialah :

Pertama : Kehadiran murid pada waktu lepas sekolah adalah kurang menggalakkan.

Kedua : Bilangan murid yang agak ramai menyebabkan tempoh bacaan bagi setiap

seorang murid agak singkat.

Untuk mengatasi kelemahan yang telah di sebutkan, maka pihak guru telah

mengambil beberapa tindakan seperti :

Pertama : Kelas KAFA telah diadakan pada hari yang sama supaya murid tidak perlu

untuk datang pada hari yang berbeza.Tasmik kepada pelajar dijalankan secara

serentak dengan kelas KAFA dan murid dipanggil secara bergilir-gilir.

Kedua : Buku rekod bacaan dipantau agar murid yang masih di tahap rendah dapat

ditasmik pada waktu pagi atau pada waktu luang dalam kelas Pendidikan Islam.

3.3 Kaedah Perbincangan

Perbincangan memberi maksud memberi ulasan, pandangan, pendapat tentang

sesuatu perkara/tajuk; bertukar fikiran/idea; berkongsi maklumat. Perbincangan dapat

mengembangkan daya kognitif/mental dengan berfikir secara analitis, kritis dan logik;

mempertingkatkan kemahiran komunikasi dan interaksi sosial, memupuk semangat

kerjasama dan toleransi. Walau bagaimanapun perbincangan jika tidak di kawal oleh

pemudahcara/pengerusi,ianya akan didominasi oleh segelintir mereka yang ”suka dan

berani” bercakap dan mengakibatkan pertelingkahan. Perbincangan boleh dilakukan

dalam mesyuarat, forum, seminar. Tujuan, perkara dan skop perbincangan diadakan

perlu dijelaskan oleh pengerusi kepada ahli-ahli terlibat. Perbincangan perlu diadakan

dalam suasana yang selesa (ruang, posisi tempat duduk, kemesraan dsbnya)

Perbincangan memerlukan bilangan ahli yang optima, mereka yang berpengetahuan

Page 11: Pedagogi

11

dan boleh menyumbang dalam perkara yang dibincangkan. Tajuk perbincangan harus

bersesuaian dengan pemikiran, pengalaman dan minat ahli; berfaedah kepada ahli-ahli;

tidak menimbulkan kontroversi dan sensitiviti; skop yang jelas dan khusus. Dalam P & P

Pendidikan Islam, perbincangan boleh digunakan dalam tajuk seperti diet seimbang,

pengguna dan konsumerisma dan pemilihan haiwan kesayangan.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran yang menggunakan kaedah ini biasanya dari bidang akhlak atau ulum

syariah.Kebiasanya tajuk yang melibatkan kehidupan seharian lebih diutamakan

menggunakan kaedah ini kerana guru ingin mengenalpasti pengetahuan sedia ada

murid tentang masalah atau isi pembelajaran yang akan dijalankan.

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah

Diantara kelemahan pelaksanaan kaedah ini ialah :

Pertama : Murid yang lemah tidak terlibat secara aktif ketika sesi perbincangan yang di

pengerusikan oleh guru.

Kedua : Kurang minat atau sifat malu dalam diri menghalang murid untuk mengeluarkan

pendapat semasa sesi pembelajaran di jalankan.

Untuk mengatasi masalah ini guru telah mempraktikan perkara berikut :

Pertama : Murid yang lemah atau setiap orang pelajar mesti memberi satu idea tentang

tajuk yang dibincangkan.Secara tidak langsung murid yang juga berpeluang memberi

pendapat dan ianya mesti dihargai guru walaupun kurang tepat.

Kedua : Murid dibahagikan kepada kumpulan kecil dan di jadikan pertandingan diantara

kumpulan kecil supaya murid lebih bersemangat.Murid yang memberi pendapat atau

melibatkan diri dengan baik dalam perbincangan akan diberi ganjaran.Penglibatan

setiap orang adalah wajib.

Page 12: Pedagogi

12

3.4 Kaedah Soal Jawab

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang

pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah

bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang

berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang

sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping

dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah untuk

mengesan pengetahuan berbahasa murid, menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif,

inovatif, logik dan kritis, untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan

yang diajar.Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan

pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih

dinamik dan berkesan.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Pembelajaran dengan kaedah soal jawab sentiasa dilaksanakan dalam semua

matapelajaran dan tajuk di dalam kelas.Kaedah ini telah di gunakan oleh guru dengan

bersoal jawab mengenai pengetahuan yang sedia ada pada murid untuk dihubungkan

dengan isi pelajaran.Soal jawab juga dijalankan ketika ingin menguji tahap kefahaman

murid tentang isi pelajaran yang telah disampaikan oleh guru samada semasa atau

pada akhir pembelajaran.JAwapan murid secara tidak langsung akan dapat guru untuk

memperbaiki atau merangcang penambahabaikan dalam pembelajaran.

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah

Walaupun soal jawab adalah kaedah yang biasa digunakan oleh guru didalam

kelas.Masih terdapat beberapa kelemahan yang dapat di kenalpasti dan di antaranya

ialah :

Pertama : Terdapat murid yang tidak bersedia atau

Page 13: Pedagogi

13

3.5 Kaedah Tunjuk Cara

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu

aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di

hadapan kelas untuk menunjukan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.Cara ini

sesuai untuk Pendidikan Islam untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti berwuduk,

solat dan amalan fardhu Ain yang lain.Diantara ciri kaedah ini adalah seperti memberi

peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai

setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Membuat pelajar menguasai konsep dan

prinsip dengan mudah. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah

pelaksanaan sesuatu eksperimen meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan

sesuatu aktiviti. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih

mudah dan kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran

baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.Tiga jenis tunjukcara ialah

model hidup, model simbolik dan model persepsi.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Guru sebagai pemudahcara dalam sesi pembelajaran.Permulaan pelajaran guru

menunjukkan setiap langkah dengan berhati-hati dan dalam keadaan yang agak

tenang.Kemudian guru meminta murid yang telah dikenalpasti menunjukkan cara

seperti berwuduk atau bersolat kepada kawan-kawan.Selepas itu murid yang telah

menguasai menjadi pembantu guru dalam kumpulan kecil.Penilaian terakhir akan dinilai

oleh guru kepada murid secara rawak.

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah

Diantara kelemahan yang di kenalpasti adalah :

Pertama : Tempat pembelajaran adakalanya tidak sesuai untuk amali seperti solat.

Kedua : Masa yang agak lama untuk menilai semua murid oleh seorang guru.

Dalam usaha menanggani masalah ini,beberapa cadangan telah di kenalpasti, iaitu:

Page 14: Pedagogi

14

Pertama : Pembelajaran di jalankan di bilik agama apabila amali solat diajar dan murid di bawa

ketempat wuduk apabila amali wuduk

Kedua : Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang pelajar

yang telah menguasai amali tersebut dan diminta menunjuk cara kepada rakan-rakan lain.

3.6 KaedahBercerita

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan

berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian

pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat

disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur,

membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi

perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian

perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara

memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar

dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita

ialah seperti pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.

Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita

itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.

Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya

sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan

kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek

bahasa yang hendak disampaikan.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Kaedah ini adalah satu kaedah yang seringkali diminati oleh murid-murid.Kebiasaanya

guru akan menggunakan kaedah ini untuk menceritakan tentang keadaan seperti sirah

nabi dan juga perkaitan dengan akhlak muslim.Murid mendengar dan memberi

Page 15: Pedagogi

15

perhatian sebelum guru mengutarakan soalan yang berkaitan dengan cerita

tersebut.Adakalanya guru meminta murid menceritakan semula secara ringkas apa

yang telah di pelajari kepada kelas.

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi Kaedah Talaqqi dan Mushafahah

Kaedah ini menarik tetapi masih ada kelemahan yang agak ketara.Diantaranya ialah :

Pertama : Guru kurang mahir untuk bercerita dengan baik sehingga murid terpikat

sepenuhnya dengan pembelajaran.

Kedua : Guru lebih banyak bercerita dan murid tidak di beri peluang.

Bagi menanggani masalah ini, berikut adalah cadangannya:

Pertama : Guru mesti berlatih sebelum memulakan sesi pembelajaran supaya cerita

tersebut mempunyai isi pembelajaran dan dapat menarik perhatian pelajar.

Kedua :Guru membuat cerita ringkas dan diberikan kepada semua murid .Murid akan

dipanggil secara rawak untuk bercerita dihadapan dengan menggunakan intonasi dan

gaya yang terbaik.

3.7 Kaedah Latih Tubi

Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang

dipelajari.Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin

kekekalannya.Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Pendidikan Islam. Boleh

digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,

ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami

proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya

dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Teknik ini dikenali juga

dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan

Page 16: Pedagogi

16

berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna

dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

3.1.1 Cara Pelaksanaan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran

Sudah menjadi kebiasaanya kepada guru memberi latihan dan juga latih tubi soalan

kepada pelajar supaya murid akan dapat menguasai pemblajaran.Latihan akan

diberikan kepada pelajar setiap kali proses pembelajaran dan selepas selesai

pembelajaran. Latih tubi ini selalunya digunakan semasa kemahiran menghafaz dimana

murid diminta mengulangi ayat secara berulang-ulang dengan tujuan senang untuk

diingati.Fakta penting seperti rukun solat dan sebagainya juga menekankan latih tubi

dikalangan murid.

3.1.2 Kelemahan dan Cadangan Mengatasi

Kelemahan yang dapat dikenalpasti adalah seperti :

Pertama : Murid yang lemah membaca sukar untuk melatih tubi sendiri tugasan.

Kedua : Penglibatan murid sukar di kenalpasti.Ada murid yang bersahaja dan tidak

bersungguh untuk membuat latih tubi tersebut.

Cara mengatasi masalah ini adalah :

Pertama : Membuat latih tubi dalam kumpulan kecil dan setiap ahli kumpulan

mempunyai tanggungjawab untuk menyumbang markah kepada kumpulan

mereka.Oleh yang demikian, Mereka terpaksa berusaha untuk markah kumpulan.

Kedua : Penilaian oleh ahli kumpulan dapat membantu untuk mengenalpasti pelajar

yang smbil lewa untuk melatih tubi tugasan yang diberikan.Markah individu akan dimerit

atau ditolak sekiranya telah dipersetujui oleh ahli kumpulan.

Page 17: Pedagogi

17

Setiap langkah, kaedah, teknik pengajaran memang tidak dapat lari dari

kelemahan.Namun sebagai seorang guru, mereka seharusnya memikirkan cara atau

kunci kepada pencapaian anak murid mereka di tahap yang terbaik.

4.0 CARA PELAKSANAAN PENGAJARAN AL-QURAN DI SEKOLAH DAN

MASALAH PELAKSANAANYA

Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ialah ketika nabi

berada di Gua Hirak di bukit Thur.Surah Al-Alaq ayat 1-5 telah diajar oleh malaikat Jiril

kepada baginda.Proses pengajaran ini adalah menggunakan kaedah Talaqqi dan

Mushafahah yang mana nabi berdepan secara terus dengan Malaikat Jibril.

Di sekolah ini juga,Kaedah Talaqqi dan Mushafahah telah menjadi method yang

utama.Adakalanya guru memggunakan carta ayat untuk di tunjukkan kepada murid

supaya lebih senang difahami.Namun begitu, pembelajaran semestinya bermula dari

mudah kepada yang lebih susah.Oleh yang demikian, bagi tilawah al-quran guru

mengajar kalimah sbelum mengajar ayat.Kelemahan bagi kaedah ini telah dibincangkan

pada bab yang lepas iaitu pada kaedah Talaqqi dan musyafahah.

Guru juga telah diarahkan untuk mengajar secara bacaan ikut guru (BIG)

mengikut arahan kementerian di bawah program j-Qaf.Pada pendapat saya,program ini

amat baik untuk pendedahan kepada murid.Namun masa yang diperuntukkan dan juga

penggunaan mashaf al-quran adalah kurang sesuai.Masa yang agak lama untuk

mengambil wuduk telah memendekkan masa pembelajaran.

Jika mengikut sukatan pelajaran, kandungan ayat yang mesti di habiskan setiap

kali pembelajaran juga agak banyak.Oleh yang demikian, ini akan membuatkan guru

kesuntukkan masa untuk aktiviti kumpulan seperti bacaan dalam kumpulan.

Kaedah yang ketiga ialah tasmik.Tasmik juga merupakan satu lagi agenda ang

selari dengan adanya j-Qaf.Kebiasaanya di sekolah ini, guru akan melaksanakan

Page 18: Pedagogi

18

tasmik pada waktu petang.Adakalanya kehadiran murid menjadi masalah kepada

penguasaanya dalam al-Quran.Kesemua guru j-Qaf akan terlibat dan pada hari yang

sama ada kelas Fardhu ain.Ini tidak menjadi masalah kerana murid akan dipanggil

secara bergilir-gilir untuk aktiviti tasmik dengan guru j-Qaf yang terbabit.

Penggunaan teknologi pandang dengar juga ada diaplikasikan dalam

pembelajaran al-Quran.Guru adakalanya menggunakan LCD atau persembahan power

point semasa mengajar.Ada juga guru yang menggunakan radio atau televisyen untuk

mengajar.Perkongsian tempat seperti surau boleh menjejaskan pembelajaran yang

melibatkan alatan seperti ini.Jika guru A mengajar dan Guru B bersama muridnya pada

tempat yang sama, sudah semestinya akan menganggu perhatian murid guru tersebut.

Pengajaran pendidikan islam seharusnya mendapat perhatian semua guru

terutamanya insan yang digelar Ustaz.Jadikan Proses ini sebagai satu wadah yang

mana kepentingannya bukan sahaja didunia, malah iannya akan memberi kesan

sehingga ke akhirat.Sentiasa mengenalpasti masalah dan sentiasa berfikir untuk

mencari jalan penyelesaian.Itu adalah satu tujuan yang baik yang mana seharusnya

mesti ada dalam diri setiap guru.Segala kelemahan harus diatasi dan segala kekuranga

mestilah diberi perhatian.

Page 19: Pedagogi

19

6.0 KESIMPULAN

Setelah selesai tugasan ini, maka didapati bahawa segala proses pengajaran dan

pembelajaran ada mempunyai perkaitan yang tidak dapat dipisahkan.Untuk mencapai

keputusan atau hasil pembelajaran yang baik, mestilah bermula dengan pengajaran

yang baik.

Pemilihan kaedah hendaklah dinilai sebelum P&P dijalankan agar ianya sesuai

dengan aras pelajar dan juga isi pelajaran.Pemilihan kaedah yang baik akan dapat

mempengaruhi proses P&P yang mana akan membawa satu keputusan yang amat

memuaskan.

Setiap kali selepas P&P, guru hendaklah muhasabah diri atau membuat refleksi

kerana ianya akan dapat membantu guru untuk membuat penambahbaikan atau

pemurnian kepada P&P yang telah dijalankan.Setiap pemurnian sudah pastinya akan

mengubah kesan kepada P&P yang mana diharapkan ianya membawa kesan yang

positif kepada semua pihak.

Page 20: Pedagogi

20

http://id.shvoong.com/writing-and-speaking/2035426-pengertian-

konsep/#ixzz1rKBcnEXU

http://www.slideshare.net/army_gulz87/pendekatan-kaedah-teknik-dan-strategi

http://www.teachersrock.net/pdkt.htm

http://www.slideshare.net/artventure/bme-3102-konsep-strategi-pendekatan-kaedah-

kump-syafiq-presentation